Jurnal ini membincangkan masalah murid-murid yang berbicara dan menjawab pertanyaan dengan lambat karena rasa malu dan takut. Guru mencadangkan latihan berbicara di depan kelas dan aktivitas lisan untuk meningkatkan kemampuan berbicara dan mengurangi rasa takut. Tindakan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah dalam waktu seminggu.
Tindakan untuk mengatasi masalah bercakap perlahan
1. JURNAL MINGGU KEENAM
1. Masalah
Pada minggu keenam, saya telah mendapati isu bercakap dan menjawab dengan perlahan
adalah berleluasa di kalangan segolongan murid terutamanya apabila guru bertanya soalan. Murid-
murid berkenaan malu dan takut untuk menjawab sesuatu soalan.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid berkenaan malu dan takut semasa menjawab soalan.
Mereka ragu-ragu sama ada jawapan yang diberi itu adalah salah. Tambahan, mereka kurang
memberikan respon apabila dipanggil untuk melakukan dan menjawab sesuatu soalan.
Bilangan Jurnal : Ke -6
Minggu Praktikum : KEENAM
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 04– 08 March 2012
Tajuk Jurnal : BERCAKAP PERLAHAN
2. 3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah membincangkan masalah ini dengan guru kelas dan guru mata pelajaran yang lain.
Kami bercadang untuk mengadakan ujian oral. Saya melatih murid-murid berkenaan bercakap
kuat dan jelas. Aktiviti oral dan lisan melatih murid-murid menguatkan dalam kemahiran
mendengar dan bercakap. Dengan ini, murid-murid juga dapat menghilangkan perasaan takut dan
malu.
4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Saya akan
memastikan masalah ini dapat diselesaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.
Saya memastikan dan mendorong murid-murid menghafal dan mempersembahkan pantun dan
syarahan di hadapan kelas dengan suara yang lantang dan jelas. Saya berharap dengan
mengadakan aktiviti seperti ini, murid-murid tersebut dapat mengatasi kelemahannya dan dapat
bercakap dengan jelas dan lantang.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :