SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Descargar para leer sin conexión
ANALISIS STRATEGI KAJIAN KES
i) Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid serta Rasionalnya
Berdasarkan kes yang telah dikaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, saya telah
memilih strategi membina hubungan positif guru-murid kerana saya dapati ianya
lebih berkisar tentang hubungan di antara guru dan muridnya iaitu hubungan Alia
Maisara dan cikgunya, Cikgu Anis. Dalam kes ini saya dapati tiada hubungan positif
yang wujud di antara mereka berdua. Malah hubungan interpersonal diantara
mereka juga lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. Hal
ini demikian kerana Cikgu Anis telah berpandangan negatif sejak dari awal lagi
terhadap Alia Maisara atas sikap pendiamnya. Dengan itu secara tidak langsung,
hubungan mesra di antara mereka ini tidak dapat dijalinkan akibat pandangan
negatifnya itu.
Untuk itu, saya berpendapat sekiranya terdapat murid yang mempunyai
masalah seperti Alia Maisara ini, guru haruslah mengadakan sesi kaunseling untuk
membantu mereka bagi mengatasi masalah peribadi dan seterusnya menggalakkan
mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid lain. Guru juga
harus mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid seperti
Alia Maisara ini dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkannya. Cara ini akan
dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain.
Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa sepatutnya cikgu Anis patut
bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting bagi mewujudkan hubungan
yang positif. Dengan itu, secara tidak langsung hubungan guru dengan murid yang
berkesan dapat diwujudkan dan akan dapat membantu memotivasikan Alia Maisara
tersebut supaya dapat berinteraksi dengan berkesan serta tidaklah dia berdiam diri
sahaja apabila disoal. Seharusnya gurulah yang harus bertindak dalam membina
hubungan yang baik serta teknik menyoal yang berkesan ini. Untuk mengamalkan
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah, Cikgu Anis haruslah menguasai
kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya teknik
menyoal kerana komunikasi yang berkesanlah yang membantu dalam membentuk
iklim alam belajar yang kondusif.
Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa tindakan Cikgu Anis yang
menampar Alia Maisara adalah tidak wajar belaku. Seharusnya sebagai seorang
guru kita harus mengurangkan emosi-emosi yang negatif seperti ini terhadap murid-
murid. Perasaan negatif seperti marah, , tidak puas hati dan bosan seperti yang
ditunjukkan oleh Cikgu Anis ini seharusnya dielakkan bagi mengekalkan hubungan
yang positif. Oleh yang demikian, dalam situasi ini saya berpendapat jika seseorang
murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan walaupun berkali-kali, kita
sepatutnya menilai cara penyampaian kita sama ada jelas ataupun tidak. Malah
dalam bersoal jawab juga kita haruslah peka terhadap kadar percakapan kita sama
ada sesuai ataupun tidak serta haruslah menunjukkan air muka yang berseri demi
membina hubungan yang positif di dalam kalangan guru dan murid.
Malah, saya juga berpendapat bahawa apabila murid tidak dapat menjawab
sesuatu soalan itu, guru haruslah berperanan dalam menghuraikan secara teliti
kepada murid yang kurang faham dan haruslah mengelak daripada menyindir murid
tersebut seperti apa yang dilakukan oleh Cikgu Anis. Dalam hal ini, guru juga tidak
seharusnya merungut kerana murid tidak menjalankan tugas, malah haruslah
mengenalpasti masalah atau punca berlakunya keadaan sedemikian. Tindakan guru
yang mengecil-ngecilkan usaha murid juga tidak harus wujud dalam diri seorang
guru, jika ianya wujud secara tidak langsung sikap negatif ini akan menyebabkan
muridnya hilang rasa hormat terhadapnya dan berkemungkinan nilai dan
kepercayaan murid terhadap gurunya juga akan hilang seperti apa yang berlaku
diantara Alia Maisara yang hilang rasa hormatnya terhadap cikgunya, Cikgu Anis.
Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa Cikgu Anis ini bukanlah
seorang guru yang kreatif dalam berkomunikasi, malah hanya bertindak mengikut
emosinya sahaja. Jika dia seorang guru yang keatif dan bertanggungjwab terhadap
pelajarnya, berkemungkinan besar dia akan terus mencuba dan tidak berputus asa
serta tidak akan melakukan tidakan yang negatif seperti yang dilakukan olehnya.
Seharusnya sebagai seorang guru, dalam sesi bersoal jawab, kita haruslah pandai
menyesuaikan pertanyaan kita mengikut tahap murid tersebut. Mungkin kita boleh
menggunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya murid dapat memahaminya
dengan baik tanpa keraguan.. Untuk itu, dalam menghadapi pelajar seperti Alia
Maisara ini saya berpendapat bahawa guru haruslah memainkan peranan penting
dengan mempelbagaikan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar ini
serta menunjukkan reaksi yang positif.
Seterusnya, dalam membina hubungan yang positif, guru juga perlu
berusaha untuk memahami masalah pelajarnya serta mengambil berat terhadap
mereka. Dengan adanya tindakan seperti ini secara tidak langsung membolehkan
guru memotivasikan pelajarnya supaya dapat menimbulkan minat dan perhatian
mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Proses ini
juga dapat membantu mewujudkan kemesraan di antara pelajar dan guru
seterusnya turut membantu dalam membina hubungan yang positif dalam kalangan
guru dan juga muridnya. Interaksi-interaksi seperti ini adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan proses utama bagi guru
