SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
PENUGASAN                                                     P3119/UNIT 6 /1




                              PENUGASAN KERJA




Objektif Pembelajaran: Mengetahui bagaimana pengurus mengagihkan kerja
            kepada pekerja.



Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:

   •   Mendefinisikan penugasan kerja.
   •   Menyenaraikan prinsip-prinsip penugasan.
   •   Mengenalpasti punca-punca kuasa pengurus.
   •   Mengenalpasti halangan-halangan kepada penugasan.
   •   Membezakan antara struktur organisasi pemusatan dan pemencaran.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /2




                 PENUGASAN KERJA (DELEGASI)



6.0 Pengenalan

Pengurus tidak dapat melaksanakan semua tugas-tugas dalam organisasi.
Sebahagian daripada tugasnya perlu diberikan kepada orang lain untuk
dilaksanakan. Pengurus perlu bekerjasama dengan pekerja bagi memastikan semua
tugas yang perlu dilaksanakan dapat disiapkan dengan sempurna.


6.1 Definisi penugasan

Penugasan merupakan satu proses di mana seorang ketua atau pengurus memberi
hak atau menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang bawahannya untuk
menjalankan tugas bagi pihaknya.

6.2 Prinsip-prinsip penugasan

   6.2.1   Tanggungjawab (Responsibility)

   Tanggungjawab merupakan kewajipan seseorang individu untuk melaksanakan
   tugas yang telah diserahkah dengan sempurna. Pengurus perlu menyedari
   hakikat tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan.

   6.2.2   Kebertanggungjawapan (Accountability)

   Setiap pengurus dan pekerja mestilah bertanggungan terhadap hasil kerja yang
   telah dibuat. Tanggungjawab yang telah diserahkan merupakan tanggungan
   pengurus atau pekerja untuk dilaksanakan. Pengurus atau pekerja haruslah
   bersedia menerima pujian ataupun cemuhan di atas kejayaan atau kegagalan
   kerja yang telah dibuat. Pengurus bukan sahaja bertanggungjawab keatas diri
   mereka sahaja tetapi juga bertanggungan ke atas kerja yang dibuat oleh orang
   lain.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /3




  6.2.3   Kuasa dan Authoriti

     Autoriti ialah hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu
  keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan tugas yang telah
  diserahkan. Ia juga adalah kuasa yang membolehkan pengurus mengarah dan
  menurunkan kuasa kepada staf bawahannya. Autoriti dan tanggungjawab
  mestilah berjalan serentak. Ini bermakna apabila seseorang diberi
  tanggungjawab, ia juga seharusnya diberikan kuasa atau autoriti untuk
  melaksanakan tugas tersebut.

          6.2.3.1 Punca – punca kuasa

          •   Kuasa ganjaran atau penghargaan

          Keupayaan seseorang individu untuk memberikan penghargaan ataupun
          ganjaran kepada orang lain yang telah melaksanakan tugas yang telah
          diamanahkan dengan sempurna.

          •   Kuasa hukuman atau dendaan

          Keupayaan mengenakan hukuman dan mendenda seseorang kerana
          tidak memenuhi keperluan, kehendak atau perintah. Kuasa ini penting
          bagi memastikan prestasi dikekalkan juga mewujudkan keseragaman
          arahan.

          •   Kuasa mutlak atau sah

          Apabila pekerja melihat seseorang itu mempunyai hak untuk memberi
          perintah atau secara undang-undang memang dibolehkan menggunakan
          pengaruh. Yang menerima perintah mempunyai sifat mematuhi dan
          tidak mempersoalkan arahan yang diberikan.

          •   Kuasa kepakaran

           Apabila seseorang ketua mempunyai pengetahuan luas mengenai satu-
          satu perkara atau bidang dan memiliki kemahiran yang tidak ada pada
          orang lain.

          •   Kuasa rujukan

          Apabila pengikut cuba meniru atau mengaitkan atau ada keinginan untuk
          mengaitkan diri mereka dengan orang lain. Orang yang cuba ditiru
          dikatakan mempunyai kuasa rujukan. Rujukan mungkin dari segi
PENUGASAN                                                       P3119/UNIT 6 /4


          perwatakan, tingkahlaku, pendirian dan lain-lain. Yang menjadi rujukan
          mungkin pemimpin, artis, ibubapa atau siapa sahaja yang dikagumi.




                 Berdasarkan pengalaman yang telah anda lalui, cuba berikan
                 contoh individu-individu yang mempunyai punca-punca kuasa
                 seperti yang telah dibincangkan.


6.3   Kepentingan Kewibawaan dan Tanggungjawab

      Keberkesanan penurunan tugas ini bergantung juga kepada kedudukan
      seseorang itu dalam rantaian perintah. Untuk menyerahkan tugas kepada
      orang lain, mesti ada suatu talian kuasa memerintah yang jelas dan
      bertingkat dari peringkat atasan hinggalah kepada peringkat paling bawah.
      Dengan adanya rantaian ini, ahli organisasi dapat memahami:

          o Kepada siapa mereka boleh mengagihkan kuasa.
          o Siapa yang boleh mengagihkan kuasa.
          o Kepada siapa mereka akan dipertanggungjawabkan.

