SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
KAJIAN TINDAKAN
                         2007




                       TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN
     MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P




                   MATA PELAJARAN
                     GEOGRAFI




                  DISEDIAKAN OLEH:
               KAMSIAH BINTI MOHD ALI
            SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHOR
ABSTRAK KAJIAN


Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutan
dengan menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4.
Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yang
dihadapi oleh sebilangan murid kelas ini dalam menentukan arah mata angin dan mengukur
bearing sudutan, pengkaji telah melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepada
memperkenalkan dan memahirkan murid mengukur bearing sudutan dengan tepat, menarik
dan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-murid ini ke Dataran Kejat
untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti iaitu menetukan
arah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan. Setelah
aktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya menjawab
soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid di
akhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran
mereka dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini juga
menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya,
kaedah ini secara umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati
mata pelajaran geografi . Dicadangkan pada masa akan datang, kaedah main peranan ini
dapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira waktu tempatan bagi
memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid.




                                            2
REFLEKSI P&P YANG LALU



       Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagian

kemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemen

geografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh

murid ialah mengukur bearing.

       Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4,

didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata angin

terutamanya arah mata angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari mana

bearing itu perlu diukur iaitu sama ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atau

sebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik rujukan sesuatu bearing itu akan diukur.

Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing dengan tepat seterusnya

menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta.




FOKUS KAJIAN

       Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajian

ini difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibat

dalam mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat

meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah main

peranan dalam pengajaran guru.

       Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar Cara

Belajar yang melibatkan     murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapat

membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku

secara metakognitif terhadap peranan tersebut.



                                            3
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.

Objektif Am

- Membolehkan murid mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan

protaktor dengan langkah-langkah yang betul.



Objektif Khusus

   1.      Meningkatkan kemahiran murid menentukan arah mata angin..

   2.      Meningkatkan kemahiran murid menentukan titik rujukan untuk mengukur

           bearing

   3.      Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing sudutan dengan tepat.



   SUBJEK KAJIAN

        Subjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah

   atau kurang mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur

   Bearing) . Subjek dipilih berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid

   kelas ini.



   PELAKSANAAN KAJIAN

   Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

   1. Ujian pra

   2. Aktiviti main peranan

   3. Ujian pos




                                            4
UJIAN PRA

       Murid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan mereka

diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawab

semua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalani

aktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh

dilihat berdasarkan jadual di bawah.



   JADUAL 1: Bilangan Murid 2PK4 Yang Menjawab Soalan Ujian Pra
             Dengan Betul dan Salah


             SOALAN                    BETUL            SALAH   JUMLAH
            Bahagian A
      Soalan Menentukan Arah             21               8       29
            Mata Angin

            Bahagian B
     Soalan Mengukur Bearing             19              10       29
              Mudah

            Bahagian C
     Soalan mengukur Bearing
      Berdasarkan Peta Lakar             19              10       29

   Sumber: Ujian Pra ke atas 29 Murid Kelas 2PK4



   Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid-

murid yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salah

dalam setiap bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-murid

ini sahaja yang dipilih untuk menjalani aktiviti ini.




                                               5
AKTIVITI MAIN PERANAN

   Setelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh untuk

menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3

masa pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktiviti

menentukan bearing sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing.



Aktiviti 1- Menentukan Arah Mata Angin

   Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas Dataran

Kejat .

   Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini.

Perasaan murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yang

akan dijalankan.

   8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin.

Setiap murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebut

tidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arah

Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara.

   Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mata

angin satu persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akan

mempamerkan kad di tangan mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, maka

murid yang memegang kad yang tertulis arah Utara akan mempamerkan kad di tangannya.

Guru menyebutkan arah-arah mata angin tersebut secara berulang kali.

   Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungi

soalan melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti

yang telah dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul.




                                            6
Aktiviti 2 – Menentukan Bearing Sudutan

   Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalam

aktiviti ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakah

mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialah

jangka sudut pospek yang telah dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangka

sudut yang dibina secara berlapis bagi memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah.

   Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadi

mengambil tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titik

tengah dan pengukur sudut.

   Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudut

bagi arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah

00 . Begitulah seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (45 0), Timur

(900), Tenggara (1350), Selatan (1800), Barat Daya (2250), Barat (2700), Barat Laut (3150)

dan Utara (3600).

