SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 6
Descargar para leer sin conexión
Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan Linguistik:
Bincangkan Secara Kritis

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk
yang lain. Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya
berlangsung tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji
bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana (2005:3)
merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota
kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan
diri. Jelaslah di sini bahawa bahasa merupakan sebuah sistem.

Pada pandangan saya, linguistik amat penting dipelajari oleh guru Bahasa Melayu
tanpa mengira tahap atau aliran. Pengetahuan yang kukuh dapat membantu seseorang guru
menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa tanpa had atau mengikut silibus yang telah
ditetapkan. Ini kerana bahasa adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan mengalami
perubahan mengikut peredaran masa. Contohnya, pada era teknologi maklumat bahasa
Melayu mengalami kekurangan kosa kata untuk mentafsirkan istilah-istilah dalam teknologi
dan komunikasi. Namun, bidang lingusitik yang mantap di Malaysia yang dirintis oleh DBP
telah memperkenalkan dan mewujudkan istilah-istilah baru yang bertepatan dengan konsep
teknologi dan komunikasi. Contohnya, istilah notebook diterjemahkan kepada komputer riba,
software kepada perisian, broadband kepada jalur lebar dan pelbagai lagi. Terbukti, tanpa
pengetahuan lingusitik maka seseorang guru bahasa Melayu tidak dapat menterjemahkan dan
menggunakan bahasa Melayu 100% dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Saya kerap menggalakkan murid menggunakan dan merujuk Kamus Dewan setiap
kali dalam pengajaran dan pembelajara dalam bilik darjah. Ada segelintir murid yang tidak
mahir menggunakan kamus untuk mencari definisi dan saya menggunakan pengetahuan saya
dalam leksikografi untuk membantu mereka. Leksikografi merupakan salah satu cabang
dalam bidang ilmu lingusitik. Di sini terbukti bahawa guru bahasa Melayu memerlukan ilmu
linguistik untuk memantapkan diri dan anak didiknya.
GURU A

Menurut Guru A yang juga merupakan penanda kertas UPSR sependapat dengan saya
di mana bidang lingusitik perlu dipelajari oleh semua guru bahasa Melayu. Walaupun beliau
menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah namun beliau
masih menerapkan pelbagai kosa kata yang jarang ditemui oleh murid-murid. Menurut beliau
lagi, guru yang komited akan sentiasa mencabar diri sendiri sebelum mencabar murid dengan
ilmuan pengetahuan yang lebih luas. Contohnya, apabila membuat latihan tatabahasa di
dalam bilik darjah, beliau akan menggalakkan murid merujuk kepada Kamus Dewan untuk
mendapatkan makna yang paling tepat. Selain daripada itu, beliau juga tidak membenarkan
murid-muridnya menggunakan istilah bahasa Inggeris walaupun ditulis dalam simbol
pembuka dan penutup kata (“”). Contohnya, murid menulis “e-mail” dalam karangan dan
beliau membuat pembetulan kepada e-mel.

Menurut Guru A lagi, linguistik tidak akan merosakkan bahasa Melayu melalui
kaedah pinjaman atau penterjemahan. Malah hendaklah dilihat dari aspek yang lebih positif
iaitu pengkayaan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu memandangkan ia belum
mencapai bahasa stabil dunia seperti Bahasa Inggeris. Untuk mengelakkan murid
menggunakan bahasa pasar, Guru A akan memastikan semua muridnya menulis dan bertutur
dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan muridnya, beliau juga akan menggunakan peribahasa, simpulan bahasa,
perumpamaan, bidalan dan pepatah moden. Misalnya, Bagai Kumbang Putus Tali, Nasi Tak
Dingin Pinggan Tak retak atau Zaman atom yang jarang-jarang didengar dan diaplikasikan
murid di sekolah. Jelas di sini tanpa pengetahun lingusitik yang luas seseorang guru tidak
dapat mendidik anak muridnya dengan pengetahuan yang baru kerana salah satu daripada
sifat bahasa ialah sentiasa menerima pengaruh daripada persekitarannya dan berkembang.