      Kegagalan seseorang pekerja menjalankan tugas yang diarahkan akan
      menyebabkan pengurus terpaksa mengambil tanggungjawab kegagalan
      tersebut dan ini akan mencerminkan ketidakcekapan pengurus itu sendiri.
      Oleh yang demikian walaupun tanggungjawab itu diturunkan kepada
      pekerja, seorang pengurus tidak boleh terlepas dari tanggungjawab tidak
      kira hasil yang didapati baik atau buruk.

 6.4 Halangan kepada penugasan kerja atau delegasi

      Halangan ini berpunca dari dua pihak
      a) Pengurus
      b) Pekerja

      a) Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang
         enggan melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada
         pekerja.

          Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara:
      •   Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua kerja tersebut
          dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja. Pengurus juga
          menganggap pekerja–pekerja tidak mempunyai kebolehan.
PENUGASAN                                                     P3119/UNIT 6 /5


     •   Pengurus merasakan kepentingan mereka akan tergugat. Pengurus
         dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan dilaksanakan oleh
         pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika berlaku
         kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan
         kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan
         nama mereka akan terjejas.

     •   Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja-kerja
         yang akan dilaksanakan oleh pekerja.

     •   Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam
         melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku
         penyalahgunaan kuasa oleh pekerja.


     b) Halangan daripada pihak pekerja yang enggan menerima tanggungjawab.
       Ini adalah disebabkan oleh perkara berikut:

     •   Kepentingan mereka akan tergugat. Pekerja takut mereka tidak dapat
         melaksanakan tugas yang diberikan dan mereka lebih suka jika pengurus
         yang melaksanakan semua kerja-kerja tersebut. Mereka bimbang akan
         dikenakan hukuman jika tidak dapat melaksanakan tugas yang
         diamanahkan.

     •   Pekerja merasakan tiada insentif yang diberikan terhadap kerja-kerja
         yang akan dibuat. Pekerja memerlukan penghargaan dan insentif
         kewangan bagi setiap tugas yang akan mereka lakukan kerana tugas
         yang dilaksanakan memerlukan masa, tenaga dan tekanan yang perlu
         mereka hadapi.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /6




                                    AKTIVITI 6A


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.

6.1 Hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu keputusan dan
     memberi arahan adalah merujuk kepada kuasa.
                                                                   ( B / S)

6.2           Pengurus memberi penilaian gaji statik kepada pekerja merujuk
     kepada pengurus menggunakan kuasa hukuman.
                                                                        (B / S)
6.3 Pengurus tidak perlu bertanggungjawab atas kerja-kerja yang dilakukan oleh
     pekerja.
                                                                        (B / S)

6.4 Pekerja enggan menerima kerja daripada pengurus kerana tiada insentif yang
    diberikan atas kerja-kerja yang akan dilaksanakan.
                                                                        (B / S)

6.5 Pengurus enggan menurunkan tugas kepada pekerja kerana mereka takut
    dikritik oleh pekerja.
                                                                       (B / S)
6.6 Rantaian perintah dapat menerangkan siapa yang boleh mengagihkan kuasa.
                                                                       (B / S)


Soalan esei

6.7   Berikan definisi penugasan atau delegasi.

6.8   Kenapakah penugasan diperlukan dalam organisasi.

6.9   Bezakan di antara tanggungjawab dan kebertanggungjawaban.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /7




                      MAKLUM BALAS AKTIVITI

   AKTIVITI 6A

   6.1 S
   6.2 B
   6.3 S
   6.4 B
   6.5 S
   6.6 B

Soalan 6.7
   Definisi-proses seseorang ketua atau pengurus memberi hak dan meyerahkan
            kuasa atau autoriti kepada orang bawahannya untuk menjalankan tugas
            bagi pihaknya.

Soalan 6.8
   Penugasan diperlukan kerana:
-Pengurus tidak dapat melaksanakan semua kerja
-Melatih pekerja
-Meringankan beban pengurus



Soalan 6.9

       Tanggungjawab                        Kebertanggungjawaban
          • Kewajipan individu untuk           • Tanggungjawab pengurus dan
             melaksanakan      tugas   yang        pekerja untuk bertanggungan
             tertentu dengan sempurna          • Bertanggungan              samada
          • Menjadikan        tanggungjawab        mendapat hasil yang baik atau
             tersebut sebagai satu amanah          buruk
             yang perlu di pikul               • Pengurus berrtanggungan atas
                                                   kerja mereka dan kerja pekerja
PENUGASAN                                                     P3119/UNIT 6 /8




 6.5 Pemusatan dan Pemencaran

     Konsep pemusatan dan pemencaran adalah dua corak pengurusan yang yang
     bertentangan dari segi pengagihan kuasadan pembuatan keputusan. Samada
     kuasa itu diagihkan atau tidak kepada kakitangan bawahan bergantung
     kepada pengurus peringkat atasan selepas dipertimbangkan dari segi
     kebaikan dan keburukannya.