   Bagi mengukuhkan lagi kemahiran murid-murid, Guru meminta murid-murid yang

berperanan sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Murid

berperanan sebagai arah Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti di

tengah-tengah antara arah Utara dan Timur Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yang

lain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut berhenti di tengah-tengah antara arah

Timur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur berhenti di tengah-tengah

antara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara berhenti di

tengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah Selatan

berhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagai

arah Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan        Barat, murid

berperanan sebagai arah Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut,



                                            7
murid berperanan sebagai arah Barat Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Laut

dan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut menggunakan jangka sudut pospek.

   Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalan

melabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapati

bahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat

melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin dengan betul.



Aktiviti 3 – Menentukan Titik Rujukan

   Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukan

bagi mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 set

point, Set 1 dan 2 – point X,Y dan Z dan Set 3 – W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktiviti

ini dijalankan dalam satu waktu pengajaran.

   Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti

main peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3

orang murid dan Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulan

memainkan peranan sebagai point-point yang telah dilukis oleh guru.

   Seterusnya, guru memberi penerangan ringkas bagaimana untuk menentukan titik

rujukan dan membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru meminta

murid mengukur bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkat

tangan. Begitulah seterusnya.

   Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur bearing yang

melibatkan banyak titik rujukan. Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, murid-murid

yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga seronok

menjalani aktiviti tersebut.




                                              8
UJIAN POS

   Ujian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan.

Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam masa 15 minit.




DAPATAN KAJIAN

AKTIVITI 1 – Menetukan Arah Mata Angin

   Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapati

semua murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul.



AKTIVITI 2 – Menentukan Bearing Sudutan

   Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearing

sudutan bagi setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur dan

melabelkan bearing –bearing tersebut.



AKTIVITI 3 –Menentukan Titik Rujukan

       Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid-

murid yang terlibat dengan betul.




                                           9
UJIAN POST

JADUAL 1: Keputusan Ujian Post


             SOALAN                    BETUL          SALAH      JUMLAH        PERATUS
                                                                                BETUL
                                                                                 (%)
     Soalan Menentukan Arah
            Mata Angin
                (a)                       10             -           10
                (b)                       10             -           10
                (c)                       10             -           10            100
                (d)                       10             -           10
                (e)                       10             -           10
     Soalan Mengukur Bearing
              Mudah
                 1                        10             -
                 2                        10             -                        90%
                 3                         9             1
                 4                         9             1
     Soalan mengukur Bearing
      Berdasarkan Peta Lakar
                 1                        10             -
                 2                        10             -                        90%
                 3                        10             -
                 4                         9             1
                 5                        10             -
                 6                         9             1
                 7                        10             -
                 8                        10             -
   Sumber: Ujian Post Ke atas 10 orang subjek



   Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankan

ke atas 10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua murid

yang terlibat dapat menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakala

bagi soalan mengukur bearing mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapat

menjawab soalan dengan betul semuanya iaitu Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalan

mengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid sahaja yang tidak dapat

menjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut adalah

murid yang sama.


                                          10
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main

peranan yang dijalankan     sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

mengukur bearing sudutan dengan tepat.



REFLEKSI

       Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau

main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

mengukur bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktiviti

yang dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan .

Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan , murid-murid juga dapat menjawab soalan-

soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing dengan betul. Berlaku peningkatan

dalam peratus kelulusan pelajar.

       Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam kajian yang dijalankan.

Dalam aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagi

hanya berperanan sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mesti

terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktiviti

ini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalam

menjalankan aktiviti ini.

       Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajar

dan dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutk

topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid.




                                            11
LAMPIRAN 1

                                       PRA –UJIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan

Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah.




1. Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110˚, apakah bearing sudutan sekolah
          dari pasar?
   _____________________________


Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.




                                           12
2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah?

   _________________________


3. Rumah Alice terletak di bearing ______________ dari rumah ___________________.
Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah.




4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bearing sudutan Q dari P.

   ______________________.



Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah.




                                           13
5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165˚ dari kolam?

   ________________.

6. Bearing sudutan bank dari restoran ialah _______________.

7. Berdasarkan rajah yang diberi, nyatakan bearing sudutan berkenaan.




                                          14
LAMPIRAN 2

POST- UJIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan




                             15
LAMPIRAN 3




             16
17

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjahEswary Raju
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Arafeh Karimi
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfNORIDAYUBTSHARIFFMoe
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanBercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanckinsweet
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual beeNur Kareena
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaimanmutiara
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Stephanie Unsil
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Ling Jie Wong
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoMokhzani Fadir
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 

La actualidad más candente (20)

Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Contoh rph geografi
Contoh rph geografiContoh rph geografi
Contoh rph geografi
 
Pemantauan & Penyeliaan Kurikulum
Pemantauan & Penyeliaan KurikulumPemantauan & Penyeliaan Kurikulum
Pemantauan & Penyeliaan Kurikulum
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
Penjaminan kualiti pbs
Penjaminan kualiti pbsPenjaminan kualiti pbs
Penjaminan kualiti pbs
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
 
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanBercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 

Destacado

C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009
C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009
C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009guest21bfc4e
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kessyahums
 
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2cikla321
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Bab 8 Kepentingan Pelbagai Sumber
Bab 8 Kepentingan Pelbagai SumberBab 8 Kepentingan Pelbagai Sumber
Bab 8 Kepentingan Pelbagai SumberCIKGUZARINAMN MN
 
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
Kssm geo tingkatan 1:  kedudukanKssm geo tingkatan 1:  kedudukan
Kssm geo tingkatan 1: kedudukanRamli Rem
 
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-254265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2Fyza Hasnin
 
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakarRamli Rem
 
Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Norlianti Adali
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Destacado (13)

C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009
C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009
C:\Fakepath\Geografi Pmr 2009
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kes
 
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Amalan terbaik
Amalan terbaikAmalan terbaik
Amalan terbaik
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Bab 8 Kepentingan Pelbagai Sumber
Bab 8 Kepentingan Pelbagai SumberBab 8 Kepentingan Pelbagai Sumber
Bab 8 Kepentingan Pelbagai Sumber
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
Kssm geo tingkatan 1:  kedudukanKssm geo tingkatan 1:  kedudukan
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
 
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-254265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2
54265498 ujian-mac-geografi-tingkatan-2
 
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
 
Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar a Kamsiah geografi sek men

PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
2015 RPT + PPPM Tingkatan 1 Geografi
2015 RPT + PPPM  Tingkatan 1 Geografi2015 RPT + PPPM  Tingkatan 1 Geografi
2015 RPT + PPPM Tingkatan 1 GeografiNoraini Hasbollah
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2julaizah
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahlinamira
 
kit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdfkit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdfIzzatiAzam1
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPMNoraini Hasbollah
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORInaquiah
 
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbsNoraini Hasbollah
 
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docx
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docxRPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docx
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docxRoshamizamNik
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 

Similar a Kamsiah geografi sek men (20)

Presentation journal
Presentation journalPresentation journal
Presentation journal
 
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
2015 RPT + PPPM Tingkatan 1 Geografi
2015 RPT + PPPM  Tingkatan 1 Geografi2015 RPT + PPPM  Tingkatan 1 Geografi
2015 RPT + PPPM Tingkatan 1 Geografi
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
942 sp geografi stpm
942 sp geografi stpm942 sp geografi stpm
942 sp geografi stpm
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarah
 
kit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdfkit-media-rph1.pdf
kit-media-rph1.pdf
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM
2015 RPT Tingkatan 3 Geografi + PPPM
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
 
ulasan kajian tindakan
ulasan kajian tindakanulasan kajian tindakan
ulasan kajian tindakan
 
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs
2014 geografi tingkatan 1 rpt + pbs
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docx
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docxRPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docx
RPT GEOGRAFI TING 1 2023-2024.docx
 
Rph kssr th 4 (ky)
Rph kssr th 4 (ky)Rph kssr th 4 (ky)
Rph kssr th 4 (ky)
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 

Más de KOLEJ VOKASIONAL TAWAU (17)

1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement
 
Badminton tahan
Badminton tahanBadminton tahan
Badminton tahan
 
Bab6ppsf2 101013084531-phpapp02-1
Bab6ppsf2 101013084531-phpapp02-1Bab6ppsf2 101013084531-phpapp02-1
Bab6ppsf2 101013084531-phpapp02-1
 
Bab5jahitan 091220024659-phpapp02
Bab5jahitan 091220024659-phpapp02Bab5jahitan 091220024659-phpapp02
Bab5jahitan 091220024659-phpapp02
 
Pemilihan dan peyimpanan makanan
Pemilihan dan peyimpanan makananPemilihan dan peyimpanan makanan
Pemilihan dan peyimpanan makanan
 
