SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 8
Descargar para leer sin conexión
Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah
                       Menengah Teknik Dari Perspektif Guru
                     Yahya Bin Buntat & Lailinanita Binti Ahamad
                                 Fakulti Pendidikan
                            Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat
aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah
diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang
atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah
teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa
guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-
guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang
menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru
juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.

Katakunci : inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guru

Pendahuluan
        Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan
pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan
matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang
dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif
memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri
daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah
chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).
        Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar
bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi
muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang sama
para pendidik juga harus membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan
mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat
ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu
bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab,
beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus
dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan
membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas
sebagai pendidik yang berkesan.
        Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk
memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya
kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat
sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolah
bergantung kepada guru dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif
bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.

Penyataan Masalah
        Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kepada semua pihak sekolah
supaya melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuan
meningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan dalam
bab sorotan kajian didapati bahawa terdapat halangan bagi guru-guru untuk melaksanakan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aspek halangan yang telah dikenalpasti
adalah seperti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis latihan yang telah
diikuti oleh guru, faktor-faktor yang menjadi halangan dalam melaksanakan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran dan juga peluang atau galakan kepada guru-guru untuk
melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
        Oleh itu, satu kajian dijalankan keatas empat aspek halangan tersebut bagi mengenalpasti
punca-punca masalah yang menyebabkan sesuatu inovasi itu mengalami kesukaran serta tidak
dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

Objektif Kajian
        Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Di antara objektif kajian yang
dijalankan adalah untuk :
    1. Mengenalpasti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh
        guru-guru teknikal.
    2. Mengenalpasti jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal bagi membantu
        mereka untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
    3. Mengenalpasti faktor –faktor yang menjadi halangan guru-guru teknikal untuk
        melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    4. Mengenalpasti peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal untuk
        melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kepentingan Kajian
       Kajian ini berhasrat untuk memberi implikasi yang penting terhadap proses penggubalan
kurikulum berdasarkan pandangan penggubal dan pelaksana serta memperlihatkan faktor-faktor
yang boleh menyebabkan kesukaran yang wujud dalam pelaksanaan sesuatu inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
       Selain itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang lain seperti :
    1. Berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu
       secara adil mengenai proses penggubalan kurikulum baru berdasarkan masalah yang
       dihadapi oleh pelaksana iaitu guru.
    2. Inovasi dalam kurikulum dapat diubahsuai mengikut punca-punca masalah yang
       dikenalpasti oleh guru yang menyebabkan berlaku kesukaran dalam pelaksanaan inovasi
       dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3. Ia juga dapat menyedarkan para guru bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting
      untuk memperbaiki sistem pendidikan selari dengan kemajuan teknologi dan ekonomi
      yang pesat membangun di Negara ini.
   4. Dapat memperbaiki kelemahan guru supaya menjadi seorang pendidik yang berjaya
      melahirkan insan yang cemerlang.

Reka bentuk Kajian
        Reka bentuk kajian membimbing penyelidik kearah mendapatkan maklumat dan data
berhubung dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan dua kaedah
penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini hanya
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan khusus-khusus khas yang pernah
diikuti oleh guru-guru teknikal. Maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai item dalam
persoalan kedua. Manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul data-data yang dikaji
dengan menggunakan borang soal selidik.
        Mohd Najib ( 2003 ) menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal
selidik telah banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk
mendapatkan maklumat. Soal selidik ini mengandungi item kajian penyelidik dan lazimnya item
telah disusun secara rawak. Disamping itu, responden boleh menjawab soal selidik secara serta
merta kerana kriteria kesahan dan kebolehpercayaannya adalah tinggi.
        Fokus kajian adalah terhadap guru-guru teknikal di empat buah Sekolah Menengah
Teknik di negeri Johor. Pengumpulan maklumat daripada sampel dilakukan melalui penggunaan
borang soal selidik. Data kajian adalah berdasarkan skor-skor responden terhadap item-item yang
dikodkan semula.