Menurut Guru A, salah satu bidang linguistik ialah psikolinguistik iaitu ilmu yang
mengkaji hubungan antara bahasa dengan peri laku dan akal budi manusia. Ini menunjukkan
bahasa bahasa bukan sahaja dibicarakan di bibir malah turut digayakan menerusi tingkah laku
manusia. Contohnya, Guru A mendapati apabila beliau memarahi murid yang tidak
menyiapkan kerja rumah, tingkah laku murid berkenaan telah berubah seperti diam dan
menundukkan mukanya. Ternyata, bahasa memainkan peranan dan memberi impak terhadap
perlakuan individu. Dalam konteks sekolah, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang
penting kerana medium komunikasi di sekolah adalah bahasa Melayu. Oleh itu, segala
sebutan dan pertuturan yang dilafazkan oleh guru akan disemat dan diingati oleh murid dalam
minda mereka. Pengetahuan psikolinguistik membantu para guru bahasa Melayu khususnya
supaya bijak menangani sesuatu situasi melalui penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan
betul.

Guru A berpendapat bahawa linguistik dalam abad ke-20 lebih mencabar. Beliau
menyatakan bahawa linguistik tatabahasa dalam abad ke-20 adalah lebih rumit kerana mesti
dibezakan antara mikrolinguistik, makrolinguistik dan sejarah linguistik itu sendiri. Secara
peribadi, Guru A amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa Melayu memerlukan
pengetahuan linguistik untuk mempersiapkan diri dengan globalisasi dan ledakan pendidikan
dunia yang semakin mencabar dan berkualiti. Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar
semua guru bahasa Melayu sentiasa peka dengan perkembangan bahasa Melayu dan bersedia
mempelajari bahasa Melayu untuk memantapkan diri sendiri dan anak didik pada masa akan
datang.

Beliau turut menambah, bagaimana seseorang guru ingin mencurah ilmu kepada anak
didiknya jika ilmu tentangnya (linguistik) tidak ada? Apa tah lagi, murid tahap 2,
memerlukan
penekanan terhadap sistem bahasa seperti ejaan, pengistilahan, kosa kata, sintaksis dan
morfologi. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pengetahuan ilmu lingusitik setiap guru
bahasa amat mustahak. Guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dan sentiasa bersedia untuk
menimba ilmu.

GURU B

Guru B yang merupakan guru KSSR berpendapat pengetahuan linguistik amat penting
walaupun seseorang guru bahasa Melayu mengajar murid di Tahap 1. Linguistik adalah satu
bidang amat luas di mana ia mengkaji bahasa Melayu sama ada dari aspek, sebutan, ejaan,
morfem, frasa, kata, ayat dan pelbagai lagi. Seseorang guru yang dedikasi akan sentiasa
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tanpa mengira faktor murid yang diajar sama
ada di tahap 1 atau 2. Ada segelintir yang berpendapat guru bahasa Melayu KSSR tidak perlu
mendalami ilmu linguistik kerana semua dikumen standard dan evidens telah lengkap dan
disediakan oleh KPM dan BPK.
Menurut Guru B, salah satu cabang linguistik ialah ilmu fonetik iaitu ilmu yang
mempelajari dan mendalami bunyi seperti anatomi serta ia amat penting kerana berkaitan
dengan bunyi bahasa. Dengan pengetahuan fonetik, guru bahasa Melayu dapat menbantu
muridnya menyebut abjad dan suku kata dengan betul sekaligus dapat mengeja perkataan
dengan tepat dan cepat. Contohnya, dalam Tahun 1: Band 1, Deskriptor B2DT1, Evidens E1,
murid dikehendaki mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Dalam subtopik ini, pengetahuan fonetik guru amat
berguna dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengetahuan fonetik amat berguna kepada guru pemulihan bahasa Melayu kerana ia amat
membantu murid-murid yang masih buta huruf.

