SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Descargar para leer sin conexión
BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA: ………………………………………………..                            TAHUN 2 :…………………….
Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat petikan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih
           satu jawapan yang betul sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 5.
Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

       Pada hari Ahad yang lepas, Amir dan rakan-rakannya pergi ke sungai. Mereka
hendak memancing ikan, tetapi sungai itu telah tercemar. Banyak sampah dibuang
ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di sungai itu telah mati. Mereka pulang ke rumah
dengan perasaan yang sedih.

1.   Ke manakah Amir dan rakan-rakannya pergi ?
     A. bandar    B. sekolah      C. sungai     D. hospital

2. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ?
   A. berkelah    B. memancing     C. berehat           D. melancong

3. Bagaimanakah keadaan sungai itu ?
   A. tercemar    B. jernih     C. bersih         D. seperti sediakala

4.   Apakah tindakan Amir dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan sungai tersebut ?
     A. memberitahu penjaga       B. membersihkan sungai
     C. memberitahu guru          D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar

5. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ?
   A. gembira      B. biasa     C. dukacita     D. riang

Soalan 6 hingga Soalan 10.
Baca iklan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                   Datanglah segera ke " GEDUNG BORONG ".
                   Jualan murah selama sebulan mulai 1.3.2010
                   Sehingga 1.4.2010. Kami menjual barangan yang
                   Bermutu tinggi dengan harga yang sungguh
                   Murah. Harga yang menyebabkan anda
                   Tersenyum. Potongan hebat sehingga 75 %.
                   Nama Barangan          Peratus Potongan
                   1. Barangan dapur                 50%
                   2. Perabut kayu                   35%
                   3. Peralatan elektrik             40%
                   4. Pakaian kanak-kanak            75%
                   5. Bahan pencuci                  30%
                   6. Makanan dalam tin              25%
                   Jimatkan wang anda. Cepatlah datang dan
                   Balik dengan senyuman yang lebar.
                                                                                             1
6. Apakah nama kedai yang menawarkan jualan murah ini ?
   A. Kedai Gedung             B. Gedung Borong
   C. Kedai Borong             D. Pasar Borong

7. Berapa jeniskah barangan yang dijual dengan potongan harga istimewa ?
   A. 4 jenis     B. 5 jenis     C. 6 jenis      D. 7 jenis

8. Berapakah potongan hebat tertinggi diberikan ?
   A. 25%      B. 75%       C. 45%       D. 57%

9. Berapa lamakah jualan murah ini diadakan ?
   A. satu minggu     B. satu bulan     C. Dua minggu       D. satu hari

10. Jika datang ke kedai ini, kita akan pulang dengan ………………… .
    A. menanggis     B. senyum lebar        C. ketawa    D. tangis ketawa



Soalan 11 hingga Soalan 15.
Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka makan bekalan yang di
bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih.

Amir     :    Mengapa kamu bersedih, Sarjit ?
Sarjit   :    Saya susah hati, Amir.
Amir     :    Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya.
Sarjit   :   Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya sudah seminggu Sakit.
             Dia tidak dapat menjual sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh sebab itu
             saya terpaksa melakukan kerja itu sementara waktu. Kalau tidak keluarga saya
             tentu menghadapi masalah kewangan.
Amir : Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan memberitahukan hal ini
             kepada Cikgu Kamisah.
Sarjit :     Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui hal ini.
Amir : Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan membantu kamu.
Sarjit :     Terima kasih Amir kerana membantu saya.

11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ?
    A. waktu pulang dari sekolah         B. waktu pagi
    C. waktu makan tengah hari           D. waktu rehat

12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ?
    A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah        B. kerana dia anak sulung
    C. kerana dia terpaksa membantu ibunya     D. kerana ibunya sakit




                                                                                           2
13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ?
    A. menjual sayur      B. menjual kuih
    C. menjual makanan D. bekerja di pasar

14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ?
    A. meminta bantuan daripada ayahnya
    B. membantu Sarjit menjual sayur
    C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah
    D. memberikan wang belanja

15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud ………………….
    A. anak yang paling kecil dalam keluarga
    B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
    C. anak yang pertama dalam keluarga
    D. anak yang kedua dalam keluarga



Soalan 16 hingga Soalan 20.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

        Kamal dan Sobri adik-beradik. Mereka bersekolah di SK Kayan, Sitiawan.
Kamal adalah pelajar tahun dua dan Sobri pelajar tahun enam.Kedua-duanya
sangat rajin dan pandai.
         Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu bersukan. Kamal gemar
bermain ping pong dan Sobri pula gemar bermain badminton. Sobri mewakili
sekolahnya dalam Pertandingan Badminton Daerah Manjung.

