SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
1
1.0PENGENALAN
Perkembangan seseorang individu berlaku secara berterusan.Namun, proses
perkembangan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut umur.Komponen
perkembangan kognitif adalah menjadi fokus utama dalam pendidikan awal
kanak-kanak kerana keupayaan kognitif amat mempengaruhi semua aktiviti
pembelajaran.Selain memupuk sifat positif, penguasaan asas kemahiran ini amat
penting bagi mereka memahami sesuatu konsep.
Kemahiran kognitif merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep
ruang, konsep nombor, proses sains dan cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Penyelesaian masalah adalah kedudukan yang paling tinggi dalam
kemahiran kognitif.Semua ini bergantung pada keputusan berasaskan naluri dan
sebab yang dapat diterima dan menilai keputusan yang seharusnya diambil.
Oleh kerana kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan,
penguasaan kemahiran kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi
sebenar dengan menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati
di sekeliling mereka serta mampu memahami dan menimba pengalaman dalam
pembelajaran.
2
2.0KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.1Konsep Perkembangan Kanak-kanak
Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan boleh didenifnisikan
sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam
seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-
perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif
dalam diri manusia.
Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu
proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat
kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan
tingkah laku mental.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal
cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-
kanak.
Berdasarkan pencarian saya dalam laman sesawang
http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak,
terdapat juga beberapa orang tokoh yang mengemukakan pandangan
mereka tentang perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
3
Menurut Crow dan Crow pula dalam laman sesawang, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih
baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Manakala dalam laman ini juga turut mengemukakan pandangan Karl
E. Garrison dengan menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada
tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,
kemahiran satu siri tingkahlaku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju
ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
Selain itu, D.S. Wright dan Ann Taylor turut mentakrifkan
perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat
(baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang
saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif.Ia
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah
berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.
Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari
permulaan percambahanhingga ke akhir hayat organisma.Ini bermakna,
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat
matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui.
Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu
perubahan kualitatif dari awal hingga akhir hayat sesuatu organisma dan
berlaku secara berterusan meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.
4
2.2 Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan berlaku dalam dua arah
iaitu dari atas ke bawah dan dari tepi ke tengah. Pertumbuhan struktur
fizikal akanmendahului kemahiran fungsinya dan berlaku secara
menyeluruh. Selain itu, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah
sama tetapi kadarnyaadalah berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan
berlaku hingga satu tahap dan akan berhenti apabila mencapai tahap
tertentu, tetapi perkembangan berlakusecara berterusan hingga akhir
hayat. Pertumbuhan dan perkembangan setiap individu saling berinteraksi
antara satu sama lain. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat pulaboleh
menjejaskan perkembangan rohani,emosi dan sosial.
Antara ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan
mengikutperingkat-peringkat berikut:
Peringkat Umur
Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan)
Peringkat bayi (0-2 tahun)
Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun)
Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun)
Peringkat awal remaja (11-15 tahun)
Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun)
Peringkat akhir remaja (18-21 tahun)
Peringkat dewasa (21-60 tahun)
Peringkat tua (60 tahun ke atas)
Rajah 1.2: Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan
mengikut peringkat-peringkat berkut.
Manakala perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
5
Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008),Perkembangan fizikal, kognitif dan
sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan disebabkan oleh
pertumbuhandan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam
tingkah laku manusia yang berlakusecara semulajadi spontan dan tidak
berada dalam kawalanmanusia.Manakala pertumbuhan ialah perubahan
fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggiandan pertumbuhan
rambut.Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada terperinci.Selain itu,
pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan
dalamkompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku dalam satu
susunan yang boleh diramal serta berlaku secara perlahan-lahan.
Manakala Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) berpendapat
bahawa prinsip-prinsippertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut
aturan. Contohnya, seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri
dan seterusnya berjalan.Perkembangan juga bermula daripada konkrit
kapada abstrak.Hal ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan
kognitif dan bahasa.Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan juga
berubah daripada umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang
bayi akan terlebih dahulu menggenggam objek sebelum belajar
menggunakan jari tangan.
Di samping itu juga, perkembangan dari segi kemahiran dalam diri
seorang kanak-kanak juga akan bertambah. Mereka sememangnya
mempunyai kemahiran asas yang sedia ada dan kemahiran tersebut akan
digunakan oleh mereka untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru.
Walaupun corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi
terdapat perbezaan pada kadar perkembangan manusia bagi setiap
individu. Oleh itu, tidak semua kanak-kanakmencapai titik perkembangan
yang sama pada umur yang sama Contohnya, ada sesetengah kanak-
6
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan dan ada sesetengah pada umur
18 bulan.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel,perkembangan juga
adalah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran.Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
adadalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan
dankemudian berlari.Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Manakala
pembelajaranadalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau
identifikasi danmemerlukan usaha.Potensi yang sedia ada dalam diri
kanak-kanak mampu dikembangkan melalui proses pembelajaran.
Misalnya jika seseorang itu mampu bermain alat muzik, mereka boleh
bermain dengan baik dan sempurna sekiranya mendapat latihan yang baik
atau meniru cara-cara bermain alat muzik.
7
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan
kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.Kelima-
lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada 2 faktor yang utama iaitu
dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.Faktor baka terdiri daripada
pengaruh genetik, perbezaan fizikal,perbezaan kognitif dan perbezaan emosi
dalam diri manusia. Manakala faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga,
rakan sebaya, budaya,teknologi, guru dan sekolah, media massa serta
masyarakat. Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah, pemakanan
