1. Dokumen tersebut membahasikan larangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan menurut ajaran Islam. Islam menekankan pentingnya menjaga batasan dan memisahkan diri antara jantina berlawanan untuk mengelak fitnah dan nafsu hawa.
2. Hadis-hadis Nabi menunjukkan bahawa Nabi melarang pandangan berulang kali antara lelaki dan perempuan, walaupun tidak sengaja, dan berkumpul secara bercampur. In
Etika berpakaian wanita muslimah dalam al quran dan hadits
Pergaulan bebas muda mudi
1. PERGAULAN BEBAS MUDA MUDI
by admin2 on July 2, 2012 with 0 Comments in Akhlak & Adab , Ust. Fathul Bari Mat
Jahya
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
PADA zaman Nabi S.A.W, apabila turun ayat
berkaitan hijab (perintah menutup aurat), para sahabat r.a lantas memerintahkan isteri-
isteri mereka menutup aurat dan pada masa yang sama apabila para wanita melalui
kawasan-kawasan yang terdapat padanya lelaki, mereka akan berjalan rapat ke tepi.
Pernah suatu ketika Rasulullah saw melihat kaum lelaki dan perempuan di luar masjid
bergerak bersebelahan antara satu sama lain. Baginda menahan kaum perempuan lalu
berkata, “Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini,
adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding.”
(riwayat Abu Dawud)
Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi menyebut yang maksudnya; “Tidaklah
bersendirian lelaki dan wanita kecuali yang ketiga di antara mereka berdua
adalah syaitan” (riwayat Imam Tirmidzi)
Yang ingin dibicarakan di sini ialah tentang permasalahan bercampurnya lelaki dan
perempuan secara beramai-ramai. Jika dirujuk apa yang disebut oleh para sahabat
Nabi r.a. setelah turunnya ayat hijab adalah perintah mengasingkan diri; yakni jangan
duduk bersekali di dalam satu majlis yang bercampur kerana di dalam Al-Quran Allah
S.W.T berfirman maksudnya,
“Katakan-lah kepada orang-orang yang beriman agar mereka
menundukkan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan
2. mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang mereka kerjakan, dan katakanlah kepada wanita
yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (An-Nur: 30-31)
Ketika para ahli ilmu membahaskan ayat ini, mereka membawakan satu atsar
(perkataan sahabat) daripada Ali bin Abi Talib r.a, apabila beliau bertanya kepada Nabi
tentang„nadzratul faj-ah‟ iaitu terpandang secara tidak sengaja. Kata Nabi SAW,
maksudnya;
“Wahai Ali! Janganlah pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya
tidak boleh.” (riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
Jika melihat secara tidak sengaja pun Nabi mengarahkan agar bersegera mengalih
pandangan dan tidak mengikuti dengan pandangan yang lain, maka apatah lagi jika
duduk bersama-sama dan bercampur di dalam satu majlis kerana ia akan lebih
terdedah kepada melihat dan memandang antara lelaki dan perempuan.
Dari Abdullah bin „Abbas r.a, beliau berkata : Adalah Al-Fadl menjadi
peneman Rasulullah SAW (dalam perjalanan), lalu datanglah seorang
wanita dari Khots‟am, kemudian Al-Fadl memandang kepadanya (wanita
itu), lalu Nabi SAW memalingkan wajah Al-Fadl ke sisi yang lain, kemudian
dia (wanita tersebut) berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
kefardhuan Allah atas hamba-hamba-Nya di dalam haji, tetapi ayahku
dalam keadaan tua renta, dia tidak dapat tetap di atas kenderaan, apakah
aku dapat melakukan haji untuknya? Baginda menjawab : “Ya”, dan hal itu
(terjadi) di dalam haji wada‟. (riwayat Imam al-Bukhari, no 1513, dan
Muslim,no. 1334)
Jadi perbuatan Nabi mengalihkan pandangan Al-Fadhl ini membuktikan bahawa Nabi
S.A.W tidak mengizinkan untuk melihat apatah lagi duduk di dalam suatu majlis secara
bercampuran yang akan lebih terdedah untuk melihat dengan sengaja ataupun tidak
sengaja.
3. Percampuran antara ipar duai, sumbang mahram
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian
masuk ke tempat para wanita”. Lalu seorang sahabat Anshar bertanya:
“Bagaimana pendapatmu tentang ipar?‟ Rasulullah SAW menjawab: “Ipar
itu maut”. (riwayat Imam an-Nasai)
Ini kerana apabila berlaku kemaksiatan di antara ipar atau ahli keluarga, ia akan
memberi fitnah (kerosakan) yang begitu besar. Antaranya adalah berlaku kecelaruan
nasab keturunan serta pergaduhan sesama ahli keluarga. Oleh kerana itu, jangan
menganggap remeh percampuran yang berlaku antara ipar. Bukan bertujuan sangka
buruk kepada ipar atau ahli keluarga, tetapi nafsu boleh tercetus pada bila-bila masa.
Sabda Nabi SAW, “sesungguhnya syaitan mengalir di dalam darah manusia.”
Kita bimbang dengan apa yang berlaku di dalam rumah pada hari ini seperti isu ipar, isu
antara ayah dengan anak, adik dengan abang, kakak dengan adik dan sebagainya.
Ramai yang salah faham dan menganggap bahawa ketika di depan mahram mereka
boleh berpakaian sesuka hati; seluar pendek dengan t-shirt ketat dan seumpamanya,
walhal ia sama sekali tidak dibenarkan kerana asal pemakaian yang dibenarkan adalah
yang biasa (tidak membangkitkan nafsu) dan menutupi sebahagian besar tubuh badan.
Perkara ini telah dibahaskan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah tentang aurat ringan
serta aurat berat. Kita tidak boleh menafikan bahawa telah berlaku dalam masyarakat
kita peristiwa seperti abang merogol adik, ayah merogol anak dan sebagainya. Perkara
ini terjadi antara sebabnya adalah kerana masyarakat tidak mengambil berat tidak
memandang serius isu pergaulan, percampuran dan pemakaian.
Syaitan boleh mencetuskan perasaan dan nafsu manusia pada bila-bila masa. Oleh itu
Islam sangat menekankan perkara yang disebutkan tadi. Sepupu-sepapat walaupun
rapat dan tinggal bersama sejak kecil, Islam tetap meletakkan garis dan batasan
pergaulan kerana nafsu manusia sangat bahaya. Sabda Nabi SAW, maksudnya;
“Barangsiapa yang menjamin padaku penjagaan di antara dua tulang
rahangnya (lisan) dan di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku jamin
baginya syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).