SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
TAJUK TUGASAN : 
PENTAKSIRAN AUTENTIK 
NAMA : NO. MATRIK : 
NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH M20122001381 
CHEW HOCK KIANG M20122001820 
HASLIZA BT YUNUS M20131001140 
LAU SHIAU CHING M20131001142 
NAMA PENSYARAH : 
PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR 
KPN6074 
PENTAKSIRAN AUTENTIK 
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Definisi Pentaksiran Autentik 
Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam 
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ia meliput i 
pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, 
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. 
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang 
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah 
setiap hari. 
Menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaia n 
autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam 
menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara 
berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam 
pentaksiran autentik. 
Manakala menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses 
yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi 
dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. 
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik 
Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan 
bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai 
satu alterbatif kepada ujian tradisional. 
Antara ciri-cirinya ialah: 
a) berorientasikan proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat 
meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada. 
b) Bersifat dua-hala; guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak 
persepktif diambil kira dalam pernilaian yang dijalankan.
c) Bersistematik; merujuk kepada kriteria yang ditetapkan. 
d) Bersifat autentik; berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar 
e) Bersifat ujian terbuka; lebih dinamik dan fleksibel. 
Persekitaran Pembelajaran Autentik 
Terdapat kajian menyatakan kebanyakan pengetahuan abstrak yang dipelajari oleh 
seseorang pelajar dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi tidak dapat dikaitkan 
dengan kehidupan sebenar pelajar atau memberi penyelesaian masalah konteks. Ini adalah 
kerana pendekatan yang digunakan tidak saling berkait di antara situasi dengan kognitif. 
Apabila pembelajaran dengan konteks dipisahkan, pelajar akan menganggap pengetahuan 
itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah tetapi adalah hasil daripada 
pelajarannya (J. Herrington & Oliver, 1999). 
Sehubungan dengan itu, Brown et.al (1989b) telah menekankan fokus dalam teori 
pembelajaran situasi atau juga dikenali sebagai kognisi situasi (situated cognition) dan 
telah menghasilkan satu terjemahan mengenainya. Collins mendefinisikan pembelajaran 
situasi ialah idea mempelajari pengetahuan dan kemahiran konteks yang menggambarka n 
pengetahuan dapat digunakan dengan baiknya jika dikaitkan dengan kehidupan seharian. 
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) merupakan pengajaran yang 
melibatkan situasi yang autentik yang membawa pelajar kepada situasi sebenar. 
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi 
Elemen Bagi Pembelajaran 
Menerusi Situasi 
Garis panduan bagi pengimplementasian 
1.Menghasilkan konteks 
autentik di mana 
menunjukkan cara ilmu 
pengetahuan akan 
digunakan dalam 
kehidupan sebenar 
• Persekitaran fizikal. 
• Menunjukkan dalam keadaan sebenar. 
• Rekabentuk tidak linear. 
• Menyediakan sumber yang banyak. 
2. Menghasilkan aktivit i-aktiviti 
autentik 
• Aktiviti yang relevan dengan dunia sebenar. 
• Aktiviti yang tidak dihuraikan dengan lengkap/sedia 
ada (ill-defined).
• Memberi tugasan yang kompleks. 
• Memberi peluang kepada pelajar untuk memahami 
tugasan. 
• Masa yang cukup untuk mengkaji. 
• Peluang untuk mengenalpasti maklumat yang relevan. 
• Peluang untuk bekerjasama. 
• Tugasan yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai 
situasi. 
3. Menghasilkan akses 
untuk perlaksanaan yang 
baik dan proses 
memodelkan / 
peniruan kepada konsep 
sebenar 
• Menggalakkan pemikiran kritis dan proses 
memodelkan atau meniru sesuatu daripada keadaan 
sebenar. 
• Membenarkan mereka belajar pada pelbagai aras 
kebolehan. 
• Berkongsi cerita. 
4. Menghasilkan pelbagai 
peranan dan perspektif. 
• Melihat dari pelbagai perspektif terhadap sesuatu 
perkara itu serta menggalakkan pelbagai pendapat. 
• Peluang untuk menunjukkan pelbagai pandangan dan 
persilangan unjuran respon. 
5. Menyokong 
pengetahuan dalam 
membentuk kolaboratif 
• Tugasan yang menjurus kepada aktiviti berkumpula n 
berbanding individu. 
• Organisasi bilik darjah dalam bentuk kumpulan-kumpulan 
keci. 
• Struktur insentif yang bersesuaian untuk pencapaian 
berkumpulan secara keseluruhan. 
6. Menggalakkan refleksi • Tugas dari sudut konteks autentik. 
• Navigasi yang pelbagai. 
• Peluang kepada pelajar untuk membandingkan / 
menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif. 
7. Menggalakkan artikulas i • Mampu menerangkan/membentangkan tugasan yang 
kompleks dalam penyampaiannya. 
• Kumpulan yang cekap mengendalikan penyampaian. 
• Persembahan awam berbentuk perdebatan bagi 
mempertahankan pembelajaran 
8. Menghasilka n 
pengajaran dan scaffolding 
• Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan 
terbuka. 
• Rekabentuk multimedia yang pelbagai. 
• Panduan untuk menggunakan program dalam pelbagai 
konteks. 
• Sokongan daripada pensyarah yang bersesuaian 
dengan pengajaran. 
9. Menghasilkan penilaia n 
pembelajaran autentik 
termasuklah tugasan 
• Ketepatan konteks. 
• Peluang kepada pelajar untuk memperbaiki 
persembahan dan hasil.
• Masa yangbersesuaian kepada pelajar dan usaha secara 
kolaboratif. 
• Kompleks dan cabaran secara tidak berstruktur. 
• Penilaian yang mengintegrasikan bersama dengan 
aktiviti yang dijalankan. 
• Pelbagai penunjuk pembelajaran 
• Kesahan dan kebolehpercayaan dengan kriteria untuk 
mencapai hasil yang dikehendaki. 
Ciri-ciri tugasan autentik 
• Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar. 
• Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dengan tugasan seperti dalam 
profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas 
biasa dan tidak konteks. 
• Tugasan autentik adalah terbuka (ill-defined), memerlukan pelajar 
mengenalpasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu 
aktiviti. 
• Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka 
kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah 
diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau 
satu jenis penyelesaian yang telah sedia ada. 
• Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh 
pelajar dalam tempoh masa atau jangkamasa yang lebih panjang. 
• Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah 
lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau 
penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber 
yang benar dan berintelek. 
• Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan 
mengkaji tugasan dari pelbagai sudut perspektif serta menggunakan pelbagai 
sumber. 
• Tugasan ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenalpas t i 
penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi 
teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu 
perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber 
yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad dan dilimitas ika n 
bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenalpasti maklumat yang 
relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan. 
• Tugasan autentik memberi peluang untuk berkolaborasi.
• Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan, samada ketika 
dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar, ia lebih 
baik daripada pencapaian kejayaan secara individu. 
• Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi. 
• Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan 
dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka samada secara individu 
ataupun sosial. 
• Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan merentas disiplin 
subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan. 
• Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai disiplin dan membenarkan 
pelbagai peranan serta kemahiran. 
• Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian. 
• Penilaian bagi aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan 
yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik, iaitu lebih 
baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktivit i 
sebenar yang berlaku. 
• Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna 
dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk 
memenuhi persediaan sesuatu. 
• Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau 
berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan 
sahaja atau langkah-langkah persediaan sesuatu. 
• Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan 
kepelbagaian hasil. 
• Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara 
terbuka yang semulajadi lebih baik daripada satu sahaja langkah 
penyelesaian atau satu sahaja tindakbalas benar yang dihasilkan daripada 
satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu. 
Pembelajaran autentik dengan bantu ICT 
• Pelajar menyesuaikan diri dengan situasi yang bermakna, relevan dan realistik. 
• Dapat melihat aplikasi dalam keadaan sebenar. Contoh: senario, kajian kes atau 
masalah autentik. 
• Menggunakan audio, video, simulasi untuk menyampaikan situasi yang 
menyerupai keadaan dunia sebenar yang autentik.
Perbezaan Persekitaran Pembelajaran 
Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Baru ICT 
Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar 
Stimulasi satu deriaan Stimulasi multideriaan 
Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala 
Satu media Multimedia 
Tugasan secara berasingan Tugasan secara kolaboratif 
Penyampaian maklumat Perkongsian maklumat 
Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penjelasan / 
pertanyaan 
Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran kritis dan pembikinan 
keputusan 
Tindakan reaktif Tindakan proaktif 
Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik 
Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For 
Technology Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco. 
Pentaksiran Prasekolah 
Pentaksiran prasekolah merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul 
maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap 
mereka dengan tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid 
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran di peringkat 
prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai 
sudut iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Dalam pendidikan, ujian 
bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran. 
Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak. Ini 
kerana perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang mana ia tidak 
memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka. 
Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk 
dan instrumen perlu berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai. Justeru itu, satu 
kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh dan ini boleh dilakukan 
melalui pentaksiran autentik.
Ke Arah Pentaksiran Autentik Prasekolah 
Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan peperiksaan tidak 
dapat mengukur keseluruhan potensi murid. Peperiksaan berbentuk objektif menekankan 
pentaksiran pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan 
dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi 
sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan kepada pentaksiran autentik adalah 
untuk menghendaki murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna, mahir 
menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis 
dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan kombinasi kemahiran, pengetahuan 
dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat mencungkil kemahiran di 
samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri. 
J. Michael O’ Malley , siswazah dari School of Education di Universiti George 
Mason menyenaraikan ciri-ciri prestasi murid yang perlu dipertimbangkan dalam 
pentaksiran autentik ialah: 