     Pemusatan

     Konsep pemusatan merujuk kepada keadan dimana tidak berlaku penurunan
     atau pengagihan kuasa kepada pihak bawahan. Pengurus mempunyai kuasa
     penuh bagi setiap perkara yang akan dilaksanakan dan pekerja hanya
     mengikut arahan yang dilekuarkan. Ini juga bermakna bahawa semua
     keputusan dibuat oleh pihak atasan sahaja.

     Pemencaran

     Proses penurunan atau pengagihan kuasa keseluruhan organisasi kepada
     pihak pekerja. Melalui pemencaran, kakitangan bawahan di beri kuasa untuk
     membuat keputusan. Mereka juga diberi kuasa untuk mengenalpasti masalah
     atau isu serta membuat cadangan bagi tujuan penyelesaian.




            Berdasarkan pemerhatian anda terhadap organisasi yang anda kenali,
             senaraikan organisasi yang mengamalkan prinsip pemusatan dan
             pemencaran dan apakah kebaikan dan keburukannya.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /9


6.6   Kebaikan dan keburukan Pemusatan Dan Pemencaran

Kedua-dua konsep tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.


Kebaikan
Pemusatan                               Pemencaran
   • Membolehkan pihak pengurusan          • Organisasi akan menjadi lebih
      mengkoordinasi           aktiviti      fleksibel
      organisasi supaya fokus kepada
      pencapaian matlamat
   • Tidak berlaku penyalahgunaan          • Memberi      peluang     kepada
      kuasa diperingkat bawahan              pengurus peringkat pertengahan
                                             dan     bawahandalam      proses
                                             pembuatan keputusan
   • Keselarasan dari segi arahan          • Pengurus     pertengahan     dan
      yang dikeluarkan kepada pekarja        bawahan dapat mempamerkan
                                             kebolehan dan kecekapan mereka
                                           • Mengurangkan beban pengurus
                                             atasan dalam membuat keputusan


Keburukan
Pemusatan                            Pemencaran
   • Pengurus atasan akan mengambil     • Kuasa yang tidak terkawal dan
     masa yang lama dalam membuat         penyalahgunaan kuasa
     keputusan
   • Sukar diubahsuai dalam situasi-    • Setiap pekerja hanya akan
     situasi yang berubah-ubah            mementingkan       fungsi atau
                                          jabatan masing-masing.
   • Tidak memberi peluang dan          • Berlaku masalah jika keputusan
     kepercayaan kepada pekerja           yang dibuat tidak tepat.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /10




                               AKTIVITI 6B


Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

6.10      Pekerja diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan dalam
       konsep pemusatan
                                                                       ( B / S)
6.11   Bentuk komunikasi dalam konsep pemusatan adalah dari atas kebawah
                                                                      (B/S)

6.12       Kebaikan pemencaran adalah ia dapat menyelaraskan semua arahan
       daripada pihak organisasi.
                                                                      (B/S)
6.13       Kebaikan pemusatan adalah ia dapat menjimatkan masa dalam membuat
       keputusan.
                                                                      ( B/ S )

6.14      Pemencaran memberi peluang kepada pekerja untuk menunjukkan
       kebolehan.
                                                               ( B/ S )

Soalan esei

Soalan 6.15

Terangkan 3 kebaikan pemusatan dan pemencaran.
PENUGASAN                                                    P3119/UNIT 6 /11




                    MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 6B

6.10 S
6.11 B
6.12 S
6.13 B
6.14 B



6.15

Kebaikan
Pemusatan                               Pemencaran
   • Membolehkan pihak pengurusan          • Organisasi akan menjadi lebih
      mengkoordinasi           aktiviti      fleksibel
      organisasi supaya fokus kepada
      pencapaian matlamat
   • Tidak berlaku penyalahgunaan          • Memberi      peluang    kepada
      kuasa diperingkat bawahan              pengurus peringkat pertengahan
                                             dan     bawahandalam     proses
                                             pembuatan keputusan
   • Keselarasan dari segi arahan          • Pengurus    pertengahan     dan
      yang dikeluarkan kepada pekarja        bawahan dapat mempamerkan
                                             kebolehan dan kecekapan mereka
PENUGASAN                                                         P3119/UNIT 6 /12




                             AKTIVITI PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah,
sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya .


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

_______i________ialah kuasa yang diberi secara sah oleh organisasi kepada
pengurus. Jika kuasa ini dipegang sepenuhnya oleh pihak atasan, organisasi tersebut
dipanggil
_______ii_________. ____iii____________ialah dimana pengurus menyebarkan
kuasa dan autoriti kepada pelbagai kedudukan dan jabatan dalam organisasi.proses
dimana pengurus menagihkan sebahagian daripada beban kerjanya kepada orang
lain ialah merujuk kepada_____iv________. Delegasi yang berkesan memerlukan
penyerahan           ______v__________dan            ____vi___________daripada
__vii_______________kepada _______viii_________. Prinsip kepada delegasi
ialah _________ix____,______x_________dan_____xi___________.


Soalan Esei.

   1. Jelaskan kepentingan kewibawaan dan tanggungjawab pengurus.

   2. Huraikan prinsip-prinsip penugasan.

   3. Terangkan halangan-halangan kepada berlakunya delegasi yang berpunca
      dari pihak pengurs dalam organisasi.

   4. Bilakah organisasi memerlukan pemusatan dan pemencaran.
PENUGASAN                                                      P3119/UNIT 6 /13




              MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI


Isi tempat kosong
               i. Autoriti
               ii. Pemusatan
               iii. Pemencaran
               iv. Delegasi
               v. Kuasa
               vi. Tanggungjawab
               vii. Pengurus
               viii. Pekerja
               ix. Kuasa
               x. Tanggungjawab
               xi. Kebertanggungjawaban


Soalan esei

Soalan 1

Kewibawaan/kuasa-melihat kedudukan individu tersebut dalam organisasi
               -peringkat atasan hinggalah peringkat bawahan
               -siapa yang boleh mengeluarkan arahan
               -siapa yang akan menerima arahan
               -untuk mempengaruhi pekerja


 Tanggungjawab-menentukan siapa yang harus melaksanakan tugas
               -siapa yang akan bertanggungan atas kerja yang dibuat
               -memastikan kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna
               -melancarkan tugas yang akan dilaksanakan
PENUGASAN                                                           P3119/UNIT 6 /14


   Soalan 2

   Tiga prinsip penugasan

         i.        tanggungjawab
         ii.       kebertanggungjawaban
         iii.      kuasa


   Soalan 3

   Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang enggan
   melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada pekerja.
   Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara:

 i.                             Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua
                kerja tersebut dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja.
                Pengurus juga menganggap pekerja –pekerja tidak mempunyai kebolehan.

ii.                               Pengurus merasakan kepentingan mereka akan
                tergugat.Pengurus dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan
                dilaksanakan oleh pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika
                berlaku kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan
                kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan nama
                mereka akan terjejas.

   iv.             Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja kerja
                yang akan dilaksanakan oleh pekerja.

   v.              Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam
                melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku penyalahgunaan
                kuasa oleh pekerja.


      Soalan 4

  Pemusatan                                         Pemencaran
                   o Bila     keputusan      yang            o Memerlukan         keputusan
                     seragam perlu diambil                     yang berbeza
                   o Hanya pengurus atasan yang              o Keputusan yang segera
                     mahu buat keputusan                     o Keputusan yang dibuat oleh
                   o Melibatkan       keseluruhan              pekerja
                     organisasi                              o Melibatkan        keputusan-
                   o Tidak      dalam    keadaan               keputusan aktiviti seharian
                     tergesa-gesa                            o Keputusan-keputusan segera

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (20)

OSHA
OSHAOSHA
OSHA
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
Kuasa
KuasaKuasa
Kuasa
 
Konsep pengurusan
Konsep pengurusanKonsep pengurusan
Konsep pengurusan
 
Tonggak 12
Tonggak 12Tonggak 12
Tonggak 12
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Jenis jenis perundingan
Jenis jenis perundinganJenis jenis perundingan
Jenis jenis perundingan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industri
 
Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7
 
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan PekerjaAkta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruh
 
2003 penyeliaan
2003 penyeliaan2003 penyeliaan
2003 penyeliaan
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 

Destacado

Bab 2 Pengorganisasian
Bab 2   PengorganisasianBab 2   Pengorganisasian
Bab 2 Pengorganisasian
Ckg Nizam
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
haniffpotter
 
Ancaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas KomunisAncaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas Komunis
Izza Damia
 
03 Sosiologi
03  Sosiologi03  Sosiologi
03 Sosiologi
WanBK Leo
 
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusanMengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
Heshi Lovemenote
 
Asas Perancangan
Asas PerancanganAsas Perancangan
Asas Perancangan
Ira Rushdan
 

Destacado (20)

Bab 2 Pengorganisasian
Bab 2   PengorganisasianBab 2   Pengorganisasian
Bab 2 Pengorganisasian
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Slide perkuliahan 5 pengorganisasian
Slide perkuliahan 5 pengorganisasianSlide perkuliahan 5 pengorganisasian
Slide perkuliahan 5 pengorganisasian
 
2
22
2
 
Ancaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas KomunisAncaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas Komunis
 
