SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 24
Descargar para leer sin conexión
ASAS PROTOKOL DAN ETIKET
                           MAJLIS RASMI


PENDAHULUAN

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun
samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain
atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku
yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau
norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada
timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi
yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan
yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di
samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh
penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan
mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan
sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.


Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat
     Istiadat   pertabalan,    penganugerahan    darjah    kebesaran,
menyampaikan surat tauliah dan     mengangkat sumpah oleh menteri.

2.    Majlis Rasmi dan Formal
      Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing.

     3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal
     Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.

4.   Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal
     Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti
perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5.        Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal
          Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.


ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

1.   Jawatankuasa
2.   Tempat majlis
3.   Penyediaan senarai jemputan
4.   Aturcara majlis



                                                                         1
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10.Susunan tempat duduk
11.Pengacaraan Majlis Formal
12.Penyediaan aturcara pentadbiran
13.Peranan penyambut tetamu
14.Raptai
15.Nilai-nilai Islam
16.Post-Mortem


ELEMEN PENTING ETIKET

1. Cita Rasa Berpakaian
2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan dan Pengayaan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)
12.Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13.Mengenali Peralatan Jamuan
14.Cara Menghidang
15.Tertib di Meja Makan


ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET


1. TERTIB PERKENALAN

    a)        Prinsip Perkenalan
          •   Perkenalkan lelaki kepada wanita.
          •   Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang
              lebih penting.
          •   Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada
              orang yang lebih tinggi pangkatnya.
          •   Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih
              tua.

    b)        Keberkesanan dalam perkenalan




                                                                      2
•   Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk
                menerima perkenalan.
            •   Sebut nama dengan jelas dan betul.
            •        Perlakuan yang tertib.
            •   Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.
            •   Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-
                baiknya akui.
            •   Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.
            •   Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau
                menggenggam dengan kuat.
            •   Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

     b.) Tertib Memperkenalkan
               i) Izinkan saya memperkenalkan ...............
               ii)    Puan..........inilah Encik..............
               iii)   Boleh saya memperkenalkan ...................

     c.) Cara Menjawab Yang Sopan
             i) Apa Khabar ?
             ii)   Bertuah dapat berkenalan!
             iii)  Hello!

     d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
             i) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa
                  / agama.
             ii)      Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.
             iii)     Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
             iv)      Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
             v)       Elakkan    memandang      jijik kepada     orang yang
                      diperkenalkan.
             vi)      Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.


2.   BERJABAT TANGAN (BERSALAM)

      a. Pelbagai cara
            • Kasar dan agresif
            • Mengawal
            • Hujung jari sahaja
            • Tarik
            • Sejuk
            • Erat dan mesra

      b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam
            • Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau
               sambil lewa.
            • Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan
               kurang penting.


                                                                         3
•     Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka
                  dan tidak berminat.
            •     Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan
                  marah.
            •     Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau
                  membenci.

      Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah
      mengikut keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat.
      Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan
      kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan
      pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.

3.    PERBUALAN SOSIAL

     a.)   Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-
             Hobi.
             Sukan.
             Muzik.
             Rancangan Televisyen.
             Pakaian.
             Menanam bunga (Gardening).
             Makanan.
             Pengembaraan.
             Kesenian.
             Cuaca.

     b.) Contoh   tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai
             •    Perbualan peribadi.
             •    Fahaman politik.
             •    Keagamaan.
             •    Peperangan.

     c) Tertib perbualan sosial
               Kedua-kedua pihak berminat.
               Pandang ke arah orang yang bercakap.
               Dengar dengan teliti.
               Bercakap dengan nada yang biasa.
               Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
               Bercakap secara bersahaja.
               Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.
               Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu
                 kumpulan.


4.    TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA




                                                                            4
Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf
majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan
rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .
ii.Imej peribadi.

      a)     Kesesuaian pakaian wanita

             Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-
             • Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau
                pada siang hari.
             • Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
             • Jangan melebihi empat warna pada satu masa
             • Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada
                warna kulit dan bentuk badan.
             • Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
             • Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak
                jarang.
             • Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
             • Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
             • Rambut hendaklah tersisir rapi.
             • Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika
                memakai tudung.
             • Jika memakai mini telengkong, warna tudung
                hendaklah bertentangan dengan warna baju.
             • Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
             • Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
             • Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh,
                rantai tangan yang berloceng yang akan membuat
                bunyi apabila anda berjalan.
             • Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills)
                ataupun berbunga besar.
             • Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok
                mata.
             • Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan
                ditangan yang sama.


      b)     Kesesuaian Pakaian Lelaki

             •   Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
             •   Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
                 (kecuali butang kolar).


                                                                       5
•   Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
              •   Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan
                  panjang
              •   Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke
                  bahagian kepala tali pinggang.
              •   Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
              •   Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
              •   Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
              •   Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
              •   Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
              •   Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
              •   Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika
                  bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di
                  kedua belah bahu.
              •   Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan
                  sampai kelihatan singlet tersebut.
              •   Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan
                  bahan (material)
              •   Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain
                  warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan
                  kedua.
              •   Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
              •   Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh
                  menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
              •   Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis
                  berjalur keseluruhannya.
              •   Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai
                  ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan
                  memakai seluar yang ketat (drainpipe).
              •   Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian
                  pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian
                  sukan.
              •   Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat
                  dalam urusan rasmi.