Populasi Dan Sampel Kajian
       Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru-guru teknikal dari empat buah sekolah
teknik di negeri Johor. Seramai 45 orang guru teknikal telah dikenalpasti di empat buah sekolah
menengah teknik yang terlibat. Berdasarkan jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. (1970), bagi
populasi seramai 45 orang perlu mengambil sekurang-kurangnya seramai 40 orang dijadikan
sebagai sampel kajian. Jenis sampel yang digunakan adalah jenis sampel rawak mudah dimana
guru-guru teknikal yang dipilih adalah guru-guru dari jurusan teknikal yang mengajar samada
subjek pengajian kejuruteraan mekanikal, elektrik, awam atau mengajar subjek lukisan
kejuruteraan.

               Jadual 1 : Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan satu
set borang soal selidik kepada setiap responden. Syed Arabi (1992) berpendapat bahawa
pemilihan kaedah ini amat sesuai digunakan, praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Dengan
cara membuat kod, data dapat ditukar kepada simbol angka yang boleh dihitung. Dengan adanya
soal selidik ini juga penyelidik lebih yakin untuk menjalankan kajian kerana :
    1. Pengkaji dapat berhubung terus dengan responden
    2. Pengkaji berasa yakin bahawa data dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini
        adalah lebih tepat kerana responden dapat memberi tindakbalas yang baik terhadap aspek
        yang ditinjau.
    3. Soal selidik ini mudah dijawab kerana jawapan telah pun diberikan.
    4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan pengkaji.

Kajian Rintis
        Bagi memastikan keberkesanan instrumen, kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu
bagi melihatkan kepercayaan responden menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Menurut
Mohd. Majid Konting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan instrumen
pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan
yang sama atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi setara. Mohamad Najib
Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diuji
untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan seterusnya dapat mambantu untuk mencapai
objektif kajian.
        Kajian rintis adalah bertujuan untuk :
    1. Mengetahui sejauh manakah kesesuaian penggunaan instrumen kepada responden kajian
        ini. Terutamanya tertumpu kepada penggunaan istilah dan struktur ayat.
    2. Mengetahui sejauh manakah responden memahami setiap penyataan dan soalan ujian
        yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada
        penyelidik.
    3. Mengetahui sejauhmanakah responden memahami kehendak soalan.
    4. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan tentang soalan-soalan yang dibina.
        Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Setelah
disahkan kelayakan soal selidik, kajian rintis akan dilaksanakan kepada 15 orang guru yang
mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak.
        Untuk memastikan isi kandungan soalan kajian yang dibina adalah bersesuaian dan
menepati objektif kajian yang hendak dikaji, penyelidik telah menyerahkan kertas soal selidik
kepada guru yang berpengalaman untuk disemak dan mendapatkan kebolehpercayaan terhadap
instrumen kajian yang dibina.
        Untuk menguji tahap kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang dibina, penyelidik
menganalisis instrumen tersebut berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang dperolehi. Nilai pekali
(reliability coefficient) bagi setiap persoalan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : (a)
pengetahuan guru-guru teknikal tentang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah =
0.839, (b) latihan yang diperolehi guru-guru teknikal untuk membantu melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.813 (c) faktor-faktor yang menjadi halangan guru-
guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.914 dan
(d) peluang-peluang yang menggalakkan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.844
Menurut Mohd Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach diantara 0.8 hingga 1.0
menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti yang terdapat dalam
jadual 2 di bawah.

                              Jadual 2 : Pekali Alpha Cronbach




      Berdasarkan analisis yang didapati, purata nilai pekali Alpha Cronbach adalah 0.853. Ini
menunjukkan bahawa semua item kajian sesuai digunakan sebagai instrumen kajian sebenar.

Analisis Data
       Berdasarkan jadual 3 item pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
oleh guru-guru teknikal ini didapati bahawa kesemua item berada pada tahap yang tinggi iaitu
memperoleh skor min tertinggi melebihi 3.661, kecuali item kelima dan item ketujuh yang
masing-masing mempunyai skor min pada tahap sederhana iaitu 3.62 dan juga 3.45. Kedua-dua
item yang mencapai skor min pada tahap sederhana tersebut adalah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (min = 3.62) dan mengamalkan Pembelajaran Berasaskan
Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (min=3.45). Manakala purata min keseluruhan bagi
semua item pengetahuan guru terhadap inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah 4.10.

