SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 8
Perbezaan Bagi Tujuan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin
Tujuan
 Membantu guru
mengenal pasti punca
salah laku murid melalui
motif-motif yang telah
diutarakan
 Membolehkan murid
dibawa berbincang
terhadap masalah yang
dihadapi
 Agar guru tidak
menggunakan hukuman
ketika mengawal bilik
darjah..
 Melatih murid untuk
mendapat kawalan
kendiri terhadap
pengurusan disiplin bilik
darjah
 Membantu guru menangani masalah
yang berlaku sebelum menjadi
masalah disiplin.
 Guru dapat memberikan teguran
yang jelas iaitu secara spesifik bukan
secara umum dan bernada tegas
kepada murid yang membawa
masalah di dalam bilik darjah.
 Agar guru dapat menjalankan akibat
sekiranya murid masih melakukan
kesalahan.
 Membantu guru menarik perhatian
murid dengan memulakan
pengajaran yang menarik
Jadual : Menunjukkan perbezaan dari segi tujuan antara model Dreikurs dan model
Kounin.
Model Dreikurs Kounin
Perbezaan Bagi Tujuan Model Akibat Logikal Dreikurs danModel Pengurusan Kelompok
Kounin
Tujuan
Kedua-dua model ini mempunyai persamaan yang ketara iaitu bertujuan untuk
membantu guru untuk mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.Selain itu, kedua-dua
model ini juga bertujuan membantu guru untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti bilik
darjah. Dalam model Dreikurs, guru dapat membantu murid-murid yang bersifat meminggirkan
diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan cara memberikan mereka peluang
untuk menunjukkan keupayaan mereka serta menghargai usaha mereka. Manakala dalam
model Kounin pula, guru mampu melibatkan murid dalam aktiviti bilik darjah dengan
memberikan mereka tugasan, memanggil murid untuk memberikan maklum balas dan
menjawab soalan.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa perbezaan pada kedua-dua model ini.Sekiranya
kita meneliti Model Dreikurs, ianya bertujuan untuk membantu guru agar dapat mengenal pasti
punca salah laku murid melalui motif-motif yang telah diutarakan agar murid dapat dibimbing
untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.Berbeza dengan Model Kounin, ianya
bertujuan untuk membantu guru agar mampu menangani masalah yang berlaku sebelum
menjadi masalah disiplin.
Dalam model Dreikurs, terdapat beberapa motif-motif yang boleh dikenal pasti melalui
tinggkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid yang bercakap semasa guru
mengajar atau mengganggu rakannya ketika guru mengajar mungkin sahaja mempunyai motif
untuk mendapat perhatian guru.Selain itu, murid yang melanggar peraturan bilik darjah, degil
serta tidak memberikan kerjasama mungkin mempunyai motif untuk mencabar kuasa guru
disebabkan murid berasa tertekan kerana guru lebih bersifat autokaratik.Setelah guru mengenal
pasti punca salah laku yang ditunjukkan, guru dapat membimbing murid untuk memahami
peraturan di dalam bilik darjah.Sebagai contoh, ketika murid bercakap bersama rakannya, guru
mampu menegur mereka dan menjelaskan bahawa mereka tidak sepatutnya bercakap semasa
guru sedang mengajar.Guru juga dapat menasihati mereka agar mereka dapat memahami
akibat daripada perbuatan mereka. Contohnya, guru mampu memberitahu murid bahawa
sekiranya mereka berbuat bising semasa guru mengajar, mereka akan ketinggalan pelajaran
atau tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, bercakap semasa guru
mengajar akan mengganggu rakan yang lain yang ingin belajar.
Berbeza dengan Model Kounin, ianya lebih ingin guru terlebih dahulu mengawal setiap
perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan sentiasa peka dan
sedar terhadap pergerakan dan keadaan yang berlaku di dalam bilik darjah. Di samping itu,
guru juga mampu menjangka masalah yang timbul serta dapat menghalang masalah tersebut
daripada menjadi lebih serius. Contohnya, semasa guru membahagi-bahagikan murid kepada
beberapa kumpulan, terdapat murid yang bergaduh dalam kumpulannya. Sebelum keadaan itu
