SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 50
Descargar para leer sin conexión
Euthanasia                                                        Universiti Tunku Abdul Rahman


Pendahuluan

           Perkataan “euthanasia” berasal daripada bahasa Yunani eu (Baik) dan thanatos (Mati),

yang digabungkan menjadi mati dengan baik. Dengan kata lain, euthanasia membawa

maksud tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat

menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan

perubatan yang sedia ada. Selain itu, euthanasia juga bermakna kematian dengan aman tanpa

kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia,

non-voluntary euthanasia, involuntary euthanasia, euthanasia aktif, dan euthanasia pasif. Pada




                                                                      y
masa kini, hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Holland,




                                                      nl
Belgium dan negeri Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak

dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan
                                                     O
persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada

di negara masing-masing.
                                   ew

           Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang

meluluskannya sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary
                            vi


euthanasia). Dalam kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk
               e



melaksanakan euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Non-
            Pr




voluntary euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang

membawa mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan

asas dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia

pasif).1

           Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai

harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini


1
 Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia,
http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009)


                                                                                              1
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif

pesakit, kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan

penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang

masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih

untuk menamatkan hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh

menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan

koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga

dapat diringankan tetapi pada masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit




                                                                 y
untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan




                                                 nl
menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain.

       Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit
                                                O
dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan

penderitaan. Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan
                                ew

masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima

euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya
                        vi


doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor
           e



akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin
        Pr




akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama,

kebanyakan agama percaya bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan

manusia tidak menpunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima

bantahan yang tegas daripada ahli agama.

       Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga

melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia

harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan

masyarakat.


                                                                                            2
Euthanasia                                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


Huraian Isu

Sejarah euthanasia

        Perkataan ‘euthanasia’ yang digunakan pada kali pertama adalah dipercayai terdapat

dalam karya Suetonius, seorang sejarawan Roman, bertajuk De Vita Caesarum--Divus

Augustus, yang menghuraikan kematian Augustus Caesar. Petikan di bawah merupakan salah

satu petikan di dalam karya tersebut.



        "...while he was asking some newcomers from the city about the daughter of Drusus,




                                                                             y
        who was ill, he suddenly passed away as he was kissing Livia, uttering these last




                                                          nl
        words: "Live mindful of our wedlock, Livia, and farewell," thus blessed with an easy

        death and such a one as he had always longed for. For almost always, on hearing that
                                                         O
        anyone had died swiftly and painlessly, he prayed that he and his might have a like

        euthanasia, for that was the term he was wont to use. "2
                                      ew

        Kira-kira 400 S.M., salah satu frasa dalam Sumpah Hippokratik oleh Hippocrates,
                             vi


seorang ahli perubatan Greek yang amat terkenal, menyatakan bahawa
             e
          Pr




        “Saya tidak akan memberi ubat yang boleh membawa kemautan kepada sesiapa pun

        walaupun diminta ataupun dicadangkan.”3



di mana inilah dipercayai bermulanya konsep pertentangan euthanasia.

        Manakala penyokongan idea euthanasia yang pertama adalah pada abad ke-16, oleh

Thomas More. Dia berpendapat bahawa apabila seseorang pesakit menghidapi penyakit yang


2
  The Life Information Charitable Trust, (2007), General History of Euthanasia,
http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009)
3
  Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath, (2002),
http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html (8 Februari 2009)
                                                                                                   3
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


tidak dapat diubati dan dia menderita disebabkan penyakit tersebut, dia haruslah dinasihatkan

supaya matikan diri. Pesakit tersebut sepatutnya menyedari bahawa penyakitnya yang

langsung tidak dapat diubati akan menjadi beban orang lain dan penderitaannya akan

menyebabkan orang lain berasa kasihan terhadapnya. 4

        Undang-undang Inggeris iaitu English Common Law telah membantah perbuatan

pembunuhan diri, sama ada dengan sendiri ataupun dengan bantuan pihak ketiga sejak tahun

1300 sehingga abad lepas. Dalam English Common law, Bracton, seorang pihak autoriti yang

paling awal untuk hukum tersebut, menyatakan bahawa




                                                                            y
                                                          nl
        “Sesiapa yang membunuh diri disebabkan oleh ketidakinginan untuk menerima

        penderitaan badan yang selanjutnya akan dirampaskan harta benda peribadi, tetapi
                                                         O
        tidak akan merampas hartanya yang berharga.”. 5
                                      ew

        Pada akhir abad ke-18, Prussia telah menggubalkan undang-undang bagi meringankan

hukuman kepada sesiapa yang membantu dalam pembunuhan pesakit yang menghidapi
                             vi


penyakit yang tidak dapat diubati pada 1 Jun 1794. Sejak abad-ke 19, isu euthanasia menjadi
             e



semakin hangat didebati di kebanyakan negara, terutamanya di Amerika Utara dan Eropah.
          Pr




Pengubalan akta yang anti-euthanasia iaitu mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan

di dalam undang-undang Amerika di New York pada 10 Disember 1828 telah menyebabkan

beberapa negeri Amerika Syarikat seperti California dan Dakota turut menggunakan akta

tersebut sebagai contoh di setiap negeri masing-masing. Manakala di antara tahun 1857 dan

1865, Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka kod jenayah

yang melarangkan pembantuan dalam pembunuhan diri, terutamanya dalam “Pembekalan


4
  Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu, (2001), Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11,
Eubios Ethics Institute, 47-49.
5
  Neil McGill Gorsuch, (2006), The Future of Assisted Suicide and Euthanasia, Princeton University Press, 28-
29.
                                                                                                            4
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


kepada seorang dengan sebarang ubat atau senjata yang boleh menyebabkan kemautan,

walaupun niat orang tersebut yang hendak mengambil nyawa sendiri telah diketahui”. 6

Walaubagaimanapun, dengan kepesatan dalam teknologi perubatan, Amerika Syarikat pada

abad ke-20 mulai menimbang semula akta anti-euthanasia tahun 1828 berulang-kali.

        Pada tahun 1889, Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman menyokong kematian

secara sukarela dengan karya falsafahnya yang bertajuk Thus Spoke Zarathustra.



        Many die too late, and some die too early.




                                                                        y
        yet strange sounds the precept: “Die at the right time!”Die at the right time! So teach




                                                       nl
        I, Zarathustra.

        …My death, praise I unto you, the voluntary death, which cometh unto me because I
                                                      O
        want it.

                                                          Nietzsche - Thus Spoke Zarathustra
                                    ew

Manakala seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku bertajuk

“Killing Law” pada tahun 1895. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi
                           vi


penyakit maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan.
            e



        Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku
         Pr




kecil bertajuk ‘The Release of the Destruction of Life Devoid of Value’ pada tahun 1920 oleh

dua orang professor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan

nyawa makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapatan bahawa seseorang pesakit

yang meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada

doktor, jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas euthanasia

bukan sukarela kepada Nazi Jerman.7



6
  History of Euthanasia, (2009), http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html (5 Februari 2009)
7
  Malcolm Muggeridge, (1980), The Humane Holocaust, < http://www.prolifeforum.org/ethics/muggeridge.asp>
(18 Februari 2009)
                                                                                                       5
Euthanasia                                                           Universiti Tunku Abdul Rahman


           Pada tahun 1935, satu persatuan yang menyokong euthanasia sukarela, iaitu Voluntary

Euthanasia Society (VES) telah dibentuk di England pada tahun 1935. Persatuan tersebut

adalah merupakan jenis persatuan yang pertama kali ditubuhkan di seluruh dunia. VES

ditubuhkan dengan tujuan mengesahkan euthanasia sukarela supaya mereka yang menderita

daripada penyakit serius boleh mendapatkan bantuan untuk mati apabila mereka

memintakannya. 8 Beberapa tahun kemudian, persatuan euthanasia Amerika Syarikat iaitu

Euthanasia Society of America (ESA) juga ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Charles Francis

Potter.9




                                                                          y
           Kod nama ‘Aktion 4’ iaitu satu program euthanasia Nazi Jerman telah dilancarkan




                                                         nl
pada Oktober 1939 menujukan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang

menderita daripada kecacatan fizikal dan mental ataupun “makhluk yang tidak sepatutnya
                                                        O
hidup”. Selepas program tersebut dilancarkan dan semakin berkembang, tindakan euthanasia

bukan sukarela tersebut juga terlibat kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Atas
                                     ew

perintah Adolf Hitler yang bertarikh 1 September 1939, sesiapa yang didapati menghidap

penyakit yang tidak dapat diubati selepas menjalankan pemeriksaan haruslah diberikan
                            vi


euthanasia bukan sukarela, ataupun menurutnya, mercy death. 10
               e



       Selepas itu, pada tahun 1950, Persatuan Perubatan Dunia (World Medical Association)
            Pr




telah mengutuk euthanasia secara terbuka dan menyerukan supaya semua persatuan

perubatan negara seharusnya membuat sedemikian. Pada tahun yang sama, tinjauan pendapat

umum di Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa hanya 36% orang Amerika Syarikat

hendak mengesahkan pembunuhan diri dengan bantuan, ataupun assisted suicide. 11




8
  Definition of Voluntary Euthanasia Society, 13 November 1998,
http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=7423 (12 Februari 2009)
9
  Richard Weikart , (4 September 2004), Killing Them Kindly: Lessons from the euthanasia movement,
http://www.csustan.edu/history/faculty/Weikart/killing.htm (10 Februari 2009)
10
    Philip Gavin, (1996), The History Place, http://www.historyplace.com/ (12 Februari 2009)
11
   Ian Dowbiggin, (2007), A Concise History of Euthanasia, Rowman & Littlefield, 97
                                                                                                     6
Euthanasia                                                          Universiti Tunku Abdul Rahman


        Pada 5 May 1980, gereja Katolik telah membuat pengisytiharan terhadap euthanasia.

Secara umumnya, pengisytiharan tersebut adalah menunjukkan pertentangan mereka terhadap

euthanasia. Salah satu frasa di dalam pengumuman tersebut yang menegaskan pandangan

mereka berbunyi “Ini adalah diperlukan untuk menegaskan lagi bahawa tidak ada sesiapa pun

yang boleh memberikan keizinan untuk membunuh seseorang yang tidak bersalah, sama ada

dia fetus atau embrio, seorang kanak-kanak atau orang dewasa, seorang yang sudah tua,

ataupun seseorang yang menderita daripada penyakit maut, ataupun seseorang yang

menghadapi ajal.” 12 Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1984, mahkamah tertinggi




                                                                          y
Holland, secara tidak langsung, telah mengizinkan euthanasia sukarela di bawah beberapa




                                                        nl
keadaan disebabkan oleh kes Alkmaar.13

        Manakala pada tahun 1995, daerah utara Australia telah meluluskan draf undang-
                                                       O
undang yang mengenai euthanasia iaitu Rights of the Terminally Ill Act of the Northern

Territory. Draf undang-undang tersebut mula berkesan pada tahun 1996, tetapi telah berjaya
                                     ew

menterbalikkan kelulusan draf undang-undang tersebut pada tahun 1997 oleh Parlimen

Australia. Semasa tempoh draf undang-undang tersebut berkesan, hanya empat euthanasia
                            vi


telah dilaksanakan, dan semuanya dilaksanakan oleh Dr Philip Nitschke. 14
            e



        Pada 27 Oktober 1997, negeri Oregon, Amerika Syarikat telah berjaya menggubalkan
         Pr




undang-undang Death with Dignity Act yang memberi keizinan kepada penduduk Oregon

yang menghidapi penyakit maut menjalankan euthanasia sukarela terhadap sendiri, dengan

bantuan doktor.15 Seterusnya pada tahun 2000, Holland turut meluluskan euthanasia sukarela

dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor. Dua tahun kemudian, Belgium juga meluluskan




12
   Declaration Issued By The Sacred Congregation For The Doctrine Of The Faith
http://www.euthanasia.org.nz/religious-key-issues/catholic-church-teaching/ (2 Februari 2009)
13
   Margaret Otlowski, (1997), Voluntary Euthanasia and the Common Law, Oxford University Press, 401
14
   About Philip Nitschke, http://www.exitinternational.net/page/OurDirector (13 Februari 2009)
15
   Death With Dignity Act, http://www.oregon.gov/DHS/ph/pas/index.shtml (15 Februari 2009)
                                                                                                      7
Euthanasia                                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


undang-undang euthanasia seperti yang terdapat di negara Holland, mengizinkan euthanasia

sukarela dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor.16

         Setelah melebihi 100 percubaan untuk megesahkan undang-undang euthanasia

sukarela selepas negeri Oregon di Amerika Syarikat, akhirnya pada 4 November 2008, negeri

Washington berjaya dalam pengundian untuk pengesahan Initiative 1000 iaitu seseorang

penduduk Washington yang menghidapi penyakit maut dan telah diramalkan secara klinikal

bahawa dia hanya dapat hidup untuk enam bulan sahaja, boleh membuat permohonan untuk

membunuh diri dengan ubat yang disediakan oleh doktor. 17 Akan tetapi, pada masa yang




                                                                             y
sama, Washington State Medical Association (WSMA) menentangkan kelulusan tersebut.