Jadual 3 : Taburan Analisis Item Pengamalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
             Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal, Mengikut Peratus (%) dan Min
Perbincangan
        Matlamat kajian ini adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji
faktor-faktor yang menjadi halangan bagi guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbincangan yang dilakukan adalah berdasarkan
kepada hasil dapatan kajian yang telah diperolehi. Ia telah dibahagikan kepada beberapa
bahagian mengikut persoalan kajian untuk memudahkan penerangan.
        Daripada dapatan kajian yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pengamalan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal berada pada tahap yang tinggi
dengan skor min sebanyak 4.10. Ini adalah kerana kesemua item kebanyakannya mendapat
persetujuan daripada responden dan memberi makna responden mengamalkan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik.
        Bagi item kesepuluh iaitu guru menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum
pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah mempunyai skor min yang paling tinggi (min =
4.48). Menurut Saipo (2001), pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa
kepada perubahan seseorang. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggung jawab untuk
memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guru
harus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi untuk
memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Kenyataan ini selari dengan pendapat
Hamdan et al. (2004) mengatakan bahawa dengan adanya penyusunan strategi terlebih dahulu
sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan membolehkan seseorang guru itu
memastikan setiap objektif pengajaran tercapai, guru lebih bersedia dengan kaedah-kaedah,
bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar dan guru juga dapat membuat jadual masa yang cukup
bagi tempoh isi pengajarannya.
        Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
Guru perlu mengamalkan budaya ilmu seperti budaya membaca, budaya berfikir dan budaya
menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini didapati dari item ke sembilan yang merupakan
skor min kedua tertinggi (min = 4.32) iaitu guru mengamalkan budaya ilmu dalam pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Sharil et al (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasi
pengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai.
        Bagi item-item lain, dikatakan responden telah bersetuju menggunakan peralatan
teknologi beserta perisian power point yang dibekalkan bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kebanyakkannya responden membina set induksi pada awal isi
pelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami terhadap tajuk yang akan
diajar. Selain itu, responden juga bersetuju mengamalkan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar serta melatih pelajar dengan kemahiran berfikir supaya pelajar berdikari
sendiri berfikir untuk mencari maklumat tanpa bantuan guru.
        Namun demikian, dapatan kajian bagi item kelima didapati bahawa responden
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yang
sederhana (min = 3.62). Rasional kepada peralihan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris
dalam subjek sains dan matematik adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap
pembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf Negara maju dan persiapan perlu diberi dari
peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
        Item ketujuh mempunyai min paling rendah (min = 3.45) iaitu responden tidak
mengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Responden dikatakan mungkin tidak faham atau kelengkapan peralatan untuk melaksanakan
PBL tidak cukup seterusnya tidak dapat mengamalkan PBL dalam pengajaran dan pembelajaran.
PBL merupakan satu inovasi dimana proses pembelajaran menggunakan kaedah ini
menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang
menggunakannya.

Rujukan
Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
Andrew Bong (2007). Penerapan Kemahiran “Employability” Di Kalangan Pensyarah Fakulti
       Pendidikan UTM dari Perspektif Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
       Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Boon Pong Ying (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri Guru. Jabatan
       Ilmu Pendidikan.
Boud & Tamblyn (1980). The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth
       Publishing Company,Inc.
Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open University Press.
Clark C.M. & Yinger R.J. (1977). Research on Teacher Thinking. Curriculum Inquiri.
Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. Utusan
       Publications and Distributions Sdn. Bhd.
Gallagher (1997). Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.
Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih.
       Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Hamizer, Baharudin & Mohamed (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan
       Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes. Maktab
       Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
       Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Krejrie, R.V and Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Education and
        Phyclogical Measurement. Bahagian Penyelidikan National Education Association.
Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif Jalan
        Peel Kuala Lumpur.
Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The Implementation Of
        Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky.
Miles, M.B. (1965). Planned Change And Organisational Health:Figure and Gound. Dalam R.O.
        Carlson, Change. Processes In The Public Schools, Oregon:The Centre For The
        Advanced Study Of Educational Administrations.
Mohamed Noor Hasan (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Memantapkan
        Pengurusan P&P. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Jasmy dan Isham Shah (2001). Persepsi Pelajar Seni Bina Terhadap Pengajaran
        Berbantu Nota Elektronik. UKM. Politeknik Port Dickson.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
        Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Mohd Yusof dan Khalijah ( 992). Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan.
        Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur @ Fakulti
        Sains Fizik dan Gunaan, UKM.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur:
        Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Saifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.
Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia,
sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.(1974). Purpose, Power and Constraints in
        The Primary School Curriculum. London:Macmillan Education.
Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
        Malaysia.
Yeo Soo Ying (2008). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
        Terhadap Kemahiran Generik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Zainal Abidin (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Universiti Putra Malaysia,
        Serdang.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedAmie Joan Juanis
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationumiefatiya
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 