5.   KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI
BERIKUT :-




                                                                          6
Majlis                   Perempuan                   Lelaki

1) Bankuet   Negara Baju     Kurung     Atau      Mess Kit/White Tie/Baju
   atau Negeri       Kebaya           Labuh,      Kebangsaan       Rasmi
                     berselendang dan tidak       dengan          Darjah
2) Jamuan      Makan sedondon                     Kebesaran
   Malam Rasmi oleh
   Ketua     Negara a)     Baju Kurung            a) Baju      Kebangsaan
   atau        Ketua       berselendang              Hitam
   Kerajaan          b)     Baju Kebaya           b) Black Tie
                           Labuh
3) Jamuan      Makan       Berselendang           a) Baju Kebangsaan
   Malam Formal                                   b) Lounge Suit
                     a) Baju Kurung
                     b) Baju Kebaya Labuh

4) Jamuan       Makan Baju Melayu Moden           Baju Batik Lengan
   Malam         Tidak                            Panjang
   Formal
                    a) Baju Kebaya
5) Jamuan     Makan b) Baju Kurung                a) Baju Batik Lengan
   Tengahari Rasmi                                   Panjang
                                                  b) Lounge Suit
                         Baju Melayu Moden        c) Pakaian Kerja
6) Jamuan       Makan
   Tengahari     Tidak                            Baju    Batik    Lengan
   Rasmi                 a) Baju Kurung           Panjang
                         b) Baju Kebaya Labuh
7) Jamuan Teh Rasmi
                                                  a) Baju Batik Lengan
                         Baju    Kurung    atau      Panjang
                         Kebaya          Labuh,   b) Lounge Suit
8) Pengumiaan            berselendang dan tidak   c) Pakaian Kerja
   Darjah Kebesaran      sedondon
                                                  a) Baju Batik Lengan
                                                     Panjang
9) Istiadat              Baju    Kurung    atau   b) Lounge Suit
   Pertabalan            Kebaya          Labuh,   c) Pakaian Kerja
                         berselendang dan tidak
                         sedondon                 a) Pakaian Istiadat
10) Hari Ulang Tahun                              b) Baju Kebangsaan
    Kemerdekaan      a) Baju Kebaya                  Rasmi
                     b) Baju Kurung
                                                a) Baju Batik Lengan
11) Pembukaan                                      Panjang
    Persidangan          Baju    Kurung    atau b) Bush-Jacket
    Parlimen             Kebaya          Labuh, c) Pakaian Kerja
                         berselendang dan tidak
12) Mengadap Tuanku      sedondon               a) Pakaian Istiadat
                                                b) Baju Kebangsaan


                                                                         7
Baju    Kurung    atau    Rasmi
                              Kebaya          Labuh,
     13) Cocktails dan        berselendang dan tidak a) Lounge Suit Gelap
         Receptions           sedondon                  dan bersongkok
                                                     b) Baju Kebangsaan

                              a) Baju Kebaya              a) Baju Batik Lengan
     14) Musabaqah            b) Baju Kurung                 Panjang
                                                          b) Lounge Suit
                              Baju    Kurung    atau
                              Kebaya          Labuh,      a) Baju Kebangsaan
                              berselendang dan tidak      b) Baju Batik Lengan
                              sedondon                       Panjang
     15) Pengebumian                                      c) Lain-lain Pakaian
                                                             yang sesuai

     16) Majlis     Anjuran
         Agensi (siang)
                            Baju Kurung atau              Baju Kebangsaan
     17) Majlis  di   Luar Kebaya Labuh,
         Dewan      seperti berselendang dan tidak
         Perasmian Sukan    sedondon                      Pakaian Kerja

     18) Anugerah Sastera Pakaian Kerja
         Negara        dan                                Baju    Batik     Lengan
         Anugerah Seni                                    Panjang
                           Baju Kurung

                                                          a) Baju Kebangsaan
                              Baju Kurung atau               Hitam
                              Kebaya Labuh,               b) Lounge Suit warna
                              berselendang dan tidak         gelap
                              senonoh



6.      HIASAN

        Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang
        tangan, rantai tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu
        dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah
        sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang
        demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan
        memakai terlalu banyak hiasan.

        a)     Tali Pinggang
               i)      dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai




                                                                                 8
b)    Selendang dan Skaf
           i)    dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti
                 di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu.
           ii)   Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi
                 kematian-selendang menutupi seluruh kepala.

     c)    Beg Tangan

           Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-
           i)    Kegunaan harian di pejabat.
           ii)   Kegunaan pelbagai.
           iii)  Kegunaan majlis rasmi.


7.   MINYAK WANGI

     Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan

     a)    Minyak wangi tulen
           i)    Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

     b)    Eau de toilette
           i)    Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu
                 dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat.
     c)    Semburan badan
           i)    Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.



8.   KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN

     Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu
     memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

     Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

     a)    Bahagian kepala dan muka
           • Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.
           • Misai dan janggut diurus dengan baik.
           • Bulu hidung tidak kelihatan liar.
           • Gigi sentisa bersih.
           • Pernafasan tidak berbau.

     b)    Bahagian badan dan tangan
           • Badan tidak berbau.
           • Baju tidak ada tanda tercarik.
           • Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan
              kolar.
           • Baju kelihatan tidak bergosok (iron).


                                                                          9
•   Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-
                 gigit.
             •   Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-
                 tanda berpenyakit atau bersisik.

      c)     Bahagian punggung dan kaki
             • Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
             • Seluar tidak kelihatan tercarik.
             • Tidak berstokin.
             • Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.
             • Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau
                berbunga.
             • Kasut kelihatan kelabu.
             • Kasut coklat kelihatan hitam.
             • Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-
                out”.



ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL


JAWATANKUASA

Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting.
Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang
ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan
secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang
terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang
ditetapkan.

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh
sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau
'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah perlu
mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan
merancang dan melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan.
Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri
daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.

TEMPAT MAJLIS

Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada
kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-
perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut:

      i). Diketahui umum dan mudah dituju

      ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi



                                                                             10
iii). Mempunyai ruang legar yang luas

      iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi

      v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan

Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di
luar dewan yang lebih terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada
jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya majlis yang
diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan
protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai.


PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN

Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:

         i)    Ringkasan Senarai
            Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya
adalah supaya                        dapat diketahui kategori tetamu,
bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.

         ii)        Senarai Nama

              Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan
nama-nama tetamu mengikut                  kategori. Jika dalam kategori
menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang
        menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini
bukanlah setakat nama                sahaja tetapi hendaklah mengandungi
butir lain yang lengkap seperti:

                •   Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang
                    disandang (jika ada)
                •    Nama isteri (jika diketahui)
                •   Jawatan atau pangkat
                •   Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod)
                •   Nombor Telefon Pejabat
                •   Alamat Rumah (lengkap dengan poskod)
                •   Nombor Telefon Rumah
                •   Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)

         iii)     Senarai Mengikut Keutamaan
               Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut
susunan keutamaan. Senarai ini                hendaklah mengikut panduan
dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau
       agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak
perlu ditulis secara                   terperinci dan memadai namanya
sahaja serta ringkasan jawatan.




                                                                        11
iv)    Senarai Jawapan Kehadiran

             Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah
dengan dua ruangan di                  sebelah kanan untuk ditandakan hadir
dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta               ditandakan,
sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir.

         v)      Senarai Hadir
             Senarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu
yang menjawab hadir                  sahaja. Senarai ini adalah diambil dari
senarai keempat dengan mengeluarkan nama-                      nama
tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya
tercatit                  dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu
ada senarai ini.


ATURCARA MAJLIS

Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir.
Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah
dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30
malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah
ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah
petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang.

Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya
mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari
waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah
ditentukan jangka masa bagi setiap acara.


PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN

Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

   1. Nama majlis
   2. Penganjur atau yang menjemput
   3. Logo agensi
   4. Tempat majlis
   5. Ruang nama jemputan
   6. Tarikh majlis diadakan
   7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir
   8. Masa ketibaan tetamu
   9. Panduan pakaian
   10.Nama dan nombor telefon rujukan
   11.Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut
      keperluan)
   12.Kad jawapan (mengikut keperluan)
   13.Plan Lokasi (mengikut keperluan)




                                                                           12
Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala
sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan
tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa
lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar
dengan tangan.

PEMILIHAN MENU

Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:-

      a)     Jamuan ringan dalam sesuatu majlis
             Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan
di pertengahan majlis                  ataupun    di   penghujung    majlis.
Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis
       mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di
pertengahan majlis iaitu               masa rehat. Menu bagi jamuan ini
tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara              jamuan   itu
diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk.

             Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang
senang dimakan. Makan yang                   berbungkus tidak sesuai. Cara
buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang              susah
sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan
dan                berasa selesa.

      b)     Majlis khas jamuan ringan
             Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan
dengan itu boleh                disediakan menu yang lebih berat dan jenis
buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih               muih    hendaklah
mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras-
                    lembut dan sebagainya.

      c)     Jamuan makan
             Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu
Menu Biasa dan Menu                    Barat. Makanan China atau "Chinese
food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal              sebab cara
menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia.

             Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah
sesuai untuk majlis yang            tetamunya        ialah     orang-orang
tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila
      terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan
untuk tetamu luar             negeri.


SUSUNAN KEUTAMAAN

Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan
formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan
Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke



                                                                         13
semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan
Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis
formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks
ucapan clan lain-lainnya.

1.  Yang di-Pertuan Agong.
2.  Raja Permaisuri Agong.
3.  Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
4.  Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja
    daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri
       Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
10.Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
       Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan
Tengku Besar Tampin,       Negeri       Sembilan.
11.Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12.Yang di-Pertua Dewan Negara.
13.Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
14.Bekas-bekas Perdana Menteri.
15.Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16.Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17.Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
       Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18.Peguam Negara.
19.Panglima Angkatan Tentera.
20.Ketua Polis Negara.
21.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22.Timbalan- Timbalan Menteri.
23.Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua
    Dewan         Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang
    Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25.Presiden Mahkamah Rayuan.
26.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28.Ketua Pembangkang di Parlimen.
29.Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
30.Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31.Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32.Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
34.Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas
    Ketua Polis Negara.
35.Pengerusi-Pengerusi      Suruhanjaya    yang     ditubuhkan  di   bawah
    Perlembagaan        Persekutuan.
36.Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.


                                                                         14
37.Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39.Ketua Audit Negara.
40.Gabenor Bank Negara.
41.Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42.Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43.Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44.Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
45.Datuk Paduka Maharaja Lela.
46.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
47.Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
48.Profesor-Profesor Diraja.
49.Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50.Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
       Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan
Ketua Menteri.
       Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51.Ahli-ahli Dewan Negara.
52.Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
    yang setaraf        dengannya.
54.Panglima Tentera Darat.
55.Panglima Tentera Laut.
56.Panglima Tentera Udara.
57.Timbalan Ketua Polis Negara.
58.Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59.Naib-Naib Canselor Universiti.
       Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri
Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
    yang setaraf        dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua
    BadanBerkanun       Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan
    ke atas.
       Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62.Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan
    Ketua-Ketua Badan          Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
       Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64.Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
65.Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
66.Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-
    Ketua Badan Berkanun       Persekutuan yang setaraf dengannya.
68.Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang
    setaraf dengannya.
70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di
    Malaysia.