menjadi lebih serius, guru telah mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua murid
tersebut kepada kumpulan yang berbeza bagi mengelakkan keadaan menjadi serius.
Tujuan Dreikurs yang seterusnya adalah membolehkan guru untuk membawa murid
berbincang terhadap masalah yang mereka hadapi.Hal ini bertujuan bagi mewujudkan suasana
bilik darjah yang bersifat demokratik.Ini bermaksud guru untuk mengambil kira perasaan murid-
murid agar rasa dipunyai.Guru juga dapat bertolak ansur denganmuridserta tidak mengenakan
semua keputusan kepada murid tetapi murid diberi peluang dan ruang untuk memberikan
pandangan mereka.Contohhnyasekiranya terdapat murid yang melakukan tingkah laku yang
tidak baik, guru mampu membawa murid-murid berbincang dan memberi ruang kepada mereka
meluahkan perasaan mereka sebab mereka bertindak demikian. Contohnya, terdapat murid
yang mengetuk-ngetuk meja semasa guru mengajar. Guru boleh memanggil murid tersebut
dan bertanya sebab dia melakukan tindakan yang sedemikian. Mungkin murid tersebut ingin
mendapat perhatian guru dan guru perlu memberitahu murid tersebut bahawa ianya hanya
akan mengundang kemarahan guru dan menganggu rakan-rakan yang lain.
Berbanding dengan model Kounin, model ini tidak seperti model Dreikurs yang
membawa murid untuk berbincang mengenai masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan
tetapi bertujuan untuk menggalakkan guru untuk lebih bersifat tegas dan serius semasa
memberikan teguran. Semasa murid melakukan salah laku, guru akan terus memarahi murid
agar murid dapat melihat bahawa guru memberikan arahan yang tegas untuk dipatuhi. Dalam
model Kounin, beliau menyarankan bahawa guru perlu memberikan teguran yang jelas, tegas
dan serius. Selain itu, guru disarankan untuk menggunakan Kesan Gelombang atau Ripple
Effect ketika memberi teguran dan mengenakan tindakan disiplin kepada murid yang
bermasalah. Kesan Gelombang bermaksud semasa guru memberikan teguran kepada murid
yang melakukan salah laku, secara tidak langsung, murid-murid yang lain akan mengambil
iktibar daripada tindakan tersebut. Hal ini membolehkan guru untuk mengurus disiplin bilik
darjah secara lebih berkesan.
Dalam model Dreikurs juga, ianya turut bertujuan untuk menyedarkan guru agar tidak
menjalankan dendaan bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang salah. Hal ini berbeza
dengan model Kounin. Kouninmenyarankan guru untuk menjalankan akibat sekiranya murid
tersebut masih melakukan kesalahan.Bagi Dreikurs, beliau tidak menggalakkan guru untuk
memberikan hukuman kerana ianya hanya akan membuatkan murid bertindak untuk membalas
dendam sama ada melakukan salah laku yang lebih serius seperti melakukan vandalism, atau
sengaja mencari gaduh dengan murid yang lain. Selain itu, ada juga yang akan membalas
dendam secara pasif iaitu dengan memencilkan diri, tidak mengambil perhatian guru semasa
mengajar dan bersifat degil. Berbeza dengan model yang diperkenalkan oleh Kounin, beliau
menyarankan agar guru dapat menjalankan akibat yang telah dinyatakan oleh guru sekiranya
masih melakukan kesalahan. Contohnya guru telah menegur seorang murid yang telah berbuat
bising dan menegaskan bahawa sekiranya dia membuat bising dia akan didenda. Sekiranya
dia masih berbuat bising, guru akan melakukan tindakan seperti yang telah dinyatakan sebelum
ini.
Model Dreikurs juga bertujuan untuk membantu guru agar mampu melatih murid untuk
mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Hal ini bermaksud guru
akan melatih dan membimbing murid dengan cara mengingatkan mereka agar mereka mampu
memahami serta dapat mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik darjah.
Manakala model Kounin pula bertujuan untuk membantu guru agar menggunakan momentum
ketika ingin memulakan pengajaran dan pembelajaran. Momentum merupakan keadaan di
mana guru mampu memulakan pengajaran yang menarik sehingga mampu menarik perhatian
murid seterusnya mampu melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan serta