                                                          nl
“Kami percaya pembunuhan diri dengan bantuan doktor tidak sesuai langsung dengan

peranan doktor yang sebagai penyembuh.” Kata Presiden WSMA, Brain P.Wicks. “Pesakit
                                                         O
sentiasa menaruhkan harapan terhadap doktor untuk menyembuhkannya dan ikatan tersebut

boleh dimusnahkan oleh kelulusan initiative 1000.”18
                                      ew

         Sehingga pada masa kini, masih terdapat banyak persatuan dan negara bergiat untuk

megesahkan euthanasia. Akan tetapi, disebabkan oleh penglibatan yang terlalu besar dalam
                             vi


pelbagai aspek dan perspektif, euthanasia dipercayai amat sukar untuk diluluskan di seluruh
             e



dunia.
          Pr




16
   The Life Information Charitable Trust, General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about-
euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009)
17
   Sarah Foster, (24 November 2008), Washington State Voters Legalize Physician-Assisted Suicide,
http://www.newswithviews.com/NWV-News/news109.htm (17 Februari 2009)
18
   Washington State Medical Association, (2 Julai 2008), As I-1000 Signatures are Counted, Washington State
Medical Association Opposition to Physician-Assisted Suicide Reiterated, http://www.bio-
medicine.org/medicine-news-1/As-I-1000-Signatures-are-Counted--Washington-State-Medical-Association-
Opposition-to-Physician-Assisted-Suicide-Reiterated-23161-1/ (17 Februari 2009)
                                                                                                               8
Euthanasia                                                    Universiti Tunku Abdul Rahman


Kaedah-kaedah Euthanasia

         Dengan perkembangan euthanasia yang semakin besar di seluruh dunia, pelbagai

kaedah-kaedah telah digunakan untuk memulakan proses euthanasia. Setiap kaedah ini boleh

memberikan akibat yang berlainan, ada juga yang menyakitkan. Secara umumnya, kaedah-

kaedah euthanasia boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu euthanasia pasif dan euthanasia

aktif.

Euthanasia pasif

         Dalam euthanasia pasif, seseorang akan dibiarkan dengan mengubah bentuk sokongan




                                                                   y
hidup dan meninggal dunia dalam keadaan semula jadi. Contohnya, kaedah penyekatan




                                                   nl
sokongan hidup,       kaedah penyekatan prosedur         perubatan,   kaedah kebuluran dan

penyahhidratan, dan kaedah euthanasia melalui komputer riba. 19 Semua kaedah-kaedah
                                                  O
euthanasia pasif perlu mendapatkan keizinan daripada mahkamah untuk dilaksanakan.

     §    Kaedah penyekatan sokongan hidup
                                 ew

     Kaedah penyekatan sokongan hidup biasanya dijalankan atas seseorang yang memerlukan

peralatan sokongan hidup seperti respirator dan alat-alat perubatan yang lain. Dalam kaedah
                          vi


ini, peralatan sokongan hidup ditanggalkan dan seseorang itu dibiarkan mati dalam keadaan
              e



semula jadi.
           Pr




     §    Kaedah penyekatan prosedur perubatan

     Kaedah penyekatan prosedur perubatan dijalankan atas seseorang yang memerlukan

prosedur perubatan untuk meneruskan hidupnya. Dalam kaedah ini, prosedur perubatan

dihentikan dan seseorang itu tidak dibekalkan dengan sebarang ubat lagi. Akhirnya,

seseorang itu akan mati secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, penyekatan pembekalan




19
    Wordpress.com, (Ogos 2007), Euthanasia dari perspektif sains, etika dan undang-undang,
http://72.14.235.132/search?q=cache:3CQ3J8mp5dsJ:umchemistry.files.wordpress.com/2007/08/perfect-
euthanasia.doc+EUTANASIA+DARI+PERSPEKTIF+SAINS,+ETIKA+DAN+UNDANG-
UNDANG&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my (21 Februari 2008)
                                                                                                9
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) juga dijalankan apabila seseorang itu memerlukan

CPR. Hal ini mengakibatkan jantungnya berhenti dan mati secara semula jadi.

     §   Kaedah kebuluran dan penyahhidratan

     Satu lagi kaedah euthanasia yang biasanya dijalankan atas seseorang dalam keadaan coma

ialah kaedah kebuluran dan penyahhidratan. Dalam kaedah ini, makanan dan cecair-cecair

(pemakanan dan penghidratan) disingkirkan daripada seseorang. Sama ada seseorang itu

adalah olahragawan Olimpik sihat yang boleh mengambil makanan dan cecair melalui mulut

ataupun pesakit lemah dan kurang upaya yang menerima makanan dan cecair melalui




                                                                        y
penyuapan tiub, kematian adalah tidak dapat dielakkan jika kaedah tersebut dilaksanakan




                                                       nl
terhadap seseorang. Biasanya kematian yang berlaku dalam kaedah ini adalah disebabkan

penyahhidratan. 20                                    O
     §   Kaedah euthanasia melalui komputer riba

     Salah satu kaedah untuk euthanasia pasif yang menarik telah digunakan oleh Dr. Philip
                                    ew

Nitschke semasa kelulusan Rights of the Terminally Ill (ROTI) Act pada tahun 1995 di

Wilayah Australia Utara. Sebelum menjalankan kewajipannya, beliau akan membuat
                           vi


panggilan kepada pesakit. Selepas itu, beliau membawa komputer riba, paip plastik, dan
             e



jarum suntik yang diisikan dengan barbiturit semasa melaksanakan pembunuhan diri terhadap
          Pr




pesakitnya. Komputer ribanya telah dilengkapkan dengan satu program “bunuh diri”. Selepas

pemasangan peralatan antara komputer riba dan pesakit, program akan bermula dan tiga

soalan akan timbul pada skrin komputer seperti berikut:

     1. Adakan anda memahami bahawa jika anda membaca sampai skrin yang terakhir dan

         menekan “ya”, anda akan diberikan ubat yang menyebabkan kematian dan anda akan

         mati? Ya/Tidak


20
  The Life Information Charitable Trust, (2007), Euthanasia Methods, http://www.euthanasia.org.nz/about-
euthanasia/methods/ (21 Februari 2008)


                                                                                                      10
Euthanasia                                                                Universiti Tunku Abdul Rahman


       2. Adakah anda memahami jika anda terus dan menekankan “ya” pada skrin seterusnya,

            anda akan mati? Ya/Tidak


       3. Dalam masa 15 saat, anda akan diberikan suntikan yang membawa kematian.

            Ya/Tidak


       Penekanan “ya” dalam ketiga-tiga soalan akan mengaktifkan penyuntikan program dan

ubat yang membawa kematian akan disuntikkan kepada pesakit. Cara ini membolehkan

doktor menjalankan tugasnya terhadap pesakit secara tidak langsung. 21




                                                                               y
                                                             nl
Euthanasia aktif

           Euthanasia aktif melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung
                                                            O
dan pada kebanyakan masa pembunuhan sebegini dilaksanakan semata-mata untuk

menunaikan permintaan seseorang pesakit yang sakit tenat. Kadang-kala, pelaksana
                                         ew

euthanasia aktif akan didakwa sekiranya pelaksanaan tersebut tidak diizinkan oleh mahkamah.

Contohnya, pembunuhan diri yang dibantu oleh doktor (Physician Assisted Suicide),
                                vi


penggunaan “pil aman”, dan kaedah suntikan dadah.

       §    Kaedah pembunuhan diri yang dibantu oleh doctor (Physician Assisted Suicide)
                e



       Dalam kaedah ini, doktor berkenaan menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia dan
             Pr




cara membunuh dengan jelas kepada seseorang yang memohon untuk mematikan diri.

Bimbingan tersebut akan membantu mereka yang terlibat memahami tujuan euthanasia dan

membantu mereka membunuh diri. Selepas itu, doktor akan melaksanakan euthanasia aktif

terhadap mereka yang bertegas untuk membunuh diri dengan bantuan doktor.




21
     Philip Nitschke & Fiona Stewart, The Peaceful Pill Handbook, (2006), Exit International US Ltd, 8
                                                                                                         11
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


   §   Kaedah suntikan mati dan penggunaan “pil aman”

   Kebanyakan orang tidak menerima penyingkiran segala rawatan dan penjagaan terutama

penyingkiran makanan dan cecair-cecair kerana mereka berasa kaedah tersebut amat

menyakitkan, dan mereka lebih sudi untuk menerima suntikan mati dan penggunaan “pil

aman”. Dengan menggunakan suntikan mati dan “pil aman”, seseorang akan meninggal dunia

dalam keadaan yang tidak sedar diri, tanpa penderitaan dan kesakitan.

   §   Kaedah suntikan dadah

   Kaedah euthanasia yang paling biasa digunakan dalam euthanasia aktif iaitu memberi




                                                                 y
pesakit ubat morfin yang biasanya digunakan untuk mengawal kesakitan dalam dos yang




                                                 nl
tinggi. Suntikan tersebut akan menindas respirasi pesakit dan menyebabkan kematian yang

lebih awal daripada yang sepatutnya.            O
                                ew
           e            vi
        Pr




                                                                                       12
Euthanasia                                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


Kes-kes yang melibatkan euthanasia

          Beberapa kisah benar mengenai euthanasia telah disertakan sebagai rujukan. Kes-kes

sedemikian sentiasa berlaku di mana-mana jua sahaja dan cara untuk melaksanakan

euthanasia adalah berlainan. Kes-kes berikut telah digolongkan kepada kes euthanasia bukan

sukarela (non-voluntary euthanasia), kes euthanasia sukarela (voluntary euthanasia) dan kes

kegagalan dalam permohonan euthanasia. Kebanyakan kes yang disertakan tergolong kepada

kes euthanasia bukan sukarela.




                                                                            y
Kes euthanasia bukan sukarela (Voluntary euthanasia)




                                                          nl
     §    Kes Karen Ann Quinlan, Amerika Syarikat

     Pada bulan April hari 15, 1975, Karen Ann Quinlan yang berumur 21 tahun telah
                                                         O
dimasukkan ke hospital dalam keadaan kehilangan kesedaran diri. Dalam beberapa jam

sahaja, dia telah memasuki keadaan koma yang tidak dapat dipulihkan. Kedua-dua ibu
                                      ew

bapanya, penganut Roman Catholics, mengetahui bahawa anak perempuan mereka tidak rela

berada dalam keadaan tersebut. Setahun kemudian, Karen memasuki keadaan vegetatif
                             vi


persisten. Pada masa itu, mahkamah-mahkamah membenarkan rawatannya untuk dihentikan;
              e



tetapi penyuapan buatan masih diteruskan dan dia telah dikekalkan sebagai sebuah badan
           Pr




yang hidup sehingga Jun 1985. Akhirnya, dia meniggal dunia disebabkan oleh penyakit

pneumonia. Keluarganya menerima beribu-ribu surat                        simpati dan kebanyakannya

berpendapat bahawa keluarga Karen tidak sepatutnya membiarkan Karen menderita selama

ini. 22




22
  Kirsti A. Dyer, Karen Ann Quinlan - A Focal Point for Death with Dignity/Right to Die Movement, (19
Disember 2006), http://dying.about.com/od/palliativeendoflifecare/p/karen_quinlan.htm , (20 Februari 2009)
                                                                                                             13
Euthanasia                                                              Universiti Tunku Abdul Rahman


     §   Kes Tony Bland, United Kingdom

     Pada 1992, Mahkamah Tinggi United Kingdom membenarkan euthanasia mangsa

kemalangan Hillsborough, Tony Bland yang berada dalam keadaan koma dengan

memutuskan tiub-tiub penyuapannya. Presiden Bahagian Keluarga, Tuan Stephen Brown

berkata, tidak ada "kemungkinan munasabah" bahawa dia akan sedar daripada koma. Ibu

bapa Tony Bland, Allan dan Barbara, menyokong tindakan mahkamah dan berasa lega atas

keputusan tersebut. Tony Bland, pada umur 22, mengalami kerosakan otak yang teruk

daripada kemalangan keruntuhan tempat duduk stadium apabila dia dan penyokong-




                                                                             y
penyokong bola sepak lain yang sedang berhimpit-himpit untuk memasuki ke dalam stadium




                                                           nl
Hillsborough pada bulan April 1989. Sebanyak sembilan puluh lima peminat telah mati

dalam malapetaka itu. Dalam Mahkamah Tinggi, para doktor Tony Bland dari Hospital Besar
                                                          O
Airedale, dan pakar-pakar lain dalam bidang perubatan bercadang bahawa dia boleh bertahan

selama lima tahun tetapi dia tidak akan pulih dan jika tiub penyuapan dikeluarkan, dia akan
                                      ew

mati dalam beberapa hari. Akhirnya, Tony meninggal dunia daripada penyahhidratan

sembilan hari selepas tiub penyuapannya dialihkan. 23
             e               vi


     §   Kes Again Isna Nauli, Indonesia
          Pr




     Satu permohonan untuk melakukan euthanasia pada tarikh 22 Oktober 2004 telah dibuat

oleh seorang suami bernama Hassan Kusuma ke Mahkamah Negeri Jakarta Pusat kerana

tidak lega melihatkan isterinya yang bernama Again Isna Nauli, 33 tahun, tergolek koma

selama 2 bulan dan di samping itu, ketidakmampuan untuk menanggung beban bayaran

perawatan turut menjadi alasannya untuk permohonan tersebut. Kes ini merupakan salah satu

contoh bentuk euthanasia yang di luar keinginan pesakit. Permohonan ini akhirnya ditolak

oleh Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, dan setelah menjalani perawatan intensif maka

23
  Telegraph & Argus, A right to choose, (15 April 1999),
http://archive.thisisbradford.co.uk/1999/4/15/164123.html , (21 Februari 2009)
                                                                                                   14
Euthanasia                                                           Universiti Tunku Abdul Rahman


keadaan terakhir pesakit (pada 7 Januari 2005) telah mengalami kemajuan dalam pemulihan

kesihatannya.24



     §   Kes Terri Schiavo, Amerika Syarikat

     Terri Schiavo (41 tahun) telah meninggal dunia di negeri Florida, pada 31 Mac 2005, 13

hari setelah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberikan keizinan untuk mencabut salur

makanan yang selama ini menghidupkan pesakit dalam koma ini. Koma pesakit tersebut

bermula pada tahun 1990. Terri jatuh di rumahnya dan ditemui oleh suaminya, Michael




                                                                          y
Schiavo, dalam keadaan kegagalan jantung. Terri dapat diresusitasikan lagi setelah ambulans




                                                         nl
dipanggil, tetapi disebabkan oleh penghentian nafas dalam masa yang panjang, dia

mengalami kerosakan otak yang kritikal, akibat kekurangan oksigen. Menurut kalangan
                                                        O
medik, kegagalan jantung itu disebabkan oleh ketidakseimbangan unsur potasium dalam

tubuhnya. Oleh kerana itu, doktornya kemudian dituduh kesalahan praktik dan terpaksa
                                     ew

membayar ganti rugi besar kerana kecuaian dalam penilaiannya iaitu tidak menemukan

keadaan yang membahayakan ini pada pesakitnya.
                            vi


         Setelah Terri Schiavo selama 8 tahun berada dalam keadaan koma, maka pada bulan
             e



Mei 1998 suaminya, Michael Schiavo membuat permohonan ke mahkamah agar salur alat
          Pr




bantu makanan pada isterinya boleh dicabut agar isterinya dapat meninggal dengan tenang,

namun ibubapa Terri Schiavo iaitu Bobert dan Mary Schindler menyatakan keberatan dan

menentang niat menantu mereka. Dua kali salur makanan telah dilepaskan dengan izin

mahkamah, tetapi beberapa hari kemudian, salur makanan tersebut dipasang kembali atas

perintah hakim yang lebih tinggi. Ketika akhirnya hakim memutuskan bahawa salur makanan

boleh dilepaskan, maka para penyokong keluarga Schindler melakukan segala yang boleh

untuk menggerakkan Senat Amerika Syarikat agar membuat undang-undang yang

24
  Taipei Times, Indonesian call for euthanasia riles Muslim population, (15 November 2004),
http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/2004/11/15/2003211150 , (19 Februari 2009)
                                                                                                15
Euthanasia                                                        Universiti Tunku Abdul Rahman


memerintahkan Mahkamah Persekutuan untuk meninjau kembali keputusan hakim tersebut.

Undang-undang ini disokong oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan ditandatangani

oleh Presiden George Walker Bush. Tetapi, berdasarkan undang-undang di Amerika,

kekuasaan kehakiman tidak bergantungan dengan sebarang kuasa yang lain, akhirnya hakim

persekutuan membenarkan keputusan hakim terdahulu. 25



     §   Kes Dr. Park, Korea Selatan

     Di Korea Selatan, pada tahun 2002, terdapat seorang pesakit wanita berusia 68 tahun




                                                                       y
yang menderita daripada penyakit sirosis hati. Setelah dirawat selama tiga bulan, seorang




                                                      nl
doktor bernama Park yang berumur 30 tahun, telah mencabut alat bantu pernafasan atas

permintaan anak perempuan pesakit tersebut. Pada Disember 2002, anak lelaki pesakit
                                                     O
tersebut meminta polis untuk menyiasat kakaknya berserta dengan doktor tersebut atas

tuduhan melakukan pembunuhan. Dr. Park mengatakan bahawa dia tidak bersalah dan hanya
                                   ew

menunai permintaan anak perempuan pesakit tersebut agar alat bantu pernafasan tersebut

tidak dipasangkan. Satu minggu sebelum mati, pesakit tersebut amat diderita oleh penyakit
                           vi


sirosis hati yang telah mencapai peringkat akhir, dan doktor mengatakan bahawa walaupun
             e



alat bantu pernafasan tidak dicabut, kemungkinan besar pesakit tersebut hanya dapat bertahan
          Pr




selama 24 jam sahaja.26



Euthanasia sukarela (voluntary euthanasia)

     §   Kes Dr. Nigel Cox, United Kingdom

     Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju

kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan euthanasia


25
   Diana Lynne, The whole Terri Schiavo story, (24 Mac 2005),
http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=43463 , (21 Februari 2009)
26
   Theresa Kim Hwa-young, Seoul, the debate on euthanasia opens, (13 Jun 2007),
http://new.asianews.it/index.php?l=en&art=9539 , (21 Februari 2009)
                                                                                             16
Euthanasia                                                              Universiti Tunku Abdul Rahman


sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika

sesiapa menyentuh dia. Ubat biasa tidak melegakan penderitaannya. Dalam hari-hari

terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox memberinya

satu suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia. Akibatnya Dr. Cox

telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah. 27



       §   Kes Sue Rodriguez, Kanada

           Sue Rodriguez28, seorang ibu dalam awal tiga puluhannya, menghadapi penyakit Lou




                                                                             y
Gehrig. Dia mengetahui bahawa otot-ototnya akan merosot sehingga suatu hari dia akan




                                                            nl
tercekik sehingga mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya

membenarkan doktor membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya.
                                                           O
Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan.

Akhirnya seorang doktor, pada bulan Februari 1994, telah melanggar undang-undang dan
                                        ew

membantunya untuk meninggal dunia.
                               vi


Kegagalan dalam permintaan euthanasia
               e



       §   Kes Dianne Pretty, United Kingdom
            Pr




           Dianne Pretty 29 menghadapi penyakit neuron motor kritikal. Dia dan suaminya

merayu kepada mahkamah agar memberikan keimunan dari dakwaan terhadap suaminya jika

suaminya membantu dia membunuh dirinya, tetapi permintaan tersebut telah ditolak.

Akhirnya, Dianne Pretty telah mati di hospital dalam keadaan yang dia hendak mengelakkan.

Terdapat seorang perakam dokumentari telah merekodkan penderitaan dan kehilangan



27
     John Keown, (2002), Euthanasia, Ethics, and Public Policy, Cambridge University Press, 11
28
     William F. Sullivan, (2004), Eye of the Heart, University of Toronto Press, 33
29
  BBC News, Diane Pretty dies, (12 Mei 2002), http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1983457.stm , (21 Februari
2009)
                                                                                                             17
Euthanasia                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


maruah semasa Dianne Pretty melawan penyakitnya, dan ini membuat kesnya amat terkenal

di England.




                                                           y
                                             nl
                                            O
                             ew
           e          vi
        Pr




                                                                                   18
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


Perbincangan - Agama

Pandangan dari agama Kristian

        Agama Kristian pada keseluruhannya, menentang euthanasia dan sebarang perbuatan

mengambil nyawa diri atau orang lain. Penganut Kristian percaya bahawa semua manusia

adalah pemberian Tuhan, dan adalah maha suci.



        “In the image of God” – Genesis 1:26 (“Dalam imej Tuhan").




                                                                           y
        Euthanasia dan perbuatan bunuh diri dikatakan ia menentang perintah Tuhan kerana




                                                         nl
bagi mereka, hanya Tuhan mempunyai kuasa menentukan hidup-mati.

                                                        O
         "No man has power over the wind to contain it; so no one has power over the day of

        his death." - Ecclesiastes 8:8 30 ("Tiada manusia mempunyai kuasa lebih daripada
                                     ew

        angin; tiada sesiapa mempunyai kuasa terhadap hari kematiannya.")
                            vi


        Kitab-kitab     ajaran    Kristian    tidak    membincang        tentang    euthanasia.       Walau
            e



bagaimanapun, kebanyakan ajaran kitab-kitab Kristian mempunyai unsur-unsur yang
         Pr




bertentangan dengan Euthanasia dan perbuatan bunuh diri. Kebanyakan petikan-petikan yang

dipetik daripada kitab Kristian memberi ajaran yang bertentangan dengan ideologi euthanasia.

Walaupun kitab-kitab Kristian tidak membincangkan tentang Euthanasia, tetapi sesetengah

kitab mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan perbuatan mengambil nyawa sendiri.
                                                           31
Contohnya dalam King Saul - 1 Samuel 31:3-5                     yang menceritakan tentang Raja Saul.

Dalam kitab, Raja Saul kalah dalam peperangan dan takut ditawan, beliau menyuruh

30
   Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia ,
<http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
31
   David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php >
(3 Februari 2008)
                                                                                                         19
Euthanasia                                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


pembawa perisainya supaya membunuhnya tetapi pembawa perisainya enggan. Akhirnya,

Saul dan pembawa perisainya sama-sama membunuh diri. Satu lagi contoh adalah dalam

kitab “old testament”, terdapat satu kejadian bagi pembunuh diri, iaitu Judas Iscariot -

Matthew 27:3-5; Acts 1:1832. Judas Iscariot berasa amat kesal selepas mengkhianati Jesus

dan menggantung dirinya.


        Kitab-kitab mencatatkan kejadian-kejadian ini sebagai fakta untuk memberi

pengajaran. Dalam setiap kes ini, orang yang mengambil nyawa sendiri atau orang lain

biasanya didorong oleh watak kejam. Ini menunjukkan bahawa agama Kristian menentang




                                                                            y
perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain seperti euthanasia.




                                                           nl
        Pada pandangan Kristian, euthanasia merupakan perbuatan mengambil nyawa sendiri
                                                          O
atau orang lain yang bertentangan dengan ajaran kitab- kitab Kristian. Satu petikan dari kitab,
                                      ew
                                                     33
        “Thou shalt not kill” – Exodus 20:13


yang bermaksud jangan membunuh, mengatakan jelas bahawa agama Kristian menentang
                             vi


sebarang perbuatan mengambil nyawa, sama-ada membunuh diri atau orang lain. Pada
             e



pandangan Kristian, Euthanasia merupakan perbuatan membunuh diri yang dianggap berdosa.
          Pr




        Penganut-penganut Kristian percaya bahawa nyawa adalah pemberian Tuhan dan

setiap insan adalah bagai khalifahNYA, seperti petikan



        “You yourselves are God's temple” - 1 Corinthians 3:16 ("Anda adalah kuil Tuhan").



Petikan –petikan seperti
32
   David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php >
(3 Februari 2008)
33
   Archpriest Victor Potapov, (1991), The sixth commandment,
<http://www.stjohndc.org/Russian/command/e_command_06_euthnas.htm> (2 Februari 2008)
                                                                                                      20
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman




        “The LORD gave and the LORD has taken away” - Job 1:21 ("TUHAN memberi dan

        membawa pergi")

dan

        “My times are in thy hand...” - Psalms 31:15 ("Masa-masa saya adalah dalam

        kawalanNYA”)34

mengatakan bahawa hanya Tuhan yang berhak menentukan kematian seseorang.




                                                                           y
        “To every thing there is a season, and a time to every purpose under the heaven: A




                                                         nl
        time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which is

        planted” - Ecclesiastes 3:1-2 35 (“Setiap benda terdapat satu musim, dan satu masa
                                                        O
        untuk setiap tujuannya di bawah syurga: Satu masa untuk dilahirkan, dan satu masa

        mati; satu masa untuk tanam, dan satu masa untuk mencabut apa yang ditanamkan")
                                     ew

Petikan di atas mengatakan bahawa kematian seseorang adalah takdir dan ditentukan oleh
                            vi


Tuhan. Perbuatan yang mengubah hakikat hidup-mati dianggap sebagai perbuatan berdosa.
            e



       Agama Kristian menumpu kepada kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan.
         Pr




Kebanyakan kes-kes euthanasia disebabkan oleh penderitaan melawan penyakit kritikal atau

koma. Kebanyakan orang yang menjalankan euthanasia adalah kerana ingin melepaskan diri

daripada kesengsaraan dan penderitaan yang alaminya, khususnya penyakit kritical. Ajaran

Kristian tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut, Sebaliknya, ajaran Kristian mengatakan

bahawa kita seharusnya mengatasi apa-apa yang terjadi.



34
  Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia ,
<http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
35
  Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia ,
<http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
                                                                                                      21
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


         “Be not over much wicked, neither be thou foolish: why shouldest thou die before thy
                                            36
         time?” - Ecclesiastes 7:17              (“Jangan menjadi kejam, mahupun menjadi bodoh:

         adakah patut kamu mati sebelum masaNYA?")



         Walaupun dalam kitab Kristian tidak membincangkan Euthanasia secara langsung,

tetapi terdapat juga sesetengah petikan yang berhujah untuk Euthanasia secara tidak langsung.

Walau Bagaimanapun, kebanyakan petikan lebih memihak kepada pembangkangan

Euthanasia. Salah satu petikan dari kitab yang dikatakan menyokong Euthanasia seperti di




                                                                           y
bawah.




                                                         nl
         "Love your neighbour as you love yourself" – Jesus.37("Cinta jiran anda seperti anda
                                                        O
         mencintai sendiri" – Jesus).
                                     ew

Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga mementingkan kasih sayang. Sesetengah

orang berpendapat Euthanasia sebagai perbuatan daripada belas kasihan dan kasih sayang.
                            vi


         Secara keseluruhannya, dalam perspektif agama Kristian, euthanasia adalah
             e



dilarangkan kerana sebarang tindakan yang mengambil nyawa dianggapkan berdosa.
          Pr




36
   Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia ,
<http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
37
   Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia ,
<http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)


                                                                                                      22
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


Pandangan dari agama Islam

        Euthanasia dalam ajaran Islam disebut qatl ar-rahmah atau taisir al-maut 38 , iaitu

tindakan yang memudahkan kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit,

dengan tujuan meringankan penderitaan pesakit, baik dengan cara positif ataupun negatif.

Secara umum, euthanasia adalah dilarangkan sama-sekali di dalam agama Islam dan

dianggapkan dosa besar kepada sesiapa yang melaksanakannya. Dalam pandangan agama

Islam, hak seseorang untuk hidup dan mati merupakan anugerah Allah kepada manusia, dan

manusia diamanahkan dengan tubuh badan supaya menjaganya dengan baik mengikut




                                                                           y
landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.




                                                         nl
        Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu,
                                                        O
        kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat

        mengingkari nikmat.
                                     ew

        Al-Qur’an - Surat 22. Al Hajj : Ayat 66
                            vi


        Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman
            e



        mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah
         Pr




        berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka.

        Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan

        manusia tidak bersyukur.

        Al-Qur’an - Surat 2. Al Baqarah : Ayat 243



        Dalam agama Islam, nyawa dianggapkan suci kerana ia adalah anugerah daripada

Allah. Euthanasia tidak dirangkumi di antara alasan-alasan untuk membunuh di dalam ajaran

38
  Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia,
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html, (25 Januari 2009)
                                                                                                 23
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


Islam. Oleh itu, pembunuhan tanpa alasan yang benar adalah dilarangkan sama-sekali.

Agama Islam juga tidak membenarkan membunuh diri walaupun dalam keseksaan and

penderitaan kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan bukan pemilik

mutlak.39



        Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya),

        melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara

        lalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya,




                                                                        y
        tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia




                                                       nl
        adalah orang yang mendapat pertolongan.

        Al-Qur’an - Surat 17. Al Israa’: Ayat 33      O
        Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa: barang
                                    ew

        siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang

        lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia
                           vi


        telah membunuh manusia seluruhnya.
            e



        Al-Qur’an - Surat 5. Al Maa-Idah: Ayat 32
         Pr




        Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha

        Penyayang kepadamu.

        Al-Qur’an - Surat 4. An Nisaa’: Ayat 29



        Nabi [Muhammad SAW] berkata, "Diantara bangsa-bangsa di hadapanmu adalah

        seorang lelaki yang terluka, dan mulai tidak sabar (dengan sakitnya), [lalu] ia
39
   Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia,
http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009).

                                                                                              24
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


       mengambil sebilah pisau dan memotong tangannya dengan itu dan darahnya tidak

       berhenti hingga ia meninggal. Allah bersabda, ' HambaKu bergegas menjemput

       kematiannya sehingga Aku telah melarangnya (untuk masuk) syurga.'

       Sahih Bukhari 4:56:669



       Dalam ajaran Islam, Allahlah yang memiliki semua hidupan dan akan menentukan

masa kematian seseorang manusia yang tidak dapat diubahkan oleh manusia sendiri. Oleh

demikian, euthanasia adalah dilarang secara tegas dan jelas dalam ajaran Islam.




                                                                 y
                                                  nl
       Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan

       sesaatpun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan.
                                                 O
       Al-Qur’an - Surat 16. An Nahl: Ayat 61
                                ew

       Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai

       ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
                         vi


       Al-Qur’an - Surat 3. Ali ‘Imran: Ayat 145
           e
        Pr




       Walaupun kebanyakan tindakan euthanasia dilakukan kerana kasih sayang yang

bertujuan untuk mengurangkan keseksaan yang dihadapi oleh pesakit, terutamanya yang

dilakukan oleh doctor, namun Dr. Syekh Yusuf Al-Qardhawi, seorang sarjana yang amat

terkenal dari Egpyt telah menerangkan euthanasia aktif, iaitu tindakan memudahkan kematian

pesakit dengan menggunakan peralatan atau ubat, merupakan tindakan yang tidak dapat

dilepaskan dari kategori pembunuhan meskipun tindakan tersebut dilaksanakan atas rasa

kasihan terhadap pesakit kerana walau bagaimanapun doctor tidaklah lebih pengasih dan

penyayang daripada Allah yang menciptakannya. Hanya Allah yang memberi kehidupan


                                                                                        25
Euthanasia                                                           Universiti Tunku Abdul Rahman


kepada manusia dan mencabutnya apabila telah tiba masa yang telah ditetapkan-Nya. 40

Berdasarkan hadits Ibnu Abbas yang diriwayatkan dalam kitab Sahih dari seorang wanita

yang ditimpa penyakit epilepsi. Wanita itu meminta kepada Nabi s.a.w. agar mendoakannya,

lalu beliau menjawab:

         ‘Jika engkau mahu bersabar (maka bersabarlah), engkau akan mendapatkan syurga;

dan jika engkau mahu, akan saya doakan kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’



Wanita itu menjawab,




                                                                           y
        ‘Aku akan bersabar. Sebenarnya saya tadi ingin dihilangkan penyakit saya. Oleh




                                                         nl
kerana itu doakanlah kepada Allah agar saya tidak akan minta untuk menghilangkan

penyakit saya.’                                         O
Lalu Nabi s.a.w. mendoakan orang itu agar tidak meminta dihilangkan penyakitnya. Oleh itu,
                                     ew

kita dapat melihat dalam ajaran Islam, seseorang yang menanggung penderitaan adalah

diminta bersabar dan redha (menerima dengan rasa senang) kerana ia mendapat ganjaran
                            vi


besar dari Allah swt.41
            e
         Pr




        Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan

        cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang

        menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan

        (oleh Allah).

        Al-Qur’an - Surat 31. Luqman: Ayat 17




40
   Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia,
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html (25 Januari 2009)
41
   Abu Asyraf , Euthanasia: perundangan dan perspektif Islam,
www.geocities.com/Athens/Academy/2211/euthanas.htm (30 Januari 2009)
                                                                                                26
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


        Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu".

        Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah

        itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang

        dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

        Al-Qur’an - Surat 39. Az-Zumar: Ayat 10



        Pada konferensi pertama tentang kedoktoran iaitu First International Conference of

Islamic Medicine anjuran Islamic Organisation of Medical Science di Kuwait pada tahun




                                                                        y
1981 telah menyatakan bahawa tidak ada sebarang alasan yang dapat menyokong mercy




                                                       nl
killing (Euthanasia) yang bertujuan untuk menghilangkan penderitaan dan keseksaan. Juga

dalam kod Islam etika perubatan telah dinyatakan bahawa doktor tidak mempunyai kuasa
                                                      O
untuk menamatkan nyawa seseorang pesakit walaupun pesakit tersebut telah dibuktikan tidak

dapat dipulihkan secara saintifik, sebaliknya doktor hendaklah mencuba sedaya-upaya untuk
                                    ew

mengekalkan nyawa pesakit tersebut kerana tanggungjawab doktor adalah membantu dalam

penyambungan nyawa, bukan kematian. 42
                           vi


        Islamic European Council for Fatwa and Research (ECFR) telah memutuskan
            e



bahawa tindakan membunuh diri dan juga euthanasia, tak kira euthanasia aktif ataupun pasif,
         Pr




adalah dilarangkan dalam agama Islam. Pada sesi ke-11 yang telah diadakan dari 1 Julai ke 6

Julai 2003 di Stockholm, ibu negara Sweden, majlis telah menyatakan bahawa pesakit adalah

dilarang membunuh diri ataupun dibunuh oleh orang lain walaupun pesakit tersebut telah

memberi keizinan kepadanya. Akan tetapi, majlis tersebut memutuskan bahawa pesakit yang

dibuktikan mati secara klinikal diizinkan menghentikan pembekalan mesin pernafasan

kepada pesakit tersebut kerana mereka yang mati secara klinikal telah kehilangan perasaan

sebab kerosakan yang dialami oleh otak, dan ini menjadi tidak bermakna untuk membekalkan

42
 Rahman, Abdul, C.Amine, and Ahmed Elkadi, (1981), The Islamic Code of Medical Professional Ethics,
Kuwait Ministry of Health, 65-67
                                                                                                      27
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


mesin pernafasan kepada pesakit tersebut, sedangkan pembekalan tersebut boleh

meningkatkan kos operasi hospital dan banyak lagi pesakit yang lain amat memerlukannya. 43

        Oleh demikian, jelaslah bahawa dalam agama Islam, euthanasia adalah tindakan yang

tidak dibenarkan dan juga tidak akan dihalalkan di mana-mana negara di dunia kerana dalam

ajaran Islam, hak untuk menentukan masa kematian adalah pada tangan Allah swt. Sebagai

makhluk yang diciptakan olehNya, manusia haruslah menyayangi dan menjaga nyawa sendiri

tanpa syarat.




                                                                           y
                                                         nl
                                                        O
                                     ew
            e               vi
         Pr




43
  Catholic World News Brief , Islamic Religious Leadership Council Rules Against Euthanasia, Assisted
Suicide, www.LifesiteNews.com/CWN (1 Februari 2009)
                                                                                                        28
Euthanasia                                                        Universiti Tunku Abdul Rahman


Pandangan dari agama Buddha

        Isu euthanasia merupakan isu serius yang sering dibicarakan oleh kalangan

masyarakat, sama ada para doktor, para ahli hukum, ataupun para ulama. Walaupun terdapat

sekelompok yang bersetuju, namun kebanyakan tidak setuju. Masalah euthanasia ini tidak

luput pula dari perhatian umat Buddha. Mereka berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi

setentunya dengan berpedoman kepada pengajaran Sang Buddha. Euthanasia, iaitu perbuatan

mempercepat kematian seseorang secara tidak alamiah, sama ada dengan menggunakan ubat

penenang atau menghentikan terapi yang boleh memanjangkan tempoh hidup pesakit,




                                                                       y
merupakan pelanggaran terhadap sila ajaran Buddha.