Guru B menambah, sosiolingusitik merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang
linguistik di mana ia mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Ini menunjukkan
bahawa bahasa Melayu tidak terhad dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di
mana guru perlu mengikuti silibus yang telah ditetapkan. Malah, pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu meliputi semua aspek dan mencakupi semua skop kehidupan.
Misalnya, ketika guru bahasa Melayu mengajar cara membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat dengan betul dalam Band 2: SP 3.3.3, Desktriptor B2DT1, Evidens E1, beliau boleh
mengaplikasikannya dengan aktiviti harian murid. Contohnya, guru boleh meminta murid
menyenaraikan perkataan yang berkaitan dengan kedai runcit, klinik, stesen minyak dan
restoren. Secara tidak langsung murid dapat menyenaraikan perkataan-perkataan yang
berkaitan dengan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi di mana ia tidak terhad kepada
penggunaan buku teks semata-mata.

Pengetahuan ilmu linguistik bagi guru-guru terutamanya guru Bahasa Melayu amat
penting, kerana ianya memberi pengetahuan tentang unit tertentu seperti fomen, morfem,
tagmen dan sebagainya. Lebih-lebih lagi,

guru-guru tahun 1 khususnya akan

memperkenalkan sesuatu unsur fonem kepada murid-murid.

Menurut Guru B lagi, pengetahuan ilmu linguistik amat penting kepada diri guru itu
sendiri. Contohnya, ilmu leksikografi merujuk kepada cara atau kaedah penyusunan kamus.
Sekiranya, seseorang guru bahasa Melayu dapat mendalami teknik penggunaan kamus
dengan betul ia dapat membantu guru itu sendiri dalam mencari makna, imbuhan atau
sebutan sesuatu perkataan dengan cepat dan tepat. Sekaligus, ilmu ini diajar dan diaplikasikan
kepada murid kelak.

Selain itu, menurut Guru B lingusitik moden menekankan bahasa lisan lebih penting
daripada bahasa tulisan di mana tulisan adalah sarana kepada ujaran. Oleh yang demikian,
guru bahasa Melayu mestilah menitiberatkan penggunaan bahasa lisan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah. Bagi murid-murid tahap 1, mereka lebih
meminati bahasa lisan kerana seiring dengan faktor usia mereka yang suka bercakap dan
berbual sesama rakan. Oleh itu, guru bahasa Melayu berperanan mengajar supaya muridmurid tahap 1 dapat bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang betul, lancar dan
sopan. Pendedahan dan didikan dari peringkat awal amat penting supaya murid-murid di
tahap 1 ini telah terbiasa bertutur dengan bahasa Melayu yang betul dan fasih.

Walaupun guru B, mengajar Tahap 1, pada pendangan beliau, pengetahuan ilmu
linguistik amat diperlukan oleh guru-guru. Terutamanya apabila guru menyentuh aspek
tatabahasa .Ini bertujuan, untuk memastikan pengajaran yang disampaikan benar-benar
berkesan dan berkualiti.

Kesimpulannya, Guru B amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa
Melayu memerlukan pengetahuan linguistik sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan melalui KPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan
negara.

RUMUSAN

Berdasarkan hujah dan pendapat di atas, jelas lah bahawa guru bahasa Melayu
memerlukan pengetahuan linguistik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang guru
dan sekaligus memberi sumbangan kepada anak-anak didik di sekolah. Bidang linguistik
amat luas dan mencakupi semua aspek bahasa Melayu. Oleh yang demikian, menjadi
tanggungjawab guru bahasa Melayu mempelajari seberapa banyak cabang linguistik supaya
dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah. Pada
pendapat saya, guru-guru perlu sentiasa menimba ilmu terutamanya dalam bidang linguistik .
Sebagai guru Bahasa Melayu, yang telah mengajar hampir 18 tahun, tidak pernah jemu dan
sentiasa bertanya kepada guru yang lebih arif dalam bidang bahasa bagi meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan saya sebelum saya menyampaikan sesuatu ilmu contohnya
bidang morfologi kepda anak didik saya.