 Membentuk reaksi : memberi reaksi berdasarkan pengalaman terhadap situasi. 
 Tahap pemikiran tinggi: Reaksi terhadap soalan terbuka yang menggabungjalinka n 
kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian. 
 Kejituan:Tugasan yang bermakna, mencabar dan melibatkan aktiviti dalam konteks 
kehidupan sebenar. 
 Integratif: Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusasteraan dengan pelbagai 
kandungan lain yang merentasi kurikulum 
 Proses dan Produk: Strategi dan prosedur yang membawa peningkatan potensi dan 
meneroka penyelesaian terhadap masalah kompleks. 
Sehubungan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu 
dipertimbangkan sebelum menggunakan pentaksiran autentik. 
KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH 
Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di 
prasekolah secara menyeluruh. Pentaksiran ini boleh mencungkil bakat kanak-kanak
kerana sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan 
Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunaka n 
pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenal pasti dan 
melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. 
Selain itu melalui laporan pentaksiran autentik dapat memperbaiki penyediaan guru dalam 
proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang 
lebih tinggi. 
Pentaksiran autentik dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu 
pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, pentaksiran autentik 
juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu 
bapa tentang perkembangan anak-anak. 
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH 
Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama 
pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut: 
1. Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak. 
2. Lebih mementingkan proses 
3. Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan 
yang tenang. 
4. Dijalankan secara berterusan 
5. Tidak membanding dan melabelkan murid 
6. Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan 
keperluan. 
7. Berfokus kepada tahap perkembangan murid 
8. Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid. 
9. Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum 
Standard Prasekolah Kebangsaan.
APAKAH YANG DITAKSIR ? 
Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara 
(merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam 
diri mereka dikategorikan mengikut 6 tunjang: 
- Tunjang Komunikasi 
- Tunjang Sains dan Teknologi 
- Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai 
- Tunjang Fizikal dan estetika 
- Tunjang Kemanusiaan 
- Tunjang Keterampilan diri 
(sila rujuk Lampiran) 
BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIEAN DI PRASEKOLAH 
Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat 
pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Untuk 
mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang 
dan berterusan. 
Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran 
autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalanka n 
tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat evidens 
terbaik, konteks yang digunakan untuk mentaksir murid haruslah mengambil kira minat, 
budaya, latar belakang sosioekonomi, pengalaman seharian, persekitaran , kekuatan, 
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan .Maka, instrumen yang dirancang perlu fleksible. 
Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu 
guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat dari 
pelbagai sumber akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru 
membuat keputusan yang lebih jelas.
Proses Menjalankan Pentaksiran 
Merancang 
Menentukan konstruk dan kaedah 
Membina instrumen 
Membina instrumen dan 
menentukan Standard Prestasi 
Melaksanakan pentaksiran 
Pemerhatian tingkah laku 
Merekod 
Menganalisa data yang dikumpul 
Tindakan susulan/ 
Aktiviti Tindakan susulan/ 
Aktiviti 
Bolehkah 
murid 
menguasai 
Kemahiran/ Hasil 
pembelajaran baru/ 
ke tahun 1
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SATU PENTAKSIRAN HOLISTIK 
Perubahan dalam ekonomi yang memerlukan produk yang lebih berkualiti di mana bukan 
sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan, tetapi berkemahiran dalam semua aspek 
kehidupan , menjadikan sistem pendidikan juga turut mengalami perubahan. 
Pada abad ke 21 dicirikan bahawa pendidikan akan bersifat berasaskan murid, 
pembelajaran yang dijalankan bersifat kolaboratif, mementingkan pencapaian dari segi 
kemahiran, memerlukan proses yang panjang, mementingkan penguasaan murid ke aras 
pemikiran aras tinggi, lebih praktikal, melihat kepada kemahiran hidup, berkumpula n, 
komuniti, pentaksiran yang formatif dan murid akan belajar untuk diaplikasikan dalam 
kehidupan yang sebenar. Pada abad ke 21, pendidikan berfungsi untuk membudayaka n 
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang kreatif ,inovat if 
dan berdaya saing ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya dapat 
memartabatkan pendidikan di Malaysia. Perubahan tersebut bagi memastikan produk 
(pelajar) yang dihasilkan mampu bersaing dalam ekonomi tempatan dan juga global. 
Justeru aspek pentaksiran yang lebih efisen dan menyeluruh telah dijalankan. 
Pada asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah lama dijalankan di sekolah oleh 
guru-guru, namun keputusan yang diperolehi tidak direkodkan atau diambil kira sebagai 
markah untuk pelajar yang di nilai kerana pemarkahan untuk pelajar dinilai hanya 
berdasarkan keputusan peperiksaan. Kini dalam sistem pendidikan di Malaysia, PBS 
dilihat merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh. Daripada satu kertas kerja yang 
dibentangkan oleh Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran 
Berasaskan Sekolah tahun 2012, PBS dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu 
menghasilkan generasi yang kreatif dan inovatif yang berupaya untuk berdepan dengan 
cabaran dalam abad ke 21. PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh 
kerana PBS merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan 
psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. 
Dengan kata lain PBS merupakan pentaksiran terhadap aspek akademik dan bukan 