                                                      nl
“Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak mencuri, tidak berzina, tidak berbohong, tidak
                                                     O
minum arak, dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuatan tersebut. Lima sila ini

merupakan perintah yang patut dipatuhi semasa berada di dalam rumah.” (Samyuktagama
                                   ew

Sutra, topik 33)
                           vi


      Dalam ajaran Buddha, terdapat lima dasar kemoralan (sila) yang diutamakan oleh Sang
            e



Buddha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri
         Pr




dan melahirkan keperibadian yang sempurna. Lima sila termasuklah menghindari

pembunuhan, menghindari pengambilan sesuatu yang tidak diberikan, menghindari perbuatan

berzina, menghindari perkataan bohong dan menghindari minuman keras. 44 Dalam sila

“Menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk

hidupan, termasuk nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja.




44
  Bhikkhu Dhammavuddho Maha Thera, (Mei 2008), Pesan Sang Buddha, <http://www.patria.or.id>, (21
Januari 2009)

                                                                                                   29
Euthanasia                                                           Universiti Tunku Abdul Rahman


         Nyawa merupakan hal yang paling berharga bagi setiap makhluk hidup, terutamanya

nyawa manusia. 45 Seseorang akan berasa ketakutan yang terbesar apabila hidupnya dalam

bahaya atau ancaman. Sang Buddha menekankan ajaran ini supaya melahirkan sifat belas

kasihan di kalangan penganut. Walaupun kebanyakan kes euthanasia dilakukan dengan

alasan kasih sayang, atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas

kesakitannya, tetapi perlaksanaan euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat.

Seseorang yang memang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan perbuatan

mengakhiri hidup seseorang kerana dia menyedari bahawa hidup merupakan milikan yang




                                                                          y
paling berharga bagi setiap makhluk. 46 Dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan tanpa




                                                        nl
berputus asa untuk menghilangkan penderitaan orang lain dengan cara yang lebih tepat dan

benar.                                                 O
“Jika kamu sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tentu mendapat balasan, sama ada
                                     ew

yang baik atau yang buruk; jika kamu tidak sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu

tidak akan mendapat balasan.” (Madhyamagama Sutra, topik 5)
             e              vi
          Pr




" Sesuai dengan benih yang ditanam, itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan

akan mengumpulkan kebaikan Pelaku keburukan, memperoleh keburukan. Jika anda

menanamkan benih yang baik, maka anda menikmati buah yang baik." (Samyutta Nikaya I,

227)




45
  Dalai Lama, (18 September 1996), “What are Buddhist perspectives on euthanasia and physician-assisted
suicide?”, <http://www.euthanasia.procon.org/viewanswers.asp?questionID=158>, (23 Januari 2009)
46
  Bohdi, (29 Disember 2007), Pandangan Agama Buddha Terhadap Euthanasia, < http://forum.wgaul.com/
showthread.php?t=67915>, (3 Februari 2009)

                                                                                                          30
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


         Sang Buddha amat mementingkan konsep karma. Beliau mempercayai bahawa semua

perbuatan yang dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Perbuatan yang

baik meninggalkan kesan baik dan perbuatan yang jahat meninggalkan kesan buruk. Sang

Buddha pernah mengatakan bahawa dalam kelahiran yang baru, setiap makhluk akan

menerima akibat-akibat karma yang belum berbuah dalam kehidupan dahulu dan pusingan

kelahiran akan berterusan sehingga hasil perbuatannya, sama ada yang baik atau buruk, habis

diselesaikan. 47 Dengan demikian, jika akibat karma itu belum diterimanya dalam kehidupan

sekarang ini, maka dia akan menerimanya pada kelahiran yang berikutnya.




                                                                         y
                                                       nl
“Kehidupan sekarang menunjukkan perbuatan yang dibuat sebelum kelahiran semasa;

perbuatan sekarang menentukan kehidupan pada kelahiran yang akan datang.” (Karma
                                                      O
Sutra)
                                    ew

      Dalam kepercayaan Buddha, euthanasia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini

akan mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan
                           vi


euthanasia tersebut, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya. Oleh itu,
            e



perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit,
         Pr




malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit and juga orang yang

melaksannakannya. Walaupun pesakit bebas daripada penderitaan selepas meninggal dunia,

tetapi karma yang negatif akibat membunuh diri akan dibawa ke kelahiran yang seterusnya.

Ini merupakan penderitaan yang baru dan tidak kehabisan. Oleh sebab itu, kita hendaklah

membiarkan pesakit itu melunasi karma buruknya pada kehidupan sekarang, sehingga akibat

karma buruk yang berupa penderitaan itu tidak akan diterimanya lagi pada kehidupan yang

akan datang.
47
  Henry, (9 Julai 2007), Hukum-hukum dalam Agama Buddha, < http://forum.wgaul.com/archive/thread/t-
63906-HUKUM-HUKUM-Dalam-Agama-Buddha.html>, (10 Februari 2009)

                                                                                                      31
Euthanasia                                                        Universiti Tunku Abdul Rahman


      Bagi orang yang melaksanakan euthanasia atau bersetuju dengan perlaksanaan

euthanasia, perbuatan atau fikiran mereka yang mendorong pembunuhan dan menyebabkan

kehilangan nyawa orang lain juga melanggar sila yang pertama, akan menyebabkan

seseorang itu menerima karma yang negatif tidak kira dalam kehidupan sekarang ataupun

kelahiran pada masa depan.



“Ketika fikiranku yang terkondensasi telah demikian termurnikan, terang, bebas dari

ketidaksempurnaan,      mantap     dan    mencapai keadaan         yang    tidak   terganggu,       aku




                                                                       y
mengarahkannya pada pengetahuan tentang hancurnya noda-noda (tiga akar kejahatan iaitu:




                                                      nl
ketamatan, kebencian, dan ketidaktahuan atau kebodohan). Secara langsung aku mengetahui

sebagaimana adanya: ‘Inilah penderitaan’, ‘Inilah asal mula penderitaan’, ‘Inilah
                                                     O
berhentinya penderitaan’, ‘Inilah jalan menuju berhentinya penderitaan’.” (Majjhima

Nikaya, 4.31)48
                                   ew

        Sang Buddha mengemukakan konsep Empat Kebenaran Mulia apabila dia mendapat
                           vi


jawapan terhadap penderitaan yang ditemui oleh orang ramai. Dalam konsep Empat
            e



Kebenaran Mulia ini menyatakan bahawa ada penderitaan, ada sebab dari penderitaan, ada
         Pr




akhir dari penderitaan, dan ada jalan untuk mengakhiri penderitaan iaitu Jalan Mulia

Berunsur Delapan. 49 Konsep ini mengajar penganutnya supaya berfikiran secara logik.

Seseorang harus memahami suatu masalah dan menganalisis masalah tersebut, menyedari

dan menemukan penyebab masalah tersebut, mengetahui bahawa masalah dapat diatasi dan




48
  Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-
f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009)
49
  Venerable Ajahn Sumedho, (2 Disember 2008), The Four Noble Truths, <http://www.dhammacitta.org/
perpustakaan/ebook/umum/empat-kebenaran-mulia.htm>, (17 Februari 2009)

                                                                                                     32
Euthanasia                                                       Universiti Tunku Abdul Rahman


mencari cara penyelesaiannya, dan menemukan cara mengatasi masalah tersebut serta

menjalankan caranya.50

           Sang Buddha juga menyatakan bahawa seseorang akan mencapai kebahagiaan

sejati jika berkelakuan berdasarkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan. Jalan Mulia

Berunsur Delapan menyatakan bahawa seseorang harus mempunyai pandangan benar, fikiran

atau niat benar, ucapan benar, perbuatan benar, penghidupan benar, upaya benar, perhatian

benar, dan kesedaran benar. 51 Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah baik, ini

bermakna fikirannya baik. Fikirannya benar (positif) disebabkan pandangannya benar. Oleh




                                                                       y
yang demikian, pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara merupakan asas yang paling




                                                      nl
penting dalam cara pengurusannya. Oleh itu, pandangan orang ramai terhadap euthanasia

adalah amat penting apabila mereka berdepan dengannya.
                                                     O
      Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa agama Buddha tidak bersetuju dengan

perlaksanaan euthanasia tidak kira perlaksanaan ini telah disetujui oleh pesakit atau tidak.
                                   ew

Agama Buddha amat mementingkan karma dan melarang penganutnya terlibat dalam

pembunuhan segala hidupan.
            e              vi
         Pr




50
  Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-
f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009)
51
  Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-
f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009)

                                                                                                    33
Euthanasia                                                             Universiti Tunku Abdul Rahman


Pandangan dari agama Hindu

           Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah berdasarkan ajaran karma,

moksha dan ahimsa.

           Karma: Hindus meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) melalui banyak nyawa,

bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup adalah bagi mencapai moksha, iaitu

pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula. Bunuh diri adalah suatu

perbuatan yang dilarang di dalam ajaran Hindu dengan fikiran bahawa perbuatan tersebut

dapat dijadikan suatu faktor yang mengganggu sistem semula jadi reinkarnasi seterusnya




                                                                           y
menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yang sangat




                                                             nl
berharga untuk meraihkan tingkat yang lebih baik dalam kehidupan kembali. Berdasarkan

kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk
                                                            O
neraka ataupun syurga melainkan berada di dunia manusia sebagai roh jahat dan berkeliaran

tanpa tujuan sehingga ia mencapai masa di mana ia seharusnya menjalani kehidupan yang
                                         ew

baru.
                                vi


(Catatan: Misalnya seseorang membunuh diri semasa berumur 17 tahun dan seharusnya dia
               e



ditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka selama 43 tahun rohnya berkeliaran tanpa arah
            Pr




tujuan, setelah tamat tempoh itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih

berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (reinkarnasi))52



           Dalam agama Hindu ada menyatakan bahawa melarang mengambil nyawa orang lain

atas dasar alasan apapun dalam konsep Hidup, ada beberapa nilai ajaran yang relevan

diantaranya adalah ajaran Ahimsa, Tat Twan Asi dan Karmaphala.




52
     Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Hindu (1 Februari 2009)
                                                                                                  34
Euthanasia                                                         Universiti Tunku Abdul Rahman


     •   Ahimsa

         Ahimsa merupakan kepercayaan bahawa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup.

Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan insan yang

berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jiwatma bersifat abadi, namun ia akan dipengaruhi

oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang

sesungguhnya. Perbuatan yang melawan Ahimsa disebut “Himsa karma” seperti membunuh,

meyakiti, dan menyeksa tanpa alasan yang dibenarkan di dalam kitab-kitab suci. Apabila

perbuatan itu semata-mata         demi kepuasan peribadi dan tampa perasaan, apa lagi itu




                                                                        y
dilakukan secara berencana dan penuh dengan kesedaran dalam ertian lebih dalam untuk




                                                       nl
mengakhiri penderitaan seseorang tetap merupakan perbuatan "Himsa Karma".



     •   Tattwam Asi
                                                      O
         Tattwam Asi adalah merupakan ajaran sosial tanpa batas.
                                    ew

“Saya adalah kamu dan kamu adalah saya, dan segala makhluk adalah sama seperti

menolong orang lain bererti menolong diri sendiri dan menyakiti orang lain bererti juga
                           vi


menyakiti diri sendiri”
             e



“Antara saya dan kamu sesungguhnya bersaudara, hakikat atman yang menjadiknya hidup
          Pr




diantara saya dan kamu berasal dari satu sumber iaitu Tuhan, Atman yang menghidupkan

tubuh makhluk hidup yang merupakan percikan terkecil dari Tuhan. ”53

         Jadi sesungguhnya filsafah tatwam asi ini mengandung makna yang sangat dalam.

Tattwam Asi mengajar agar kita bahawa sentiasa mengasihi orang lain atau menyayangi

makhluk lain dan janganlah sekali-kala menyakiti hati orang lain. Apabila dihayati dan

diamalkan dengan baik, maka akan terwujud suatu keharmonian hidup (kerukunan hidup).



53
  Ketut Wiana, (2001), Yadnya dan Bhakti, terbitan Pustaka Manikgeni,
<http://www.indoforum.org/showthread.php?t=38435 > (1 Februari 2009)
                                                                                              35
Euthanasia                                                           Universiti Tunku Abdul Rahman


     •   Karmaphala

         Agama Hindu mengenalkan hukum sebab-akibat yang disebut dan menjadikan salah

satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti

membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala adalah berkaitan dengan keyakinan

tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka mahupun

duka) disebabkan oleh hasil perbuatan manusia itu sendiri. Dalam ajaran tersebut, biasanya

dikatakan bahawa manusia menentukan nasib pada masa yang akan datang, sementara Tuhan

yang menentukan berapa hasil yang akan diberi.




                                                                           y
         Perbuatan bunuh diri umumnya dilarang dalam agama Hindu, di atas dasar




                                                         nl
menganggu masa kitaran kematian dan kelahiran semula dan menghasilkan karma yang teruk.

Perbuatan bunuh diri adalah tidak diluluskan dalam Hinduisme kerana kehidupan manusia
                                                        O
adalah satu peluang yang berharga untuk membantu negara mencapai tahap yang lebih tinggi.

Menurut kitab Yajnavalkya bahagian 1:116,
                                     ew

         Satu lelaki menguasai, menghormati dan boleh meneruskan kehidupannya melalui

         pendidikan dia, tindakan keagamaan, umur, sahabat handai dan kekayaan. Tiada
                            vi


         sesiapa yang berhak untuk merampas hak dia.54
             e
          Pr




Menurut kitab “Brihadaranyaka Upanishad”,

         “Rakyat mesti dijaga sehingga mereka mati. Walaupun Hindus tidak mempunyai

         bantahan tentang meneruskan hidup dengan sokongan mesin-mesin, kematian

         merupakan satu pintu kepada kelahiran semula yang akan datang.”55




54
 Prof. A. A. Ramanathan, (2002), Yajnavalkya Upanishad , terbitan The Theosophical Publishing House,
Chennai <http://www.advaita.it/library/yajnavalkya.htm> (1 Februari 2009)
55
   Sri Aurobindo, (1966), Brihadaranyaka Upanishad , Pondicherry , India
http://www.gnosis.org/library/brihad.htm (1 Februari 2009)

                                                                                                       36
Euthanasia                                                        Universiti Tunku Abdul Rahman


        Hindus mempercayai bahawa semua hidup adalah suci dan mereka tidak bersetuju

dengan euthanasia. Prinsip-prinsip bagi Ahimsa (penghormatan untuk hidup) memberitahu

bahawa ia adalah sentiasa dipertimbangkan kesilapan untuk menerima hidup walaupun

seseorang mengalami sakit atau dalam kesakitan. Penderitaan dianggap sebagai hasil Karma

yang kurang baik (tindakan-tindakan, dan akibat-akibat bagi tindakan-tindakan). Penderitaan

perlu ditanggung bagi menghalang kewujudan karma buruk yang akan dibawa ke hidupan

lain.

        Seterusnya adalah sedikit pandangan daripada ketua-ketua agama hindu dari seluruh




                                                                       y
dunia.56




                                                      nl
Swami Omkarananda dari Bandarikashrama, Fremont, California
                                                     O
        “Eutanasia adalah satu persoalan yang sukar. saya tidak akan meminta untuk ia.

Tuhan telah memberi, membiarkan Tuhan mengambil, sama ada ia adalah betul untuk
                                   ew

seorang doktor melakukan ia, saya tidak mempunyai sebarang ulasan. Hidup sokongan

mesin-mesin adalah satu isu moral yang besar. Ia adalah satu kekesalan kepada kehidupan
                           vi


manusia. Jika kita tercipta jentera untuk menyimpan orang hidup, kemudian kita terpaksa
              e



mengguna mereka.
           Pr




        "Unplugging" mereka adalah satu soalan yang sukar. Setiap satu hidup adalah

tanggungjawab sendirinya, beliau perlu membuat keputusan. ”



Swami Bhasyananda dari Vivekananda Vedanta Society, Chicago, Illinois

        “Hidup telah disedarkan dunia oleh Tuhan, dan kehidupan ini sepatutnya pergi,

tetapi bukan secara buatan manusia. Kita harus cuba meminimumkan penderitaan. Selain ini,

tidak perlu majalankan kaedah ini. Hidup tidak berakhir selepas kematian badan.

56
  Hinduism Today, (August 1988), Euthanasia,< http://www.hinduismtoday.com/archives/1988/08/1988-08-
08.shtml>, (1 Februari 2009)
                                                                                                       37
Euthanasia                                                   Universiti Tunku Abdul Rahman


Sememangnya satu undang-undang [untuk memberi suntikan maut] diserahkan AMERIKA

SYARIKAT, seorang doktor Hindu tidak harus melakukan ia.”



Swami Satchidananda dari Integral Yoga Institute, Virginia

       “Ia adalah tidak dinasihatkan bagi sesiapa untuk meminta suntikan maut. Ia adalah

satu bentuk bunuh diri yang akan memberi kesan hidupan lain mereka Anda melakukan

bukan semata menyimpan badan hidup dengan mencangkuk itu dan ini. Pada masa yang

sama, anda tidak perlu membunuh badan. Jika anda tidak boleh merawat mereka,




                                                                 y
meninggalkan ia; mereka akan mati dalam cara semulajadi. Ia adalah kerana karma tertentu.




                                                 nl
Mereka sedang menjalani pembersihan keluar dari karma. Jika anda menamatkan badan

sebelum mereka memadam sepenuhnya apa yang perlu dibersihkan dosa dalam hidup ini,
                                                O
tiada cara lagi untukmembersihkan ia semua. Sebagai langkah seterusnya bagi mereka yang

perlu meneruskan, juga dalam hidupan lain, kerana karma perlu membersihkan dosa.
                                ew

Perbuatan meletakkan seseorang pada sistem sokongan           hidup melibatkan doktor atau

jururawat dalam peribadi karmas bagi seseorang. Untuk melepaskan mereka daripada
                        vi


sistem sokongan hidup atau memberi satu suntikan maut memutuskan bintang "tali perak"
           e



penghubungan bintang badan dengan fizik. Yang terbabit kemudian mula kelihatan tinggal
        Pr




karmas bagi pesakit. Tiada doktor atau jururawat seharusnya dibenarkan satu lesen

seumpama ini. Apabila seseorang berada dalam satu keadaan yang komatos atau otak rosak,

mereka tidak merasa menderita, tetapi ia adalah hidup, aktif dan gembira dalam badan

mereka dalam Devaloka. Mereka boleh jadi hidup tertutup, sebagai orang-orang earthbound,

manakala karma mereka melegakan. Tiada sesiapa boleh memberi sesiapa izin untuk

menamatkan badan fizikal. Permintaan-permintaan seperti ini sepatutnya diambil sebagai

satu tanda kelemahan dan tidak harus dipedulikan. Setiap jiwa mesti digalakkan untuk hidup

dalam badan fizikal selagi ia dapat menahan, supaya karma ini tidak akan dibawa kepada


                                                                                        38
Euthanasia                                                 Universiti Tunku Abdul Rahman


penjelmaan yang akan datang.penjelasan lebih dalam adalah dalam perkataan Sanskrit

mumia.”



Swami Saraswati Rajarajeshwari Peedam, dari Pennsylvania

       “Di India, jika seorang wali hendak keluar dari badan, beliau harus memilih satu

masa untuk meninggalkan badannya. Saya tidak mempercayai buatan cara [eutanasia]

kerana kaedah ini menyebabkan tiada peluang untuk perkembangan rohaniah. Para doktor

Hindu perlu mendidik diri mereka dalam hukum spiritual dan panduan. Mereka harus




                                                                y
menasihat pesakit supaya tidak menerima suntikan maut. Terdapat satu pengecualian dalam




                                                nl
larangan Hindu. Perbuatan bunuh diri adalah amalan prayopavesa, atau puasa untuk

kematian. Prayopavesa dianggap sebagai berlainan dengan kaedah bunuh diri kerana ia
                                               O
adalah semula jadi dan tanpa sebarang kekerasan. ia hanya digunakan apabila ia adalah

masa sesuai untuk menamatkan hidup, iaitu apabila badan telah sajikan tujuannya dan
                               ew

menjadi satu beban; Prayopavesa adalah satu proses berperingkat, memberi cukup masa

untuk pesakit menyediakan dirinya dan saudara di sekelilingnya untuk kematiannya;
                        vi


manakala euthanasia selalu dikaitkan dengan perasaan bagi kekecewaan, kemelesetan, atau
           e



kemarahan, prayopavesa dikaitkan dengan perasaan bagi ketenangan.”
        Pr




   Terdapat Undang-undang Hindu yang menetapkan syarat-syarat prayopavesa:

   1) keputusan adalah diisytiharkan secara terbuka

   2) tindakan mesti dilakukan di bawah pengaturan komuniti



   Satguru Sivaya Subramuniyaswami, seorang pemimpin Hindu yang lahir di California,

mangakhiri kehidupan sendirinya sebelum prayopavesa pada bulan November 2001. Setelah

mendapati bahawa beliau telah tidak dapat dirawat daripada kanser usus .Satguru tercenung


                                                                                            39
Euthanasia                                                            Universiti Tunku Abdul Rahman


untuk berhari-hari dan kemudiannya mengumumkan bahawa beliau hanya akan menerima

rawatan penahan sakit dan akan menjalankan prayopavesa – iaitu hanya meminum air tanpa

sebarang makanan. Beliau telah mati pada hari yang ke-32.57

        Melalui ajaran dan amalan ini, secara keseluruhannya agama hindu tidak semestinya

bantah atau melarang kaedah bunuh diri, manakala ia juga setuju untuk mejalani prayopavesa

bagi mengakhiri nyawa dengan syarat tertentu yang dianggap secara semula jadi.




                                                                           y
                                                         nl
                                                        O
                                     ew
            e               vi
         Pr




57
   BBC Team, (24 Februari 2004), Euthanasia and Suicide ,
http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/hinduethics/euthanasia.shtml (1 Februari 2009)
                                                                                                  40
Euthanasia                                               Universiti Tunku Abdul Rahman


Pendapat kumpulan

       Isu euthanasia boleh dinilaikan daripada pelbagai perspektif dan setiap perspektif

membawa kebaikan dan keburukan. Dalam pendirian kumpulan, kami tidak bersetuju untuk

melaksanakan euthanasia ke atas isteri yang mengalami penyakit yang kritikal. Tindakan

untuk menjalankan euthanasia adalah tidak wajar walaupun pesakit tiada harapan untuk

sembuh atau mengalami kesakitan yang kritikal.

       Pada zaman yang moden, teknologi perubatan telah membawa pelbagai harapan

kepada pesakit untuk disembuhkan. Walaupun sebahagian penyakit masih tidak ada




                                                              y
perubatan yang boleh menyembuh pesakit, tetapi dengan teknologi yang semakin moden dan




                                                  nl
canggih, kebanyakan penyakit dapat dikawal dan disembuhkan melalui pengubatan dengan

mengambil masa yang lama. Dalam kes ini, isteri yang mengalami kerosakan saraf yang
                                                 O
kritikal sepatutnya diberi pengubatan yang secukupnya supaya dia masih ada harapan untuk

disembuhkan. Sebagai suami, dia harus menjaga isteri dengan cekal dan penuh sabar,
                               ew

walaupun proses yang diambil dalam pengubatan adalah lama dan penuh dengan kesusahan.

Pada masa yang akan datang, sekiranya terdapat penciptaan perubatan yang baru, ini akan
                        vi


memberi harapan kepada pasangan suami isteri ini.
           e



       Dengan kos yang semakin meningkat dalam perubatan dan kehidupan seharian, suami
        Pr




ini mungkin akan menghadapi masalah kewangan. Beban ini menjadi isu yang penting dalam

menentukan tindakan euthanasia ke atas isterinya. Dengan kebangkitan masyarakat yang

semakin moden dan kaya, suami ini boleh mengumpulkan kewangan melalui paparan

suratkhabar, permohonan bantuan daripada kerajaan atau permohonan bantuan daripada

organisasi bukan kerajaan. Selain itu, suami ini juga boleh mendapat bantuan daripada

masyarakat untuk menjaga anak-anaknya. Suami boleh mencari penjaga sementara untuk

menjaga anak-anaknya dan pada masa yang sama, suami ini boleh mencari pekerjaaan yang

dapat bertoleransi dengan masa penjagaan isterinya. Dengan pekerjaan yang sedia ada,


                                                                                       41
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


sumber kewangan untuk kehidupan harian dapat diselesaikan. Mengenai kos perubatan yang

semakin mahal, suami ini boleh mencari wakil rakyat supaya sumber kewangan untuk

perubatan dapat dikumpulkan melalui masyarakat umum. Suami ini juga boleh berbincang

dengan pihak hospital supaya kos perubatan dapat dikurangkan. Hospital kerajaan

menyediakan perubatan yang lengkap dengan kos perubatan yang rendah, berbanding dengan

hospital swasta. Oleh itu, suami ini juga boleh memilih hospital yang sesuai untuk

menyembuhkan isterinya.