03 Sosiologi
03  Sosiologi03  Sosiologi
03 Sosiologi
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 
04 Agama
04 Agama04 Agama
04 Agama
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusanMengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
Mengagihkan tugas untuk mendapatkan keputusan
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Asas Perancangan
Asas PerancanganAsas Perancangan
Asas Perancangan
 
Pengawalan
PengawalanPengawalan
Pengawalan
 

Similar a Unit6 : penugasan kerja

Wewenang dan delegasi
Wewenang dan delegasiWewenang dan delegasi
Wewenang dan delegasi
Ega Jalaludin
 
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdfpendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
hanituasikal2
 
Fungsi staf dan pemberdayaan diri
Fungsi staf dan pemberdayaan diriFungsi staf dan pemberdayaan diri
Fungsi staf dan pemberdayaan diri
muhammad hamdi
 
Ekma4116 manajemen modul 5
 Ekma4116 manajemen   modul 5 Ekma4116 manajemen   modul 5
Ekma4116 manajemen modul 5
Ratzman III
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
aimm reka
 
makalah Manajemen pendelegasian
makalah Manajemen pendelegasianmakalah Manajemen pendelegasian
makalah Manajemen pendelegasian
MJM Networks
 
Kunci jawaban Soal MSDM
Kunci jawaban Soal MSDMKunci jawaban Soal MSDM
Kunci jawaban Soal MSDM
Dwi Anita
 

Similar a Unit6 : penugasan kerja (20)

Wewenang dan delegasi
Wewenang dan delegasiWewenang dan delegasi
Wewenang dan delegasi
 
Supervisor skill management
Supervisor skill management Supervisor skill management
Supervisor skill management
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Pptkelompok7_20231011_135144_0000.pptx_20231011_180339_0000.pptx
Pptkelompok7_20231011_135144_0000.pptx_20231011_180339_0000.pptxPptkelompok7_20231011_135144_0000.pptx_20231011_180339_0000.pptx
Pptkelompok7_20231011_135144_0000.pptx_20231011_180339_0000.pptx
 
Pendelegasian Dalam Keperawatan
Pendelegasian Dalam KeperawatanPendelegasian Dalam Keperawatan
Pendelegasian Dalam Keperawatan
 
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdfpendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
pendelegasiandalamkeperawatan-170320025443.pdf
 
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job DescriptionPelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
 
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job DescriptionPelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
Pelatihan Job Aspects, Job Analysis & Job Description
 
Fungsi staf dan pemberdayaan diri
Fungsi staf dan pemberdayaan diriFungsi staf dan pemberdayaan diri
Fungsi staf dan pemberdayaan diri
 
Kekuasaan, Kwewnangan, Tanggung Jawab dan Delegasi
Kekuasaan, Kwewnangan, Tanggung Jawab dan DelegasiKekuasaan, Kwewnangan, Tanggung Jawab dan Delegasi
Kekuasaan, Kwewnangan, Tanggung Jawab dan Delegasi
 
11. kepemimpinan
11. kepemimpinan11. kepemimpinan
11. kepemimpinan
 
Ekma4116 manajemen modul 5
 Ekma4116 manajemen   modul 5 Ekma4116 manajemen   modul 5
Ekma4116 manajemen modul 5
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
DELEGASI TS
DELEGASI TSDELEGASI TS
DELEGASI TS
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
 
makalah Manajemen pendelegasian
makalah Manajemen pendelegasianmakalah Manajemen pendelegasian
makalah Manajemen pendelegasian
 
Makalah 1 evaluasi eko kusumawardani 11150504
Makalah 1 evaluasi eko kusumawardani 11150504Makalah 1 evaluasi eko kusumawardani 11150504
Makalah 1 evaluasi eko kusumawardani 11150504
 
PERTEMUAN KE-3.pptx
PERTEMUAN KE-3.pptxPERTEMUAN KE-3.pptx
PERTEMUAN KE-3.pptx
 
Kunci jawaban Soal MSDM
Kunci jawaban Soal MSDMKunci jawaban Soal MSDM
Kunci jawaban Soal MSDM
 
Makalah I m. zaky mujahid 11140207_msdm
Makalah I m. zaky mujahid 11140207_msdmMakalah I m. zaky mujahid 11140207_msdm
Makalah I m. zaky mujahid 11140207_msdm
 

Más de EBBY FIRDAOS SUFIAN (18)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 
Evolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasiEvolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasi
 