akademik. 
Sejauhmana PBS dilihat sebagai pentaksiran yang holistik adalah dengan melihat dari segi 
konstruk yang ditaksir, instrumen yang digunakan, orang yang mentaksir, masa
pentaksiran, aspek penskoran dan dari segi perkara dan agensi yang melapor. Ciri tersebut 
menjadikan PBS mempunyai persamaan dengan pentaksiran autentik. 
Pentaksiran yang bersifat holistik akan dapat memenuhi kehendak yang termaktub dalam 
Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selain 
mengubah kaedah pentaksiran, perubahan juga perlu dilakukan untuk pendekatan dalam 
aspek penyediaan kurikulum dan huraian sukatan pelajaran, perubahan oleh guru bagi 
kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatan latihan guru dan juga mengubah kaedah 
penaziran.
LAMPIRAN
Contoh Konstruk yang ditaksir (TUNJANG) 
Untuk mengenal pasti perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan dibuat ke 
atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap tunjang di dalam 
dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 
Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah 
Tunjang Konstruk 
Komunikasi 
BM1 Kemahiran Mendengar 
BM2 Kemahiran Bertutur 
BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan 
BM4 Kemahiran Membaca Perkataan 
BM5 Kemahiran Membaca Ayat 
BM6 Kemahiran Mencerita Semula 
BM7 Kemahiran Menulis 
Kemanusiaan 
KM1 Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga 
Rakan, Sekolah, Komuniti. 
KM2 Amalan sikap yang baik dalam hubungan antara diri dengan Keluarga 
Rakan, Sekolah, Komuniti. 
KM3 Amalan tabiat menjaga alam sekitar 
KM4 Pengetahuan asas tentang warisan budaya tradisional pelbagai kaum 
di Malaysia 
KM5 Pengetahuan asas tentang Negara Malaysia 
KM6 Amalan cintakan negara 
Tunjang Konstruk 
Keterampilan Diri 
Perkembangan 
Sosioemosi 
SE1 Kemahiran mengenali dan mengurus emosi sendiri``` 
SE2 Kemahiran mencapai emosi yang positif 
SE3 Kebolehan membina kemahiran sosial 
Perkembangan Fizikal dan Estetika 
Perkembangan 
Fizikal 
FZ1 Kemahiran motor halus 
& Penjagaan 
Kesihatan 
FZ2 Kemahiran motor kasar 
FZ3 Kemahiran menjaga kebersihan diri 
FZ4 Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat 
FZ5 Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran
FZ6 Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkita n 
penyakit 
FZ7 Pengetahuan tentang sumber bahaya 
Fz8 Mengamalkan langkah-langkah menjaga keselamatan 
diri 
Kreativiti 
KR1 Kemahiran menghasilkan karya seni visual secara 
kreatif 
KR2 Mengamalkan sikap apresiasi seni 
KR3 Kemahiran dalam menyanyi 
KR4 Kemahiran Memainkan alat perkusi 
KR5 Kemahiran Gerakan Kreatif 
KR6 Kemahiran Berlakon dan main peranan 
Sains dan Teknologi (perkembangan kognitif) 
Awal Sains ST1 Kemahiran memerhati 
ST2 Kemahiran merekod hasil pemerhatian 
ST3 Kemahiran membuat pengukuran menggunakan unit 
bukan piawai 
ST4 Kemahiran membanding dan membeza 
ST5 Kemahiran meengelas 
ST6 Kemahiran membuat ramalan 
ST7 Kemahiran menyelesai masalah 
ST8 Kemahiran membuat seriasi 
ST9 Kemahiran mengecam corak berulang dan membina 
pola 
ST10 Pengetahuan tentang nombor 1-20 
ST11 Pengetahuan tentang 20,30,40,50 
ST12 Kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam 
lingkungan 10 
ST13 Kemahiran menyelesai operasi tolak dalam lingkungan 
10 
ST14 Kemahiran mengecam duit yang berlainan nilai 
ST15 Pengetahuan tentang konsep masa 
ST16 Pengetahuan tentang kedudukan objek dalam ruang 
ST17 Pengetahuan tentang bentuk 
ST18 Kemahiran membuat pembinaan 
ST19 Kemahiran menggunakan komputer 
Tunjang Konstruk 
Kerohanian, Sikap dan Nilai 
Pendidikan Islam PI1 Pengetahuan tentang Rukntanun Islam 
PI2 Pengetahuan tentang rukun Iman 
PI3 Pengetahuan Kalimah Syahadah 
PI4 Pengethuan dan kebolehan melakukan ibadah
PI5 Pengetahuan tentang Sirah tentng Rasulullah SAW 
PI6 Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW 
PI7 Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran 
PI8 Pengetahuan Asas Tulisan Jawi 
Pendidikan Moral 
PM1 Mengamalkan nilai baik hati 
PM2 Mengamalkan nilai bertanggungjawab 
PM3 Mengamalkan nilai berterima kasih 
PM4 Mengamalkan nilai berhemah tinggi 
PM5 Mengamalkan nilai hormat-menghormati 
PM6 Mengamalkan nilai kasih sayang 
PM7 Mengamalkan nilai keadilan 
PM8 Mengamalkan nilai keberanian 
PM9 Mengamalkan nilai kejujuran 
PM10 Mengamalkan nilai kerajinan 
PM11 Mengamalkan nilai kerjasama 
PM12 Mengamalkan nilai kesederhanaan 
PM13 Mengamalkan nilai toleransi 
PM14 Mengamalkan nilai berdikari 
PM15 Mengamalkan nilai berdisplin
Jika diteliti pentaksiran autentik telah diterapkan dalam panduan perkembangan pembelajaran murid. Sebagai contoh tugasan yang 
telah diberikan kepada pelajar untuk mencapai band 6 bagi tema Hubungan Kekeluargaan pelajar tingkatan 2 akan diberi tugasan secara 
pentaksiran autentik terbuka. 
Bagi mentaksir pelajar mencapai band 6 pentaksiran autentik terbuka boleh digunakan. Guru boleh mentaksir pelajar dengan lebih 
baik jika pentaksiran autentik ini disertakan dengan rubrik. Contoh rubrik yang dibina adalah seperti di bawah.
NAMA PELAJAR : ____________________________________________________________ 
TINGKATAN : ____________________________________________________________ 
PETUNJUK: 
Lembaran ini diisi untuk menilai gerak kerja secara berkumpulan. Berikan tanda (/) pada kolum skor sesuai dengan hasil lakonan 
pelajar, dengan kriteria seperti berikut: 
4= Sangat berpuas hati 3= Berpuas hati 2= Kurang berpuas hati 
1= Tidak Berpuas hati 
No 
. 
Aspek Pengamatan Skor Keterangan 
1 2 3 4 
1. Ahli kumpulan pelajar dapat menyatakan cara menyelesaikan konflik yang dihadapi 
2. Ahli kumpulan pelajar dapat membuat pilihan yang bijak untuk menyelesaikan konflik 
3. Ahli kumpulan pelajar dapat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk menyelesaikan 
konflik yang dihadapi 
4. Ahli kumpulan pelajar menghayati lakonan dengan sangat baik 
5. Kerjasama antara ahli kumpulan pelajar dengan sangat baik 
JUMLAH SKOR
PETUNJUK PENSKORAN 
Nilai diperoleh: 
Baik sekali : Apabila memperoleh skor 16-20 
Baik : Apabila memperoleh skor 11-15 
Sederhana : Apabila memperoleh skor 6-10 
Kurang Baik : Apabila memperoleh skor 1-5