16. Berapakah umur Kamal ?
    A. lapan tahun         B. sembilan tahun
    C. sepuluh tahun       D. sebelas tahun

17. Apakah hobi mereka pada masa lapang ?
    A. belajar    B. bersukan      C. berkebun      D. bermain

18. Permainan apakah yang digemari oleh Sobri ?
    A. ping pong       B. bola sepak
    C. badminton       D. hoki

19. Sobri telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan ……………. .
    A. ping pong    B. bola sepak      C. badminton     D. hoki

20. Kedua-duanya mempunyai sikap yang rajin dan …………….. ?
    A. cerdik    B. biasa    C. baik    D. pemalas




                                                                                 3
Bahagian ini terdiri daripada 30 soalan (soalan 21 hingg 50). Jawab semua soalan.

Soalan 21 hingga 28
Jawab soalan berdasarkan maklumat diberi.

21. Rajin lawannya ………………………
    A. tekun        B. malas         C. lemah      D. penat

22. Jika      segar    :  letih
    maka      sedih    :  ………………………….
    A. kecewa       B. gembira  C. lesu            D. lupa

23. Berdasarkan gambar di bawah ini, padanan kata yang manakah yang sesuai.




    A. berat         :      ringan
    B. kuat          :      lemah
    C. besar         :      kecil
    D. tinggi        :      rendah

24. Jika   tali      :            pinggang
    maka   sapu      :            ………………

   A. perut          B. tangan       C. muka       D. mulut

25. Jururawat        :           hospital
    guru             :           ………………………

   A. sekolah        B. padang sekolah     C. balai polis      D. rumah

26. Jika      sawah :      padi
    maka      kebun :    …………………….
    A. ladang       B. emas     C. getah           D. beras

27. Pilih pasangan yang tidak sesuai.
                Jam :        Tangan
        A. songkok    :      kepala
        B. rantai     :      leher
        C. kasut      :      kaki
        D. cincin     :      lutut

                                                                                    4
28. Pilih pasangan yang sesuai
        A. emas       :     pelombong
        B. ayam       :     pembajak
        C. ikan       :     petani
        D. padi       :     pekebun

Soalan 29 hingga soalan 38.
Pilih jawapan yang sesuai.

29. Langit mendung, …………………. pun turun.
       A. hujan     B. kilat    C. guruh      D. ribut

30. 31 Ogos ialah hari ……………………………….
       A. Buruh     B. Kebangsaan    C. Raya Puasa         D. Deepavali.

31. Ikan paus membiak secara ……………………………….
       A. melahirkan anak       B. berenang
       C. menetas               D. bertelur

32. Abang pergi ke ………………………… untuk membeli setem.
      A. pasar      B. balai polis   C. pejabat pos        D. klinik

33. Di taman bunga itu banyak ………………………………
       A. bunga-bungaan          B. buah-buahan
       C. sayur-sayuran          D. haiwan-haiwan

34. Asrul pelajar yang ……………………. . Dia ………………………….., oleh gurunya.
       A. jahat ……………. dipuja    B. jujur ………….. dimarahi
       C. baik …………… dipuji      D. bodoh ……….. dipukul




35. Gambar di atas menunjukkan ……………………………………
      A. dalam      B. lebar     C. panjang D. luas

36. Kamu suka bermain congkak ……………………… guli?
       A. atau     B. jika      C. dan      D. tetapi

37. ……………………. Kamu menangis?
      A. Apakah  B. Mengapakah          C. Kemanakah       D. Siapakah
                                                                           5
38. “Bilakah awak hendak datang ke rumah …………………….?” Tanya Encik Azmee kepada Taufiq.
        A. kamu      B. saya      C. rakan   D. saudara

Soalan 39 hingga soalan 44.
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dan kata seerti atau sinonem.

