SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ 
KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR 
Siti Fatimah Binti Dzulkifli 
siti.fatimah@kkselayang.edu.my 
Kolej Komuniti Selayang 
ABSTRAK 
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap proses 
pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian. 
Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif yang merupakan bentuk penyelidikan yang 
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena tertentu secara mendalam dengan 
merujuk kepada suatu format penghuraian yang tertentu secara rasional. Populasi kajian 
adalah semua pelajar Fesyen dan Pakaian manakala sampel dipilih melibatkan 15 orang 
pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti ( Modular) Fesyen dan Pakaian. Metadologi 
kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan menggunakan instrument soal selidik 
dan dianalis menggunakan perisian SPSS berdasarkan proses pengajaran dan 
pembelajaran yang sedang berjalan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Elemen-elemen 
yang dikaji adalah kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang, 
interaksi pensyarah, teknik pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, teknik 
penilaian dan peperiksaaan, penyediaan peralatan dan bahan, kemudahan bengkel bilik 
kuliah dan kemudahan lain, serta kebersihan ruang pembelajaran. Hasil analisis kajian, 
tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 3.69. Dapatan 
kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti 
Selayang terutama Program Fesyen dan Pakaian bagi meningkatkan lagi kualiti 
pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar. 
Kata Kunci 
Kepuasan pelajar, analisis, elemen, skor
1.0 PENGENALAN 
Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan 
pembangunan sesebuah negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan 
Malaysia 100 peratus negara maju. Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan di negara 
kita berubah dengan lebih giat sebab itu ia dipanggil transformasi supaya modal insan 
yang kita lahirkan mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. 
Perubahan kecemerlangan pelajar bermula dari suasana persekitaran di tempat 
belajar yang baik, selesa dan berkualiti. Ruang persekitaran pembelajaran yang 
memenuhi keperluan seseorang pelajar adalah salah satu faktor kejayaan sesebuah 
institusi pendidikan dan mendorong kepuasan belajar yang utama. Sesebuah institusi 
perlu mengutamakan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap serta 
tahap kualitinya perlu dikekalkan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelajar pada 
dasarnya. 
Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah 
institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian, dengan kehendak tersendiri yang 
perlu dipenuhi. Mereka mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan 
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 
Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja di 
semua industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar bertindak sebagai 
pelanggan kepada sesebuah institusi mempunyai kehendak masing-masing perlu 
dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi. 
Kepuasan pelanggan merupakan kunci kepada sesebuah perniagaan (Mustafa et al, 
2007) yang mana kepuasan dalam penerimaan sesebuah perkhidmatan akan dinilai oleh 
pelanggan. Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung, kepuasan 
pelanggan terhadap kualiti pendidikan di institusi tersebut harusnya mencapai suatu 
tahap yang memuaskan.
Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009) kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur 
dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh 
pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh 
kerana itu, penilaian pelanggan terhadap kualiti terhadap pengajian tinggi adalah 
secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya 
tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. 
Oleh yang demikian, pelajar berhak untuk memperolehi pendidikan yang 
berkualiti, adalah menjadi kewajipan fakulti atau pusat pengajian menjamin kualiti kursus 
dan program yang ditawarkan. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk 