Kuihnkpresent 091004231440-phpapp02
Kuihnkpresent 091004231440-phpapp02Kuihnkpresent 091004231440-phpapp02
Kuihnkpresent 091004231440-phpapp02
 
Bab8bater 100427015554-phpapp02
Bab8bater 100427015554-phpapp02Bab8bater 100427015554-phpapp02
Bab8bater 100427015554-phpapp02
 
Peti sejuk
Peti sejukPeti sejuk
Peti sejuk
 
Cara pemilihan dan penyimpanan makanan
Cara pemilihan dan penyimpanan makananCara pemilihan dan penyimpanan makanan
Cara pemilihan dan penyimpanan makanan
 
Pemilihan dan penyimpanan sayuran
Pemilihan dan penyimpanan sayuranPemilihan dan penyimpanan sayuran
Pemilihan dan penyimpanan sayuran
 
Pemilihan dan peyimpanan makanan
Pemilihan dan peyimpanan makananPemilihan dan peyimpanan makanan
Pemilihan dan peyimpanan makanan
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
20110801100832 lecture 1 research
20110801100832 lecture 1 research20110801100832 lecture 1 research
20110801100832 lecture 1 research
 
Snyder s
Snyder sSnyder s
Snyder s
 
201107260107522. guru sbg profesional
201107260107522. guru sbg profesional201107260107522. guru sbg profesional
201107260107522. guru sbg profesional
 

Último

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Último (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Kamsiah geografi sek men