39. Puan Shida membeli ………………………. Baju untuk anaknya.
       A. sebuah   B. sepasang C. seekor     D. seketul

40.




      Penjodoh bilangan bagi gambar di atas ialah
         A. buah       B. biji       C. keping      D. hiris

41.




  Kata manakah yang menunjukkan maksud di atas?
      A. bulat     B. masam     C. masin     D. manis

42. Jujur ertinya ………………..
       A. setia     B. iklas                C. patuh       D. baik hati



43. Cari kata yang sama makna.
       A. pendek     :     panjang          B. besar       :      kecil
       C. cantik     :     lawa             D. dekat       :      jauh

44. Pilih pasangan yang seerti.

         A.     menyanyi       :     mencari
         B.     mengira        :     membilang
         C.     menyusun       :     mengesat
         D.     menanduk       :     menendang

                                                                                        6
Soalan 45 hingga soalan 50.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

45. Ammar seorang yang …………….. kerana tidak tahu bermain bola.
      A. kaki botol      B. kaki judi         C. kaki bangku        D. kepala batu

46. Idham pergi …………………………….. ke Teluk Batik.
       A. makan angin   B. makan ikan         C. langkah kanan      D. mulut tempayan

47. Ibu Aqilah sakit, Amira membawa ……………………………
       A. buah tangan       B. buah hati    C. cahaya mata          D. cepat tangan

48. Pravin tidak mempunyai abang atau adik. Dia ……………………………
       A. anak buah        B. anak emas          C. anak angkat     D. anak tunggal

49. Simpulan bahasa bagi orang yang sombong ialah ………………………….
       A. hidung tinggi    B. jauh hati        C. bulat hati        D. hati batu

50. Orang yang suka mencuri = x
      x ialah ………………………………
      A. cakar ayam       B. kepala batu        C. panjang tangan   D. bekas tangan




                        SELAMAT MENJAWAB. SEMOGA BERJAYA




                                                                                        7

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Year 2 English Language Paper 1 Test Paper
Year 2 English Language Paper 1 Test Paper Year 2 English Language Paper 1 Test Paper
Year 2 English Language Paper 1 Test Paper Prunella Charles Leo
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)Amar Arif
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2fitri norlida
 
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2PAKLONG CIKGU
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5nur aliaa
 
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017Norazlin Mohd Rusdin
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6Shika Nara
 
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1Bahasa Melayu Tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1PAKLONG CIKGU
 
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docx
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docxSoalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docx
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docxHusna Mahirah Hasan
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONSMATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONScikgumathavy
 
Soalan pertengahan tahun 3
Soalan pertengahan tahun 3Soalan pertengahan tahun 3
Soalan pertengahan tahun 3syanasuhaimi
 
Kertas soalan matematik tahun 1
Kertas soalan matematik tahun 1Kertas soalan matematik tahun 1
Kertas soalan matematik tahun 1elopura
 
Bahasa Melayu Tahun 5
Bahasa Melayu Tahun 5Bahasa Melayu Tahun 5
Bahasa Melayu Tahun 5PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016SyinMei My
 

La actualidad más candente (20)

Year 2 English Language Paper 1 Test Paper
Year 2 English Language Paper 1 Test Paper Year 2 English Language Paper 1 Test Paper
Year 2 English Language Paper 1 Test Paper
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2
Lembaran kerja bahasa melayu tahun 2
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5
 
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017
Mathematics Year 1 PKSR 1 Paper 2 2017
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
 
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2
Ujianselaras3- Bahasa Melayu Tahun 2
 
Bahasa Melayu Tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1Bahasa Melayu Tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1
 
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docx
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docxSoalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docx
Soalan peperiksaan pertengahan tahun sejarah tahun 4 2019 docx
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONSMATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
 
soalan ujian BM THN 2 KSSR
soalan ujian BM THN 2 KSSRsoalan ujian BM THN 2 KSSR
soalan ujian BM THN 2 KSSR
 
Soalan pertengahan tahun 3
Soalan pertengahan tahun 3Soalan pertengahan tahun 3
Soalan pertengahan tahun 3
 
Tahun 1 (bahasa malaysia) Ujian
Tahun 1 (bahasa malaysia) UjianTahun 1 (bahasa malaysia) Ujian
Tahun 1 (bahasa malaysia) Ujian
 