mengkaji hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan 
pelajar (Guolla, 1999). Oleh itu, dirasakan perlunya satu kajian dijalankan untuk meninjau 
impak kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan pelajar sepanjang 
mereka mengikuti program pengajian tertentu. 
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH 
Pada masa kini kehidupan yang serba canggih menjadikan manusia menginginkan 
kepuasan yang lebih dalam hidup mereka. Kepuasan dari segi kualiti adalah kepuasan 
hidup yang sangat diidamkan pada masa kini. Maka wujud pelbagai instrumen 
pengukuran bagi mengukur kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan 
(Ramli, Chai dan Idris 2009). 
Antara instrumen yang digunapakai termasuklah SERVQUAL dan SERVPERF. 
Pengukuran SERVQUAL telah dibangunkan oleh Parasuraman, Berry, dan Zeithaml 
pada tahun 1988 bagi mengukur persepsi kualiti perkhidmatan dalam bidang 
pemasaran dan kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam bidang lain. 
SERVQUAL berfungsi utuk mengenalpasti jurang potensi antara jangkaan dan 
persepsi kedua-dua dalaman dan luaran penyampaian perkhidmatan. Ia membantu 
pembekal perkhidmatan untuk memahami jangkaan dan persepsi pelanggan terhadap
perkhidmatan yang diberikan serta penilaian kualiti yang berterusan (Booth, 2003). 
Bagi menjamin perkhidmatan yang disediakan mendapat tahap kepuasan yang tinggi dan 
berkualiti maka perlulah ada beberapa kaedah pengukuran dalam menentukan tahap 
kepuasan tersebut. Fokus utama kepuasan perkhidmatan yang dikaji ialah terhadap 
pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar di Kolej Komuniti Selayang, 
Selangor. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang ialah Sijil Kulinari, 
Sijil Pastri, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Animasi, dan Sijil Fesyen Pakaian. Sasaran 
Kajian adalah terhadap seramai 15 orang pelajar semester akhir Sijil Fesyen Pakaian. 
3.0 PENYATAAN MASALAH 
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, latar belakang masalah yang telah dihuraikan 
menunjukkan terdapat beberapa kekurangan dari segi kepuasan pelajar – pelajar Sijil 
Fesyen dan Pakaian terhadap perkhidmatan pengajaran yang pembelajaran yang 
disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Selayang, Selangor 
Kajian mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan 
pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) dilakukan kerana belum pernah ada kajian 
seumpama ini bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Maka kajian seumpama ini dibuat 
untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap elemen kepuasan pelajar 
berkaitan penilaian keatas diri sendiri, interaksi pensyarah bersama pelajar, bimbingan 
pensyarah terhadap pelajar di kelas, juga dari segi teknik penilaian dan peperiksaan yang 
dilakukan, penyediaan keperluan peralatan dan bahan. 
4.0 OBJEKTIF 
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambran sejauh manakah 
kepuasan pelajar-pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan 
Pakaian. Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah : 
I. Menentukan tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri
II. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan 
pelajar 
III. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah 
serta pengunaan alat bantu mengajar 
IV. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan 
V. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap peralatan bahan yang 
disediakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran 
VI. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, 
bilik kuliah dan lain lain kemudahan 
VII. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang 
pembelajaran 
5.0 METADOLOGI KAJIAN 
Metadologi kajian yang digunakan ialah jenis kajian berbentuk deskriptif. Kajian 
deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang 
berlaku. Kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu meninjau tahap kepuasan pelajar 
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Fesyen dan Pakaian di Kolej 
Komuniti Selayang. Menurut Sabitha Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat 
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang 