Oleh yang demikian, guru bahasa Melayu sebenarnya

mempunyai

tanggungjawab yang amat besar kerana bukan sahaja mengajar tentang bahasa malah tentang
budaya Melayu di Malaysia. Saya sependapat dengan pernyataan dua orang guru bahasa
Melayu di atas di mana ilmu linguistik perlu dipelajari dari semasa ke semasa kerana antara
fungsi bahasa ialah boleh menerima, meminjam dan berubah-ubah contohnya dari segi ejaan
mengikut perkembangan ilmu dunia pada masa kini. Menurut satu sumber yang saya petik
dari laman sesawang, http///www.pelangicintapelangiblogspot.com/2011/11/psikolinguistiksemamtik, Arbak Othman:2009 “Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan
bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia
sangat besar.” Pernyataan beliau menjelaskan bahawa ilmu linguistik penting dalam sesebuah
masyarakat. Ilmu linguistik merupakan cabang untuk semua bidang ilmu seperti matematik,
sejarah, serta sains dan teknologi.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Sharmilah Mimi
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Caroline Nyandau
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
IPG
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
xiaomei1029
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
Ain Ainnia
 

La actualidad más candente (20)

Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Psikolinguistik
Psikolinguistik Psikolinguistik
Psikolinguistik
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
 

Similar a Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
eliza72
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
921920
 
Linguistik untuk guru bahasa
Linguistik untuk guru bahasaLinguistik untuk guru bahasa
Linguistik untuk guru bahasa
Kamarudin Tahir
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Rini Adiani
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
uniku
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
Amr Ali
 

Similar a Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik (20)

Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
Bm forum 1
Bm forum 1Bm forum 1
Bm forum 1
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
03.docx
03.docx03.docx
03.docx
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwallUpaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
Upaya peningkatan vocabulary siswa dengan media wordwall
 
Linguistik untuk guru bahasa
Linguistik untuk guru bahasaLinguistik untuk guru bahasa
Linguistik untuk guru bahasa
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
 
[3] silabus smp mtk
[3] silabus smp mtk[3] silabus smp mtk
[3] silabus smp mtk
 
2 krb3053
2 krb30532 krb3053
2 krb3053
 
Disain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian KebahasaanDisain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian Kebahasaan
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
 
Kelas 11 sma_bahasa_inggris_guru
Kelas 11 sma_bahasa_inggris_guruKelas 11 sma_bahasa_inggris_guru
Kelas 11 sma_bahasa_inggris_guru
 
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptxLINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
 
Bahasa-Inggris-BG-KLS-I.pdf
Bahasa-Inggris-BG-KLS-I.pdfBahasa-Inggris-BG-KLS-I.pdf
Bahasa-Inggris-BG-KLS-I.pdf
 
Kelas 7 smp bhs inggris
Kelas 7 smp bhs inggrisKelas 7 smp bhs inggris
Kelas 7 smp bhs inggris
 
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan SakubunMateri M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 

Último

ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
AgusRahmat39
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 