       Daripada perspektif kepentingan diri, walaupun proses penjagaan isteri mengambil




                                                                y
masa yang lama, letih dan penat, suami seharusnya bersabar dengan kesusahan dalam proses




                                                  nl
ini. Sebagai suami isteri, mereka seharusnya menjaga satu sama lain sekiranya salah satu

pihak berada dalam kesusahan. Suaminya harus bertoleransi dengan keadaan isterinya dan
                                                 O
menjaganya tanpa sebarang kesesalan. Walaupun jiwa suami berasa penat dan beringin putus

asa, dia patut menjaga perasaan isteri, anak-anaknya dan masyarakat. Tindakan euthanasia
                                ew

mungkin akan menyebabkan suaminya digelar sebagai pembunuh dan tidak bertimbang rasa

akan keadaan isterinya.
                          vi


       Daripada    perspektif   undang-undang,   tindakan   voluntary   euthanasia   adalah
           e



diharamkan kerana tindakan ini dikira sebagai pembunuhan diri dan pembunuhan diri adalah
        Pr




bertindak salah di sisi undang-undang. Dalam isu ini, non-voluntary euthanasia dikira kerana

isteri tidak dapat mengambil keputusan dan suami mengambil keputusan berpihak kepada

isterinya. Kedua-dua kaedah euthanasia masih diharamkan kerana isu euthanasia belum

diluluskan oleh ahli parlimen untuk dilaksanakan. Oleh itu, suami kepada isteri ini tidak

berhak untuk menjalankan euthanasia ke atas isterinya. Sekiranya euthanasia telah dijalankan

ke atas isteri dengan persetujuan suaminya, suami ini boleh didakwa dalam Seksyen 302

Kanun Keseksaaan. Tindakan euthanasia tidak membawa manfaat kepada pasangan suami




                                                                                          42
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


isteri ini dan sebaliknya, ini membawa kesan keburukan kepada keluarganya dan juga

masyarakat.

       Dalam tuntutan agama, kebanyakan agama percaya bahawa manusia dicipta oleh

Tuhan dan hanya Tuhan yang berkuasa untuk memutuskan nyawa seseorang. Manusia

sepatutnya memanfaatkan kehidupan mereka dengan sepenuhnya. Kebanyakan kumpulan

agama menentang isu euthanasia kerana idea isu ini bertentangan dengan tuntutan agama.

Dari sudut agama, suami ini sepatutnya berpegang kepada agamanya dan percaya bahawa

isteri boleh disembuhkan pada satu hari. Dengan pegangan agama yang teguh, suami boleh




                                                                y
mendapat sokongan untuk jiwa supaya dia dapat menjalankan kewajipannya dengan




                                                 nl
sepenuhnya. Suaminya tidak boleh mengambil hidup isterinya dengan alasan kos perubatan

dan harian yang mahal kerana kebanyakan agama menitikberatkan bahawa masalah dapat
                                                O
diselesaikan melalui bantuan masyarakat.

       Oleh itu, tindakan euthanasia adalah kurang wajar untuk dijalankan ke atas isteri yang
                                ew

dalam keadaan kritikal. Suami ini sepatutnya mencari penyelesaian secara positif supaya ahli

keluarga dan diri sendiri dapat mengharungi halangan ini. Kesan negatif dapat dielakkan
                        vi


supaya isu ini tidak dicontohi oleh masyarakat umum.
           e
        Pr




                                                                                           43
Euthanasia                                                 Universiti Tunku Abdul Rahman


Kesimpulan

       Isu euthanasia diutarakan sejak zaman purba dan isu ini telah dibalahkan sehingga

masa kini. Sebahagian menyokong perlaksanaan euthanasia melalui karya-karya sendiri dan

penubuhan persatuan seperti Voluntary Euthanasia Society (VES) tetapi sebahagian juga

membantah perlaksanaan euthanasia melalui penggubalan undang-undang seperti English

Common Law dan Death with Dignity Act di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Selain itu,

pihak agama seperti gereja Katolik juga menyuarakan suara bantahan terhadap idea

euthanasia. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan




                                                                y
masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuannya adalah




                                                 nl
untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal.

       Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini
                                                O
dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung, iaitu euthanasia aktif

melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan “pil aman”. Kaedah secara tidak langsung,
                                ew

iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan makanan dan

minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya pesakit meninggal
                        vi


dunia secara semula jadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di seluruh dunia telah
           e



menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit. Kes-kes
        Pr




yang hangat seperti Kes Dr. Nigel Cox di United Kingdom dan Kes Karen Ann Quinlan di

Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang

menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia.

       Secara keseluruhannya, dalam ketiga-tiga agama yang dibincangkan, iaitu agama

Kristian, agama Islam dan agama Buddha tidak menyokong idea euthanasia, manakala agama

Hindu mempunyai satu pengecualian yang digelar Prayopavesa yang dianggap kematian

tenang yang berlaku secara semula jadi. Agama Kristian tidak membantah idea euthanasia

secara langsung tetapi ajaran agama Kristian melarang perbuatan pembunuhan untuk diri


                                                                                          44
Euthanasia                                               Universiti Tunku Abdul Rahman


sendiri atau orang lain. Tambahan pula, kitab Bible menyatakan bahawa kehidupan seseorang

adalah diberi Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang. Seperti

agama Kristian, agama Islam juga tidak menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini

dianggap sebagai dosa besar. Ajaran agama Islam percaya bahawa kehidupan seseorang

adalah ditentukan oleh Allah dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang

berada dalam keadaan yang seksa dan tenat. Dari pandangan Islam, manusia seharusnya

bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan.

       Manakala dari sudut pandangan agama Buddha, tindakan euthanasia adalah




                                                              y
bertentangan dengan salah satu tujuan lima sila, iaitu menghidari pembunuhan. Dalam agama




                                               nl
Buddha, tindakan euthanasia merupakan tindakan yang jahat dan membawa kesan buruk.

Berdasarkan konsep karma, perlaksanaan euthanasia membawa karma yang negatif ke
                                              O
kelahiran seterusnya. Seseorang yang mengalami penderitaan dan keseksaan seharusnya

mengamalkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan dan konsep Empat Kebenaran Mulia
                               ew

untuk menghadapi cabaran hidup agar masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, agama Buddha

juga membantah idea euthanasia. Melalui ajaran karma, moksha, ahimsa dan Karmaphala
                       vi


dalam agama Hindu, penganut agama Hindu dilarang untuk melakukan euthanasia kerana
           e



mereka percaya bahawa nyawa adalah suci dan tindakan euthanasia akan membawa karma
        Pr




yang buruk kepada kelahiran seterusnya. Dalam pandangan agama Hindu, tindakan

euthanasia juga akan mengganggu keseimbangan sistem semula jadi dengan kewujudan roh

jahat. Pengecualian Prayopavesa dalam agama Hindu menunjukkan bahawa agama Hindu

tidak semestinya akan membantah idea euthanasia tetapi idea ini akan digunakan dengan

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

       Dalam kes euthanasia yang dibincangkan, kumpulan kami menekankan bahawa

perlaksanaan euthanasia ke atas isteri yang sakit tenat dengan persetujuan suami adalah

tindakan yang tidak wajar. Walaupun mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian,


                                                                                       45
Euthanasia                                                  Universiti Tunku Abdul Rahman


suaminya seharusnya menghadapi situasi dengan pemikiran positif melalui ajaran agama.

Dengan pemikiran yang sihat, masalah seperti kos perubatan dan kos kehidupan untuk suami

dapat diselesaikan tanpa melaksanakan euthanasia ke atas isterinya.




                                                                 y
                                                 nl
                                                O
                                ew
           e            vi
        Pr




                                                                                       46
Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan
Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan
Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan
Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
Siti Zulaikha
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
firo HAR
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
Mickgun
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
Kathal Paiya
 
13 Hak Asasi
13 Hak Asasi13 Hak Asasi
13 Hak Asasi
WanBK Leo
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
Siti Zulaikha
 

La actualidad más candente (20)

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Sistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamSistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islam
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 
Apa itu kognitif
Apa itu kognitifApa itu kognitif
Apa itu kognitif
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
13 Hak Asasi
13 Hak Asasi13 Hak Asasi
13 Hak Asasi
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
Materialisme
MaterialismeMaterialisme
Materialisme
 

Destacado (20)

konsep ketuhanan Agama Buddha
konsep ketuhanan Agama Buddhakonsep ketuhanan Agama Buddha
konsep ketuhanan Agama Buddha
 
Euthanasia
EuthanasiaEuthanasia
Euthanasia
 
Pengajian moral diskriminasi
Pengajian moral diskriminasiPengajian moral diskriminasi
Pengajian moral diskriminasi
 
Kelompok euthanasia 1
Kelompok euthanasia  1Kelompok euthanasia  1
Kelompok euthanasia 1
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
 
Isu moral tempatan
Isu moral tempatanIsu moral tempatan
Isu moral tempatan
 
Isu moral
Isu moralIsu moral
Isu moral
 
Isu isu-moral
Isu isu-moralIsu isu-moral
Isu isu-moral
 
04 Agama
04 Agama04 Agama
04 Agama
 
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab ManusiaHakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
 
Borang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaruBorang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaru
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohani
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
 
Tamadun india
Tamadun indiaTamadun india
Tamadun india
 
Nota cuti
Nota cutiNota cuti
Nota cuti
 
Euthanasia
EuthanasiaEuthanasia
Euthanasia
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 

Similar a Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan

Aspek medis dan hukum euthanasia
Aspek medis dan hukum euthanasiaAspek medis dan hukum euthanasia
Aspek medis dan hukum euthanasia
Aprinsya Panjaitan
 
Makalah masailul fiqhiyah euthanasia
Makalah masailul fiqhiyah euthanasiaMakalah masailul fiqhiyah euthanasia
Makalah masailul fiqhiyah euthanasia
Cermin Diri
 
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
Ramipratama
 
Bahan pemikat 12 agustus 2014
Bahan pemikat 12 agustus 2014Bahan pemikat 12 agustus 2014
Bahan pemikat 12 agustus 2014
karangpanas
 

Similar a Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan (20)

Euthanesia
EuthanesiaEuthanesia
Euthanesia
 
Pandangan 5 agama terhadap euthanasia
Pandangan 5 agama terhadap euthanasiaPandangan 5 agama terhadap euthanasia
Pandangan 5 agama terhadap euthanasia
 
Aspek medis dan hukum euthanasia
Aspek medis dan hukum euthanasiaAspek medis dan hukum euthanasia
Aspek medis dan hukum euthanasia
 
Makalah masailul fiqhiyah euthanasia
Makalah masailul fiqhiyah euthanasiaMakalah masailul fiqhiyah euthanasia
Makalah masailul fiqhiyah euthanasia
 
MAKALAH HUKUM KESEHATAN EUTHANASIA.pdf
MAKALAH HUKUM KESEHATAN EUTHANASIA.pdfMAKALAH HUKUM KESEHATAN EUTHANASIA.pdf
MAKALAH HUKUM KESEHATAN EUTHANASIA.pdf
 
Eutanasia
EutanasiaEutanasia
Eutanasia
 
Euthanasia dalam pandangan_etika_secara_agama_isla
Euthanasia dalam pandangan_etika_secara_agama_islaEuthanasia dalam pandangan_etika_secara_agama_isla
Euthanasia dalam pandangan_etika_secara_agama_isla
 
Euthanasia dalam islam bersih
Euthanasia dalam islam bersihEuthanasia dalam islam bersih
Euthanasia dalam islam bersih
 
Euthanasia PPT
Euthanasia PPTEuthanasia PPT
Euthanasia PPT
 
Euthanasia Menurut Maqashid Syariah.pptx
Euthanasia Menurut Maqashid Syariah.pptxEuthanasia Menurut Maqashid Syariah.pptx
Euthanasia Menurut Maqashid Syariah.pptx
 
3.1 pengertian dan_klasifikasi_euthanasia
3.1 pengertian dan_klasifikasi_euthanasia3.1 pengertian dan_klasifikasi_euthanasia
3.1 pengertian dan_klasifikasi_euthanasia
 
Makalah euthanasia
Makalah euthanasiaMakalah euthanasia
Makalah euthanasia
 
Euthanasia
EuthanasiaEuthanasia
Euthanasia
 
Makalah euthanasia
Makalah euthanasiaMakalah euthanasia
Makalah euthanasia
 
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
Blok Etik Skenario 2 (FK 2016)
 