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Oleh yang
demikian saya dapati corak interaksi guru dengan murid dalam bilik darjah amatlah
bergantung kepada jenis kepimpinan guru tersebut sama ada secara autokratik,
demokratik ataupun laissez-faire.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian kes ini, saya dapati strategi ini amat
membantu dalam mengatasi masalah pelajar seperti Alia Maisara ini. Dalam kes ini
guru yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pelajar dan masalah-
masalah yang berlaku dalam bilik darjah. Seseorang guru itu haruslah sering
mengingatkan diri masing-masing bahawa menjalinkan hubungan yang positif
dengan pelajar amatlah perlu dan membantu dalam mengekalkan suasana bilik
darjah yang kondusif. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah bersabar
dalam pembentukan hubungan positif dengan murid ini walaupun banyak
rintangannya.
ii) Perlaksanaan Strategi yang dipilih
Sebagai seorang guru kelas, saya berpendapat proses dalam menjalin dan
membina sesebuah hubungan yang positif haruslah kena pada caranya. Secara
umumnya, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid yang positif.
Pertamanya, hubungan ini perlu dibina sejak bermulanya penggal pertama
persekolahan. Sebagai seorang guru kelas, saya perlulah menarik minat murid ke
alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam
menentukan batas-batas pembelajaran. Keduanya, saya juga berpendapat sikap ini
juga perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara
murid. Saya juga akan mengurangkan emosi-emosi negatif terhadap murid dan
sentiasa menggalakkan emosi positif dalam membentuk sahsiah murid. Dengan
cara ini secara tidak langsung dapat membantu saya mengajar dengan lebih mudah
apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik.
Oleh yang demikian, langkah yang pertama yang akan saya ambil dalam
perlaksanaan strategi ini ialah, sebagai seorang guru kelas saya akan berusaha
untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama
persekolahan. Saya juga akan berusaha mengelakakan daripada memanggil murid
dengan menggunakan nombor pendaftaran atau kata ganti diri am,
contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya
‘awak yang duduk di belakang sekali...’. Saya berkeyakinan bahawa kebanyakan
murid akan berasa bangga apabila gurunya mengingati nama mereka. Situasi itu
menandakan bahawa guru ingat mereka dan mereka wujud dimata guru disamping
menunjukkan usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk mengenali murid-
muridnya. Saya berpendapat guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih
cepat mesra dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat membantu saya sebagai
guru kelas dalam mengawal tingkah laku murid. Apabila berlaku salah laku saya
bolehlah terus memanggil nama murid dan menegurnya.
Seterusnya, untuk langkah yang kedua, saya akan cuba menanamkan
semangat cintakan kelas dalam kalangan murid bagi membangkitkan motivasi
intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Saya akan cuba
menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat
yang seronok untuk menimba ilmu. Saya juga akan cuba menanamkan sifat
kepunyaan dalam diri murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang akan
dilakukan secara bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan
semangat ahli di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan cuba membimbing murid
untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka. Saya juga
akan berbincang dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian
kelas dan akan mendapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Saya
juga akan mengunakan pujian dan memberi peneguhan kepada usaha yang telah
ditunjukkan oleh mereka.
Manakala, untuk langkah ketiga pula, saya juga akan cuba melibatkan murid
dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas
dan P&P. Saya akan cuba memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk
memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan
bersama-sama membuat peraturan bilik darjah serta berbincang dalam menentukan
peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya. Selain itu, sebagai guru kelas saya
juga akan menunjukkan teladan yang baik terutamanya dari segi kuasa yang
diperuntukkan dalam pengurusan penyelesaian konflik di dalam kelas. Saya juga
akan cuba memainkan peranan dalam memberikan perhatian terahadap mereka.
Sehubungan itu, saya juga akan memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas
saya berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut.
Untuk langkah yang terakhir, saya akan lebih menumpukan kepada
mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-murid yang akan dapat
membantu saya dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid. Saya
juga akan memastikan sikap saya sebgai guru kelas ini juga akan menjadi contoh
yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang
dipersekitarannya. Saya juga akan memastikan keikhlasan dalam setiap
keprihatinan yan diberi. Dalam situasi ini, saya juga akan cuba mengelakkan diri
daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada
kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Saya akan cuba memberikan
perhatian sama rata kepada semua murid.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Task 15 Guru Permulaan
Task 15 Guru PermulaanTask 15 Guru Permulaan
Task 15 Guru Permulaanfizatuasma
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuPensil Dan Pemadam
 