Último (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik

  • 1. Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan Linguistik: Bincangkan Secara Kritis Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasalah yang membuat manusia berbeza dengan makhluk yang lain. Linguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa di mana prosesnya berlangsung tanpa henti. Menurut Matthews (1997:vii), linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa. Bahasa pula menurut Kridalaksana (2005:3) merupakan sistem lambang bunyi yang disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota kelompok masyarakat tertentu dalam bekerjasama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan diri. Jelaslah di sini bahawa bahasa merupakan sebuah sistem. Pada pandangan saya, linguistik amat penting dipelajari oleh guru Bahasa Melayu tanpa mengira tahap atau aliran. Pengetahuan yang kukuh dapat membantu seseorang guru menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa tanpa had atau mengikut silibus yang telah ditetapkan. Ini kerana bahasa adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Contohnya, pada era teknologi maklumat bahasa Melayu mengalami kekurangan kosa kata untuk mentafsirkan istilah-istilah dalam teknologi dan komunikasi. Namun, bidang lingusitik yang mantap di Malaysia yang dirintis oleh DBP telah memperkenalkan dan mewujudkan istilah-istilah baru yang bertepatan dengan konsep teknologi dan komunikasi. Contohnya, istilah notebook diterjemahkan kepada komputer riba, software kepada perisian, broadband kepada jalur lebar dan pelbagai lagi. Terbukti, tanpa pengetahuan lingusitik maka seseorang guru bahasa Melayu tidak dapat menterjemahkan dan menggunakan bahasa Melayu 100% dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya kerap menggalakkan murid menggunakan dan merujuk Kamus Dewan setiap kali dalam pengajaran dan pembelajara dalam bilik darjah. Ada segelintir murid yang tidak mahir menggunakan kamus untuk mencari definisi dan saya menggunakan pengetahuan saya dalam leksikografi untuk membantu mereka. Leksikografi merupakan salah satu cabang dalam bidang ilmu lingusitik. Di sini terbukti bahawa guru bahasa Melayu memerlukan ilmu linguistik untuk memantapkan diri dan anak didiknya.
  • 2. GURU A Menurut Guru A yang juga merupakan penanda kertas UPSR sependapat dengan saya di mana bidang lingusitik perlu dipelajari oleh semua guru bahasa Melayu. Walaupun beliau menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah namun beliau masih menerapkan pelbagai kosa kata yang jarang ditemui oleh murid-murid. Menurut beliau lagi, guru yang komited akan sentiasa mencabar diri sendiri sebelum mencabar murid dengan ilmuan pengetahuan yang lebih luas. Contohnya, apabila membuat latihan tatabahasa di dalam bilik darjah, beliau akan menggalakkan murid merujuk kepada Kamus Dewan untuk mendapatkan makna yang paling tepat. Selain daripada itu, beliau juga tidak membenarkan murid-muridnya menggunakan istilah bahasa Inggeris walaupun ditulis dalam simbol pembuka dan penutup kata (“”). Contohnya, murid menulis “e-mail” dalam karangan dan beliau membuat pembetulan kepada e-mel. Menurut Guru A lagi, linguistik tidak akan merosakkan bahasa Melayu melalui kaedah pinjaman atau penterjemahan. Malah hendaklah dilihat dari aspek yang lebih positif iaitu pengkayaan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu memandangkan ia belum mencapai bahasa stabil dunia seperti Bahasa Inggeris. Untuk mengelakkan murid menggunakan bahasa pasar, Guru A akan memastikan semua muridnya menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan muridnya, beliau juga akan menggunakan peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah moden. Misalnya, Bagai Kumbang Putus Tali, Nasi Tak Dingin Pinggan Tak retak atau Zaman atom yang jarang-jarang didengar dan diaplikasikan murid di sekolah. Jelas di sini tanpa pengetahun lingusitik yang luas seseorang guru tidak dapat mendidik anak muridnya dengan pengetahuan yang baru kerana salah satu daripada sifat bahasa ialah sentiasa menerima pengaruh daripada persekitarannya dan berkembang. Menurut