dapat menjawap persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson (2006) juga menyatakan 
ianya juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu dengan harapan 
mendedahkan hal hal yang benar. 
Sampel kajian ialah terdiri daripada pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti 
(Modular) Fesyen dan Pakaian di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran. 
Sebanyak 15 borang soal selidik diedarkan dan telah dijawab sepenuhnya soal selidik 
tersebut. Pemilihan terhadap pelajar- pelajar tersebut kerana pelajar tersebut telah 
mengikuti melengkapkan kesemua 4 modul yang ditawarkan dalam Sijil Fesyen Pakaian 
(SFP 522) selama 2 tahun.
Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian social, maka jenis instrumen kajian yang 
dipilih adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Soal selidik 
mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat responden dan 
bahagian B mengandungi item untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhdapa 
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang fesyen pakaian. 
Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan ini. Ini 
kerana Skala Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum balas yang berat sebelah. 
Skala akan diberikan bermula daripada no 1 hingga no 5. Perincian skala tersebut seperti 
dalam Jadual 1. 
Skala Tafsiran 
1 Lemah 
2 Kurang memuaskan 
3 Sederhana 
4 Baik 
5 Cemerlang 
Jadual 1: Skala Likert 
Skala pengukuran skor min dirujuk berdasarkan interpretasi skor min bagi Skala 
Likert seperti jadual 2. 
Skor Min Tahap Kecenderungan 
1.00 – 2.33 Rendah 
2.34 – 3.67 Sederhana 
3.68 – 5.00 Tinggi 
Jadual 2 : Tahap Kecenderungan Skor Min 
(Sumber : Landell, 1977)
Sekiranya item yang dianalisis berada pada julat 1.00-2.33, ini menunjukkan tahap 
kepuasan pelajar berasa pada tahap yang rendah. Keputusan sederhana pula 
merangkumi skor min antara 2.34-3.67. Manakala skor min 3.68-5.00 pula menunjukkan 
tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti 
Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang 
6.0 Dapatan Kajian 
Hasil daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap 
pembelajaran dan pengajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej 
Komuniti Selayang berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min ialah 3.69. 
Jadual 3 menunjukkan skor min yang diperolehi mengikut elemen penilaian yang dikaji. 
No Item Min Tahap 
1 Kepuasan diri 3.93 Tinggi 
2 Teknik pengajaran pensyarah 3.93 Tinggi 
3 Interaksi pensyarah terhadap pelajar 3.86 Tinggi 
4 Pengunaan alat bantu mengajar 3.66 Sederhana 
5 Sistem penilaian dan peperiksaan 3.66 Sederhana 
6 Peralatan bahan yang disediakan 3.20 Sederhana 
7 Kemudahan bengkel fesyen 3.66 Sederhana 
8 Kemudahan bilik kuliah 3.60 Sederhana 
9 Kemudahan lain 3.53 Sederhana 
10 Kebersihan ruang pembelajaran 3.86 Tinggi 
Nilai Keseluruhan 3.69 Tinggi 
Jadual 3 : Analisis Keseluruhan Kajian
7.0 PERBINCANGAN 
7.1 Persoalan kajian 1 
“Apakah tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri belajar di Kolej Komuniti 
Selayang?” 
Secara keseluruhan bagi tahap kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang 
bagi Sijil Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang 
berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.93 berbanding 5.00. Ini menunjukkan pelajar 
berpuas hati kerana telah dapat menyambung pelajaran mereka di sebuah instusi 
pengajian tinggi awam seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan 
pelajaran di peringkat seterusnya. 
7.2 Persoalan Kajian 2 
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar” 
Bagi persoalan kajian kedua, menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi 
bersama pensyarah pada tahap tinggi. Dapatlah disimpulkan bahawa pensyarah di Kolej 
Komunti Selayang mahir berinteraksi dengan pelajar mengikut peringkat usia juga 
pensyarah dapat meluangkan masa berinteraksi dengan pelajar di luar waktu P&P bagi 
menjawap segala permasalahan yang pelajar alami. 
7.3 Persoalan Kajian 3 
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta 
pengunaan alat bantu mengajar?” 
Secara keseluruhannya teknik pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah fesyen di Kolej 
Komuniti Selayang berada pada tahap tinggi kerana mereka lebih memberi kebebasan 