dapat menyimpulkan pengajaran pada hari tersebut dengan berkesan.
Kesimpulannya, kedua-dua tujuan bagi model ini mempunyai perbezaan yang amat
ketara.Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini adalah untuk membantu guru agar mampu
mengurus atau menangani masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.
Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan Kounin
Model Dreikurs Kounin
Pelaksanaan
1) Kenal pasti motif murid.
2) Bantu murid memahami motif
tersebut.
3) Bantu murid tukar matlamat yang
salah kepada matlamat sebenar.
4) Bimbing murid bertanggungjawab
keatas matlamat baru.
5) Bantu murid melihat akibat
disebalik tingkahlakunya.
1) Guru tidak memberikan
penerangan secara meleret
dan fragmentasi.
2) Guru melibatkan murid
dengan aktif dalam aktiviti-
aktiviti kumpulan.
3) Ambil perhatian murid
sepenuhnya sebelum
memberi arahan atau
membuat penerangan.
(Momentum guru)
Jadual: Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan model Kounin
Pelaksanaan Model Dreikurs
Dreikurs juga turut menerangkan cara-cara bagi menangani murid yang mempunyai
motif yang salah.Yang pertama sekali adalah guru perlu mengenal pasti motif yang ingin
ditunjukkan oleh murid.Berdasarkan keempat-empat motif yang diutarakan oleh Dreikurs, guru
sudah mampu mengenal pasti motif murid berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid. Contohnya, terdapat murid yang sengaja ingin membangkitkan kemarahan guru dengan
cara mengetuk-ngetuk meja atau bercakap-cakap dengan rakan yang lain semasa guru sedang
mengajar kerana ingin mendapatkan perhatian. Selain itu, terdapat juga murid yang enggan
menyempurnakan tugas yang diberikan dan sengaja meninggalkan buku atau memberikan
alasan yang banyak kerana ingin mencabar kuasa guru. Di samping itu, terdapat juga murid
yang menunjukkan tingkah laku dengan membalas dendam melalui cara seperti mencuri,
bergaduh atau merosakkan harta benda sekolah kerana murid berasa tidak diberikan layanan
yang adil. Manakala murid yang sentiasa mengasingkan diri dan tidak ingin bekerjasama
dengan rakan-rakan yang lainatau tidak mengambil bahagian dalam aktiviti adalah kerana
murid tersebut bertindak ingin menunjukkan kekurangannya.
Setelah guru sudah mampu mengenal pasti motif yang yang ingin ditunjukkan oleh
murid, guru perlu membantu murid untuk memahami motif yang ditunjukkan oleh
mereka.Sekiranya mereka berkelakuan yang tidak baik, guru perlu memanggil murid tersebut
dan berbincang dengan bertanya sebab dia berkelakuan sedemikian. Cara ini merupakan cara
yang terbaik bagi guru agar murid dapat meluahkan alasan mereka berbuat demikian.
Mungkin sahaja murid tersebut gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat
tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah kemudian menunjukkan tingkah laku yang
tidak baik. Contohnya, Abu ingin mendapatkan perhatian guru dengan mengetuk-getuk meja
semasa proses pengajaran Sebagai seorang guru, Abu perlu diberitahu bahawa tindakannya
itu adalah salah kerana ianya hanya akan mengganggu proses pengajaran guru dan akan
mengundang kemarahan guru. Sekiranya dia ingin mendapatkan perhatian, biarlah tindakan
yang dilakukan itu mampu membolehkan guru untuk memuji serta memberikan dorongan
kepadanya seperti menjawab soalan guru atau menyiapkan kerja rumah.
Selepas murid sudah memahami motif yang telah ditunjukkan oleh murid, guru perlu
membantu murid menukar matlamat yang salah kepada matlamat yang sebenar. Contohnya,
murid yang ingin mendapatkan perhatian guru boleh menggunakan cara lain yang betul serta
dapat meyenangkan hati guru seperti menjawab soalan guru dengan betul atau memperolehi
markah yang baik dalam kuiz Matematik atau subjek yang lain.
Setelah murid telah menukar matlamat, guru perlu memberi galakan dan bimbingan
kepada murid-murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baru yang telah dipilih.