Kertas soalan matematik tahun 1
Kertas soalan matematik tahun 1Kertas soalan matematik tahun 1
Kertas soalan matematik tahun 1
 
Bahasa Melayu Tahun 5
Bahasa Melayu Tahun 5Bahasa Melayu Tahun 5
Bahasa Melayu Tahun 5
 
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016
Bahasa Inggeris Tahun 1 Kertas 1 Ogos 2016
 

Similar a Bahasa Melayu Tahun 2

28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp0228181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02Jazli Joe
 
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Azahar Adnan
 
(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4Mariana Kombos
 
(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4Mariana Kombos
 
kertas pemahaman tahun 3
kertas pemahaman tahun 3kertas pemahaman tahun 3
kertas pemahaman tahun 3Hyzump Mokmin
 
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2 Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2 sdit al fityah
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANNoor Jehan Mustapa
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01LinZie Muslimah Centre
 
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci Jawaban
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci JawabanSoal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci Jawaban
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci JawabanAries Hary
 
Sumatif sivik thn 5
Sumatif sivik thn 5Sumatif sivik thn 5
Sumatif sivik thn 5nor6263
 
Latihan pemahaman tahun 3
Latihan pemahaman tahun 3Latihan pemahaman tahun 3
Latihan pemahaman tahun 3Addya Kamilriah
 
1. kata nama am 1 sk r. terjun
1. kata nama  am 1  sk r. terjun1. kata nama  am 1  sk r. terjun
1. kata nama am 1 sk r. terjunMages Panjaman
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiemia80
 

Similar a Bahasa Melayu Tahun 2 (20)

28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp0228181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2-140308081354-phpapp02
 
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
 
Bm pem thn4
Bm pem thn4Bm pem thn4
Bm pem thn4
 
(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4
 
(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4(2) peperiksaan setengah tahun t4
(2) peperiksaan setengah tahun t4
 
kertas pemahaman tahun 3
kertas pemahaman tahun 3kertas pemahaman tahun 3
kertas pemahaman tahun 3
 
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2 Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2
Mid sem 1 bahasa indonesia kelas 2
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
 
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci Jawaban
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci JawabanSoal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci Jawaban
Soal UAS Kelas IV Semester 1 Bahasa Indonesia dan Kunci Jawaban
 
Sumatif sivik thn 5
Sumatif sivik thn 5Sumatif sivik thn 5
Sumatif sivik thn 5
 
Bahasaindonesia
BahasaindonesiaBahasaindonesia
Bahasaindonesia
 
Bahasaindonesia
BahasaindonesiaBahasaindonesia
Bahasaindonesia
 
Latihan pemahaman tahun 3
Latihan pemahaman tahun 3Latihan pemahaman tahun 3
Latihan pemahaman tahun 3
 
1. kata nama am 1 sk r. terjun
1. kata nama  am 1  sk r. terjun1. kata nama  am 1  sk r. terjun
1. kata nama am 1 sk r. terjun
 
Soal t1 st1kelas1
Soal t1 st1kelas1Soal t1 st1kelas1
Soal t1 st1kelas1
 
Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)
 
Set 1 (pem)
Set 1 (pem)Set 1 (pem)
Set 1 (pem)
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2mei
 