dantaraf status ekonomi serta kebudayaan keluarga tersebut.Kedua-dua faktor
baka dan persekitaran adalah penting dalam membentukpertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu.
3.1Baka
Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri biologi dan perwarisan yang
dimiliki anak-anak melalui ibu bapa mereka.Ciri-ciri tersebut termasuklah
warna kulit, warna mata, serta saiz fizikal.Baka yang diperturunkan adalah
melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka dan boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka yang diwarisi juga akan menentukan
had keupayaan seseorang individu termasuklah kemampuan mental sama
ada pandai atau tidak pandai.
Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan
Nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, ia merupakan benang
halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum
(betina). Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA
dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
8
baka.Perkembangan manusia dikuasai oleh gen dan gen ini juga akan
memberikan sifat unik kepada setiap manusia
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang
berbeza.Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan
melalui prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi
sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu
bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan
anak-anak yang juga bijak pandai. Selain itu, emosi seseorang juga
diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai
emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik.
3.2Persekitaran
Faktor kedua pula ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk
kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan
selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio
ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, amalan, media massa
dan persekitaran dunia.
Terdapat lima jenis sistem ekologi yang mempengaruhi dalam
perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-
kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di
9
dalam persekitaran itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan
dua mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di
rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah laku di sekolah dan
sebaliknya.Oleh itu, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak diberikan
galakan.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Misalnya, kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan
jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi
sosial lain.
Makrosistem pula merujuk kepada pengaruh hubungan kanak-kanak
dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah
sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.
Menurut Bronfenbrenner dalam laman sesawang http://notapismp
.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsipperkembangan-kanak.html, teori
yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor
persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada
perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait
rapat.Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran
sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat
mempengaruhi perkembangan mereka.
10
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa.Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa perkembangan
zaman kanak-kanak pada ketika dahulu lebih gemar bermain di
persekitaran rumah berbanding kanak-kanak pada masa ini yang lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling
berinteraksi antara satu sama lain dan tahap perkembangan setiap
induvidu yang berbeza-beza adalah dipengaruhi oleh setiap unsur-unsur
ini.
11
4.0PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) menyatakan bahawa kemahiran
kognitifmerupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami,
mengingatiperkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktivit imental seperti ingatan, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah,mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk
kelangsunganhidup seseorang individu.
Mok Soon Sang (2009) pula menyatakan, maksud kognitif adalah berkait
rapatdengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan
ataupemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya
dengan rakansebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain,
perkembangan kognitifkanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan
otak atau sensorimotor (fizikal)serta interaksi dengan orang yang lebih
berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004) dalam
bukunya “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, terdapat seorang tokoh
yang bernama Spodek menyatakan bahawa perkembangan kognitif menfokuskan
cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah
suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-
kanak.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan
pemikiran kanak-kanak tersebut dalam mengenal,membanding beza dan berfikir
tentang sesuatu.
12
4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Berdasarkan laman sesawang http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com
/2010/01/ perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html, Jean Piaget ( 1896-
1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan
membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia
membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi
dalam membina ilmu.
Piaget berpendapat proses pemikiran individu dipengaruhi empat faktor
yang saling berkaitan antaranya adalah kematangan biologi iaitu proses
pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Kedua adalah
interaksi individu dengan persekitaran yang juga merupakan salah satu
proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku.Ketiga adalah pengalaman sosial yang juga merupakan
perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh individu dalam pergaulan
dengan orang-orang di sekelilingnya. Manakala keempat adalah
keseimbangan iaitu satu cara yang digunakan oleh individu untuk
mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melaluiperingkat-peringkat
perkembangan kognitif yang samatetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapatpersekitaran tidak membentuk kognitif kanak-
kanak,sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan merekasecara aktif
untuk memahami persekitarannya. Keadaanini berlaku melalui pelbagai
proses penerokaan,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Oleh
itu, Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu Skema (Schema),
Penyerapan(Assimilation), pengubahsuaian (Accomodation) dan
keseimbangan(Equilibrium).
13
Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurusdan menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran.Apabilaseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut mempunyai
skema umum dan semakin bayi itu membesar, skema yang diperoleh
semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skemaadalah
proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun
danmengurus.
Asimilasi merupakan proses kognitif iaitu seseorang
menyatukanmaklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru
ke dalam skema yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa menerimapelbagai maklumat dan pengalaman.
Akomodasi merujuk kepada penyesuaian diri dan menghasilkan
perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Segala maklumat akan
diserap ke dalam skema sekiranya maklumat yang diterima itu
bersesuaian dengan skema yang ada. Manakala maklumat akan diubah
suai atau ditolak sekiranya tidak bersesuaian dengan skema yang ada.
Oleh itu, skema yang sedia ada diubah suaiuntuk digabungkan dengan
maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.bagi
meningkatkan tahap skema sedia ada.Proses ini berlaku secara
berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahappemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan merupakan proses meyeimbangkan proses penyerapan
dan pengubahsuaian. Misalnya seorang kanak-kanak akan menyerapkan