kepada pelajar dalam soal ini.Ini merangkumi aspek kebebasan dalam berkarya semasa 
melakukan tugasan. Walau bagaimana pun dari segi penggunaan alat bantu mengajar 
tahap kepuasan pelajar masih di tahap sederhana oleh kerana kurangnya pendedahan 
penggunaan ICT dalam pengajaran kepada pelajar, ini juga mungkin disebabkan subjek 
fesyen adalah kebanyakan nya menjalankan aktiviti amali menggunakan mesin jahit.
7.4 Persoalan Kajian 4 
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan?” 
Keseluruhannya bagi tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan adalah 
sederhana. Ini menunjukkan pelajar agak berpuas hati terhadap keputusan peperiksaan. 
Kepuasan ini merangkumi aspek penilaian berterusan dan juga aspek penilaian akhir 
yang di lakukan. 
7.5 Persoalan Kajian 5 
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah 
dan lain lain kemudahan?” 
Hasil dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji telah menentukan tahap kepuasan pelajar 
terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan. Secara 
keseluruhannya, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik 
kuliah dan lain lain kemudahan berada pada tahap sederhana semuanya. Bagi 
kemudahan bengkel keputusan skor min ialah 3.66, diikuti dengan kemudahan bilik kuliah 
3.60 manakala kemudahan lain di Kolej Komuniti Selayang pada skor min 3.53. 
Kepuasan ini merangkumi kemudahan mesin jahit yang disediakan di bengkel fesyen, 
kemudahan kerusi yang selesa bagi penggunaan bilik kuliah dan juga kemudahan lain 
seperti tandas, surau, perpustakaan dan sebagainya. 
7.6 Persoalan Kajian 6 
“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran?” 
Bagi persoalan kajian keenam, dapatlah disimpulkan bahawa tahap kepuasan pelajar 
terhadap kebersihan ruang pembelajaran berada pada tahap tinggi. Kebersihan ruang 
pembelajaran ini merangkumi kebersihan persekitaran kolej, kebersihan bengkel dan bilik 
kuliah, kebersihan cafeteria, kebersihan surau dan juga kebersihan tandas di Kolej 
Komuniti Selayang.
8.0 KESIMPULAN 
Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap 
pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian 
berada pada tahap tinggi. Majoriti pelajar berpuas hati terhadap pengajaran dan 
pembelajaran yang telah dijalankan. Namun begitu mutu pengajaran dan pembelajaran 
haruslah ditingkatkan ke skor min yang tinggi oleh kerana hasil nilai keseluruhan skor min 
adalah 3.69 adalah sangat hampir dengan nilai keseluruhan skor min sederhana iaitu 
3.67. Selain itu mutu pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditingkatkan kerana 
kepuasan pengguna merupakan satu elemen terpenting dalam menentukan kualiti 
perkhidmatan yang disediakan oleh sesbuah organisasi. 
Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah untuk 
memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya kepuasan belajar 
dapat ditingkatkan sekaligus dapat memperbaiki mutu dan prestasi pelajar di Kolej 
Komuniti Selayang. 
Sebagai usaha meningkatkan tahap kepuasan pelajar, pihak pengurusan 
terutama Program Fesyen dan Pakaian perlu bekerjasama dalam memastikan kepuasan 
pelajar dipenuhi. Sekiranya kepuasan pelajar ini dipandang remeh oleh pihak 
pengurusan, maka pelbagai impak negetif yang akan berlaku dan akan merosakkan 
organisasi.
RUJUKAN 
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din Mohamad 
Harun. Panduan Latihan Mengajar ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 
Mee , Lee Shok. Pedagogi IV: Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur 
: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 1990 
Mohd Zahari Ismail. Tahap Kepuasan Bekerja Di Politeknik, Kementerian Pengajian 
Tinggi Malaysia. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. 
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka 
Hill, F.M (1995). Managing service quality in higher education: the role of the student as 
primary consumer. Quality Assurance in Education 3(3) : 10-21. 
Haslinda Abu Bakar, Kolej Islam Johor & Hamdan Said, Universiti Teknologi Malaysia. 
Kepuasan Pelajar Pasca Ijazah Terhadap Fakulti Pendidikan Utm
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/09/pendidikan-penting-dalam-pembangunan- 
negara/#ixzz3G24hLV6B