Guru A, salah satu bidang linguistik ialah psikolinguistik iaitu ilmu yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan peri laku dan akal budi manusia. Ini menunjukkan bahasa bahasa bukan sahaja dibicarakan di bibir malah turut digayakan menerusi tingkah laku manusia. Contohnya, Guru A mendapati apabila beliau memarahi murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, tingkah laku murid berkenaan telah berubah seperti diam dan menundukkan mukanya. Ternyata, bahasa memainkan peranan dan memberi impak terhadap perlakuan individu. Dalam konteks sekolah, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang
  • 3. penting kerana medium komunikasi di sekolah adalah bahasa Melayu. Oleh itu, segala sebutan dan pertuturan yang dilafazkan oleh guru akan disemat dan diingati oleh murid dalam minda mereka. Pengetahuan psikolinguistik membantu para guru bahasa Melayu khususnya supaya bijak menangani sesuatu situasi melalui penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan betul. Guru A berpendapat bahawa linguistik dalam abad ke-20 lebih mencabar. Beliau menyatakan bahawa linguistik tatabahasa dalam abad ke-20 adalah lebih rumit kerana mesti dibezakan antara mikrolinguistik, makrolinguistik dan sejarah linguistik itu sendiri. Secara peribadi, Guru A amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik untuk mempersiapkan diri dengan globalisasi dan ledakan pendidikan dunia yang semakin mencabar dan berkualiti. Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar semua guru bahasa Melayu sentiasa peka dengan perkembangan bahasa Melayu dan bersedia mempelajari bahasa Melayu untuk memantapkan diri sendiri dan anak didik pada masa akan datang. Beliau turut menambah, bagaimana seseorang guru ingin mencurah ilmu kepada anak didiknya jika ilmu tentangnya (linguistik) tidak ada? Apa tah lagi, murid tahap 2, memerlukan penekanan terhadap sistem bahasa seperti ejaan, pengistilahan, kosa kata, sintaksis dan morfologi. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pengetahuan ilmu lingusitik setiap guru bahasa amat mustahak. Guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dan sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. GURU B Guru B yang merupakan guru KSSR berpendapat pengetahuan linguistik amat penting walaupun seseorang guru bahasa Melayu mengajar murid di Tahap 1. Linguistik adalah satu bidang amat luas di mana ia mengkaji bahasa Melayu sama ada dari aspek, sebutan, ejaan, morfem, frasa, kata, ayat dan pelbagai lagi. Seseorang guru yang dedikasi akan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tanpa mengira faktor murid yang diajar sama ada di tahap 1 atau 2. Ada segelintir yang berpendapat guru bahasa Melayu KSSR tidak perlu mendalami ilmu linguistik kerana semua dikumen standard dan evidens telah lengkap dan disediakan oleh KPM dan BPK.
  • 4. Menurut Guru B, salah satu cabang linguistik ialah ilmu fonetik iaitu ilmu yang mempelajari dan mendalami bunyi seperti anatomi serta ia amat penting kerana berkaitan dengan bunyi bahasa. Dengan pengetahuan fonetik, guru bahasa Melayu dapat menbantu muridnya menyebut abjad dan suku kata dengan betul sekaligus dapat mengeja perkataan dengan tepat dan cepat. Contohnya, dalam Tahun 1: Band 1, Deskriptor B2DT1, Evidens E1, murid dikehendaki mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Dalam subtopik ini, pengetahuan fonetik guru amat berguna dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan fonetik amat berguna kepada guru pemulihan bahasa Melayu kerana ia amat membantu murid-murid yang masih buta huruf. Guru B menambah, sosiolingusitik merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik di mana ia mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu tidak terhad dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di mana guru perlu mengikuti silibus yang telah ditetapkan. Malah, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu meliputi semua aspek dan mencakupi semua skop kehidupan. Misalnya, ketika guru bahasa Melayu mengajar cara membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul dalam Band 2: SP 3.3.3, Desktriptor