Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Objektif Bab 7
Memberi pendedahan mengenai
mukjizat Nabi Muhammad dan
kepentingannya kepada dakwah.
Memberi pentakrifan istilah bagi
mukjizat, irhasat dan khawariq.
Mengenal pasti beberapa contoh
bagi mukjizat Nabi Muhammad
berdasarkan sumber sirah.
Mengenal pasti dakwaan
orientalis terhadap isu mukjizat.
Bab 7• 2
3. MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
Mukjizat: asal bahasa Arab ‘ajaza
Maksud: satu perkara yang boleh
melemahkan lawan daripada
melakukan sesuatu yang
menyerupainya.
Takrifan ulama: kejadian atau
peristiwa luar biasa yang terjadi
dengan pertolongan Allah (s.w.t.)
kepada Nabi-Nya untuk
membuktikan kenabian dan
kebenaran risalahnya.
Bab 7• 3
4. MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
Unsur luar biasa ini mengatasi
segala kebiasaan manusia.
Unsur ini mengenepikan sihir
kerana sihir boleh dipelajari.
Unsur ini hanya berlaku kepada
diri seorang Nabi.
Unsur ini tidak boleh ditandingi
oleh manusia dan ia berkaitan
dgn. kepandaian sesuatu umat.
Mukjizat hissi dan maknawi.
Bab 7• 4
5. PERBEZAAN MUKJIZAT,
IRHASAT DAN KHAWARIQ
Mukjizat: peristiwa luar biasa
yang terjadi dengan pertolongan
Allah (s.w.t.) kepada Nabi-Nya;
selepas kenabian.
Irhasat: peristiwa yang mencarik
adat dan berlaku untuk
menunjukkan tanda kelahiran
seorang Nabi; sebelum kenabian.
Khawariq: perkara yang berlaku
dalam keadaan yang luar biasa.
Bab 7• 5
6. TUJUAN PENGURNIAAN
MUKJIZAT
Membuktikan kenabian Baginda.
Bulan terbelah dua.
Memperkuatkan keazaman Nabi.
Isra’ dan Mikraj; menunjukkan
kekuasaan Allah (s.w.t.).
Segala dugaan yang dihadapi Nabi
bukan kemurkaan-Nya.
Meningkatkan keimanan umat.
Isra’ dan Mikraj hanya berlaku
dalam satu malam.
Bab 7• 6
7. MUKJIZAT HISSI NABI
Meminta hujan; tika Nabi berkhutbah,
seorang lelaki minta hujan diturunkan
kerana kelaparan anak dan kematian
binatang ternakan.
Kambing keluarkan susu; asalnya
kambing telah kehabisan susu tetapi
Nabi telah usap kantung susu; banyak
susu yang dikeluarkan
Menambah makanan; berlaku ketika
perang Khandaq; hidangan yang cukup
untuk bbrp orang boleh dimakan oleh
800 orang sehingga kenyang.
Bab 7• 7
8. MUKJIZAT MAKNAWI NABI
Al-Qur’an al-Karim:
Mukjizat yang didapati dalam al-
Qur’an itu sendiri.
Keaslian nas al-Qur’an dikekalkan.
Pemeliharaan al-Qur’an hingga hari
Akhirat.
Isra’ dan Mikraj:
Pertemuan Nabi Muhammad
(s.a.w.) dengan para Nabi lain.
Keistimewaan ini semua tidak dapat
dilakukan oleh manusia biasa.
Bab 7• 8
9. KESAN MUKJIZAT NABI
Membuktikan kebenaran
perutusan Muhammad (s.a.w.).
Masyrakat Mushrikin Quraysh
dicabar Allah (s.w.t.) untuk
mencipta ayat al-Qur’an.
Jelas mereka gagal menyahut
seruan itu.
Memudahkan urusan terima Islam
Pengislaman ‘Umar b. al-Khattab
(r.a.).
Telah mendengar bacaan surah
Taha oleh adiknya.
Bab 7• 9
10. DAKWAAN ORENTALIS
Menyifatkan mukjizat sebagai
divine comedy.
Menyifatkan mukjizat sebagai
langsung tiada kaitan dengan
kehidupan manusia.
Menyifatkan mukjizat itu sekadar
mainan perasaan Nabi
Muhammad (s.a.w.), dongeng.
Mukjizat perlu dicatatakan dalam
semua buku sejarah dunia.
Bab 7• 10
11. RUMUSAN
Mukjizat Nabi Muhammad amat
penting kepada dakwah Islamiah.
Mukjizat berbeza dengan irhasat
dan khawariq; hissi dan maknawi.
Antara contoh mukjizat Nabi
Muhammad: al-Qur’an, Isra’ dan
Mikraj, makanan bertambah,
hujan diturunkan.
Kesan terbesar mukjizat ialah
untuk meningkatkan keimanan.
Bab 7• 11