Contohnya, tingkah laku untuk mendapatkan perhatian yang ditunjukkan oleh Ali telah berubah
kepada cara yang lebih baik iaitu dia mampu menjawab kuiz Matematik jauh lebih baik
berbanding sebelumnya. Dengan itu, guru boleh memberikan galakan dan motivasi kepada Ali
agar dia lebih bermotivasi untuk memperolehi markah yang lebih baik lagi daripada yang
sebelumnya seperti “ Syabas Ali, markah dalam kuiz Matematik kamu pada kali ini lebih baik
daripada yang sebelumnya. Teruskan lagi usaha kamu”. Melalui cara ini, Ali sudah pasti
berasa gembira kerana guru memberikan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya
untuk terus berusaha.
Pelaksanaan yang terakhir adalah guru juga perlu membantu murid melihat akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan.Akibat tersebut haruslah mampu diterima dan difahami
oleh murid dan mampu memberi manfaat kepada orang-orang disekelilingnya. Contohnya, Ali
dapat melihat dan memahami bahawa tingkah lakunya yang tidak baik sebelum ini hanya
akanmenganggu rakannya yang lain dan mengundang kemarahan guru. Sebaliknya, sekiranya
dia berkelakuaan baik dan memenuhi keinginan guru, sudah pasti sikapnya akan disukai oleh
gurudan rakan-rakan-rakannya. Malah bukan itu sahaja, rakan-rakannya yang lain juga akan
mencontohi sikapnya yang baik serta mendengar arahan guru.
Pelaksanaan Model Kounin
Sementara Dreikurs lebih menekankan guru untuk mengenal pasti motif yang
ditunjukkan oleh murid, manakala Kounin pula lebih menekankan sifat dan kobolehan guru itu
sendiri dalam menguruskan bilik darjah.Menurut Kounin, kelancaran dan pelaksanaan aktiviti
perlu dalam menguruskan bilik darjah yang baik. Terdapat beberapa langkah yang boleh
digunakan oleh guru bagi memastikan kelancaran dalam menguruskan bilik darjah.Langkah
yang pertama adalah guru harus mengelakkan dengan memberikan penerangan yang meleret
atau fragmentasi kepada murid.Penerangan yang meleret bermaksud guru mengulang kembali
pengajaran walaupun murid sudah memahaminya. Kounin tidak menggalakkan guru
melakukan fragmentasi iaitu memecahkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada
beberapa bahagian-bahagian kecil sedangkan aktiviti tersebut peru dijalankan secara
menyeluruh. Oleh itu, guru perlu mengelakkan daripada memberikan penerangan yang meleret
dan fragmentasi agar murid tidak akan cepat berasa bosan.
Langkah yang kedua adalah guru perlu memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan
dan melibatkan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Guru perlu memastikan murid terlibat dalam
segala aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru perlu bijak dalam merancang
segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan pada hari itu agar
guru mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh melibatkan murid
dalam aktiviti yang telah dirancang seperti memanggil murid untuk bersoal jawab, membuat
demonstrasi dan memberikan penerangan. Aktiviti-aktiviti ini lebih kepada berpusatkan murid
dan sangat berkesan agar murid mampu melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.
Langkah yang seterusnya adalah momentum guru yang merujuk kepada keadaan iaitu
guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pengajaran dengan cekap serta
mampu membuat kesimpulan dengan berkesan bagi penutup pelajaran pada hari itu.Oleh itu,
guru perlu bijak dan boleh berfikir secara kreatif dalam merancang segala aktiviti yang
berkaitandan mampu untuk menarik perhatian murid.Oleh itu, guru perlu mengambil kira aspek
minat dan kebolehan murid agar murid mampu melibatkan diri dengan aktiviti yang
dirancang.Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan murid daripada melakukan salah
laku kerana berminat melakukan aktiviti yang dilaksanakan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahPeranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahKaizen Kohana
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimzaimomar
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 