                                                                        15
PANGGILAN HORMAT



  Panggilan         Lelaki/Suami        Perempuan/Iste     Panggilan
                                              ri


  Seri Paduka       Yang di-Pertuan     Raja Permaisuri       SPB
 Baginda (SPB)          Agong               Agong
                                                             DYMM
Duli Yang Maha         Sultan/          Sultanah/ Tengku
 Mulia (DYMM)       YangDipertuan       Ampuan/ Tuanku
                  Besar/Raja Negeri-        Ampuan
                       Negeri                                 YAM
Yang Amat Mulia
                     Anak-Anak            Anak-anak
                      Raja Yang            Raja Yang       Yang Amat
   Tuan Yang         Memerintah           Memerintah       Berbahagia
Terutama (TYT)                                              (YABhg)
                    Yang Dipertua          Isteri Yang
                       Negeri           Dipertua Negeri

  Yang Amat                                                Yang Amat
Berhormat (YAB)                                            Berbahagia
                                                            (YABhg)
                   Perdana Menteri /         Isteri
                   Timbalan Perdana
Yang Berhormat     Menteri / Menteri
     (YB)            Besar / Ketua                           YBhg.
                        Menteri
                                             Isteri

Yang Behormat          Menteri /                             YBhg
     (YB)          Timbalan Menteri
                     / Setiausaha            Isteri
                       Parlimen

                  Yg Dipertua Dewan
                  Negara dan Rakyat/                         YBhg
                       Timbalan Yg
Yang Amat Arif     Dipertua Dewan /          Isteri
    (YAA)         Ahli Dewan Negara /
                  Ahli Dewan Rakyat /
                       Ahli Dewan
                   Undangan Negeri

                  Ketua Hakim Negara




                                                                        16
Yang Arif      Hakim Besar/Hakim        Isteri         YBhg
     (YA)         Mahkamah Agung/
                   Mahkamah Tinggi

                   Peguam Negara           Isteri         YBhg
Yang Berbahagia
     (YBhg)              Tun             Toh Puan        YABhg.

  Yang Amat
  Berbahagia            Tan Sri          Puan Sri         YBhg.
   (YABhg.)
                     Dato’/Datuk           Datin          YBhg
Yang Berbahagia
    (YBhg.)          Tengku/Raja/      Tengku/Raja/        YM
                        Ungku/            Ungku/
Yang Berbahagia        Tunku/Ku          Tunku/Ku
    (YBhg.)                                             Puan / Cik
                    Syed/Sheikh/       Syarifah/Siti/
                        Haji              Hajjah
  Yang Mulia                                                -
     (YM)               Mufti                -

     Tuan                                                   -
                   Kadi Besar / Kadi         -

                                                            -
    Sahibul                                  -
   Samahah             Profesor                             -
                                             -
                    Prof. Madya /
   Sahibul          Pegawai tiada                           -
   Fadilah             gelaran               -

                      Mahasiswa
Yang Berbahagia
     (YBhg)

Yang Berusaha


Yang Dihormati




SUSUNAN TEMPAT DUDUK




                                                                     17
Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi
susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan
tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu
persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol
Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali
Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di
pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.

Penentuan Susunan Tempat Duduk

1. Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.
2. Susunan Keutamaan
3. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan.
   Kekananan bermula            dari kanan Tetamu Khas.
4. Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut
   kekananan.
5. Pentas utama – acara perasmian dsb.
6. Majlis jamuan rasmi
7. Jumlah ganjil atau genap
8. Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8
9. Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat
10.Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama
   sekali.
11.Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.

4 Prinsip Susunan

Prinsip 1

SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para
   jemputan ianya     hendaklah mengikut Susunan Keutamaan.
2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan
   Tetamu Khas       diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan
   seterusnya berselang seli.
3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu
   Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas
   membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2

JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD

1. Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.
2. Jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12

Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan
tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja



                                                                           18
Prinsip 3

TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau
bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara.

Prinsip 4

ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para
   jemputan dijemput       bersama isteri.
2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di
   sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.


Kekananan Bagi Empat Orang




            3          1                     2           4


                          PENTAS



Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri




            3     1             2            4


                       PENTAS




                                                                       19
Kekananan Bagi Lima Orang




          4                2             1            3              5

                                    PENTAS


Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri




         5            3            1                2            4       6

                                       PENTAS


Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan

Terbahagi kepada 4:

    1.   Susunan   Meja   Panjang
    2.   Susunan   Meja   Bulat
    3.   Susunan   Meja   Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat
    4.   Susunan   Meja   Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

•   3 Prinsip Susunan

    Prinsip 1




                                                                         20
Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah
    sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh
    lebih rendah dari Tuan Rumah
    Prinsip 2

    Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan
    keutamaan

    Prinsip 3

    Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Prinsip Am Meja Jamuan

•   Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan
    sebaliknya sekiranya      setaraf
•   Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas
•   Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang
•   Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua
    kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran
    diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama


PENGACARAAN MAJLIS FORMAL

Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua
orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah
memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara
majlis.

Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh
menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan
kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman
sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-

1. MASA (anggaran)
2. CUE (panduan bagi juruacara)
3. ANN (teks pengumuman)

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis
yang berkenaan. Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang
sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak
penganjur.


PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN

Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara
terperinci dengan tujuan:-



                                                                           21
•   sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut
•   sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam
    majlis tersebut
•   untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas
    protokol yang diterima
•   untuk mengawal masa
•   untuk menjadi panduan masa akan datang
•   sebagai rekod



Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;

    1. Masa
    2. Tempat
    3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)
    4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)

Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan
bagi membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan.


PERANAN PENYAMBUT TETAMU

Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :-

1. Maklumat
         Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang
   diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian tersebut diadakan.

2. Aturcara Keraian Yang Berkenaan
         Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan
   terutamanya waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik.

3. Susunan Tempat Duduk
        Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya
   supaya senang untuk    memandu atau menunjukkan tempat duduk
   tetamu yang berkenaan.

4. Kawasan Yang Diuntukkan
         Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang
   diuntukkan baginya menyambut.

5. Tempat- Tempat Penting
         Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting
   seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain.

6. Senarai Tetamu Yang Dijemput



                                                                             22
Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai
      tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya   mengenali    tetamu
      tersebut.

7. Senarai Tetamu Khas
          Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai
   tetamu khas yang akan disambut      hendaklah juga diketahui dengan
   lancar.

8. Pakaian Penyambut
         Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai
   mengikut keraian yang   sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi
   perempuan adalah tidak sesuai.

9. Cara Menyambut
         Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku
   aturcara jika ada. Tunjukkan tempat duduk secara hormat.


10.Mengenali Tetamu
         Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu
   yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah bertanya dengan cara hormat.

11.   Ketibaan Penyambut
      Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu
dijangka tiba. Penyambut     hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai
Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua
tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang      dikhaskan
untuknya.

12.   Pertanyaan dan Teguran
      Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika
ada teguran dari tetamu yang    kurang     senang   didengar,    hendaklah
mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan    sekali-kali
bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri
kurang       pasti.

13.  Kesulitan
     Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk
kepada Pegawai Bertugas.     Dengan itu penyambut tetamu mestilah
mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu.

14.     Mudah Senyum
        Penyambut hendaklah mudah senyum.


RAPTAI




                                                                       23
Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut
merupakan majlis ulangan (selalu diadakan) dan hendaklah diadakan
beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah:

         i)     Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan
                tanggungjawabnya.
         ii)    Untuk menentukan urutan majlis.
         iii)   Untuk menentukan jangka masa yang tepat.
         iv)    Untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
         v)     Untuk penyelarasan acara.
         vi)    Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan
                tempat.


NILAI-NILAI ISLAM

Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama
rasmi negara.


POST-MORTEM

Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap
kejayaan majlis. Post-Mortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan
serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem
tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya
digunakan untuk mencari kesalahan seseorang.




                                                                       24

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamhanifroslan
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramTeks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramSuryadi Lagga
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganSyahremie Teja
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Aidil Syazwan
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMChon Seong Hoo
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptProtokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptkhairul hashim
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajarMis Sem
 
Pengenalan kepada protokol & etiket sosial
Pengenalan kepada protokol & etiket sosialPengenalan kepada protokol & etiket sosial
Pengenalan kepada protokol & etiket sosialnor wani
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 

La actualidad más candente (20)

Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
 
Hari keluarga
Hari keluargaHari keluarga
Hari keluarga
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramTeks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
 
Pengurusan Acara
Pengurusan Acara Pengurusan Acara
Pengurusan Acara
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadangan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis
 
Surat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuaratSurat panggilan mesyuarat
Surat panggilan mesyuarat
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptProtokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
Pengenalan kepada protokol & etiket sosial
Pengenalan kepada protokol & etiket sosialPengenalan kepada protokol & etiket sosial
Pengenalan kepada protokol & etiket sosial
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 

Similar a Protokol dan-etiket-majlis-rasmi

Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Eiqa Syafiqa
 
R1001 Unit 4
R1001 Unit 4R1001 Unit 4
R1001 Unit 4mechestud
 
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Ihsanul Adnan
 
Resensi buku mac 2012 moktar
Resensi buku mac 2012 moktarResensi buku mac 2012 moktar
Resensi buku mac 2012 moktarkarlz016
 
Adab berkumpul
Adab berkumpulAdab berkumpul
Adab berkumpulCikgu Isza
 

Similar a Protokol dan-etiket-majlis-rasmi (9)

Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
 
R1001 Unit 4
R1001 Unit 4R1001 Unit 4
R1001 Unit 4
 
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
 
Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1
 
imej
imejimej
imej
 
Tutorial 5
Tutorial 5Tutorial 5
Tutorial 5
 
Resensi buku mac 2012 moktar
Resensi buku mac 2012 moktarResensi buku mac 2012 moktar
Resensi buku mac 2012 moktar
 
Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Adab berkumpul
Adab berkumpulAdab berkumpul
Adab berkumpul
 