Unit6 : penugasan kerja

  • 1. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /1 PENUGASAN KERJA Objektif Pembelajaran: Mengetahui bagaimana pengurus mengagihkan kerja kepada pekerja. Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat: • Mendefinisikan penugasan kerja. • Menyenaraikan prinsip-prinsip penugasan. • Mengenalpasti punca-punca kuasa pengurus. • Mengenalpasti halangan-halangan kepada penugasan. • Membezakan antara struktur organisasi pemusatan dan pemencaran.
  • 2. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /2 PENUGASAN KERJA (DELEGASI) 6.0 Pengenalan Pengurus tidak dapat melaksanakan semua tugas-tugas dalam organisasi. Sebahagian daripada tugasnya perlu diberikan kepada orang lain untuk dilaksanakan. Pengurus perlu bekerjasama dengan pekerja bagi memastikan semua tugas yang perlu dilaksanakan dapat disiapkan dengan sempurna. 6.1 Definisi penugasan Penugasan merupakan satu proses di mana seorang ketua atau pengurus memberi hak atau menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang bawahannya untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. 6.2 Prinsip-prinsip penugasan 6.2.1 Tanggungjawab (Responsibility) Tanggungjawab merupakan kewajipan seseorang individu untuk melaksanakan tugas yang telah diserahkah dengan sempurna. Pengurus perlu menyedari hakikat tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan. 6.2.2 Kebertanggungjawapan (Accountability) Setiap pengurus dan pekerja mestilah bertanggungan terhadap hasil kerja yang telah dibuat. Tanggungjawab yang telah diserahkan merupakan tanggungan pengurus atau pekerja untuk dilaksanakan. Pengurus atau pekerja haruslah bersedia menerima pujian ataupun cemuhan di atas kejayaan atau kegagalan kerja yang telah dibuat. Pengurus bukan sahaja bertanggungjawab keatas diri mereka sahaja tetapi juga bertanggungan ke atas kerja yang dibuat oleh orang lain.
  • 3. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /3 6.2.3 Kuasa dan Authoriti Autoriti ialah hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan tugas yang telah diserahkan. Ia juga adalah kuasa yang membolehkan pengurus mengarah dan menurunkan kuasa kepada staf bawahannya. Autoriti dan tanggungjawab mestilah berjalan serentak. Ini bermakna apabila seseorang diberi tanggungjawab, ia juga seharusnya diberikan kuasa atau autoriti untuk melaksanakan tugas tersebut. 6.2.3.1 Punca – punca kuasa • Kuasa ganjaran atau penghargaan Keupayaan seseorang individu untuk memberikan penghargaan ataupun ganjaran kepada orang lain yang telah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna. • Kuasa hukuman atau dendaan Keupayaan mengenakan hukuman dan mendenda seseorang kerana tidak memenuhi keperluan, kehendak atau perintah. Kuasa ini penting bagi memastikan prestasi dikekalkan juga mewujudkan keseragaman arahan. • Kuasa mutlak atau sah Apabila pekerja melihat seseorang itu mempunyai hak untuk memberi perintah atau secara undang-undang memang dibolehkan menggunakan pengaruh. Yang menerima perintah mempunyai sifat mematuhi dan tidak mempersoalkan arahan yang diberikan. • Kuasa kepakaran Apabila seseorang ketua mempunyai pengetahuan luas mengenai satu- satu perkara atau bidang dan memiliki kemahiran yang tidak ada pada orang lain. • Kuasa rujukan Apabila pengikut cuba meniru atau mengaitkan atau ada keinginan untuk mengaitkan diri mereka dengan orang lain. Orang yang cuba ditiru dikatakan mempunyai kuasa rujukan. Rujukan mungkin dari segi
  • 4. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /4 perwatakan, tingkahlaku, pendirian dan lain-lain. Yang menjadi rujukan mungkin pemimpin, artis, ibubapa atau siapa sahaja yang dikagumi. Berdasarkan pengalaman yang telah anda lalui, cuba berikan contoh individu-individu yang mempunyai punca-punca kuasa seperti yang telah dibincangkan. 6.3 Kepentingan Kewibawaan dan Tanggungjawab Keberkesanan penurunan tugas ini bergantung juga kepada kedudukan seseorang itu dalam rantaian perintah. Untuk menyerahkan tugas kepada orang lain, mesti ada suatu talian kuasa memerintah yang jelas dan bertingkat dari peringkat atasan hinggalah kepada peringkat paling bawah. Dengan adanya rantaian ini, ahli organisasi dapat memahami: o Kepada siapa mereka boleh mengagihkan kuasa. o Siapa yang boleh mengagihkan kuasa. o Kepada siapa mereka akan dipertanggungjawabkan. Kegagalan seseorang pekerja menjalankan tugas yang diarahkan akan menyebabkan pengurus terpaksa mengambil tanggungjawab kegagalan tersebut dan ini akan mencerminkan ketidakcekapan pengurus itu sendiri. Oleh yang demikian walaupun tanggungjawab itu diturunkan kepada pekerja, seorang pengurus tidak boleh terlepas dari tanggungjawab tidak kira hasil yang didapati baik atau buruk. 6.4 Halangan kepada penugasan kerja atau delegasi Halangan ini berpunca dari dua pihak a) Pengurus b) Pekerja a) Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang enggan melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada pekerja. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara: • Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua kerja tersebut dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja. Pengurus juga menganggap pekerja–pekerja tidak mempunyai kebolehan.