LATIHAN TATABAHASA 4.docx
LATIHAN TATABAHASA 4.docxLATIHAN TATABAHASA 4.docx
LATIHAN TATABAHASA 4.docx
 

Bahasa Melayu Tahun 2

  • 1. BAHASA MELAYU TAHUN 2 NAMA: ……………………………………………….. TAHUN 2 :……………………. Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat petikan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih satu jawapan yang betul sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 5. Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada hari Ahad yang lepas, Amir dan rakan-rakannya pergi ke sungai. Mereka hendak memancing ikan, tetapi sungai itu telah tercemar. Banyak sampah dibuang ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di sungai itu telah mati. Mereka pulang ke rumah dengan perasaan yang sedih. 1. Ke manakah Amir dan rakan-rakannya pergi ? A. bandar B. sekolah C. sungai D. hospital 2. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ? A. berkelah B. memancing C. berehat D. melancong 3. Bagaimanakah keadaan sungai itu ? A. tercemar B. jernih C. bersih D. seperti sediakala 4. Apakah tindakan Amir dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan sungai tersebut ? A. memberitahu penjaga B. membersihkan sungai C. memberitahu guru D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar 5. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ? A. gembira B. biasa C. dukacita D. riang Soalan 6 hingga Soalan 10. Baca iklan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Datanglah segera ke " GEDUNG BORONG ". Jualan murah selama sebulan mulai 1.3.2010 Sehingga 1.4.2010. Kami menjual barangan yang Bermutu tinggi dengan harga yang sungguh Murah. Harga yang menyebabkan anda Tersenyum. Potongan hebat sehingga 75 %. Nama Barangan Peratus Potongan 1. Barangan dapur 50% 2. Perabut kayu 35% 3. Peralatan elektrik 40% 4. Pakaian kanak-kanak 75% 5. Bahan pencuci 30% 6. Makanan dalam tin 25% Jimatkan wang anda. Cepatlah datang dan Balik dengan senyuman yang lebar. 1
  • 2. 6. Apakah nama kedai yang menawarkan jualan murah ini ? A. Kedai Gedung B. Gedung Borong C. Kedai Borong D. Pasar Borong 7. Berapa jeniskah barangan yang dijual dengan potongan harga istimewa ? A. 4 jenis B. 5 jenis C. 6 jenis D. 7 jenis 8. Berapakah potongan hebat tertinggi diberikan ? A. 25% B. 75% C. 45% D. 57% 9. Berapa lamakah jualan murah ini diadakan ? A. satu minggu B. satu bulan C. Dua minggu D. satu hari 10. Jika datang ke kedai ini, kita akan pulang dengan ………………… . A. menanggis B. senyum lebar C. ketawa D. tangis ketawa Soalan 11 hingga Soalan 15. Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka makan bekalan yang di bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih. Amir : Mengapa kamu bersedih, Sarjit ? Sarjit : Saya susah hati, Amir. Amir : Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya. Sarjit : Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya sudah seminggu Sakit. Dia tidak dapat menjual sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh sebab itu saya terpaksa melakukan kerja itu sementara waktu. Kalau tidak keluarga saya tentu menghadapi masalah kewangan. Amir : Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan memberitahukan hal ini kepada Cikgu Kamisah. Sarjit : Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui hal ini. Amir : Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan membantu kamu. Sarjit : Terima kasih Amir kerana membantu saya. 11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ? A. waktu pulang dari sekolah B. waktu pagi C. waktu makan tengah hari D. waktu rehat 12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ? A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah B. kerana dia anak sulung C. kerana dia terpaksa membantu ibunya D. kerana ibunya sakit 2