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
aflah jamaluddin
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
dimidur
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
nanisaaid
 

La actualidad más candente (20)

Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 

Similar a Tugasan autentik

konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajaran
cik noorlyda
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
Zahidah Harun
 
Penilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projekPenilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projek
Norlina Rawina
 
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Mohd Noramdzan
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
liaw5
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
mfadzil1969
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
mfadzil1969
 

Similar a Tugasan autentik (20)

Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauanPembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
 
Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
CARTA FILA
CARTA FILACARTA FILA
CARTA FILA
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajaran
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Penilaian projek
Penilaian projekPenilaian projek
Penilaian projek
 
Carta Fila
Carta FilaCarta Fila
Carta Fila
 
Penilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projekPenilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projek
 
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 

Tugasan autentik

  • 1. TAJUK TUGASAN : PENTAKSIRAN AUTENTIK NAMA : NO. MATRIK : NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH M20122001381 CHEW HOCK KIANG M20122001820 HASLIZA BT YUNUS M20131001140 LAU SHIAU CHING M20131001142 NAMA PENSYARAH : PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR KPN6074 PENTAKSIRAN AUTENTIK FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • 2. Definisi Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ia meliput i pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaia n autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Manakala menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Ciri-ciri Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai satu alterbatif kepada ujian tradisional. Antara ciri-cirinya ialah: a) berorientasikan proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada. b) Bersifat dua-hala; guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak persepktif diambil kira dalam pernilaian yang dijalankan.
  • 3. c) Bersistematik; merujuk kepada kriteria yang ditetapkan. d) Bersifat autentik; berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar e) Bersifat ujian terbuka; lebih dinamik dan fleksibel. Persekitaran Pembelajaran Autentik Terdapat kajian menyatakan kebanyakan pengetahuan abstrak yang dipelajari oleh seseorang pelajar dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi tidak dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar pelajar atau memberi penyelesaian masalah konteks. Ini adalah kerana pendekatan yang digunakan tidak saling berkait di antara situasi dengan kognitif. Apabila pembelajaran dengan konteks dipisahkan, pelajar akan menganggap pengetahuan itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah tetapi adalah hasil daripada pelajarannya (J. Herrington & Oliver, 1999). Sehubungan dengan itu, Brown et.al (1989b) telah menekankan fokus dalam teori pembelajaran situasi atau juga dikenali sebagai kognisi situasi (situated cognition) dan telah menghasilkan satu terjemahan mengenainya. Collins mendefinisikan pembelajaran situasi ialah idea mempelajari pengetahuan dan kemahiran konteks yang menggambarka n pengetahuan dapat digunakan dengan baiknya jika dikaitkan dengan kehidupan seharian. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) merupakan pengajaran yang melibatkan situasi yang autentik yang membawa pelajar kepada situasi sebenar. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi Elemen Bagi Pembelajaran Menerusi Situasi Garis panduan bagi pengimplementasian 1.Menghasilkan konteks autentik di mana menunjukkan cara ilmu pengetahuan akan digunakan dalam kehidupan sebenar • Persekitaran fizikal. • Menunjukkan dalam keadaan sebenar. • Rekabentuk tidak linear. • Menyediakan sumber yang banyak. 2. Menghasilkan aktivit i-aktiviti autentik • Aktiviti yang relevan dengan dunia sebenar. • Aktiviti yang tidak dihuraikan dengan lengkap/sedia ada (ill-defined).
  • 4. • Memberi tugasan yang kompleks. • Memberi peluang kepada pelajar untuk memahami tugasan. • Masa yang cukup untuk mengkaji. • Peluang untuk mengenalpasti maklumat yang relevan. • Peluang untuk bekerjasama. • Tugasan yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai situasi. 3. Menghasilkan akses untuk perlaksanaan yang baik dan proses memodelkan / peniruan kepada konsep sebenar • Menggalakkan pemikiran kritis dan proses memodelkan atau meniru sesuatu daripada keadaan sebenar. • Membenarkan mereka belajar pada pelbagai aras kebolehan. • Berkongsi cerita. 4. Menghasilkan pelbagai peranan dan perspektif. • Melihat dari pelbagai perspektif terhadap sesuatu perkara itu serta menggalakkan pelbagai pendapat. • Peluang untuk menunjukkan pelbagai pandangan dan persilangan unjuran respon. 5. Menyokong pengetahuan dalam membentuk kolaboratif • Tugasan yang menjurus kepada aktiviti berkumpula n berbanding individu. • Organisasi bilik darjah dalam bentuk kumpulan-kumpulan keci. • Struktur insentif yang bersesuaian untuk pencapaian berkumpulan secara keseluruhan. 