27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-cantersyauqah
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
Cara Memotivasi Siswa
Cara Memotivasi SiswaCara Memotivasi Siswa
Cara Memotivasi Siswasabilal123
 
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...NURUL AZREEN
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104Mohamed Zawawi
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruAnsar Azman
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Nuraznida Nordin
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)Erica Leenya
 

La actualidad más candente (20)

Task 15 Guru Permulaan
Task 15 Guru PermulaanTask 15 Guru Permulaan
Task 15 Guru Permulaan
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
 
27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
Cara Memotivasi Siswa
Cara Memotivasi SiswaCara Memotivasi Siswa
Cara Memotivasi Siswa
 
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...
Pengurusan Grafik Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasal...
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Guru permulaan (pengajaran)
Guru permulaan (pengajaran)Guru permulaan (pengajaran)
Guru permulaan (pengajaran)
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
 
Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
 

Similar a Analisis strategi kajian kes

Budaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxBudaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxRofinaSaina
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas DedeIrawanSaputra1
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docnuunaberry
 
Pembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaPembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaUpi_raharjo
 
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdf
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdfRefleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdf
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdfSabila44
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom managementAlfonsus Sam
 
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangMendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangBerlianHerzegovina1
 
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdf
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdfMODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdf
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdfDildian Zidan
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum20080122
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaAKma Lina
 
Koneksi Antar Materi 1.4.docx
Koneksi Antar Materi 1.4.docxKoneksi Antar Materi 1.4.docx
Koneksi Antar Materi 1.4.docxRamadhan Azmabo
 

Similar a Analisis strategi kajian kes (20)

Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Budaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxBudaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptx
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
 
Pembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaPembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang Dewasa
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdf
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdfRefleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdf
Refleksi Dwi Mingguan guru penggerak 9pdf
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom management
 
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangMendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
 
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdf
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdfMODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdf
MODUL 1.4.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI.pdf
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasa
 
Koneksi Antar Materi 1.4.docx
Koneksi Antar Materi 1.4.docxKoneksi Antar Materi 1.4.docx
Koneksi Antar Materi 1.4.docx
 

Más de fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanfitri norlida
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2fitri norlida
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanfitri norlida
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasifitri norlida
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvfitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEfitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerjafitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata namafitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanfitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 

Más de fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 

Último

Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridYusnelMarni
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxrulimustiyawan37
 
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxMATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxSuarniSuarni5
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxSuGito15
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024ssuser82320b
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxFritzPieterMichaelNa
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfrizalrulloh1992
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxRestiana8
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfAdelaWintarsana2
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIwanalifhikmi
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxSuarniSuarni5
 

Último (20)

Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
 
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxMATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptxKOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
 