La actualidad más candente (20)

Proposal disertasi
Proposal disertasiProposal disertasi
Proposal disertasi
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 

Destacado

Contoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAContoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
2013 10 10高速スタート.pdf complan jap
2013 10 10高速スタート.pdf complan jap2013 10 10高速スタート.pdf complan jap
2013 10 10高速スタート.pdf complan japArmando Sebastian
 
Heart healthy tips
Heart healthy tipsHeart healthy tips
Heart healthy tipsaahs2015
 
Portfolio part 2.2.2
Portfolio part 2.2.2Portfolio part 2.2.2
Portfolio part 2.2.2Jody88
 
Portfolio shwetha aknurguru_02
Portfolio shwetha aknurguru_02Portfolio shwetha aknurguru_02
Portfolio shwetha aknurguru_02shwethaaknur
 
2012 Talent Shortage Survey
2012 Talent Shortage Survey2012 Talent Shortage Survey
2012 Talent Shortage SurveyDan Deavel
 
Why social media?
Why social media?Why social media?
Why social media?Chris Tromp
 
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.Paula (פולה) Siton (סיטון)
 
Big Data Energy Management for Big Buildings
Big Data Energy Management for Big BuildingsBig Data Energy Management for Big Buildings
Big Data Energy Management for Big BuildingskWantera, Inc.
 
Outline Presentation Draft
Outline Presentation DraftOutline Presentation Draft
Outline Presentation DraftMCHLSLBR
 
Outline presentationthesis1v09
Outline presentationthesis1v09Outline presentationthesis1v09
Outline presentationthesis1v09MCHLSLBR
 
conexion-ordenador-movil-presentacion
conexion-ordenador-movil-presentacionconexion-ordenador-movil-presentacion
conexion-ordenador-movil-presentacionnurisandi
 
San diego meetup
San diego meetupSan diego meetup
San diego meetupMarty Kagan
 

Destacado (20)

Contoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAContoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PA
 
2013 10 10高速スタート.pdf complan jap
2013 10 10高速スタート.pdf complan jap2013 10 10高速スタート.pdf complan jap
2013 10 10高速スタート.pdf complan jap
 
Heart healthy tips
Heart healthy tipsHeart healthy tips
Heart healthy tips
 
Glimpses of 2011
Glimpses of 2011Glimpses of 2011
Glimpses of 2011
 
Companies: a few basic concepts
Companies: a few basic conceptsCompanies: a few basic concepts
Companies: a few basic concepts
 
Portfolio part 2.2.2
Portfolio part 2.2.2Portfolio part 2.2.2
Portfolio part 2.2.2
 
Portfolio shwetha aknurguru_02
Portfolio shwetha aknurguru_02Portfolio shwetha aknurguru_02
Portfolio shwetha aknurguru_02
 
2012 Talent Shortage Survey
2012 Talent Shortage Survey2012 Talent Shortage Survey
2012 Talent Shortage Survey
 
Why social media?
Why social media?Why social media?
Why social media?
 
Reacciones 1 bachillerato
Reacciones 1 bachilleratoReacciones 1 bachillerato
Reacciones 1 bachillerato
 
Autocadpuntos 160224021354 (1)
Autocadpuntos 160224021354 (1)Autocadpuntos 160224021354 (1)
Autocadpuntos 160224021354 (1)
 
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.
', הכנת פרזנטציה עסקית, טיפים למצגת עסקית אפקטיבית.
 