maklumat baru ke dalam skema mereka. Sekiranya mereka tidak
mencapai proses keseimbangan, maka maklumat itu akan diubahsuai atau
mencipta skema yang baru. Proses ini berlaku secara berterusan bermula
daribayi sehingga dewasa.
14
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004),
dalam buku mereka yang bertajuk “ Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah”, melalui kajian dan pemerhatian Piaget,beliau mendapati
bahawa perkembangan kognitifmanusia berlaku dalam peringkat turutan
yang ketara. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkatsensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.
4.2Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif
a) Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun)
Perkembangan kognitif kanak-kanak bermula pada peringkat
ini.Pemahaman bayi pada dunia adalah berasaskan dengan
pergerakan spontan tanpa mempelajarinya seperti memegang, melihat
dan menghisap.Piaget berpendapat bahawa bentuk pemikiran bayi
adalah berdasarkan aktiviti sensori dan motor. Pengalaman-
pengalaman yang dikesan melalui lima deria merupakan aktiviti
sensori. Manakala aktiviti motor merupakan hasil tindak balas fizikal
terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain.
b) Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Pada peringkat ini perkembangan kognitif kanak-kanak bermula
apabila mereka menggunakan skima berasaskan penggunaan bahasa
dan bentuk-bentuk perwakilan symbol yang lainserta mampu
menyelesaikannnya. Walau bagaimanapun, Piaget berpendapat
bahawa pemahaman kanak-kanak pada ketika in masih lemah dan
tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi
padu, dan nombor.Walaupun bentuk sesuatu jasad itu berubah, namun
kuantiti sesuatu jasad itu masih kekal sama. Hal ini adalah kerana
pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat.
15
c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Walaupun pemikiran kanak-kanak masih terikat dengan situasi
yang konkrit namun, mereka sudah mampu berfikir secara logik. Selain
itu, mereka juga mulai menguasai proses pengelasan iaitu mampu
mengklasifikasikan sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan boleh
menguasai proseskebalikan dan akhirnya mengamati
prosessongsangan. Namun, mereka masih tidakmempunyai kebolehan
untuk berfikir secara abstrak dan tidak dapat menyelesaikan masalah
yang sukar.
d) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)
Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh melakukan proses
mental dan membuat andaian berdasarkan fakta serta mampu berfikir
secara abstrak dan boleh membuat hipotesis. Selain itu, apabila
mereka mula tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri,
egosentrik mereka akan mula muncul. Oleh itu, mereka susah untuk
menerima pendapat orang lain.
16
5.0UJIAN KONSERVASI PIAGET
Piaget telah menjalankan pelbagai ujian untuk memahami keupayaan
kognitif dan perspektif kanak-kanak. Berdasarkan Ujian Konservasi Piaget, kami
telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan
empat dan tujuh tahun bagi menilai keupayaan kanak-kanak memahami
pengekalan ciri-ciri bahan yang terdiri daripada:
a) Pengekalan kuantiti atau bilangan
Soalan pada rajah 1: Adakah sama bilangan duit di setiap baris?
Soalan pada rajah 2: Sekarang adakah bilangan duit masih sama ataupun
ada yang lebih banyak?
A B
A
C
1 2
17
b) Pengekalan ruang
Soalan pada rajah 1: Adakah setiap lembu memakan jumlah rumput yang
sama?
Soalan pada rajah 2: Mana satu jumlah rumput yang banyak dimakan lembu?
c) Pengekalan isipadu
Soalan rajah 1: Adakah kedua-dua air di dalam bekas adalah sama?
Soalan rajah 2: Sekarang adakah jumlah air di dalam bekas masih sama atau
salah satunya lebih banyak?
A B
A C
A AB C
1 2
1 2
18
d) Pengekalan berat
Soalan rajah 1: Adakah jumlah plastisin pada setiap bola adalah sama?
Soalan rajah 2: Adakah jumlah plastisin masih sama atau salah satunya lebih?
Kami telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak bernama Nurshafiqah Binti
Hussein yang berumur 4 tahun dan Danishah Leong yang berumur 7
tahun.Manakala pasangan seterusnya adalah berumur 4 tahun iaitu Wong Jing Yee
dan Chuah Poh Wei yang berumur 7 tahun. Respon mereka adalah seperti berikut:
Ujian
Nama
Nombor Kawasan Cecair Jisim
Syiling Rumput Air Plastisin
Nursyafiqah (4) Tidak sama.
Baris C lebih
banyak.
Lembu C
makan lebih
banyak
rumput.
Tidak sama,air
dalam A lebih
banyak.
Tidak sama.
Plastisin C
lebih berat.
Danishah (7) Tidak sama.
Baris C lebih
banyak.
Lembu C
makan lebih
banyak
rumput.
Tidak sama, air
dalam C lebih
banyak.
Tidak sama.
Plastisin A
lebih berat.
Wong Jing Yee Tidak sama. Lembu Tidak Tidak sama.
A B
C A
1 2
19
(4) Baris C lebih
banyak.
Cmakan lebih
banyak
rumput.
sama,airdalam
A lebih banyak.
Palastisin C
lebih berat.
Chuah Poh
Wei (7)
Tidak sama.
Baris C lebih
banyak
Lembu C
makan lebih
banyak
rumput.
Tidak sama,air
dalam A lebih
banyak.
Tidak sama.
Plastisin A
lebih berat.
Jadual 5.0 : Respon kanak-kanak terhadap kajian yang dilakukan.
Berdasarkan kajian tentang pengekalan nombor iaitu syiling, kesemua
kanak-kanak memilih baris C lebih banyak sedangkan jumlah syiling pada kedua-dua
baris A dan B adalah sama. Manakala dari segi pengekalan ruang iaitu rumput,
kesemua kanak-kanak memilih lembu Cmemakan lebih banyak rumput. Hal ini
menunjukkan bahawa pemikiran mereka hanya dipengaruhi oleh apa yang mereka
lihat dengan mata kasar.
Berdasarkan kajian yang kami jalankan mengenai pengekalan kuantiti
terhadap syiling, kedua-dua pasangan menyatakan bahawa dalam rajah 1 jumlah
syiling adalah sama. Setelah menunjukkan mereka seperti dalam rajah 2, kesemua
mereka menyatakan bahawa jumlah syiling yang ada pada baris C lebih
banyak.Manakala berdasarkan ujian terhadap pengekalan ruang, kesemua kanak-
kanak menyatakan bahawa lembu C makan lebih banyak rumput.Kemudian adalah
ujian pengekalan isipadu terhadap air. Pada pasangan pertama, Nurshafiqah (4
tahun) menyatakan bahawa air dalam A dan B adalah tidak sama dan menyatakan
air dalam A lebih banyak. Manakala Danishah (7 tahun) pula menyatakan bahawa
air dalam A adalah lebih banyak. Pasangan kedua iaitu Wong Jing Yee (4 tahun)
dan Chuah Poh Wei (7 tahun) juga berpendapat bahawa jumlah air tersebut tidak
sama dan menyatakan bahawa air dalam A lebih banyak. Ujian yang terakhir adalah
mengenai pengekalan jisim.Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 4 tahun
menyatakan plastisin B lebih berat. Namum berbeza pula bagi kedua kanak-kanak
yang berumur 7 tahun yang menyatakan bahawa plastisin A lebih berat.
20
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih tidak
dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor.
Contohnya dalam ujian yang dijalankan, dua botol mengandungi air yang sama
isipadunya ( A dan B ). Kemudian, air dalam botol B dituangkan ke dalam bekas C.
Seorang kanak-kanak menjawab bahawa air dalam bekas C lebih banyak manakala
kanak-kanak yang lain menjawab pada botol A kerana kelihatan tinggi. Berdasarkan
ujian tersebut, saya mendapati bahawa ketiga-tiga kanak-kanak ini lebih
menumpukan perhatian kepada air yang berada dalam botol daripada kualiti yang
kurang nyata seperti dalam bekas C. Sebenarnya, isi padu air pada kedua-dua
bekas dalam botol A dan bekas C adalah sama. Mereka gagal menjawab persoalan
ini kerana lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu ciri masalah dan
tidak tidak menghiraukan aspek lain. Selain itu, kanak-kanak ini juga tidak mampu
menukar balikan sesuatu tingkah laku secara mental. Mereka tidak mampu berfikir
bahawa apa yang akan terjadi sekiranya air dalam bekas C dituangkan semula pada
bekas B.
Manakala ujian terhadap plastisin pula, kanak-kanak berumur 4 tahun
menyatakan plastisin yang tidak dibujurkan lebih berat manakala kanak-kanak yang
berumur 7 tahun pula menyatakan bahawa plastisin yang telah diuli adalah lebih
berat.Setiap kanak-kanak ini adalah egosentrik dan hanya menerima pendapat
mereka sendiri. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun telah melihat dengan mata
mereka sendiri bahawa plastisin B telah dibujurkan dan berpendapat bahawa