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Pensil Dan Pemadam
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohlnsmm
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiSITIAISYAHMOHDAKAHSA
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.pptPalaganeshNaidu
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 

La actualidad más candente (20)

Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAHKERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasiKaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
Kaedah penyelidikan rekabentuk kajian korelasi
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 

Destacado

Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMNuraini Ismail
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

Destacado (16)

Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar a TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...ahmadsobri11
 
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekTahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekNurul Ijad
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminargieyahya
 
Jaminan kualiti
Jaminan kualitiJaminan kualiti
Jaminan kualitichteong
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalGary Chew
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...syahrul225248
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...nurulliyana28
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkhambadah
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahnathanheman
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 

Similar a TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR (20)

Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
1911
19111911
1911
 
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendekTahap kepuasan peserta kursus pendek
Tahap kepuasan peserta kursus pendek
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 
Jaminan kualiti
Jaminan kualitiJaminan kualiti
Jaminan kualiti
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Pelanstrategikskbandarbarubangi
PelanstrategikskbandarbarubangiPelanstrategikskbandarbarubangi
Pelanstrategikskbandarbarubangi
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 

Más de Siti Fatimah Dzulkifli

Penggunaan Akronim Fesyen pada Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...
Penggunaan Akronim Fesyen pada  Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...Penggunaan Akronim Fesyen pada  Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...
Penggunaan Akronim Fesyen pada Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSenireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSiti Fatimah Dzulkifli
 
Senireka Fesyen topik 1 perkembangan fesyen
Senireka Fesyen  topik 1 perkembangan fesyenSenireka Fesyen  topik 1 perkembangan fesyen
Senireka Fesyen topik 1 perkembangan fesyenSiti Fatimah Dzulkifli
 
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musangUkuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musangSiti Fatimah Dzulkifli
 
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunbaju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunSiti Fatimah Dzulkifli
 
Garment Design Textbook 4, Jacket & Vests
Garment Design Textbook 4, Jacket & VestsGarment Design Textbook 4, Jacket & Vests
Garment Design Textbook 4, Jacket & VestsSiti Fatimah Dzulkifli
 

Más de Siti Fatimah Dzulkifli (20)

Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docxDokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
 
Dokumen Inovasi Ezy Hem.docx
Dokumen Inovasi Ezy Hem.docxDokumen Inovasi Ezy Hem.docx
Dokumen Inovasi Ezy Hem.docx
 
Penggunaan Akronim Fesyen pada Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...
Penggunaan Akronim Fesyen pada  Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...Penggunaan Akronim Fesyen pada  Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...
Penggunaan Akronim Fesyen pada Komunikasi dan Penulisan di Dalam Industri Fe...
 
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSenireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
 
Senireka Fesyen topik 1 perkembangan fesyen
Senireka Fesyen  topik 1 perkembangan fesyenSenireka Fesyen  topik 1 perkembangan fesyen
Senireka Fesyen topik 1 perkembangan fesyen
 
Lengan
LenganLengan
Lengan
 
Penyudah tepi
Penyudah tepiPenyudah tepi
Penyudah tepi
 
Penghilang gelembung
Penghilang gelembungPenghilang gelembung
Penghilang gelembung
 
Kocek
KocekKocek
Kocek
 
Kancing
KancingKancing
Kancing
 
Belah
BelahBelah
Belah
 
Kelim
KelimKelim
Kelim
 
Alat dan bahan
Alat dan bahanAlat dan bahan
Alat dan bahan
 
SULAMAN MANIK
SULAMAN MANIKSULAMAN MANIK
SULAMAN MANIK
 
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musangUkuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
 
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG
BAJU KURUNG PESAK GANTUNGBAJU KURUNG PESAK GANTUNG
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG
 
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunbaju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
 
Figure Drawing For Men Fashion
Figure Drawing For Men FashionFigure Drawing For Men Fashion
Figure Drawing For Men Fashion
 
Garment Design Textbook 4, Jacket & Vests
Garment Design Textbook 4, Jacket & VestsGarment Design Textbook 4, Jacket & Vests
Garment Design Textbook 4, Jacket & Vests
 
The complete photo guide to sewing
The complete photo guide to sewing The complete photo guide to sewing
The complete photo guide to sewing
 