Protokol dan-etiket-majlis-rasmi

  • 1. ASAS PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS RASMI PENDAHULUAN Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis. Jenis-jenis Majlis Rasmi 1. Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri. 2. Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing. 3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan. 4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri. 5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta. ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL 1. Jawatankuasa 2. Tempat majlis 3. Penyediaan senarai jemputan 4. Aturcara majlis 1
  • 2. 5. Kesesuaian pakaian dalam majlis 6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan 7. Pemilihan Menu 8. Susunan keutamaan 9. Panggilan hormat 10.Susunan tempat duduk 11.Pengacaraan Majlis Formal 12.Penyediaan aturcara pentadbiran 13.Peranan penyambut tetamu 14.Raptai 15.Nilai-nilai Islam 16.Post-Mortem ELEMEN PENTING ETIKET 1. Cita Rasa Berpakaian 2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi 3. Penampilan dan Pengayaan Diri 4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan 5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial 6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri 7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk 8. Kesopanan dalam Majlis Buffet 9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia 10.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah) 11.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah) 12.Menghadiri Pelbagai Majlis Formal 13.Mengenali Peralatan Jamuan 14.Cara Menghidang 15.Tertib di Meja Makan ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET 1. TERTIB PERKENALAN a) Prinsip Perkenalan • Perkenalkan lelaki kepada wanita. • Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. • Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya. • Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua. b) Keberkesanan dalam perkenalan 2
  • 3. Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan. • Sebut nama dengan jelas dan betul. • Perlakuan yang tertib. • Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan. • Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik- baiknya akui. • Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu. • Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam dengan kuat. • Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas. b.) Tertib Memperkenalkan i) Izinkan saya memperkenalkan ............... ii) Puan..........inilah Encik.............. iii) Boleh saya memperkenalkan ................... c.) Cara Menjawab Yang Sopan i) Apa Khabar ? ii) Bertuah dapat berkenalan! iii) Hello! d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan i) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama. ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus. iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara. iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain. v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan. vi) Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas. 2. BERJABAT TANGAN (BERSALAM) a. Pelbagai cara • Kasar dan agresif • Mengawal • Hujung jari sahaja • Tarik • Sejuk • Erat dan mesra b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam • Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa. • Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting. 3
  • 4. Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat. • Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah. • Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci. Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam. 3. PERBUALAN SOSIAL a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-  Hobi.  Sukan.  Muzik.  Rancangan Televisyen.  Pakaian.  Menanam bunga (Gardening).  Makanan.  Pengembaraan.  Kesenian.  Cuaca. b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai • Perbualan peribadi. • Fahaman politik. • Keagamaan. • Peperangan. c) Tertib perbualan sosial  Kedua-kedua pihak berminat.  Pandang ke arah orang yang bercakap.  Dengar dengan teliti.  Bercakap dengan nada yang biasa.  Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).  Bercakap secara bersahaja.  Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.  Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan. 4. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA 4
  • 5. Kepentingan Tatahias Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:- i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat . ii.Imej peribadi. a) Kesesuaian pakaian wanita Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :- • Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari. • Elakkan daripada memakai satu warna sahaja. • Jangan melebihi empat warna pada satu masa • Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan. • Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai. • Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang. • Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan. • Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat. • Rambut hendaklah tersisir rapi. • Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung. • Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju. • Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’ • Corak fabrik tidak lebih dari empat warna. • Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan. • Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar. • Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata. • Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama. b) Kesesuaian Pakaian Lelaki • Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher. • Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar). 5
  • 6. Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang. • Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang • Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang. • Sesuaikan warna tali leher dengan baju. • Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak. • Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet • Sesuaikan warna stoking dengan seluar. • Kasut hendaklah bersih dan berkilat. • Stoking putih tidak sesuai dalam majlis. • Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu. • Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut. • Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material) • Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua. • Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar. • Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan. • Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya. • Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe). • Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan. • Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi. 5. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :- 6
  • 7. Majlis Perempuan Lelaki 1) Bankuet Negara Baju Kurung Atau Mess Kit/White Tie/Baju atau Negeri Kebaya Labuh, Kebangsaan Rasmi berselendang dan tidak dengan Darjah 2) Jamuan Makan sedondon Kebesaran Malam Rasmi oleh Ketua Negara a) Baju Kurung a) Baju Kebangsaan atau Ketua berselendang Hitam Kerajaan b) Baju Kebaya b) Black Tie Labuh 3) Jamuan Makan Berselendang a) Baju Kebangsaan Malam Formal b) Lounge Suit a) Baju Kurung b) Baju Kebaya Labuh 4) Jamuan Makan Baju Melayu Moden Baju Batik Lengan Malam Tidak Panjang Formal a) Baju Kebaya 5) Jamuan Makan b) Baju Kurung a) Baju Batik Lengan Tengahari Rasmi Panjang b) Lounge Suit Baju Melayu Moden c) Pakaian Kerja 6) Jamuan Makan Tengahari Tidak Baju Batik Lengan Rasmi a) Baju Kurung Panjang b) Baju Kebaya Labuh 7) Jamuan Teh Rasmi a) Baju Batik Lengan Baju Kurung atau Panjang Kebaya Labuh, b) Lounge Suit 8) Pengumiaan berselendang dan tidak c) Pakaian Kerja Darjah Kebesaran sedondon a) Baju Batik Lengan Panjang 9) Istiadat Baju Kurung atau b) Lounge Suit Pertabalan Kebaya Labuh, c) Pakaian Kerja berselendang dan tidak sedondon a) Pakaian Istiadat 10) Hari Ulang Tahun b) Baju Kebangsaan Kemerdekaan a) Baju Kebaya Rasmi b) Baju Kurung a) Baju Batik Lengan 11) Pembukaan Panjang Persidangan Baju Kurung atau b) Bush-Jacket Parlimen Kebaya Labuh, c) Pakaian Kerja berselendang dan tidak 12) Mengadap Tuanku sedondon a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsaan 7
