2. APA YANG DIBINCANGKAN
Bagaimana ahli sains sosial melihat
manusia?
Bagaimana ahli sains sosial mengkaji
masyarakat manusia?
Apakah teori utama?
a) Model teori fungsionalisme
b) Model teori konflik
3. Bagaimana ahli sains sosial melihat manusia?
- Manusia mempunyai sifat-sifat berikutnya:
- Kebolehan berfikir and membuat penakulan (think
and reason)
- Mempunyai emosi, naluri (intuition)
- Kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi dengan
manusia lain melalui bahasa dan simbol-simbol
- Berupaya memenuhi keperluan asas untuk
“survive”
4. - Keupayaan membentuk dan menggunakan alat-alat
(tools) yang boleh membantu ahli-ahli kumpulan
atau masyarakat mendapatkan sumber-sumber dari
persekitaran untuk “survive”
- Kebolehan mengeksploitasi persekitaran untuk
mendapatkan sumber-sumber terhad
- Manusia adalah “social animals” – iaitu hidup
berkumpulan (organised groups)
5. Bagaimana ahli sains sosial melihat dan memahami
kehidupan sosial (social life)?
- Manusia adalah social animals
- Ada keperluan untuk hidup secara berkumpulan
dan keperluan untuk survive
- Dalam kehidupan berkumpulan (social life), wujud
kumpulan yang bersifat formal dan informal
- Wujud budaya tertentu
- Ada proses-proses yang membentuk kehidupan
sosial -
sosialisasi, interaksi sosial, perubahan budaya,
perubahan sosial, stratifikasi sosial, kelas
sosial, mobiliti sosial, konflik sosial
6. - Dalam proses kehidupan, mewujudkan peristiwa
-peristiwa yang memperlihatkan perkembangan
atau kemerosotan kumpulan atau masyarakat
- Untuk memastikan kumpulan survive,
berusaha mendapatkan sumber-sumber terhad
- Wujud persaingan, pergantungan, konflik,
dominasi, eksploitasi, - demi untuk perkembangan
kumpulan atau masyarakat, mencapai
keseimbangan, kestabilan dan keharmonian dalam
kumpulan atau masyarakat mereka
7. Jadi, bagaimana ahli sains sosial mengkaji
masyarakat manusia?
- Jadikan masyarakat manusia sebagai bahan
kajian (subject matter)
- Boleh kaji dari segi individu (individuals)-
tingkah-laku individu, motif di sebalik
tingkah-laku, pola-pola tingkah-laku
tertentu, kesan secara langsung dan tidak
langsung dari tingkah-laku individu – e.g.
kewujudan budaya, simbol, dll
8. - Ataupun kaji dari segi kumpulan manusia
(groups)–bagaimana kumpulan diwujudkan,
beroperasi, berkembang dan survive, pola-
pola tingkah laku di kalangan ahli-ahli
kumpulan
- Kaji fenomena-fenomena sosial dan proses
-proses sosial yang wujud akibat kehidupan
berkumpulan atau kehidupan sosial – sebab
musabab
9. - Wujud teori-teori dan konsep-konsep
- Cth model teori – teori fungsionalisme,
teori konflik
- Cth konsep-konsep – masyarakat,
komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem
sosial, peranan sosial, struktur sosial,
institusi sosial, organisasi sosial, norma
sosial, nilai sosial (huraian dalam bahagian
tentang konsep-konsep asas)
10. a) Model teori fungsionalisme
- Teori fungsionalisme mengandaikan pelbagai
aspek atau bahagian dalam sesuatu masyarakat
mempunyai fungsi-fungsi tersendiri tetapi yang
saling berkait dan bergantungan untuk mencapai
keharmonian, kesepaduan, kestabilan dan
keseimbangan dalam proses perkembangan
masyarakat yang berkenaaan
- Demi mencapai keseimbangan, perubahan pada
sesuatu bahagian akan menyebabkan perubahan
pada bahagian lain.
11. - Bahagian-bahagian atau aspek dalam masyarakat
yang dimaksudkan ialah institusi-institusi sosial,
amalan-amalan dan pelbagai proses sosial
- Seperti juga teori evolusi sosial, teori
fungsionalisme menyamakan masyarakat dengan
organisme biologi – Teori fungsionalisme
menganggap masyarakat sebagai organisme biologi
yang boleh menyara dirinya dan mengekalkan
keseimbangan apabila menghadapi alam persekitaran
yang tergugat
12. -Badan manusia mempunyai pelbagai organ yang
mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang saling
bergantungan dan bekerjasama untuk memastikan
badan yang sihat.
- Dalam kontek masyarakat pula, institusi sosial,
amalan, dan proses-proses sosial mestilah
bekerjasama dan bercantum agar memenuhi
kehendak dan keperluan masyarakat berkenaan,
membantu mengekalkan struktur masyarakat dan
seterusnya menwujudkan kesimbangan dalam
masyarakat tersebut.
13. -Oleh itu, institusi sosial, amalan sosial dan
proses-proses sosial menyumbang kepada
kestabilan dan kesepaduan keseluruhan
masyarakat dan anggota-anggotanya dan
bukan kepada individu-individu tertentu
dalam masyarakat itu.