plastisin yang dibujurkan adalah lebih berat maka mereka berpegang kepada
kenyataan ini walaupun sebenarnya plastisin A dan plastisin C mempunyai berat
yang sama.
Di sini saya dapat merumuskan bahawa kanak-kank ini tidak dapat
menyelesaikan konsep kekekalan disebabkan oleh pemusatan iaitu kecenderungan
hanya menumpukan perhatian pada satu-satu perkara tanpa menghiraukan aspek
lain, ketidakbolehbalikan dan egosentrik.
21
6.0IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS
PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Seseorang kanak-kanak belajar sangat bergantung kepada personaliti
dan keadaan sekelilingnya kerana setiap mereka adalah unik dan mempunyai ciri-ciri
tertentu.Mengikut teori pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklahdisusun
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripadakonkrit kepada
abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yangsedia ada kepada
pengalaman baru dan daripada kasar kepada halus mengikutperkembangan fizikal
individu.Oleh kerana itu, gaya pembelajaran yang berkesan bagi guru tidak
semestinya sesuai untuk murid yang lain. Justeru, guru harus mengenalpasti gaya
pembelajaran kanak-kanak dan tidak memaksa mereka belajar dengan satu-satu
cara yang ditetapkan.
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya berpendapat bahawa
guru mampu mengajar murid-murid mengikut tahap kemampuan mereka.Seperti
yang kita sedia maklum, kognitif kanak-kanak pada ketika ini sedang berkembang.
Oleh hal yang demikian, guru seharusnya tidak mengajar atau mendedahkan
mereka tentang sesuatu yang kompleks atau jauh dari akal pemikiran mereka.
Berdasarkan teori Piaget tentang menguasai konsep kekekalan yang
melibatkan jisim, isi padu, dan nombor masih lemah.Oleh itu, guru boleh
menggunakan bahan-bahan maujud atau konkrit berbanding dengan pengajaran
yang hanya tertumpu kepada papan tulis bagi mengilustrasikan sesuatu yang
kompleks agar kanak-kanak mampu memahami dengan lebih baik dan
berkesan.Walau bagaimanapun, bahan tersebut adalah tidak asing bagi kanak-
kanak. Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek matematik mengenai nombor lima,
guru boleh menggunakan bahan-bahan yang 3-dimensi untuk menunjukkan nombor
lima berbanding dengan hanya menulis nombor lima di papan tulis. Hal ini mampu
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman agar bersedia
22
kearah pembelajaran yang lebih kompleks.Kebiasaannya kanak-kanak pada
peringkat praoperasi susah memahamisesuatu perkara dari sudut pandangan orang
lain. Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan.
Kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala menganggap sesuatu perkataan
tersebutmembawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa
pelbagaimakna. Pada peringkat ini, guru perlumemberi arahan yang pendek dan
memberi contoh kepada murid seperti arahanuntuk beratur di luar kelas atau
bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktivitidiberi dengan menggunakan ayat yang
mudah dan jelas. Di samping itu, guru juga bolehmelakukan demonstrasi sebelum
menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu.
Selain itu, guru boleh menggalakan pelajar dengan melakukan aktiviti
yang memberikan mereka peluang untuk mencari altenatif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan
peluang kepada murid-murid menghasilkan sesuatu berdasarkan doh yang diberi,
kemudian mereka akan menggunakan kreativiti dan teknik mereka sendiri untuk
menghasilkan sesuatu daripada doh tersebut.
Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi
pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini
demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur
atau pun tahap masing-masing. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain
sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M
dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat
perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan
sukatan pelajaran sekolah rendah.
Pada peringkat operasi formal iaitu berumur 11 tahun dan
keatas,pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah.
Kanak-kanak pada tahap ini akan memahami pelajarannya apabila guru
menggunakanbahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih
23
kompleks sepertimenggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar
sendirisebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas,
guru-guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka jalan
penyelesaian dan membuat hipotesis dalam menyelesaikan masalah sertamemberi
sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran,guru digalakkan
mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikatdengan fakta-fakta dan
biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konseptersebut
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam
proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid
mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada
perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi
sehingga ia dewasa. Maka mereka akan belajar mengkut tahap kemampuan mereka
dan bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi
pengetahuan mereka. Misalnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan
melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-
kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula
tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang
mereka milikiketika di prasekolah.
Kesimpulannya, setiap guru atau bakal guru perlu menerokai dan
mempelajarai kepentingan perkembangan kanak-kanak agar mampu menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami sesuai dengan
kefahaman dan tahap pemikiran kanak-kanak.
24
7.0RUMUSAN DAN CADANGAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan
bersifatkualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa.Tingkah laku
seseorang juga akan berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkat-
peringkat kematangan dan mengikut keadaan di persekitarannya. Baka dan
persekitaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi perkembangan
seseorang.Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran
akanmembantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umuryang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,kanak-kanak, remaja, dewasa
dan seterusnya.
Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak sememangnyaharus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada
peringkat ini mudahmenerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan
cepat. Piaget telah menyatakan bahawa tahap-tahap kognitif kanak-kanak
termasuklah sensori motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan
formal.Justeru, ibu bapa dan guru merupakan orang yang paling dekat dengan
kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka untuk membantu mereka
meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.Proses kognitif
juga adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang
saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran
membaca.
Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan
berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan
berkenaan dunia pemikiran murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan
membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam
perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran
25
menjadi lebih berkesan. Teori Jean Piaget dapat membantu guru
mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif
individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang
berterusan. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat
dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang
sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
Oleh yang demikian, untuk memastikankesinambungan pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yangpositif adalah amat penting
untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang danterbilang.Maka, guru
haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya
dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana
perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 