  • 8. Baju Kurung atau Rasmi Kebaya Labuh, 13) Cocktails dan berselendang dan tidak a) Lounge Suit Gelap Receptions sedondon dan bersongkok b) Baju Kebangsaan a) Baju Kebaya a) Baju Batik Lengan 14) Musabaqah b) Baju Kurung Panjang b) Lounge Suit Baju Kurung atau Kebaya Labuh, a) Baju Kebangsaan berselendang dan tidak b) Baju Batik Lengan sedondon Panjang 15) Pengebumian c) Lain-lain Pakaian yang sesuai 16) Majlis Anjuran Agensi (siang) Baju Kurung atau Baju Kebangsaan 17) Majlis di Luar Kebaya Labuh, Dewan seperti berselendang dan tidak Perasmian Sukan sedondon Pakaian Kerja 18) Anugerah Sastera Pakaian Kerja Negara dan Baju Batik Lengan Anugerah Seni Panjang Baju Kurung a) Baju Kebangsaan Baju Kurung atau Hitam Kebaya Labuh, b) Lounge Suit warna berselendang dan tidak gelap senonoh 6. HIASAN Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan. a) Tali Pinggang i) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai 8
  • 9. b) Selendang dan Skaf i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu. ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang menutupi seluruh kepala. c) Beg Tangan Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :- i) Kegunaan harian di pejabat. ii) Kegunaan pelbagai. iii) Kegunaan majlis rasmi. 7. MINYAK WANGI Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan a) Minyak wangi tulen i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja. b) Eau de toilette i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat. c) Semburan badan i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat. 8. KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya. Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah : a) Bahagian kepala dan muka • Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga. • Misai dan janggut diurus dengan baik. • Bulu hidung tidak kelihatan liar. • Gigi sentisa bersih. • Pernafasan tidak berbau. b) Bahagian badan dan tangan • Badan tidak berbau. • Baju tidak ada tanda tercarik. • Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar. • Baju kelihatan tidak bergosok (iron). 9
  • 10. Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit- gigit. • Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda- tanda berpenyakit atau bersisik. c) Bahagian punggung dan kaki • Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron) • Seluar tidak kelihatan tercarik. • Tidak berstokin. • Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya. • Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga. • Kasut kelihatan kelabu. • Kasut coklat kelihatan hitam. • Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn- out”. ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL JAWATANKUASA Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja. TEMPAT MAJLIS Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara- perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut: i). Diketahui umum dan mudah dituju ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi 10
  • 11. iii). Mempunyai ruang legar yang luas iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai. PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu: i) Ringkasan Senarai Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya adalah supaya dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu. ii) Senarai Nama Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti: • Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada) • Nama isteri (jika diketahui) • Jawatan atau pangkat • Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod) • Nombor Telefon Pejabat • Alamat Rumah (lengkap dengan poskod) • Nombor Telefon Rumah • Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada) iii) Senarai Mengikut Keutamaan Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan. 11
  • 12. iv) Senarai Jawapan Kehadiran Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir. v) Senarai Hadir Senarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu yang menjawab hadir sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama- nama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada senarai ini. ATURCARA MAJLIS Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang. Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara. PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut: 1. Nama majlis 2. Penganjur atau yang menjemput 3. Logo agensi 4. Tempat majlis 5. Ruang nama jemputan 6. Tarikh majlis diadakan 7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir 8. Masa ketibaan tetamu 9. Panduan pakaian 10.Nama dan nombor telefon rujukan 11.Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut keperluan) 12.Kad jawapan (mengikut keperluan) 13.Plan Lokasi (mengikut keperluan) 12
  • 13. Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan. PEMILIHAN MENU Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:- a) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majlis ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk. Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang susah sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa. b) Majlis khas jamuan ringan Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan itu boleh disediakan menu yang lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras- lembut dan sebagainya. c) Jamuan makan Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu Menu Biasa dan Menu Barat. Makanan China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia. Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negeri. SUSUNAN KEUTAMAAN Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke 13
  • 14. semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya. 1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong. 3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja 4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.). 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). 10.Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.). Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan. 11.Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12.Yang di-Pertua Dewan Negara. 13.Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 14.Bekas-bekas Perdana Menteri. 15.Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16.Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17.Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara. Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18.Peguam Negara. 19.Panglima Angkatan Tentera. 20.Ketua Polis Negara. 21.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22.Timbalan- Timbalan Menteri. 23.Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. 25.Presiden Mahkamah Rayuan. 26.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya. 27.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak 28.Ketua Pembangkang di Parlimen. 29.Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan 30.Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31.Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32.Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III. 34.Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara. 35.Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 36.Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 14