- Dua jenis fungsi yang menyebabkan proses
keseimbangan dan kesepaduan dalam
masyarakat, iaitu fungsi “manifest” dan fungsi
“latent”.
14. -Fungsi bersifat “manifest” apabila fungsinya
diketahui umum manakala fungsi latent ialah
peranan fungsi sebenar yang tidak diketahui umum
- Di akhir tahun sembilan belas enam puluhan, teori
ini dikritik kerana kelemahan-kelemahannya
- Di antara kelemahannya ialah ia terlalu
mementingkan pendekatan yang berasaskan analogi
organik atau biologi
15. -Ia juga tidak dapat menghuraikan perubahan sosial,
ketidakstabilan sosial, dan konflik dalam masyarakat
secara memuaskan kerana ia hanya mementingkan
keharmonian dan kestabilan sosial sebagai akibat
daripada kerjasama dan saling bergantungan semua
proses dan aktiviti sosial
- Di antara ahli teori sosial yang menggunakan teori
ini ialah pakar-pakar sosiologi seperti Talcott
Parsons dan Emile Durkheim.
16. b) Model teori konflik
- Teori konflik mementingkan peranan konflik
dalam proses perkembangan masyarakat.
Teori ini muncul akibat reaksi kepada teori
fungsionalisme yang tidak dapat
menerangkan perubahan dan
perkembangan masyarakat dari segi konflik
sosial
- Konflik adalah “pertentangan secara langsung
dan sedar di antara individu atau kumpulan
untuk mencapai matlamat bersama”.
17. -Jadi, unsur-unsur penting mengenai proses konflik
dalam kehidupan sosial termasuk pertentangan,
permusuhan, kekalahan dan kemenangan, kuasa
dan “interests” (atau kepentingan).
- Konflik dianggap sebagai perkara normal dalam
masyarakat yang tidak dapat dielakkan.
- Thomas Hobbes adalah salah seorang pengkaji
dan falsafah dalam sejarah sains sosial barat yang
mula-mula sekali menarik perhatian kita kepada
unsur konflik dalam perkembangan masyarakat
18. -Beliau berpendapat manusia sentiasa
berperang dan berkonflik di antara satu sama
lain (“a war of all against all”)
- Pelopor-pelopor seterusnya selepas Hobbes
yang wujud pada kurun ke lapanbelas ialah
Karl Marx
- Marx mengatakan punca konflik ialah
hubungan sosial dalam proses pengeluaran
19. - Dua kumpulan manusia yang bertentangan dalam
proses pengeluaran; iaitu kumpulan pemilik sumber-
sumber pengeluaran yang digelar “borjuis” dan
kumpulan pengeluar atau pekerja atau buruh yang
dinamakan “proletari”
- Konflik berlaku kerana borjuis mengeksploitasi
para pekerja dengan memberi upah yang tidak
selaras dengan tenaga buruh mereka manakala
pekerja membantah kerana upah yang sedikit dan
keadaan pekerjaan yang tidak memuaskan.
Contoh umum mengenai konflik di antara borjuis
dan proletariat boleh didapati dalam masyarakat kita,
walaupun gelaran-gelaran itu tidak atau jarang
digunakan dalam masyarakat kita
20. - Pada pendapat ahli-ahli pengkaji lain,
konflik adalah fenomena sosial yang penting.
Sebagai contohnya, pada abad ke dua puluh,
Lewis Coser (1956) dalam bukunya bertajuk
Functions of Social Conflict berpendapat
konflik bukan sahaja memainkan peranan
untuk memecah-belahkan susunan sosial
dalam masyarakat tetapi juga memelihara
susunan sosial yang sedia ada
21. - Konflik juga boleh memperkuatkan
organisasi sosial. Walaupun Ralf Dahrendorf
(1959) dipengaruhi oleh Karl Marx, dalam
bukunya Class dan Class Conflict in
Industrial Society, dia mengubahsuaikan idea
Marx dengan mengatakan bahawa konflik
berlaku di antara beberapa kumpulan manusia
dalam proses pengeluaran, dan bukan di
antara dua kumpulan manusia utama
sebagaimana dinyatakan oleh Marx
22. - Umpamanya, terdapat beberapa kumpulan buruh
yang dibahagikan mengikut kepakaran-kepakaran
yang berlainan. Dahrendorf berpendapat proses
konflik menjadi rumit dengan adanya pelbagai
kumpulan manusia dan mobiliti sosial, mobiliti atau
perpindahan manusia akibat pertukaran perkerjaan
- Beliau menganggap konflik sosial mempunyai dua
peranan, iaitu menyumbang kepada integrasi sistem
sosial, dan kedua membawa kepada perubahan sosial
23. APLIKASI TEORI FUNFTIONALISME DAN
TEORI KONFLIK
ISU YANG DIPILIH
PEMAHAMAN BAGAIMANA ASAS
ATAU KOMPONEN DALAM TEORI
FUNGTIONALISME – APAKAH
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERCUTIAN FAMILI
KONSEP PERCUTIAN FAMILI
24. APAKAH HUBUNGKAITAN FAKTOR
YANG MENGGALAKAN PERCUTIAN
FAMILI
MASA
BUDAYA
KEPENTINGAN GAYA HIDUP
KEWANGAN
GALAKAN KERAJAAN