Analisis strategi kajian kes

  • 1. ANALISIS STRATEGI KAJIAN KES i) Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid serta Rasionalnya Berdasarkan kes yang telah dikaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, saya telah memilih strategi membina hubungan positif guru-murid kerana saya dapati ianya lebih berkisar tentang hubungan di antara guru dan muridnya iaitu hubungan Alia Maisara dan cikgunya, Cikgu Anis. Dalam kes ini saya dapati tiada hubungan positif yang wujud di antara mereka berdua. Malah hubungan interpersonal diantara mereka juga lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. Hal ini demikian kerana Cikgu Anis telah berpandangan negatif sejak dari awal lagi terhadap Alia Maisara atas sikap pendiamnya. Dengan itu secara tidak langsung, hubungan mesra di antara mereka ini tidak dapat dijalinkan akibat pandangan negatifnya itu. Untuk itu, saya berpendapat sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah seperti Alia Maisara ini, guru haruslah mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka bagi mengatasi masalah peribadi dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid lain. Guru juga harus mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid seperti Alia Maisara ini dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkannya. Cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain. Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa sepatutnya cikgu Anis patut bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting bagi mewujudkan hubungan yang positif. Dengan itu, secara tidak langsung hubungan guru dengan murid yang berkesan dapat diwujudkan dan akan dapat membantu memotivasikan Alia Maisara tersebut supaya dapat berinteraksi dengan berkesan serta tidaklah dia berdiam diri sahaja apabila disoal. Seharusnya gurulah yang harus bertindak dalam membina hubungan yang baik serta teknik menyoal yang berkesan ini. Untuk mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah, Cikgu Anis haruslah menguasai kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya teknik menyoal kerana komunikasi yang berkesanlah yang membantu dalam membentuk iklim alam belajar yang kondusif.
  • 2. Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa tindakan Cikgu Anis yang menampar Alia Maisara adalah tidak wajar belaku. Seharusnya sebagai seorang guru kita harus mengurangkan emosi-emosi yang negatif seperti ini terhadap murid- murid. Perasaan negatif seperti marah, , tidak puas hati dan bosan seperti yang ditunjukkan oleh Cikgu Anis ini seharusnya dielakkan bagi mengekalkan hubungan yang positif. Oleh yang demikian, dalam situasi ini saya berpendapat jika seseorang murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan walaupun berkali-kali, kita sepatutnya menilai cara penyampaian kita sama ada jelas ataupun tidak. Malah dalam bersoal jawab juga kita haruslah peka terhadap kadar percakapan kita sama ada sesuai ataupun tidak serta haruslah menunjukkan air muka yang berseri demi membina hubungan yang positif di dalam kalangan guru dan murid. Malah, saya juga berpendapat bahawa apabila murid tidak dapat menjawab sesuatu soalan itu, guru haruslah berperanan dalam menghuraikan secara teliti kepada murid yang kurang faham dan haruslah mengelak daripada menyindir murid tersebut seperti apa yang dilakukan oleh Cikgu Anis. Dalam hal ini, guru juga tidak seharusnya merungut kerana murid tidak menjalankan tugas, malah haruslah mengenalpasti masalah atau punca berlakunya keadaan sedemikian. Tindakan guru yang mengecil-ngecilkan usaha murid juga tidak harus wujud dalam diri seorang guru, jika ianya wujud secara tidak langsung sikap negatif ini akan menyebabkan muridnya hilang rasa hormat terhadapnya dan berkemungkinan nilai dan kepercayaan murid terhadap gurunya juga akan hilang seperti apa yang berlaku diantara Alia Maisara yang hilang rasa hormatnya terhadap cikgunya, Cikgu Anis. Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa Cikgu Anis ini bukanlah seorang guru yang kreatif dalam berkomunikasi, malah hanya bertindak mengikut emosinya sahaja. Jika dia seorang guru yang keatif dan bertanggungjwab terhadap pelajarnya, berkemungkinan besar dia akan terus mencuba dan tidak berputus asa serta tidak akan melakukan tidakan yang negatif seperti yang dilakukan olehnya. Seharusnya sebagai seorang guru, dalam sesi bersoal jawab, kita haruslah pandai menyesuaikan pertanyaan kita mengikut tahap murid tersebut. Mungkin kita boleh menggunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya murid dapat memahaminya dengan baik tanpa keraguan.. Untuk itu, dalam menghadapi pelajar seperti Alia Maisara ini saya berpendapat bahawa guru haruslah memainkan peranan penting