La actualidad más candente (20)

Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahPeranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 

Similar a MODEL DISIPLIN

Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom managementAlfonsus Sam
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docnuunaberry
 
Peran Guru dalam Manajemen Kelas
Peran Guru dalam Manajemen KelasPeran Guru dalam Manajemen Kelas
Peran Guru dalam Manajemen Kelasdewisetiyana52
 
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxSTRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxadityatristanalvaroA
 
Pendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasPendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasSofia Mafaza
 
Model pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikaModel pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikamerisnuspita
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruPensil Dan Pemadam
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiDahlia Safarinah
 
Komponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasKomponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasfauziahpustikaw
 
Komponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasKomponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasrizkadamayantii
 
Komponen Pengelolaan Kelas
Komponen Pengelolaan KelasKomponen Pengelolaan Kelas
Komponen Pengelolaan Kelasnurassyah1122
 
ketrampilan mengelola kelas
ketrampilan mengelola kelasketrampilan mengelola kelas
ketrampilan mengelola kelasNora Indrasari
 
Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes fitri norlida
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edualibyk
 

Similar a MODEL DISIPLIN (20)

Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom management
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Peran Guru dalam Manajemen Kelas
Peran Guru dalam Manajemen KelasPeran Guru dalam Manajemen Kelas
Peran Guru dalam Manajemen Kelas
 
2314150813.pptx
2314150813.pptx2314150813.pptx
2314150813.pptx
 
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxSTRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
 
Pendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasPendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelas
 
Modul KB 6 Mengelola Kelas
Modul KB 6 Mengelola KelasModul KB 6 Mengelola Kelas
Modul KB 6 Mengelola Kelas
 
Model pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikaModel pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematika
 
Present pkn sd 1
Present pkn sd 1Present pkn sd 1
Present pkn sd 1
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guru
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran Presentasi
 
Komponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasKomponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelas
 
Komponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelasKomponen pengelolaan kelas
Komponen pengelolaan kelas
 
Komponen Pengelolaan Kelas
Komponen Pengelolaan KelasKomponen Pengelolaan Kelas
Komponen Pengelolaan Kelas
 
ketrampilan mengelola kelas
ketrampilan mengelola kelasketrampilan mengelola kelas
ketrampilan mengelola kelas
 
Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes
 
Variasi belajar jadi
Variasi belajar jadiVariasi belajar jadi
Variasi belajar jadi
 
Variasi belajar jadi
Variasi belajar jadiVariasi belajar jadi
Variasi belajar jadi
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edu
 

Más de Fanera Jeffery

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)Fanera Jeffery
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Fanera Jeffery
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 

Más de Fanera Jeffery (6)

Kenderaan air
Kenderaan airKenderaan air
Kenderaan air
 
Tamadun Islam
Tamadun IslamTamadun Islam
Tamadun Islam
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 