  • 15. 37.Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. 38.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39.Ketua Audit Negara. 40.Gabenor Bank Negara. 41.Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42.Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43.Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44.Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja. 45.Datuk Paduka Maharaja Lela. 46.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.). 47.Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.). 48.Profesor-Profesor Diraja. 49.Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.) 50.Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.). Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri. Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri. 51.Ahli-ahli Dewan Negara. 52.Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 54.Panglima Tentera Darat. 55.Panglima Tentera Laut. 56.Panglima Tentera Udara. 57.Timbalan Ketua Polis Negara. 58.Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59.Naib-Naib Canselor Universiti. Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak. 60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas. Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara. 62.Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. 64.Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.). 65.Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.). 66.Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.). 67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua- Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. 68.Setiausaha-Setiausaha Politik. 69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya. 70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia. 15
  • 16. PANGGILAN HORMAT Panggilan Lelaki/Suami Perempuan/Iste Panggilan ri Seri Paduka Yang di-Pertuan Raja Permaisuri SPB Baginda (SPB) Agong Agong DYMM Duli Yang Maha Sultan/ Sultanah/ Tengku Mulia (DYMM) YangDipertuan Ampuan/ Tuanku Besar/Raja Negeri- Ampuan Negeri YAM Yang Amat Mulia Anak-Anak Anak-anak Raja Yang Raja Yang Yang Amat Tuan Yang Memerintah Memerintah Berbahagia Terutama (TYT) (YABhg) Yang Dipertua Isteri Yang Negeri Dipertua Negeri Yang Amat Yang Amat Berhormat (YAB) Berbahagia (YABhg) Perdana Menteri / Isteri Timbalan Perdana Yang Berhormat Menteri / Menteri (YB) Besar / Ketua YBhg. Menteri Isteri Yang Behormat Menteri / YBhg (YB) Timbalan Menteri / Setiausaha Isteri Parlimen Yg Dipertua Dewan Negara dan Rakyat/ YBhg Timbalan Yg Yang Amat Arif Dipertua Dewan / Isteri (YAA) Ahli Dewan Negara / Ahli Dewan Rakyat / Ahli Dewan Undangan Negeri Ketua Hakim Negara 16
  • 17. Yang Arif Hakim Besar/Hakim Isteri YBhg (YA) Mahkamah Agung/ Mahkamah Tinggi Peguam Negara Isteri YBhg Yang Berbahagia (YBhg) Tun Toh Puan YABhg. Yang Amat Berbahagia Tan Sri Puan Sri YBhg. (YABhg.) Dato’/Datuk Datin YBhg Yang Berbahagia (YBhg.) Tengku/Raja/ Tengku/Raja/ YM Ungku/ Ungku/ Yang Berbahagia Tunku/Ku Tunku/Ku (YBhg.) Puan / Cik Syed/Sheikh/ Syarifah/Siti/ Haji Hajjah Yang Mulia - (YM) Mufti - Tuan - Kadi Besar / Kadi - - Sahibul - Samahah Profesor - - Prof. Madya / Sahibul Pegawai tiada - Fadilah gelaran - Mahasiswa Yang Berbahagia (YBhg) Yang Berusaha Yang Dihormati SUSUNAN TEMPAT DUDUK 17
  • 18. Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan. Penentuan Susunan Tempat Duduk 1. Bentuk-bentuk susunan tempat duduk. 2. Susunan Keutamaan 3. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas. 4. Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan. 5. Pentas utama – acara perasmian dsb. 6. Majlis jamuan rasmi 7. Jumlah ganjil atau genap 8. Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8 9. Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat 10.Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali. 11.Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat. 4 Prinsip Susunan Prinsip 1 SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN 1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah mengikut Susunan Keutamaan. 2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli. 3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan) Prinsip 2 JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD 1. Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9. 2. Jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12 Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja 18
  • 19. Prinsip 3 TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara. Prinsip 4 ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI 1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri. 2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Kekananan Bagi Empat Orang 3 1 2 4 PENTAS Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri 3 1 2 4 PENTAS 19
  • 20. Kekananan Bagi Lima Orang 4 2 1 3 5 PENTAS Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri 5 3 1 2 4 6 PENTAS Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan Terbahagi kepada 4: 1. Susunan Meja Panjang 2. Susunan Meja Bulat 3. Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat 4. Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang • 3 Prinsip Susunan Prinsip 1 20
  • 21. Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan Rumah Prinsip 2 Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan Prinsip 3 Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja. Prinsip Am Meja Jamuan • Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf • Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas • Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang • Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama PENGACARAAN MAJLIS FORMAL Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis. Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:- 1. MASA (anggaran) 2. CUE (panduan bagi juruacara) 3. ANN (teks pengumuman) Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan. Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak penganjur. PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan:- 21
  • 22. sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut • sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut • untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima • untuk mengawal masa • untuk menjadi panduan masa akan datang • sebagai rekod Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut; 1. Masa 2. Tempat 3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti) 4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan) Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan. PERANAN PENYAMBUT TETAMU Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :- 1. Maklumat Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian tersebut diadakan. 2. Aturcara Keraian Yang Berkenaan Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan terutamanya waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik. 3. Susunan Tempat Duduk Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan. 4. Kawasan Yang Diuntukkan Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya menyambut. 5. Tempat- Tempat Penting Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain. 6. Senarai Tetamu Yang Dijemput 22
  • 23. Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut. 7. Senarai Tetamu Khas Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut hendaklah juga diketahui dengan lancar. 8. Pakaian Penyambut Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai. 9. Cara Menyambut Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku aturcara jika ada. Tunjukkan tempat duduk secara hormat. 10.Mengenali Tetamu Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah bertanya dengan cara hormat. 11. Ketibaan Penyambut Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya. 12. Pertanyaan dan Teguran Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti. 13. Kesulitan Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada Pegawai Bertugas. Dengan itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu. 14. Mudah Senyum Penyambut hendaklah mudah senyum. RAPTAI 23
  • 24. Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah: i) Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya. ii) Untuk menentukan urutan majlis. iii) Untuk menentukan jangka masa yang tepat. iv) Untuk memperbaiki kelemahan yang ada. v) Untuk penyelarasan acara. vi) Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat. NILAI-NILAI ISLAM Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara. POST-MORTEM Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap kejayaan majlis. Post-Mortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari kesalahan seseorang. 24