Presentation3
Presentation3Presentation3
Presentation3
 
Big Data Energy Management for Big Buildings
Big Data Energy Management for Big BuildingsBig Data Energy Management for Big Buildings
Big Data Energy Management for Big Buildings
 
Ripple theorem
Ripple theoremRipple theorem
Ripple theorem
 
114 646-2-pb(1)mixoma
114 646-2-pb(1)mixoma 114 646-2-pb(1)mixoma
114 646-2-pb(1)mixoma
 
Outline Presentation Draft
Outline Presentation DraftOutline Presentation Draft
Outline Presentation Draft
 
Outline presentationthesis1v09
Outline presentationthesis1v09Outline presentationthesis1v09
Outline presentationthesis1v09
 
conexion-ordenador-movil-presentacion
conexion-ordenador-movil-presentacionconexion-ordenador-movil-presentacion
conexion-ordenador-movil-presentacion
 
San diego meetup
San diego meetupSan diego meetup
San diego meetup
 

Similar a Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru

Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxanwarjuli
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Shafiqah Rashid
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolio
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolioinovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolio
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolioharjunode
 
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...Operator Warnet Vast Raha
 
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar Mandiri
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar MandiriModel Pendidikan dengan Sistem Belajar Mandiri
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar MandiriUwes Chaeruman
 
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.docBAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.docpuskominfotkr
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 
Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5asikin1
 

Similar a Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru (20)

Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docx
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolio
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolioinovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolio
inovasi pendidikan dalam pembelajaran ips berbasis portofolio
 
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa  materi hubungan a...
Peningkatan keaktifan belajar anak pada mata pelajaran ipa materi hubungan a...
 
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar Mandiri
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar MandiriModel Pendidikan dengan Sistem Belajar Mandiri
Model Pendidikan dengan Sistem Belajar Mandiri
 
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.docBAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
PPT.pptx
PPT.pptxPPT.pptx
PPT.pptx
 
Ptk aditya
Ptk adityaPtk aditya
Ptk aditya
 
Model pengajaran langsung
Model pengajaran langsungModel pengajaran langsung
Model pengajaran langsung
 
kajian tindakaku
kajian tindakakukajian tindakaku
kajian tindakaku
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5
 

Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru

  • 1. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru Yahya Bin Buntat & Lailinanita Binti Ahamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru- guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan. Katakunci : inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guru Pendahuluan Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003). Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang sama para pendidik juga harus membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai pendidik yang berkesan. Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat
  • 2. sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolah bergantung kepada guru dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif. Penyataan Masalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kepada semua pihak sekolah supaya melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan dalam bab sorotan kajian didapati bahawa terdapat halangan bagi guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aspek halangan yang telah dikenalpasti adalah seperti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru, faktor-faktor yang menjadi halangan dalam melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga peluang atau galakan kepada guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, satu kajian dijalankan keatas empat aspek halangan tersebut bagi mengenalpasti punca-punca masalah yang menyebabkan sesuatu inovasi itu mengalami kesukaran serta tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Objektif Kajian Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Di antara objektif kajian yang dijalankan adalah untuk : 1. Mengenalpasti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal. 2. Mengenalpasti jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal bagi membantu mereka untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah 3. Mengenalpasti faktor –faktor yang menjadi halangan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 4. Mengenalpasti peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan Kajian Kajian ini berhasrat untuk memberi implikasi yang penting terhadap proses penggubalan kurikulum berdasarkan pandangan penggubal dan pelaksana serta memperlihatkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kesukaran yang wujud dalam pelaksanaan sesuatu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang lain seperti : 1. Berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu secara adil mengenai proses penggubalan kurikulum baru berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelaksana iaitu guru. 2. Inovasi dalam kurikulum dapat diubahsuai mengikut punca-punca masalah yang dikenalpasti oleh guru yang menyebabkan berlaku kesukaran dalam pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • 3. 3. Ia juga dapat menyedarkan para guru bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting untuk memperbaiki sistem pendidikan selari dengan kemajuan teknologi dan ekonomi yang pesat membangun di Negara ini. 4. Dapat memperbaiki kelemahan guru supaya menjadi seorang pendidik yang berjaya melahirkan insan yang cemerlang. Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian membimbing penyelidik kearah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini hanya digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan khusus-khusus khas yang pernah diikuti oleh guru-guru teknikal. Maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai item dalam persoalan kedua. Manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul data-data yang dikaji dengan menggunakan borang soal selidik. Mohd Najib ( 2003 ) menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal selidik telah banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik ini mengandungi item kajian penyelidik dan lazimnya item telah disusun secara rawak. Disamping itu, responden boleh menjawab soal selidik secara serta merta kerana kriteria kesahan dan kebolehpercayaannya adalah tinggi. Fokus kajian adalah terhadap guru-guru teknikal di empat buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Johor. Pengumpulan maklumat daripada sampel dilakukan melalui penggunaan borang soal selidik. Data kajian adalah berdasarkan skor-skor responden terhadap item-item yang dikodkan semula. Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru-guru teknikal dari empat buah sekolah teknik di negeri Johor. Seramai 45 orang guru teknikal telah dikenalpasti di empat buah sekolah menengah teknik yang terlibat. Berdasarkan jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. (1970), bagi populasi seramai 45 orang perlu mengambil sekurang-kurangnya seramai 40 orang dijadikan sebagai sampel kajian. Jenis sampel yang digunakan adalah jenis sampel rawak mudah dimana guru-guru teknikal yang dipilih adalah guru-guru dari jurusan teknikal yang mengajar samada subjek pengajian kejuruteraan mekanikal, elektrik, awam atau mengajar subjek lukisan kejuruteraan. Jadual 1 : Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi
  • 4. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan satu set borang soal selidik kepada setiap responden. Syed Arabi (1992) berpendapat bahawa pemilihan kaedah ini amat sesuai digunakan, praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Dengan cara membuat kod, data dapat ditukar kepada simbol angka yang boleh dihitung. Dengan adanya soal selidik ini juga penyelidik lebih yakin untuk menjalankan kajian kerana : 1. Pengkaji dapat berhubung terus dengan responden 2. Pengkaji berasa yakin bahawa data dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini adalah lebih tepat kerana responden dapat memberi tindakbalas yang baik terhadap aspek yang ditinjau. 3. Soal selidik ini mudah dijawab kerana jawapan telah pun diberikan. 4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan pengkaji. Kajian Rintis Bagi memastikan keberkesanan instrumen, kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu bagi melihatkan kepercayaan responden menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Menurut Mohd. Majid Konting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi setara. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diuji untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan seterusnya dapat mambantu untuk mencapai objektif kajian. Kajian rintis adalah bertujuan untuk : 1. Mengetahui sejauh manakah kesesuaian penggunaan instrumen kepada responden kajian ini. Terutamanya tertumpu kepada penggunaan istilah dan struktur ayat. 2. Mengetahui sejauh manakah responden memahami setiap penyataan dan soalan ujian yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada penyelidik. 3. Mengetahui sejauhmanakah responden memahami kehendak soalan. 4. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan tentang soalan-soalan yang dibina. Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Setelah disahkan kelayakan soal selidik, kajian rintis akan dilaksanakan kepada 15 orang guru yang mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak. Untuk memastikan isi kandungan soalan kajian yang dibina adalah bersesuaian dan menepati objektif kajian yang hendak dikaji, penyelidik telah menyerahkan kertas soal selidik kepada guru yang berpengalaman untuk disemak dan mendapatkan kebolehpercayaan terhadap instrumen kajian yang dibina. Untuk menguji tahap kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang dibina, penyelidik menganalisis instrumen tersebut berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang dperolehi. Nilai pekali (reliability coefficient) bagi setiap persoalan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : (a) pengetahuan guru-guru teknikal tentang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.839, (b) latihan yang diperolehi guru-guru teknikal untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.813 (c) faktor-faktor yang menjadi halangan guru- guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.914 dan (d) peluang-peluang yang menggalakkan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.844