MODEL DISIPLIN

  • 1. Perbezaan Bagi Tujuan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin Tujuan  Membantu guru mengenal pasti punca salah laku murid melalui motif-motif yang telah diutarakan  Membolehkan murid dibawa berbincang terhadap masalah yang dihadapi  Agar guru tidak menggunakan hukuman ketika mengawal bilik darjah..  Melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah  Membantu guru menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin.  Guru dapat memberikan teguran yang jelas iaitu secara spesifik bukan secara umum dan bernada tegas kepada murid yang membawa masalah di dalam bilik darjah.  Agar guru dapat menjalankan akibat sekiranya murid masih melakukan kesalahan.  Membantu guru menarik perhatian murid dengan memulakan pengajaran yang menarik Jadual : Menunjukkan perbezaan dari segi tujuan antara model Dreikurs dan model Kounin. Model Dreikurs Kounin
  • 2. Perbezaan Bagi Tujuan Model Akibat Logikal Dreikurs danModel Pengurusan Kelompok Kounin Tujuan Kedua-dua model ini mempunyai persamaan yang ketara iaitu bertujuan untuk membantu guru untuk mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.Selain itu, kedua-dua model ini juga bertujuan membantu guru untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti bilik darjah. Dalam model Dreikurs, guru dapat membantu murid-murid yang bersifat meminggirkan diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan cara memberikan mereka peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka serta menghargai usaha mereka. Manakala dalam model Kounin pula, guru mampu melibatkan murid dalam aktiviti bilik darjah dengan memberikan mereka tugasan, memanggil murid untuk memberikan maklum balas dan menjawab soalan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa perbezaan pada kedua-dua model ini.Sekiranya kita meneliti Model Dreikurs, ianya bertujuan untuk membantu guru agar dapat mengenal pasti punca salah laku murid melalui motif-motif yang telah diutarakan agar murid dapat dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.Berbeza dengan Model Kounin, ianya bertujuan untuk membantu guru agar mampu menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin. Dalam model Dreikurs, terdapat beberapa motif-motif yang boleh dikenal pasti melalui tinggkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid yang bercakap semasa guru mengajar atau mengganggu rakannya ketika guru mengajar mungkin sahaja mempunyai motif untuk mendapat perhatian guru.Selain itu, murid yang melanggar peraturan bilik darjah, degil serta tidak memberikan kerjasama mungkin mempunyai motif untuk mencabar kuasa guru disebabkan murid berasa tertekan kerana guru lebih bersifat autokaratik.Setelah guru mengenal pasti punca salah laku yang ditunjukkan, guru dapat membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.Sebagai contoh, ketika murid bercakap bersama rakannya, guru mampu menegur mereka dan menjelaskan bahawa mereka tidak sepatutnya bercakap semasa guru sedang mengajar.Guru juga dapat menasihati mereka agar mereka dapat memahami akibat daripada perbuatan mereka. Contohnya, guru mampu memberitahu murid bahawa sekiranya mereka berbuat bising semasa guru mengajar, mereka akan ketinggalan pelajaran atau tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, bercakap semasa guru mengajar akan mengganggu rakan yang lain yang ingin belajar.
  • 3. Berbeza dengan Model Kounin, ianya lebih ingin guru terlebih dahulu mengawal setiap perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan sentiasa peka dan sedar terhadap pergerakan dan keadaan yang berlaku di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga mampu menjangka masalah yang timbul serta dapat menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius. Contohnya, semasa guru membahagi-bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, terdapat murid yang bergaduh dalam kumpulannya. Sebelum keadaan itu menjadi lebih serius, guru telah mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua murid tersebut kepada kumpulan yang berbeza bagi mengelakkan keadaan menjadi serius. Tujuan Dreikurs yang seterusnya adalah membolehkan guru untuk membawa murid berbincang terhadap masalah yang mereka hadapi.Hal ini bertujuan bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik.Ini bermaksud guru untuk mengambil kira perasaan murid- murid agar rasa dipunyai.Guru juga dapat bertolak ansur denganmuridserta tidak mengenakan semua keputusan kepada murid tetapi murid diberi peluang dan ruang untuk memberikan pandangan mereka.Contohhnyasekiranya terdapat murid yang melakukan tingkah laku yang tidak baik, guru mampu membawa murid-murid berbincang dan memberi ruang kepada mereka meluahkan perasaan mereka sebab mereka bertindak demikian. Contohnya, terdapat murid yang mengetuk-ngetuk meja semasa guru mengajar. Guru boleh memanggil murid tersebut dan bertanya sebab dia melakukan tindakan yang sedemikian. Mungkin murid tersebut ingin mendapat perhatian guru dan guru perlu memberitahu murid tersebut bahawa ianya hanya akan mengundang kemarahan guru dan menganggu rakan-rakan yang lain. Berbanding dengan model Kounin, model