6. Menggalakkan refleksi • Tugas dari sudut konteks autentik. • Navigasi yang pelbagai. • Peluang kepada pelajar untuk membandingkan / menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif. 7. Menggalakkan artikulas i • Mampu menerangkan/membentangkan tugasan yang kompleks dalam penyampaiannya. • Kumpulan yang cekap mengendalikan penyampaian. • Persembahan awam berbentuk perdebatan bagi mempertahankan pembelajaran 8. Menghasilka n pengajaran dan scaffolding • Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan terbuka. • Rekabentuk multimedia yang pelbagai. • Panduan untuk menggunakan program dalam pelbagai konteks. • Sokongan daripada pensyarah yang bersesuaian dengan pengajaran. 9. Menghasilkan penilaia n pembelajaran autentik termasuklah tugasan • Ketepatan konteks. • Peluang kepada pelajar untuk memperbaiki persembahan dan hasil.
  • 5. • Masa yangbersesuaian kepada pelajar dan usaha secara kolaboratif. • Kompleks dan cabaran secara tidak berstruktur. • Penilaian yang mengintegrasikan bersama dengan aktiviti yang dijalankan. • Pelbagai penunjuk pembelajaran • Kesahan dan kebolehpercayaan dengan kriteria untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Ciri-ciri tugasan autentik • Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar. • Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dengan tugasan seperti dalam profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks. • Tugasan autentik adalah terbuka (ill-defined), memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti. • Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang telah sedia ada. • Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam tempoh masa atau jangkamasa yang lebih panjang. • Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek. • Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan mengkaji tugasan dari pelbagai sudut perspektif serta menggunakan pelbagai sumber. • Tugasan ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenalpas t i penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad dan dilimitas ika n bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenalpasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan. • Tugasan autentik memberi peluang untuk berkolaborasi.
  • 6. • Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan, samada ketika dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar, ia lebih baik daripada pencapaian kejayaan secara individu. • Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi. • Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka samada secara individu ataupun sosial. • Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan merentas disiplin subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan. • Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai disiplin dan membenarkan pelbagai peranan serta kemahiran. • Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian. • Penilaian bagi aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik, iaitu lebih baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktivit i sebenar yang berlaku. • Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu. • Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah persediaan sesuatu. • Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil. • Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semulajadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja tindakbalas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu. Pembelajaran autentik dengan bantu ICT • Pelajar menyesuaikan diri dengan situasi yang bermakna, relevan dan realistik. • Dapat melihat aplikasi dalam keadaan sebenar. Contoh: senario, kajian kes atau masalah autentik. • Menggunakan audio, video, simulasi untuk menyampaikan situasi yang menyerupai keadaan dunia sebenar yang autentik.
  • 7. Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Baru ICT Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Stimulasi satu deriaan Stimulasi multideriaan Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala Satu media Multimedia Tugasan secara berasingan Tugasan secara kolaboratif Penyampaian maklumat Perkongsian maklumat Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penjelasan / pertanyaan Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran kritis dan pembikinan keputusan Tindakan reaktif Tindakan proaktif Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For Technology Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco. Pentaksiran Prasekolah Pentaksiran prasekolah merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran di peringkat prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai sudut iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak. Ini kerana perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka. Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk dan instrumen perlu berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai. Justeru itu, satu kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh dan ini boleh dilakukan melalui pentaksiran autentik.