  • 3. 13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ? A. menjual sayur B. menjual kuih C. menjual makanan D. bekerja di pasar 14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ? A. meminta bantuan daripada ayahnya B. membantu Sarjit menjual sayur C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah D. memberikan wang belanja 15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud …………………. A. anak yang paling kecil dalam keluarga B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri C. anak yang pertama dalam keluarga D. anak yang kedua dalam keluarga Soalan 16 hingga Soalan 20. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kamal dan Sobri adik-beradik. Mereka bersekolah di SK Kayan, Sitiawan. Kamal adalah pelajar tahun dua dan Sobri pelajar tahun enam.Kedua-duanya sangat rajin dan pandai. Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu bersukan. Kamal gemar bermain ping pong dan Sobri pula gemar bermain badminton. Sobri mewakili sekolahnya dalam Pertandingan Badminton Daerah Manjung. 16. Berapakah umur Kamal ? A. lapan tahun B. sembilan tahun C. sepuluh tahun D. sebelas tahun 17. Apakah hobi mereka pada masa lapang ? A. belajar B. bersukan C. berkebun D. bermain 18. Permainan apakah yang digemari oleh Sobri ? A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki 19. Sobri telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan ……………. . A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki 20. Kedua-duanya mempunyai sikap yang rajin dan …………….. ? A. cerdik B. biasa C. baik D. pemalas 3
  • 4. Bahagian ini terdiri daripada 30 soalan (soalan 21 hingg 50). Jawab semua soalan. Soalan 21 hingga 28 Jawab soalan berdasarkan maklumat diberi. 21. Rajin lawannya ……………………… A. tekun B. malas C. lemah D. penat 22. Jika segar : letih maka sedih : …………………………. A. kecewa B. gembira C. lesu D. lupa 23. Berdasarkan gambar di bawah ini, padanan kata yang manakah yang sesuai. A. berat : ringan B. kuat : lemah C. besar : kecil D. tinggi : rendah 24. Jika tali : pinggang maka sapu : ……………… A. perut B. tangan C. muka D. mulut 25. Jururawat : hospital guru : ……………………… A. sekolah B. padang sekolah C. balai polis D. rumah 26. Jika sawah : padi maka kebun : ……………………. A. ladang B. emas C. getah D. beras 27. Pilih pasangan yang tidak sesuai. Jam : Tangan A. songkok : kepala B. rantai : leher C. kasut : kaki D. cincin : lutut 4
  • 5. 28. Pilih pasangan yang sesuai A. emas : pelombong B. ayam : pembajak C. ikan : petani D. padi : pekebun Soalan 29 hingga soalan 38. Pilih jawapan yang sesuai. 29. Langit mendung, …………………. pun turun. A. hujan B. kilat C. guruh D. ribut 30. 31 Ogos ialah hari ………………………………. A. Buruh B. Kebangsaan C. Raya Puasa D. Deepavali. 31. Ikan paus membiak secara ………………………………. A. melahirkan anak B. berenang C. menetas D. bertelur 32. Abang pergi ke ………………………… untuk membeli setem. A. pasar B. balai polis C. pejabat pos D. klinik 33. Di taman bunga itu banyak ……………………………… A. bunga-bungaan B. buah-buahan C. sayur-sayuran D. haiwan-haiwan 34. Asrul pelajar yang ……………………. . Dia ………………………….., oleh gurunya. A. jahat ……………. dipuja B. jujur ………….. dimarahi C. baik …………… dipuji D. bodoh ……….. dipukul 35. Gambar di atas menunjukkan …………………………………… A. dalam B. lebar C. panjang D. luas 36. Kamu suka bermain congkak ……………………… guli? A. atau B. jika C. dan D. tetapi 37. ……………………. Kamu menangis? A. Apakah B. Mengapakah C. Kemanakah D. Siapakah 5
  • 6. 38. “Bilakah awak hendak datang ke rumah …………………….?” Tanya Encik Azmee kepada Taufiq. A. kamu B. saya C. rakan D. saudara Soalan 39 hingga soalan 44. Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dan kata seerti atau sinonem. 39. Puan Shida membeli ………………………. Baju untuk anaknya. A. sebuah B. sepasang C. seekor D. seketul 40. Penjodoh bilangan bagi gambar di atas ialah A. buah B. biji C. keping D. hiris 41. Kata manakah yang menunjukkan maksud di atas? A. bulat B. masam C. masin D. manis 42. Jujur ertinya ……………….. A. setia B. iklas C. patuh D. baik hati 43. Cari kata yang sama makna. A. pendek : panjang B. besar : kecil C. cantik : lawa D. dekat : jauh 44. Pilih pasangan yang seerti. A. menyanyi : mencari B. mengira : membilang C. menyusun : mengesat D. menanduk : menendang 6
  • 7. Soalan 45 hingga soalan 50. Pilih simpulan bahasa yang sesuai. 45. Ammar seorang yang …………….. kerana tidak tahu bermain bola. A. kaki botol B. kaki judi C. kaki bangku D. kepala batu 46. Idham pergi …………………………….. ke Teluk Batik. A. makan angin B. makan ikan C. langkah kanan D. mulut tempayan 47. Ibu Aqilah sakit, Amira membawa …………………………… A. buah tangan B. buah hati C. cahaya mata D. cepat tangan 48. Pravin tidak mempunyai abang atau adik. Dia …………………………… A. anak buah B. anak emas C. anak angkat D. anak tunggal 49. Simpulan bahasa bagi orang yang sombong ialah …………………………. A. hidung tinggi B. jauh hati C. bulat hati D. hati batu 50. Orang yang suka mencuri = x x ialah ……………………………… A. cakar ayam B. kepala batu C. panjang tangan D. bekas tangan SELAMAT MENJAWAB. SEMOGA BERJAYA 7