La actualidad más candente (20)

EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 

Destacado

Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasapikaosman
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 

Destacado (7)

Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 

Similar a Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak

Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakzamzuriajin
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)eiyraarisya
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piagetSattia Wathy
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 

Similar a Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak (20)

Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
PKK
PKKPKK
PKK
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
 
Draf tugasan peers
Draf tugasan peersDraf tugasan peers
Draf tugasan peers
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 

Más de Fanera Jeffery

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)Fanera Jeffery
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninFanera Jeffery
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Fanera Jeffery
 

Más de Fanera Jeffery (6)

Kenderaan air
Kenderaan airKenderaan air
Kenderaan air
 
Tamadun Islam
Tamadun IslamTamadun Islam
Tamadun Islam
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
 

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak

  • 1. 1 1.0PENGENALAN Perkembangan seseorang individu berlaku secara berterusan.Namun, proses perkembangan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut umur.Komponen perkembangan kognitif adalah menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif amat mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.Selain memupuk sifat positif, penguasaan asas kemahiran ini amat penting bagi mereka memahami sesuatu konsep. Kemahiran kognitif merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Penyelesaian masalah adalah kedudukan yang paling tinggi dalam kemahiran kognitif.Semua ini bergantung pada keputusan berasaskan naluri dan sebab yang dapat diterima dan menilai keputusan yang seharusnya diambil. Oleh kerana kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan, penguasaan kemahiran kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi sebenar dengan menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati di sekeliling mereka serta mampu memahami dan menimba pengalaman dalam pembelajaran.
  • 2. 2 2.0KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2.1Konsep Perkembangan Kanak-kanak Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan boleh didenifnisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan- perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak- kanak. Berdasarkan pencarian saya dalam laman sesawang http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak, terdapat juga beberapa orang tokoh yang mengemukakan pandangan mereka tentang perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
  • 3. 3 Menurut Crow dan Crow pula dalam laman sesawang, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala dalam laman ini juga turut mengemukakan pandangan Karl E. Garrison dengan menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkahlaku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Selain itu, D.S. Wright dan Ann Taylor turut mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif.Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahanhingga ke akhir hayat organisma.Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif dari awal hingga akhir hayat sesuatu organisma dan berlaku secara berterusan meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.
  • 4. 4 2.2 Prinsip Perkembangan Kanak-kanak Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tepi ke tengah. Pertumbuhan struktur fizikal akanmendahului kemahiran fungsinya dan berlaku secara menyeluruh. Selain itu, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnyaadalah berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap dan akan berhenti apabila mencapai tahap tertentu, tetapi perkembangan berlakusecara berterusan hingga akhir hayat. Pertumbuhan dan perkembangan setiap individu saling berinteraksi antara satu sama lain. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat pulaboleh menjejaskan perkembangan rohani,emosi dan sosial. Antara ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikutperingkat-peringkat berikut: Peringkat Umur Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan) Peringkat bayi (0-2 tahun) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun) Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun) Peringkat awal remaja (11-15 tahun) Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun) Peringkat akhir remaja (18-21 tahun) Peringkat dewasa (21-60 tahun) Peringkat tua (60 tahun ke atas) Rajah 1.2: Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat berkut. Manakala perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
  • 5. 5 Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008),Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan disebabkan oleh pertumbuhandan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlakusecara semulajadi spontan dan tidak berada dalam kawalanmanusia.Manakala pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggiandan pertumbuhan rambut.Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada terperinci.Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalamkompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku dalam satu susunan yang boleh diramal serta berlaku secara perlahan-lahan. Manakala Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) berpendapat bahawa prinsip-prinsippertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut aturan. Contohnya, seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.Perkembangan juga bermula daripada konkrit kapada abstrak.Hal ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan juga berubah daripada umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang bayi akan terlebih dahulu menggenggam objek sebelum belajar menggunakan jari tangan. Di samping itu juga, perkembangan dari segi kemahiran dalam diri seorang kanak-kanak juga akan bertambah. Mereka sememangnya mempunyai kemahiran asas yang sedia ada dan kemahiran tersebut akan digunakan oleh mereka untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru. Walaupun corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi terdapat perbezaan pada kadar perkembangan manusia bagi setiap individu. Oleh itu, tidak semua kanak-kanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama Contohnya, ada sesetengah kanak-
  • 6. 6 kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan dan ada sesetengah pada umur 18 bulan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel,perkembangan juga adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia adadalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dankemudian berlari.Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Manakala pembelajaranadalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi danmemerlukan usaha.Potensi yang sedia ada dalam diri kanak-kanak mampu dikembangkan melalui proses pembelajaran. Misalnya jika seseorang itu mampu bermain alat muzik, mereka boleh bermain dengan baik dan sempurna sekiranya mendapat latihan yang baik atau meniru cara-cara bermain alat muzik.