  • 8. Ke Arah Pentaksiran Autentik Prasekolah Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan peperiksaan tidak dapat mengukur keseluruhan potensi murid. Peperiksaan berbentuk objektif menekankan pentaksiran pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan kepada pentaksiran autentik adalah untuk menghendaki murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna, mahir menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan kombinasi kemahiran, pengetahuan dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat mencungkil kemahiran di samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri. J. Michael O’ Malley , siswazah dari School of Education di Universiti George Mason menyenaraikan ciri-ciri prestasi murid yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik ialah:  Membentuk reaksi : memberi reaksi berdasarkan pengalaman terhadap situasi.  Tahap pemikiran tinggi: Reaksi terhadap soalan terbuka yang menggabungjalinka n kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian.  Kejituan:Tugasan yang bermakna, mencabar dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan sebenar.  Integratif: Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusasteraan dengan pelbagai kandungan lain yang merentasi kurikulum  Proses dan Produk: Strategi dan prosedur yang membawa peningkatan potensi dan meneroka penyelesaian terhadap masalah kompleks. Sehubungan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan pentaksiran autentik. KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara menyeluruh. Pentaksiran ini boleh mencungkil bakat kanak-kanak
  • 9. kerana sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunaka n pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenal pasti dan melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. Selain itu melalui laporan pentaksiran autentik dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, pentaksiran autentik juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut: 1. Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak. 2. Lebih mementingkan proses 3. Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang. 4. Dijalankan secara berterusan 5. Tidak membanding dan melabelkan murid 6. Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan. 7. Berfokus kepada tahap perkembangan murid 8. Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid. 9. Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
  • 10. APAKAH YANG DITAKSIR ? Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara (merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam diri mereka dikategorikan mengikut 6 tunjang: - Tunjang Komunikasi - Tunjang Sains dan Teknologi - Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai - Tunjang Fizikal dan estetika - Tunjang Kemanusiaan - Tunjang Keterampilan diri (sila rujuk Lampiran) BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIEAN DI PRASEKOLAH Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalanka n tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat evidens terbaik, konteks yang digunakan untuk mentaksir murid haruslah mengambil kira minat, budaya, latar belakang sosioekonomi, pengalaman seharian, persekitaran , kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan .Maka, instrumen yang dirancang perlu fleksible. Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yang lebih jelas.
  • 11. Proses Menjalankan Pentaksiran Merancang Menentukan konstruk dan kaedah Membina instrumen Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi Melaksanakan pentaksiran Pemerhatian tingkah laku Merekod Menganalisa data yang dikumpul Tindakan susulan/ Aktiviti Tindakan susulan/ Aktiviti Bolehkah murid menguasai Kemahiran/ Hasil pembelajaran baru/ ke tahun 1
  • 12. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SATU PENTAKSIRAN HOLISTIK Perubahan dalam ekonomi yang memerlukan produk yang lebih berkualiti di mana bukan sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan, tetapi berkemahiran dalam semua aspek kehidupan , menjadikan sistem pendidikan juga turut mengalami perubahan. Pada abad ke 21 dicirikan bahawa pendidikan akan bersifat berasaskan murid, pembelajaran yang dijalankan bersifat kolaboratif, mementingkan pencapaian dari segi kemahiran, memerlukan proses yang panjang, mementingkan penguasaan murid ke aras pemikiran aras tinggi, lebih praktikal, melihat kepada kemahiran hidup, berkumpula n, komuniti, pentaksiran yang formatif dan murid akan belajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Pada abad ke 21, pendidikan berfungsi untuk membudayaka n kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang kreatif ,inovat if dan berdaya saing ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya dapat memartabatkan pendidikan di Malaysia. Perubahan tersebut bagi memastikan produk (pelajar) yang dihasilkan mampu bersaing dalam ekonomi tempatan dan juga global. Justeru aspek pentaksiran yang lebih efisen dan menyeluruh telah dijalankan. Pada asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah lama dijalankan di sekolah oleh guru-guru, namun keputusan yang diperolehi tidak direkodkan atau diambil kira sebagai markah untuk pelajar yang di nilai kerana pemarkahan untuk pelajar dinilai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Kini dalam sistem pendidikan di Malaysia, PBS dilihat merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh. Daripada satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah tahun 2012, PBS dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu menghasilkan generasi yang kreatif dan inovatif yang berupaya untuk berdepan dengan cabaran dalam abad ke 21. PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh kerana PBS merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Dengan kata lain PBS merupakan pentaksiran terhadap aspek akademik dan bukan akademik. Sejauhmana PBS dilihat sebagai pentaksiran yang holistik adalah dengan melihat dari segi konstruk yang ditaksir, instrumen yang digunakan, orang yang mentaksir, masa