Último

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 

Último (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

  • 1. TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR Siti Fatimah Binti Dzulkifli siti.fatimah@kkselayang.edu.my Kolej Komuniti Selayang ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian. Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif yang merupakan bentuk penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena tertentu secara mendalam dengan merujuk kepada suatu format penghuraian yang tertentu secara rasional. Populasi kajian adalah semua pelajar Fesyen dan Pakaian manakala sampel dipilih melibatkan 15 orang pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti ( Modular) Fesyen dan Pakaian. Metadologi kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan menggunakan instrument soal selidik dan dianalis menggunakan perisian SPSS berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Elemen-elemen yang dikaji adalah kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang, interaksi pensyarah, teknik pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, teknik penilaian dan peperiksaaan, penyediaan peralatan dan bahan, kemudahan bengkel bilik kuliah dan kemudahan lain, serta kebersihan ruang pembelajaran. Hasil analisis kajian, tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 3.69. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Selayang terutama Program Fesyen dan Pakaian bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar. Kata Kunci Kepuasan pelajar, analisis, elemen, skor
  • 2. 1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia 100 peratus negara maju. Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan di negara kita berubah dengan lebih giat sebab itu ia dipanggil transformasi supaya modal insan yang kita lahirkan mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Perubahan kecemerlangan pelajar bermula dari suasana persekitaran di tempat belajar yang baik, selesa dan berkualiti. Ruang persekitaran pembelajaran yang memenuhi keperluan seseorang pelajar adalah salah satu faktor kejayaan sesebuah institusi pendidikan dan mendorong kepuasan belajar yang utama. Sesebuah institusi perlu mengutamakan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap serta tahap kualitinya perlu dikekalkan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelajar pada dasarnya. Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian, dengan kehendak tersendiri yang perlu dipenuhi. Mereka mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja di semua industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar bertindak sebagai pelanggan kepada sesebuah institusi mempunyai kehendak masing-masing perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi. Kepuasan pelanggan merupakan kunci kepada sesebuah perniagaan (Mustafa et al, 2007) yang mana kepuasan dalam penerimaan sesebuah perkhidmatan akan dinilai oleh pelanggan. Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung, kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan di institusi tersebut harusnya mencapai suatu tahap yang memuaskan.
  • 3. Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009) kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh kerana itu, penilaian pelanggan terhadap kualiti terhadap pengajian tinggi adalah secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. Oleh yang demikian, pelajar berhak untuk memperolehi pendidikan yang berkualiti, adalah menjadi kewajipan fakulti atau pusat pengajian menjamin kualiti kursus dan program yang ditawarkan. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk mengkaji hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan pelajar (Guolla, 1999). Oleh itu, dirasakan perlunya satu kajian dijalankan untuk meninjau impak kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan pelajar sepanjang mereka mengikuti program pengajian tertentu. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Pada masa kini kehidupan yang serba canggih menjadikan manusia menginginkan kepuasan yang lebih dalam hidup mereka. Kepuasan dari segi kualiti adalah kepuasan hidup yang sangat diidamkan pada masa kini. Maka wujud pelbagai instrumen pengukuran bagi mengukur kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan (Ramli, Chai dan Idris 2009). Antara instrumen yang digunapakai termasuklah SERVQUAL dan SERVPERF. Pengukuran SERVQUAL telah dibangunkan oleh Parasuraman, Berry, dan Zeithaml pada tahun 1988 bagi mengukur persepsi kualiti perkhidmatan dalam bidang pemasaran dan kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam bidang lain. SERVQUAL berfungsi utuk mengenalpasti jurang potensi antara jangkaan dan persepsi kedua-dua dalaman dan luaran penyampaian perkhidmatan. Ia membantu pembekal perkhidmatan untuk memahami jangkaan dan persepsi pelanggan terhadap