B2DT1, Evidens E1, beliau boleh mengaplikasikannya dengan aktiviti harian murid. Contohnya, guru boleh meminta murid menyenaraikan perkataan yang berkaitan dengan kedai runcit, klinik, stesen minyak dan restoren. Secara tidak langsung murid dapat menyenaraikan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi di mana ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata. Pengetahuan ilmu linguistik bagi guru-guru terutamanya guru Bahasa Melayu amat penting, kerana ianya memberi pengetahuan tentang unit tertentu seperti fomen, morfem, tagmen dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, guru-guru tahun 1 khususnya akan memperkenalkan sesuatu unsur fonem kepada murid-murid. Menurut Guru B lagi, pengetahuan ilmu linguistik amat penting kepada diri guru itu sendiri. Contohnya, ilmu leksikografi merujuk kepada cara atau kaedah penyusunan kamus. Sekiranya, seseorang guru bahasa Melayu dapat mendalami teknik penggunaan kamus dengan betul ia dapat membantu guru itu sendiri dalam mencari makna, imbuhan atau
  • 5. sebutan sesuatu perkataan dengan cepat dan tepat. Sekaligus, ilmu ini diajar dan diaplikasikan kepada murid kelak. Selain itu, menurut Guru B lingusitik moden menekankan bahasa lisan lebih penting daripada bahasa tulisan di mana tulisan adalah sarana kepada ujaran. Oleh yang demikian, guru bahasa Melayu mestilah menitiberatkan penggunaan bahasa lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah. Bagi murid-murid tahap 1, mereka lebih meminati bahasa lisan kerana seiring dengan faktor usia mereka yang suka bercakap dan berbual sesama rakan. Oleh itu, guru bahasa Melayu berperanan mengajar supaya muridmurid tahap 1 dapat bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang betul, lancar dan sopan. Pendedahan dan didikan dari peringkat awal amat penting supaya murid-murid di tahap 1 ini telah terbiasa bertutur dengan bahasa Melayu yang betul dan fasih. Walaupun guru B, mengajar Tahap 1, pada pendangan beliau, pengetahuan ilmu linguistik amat diperlukan oleh guru-guru. Terutamanya apabila guru menyentuh aspek tatabahasa .Ini bertujuan, untuk memastikan pengajaran yang disampaikan benar-benar berkesan dan berkualiti. Kesimpulannya, Guru B amat bersetuju dengan pernyataan bahawa guru bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui KPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. RUMUSAN Berdasarkan hujah dan pendapat di atas, jelas lah bahawa guru bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang guru dan sekaligus memberi sumbangan kepada anak-anak didik di sekolah. Bidang linguistik amat luas dan mencakupi semua aspek bahasa Melayu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru bahasa Melayu mempelajari seberapa banyak cabang linguistik supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah. Pada pendapat saya, guru-guru perlu sentiasa menimba ilmu terutamanya dalam bidang linguistik .
  • 6. Sebagai guru Bahasa Melayu, yang telah mengajar hampir 18 tahun, tidak pernah jemu dan sentiasa bertanya kepada guru yang lebih arif dalam bidang bahasa bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan saya sebelum saya menyampaikan sesuatu ilmu contohnya bidang morfologi kepda anak didik saya. Oleh yang demikian, guru bahasa Melayu sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang amat besar kerana bukan sahaja mengajar tentang bahasa malah tentang budaya Melayu di Malaysia. Saya sependapat dengan pernyataan dua orang guru bahasa Melayu di atas di mana ilmu linguistik perlu dipelajari dari semasa ke semasa kerana antara fungsi bahasa ialah boleh menerima, meminjam dan berubah-ubah contohnya dari segi ejaan mengikut perkembangan ilmu dunia pada masa kini. Menurut satu sumber yang saya petik dari laman sesawang, http///www.pelangicintapelangiblogspot.com/2011/11/psikolinguistiksemamtik, Arbak Othman:2009 “Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia sangat besar.” Pernyataan beliau menjelaskan bahawa ilmu linguistik penting dalam sesebuah masyarakat. Ilmu linguistik merupakan cabang untuk semua bidang ilmu seperti matematik, sejarah, serta sains dan teknologi.