ini tidak seperti model Dreikurs yang membawa murid untuk berbincang mengenai masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan tetapi bertujuan untuk menggalakkan guru untuk lebih bersifat tegas dan serius semasa memberikan teguran. Semasa murid melakukan salah laku, guru akan terus memarahi murid agar murid dapat melihat bahawa guru memberikan arahan yang tegas untuk dipatuhi. Dalam model Kounin, beliau menyarankan bahawa guru perlu memberikan teguran yang jelas, tegas dan serius. Selain itu, guru disarankan untuk menggunakan Kesan Gelombang atau Ripple Effect ketika memberi teguran dan mengenakan tindakan disiplin kepada murid yang bermasalah. Kesan Gelombang bermaksud semasa guru memberikan teguran kepada murid yang melakukan salah laku, secara tidak langsung, murid-murid yang lain akan mengambil iktibar daripada tindakan tersebut. Hal ini membolehkan guru untuk mengurus disiplin bilik darjah secara lebih berkesan.
  • 4. Dalam model Dreikurs juga, ianya turut bertujuan untuk menyedarkan guru agar tidak menjalankan dendaan bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang salah. Hal ini berbeza dengan model Kounin. Kouninmenyarankan guru untuk menjalankan akibat sekiranya murid tersebut masih melakukan kesalahan.Bagi Dreikurs, beliau tidak menggalakkan guru untuk memberikan hukuman kerana ianya hanya akan membuatkan murid bertindak untuk membalas dendam sama ada melakukan salah laku yang lebih serius seperti melakukan vandalism, atau sengaja mencari gaduh dengan murid yang lain. Selain itu, ada juga yang akan membalas dendam secara pasif iaitu dengan memencilkan diri, tidak mengambil perhatian guru semasa mengajar dan bersifat degil. Berbeza dengan model yang diperkenalkan oleh Kounin, beliau menyarankan agar guru dapat menjalankan akibat yang telah dinyatakan oleh guru sekiranya masih melakukan kesalahan. Contohnya guru telah menegur seorang murid yang telah berbuat bising dan menegaskan bahawa sekiranya dia membuat bising dia akan didenda. Sekiranya dia masih berbuat bising, guru akan melakukan tindakan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Model Dreikurs juga bertujuan untuk membantu guru agar mampu melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan melatih dan membimbing murid dengan cara mengingatkan mereka agar mereka mampu memahami serta dapat mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik darjah. Manakala model Kounin pula bertujuan untuk membantu guru agar menggunakan momentum ketika ingin memulakan pengajaran dan pembelajaran. Momentum merupakan keadaan di mana guru mampu memulakan pengajaran yang menarik sehingga mampu menarik perhatian murid seterusnya mampu melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan serta dapat menyimpulkan pengajaran pada hari tersebut dengan berkesan. Kesimpulannya, kedua-dua tujuan bagi model ini mempunyai perbezaan yang amat ketara.Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini adalah untuk membantu guru agar mampu mengurus atau menangani masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.
  • 5. Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan Kounin Model Dreikurs Kounin Pelaksanaan 1) Kenal pasti motif murid. 2) Bantu murid memahami motif tersebut. 3) Bantu murid tukar matlamat yang salah kepada matlamat sebenar. 4) Bimbing murid bertanggungjawab keatas matlamat baru. 5) Bantu murid melihat akibat disebalik tingkahlakunya. 1) Guru tidak memberikan penerangan secara meleret dan fragmentasi. 2) Guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti- aktiviti kumpulan. 3) Ambil perhatian murid sepenuhnya sebelum memberi arahan atau membuat penerangan. (Momentum guru) Jadual: Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan model Kounin Pelaksanaan Model Dreikurs Dreikurs juga turut menerangkan cara-cara bagi menangani murid yang mempunyai motif yang salah.Yang pertama sekali adalah guru perlu mengenal pasti motif yang ingin ditunjukkan oleh murid.Berdasarkan keempat-empat motif yang diutarakan oleh Dreikurs, guru sudah mampu mengenal pasti motif murid berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Contohnya, terdapat murid yang sengaja ingin membangkitkan kemarahan guru dengan cara mengetuk-ngetuk meja atau bercakap-cakap dengan rakan yang lain semasa guru sedang mengajar kerana ingin mendapatkan perhatian. Selain itu, terdapat juga murid yang enggan menyempurnakan tugas yang diberikan dan sengaja meninggalkan buku atau memberikan alasan yang banyak kerana ingin mencabar kuasa guru. Di samping itu, terdapat juga murid yang menunjukkan tingkah laku dengan membalas dendam melalui cara seperti mencuri, bergaduh atau merosakkan harta benda sekolah kerana murid berasa tidak diberikan layanan yang adil. Manakala murid yang sentiasa mengasingkan diri dan tidak ingin bekerjasama dengan rakan-rakan yang lainatau tidak mengambil bahagian dalam aktiviti adalah kerana murid tersebut bertindak ingin menunjukkan kekurangannya.