  • 13. pentaksiran, aspek penskoran dan dari segi perkara dan agensi yang melapor. Ciri tersebut menjadikan PBS mempunyai persamaan dengan pentaksiran autentik. Pentaksiran yang bersifat holistik akan dapat memenuhi kehendak yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selain mengubah kaedah pentaksiran, perubahan juga perlu dilakukan untuk pendekatan dalam aspek penyediaan kurikulum dan huraian sukatan pelajaran, perubahan oleh guru bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatan latihan guru dan juga mengubah kaedah penaziran.
  • 15. Contoh Konstruk yang ditaksir (TUNJANG) Untuk mengenal pasti perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah Tunjang Konstruk Komunikasi BM1 Kemahiran Mendengar BM2 Kemahiran Bertutur BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan BM4 Kemahiran Membaca Perkataan BM5 Kemahiran Membaca Ayat BM6 Kemahiran Mencerita Semula BM7 Kemahiran Menulis Kemanusiaan KM1 Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga Rakan, Sekolah, Komuniti. KM2 Amalan sikap yang baik dalam hubungan antara diri dengan Keluarga Rakan, Sekolah, Komuniti. KM3 Amalan tabiat menjaga alam sekitar KM4 Pengetahuan asas tentang warisan budaya tradisional pelbagai kaum di Malaysia KM5 Pengetahuan asas tentang Negara Malaysia KM6 Amalan cintakan negara Tunjang Konstruk Keterampilan Diri Perkembangan Sosioemosi SE1 Kemahiran mengenali dan mengurus emosi sendiri``` SE2 Kemahiran mencapai emosi yang positif SE3 Kebolehan membina kemahiran sosial Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan Fizikal FZ1 Kemahiran motor halus & Penjagaan Kesihatan FZ2 Kemahiran motor kasar FZ3 Kemahiran menjaga kebersihan diri FZ4 Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat FZ5 Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran
  • 16. FZ6 Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkita n penyakit FZ7 Pengetahuan tentang sumber bahaya Fz8 Mengamalkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri Kreativiti KR1 Kemahiran menghasilkan karya seni visual secara kreatif KR2 Mengamalkan sikap apresiasi seni KR3 Kemahiran dalam menyanyi KR4 Kemahiran Memainkan alat perkusi KR5 Kemahiran Gerakan Kreatif KR6 Kemahiran Berlakon dan main peranan Sains dan Teknologi (perkembangan kognitif) Awal Sains ST1 Kemahiran memerhati ST2 Kemahiran merekod hasil pemerhatian ST3 Kemahiran membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai ST4 Kemahiran membanding dan membeza ST5 Kemahiran meengelas ST6 Kemahiran membuat ramalan ST7 Kemahiran menyelesai masalah ST8 Kemahiran membuat seriasi ST9 Kemahiran mengecam corak berulang dan membina pola ST10 Pengetahuan tentang nombor 1-20 ST11 Pengetahuan tentang 20,30,40,50 ST12 Kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 ST13 Kemahiran menyelesai operasi tolak dalam lingkungan 10 ST14 Kemahiran mengecam duit yang berlainan nilai ST15 Pengetahuan tentang konsep masa ST16 Pengetahuan tentang kedudukan objek dalam ruang ST17 Pengetahuan tentang bentuk ST18 Kemahiran membuat pembinaan ST19 Kemahiran menggunakan komputer Tunjang Konstruk Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam PI1 Pengetahuan tentang Rukntanun Islam PI2 Pengetahuan tentang rukun Iman PI3 Pengetahuan Kalimah Syahadah PI4 Pengethuan dan kebolehan melakukan ibadah
  • 17. PI5 Pengetahuan tentang Sirah tentng Rasulullah SAW PI6 Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW PI7 Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran PI8 Pengetahuan Asas Tulisan Jawi Pendidikan Moral PM1 Mengamalkan nilai baik hati PM2 Mengamalkan nilai bertanggungjawab PM3 Mengamalkan nilai berterima kasih PM4 Mengamalkan nilai berhemah tinggi PM5 Mengamalkan nilai hormat-menghormati PM6 Mengamalkan nilai kasih sayang PM7 Mengamalkan nilai keadilan PM8 Mengamalkan nilai keberanian PM9 Mengamalkan nilai kejujuran PM10 Mengamalkan nilai kerajinan PM11 Mengamalkan nilai kerjasama PM12 Mengamalkan nilai kesederhanaan PM13 Mengamalkan nilai toleransi PM14 Mengamalkan nilai berdikari PM15 Mengamalkan nilai berdisplin
  • 18. Jika diteliti pentaksiran autentik telah diterapkan dalam panduan perkembangan pembelajaran murid. Sebagai contoh tugasan yang telah diberikan kepada pelajar untuk mencapai band 6 bagi tema Hubungan Kekeluargaan pelajar tingkatan 2 akan diberi tugasan secara pentaksiran autentik terbuka. Bagi mentaksir pelajar mencapai band 6 pentaksiran autentik terbuka boleh digunakan. Guru boleh mentaksir pelajar dengan lebih baik jika pentaksiran autentik ini disertakan dengan rubrik. Contoh rubrik yang dibina adalah seperti di bawah.
  • 19. NAMA PELAJAR : ____________________________________________________________ TINGKATAN : ____________________________________________________________ PETUNJUK: Lembaran ini diisi untuk menilai gerak kerja secara berkumpulan. Berikan tanda (/) pada kolum skor sesuai dengan hasil lakonan pelajar, dengan kriteria seperti berikut: 4= Sangat berpuas hati 3= Berpuas hati 2= Kurang berpuas hati 1= Tidak Berpuas hati No . Aspek Pengamatan Skor Keterangan 1 2 3 4 1. Ahli kumpulan pelajar dapat menyatakan cara menyelesaikan konflik yang dihadapi 2. Ahli kumpulan pelajar dapat membuat pilihan yang bijak untuk menyelesaikan konflik 3. Ahli kumpulan pelajar dapat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi 4. Ahli kumpulan pelajar menghayati lakonan dengan sangat baik 5. Kerjasama antara ahli kumpulan pelajar dengan sangat baik JUMLAH SKOR
  • 20. PETUNJUK PENSKORAN Nilai diperoleh: Baik sekali : Apabila memperoleh skor 16-20 Baik : Apabila memperoleh skor 11-15 Sederhana : Apabila memperoleh skor 6-10 Kurang Baik : Apabila memperoleh skor 1-5