  • 5. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /5 • Pengurus merasakan kepentingan mereka akan tergugat. Pengurus dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan dilaksanakan oleh pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika berlaku kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan nama mereka akan terjejas. • Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh pekerja. • Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pekerja. b) Halangan daripada pihak pekerja yang enggan menerima tanggungjawab. Ini adalah disebabkan oleh perkara berikut: • Kepentingan mereka akan tergugat. Pekerja takut mereka tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan dan mereka lebih suka jika pengurus yang melaksanakan semua kerja-kerja tersebut. Mereka bimbang akan dikenakan hukuman jika tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan. • Pekerja merasakan tiada insentif yang diberikan terhadap kerja-kerja yang akan dibuat. Pekerja memerlukan penghargaan dan insentif kewangan bagi setiap tugas yang akan mereka lakukan kerana tugas yang dilaksanakan memerlukan masa, tenaga dan tekanan yang perlu mereka hadapi.
  • 6. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /6 AKTIVITI 6A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan : Bulatkan jawapan yang betul. 6.1 Hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu keputusan dan memberi arahan adalah merujuk kepada kuasa. ( B / S) 6.2 Pengurus memberi penilaian gaji statik kepada pekerja merujuk kepada pengurus menggunakan kuasa hukuman. (B / S) 6.3 Pengurus tidak perlu bertanggungjawab atas kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja. (B / S) 6.4 Pekerja enggan menerima kerja daripada pengurus kerana tiada insentif yang diberikan atas kerja-kerja yang akan dilaksanakan. (B / S) 6.5 Pengurus enggan menurunkan tugas kepada pekerja kerana mereka takut dikritik oleh pekerja. (B / S) 6.6 Rantaian perintah dapat menerangkan siapa yang boleh mengagihkan kuasa. (B / S) Soalan esei 6.7 Berikan definisi penugasan atau delegasi. 6.8 Kenapakah penugasan diperlukan dalam organisasi. 6.9 Bezakan di antara tanggungjawab dan kebertanggungjawaban.
  • 7. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /7 MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 6A 6.1 S 6.2 B 6.3 S 6.4 B 6.5 S 6.6 B Soalan 6.7 Definisi-proses seseorang ketua atau pengurus memberi hak dan meyerahkan kuasa atau autoriti kepada orang bawahannya untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. Soalan 6.8 Penugasan diperlukan kerana: -Pengurus tidak dapat melaksanakan semua kerja -Melatih pekerja -Meringankan beban pengurus Soalan 6.9 Tanggungjawab Kebertanggungjawaban • Kewajipan individu untuk • Tanggungjawab pengurus dan melaksanakan tugas yang pekerja untuk bertanggungan tertentu dengan sempurna • Bertanggungan samada • Menjadikan tanggungjawab mendapat hasil yang baik atau tersebut sebagai satu amanah buruk yang perlu di pikul • Pengurus berrtanggungan atas kerja mereka dan kerja pekerja
  • 8. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /8 6.5 Pemusatan dan Pemencaran Konsep pemusatan dan pemencaran adalah dua corak pengurusan yang yang bertentangan dari segi pengagihan kuasadan pembuatan keputusan. Samada kuasa itu diagihkan atau tidak kepada kakitangan bawahan bergantung kepada pengurus peringkat atasan selepas dipertimbangkan dari segi kebaikan dan keburukannya. Pemusatan Konsep pemusatan merujuk kepada keadan dimana tidak berlaku penurunan atau pengagihan kuasa kepada pihak bawahan. Pengurus mempunyai kuasa penuh bagi setiap perkara yang akan dilaksanakan dan pekerja hanya mengikut arahan yang dilekuarkan. Ini juga bermakna bahawa semua keputusan dibuat oleh pihak atasan sahaja. Pemencaran Proses penurunan atau pengagihan kuasa keseluruhan organisasi kepada pihak pekerja. Melalui pemencaran, kakitangan bawahan di beri kuasa untuk membuat keputusan. Mereka juga diberi kuasa untuk mengenalpasti masalah atau isu serta membuat cadangan bagi tujuan penyelesaian. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap organisasi yang anda kenali, senaraikan organisasi yang mengamalkan prinsip pemusatan dan pemencaran dan apakah kebaikan dan keburukannya.
  • 9. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /9 6.6 Kebaikan dan keburukan Pemusatan Dan Pemencaran Kedua-dua konsep tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Kebaikan Pemusatan Pemencaran • Membolehkan pihak pengurusan • Organisasi akan menjadi lebih mengkoordinasi aktiviti fleksibel organisasi supaya fokus kepada pencapaian matlamat • Tidak berlaku penyalahgunaan • Memberi peluang kepada kuasa diperingkat bawahan pengurus peringkat pertengahan dan bawahandalam proses pembuatan keputusan • Keselarasan dari segi arahan • Pengurus pertengahan dan yang dikeluarkan kepada pekarja bawahan dapat mempamerkan kebolehan dan kecekapan mereka • Mengurangkan beban pengurus atasan dalam membuat keputusan Keburukan Pemusatan Pemencaran • Pengurus atasan akan mengambil • Kuasa yang tidak terkawal dan masa yang lama dalam membuat penyalahgunaan kuasa keputusan • Sukar diubahsuai dalam situasi- • Setiap pekerja hanya akan situasi yang berubah-ubah mementingkan fungsi atau jabatan masing-masing. • Tidak memberi peluang dan • Berlaku masalah jika keputusan kepercayaan kepada pekerja yang dibuat tidak tepat.