  • 4. perkhidmatan yang diberikan serta penilaian kualiti yang berterusan (Booth, 2003). Bagi menjamin perkhidmatan yang disediakan mendapat tahap kepuasan yang tinggi dan berkualiti maka perlulah ada beberapa kaedah pengukuran dalam menentukan tahap kepuasan tersebut. Fokus utama kepuasan perkhidmatan yang dikaji ialah terhadap pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang ialah Sijil Kulinari, Sijil Pastri, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Animasi, dan Sijil Fesyen Pakaian. Sasaran Kajian adalah terhadap seramai 15 orang pelajar semester akhir Sijil Fesyen Pakaian. 3.0 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, latar belakang masalah yang telah dihuraikan menunjukkan terdapat beberapa kekurangan dari segi kepuasan pelajar – pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian terhadap perkhidmatan pengajaran yang pembelajaran yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Selayang, Selangor Kajian mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) dilakukan kerana belum pernah ada kajian seumpama ini bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Maka kajian seumpama ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap elemen kepuasan pelajar berkaitan penilaian keatas diri sendiri, interaksi pensyarah bersama pelajar, bimbingan pensyarah terhadap pelajar di kelas, juga dari segi teknik penilaian dan peperiksaan yang dilakukan, penyediaan keperluan peralatan dan bahan. 4.0 OBJEKTIF Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambran sejauh manakah kepuasan pelajar-pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan Pakaian. Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah : I. Menentukan tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri
  • 5. II. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar III. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta pengunaan alat bantu mengajar IV. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan V. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap peralatan bahan yang disediakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran VI. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan VII. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran 5.0 METADOLOGI KAJIAN Metadologi kajian yang digunakan ialah jenis kajian berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang. Menurut Sabitha Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawap persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson (2006) juga menyatakan ianya juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu dengan harapan mendedahkan hal hal yang benar. Sampel kajian ialah terdiri daripada pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan Pakaian di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran. Sebanyak 15 borang soal selidik diedarkan dan telah dijawab sepenuhnya soal selidik tersebut. Pemilihan terhadap pelajar- pelajar tersebut kerana pelajar tersebut telah mengikuti melengkapkan kesemua 4 modul yang ditawarkan dalam Sijil Fesyen Pakaian (SFP 522) selama 2 tahun.
  • 6. Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian social, maka jenis instrumen kajian yang dipilih adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat responden dan bahagian B mengandungi item untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhdapa pengajaran dan pembelajaran dalam bidang fesyen pakaian. Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan ini. Ini kerana Skala Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum balas yang berat sebelah. Skala akan diberikan bermula daripada no 1 hingga no 5. Perincian skala tersebut seperti dalam Jadual 1. Skala Tafsiran 1 Lemah 2 Kurang memuaskan 3 Sederhana 4 Baik 5 Cemerlang Jadual 1: Skala Likert Skala pengukuran skor min dirujuk berdasarkan interpretasi skor min bagi Skala Likert seperti jadual 2. Skor Min Tahap Kecenderungan 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi Jadual 2 : Tahap Kecenderungan Skor Min (Sumber : Landell, 1977)
  • 7. Sekiranya item yang dianalisis berada pada julat 1.00-2.33, ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar berasa pada tahap yang rendah. Keputusan sederhana pula merangkumi skor min antara 2.34-3.67. Manakala skor min 3.68-5.00 pula menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang 6.0 Dapatan Kajian Hasil daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min ialah 3.69. Jadual 3 menunjukkan skor min yang diperolehi mengikut elemen penilaian yang dikaji. No Item Min Tahap 1 Kepuasan diri 3.93 Tinggi 2 Teknik pengajaran pensyarah 3.93 Tinggi 3 Interaksi pensyarah terhadap pelajar 3.86 Tinggi 4 Pengunaan alat bantu mengajar 3.66 Sederhana 5 Sistem penilaian dan peperiksaan 3.66 Sederhana 6 Peralatan bahan yang disediakan 3.20 Sederhana 7 Kemudahan bengkel fesyen 3.66 Sederhana 8 Kemudahan bilik kuliah 3.60 Sederhana 9 Kemudahan lain 3.53 Sederhana 10 Kebersihan ruang pembelajaran 3.86 Tinggi Nilai Keseluruhan 3.69 Tinggi Jadual 3 : Analisis Keseluruhan Kajian