  • 7. 7 3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK- KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.Kelima- lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal,perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia. Manakala faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya,teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat. Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah, pemakanan dantaraf status ekonomi serta kebudayaan keluarga tersebut.Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam membentukpertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. 3.1Baka Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri biologi dan perwarisan yang dimiliki anak-anak melalui ibu bapa mereka.Ciri-ciri tersebut termasuklah warna kulit, warna mata, serta saiz fizikal.Baka yang diperturunkan adalah melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka dan boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka yang diwarisi juga akan menentukan had keupayaan seseorang individu termasuklah kemampuan mental sama ada pandai atau tidak pandai. Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan Nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, ia merupakan benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
  • 8. 8 baka.Perkembangan manusia dikuasai oleh gen dan gen ini juga akan memberikan sifat unik kepada setiap manusia Setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza.Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan melalui prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Selain itu, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. 3.2Persekitaran Faktor kedua pula ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, amalan, media massa dan persekitaran dunia. Terdapat lima jenis sistem ekologi yang mempengaruhi dalam perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak- kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di
  • 9. 9 dalam persekitaran itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan dua mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah laku di sekolah dan sebaliknya.Oleh itu, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak diberikan galakan. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya, kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain. Makrosistem pula merujuk kepada pengaruh hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa. Menurut Bronfenbrenner dalam laman sesawang http://notapismp .blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsipperkembangan-kanak.html, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat.Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
  • 10. 10 Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa perkembangan zaman kanak-kanak pada ketika dahulu lebih gemar bermain di persekitaran rumah berbanding kanak-kanak pada masa ini yang lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain dan tahap perkembangan setiap induvidu yang berbeza-beza adalah dipengaruhi oleh setiap unsur-unsur ini.
  • 11. 11 4.0PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) menyatakan bahawa kemahiran kognitifmerupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingatiperkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktivit imental seperti ingatan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsunganhidup seseorang individu. Mok Soon Sang (2009) pula menyatakan, maksud kognitif adalah berkait rapatdengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan ataupemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakansebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitifkanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal)serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004) dalam bukunya “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, terdapat seorang tokoh yang bernama Spodek menyatakan bahawa perkembangan kognitif menfokuskan cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak- kanak. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan pemikiran kanak-kanak tersebut dalam mengenal,membanding beza dan berfikir tentang sesuatu.
  • 12. 12 4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Berdasarkan laman sesawang http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com /2010/01/ perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html, Jean Piaget ( 1896- 1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina ilmu. Piaget berpendapat proses pemikiran individu dipengaruhi empat faktor yang saling berkaitan antaranya adalah kematangan biologi iaitu proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Kedua adalah interaksi individu dengan persekitaran yang juga merupakan salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.Ketiga adalah pengalaman sosial yang juga merupakan perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh individu dalam pergaulan dengan orang-orang di sekelilingnya. Manakala keempat adalah keseimbangan iaitu satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melaluiperingkat-peringkat perkembangan kognitif yang samatetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapatpersekitaran tidak membentuk kognitif kanak- kanak,sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan merekasecara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaanini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Oleh itu, Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu Skema (Schema), Penyerapan(Assimilation), pengubahsuaian (Accomodation) dan keseimbangan(Equilibrium).
  • 13. 13 Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurusdan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Apabilaseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar, skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skemaadalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun danmengurus. Asimilasi merupakan proses kognitif iaitu seseorang menyatukanmaklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa menerimapelbagai maklumat dan pengalaman. Akomodasi merujuk kepada penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Segala maklumat akan diserap ke dalam skema sekiranya maklumat yang diterima itu bersesuaian dengan skema yang ada. Manakala maklumat akan diubah suai atau ditolak sekiranya tidak bersesuaian dengan skema yang ada. Oleh itu, skema yang sedia ada diubah suaiuntuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.bagi meningkatkan tahap skema sedia ada.Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahappemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan merupakan proses meyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Misalnya seorang kanak-kanak akan menyerapkan maklumat baru ke dalam skema mereka. Sekiranya mereka tidak mencapai proses keseimbangan, maka maklumat itu akan diubahsuai atau mencipta skema yang baru. Proses ini berlaku secara berterusan bermula daribayi sehingga dewasa.