  • 10. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /10 AKTIVITI 6B Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul 6.10 Pekerja diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan dalam konsep pemusatan ( B / S) 6.11 Bentuk komunikasi dalam konsep pemusatan adalah dari atas kebawah (B/S) 6.12 Kebaikan pemencaran adalah ia dapat menyelaraskan semua arahan daripada pihak organisasi. (B/S) 6.13 Kebaikan pemusatan adalah ia dapat menjimatkan masa dalam membuat keputusan. ( B/ S ) 6.14 Pemencaran memberi peluang kepada pekerja untuk menunjukkan kebolehan. ( B/ S ) Soalan esei Soalan 6.15 Terangkan 3 kebaikan pemusatan dan pemencaran.
  • 11. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /11 MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 6B 6.10 S 6.11 B 6.12 S 6.13 B 6.14 B 6.15 Kebaikan Pemusatan Pemencaran • Membolehkan pihak pengurusan • Organisasi akan menjadi lebih mengkoordinasi aktiviti fleksibel organisasi supaya fokus kepada pencapaian matlamat • Tidak berlaku penyalahgunaan • Memberi peluang kepada kuasa diperingkat bawahan pengurus peringkat pertengahan dan bawahandalam proses pembuatan keputusan • Keselarasan dari segi arahan • Pengurus pertengahan dan yang dikeluarkan kepada pekarja bawahan dapat mempamerkan kebolehan dan kecekapan mereka
  • 12. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /12 AKTIVITI PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya . Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. _______i________ialah kuasa yang diberi secara sah oleh organisasi kepada pengurus. Jika kuasa ini dipegang sepenuhnya oleh pihak atasan, organisasi tersebut dipanggil _______ii_________. ____iii____________ialah dimana pengurus menyebarkan kuasa dan autoriti kepada pelbagai kedudukan dan jabatan dalam organisasi.proses dimana pengurus menagihkan sebahagian daripada beban kerjanya kepada orang lain ialah merujuk kepada_____iv________. Delegasi yang berkesan memerlukan penyerahan ______v__________dan ____vi___________daripada __vii_______________kepada _______viii_________. Prinsip kepada delegasi ialah _________ix____,______x_________dan_____xi___________. Soalan Esei. 1. Jelaskan kepentingan kewibawaan dan tanggungjawab pengurus. 2. Huraikan prinsip-prinsip penugasan. 3. Terangkan halangan-halangan kepada berlakunya delegasi yang berpunca dari pihak pengurs dalam organisasi. 4. Bilakah organisasi memerlukan pemusatan dan pemencaran.
  • 13. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /13 MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Isi tempat kosong i. Autoriti ii. Pemusatan iii. Pemencaran iv. Delegasi v. Kuasa vi. Tanggungjawab vii. Pengurus viii. Pekerja ix. Kuasa x. Tanggungjawab xi. Kebertanggungjawaban Soalan esei Soalan 1 Kewibawaan/kuasa-melihat kedudukan individu tersebut dalam organisasi -peringkat atasan hinggalah peringkat bawahan -siapa yang boleh mengeluarkan arahan -siapa yang akan menerima arahan -untuk mempengaruhi pekerja Tanggungjawab-menentukan siapa yang harus melaksanakan tugas -siapa yang akan bertanggungan atas kerja yang dibuat -memastikan kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna -melancarkan tugas yang akan dilaksanakan
  • 14. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /14 Soalan 2 Tiga prinsip penugasan i. tanggungjawab ii. kebertanggungjawaban iii. kuasa Soalan 3 Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang enggan melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada pekerja. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara: i. Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua kerja tersebut dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja. Pengurus juga menganggap pekerja –pekerja tidak mempunyai kebolehan. ii. Pengurus merasakan kepentingan mereka akan tergugat.Pengurus dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan dilaksanakan oleh pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika berlaku kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan nama mereka akan terjejas. iv. Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja kerja yang akan dilaksanakan oleh pekerja. v. Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pekerja. Soalan 4 Pemusatan Pemencaran o Bila keputusan yang o Memerlukan keputusan seragam perlu diambil yang berbeza o Hanya pengurus atasan yang o Keputusan yang segera mahu buat keputusan o Keputusan yang dibuat oleh o Melibatkan keseluruhan pekerja organisasi o Melibatkan keputusan- o Tidak dalam keadaan keputusan aktiviti seharian tergesa-gesa o Keputusan-keputusan segera