  • 6. Setelah guru sudah mampu mengenal pasti motif yang yang ingin ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid untuk memahami motif yang ditunjukkan oleh mereka.Sekiranya mereka berkelakuan yang tidak baik, guru perlu memanggil murid tersebut dan berbincang dengan bertanya sebab dia berkelakuan sedemikian. Cara ini merupakan cara yang terbaik bagi guru agar murid dapat meluahkan alasan mereka berbuat demikian. Mungkin sahaja murid tersebut gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah kemudian menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Contohnya, Abu ingin mendapatkan perhatian guru dengan mengetuk-getuk meja semasa proses pengajaran Sebagai seorang guru, Abu perlu diberitahu bahawa tindakannya itu adalah salah kerana ianya hanya akan mengganggu proses pengajaran guru dan akan mengundang kemarahan guru. Sekiranya dia ingin mendapatkan perhatian, biarlah tindakan yang dilakukan itu mampu membolehkan guru untuk memuji serta memberikan dorongan kepadanya seperti menjawab soalan guru atau menyiapkan kerja rumah. Selepas murid sudah memahami motif yang telah ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid menukar matlamat yang salah kepada matlamat yang sebenar. Contohnya, murid yang ingin mendapatkan perhatian guru boleh menggunakan cara lain yang betul serta dapat meyenangkan hati guru seperti menjawab soalan guru dengan betul atau memperolehi markah yang baik dalam kuiz Matematik atau subjek yang lain. Setelah murid telah menukar matlamat, guru perlu memberi galakan dan bimbingan kepada murid-murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baru yang telah dipilih. Contohnya, tingkah laku untuk mendapatkan perhatian yang ditunjukkan oleh Ali telah berubah kepada cara yang lebih baik iaitu dia mampu menjawab kuiz Matematik jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Dengan itu, guru boleh memberikan galakan dan motivasi kepada Ali agar dia lebih bermotivasi untuk memperolehi markah yang lebih baik lagi daripada yang sebelumnya seperti “ Syabas Ali, markah dalam kuiz Matematik kamu pada kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Teruskan lagi usaha kamu”. Melalui cara ini, Ali sudah pasti berasa gembira kerana guru memberikan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berusaha. Pelaksanaan yang terakhir adalah guru juga perlu membantu murid melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.Akibat tersebut haruslah mampu diterima dan difahami oleh murid dan mampu memberi manfaat kepada orang-orang disekelilingnya. Contohnya, Ali dapat melihat dan memahami bahawa tingkah lakunya yang tidak baik sebelum ini hanya
  • 7. akanmenganggu rakannya yang lain dan mengundang kemarahan guru. Sebaliknya, sekiranya dia berkelakuaan baik dan memenuhi keinginan guru, sudah pasti sikapnya akan disukai oleh gurudan rakan-rakan-rakannya. Malah bukan itu sahaja, rakan-rakannya yang lain juga akan mencontohi sikapnya yang baik serta mendengar arahan guru. Pelaksanaan Model Kounin Sementara Dreikurs lebih menekankan guru untuk mengenal pasti motif yang ditunjukkan oleh murid, manakala Kounin pula lebih menekankan sifat dan kobolehan guru itu sendiri dalam menguruskan bilik darjah.Menurut Kounin, kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu dalam menguruskan bilik darjah yang baik. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan kelancaran dalam menguruskan bilik darjah.Langkah yang pertama adalah guru harus mengelakkan dengan memberikan penerangan yang meleret atau fragmentasi kepada murid.Penerangan yang meleret bermaksud guru mengulang kembali pengajaran walaupun murid sudah memahaminya. Kounin tidak menggalakkan guru melakukan fragmentasi iaitu memecahkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada beberapa bahagian-bahagian kecil sedangkan aktiviti tersebut peru dijalankan secara menyeluruh. Oleh itu, guru perlu mengelakkan daripada memberikan penerangan yang meleret dan fragmentasi agar murid tidak akan cepat berasa bosan. Langkah yang kedua adalah guru perlu memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan melibatkan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Guru perlu memastikan murid terlibat dalam segala aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru perlu bijak dalam merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan pada hari itu agar guru mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti yang telah dirancang seperti memanggil murid untuk bersoal jawab, membuat demonstrasi dan memberikan penerangan. Aktiviti-aktiviti ini lebih kepada berpusatkan murid dan sangat berkesan agar murid mampu melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah yang seterusnya adalah momentum guru yang merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pengajaran dengan cekap serta mampu membuat kesimpulan dengan berkesan bagi penutup pelajaran pada hari itu.Oleh itu, guru perlu bijak dan boleh berfikir secara kreatif dalam merancang segala aktiviti yang
  • 8. berkaitandan mampu untuk menarik perhatian murid.Oleh itu, guru perlu mengambil kira aspek minat dan kebolehan murid agar murid mampu melibatkan diri dengan aktiviti yang dirancang.Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan murid daripada melakukan salah laku kerana berminat melakukan aktiviti yang dilaksanakan.