  • 3. dengan mempelbagaikan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar ini serta menunjukkan reaksi yang positif. Seterusnya, dalam membina hubungan yang positif, guru juga perlu berusaha untuk memahami masalah pelajarnya serta mengambil berat terhadap mereka. Dengan adanya tindakan seperti ini secara tidak langsung membolehkan guru memotivasikan pelajarnya supaya dapat menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Proses ini juga dapat membantu mewujudkan kemesraan di antara pelajar dan guru seterusnya turut membantu dalam membina hubungan yang positif dalam kalangan guru dan juga muridnya. Interaksi-interaksi seperti ini adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan proses utama bagi guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Oleh yang demikian saya dapati corak interaksi guru dengan murid dalam bilik darjah amatlah bergantung kepada jenis kepimpinan guru tersebut sama ada secara autokratik, demokratik ataupun laissez-faire. Kesimpulannya, berdasarkan kajian kes ini, saya dapati strategi ini amat membantu dalam mengatasi masalah pelajar seperti Alia Maisara ini. Dalam kes ini guru yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pelajar dan masalah- masalah yang berlaku dalam bilik darjah. Seseorang guru itu haruslah sering mengingatkan diri masing-masing bahawa menjalinkan hubungan yang positif dengan pelajar amatlah perlu dan membantu dalam mengekalkan suasana bilik darjah yang kondusif. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah bersabar dalam pembentukan hubungan positif dengan murid ini walaupun banyak rintangannya.
  • 4. ii) Perlaksanaan Strategi yang dipilih Sebagai seorang guru kelas, saya berpendapat proses dalam menjalin dan membina sesebuah hubungan yang positif haruslah kena pada caranya. Secara umumnya, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid yang positif. Pertamanya, hubungan ini perlu dibina sejak bermulanya penggal pertama persekolahan. Sebagai seorang guru kelas, saya perlulah menarik minat murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Keduanya, saya juga berpendapat sikap ini juga perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Saya juga akan mengurangkan emosi-emosi negatif terhadap murid dan sentiasa menggalakkan emosi positif dalam membentuk sahsiah murid. Dengan cara ini secara tidak langsung dapat membantu saya mengajar dengan lebih mudah apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Oleh yang demikian, langkah yang pertama yang akan saya ambil dalam perlaksanaan strategi ini ialah, sebagai seorang guru kelas saya akan berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Saya juga akan berusaha mengelakakan daripada memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau kata ganti diri am, contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya ‘awak yang duduk di belakang sekali...’. Saya berkeyakinan bahawa kebanyakan murid akan berasa bangga apabila gurunya mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan bahawa guru ingat mereka dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk mengenali murid- muridnya. Saya berpendapat guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat mesra dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat membantu saya sebagai guru kelas dalam mengawal tingkah laku murid. Apabila berlaku salah laku saya bolehlah terus memanggil nama murid dan menegurnya. Seterusnya, untuk langkah yang kedua, saya akan cuba menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid bagi membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Saya akan cuba menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat
  • 5. yang seronok untuk menimba ilmu. Saya juga akan cuba menanamkan sifat kepunyaan dalam diri murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan secara bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan cuba membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka. Saya juga akan berbincang dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas dan akan mendapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Saya juga akan mengunakan pujian dan memberi peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Manakala, untuk langkah ketiga pula, saya juga akan cuba melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan P&P. Saya akan cuba memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik darjah serta berbincang dalam menentukan peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya. Selain itu, sebagai guru kelas saya juga akan menunjukkan teladan yang baik terutamanya dari segi kuasa yang diperuntukkan dalam pengurusan penyelesaian konflik di dalam kelas. Saya juga akan cuba memainkan peranan dalam memberikan perhatian terahadap mereka. Sehubungan itu, saya juga akan memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas saya berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut. Untuk langkah yang terakhir, saya akan lebih menumpukan kepada mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-murid yang akan dapat membantu saya dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid. Saya juga akan memastikan sikap saya sebgai guru kelas ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang dipersekitarannya. Saya juga akan memastikan keikhlasan dalam setiap keprihatinan yan diberi. Dalam situasi ini, saya juga akan cuba mengelakkan diri daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Saya akan cuba memberikan perhatian sama rata kepada semua murid.