  • 14. 14 Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004), dalam buku mereka yang bertajuk “ Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, melalui kajian dan pemerhatian Piaget,beliau mendapati bahawa perkembangan kognitifmanusia berlaku dalam peringkat turutan yang ketara. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkatsensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. 4.2Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif a) Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun) Perkembangan kognitif kanak-kanak bermula pada peringkat ini.Pemahaman bayi pada dunia adalah berasaskan dengan pergerakan spontan tanpa mempelajarinya seperti memegang, melihat dan menghisap.Piaget berpendapat bahawa bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan aktiviti sensori dan motor. Pengalaman- pengalaman yang dikesan melalui lima deria merupakan aktiviti sensori. Manakala aktiviti motor merupakan hasil tindak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain. b) Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Pada peringkat ini perkembangan kognitif kanak-kanak bermula apabila mereka menggunakan skima berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan symbol yang lainserta mampu menyelesaikannnya. Walau bagaimanapun, Piaget berpendapat bahawa pemahaman kanak-kanak pada ketika in masih lemah dan tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu, dan nombor.Walaupun bentuk sesuatu jasad itu berubah, namun kuantiti sesuatu jasad itu masih kekal sama. Hal ini adalah kerana pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat.
  • 15. 15 c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) Walaupun pemikiran kanak-kanak masih terikat dengan situasi yang konkrit namun, mereka sudah mampu berfikir secara logik. Selain itu, mereka juga mulai menguasai proses pengelasan iaitu mampu mengklasifikasikan sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan boleh menguasai proseskebalikan dan akhirnya mengamati prosessongsangan. Namun, mereka masih tidakmempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang sukar. d) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas) Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh melakukan proses mental dan membuat andaian berdasarkan fakta serta mampu berfikir secara abstrak dan boleh membuat hipotesis. Selain itu, apabila mereka mula tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, egosentrik mereka akan mula muncul. Oleh itu, mereka susah untuk menerima pendapat orang lain.
  • 16. 16 5.0UJIAN KONSERVASI PIAGET Piaget telah menjalankan pelbagai ujian untuk memahami keupayaan kognitif dan perspektif kanak-kanak. Berdasarkan Ujian Konservasi Piaget, kami telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat dan tujuh tahun bagi menilai keupayaan kanak-kanak memahami pengekalan ciri-ciri bahan yang terdiri daripada: a) Pengekalan kuantiti atau bilangan Soalan pada rajah 1: Adakah sama bilangan duit di setiap baris? Soalan pada rajah 2: Sekarang adakah bilangan duit masih sama ataupun ada yang lebih banyak? A B A C 1 2
  • 17. 17 b) Pengekalan ruang Soalan pada rajah 1: Adakah setiap lembu memakan jumlah rumput yang sama? Soalan pada rajah 2: Mana satu jumlah rumput yang banyak dimakan lembu? c) Pengekalan isipadu Soalan rajah 1: Adakah kedua-dua air di dalam bekas adalah sama? Soalan rajah 2: Sekarang adakah jumlah air di dalam bekas masih sama atau salah satunya lebih banyak? A B A C A AB C 1 2 1 2
  • 18. 18 d) Pengekalan berat Soalan rajah 1: Adakah jumlah plastisin pada setiap bola adalah sama? Soalan rajah 2: Adakah jumlah plastisin masih sama atau salah satunya lebih? Kami telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak bernama Nurshafiqah Binti Hussein yang berumur 4 tahun dan Danishah Leong yang berumur 7 tahun.Manakala pasangan seterusnya adalah berumur 4 tahun iaitu Wong Jing Yee dan Chuah Poh Wei yang berumur 7 tahun. Respon mereka adalah seperti berikut: Ujian Nama Nombor Kawasan Cecair Jisim Syiling Rumput Air Plastisin Nursyafiqah (4) Tidak sama. Baris C lebih banyak. Lembu C makan lebih banyak rumput. Tidak sama,air dalam A lebih banyak. Tidak sama. Plastisin C lebih berat. Danishah (7) Tidak sama. Baris C lebih banyak. Lembu C makan lebih banyak rumput. Tidak sama, air dalam C lebih banyak. Tidak sama. Plastisin A lebih berat. Wong Jing Yee Tidak sama. Lembu Tidak Tidak sama. A B C A 1 2
  • 19. 19 (4) Baris C lebih banyak. Cmakan lebih banyak rumput. sama,airdalam A lebih banyak. Palastisin C lebih berat. Chuah Poh Wei (7) Tidak sama. Baris C lebih banyak Lembu C makan lebih banyak rumput. Tidak sama,air dalam A lebih banyak. Tidak sama. Plastisin A lebih berat. Jadual 5.0 : Respon kanak-kanak terhadap kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian tentang pengekalan nombor iaitu syiling, kesemua kanak-kanak memilih baris C lebih banyak sedangkan jumlah syiling pada kedua-dua baris A dan B adalah sama. Manakala dari segi pengekalan ruang iaitu rumput, kesemua kanak-kanak memilih lembu Cmemakan lebih banyak rumput. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran mereka hanya dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dengan mata kasar. Berdasarkan kajian yang kami jalankan mengenai pengekalan kuantiti terhadap syiling, kedua-dua pasangan menyatakan bahawa dalam rajah 1 jumlah syiling adalah sama. Setelah menunjukkan mereka seperti dalam rajah 2, kesemua mereka menyatakan bahawa jumlah syiling yang ada pada baris C lebih banyak.Manakala berdasarkan ujian terhadap pengekalan ruang, kesemua kanak- kanak menyatakan bahawa lembu C makan lebih banyak rumput.Kemudian adalah ujian pengekalan isipadu terhadap air. Pada pasangan pertama, Nurshafiqah (4 tahun) menyatakan bahawa air dalam A dan B adalah tidak sama dan menyatakan air dalam A lebih banyak. Manakala Danishah (7 tahun) pula menyatakan bahawa air dalam A adalah lebih banyak. Pasangan kedua iaitu Wong Jing Yee (4 tahun) dan Chuah Poh Wei (7 tahun) juga berpendapat bahawa jumlah air tersebut tidak sama dan menyatakan bahawa air dalam A lebih banyak. Ujian yang terakhir adalah mengenai pengekalan jisim.Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 4 tahun menyatakan plastisin B lebih berat. Namum berbeza pula bagi kedua kanak-kanak yang berumur 7 tahun yang menyatakan bahawa plastisin A lebih berat.