  • 5. Menurut Mohd Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach diantara 0.8 hingga 1.0 menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti yang terdapat dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2 : Pekali Alpha Cronbach Berdasarkan analisis yang didapati, purata nilai pekali Alpha Cronbach adalah 0.853. Ini menunjukkan bahawa semua item kajian sesuai digunakan sebagai instrumen kajian sebenar. Analisis Data Berdasarkan jadual 3 item pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal ini didapati bahawa kesemua item berada pada tahap yang tinggi iaitu memperoleh skor min tertinggi melebihi 3.661, kecuali item kelima dan item ketujuh yang masing-masing mempunyai skor min pada tahap sederhana iaitu 3.62 dan juga 3.45. Kedua-dua item yang mencapai skor min pada tahap sederhana tersebut adalah menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (min = 3.62) dan mengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (min=3.45). Manakala purata min keseluruhan bagi semua item pengetahuan guru terhadap inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah 4.10. Jadual 3 : Taburan Analisis Item Pengamalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal, Mengikut Peratus (%) dan Min
  • 6. Perbincangan Matlamat kajian ini adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji faktor-faktor yang menjadi halangan bagi guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbincangan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang telah diperolehi. Ia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut persoalan kajian untuk memudahkan penerangan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal berada pada tahap yang tinggi dengan skor min sebanyak 4.10. Ini adalah kerana kesemua item kebanyakannya mendapat persetujuan daripada responden dan memberi makna responden mengamalkan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik. Bagi item kesepuluh iaitu guru menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah mempunyai skor min yang paling tinggi (min = 4.48). Menurut Saipo (2001), pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa kepada perubahan seseorang. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggung jawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guru harus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Kenyataan ini selari dengan pendapat Hamdan et al. (2004) mengatakan bahawa dengan adanya penyusunan strategi terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan membolehkan seseorang guru itu memastikan setiap objektif pengajaran tercapai, guru lebih bersedia dengan kaedah-kaedah, bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar dan guru juga dapat membuat jadual masa yang cukup bagi tempoh isi pengajarannya. Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya ilmu seperti budaya membaca, budaya berfikir dan budaya menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini didapati dari item ke sembilan yang merupakan skor min kedua tertinggi (min = 4.32) iaitu guru mengamalkan budaya ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Sharil et al (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
  • 7. guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Bagi item-item lain, dikatakan responden telah bersetuju menggunakan peralatan teknologi beserta perisian power point yang dibekalkan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kebanyakkannya responden membina set induksi pada awal isi pelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami terhadap tajuk yang akan diajar. Selain itu, responden juga bersetuju mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar serta melatih pelajar dengan kemahiran berfikir supaya pelajar berdikari sendiri berfikir untuk mencari maklumat tanpa bantuan guru. Namun demikian, dapatan kajian bagi item kelima didapati bahawa responden menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yang sederhana (min = 3.62). Rasional kepada peralihan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf Negara maju dan persiapan perlu diberi dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Item ketujuh mempunyai min paling rendah (min = 3.45) iaitu responden tidak mengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden dikatakan mungkin tidak faham atau kelengkapan peralatan untuk melaksanakan PBL tidak cukup seterusnya tidak dapat mengamalkan PBL dalam pengajaran dan pembelajaran. PBL merupakan satu inovasi dimana proses pembelajaran menggunakan kaedah ini menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang menggunakannya. Rujukan Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Andrew Bong (2007). Penerapan Kemahiran “Employability” Di Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM dari Perspektif Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Boon Pong Ying (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri Guru. Jabatan Ilmu Pendidikan. Boud & Tamblyn (1980). The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth Publishing Company,Inc. Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open University Press. Clark C.M. & Yinger R.J. (1977). Research on Teacher Thinking. Curriculum Inquiri. Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. Utusan Publications and Distributions Sdn. Bhd. Gallagher (1997). Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc. Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Hamizer, Baharudin & Mohamed (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah. Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 8. Krejrie, R.V and Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Education and Phyclogical Measurement. Bahagian Penyelidikan National Education Association. Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur. Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The Implementation Of Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky. Miles, M.B. (1965). Planned Change And Organisational Health:Figure and Gound. Dalam R.O. Carlson, Change. Processes In The Public Schools, Oregon:The Centre For The Advanced Study Of Educational Administrations. Mohamed Noor Hasan (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Memantapkan Pengurusan P&P. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Jasmy dan Isham Shah (2001). Persepsi Pelajar Seni Bina Terhadap Pengajaran Berbantu Nota Elektronik. UKM. Politeknik Port Dickson. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Mohd Yusof dan Khalijah ( 992). Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur @ Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM. Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia Saifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam. Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia, sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.(1974). Purpose, Power and Constraints in The Primary School Curriculum. London:Macmillan Education. Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan Malaysia. Yeo Soo Ying (2008). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Kemahiran Generik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Zainal Abidin (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.