  • 1. KAJIAN TINDAKAN 2007 TAJUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P MATA PELAJARAN GEOGRAFI DISEDIAKAN OLEH: KAMSIAH BINTI MOHD ALI SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHOR
  • 2. ABSTRAK KAJIAN Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutan dengan menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh sebilangan murid kelas ini dalam menentukan arah mata angin dan mengukur bearing sudutan, pengkaji telah melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepada memperkenalkan dan memahirkan murid mengukur bearing sudutan dengan tepat, menarik dan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-murid ini ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti iaitu menetukan arah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan. Setelah aktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid di akhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran mereka dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya, kaedah ini secara umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati mata pelajaran geografi . Dicadangkan pada masa akan datang, kaedah main peranan ini dapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid. 2
  • 3. REFLEKSI P&P YANG LALU Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagian kemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemen geografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah mengukur bearing. Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4, didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata angin terutamanya arah mata angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari mana bearing itu perlu diukur iaitu sama ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik rujukan sesuatu bearing itu akan diukur. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing dengan tepat seterusnya menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta. FOKUS KAJIAN Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibat dalam mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah main peranan dalam pengajaran guru. Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar Cara Belajar yang melibatkan murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut. 3
  • 4. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus. Objektif Am - Membolehkan murid mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan protaktor dengan langkah-langkah yang betul. Objektif Khusus 1. Meningkatkan kemahiran murid menentukan arah mata angin.. 2. Meningkatkan kemahiran murid menentukan titik rujukan untuk mengukur bearing 3. Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing sudutan dengan tepat. SUBJEK KAJIAN Subjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah atau kurang mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur Bearing) . Subjek dipilih berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid kelas ini. PELAKSANAAN KAJIAN Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: 1. Ujian pra 2. Aktiviti main peranan 3. Ujian pos 4
  • 5. UJIAN PRA Murid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan mereka diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalani aktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh dilihat berdasarkan jadual di bawah. JADUAL 1: Bilangan Murid 2PK4 Yang Menjawab Soalan Ujian Pra Dengan Betul dan Salah SOALAN BETUL SALAH JUMLAH Bahagian A Soalan Menentukan Arah 21 8 29 Mata Angin Bahagian B Soalan Mengukur Bearing 19 10 29 Mudah Bahagian C Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar 19 10 29 Sumber: Ujian Pra ke atas 29 Murid Kelas 2PK4 Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid- murid yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salah dalam setiap bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-murid ini sahaja yang dipilih untuk menjalani aktiviti ini. 5
  • 6. AKTIVITI MAIN PERANAN Setelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3 masa pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktiviti menentukan bearing sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing. Aktiviti 1- Menentukan Arah Mata Angin Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas Dataran Kejat . Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini. Perasaan murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dijalankan. 8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin. Setiap murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebut tidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arah Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara. Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mata angin satu persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akan mempamerkan kad di tangan mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, maka murid yang memegang kad yang tertulis arah Utara akan mempamerkan kad di tangannya. Guru menyebutkan arah-arah mata angin tersebut secara berulang kali. Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungi soalan melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul. 6
  • 7. Aktiviti 2 – Menentukan Bearing Sudutan Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalam aktiviti ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakah mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialah jangka sudut pospek yang telah dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangka sudut yang dibina secara berlapis bagi memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah. Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadi mengambil tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titik tengah dan pengukur sudut. Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudut bagi arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah 00 . Begitulah seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (45 0), Timur (900), Tenggara (1350), Selatan (1800), Barat Daya (2250), Barat (2700), Barat Laut (3150) dan Utara (3600). Bagi mengukuhkan lagi kemahiran murid-murid, Guru meminta murid-murid yang berperanan sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Murid berperanan sebagai arah Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti di tengah-tengah antara arah Utara dan Timur Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yang lain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Timur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur berhenti di tengah-tengah antara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara berhenti di tengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah Selatan berhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagai arah Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan Barat, murid berperanan sebagai arah Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut, 7
  • 8. murid berperanan sebagai arah Barat Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Laut dan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut menggunakan jangka sudut pospek. Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalan melabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapati bahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin dengan betul. Aktiviti 3 – Menentukan Titik Rujukan Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 set point, Set 1 dan 2 – point X,Y dan Z dan Set 3 – W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktiviti ini dijalankan dalam satu waktu pengajaran. Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3 orang murid dan Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan sebagai point-point yang telah dilukis oleh guru. Seterusnya, guru memberi penerangan ringkas bagaimana untuk menentukan titik rujukan dan membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru meminta murid mengukur bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkat tangan. Begitulah seterusnya. Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur bearing yang melibatkan banyak titik rujukan. Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga seronok menjalani aktiviti tersebut. 8
  • 9. UJIAN POS Ujian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam masa 15 minit. DAPATAN KAJIAN AKTIVITI 1 – Menetukan Arah Mata Angin Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapati semua murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul. AKTIVITI 2 – Menentukan Bearing Sudutan Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur dan melabelkan bearing –bearing tersebut. AKTIVITI 3 –Menentukan Titik Rujukan Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid- murid yang terlibat dengan betul. 9
  • 10. UJIAN POST JADUAL 1: Keputusan Ujian Post SOALAN BETUL SALAH JUMLAH PERATUS BETUL (%) Soalan Menentukan Arah Mata Angin (a) 10 - 10 (b) 10 - 10 (c) 10 - 10 100 (d) 10 - 10 (e) 10 - 10 Soalan Mengukur Bearing Mudah 1 10 - 2 10 - 90% 3 9 1 4 9 1 Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar 1 10 - 2 10 - 90% 3 10 - 4 9 1 5 10 - 6 9 1 7 10 - 8 10 - Sumber: Ujian Post Ke atas 10 orang subjek Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankan ke atas 10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua murid yang terlibat dapat menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakala bagi soalan mengukur bearing mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul semuanya iaitu Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalan mengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut adalah murid yang sama. 10
  • 11. Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengukur bearing sudutan dengan tepat. REFLEKSI Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengukur bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktiviti yang dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan . Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan , murid-murid juga dapat menjawab soalan- soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing dengan betul. Berlaku peningkatan dalam peratus kelulusan pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam kajian yang dijalankan. Dalam aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagi hanya berperanan sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mesti terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktiviti ini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalam menjalankan aktiviti ini. Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajar dan dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutk topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid. 11
  • 12. LAMPIRAN 1 PRA –UJIAN ARAHAN: Jawab semua soalan Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah. 1. Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110˚, apakah bearing sudutan sekolah dari pasar? _____________________________ Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah. 12
  • 13. 2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah? _________________________ 3. Rumah Alice terletak di bearing ______________ dari rumah ___________________. Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah. 4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bearing sudutan Q dari P. ______________________. Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah. 13
  • 14. 5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165˚ dari kolam? ________________. 6. Bearing sudutan bank dari restoran ialah _______________. 7. Berdasarkan rajah yang diberi, nyatakan bearing sudutan berkenaan. 14
  • 15. LAMPIRAN 2 POST- UJIAN ARAHAN: Jawab semua soalan 15
  • 17. 17