  • 20. 20 Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor. Contohnya dalam ujian yang dijalankan, dua botol mengandungi air yang sama isipadunya ( A dan B ). Kemudian, air dalam botol B dituangkan ke dalam bekas C. Seorang kanak-kanak menjawab bahawa air dalam bekas C lebih banyak manakala kanak-kanak yang lain menjawab pada botol A kerana kelihatan tinggi. Berdasarkan ujian tersebut, saya mendapati bahawa ketiga-tiga kanak-kanak ini lebih menumpukan perhatian kepada air yang berada dalam botol daripada kualiti yang kurang nyata seperti dalam bekas C. Sebenarnya, isi padu air pada kedua-dua bekas dalam botol A dan bekas C adalah sama. Mereka gagal menjawab persoalan ini kerana lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu ciri masalah dan tidak tidak menghiraukan aspek lain. Selain itu, kanak-kanak ini juga tidak mampu menukar balikan sesuatu tingkah laku secara mental. Mereka tidak mampu berfikir bahawa apa yang akan terjadi sekiranya air dalam bekas C dituangkan semula pada bekas B. Manakala ujian terhadap plastisin pula, kanak-kanak berumur 4 tahun menyatakan plastisin yang tidak dibujurkan lebih berat manakala kanak-kanak yang berumur 7 tahun pula menyatakan bahawa plastisin yang telah diuli adalah lebih berat.Setiap kanak-kanak ini adalah egosentrik dan hanya menerima pendapat mereka sendiri. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun telah melihat dengan mata mereka sendiri bahawa plastisin B telah dibujurkan dan berpendapat bahawa plastisin yang dibujurkan adalah lebih berat maka mereka berpegang kepada kenyataan ini walaupun sebenarnya plastisin A dan plastisin C mempunyai berat yang sama. Di sini saya dapat merumuskan bahawa kanak-kank ini tidak dapat menyelesaikan konsep kekekalan disebabkan oleh pemusatan iaitu kecenderungan hanya menumpukan perhatian pada satu-satu perkara tanpa menghiraukan aspek lain, ketidakbolehbalikan dan egosentrik.
  • 21. 21 6.0IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Seseorang kanak-kanak belajar sangat bergantung kepada personaliti dan keadaan sekelilingnya kerana setiap mereka adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tertentu.Mengikut teori pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklahdisusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripadakonkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yangsedia ada kepada pengalaman baru dan daripada kasar kepada halus mengikutperkembangan fizikal individu.Oleh kerana itu, gaya pembelajaran yang berkesan bagi guru tidak semestinya sesuai untuk murid yang lain. Justeru, guru harus mengenalpasti gaya pembelajaran kanak-kanak dan tidak memaksa mereka belajar dengan satu-satu cara yang ditetapkan. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya berpendapat bahawa guru mampu mengajar murid-murid mengikut tahap kemampuan mereka.Seperti yang kita sedia maklum, kognitif kanak-kanak pada ketika ini sedang berkembang. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya tidak mengajar atau mendedahkan mereka tentang sesuatu yang kompleks atau jauh dari akal pemikiran mereka. Berdasarkan teori Piaget tentang menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu, dan nombor masih lemah.Oleh itu, guru boleh menggunakan bahan-bahan maujud atau konkrit berbanding dengan pengajaran yang hanya tertumpu kepada papan tulis bagi mengilustrasikan sesuatu yang kompleks agar kanak-kanak mampu memahami dengan lebih baik dan berkesan.Walau bagaimanapun, bahan tersebut adalah tidak asing bagi kanak- kanak. Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek matematik mengenai nombor lima, guru boleh menggunakan bahan-bahan yang 3-dimensi untuk menunjukkan nombor lima berbanding dengan hanya menulis nombor lima di papan tulis. Hal ini mampu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman agar bersedia
  • 22. 22 kearah pembelajaran yang lebih kompleks.Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat praoperasi susah memahamisesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan. Kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala menganggap sesuatu perkataan tersebutmembawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagaimakna. Pada peringkat ini, guru perlumemberi arahan yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahanuntuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktivitidiberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Di samping itu, guru juga bolehmelakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu. Selain itu, guru boleh menggalakan pelajar dengan melakukan aktiviti yang memberikan mereka peluang untuk mencari altenatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan peluang kepada murid-murid menghasilkan sesuatu berdasarkan doh yang diberi, kemudian mereka akan menggunakan kreativiti dan teknik mereka sendiri untuk menghasilkan sesuatu daripada doh tersebut. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur atau pun tahap masing-masing. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. Pada peringkat operasi formal iaitu berumur 11 tahun dan keatas,pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah. Kanak-kanak pada tahap ini akan memahami pelajarannya apabila guru menggunakanbahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih
  • 23. 23 kompleks sepertimenggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendirisebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas, guru-guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka jalan penyelesaian dan membuat hipotesis dalam menyelesaikan masalah sertamemberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran,guru digalakkan mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikatdengan fakta-fakta dan biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konseptersebut Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Maka mereka akan belajar mengkut tahap kemampuan mereka dan bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Misalnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak- kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah. Kesimpulannya, setiap guru atau bakal guru perlu menerokai dan mempelajarai kepentingan perkembangan kanak-kanak agar mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami sesuai dengan kefahaman dan tahap pemikiran kanak-kanak.
  • 24. 24 7.0RUMUSAN DAN CADANGAN Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifatkualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa.Tingkah laku seseorang juga akan berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkat- peringkat kematangan dan mengikut keadaan di persekitarannya. Baka dan persekitaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang.Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akanmembantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umuryang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak- kanak sememangnyaharus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada peringkat ini mudahmenerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Piaget telah menyatakan bahawa tahap-tahap kognitif kanak-kanak termasuklah sensori motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan formal.Justeru, ibu bapa dan guru merupakan orang yang paling dekat dengan kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka untuk membantu mereka meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.Proses kognitif juga adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran
  • 25. 25 menjadi lebih berkesan. Teori Jean Piaget dapat membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Oleh yang demikian, untuk memastikankesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yangpositif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang danterbilang.Maka, guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.