  • 8. 7.0 PERBINCANGAN 7.1 Persoalan kajian 1 “Apakah tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri belajar di Kolej Komuniti Selayang?” Secara keseluruhan bagi tahap kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang bagi Sijil Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.93 berbanding 5.00. Ini menunjukkan pelajar berpuas hati kerana telah dapat menyambung pelajaran mereka di sebuah instusi pengajian tinggi awam seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya. 7.2 Persoalan Kajian 2 “Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar” Bagi persoalan kajian kedua, menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi bersama pensyarah pada tahap tinggi. Dapatlah disimpulkan bahawa pensyarah di Kolej Komunti Selayang mahir berinteraksi dengan pelajar mengikut peringkat usia juga pensyarah dapat meluangkan masa berinteraksi dengan pelajar di luar waktu P&P bagi menjawap segala permasalahan yang pelajar alami. 7.3 Persoalan Kajian 3 “Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta pengunaan alat bantu mengajar?” Secara keseluruhannya teknik pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah fesyen di Kolej Komuniti Selayang berada pada tahap tinggi kerana mereka lebih memberi kebebasan kepada pelajar dalam soal ini.Ini merangkumi aspek kebebasan dalam berkarya semasa melakukan tugasan. Walau bagaimana pun dari segi penggunaan alat bantu mengajar tahap kepuasan pelajar masih di tahap sederhana oleh kerana kurangnya pendedahan penggunaan ICT dalam pengajaran kepada pelajar, ini juga mungkin disebabkan subjek fesyen adalah kebanyakan nya menjalankan aktiviti amali menggunakan mesin jahit.
  • 9. 7.4 Persoalan Kajian 4 “Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan?” Keseluruhannya bagi tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan adalah sederhana. Ini menunjukkan pelajar agak berpuas hati terhadap keputusan peperiksaan. Kepuasan ini merangkumi aspek penilaian berterusan dan juga aspek penilaian akhir yang di lakukan. 7.5 Persoalan Kajian 5 “Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan?” Hasil dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji telah menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan berada pada tahap sederhana semuanya. Bagi kemudahan bengkel keputusan skor min ialah 3.66, diikuti dengan kemudahan bilik kuliah 3.60 manakala kemudahan lain di Kolej Komuniti Selayang pada skor min 3.53. Kepuasan ini merangkumi kemudahan mesin jahit yang disediakan di bengkel fesyen, kemudahan kerusi yang selesa bagi penggunaan bilik kuliah dan juga kemudahan lain seperti tandas, surau, perpustakaan dan sebagainya. 7.6 Persoalan Kajian 6 “Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran?” Bagi persoalan kajian keenam, dapatlah disimpulkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran berada pada tahap tinggi. Kebersihan ruang pembelajaran ini merangkumi kebersihan persekitaran kolej, kebersihan bengkel dan bilik kuliah, kebersihan cafeteria, kebersihan surau dan juga kebersihan tandas di Kolej Komuniti Selayang.
  • 10. 8.0 KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian berada pada tahap tinggi. Majoriti pelajar berpuas hati terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Namun begitu mutu pengajaran dan pembelajaran haruslah ditingkatkan ke skor min yang tinggi oleh kerana hasil nilai keseluruhan skor min adalah 3.69 adalah sangat hampir dengan nilai keseluruhan skor min sederhana iaitu 3.67. Selain itu mutu pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditingkatkan kerana kepuasan pengguna merupakan satu elemen terpenting dalam menentukan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh sesbuah organisasi. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah untuk memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya kepuasan belajar dapat ditingkatkan sekaligus dapat memperbaiki mutu dan prestasi pelajar di Kolej Komuniti Selayang. Sebagai usaha meningkatkan tahap kepuasan pelajar, pihak pengurusan terutama Program Fesyen dan Pakaian perlu bekerjasama dalam memastikan kepuasan pelajar dipenuhi. Sekiranya kepuasan pelajar ini dipandang remeh oleh pihak pengurusan, maka pelbagai impak negetif yang akan berlaku dan akan merosakkan organisasi.
  • 11. RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din Mohamad Harun. Panduan Latihan Mengajar ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 Mee , Lee Shok. Pedagogi IV: Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 1990 Mohd Zahari Ismail. Tahap Kepuasan Bekerja Di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hill, F.M (1995). Managing service quality in higher education: the role of the student as primary consumer. Quality Assurance in Education 3(3) : 10-21. Haslinda Abu Bakar, Kolej Islam Johor & Hamdan Said, Universiti Teknologi Malaysia. Kepuasan Pelajar Pasca Ijazah Terhadap Fakulti Pendidikan Utm
  • 12.