Euthanasia dalam perspektif hukum islam
Euthanasia dalam perspektif hukum islamEuthanasia dalam perspektif hukum islam
Euthanasia dalam perspektif hukum islam
 
Dr. death
Dr. deathDr. death
Dr. death
 
Euthanasia ditinjau dari segi etika keperawatan
Euthanasia ditinjau dari segi etika keperawatanEuthanasia ditinjau dari segi etika keperawatan
Euthanasia ditinjau dari segi etika keperawatan
 
Bahan pemikat 12 agustus 2014
Bahan pemikat 12 agustus 2014Bahan pemikat 12 agustus 2014
Bahan pemikat 12 agustus 2014
 
Fiqh Medicine : euthanasia organtransplan_autopsi
Fiqh Medicine : euthanasia organtransplan_autopsiFiqh Medicine : euthanasia organtransplan_autopsi
Fiqh Medicine : euthanasia organtransplan_autopsi
 

Último

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Último (20)

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 

Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan

  • 1. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pendahuluan Perkataan “euthanasia” berasal daripada bahasa Yunani eu (Baik) dan thanatos (Mati), yang digabungkan menjadi mati dengan baik. Dengan kata lain, euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada. Selain itu, euthanasia juga bermakna kematian dengan aman tanpa kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia, non-voluntary euthanasia, involuntary euthanasia, euthanasia aktif, dan euthanasia pasif. Pada y masa kini, hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Holland, nl Belgium dan negeri Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan O persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada di negara masing-masing. ew Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang meluluskannya sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary vi euthanasia). Dalam kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk e melaksanakan euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Non- Pr voluntary euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang membawa mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan asas dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia pasif).1 Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini 1 Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009) 1
  • 2. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif pesakit, kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih untuk menamatkan hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga dapat diringankan tetapi pada masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit y untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan nl menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain. Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit O dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan penderitaan. Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan ew masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya vi doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor e akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin Pr akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama, kebanyakan agama percaya bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan manusia tidak menpunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima bantahan yang tegas daripada ahli agama. Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan masyarakat. 2
  • 3. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Huraian Isu Sejarah euthanasia Perkataan ‘euthanasia’ yang digunakan pada kali pertama adalah dipercayai terdapat dalam karya Suetonius, seorang sejarawan Roman, bertajuk De Vita Caesarum--Divus Augustus, yang menghuraikan kematian Augustus Caesar. Petikan di bawah merupakan salah satu petikan di dalam karya tersebut. "...while he was asking some newcomers from the city about the daughter of Drusus, y who was ill, he suddenly passed away as he was kissing Livia, uttering these last nl words: "Live mindful of our wedlock, Livia, and farewell," thus blessed with an easy death and such a one as he had always longed for. For almost always, on hearing that O anyone had died swiftly and painlessly, he prayed that he and his might have a like euthanasia, for that was the term he was wont to use. "2 ew Kira-kira 400 S.M., salah satu frasa dalam Sumpah Hippokratik oleh Hippocrates, vi seorang ahli perubatan Greek yang amat terkenal, menyatakan bahawa e Pr “Saya tidak akan memberi ubat yang boleh membawa kemautan kepada sesiapa pun walaupun diminta ataupun dicadangkan.”3 di mana inilah dipercayai bermulanya konsep pertentangan euthanasia. Manakala penyokongan idea euthanasia yang pertama adalah pada abad ke-16, oleh Thomas More. Dia berpendapat bahawa apabila seseorang pesakit menghidapi penyakit yang 2 The Life Information Charitable Trust, (2007), General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009) 3 Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath, (2002), http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html (8 Februari 2009) 3
  • 4. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman tidak dapat diubati dan dia menderita disebabkan penyakit tersebut, dia haruslah dinasihatkan supaya matikan diri. Pesakit tersebut sepatutnya menyedari bahawa penyakitnya yang langsung tidak dapat diubati akan menjadi beban orang lain dan penderitaannya akan menyebabkan orang lain berasa kasihan terhadapnya. 4 Undang-undang Inggeris iaitu English Common Law telah membantah perbuatan pembunuhan diri, sama ada dengan sendiri ataupun dengan bantuan pihak ketiga sejak tahun 1300 sehingga abad lepas. Dalam English Common law, Bracton, seorang pihak autoriti yang paling awal untuk hukum tersebut, menyatakan bahawa y nl “Sesiapa yang membunuh diri disebabkan oleh ketidakinginan untuk menerima penderitaan badan yang selanjutnya akan dirampaskan harta benda peribadi, tetapi O tidak akan merampas hartanya yang berharga.”. 5 ew Pada akhir abad ke-18, Prussia telah menggubalkan undang-undang bagi meringankan hukuman kepada sesiapa yang membantu dalam pembunuhan pesakit yang menghidapi vi penyakit yang tidak dapat diubati pada 1 Jun 1794. Sejak abad-ke 19, isu euthanasia menjadi e semakin hangat didebati di kebanyakan negara, terutamanya di Amerika Utara dan Eropah. Pr Pengubalan akta yang anti-euthanasia iaitu mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan di dalam undang-undang Amerika di New York pada 10 Disember 1828 telah menyebabkan beberapa negeri Amerika Syarikat seperti California dan Dakota turut menggunakan akta tersebut sebagai contoh di setiap negeri masing-masing. Manakala di antara tahun 1857 dan 1865, Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka kod jenayah yang melarangkan pembantuan dalam pembunuhan diri, terutamanya dalam “Pembekalan 4 Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu, (2001), Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11, Eubios Ethics Institute, 47-49. 5 Neil McGill Gorsuch, (2006), The Future of Assisted Suicide and Euthanasia, Princeton University Press, 28- 29. 4
  • 5. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman kepada seorang dengan sebarang ubat atau senjata yang boleh menyebabkan kemautan, walaupun niat orang tersebut yang hendak mengambil nyawa sendiri telah diketahui”. 6 Walaubagaimanapun, dengan kepesatan dalam teknologi perubatan, Amerika Syarikat pada abad ke-20 mulai menimbang semula akta anti-euthanasia tahun 1828 berulang-kali. Pada tahun 1889, Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman menyokong kematian secara sukarela dengan karya falsafahnya yang bertajuk Thus Spoke Zarathustra. Many die too late, and some die too early. y yet strange sounds the precept: “Die at the right time!”Die at the right time! So teach nl I, Zarathustra. …My death, praise I unto you, the voluntary death, which cometh unto me because I O want it. Nietzsche - Thus Spoke Zarathustra ew Manakala seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku bertajuk “Killing Law” pada tahun 1895. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi vi penyakit maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan. e Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku Pr kecil bertajuk ‘The Release of the Destruction of Life Devoid of Value’ pada tahun 1920 oleh dua orang professor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan nyawa makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapatan bahawa seseorang pesakit yang meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada doktor, jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas euthanasia bukan sukarela kepada Nazi Jerman.7 6 History of Euthanasia, (2009), http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html (5 Februari 2009) 7 Malcolm Muggeridge, (1980), The Humane Holocaust, < http://www.prolifeforum.org/ethics/muggeridge.asp> (18 Februari 2009) 5
  • 6. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pada tahun 1935, satu persatuan yang menyokong euthanasia sukarela, iaitu Voluntary Euthanasia Society (VES) telah dibentuk di England pada tahun 1935. Persatuan tersebut adalah merupakan jenis persatuan yang pertama kali ditubuhkan di seluruh dunia. VES ditubuhkan dengan tujuan mengesahkan euthanasia sukarela supaya mereka yang menderita daripada penyakit serius boleh mendapatkan bantuan untuk mati apabila mereka memintakannya. 8 Beberapa tahun kemudian, persatuan euthanasia Amerika Syarikat iaitu Euthanasia Society of America (ESA) juga ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Charles Francis Potter.9 y Kod nama ‘Aktion 4’ iaitu satu program euthanasia Nazi Jerman telah dilancarkan nl pada Oktober 1939 menujukan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang menderita daripada kecacatan fizikal dan mental ataupun “makhluk yang tidak sepatutnya O hidup”. Selepas program tersebut dilancarkan dan semakin berkembang, tindakan euthanasia bukan sukarela tersebut juga terlibat kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Atas ew perintah Adolf Hitler yang bertarikh 1 September 1939, sesiapa yang didapati menghidap penyakit yang tidak dapat diubati selepas menjalankan pemeriksaan haruslah diberikan vi euthanasia bukan sukarela, ataupun menurutnya, mercy death. 10 e Selepas itu, pada tahun 1950, Persatuan Perubatan Dunia (World Medical Association) Pr telah mengutuk euthanasia secara terbuka dan menyerukan supaya semua persatuan perubatan negara seharusnya membuat sedemikian. Pada tahun yang sama, tinjauan pendapat umum di Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa hanya 36% orang Amerika Syarikat hendak mengesahkan pembunuhan diri dengan bantuan, ataupun assisted suicide. 11 8 Definition of Voluntary Euthanasia Society, 13 November 1998, http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=7423 (12 Februari 2009) 9 Richard Weikart , (4 September 2004), Killing Them Kindly: Lessons from the euthanasia movement, http://www.csustan.edu/history/faculty/Weikart/killing.htm (10 Februari 2009) 10 Philip Gavin, (1996), The History Place, http://www.historyplace.com/ (12 Februari 2009) 11 Ian Dowbiggin, (2007), A Concise History of Euthanasia, Rowman & Littlefield, 97 6
  • 7. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pada 5 May 1980, gereja Katolik telah membuat pengisytiharan terhadap euthanasia. Secara umumnya, pengisytiharan tersebut adalah menunjukkan pertentangan mereka terhadap euthanasia. Salah satu frasa di dalam pengumuman tersebut yang menegaskan pandangan mereka berbunyi “Ini adalah diperlukan untuk menegaskan lagi bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh memberikan keizinan untuk membunuh seseorang yang tidak bersalah, sama ada dia fetus atau embrio, seorang kanak-kanak atau orang dewasa, seorang yang sudah tua, ataupun seseorang yang menderita daripada penyakit maut, ataupun seseorang yang menghadapi ajal.” 12 Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1984, mahkamah tertinggi y Holland, secara tidak langsung, telah mengizinkan euthanasia sukarela di bawah beberapa nl keadaan disebabkan oleh kes Alkmaar.13 Manakala pada tahun 1995, daerah utara Australia telah meluluskan draf undang- O undang yang mengenai euthanasia iaitu Rights of the Terminally Ill Act of the Northern Territory. Draf undang-undang tersebut mula berkesan pada tahun 1996, tetapi telah berjaya ew menterbalikkan kelulusan draf undang-undang tersebut pada tahun 1997 oleh Parlimen Australia. Semasa tempoh draf undang-undang tersebut berkesan, hanya empat euthanasia vi telah dilaksanakan, dan semuanya dilaksanakan oleh Dr Philip Nitschke. 14 e Pada 27 Oktober 1997, negeri Oregon, Amerika Syarikat telah berjaya menggubalkan Pr undang-undang Death with Dignity Act yang memberi keizinan kepada penduduk Oregon yang menghidapi penyakit maut menjalankan euthanasia sukarela terhadap sendiri, dengan bantuan doktor.15 Seterusnya pada tahun 2000, Holland turut meluluskan euthanasia sukarela dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor. Dua tahun kemudian, Belgium juga meluluskan 12 Declaration Issued By The Sacred Congregation For The Doctrine Of The Faith http://www.euthanasia.org.nz/religious-key-issues/catholic-church-teaching/ (2 Februari 2009) 13 Margaret Otlowski, (1997), Voluntary Euthanasia and the Common Law, Oxford University Press, 401 14 About Philip Nitschke, http://www.exitinternational.net/page/OurDirector (13 Februari 2009) 15 Death With Dignity Act, http://www.oregon.gov/DHS/ph/pas/index.shtml (15 Februari 2009) 7
  • 8. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman undang-undang euthanasia seperti yang terdapat di negara Holland, mengizinkan euthanasia sukarela dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor.16 Setelah melebihi 100 percubaan untuk megesahkan undang-undang euthanasia sukarela selepas negeri Oregon di Amerika Syarikat, akhirnya pada 4 November 2008, negeri Washington berjaya dalam pengundian untuk pengesahan Initiative 1000 iaitu seseorang penduduk Washington yang menghidapi penyakit maut dan telah diramalkan secara klinikal bahawa dia hanya dapat hidup untuk enam bulan sahaja, boleh membuat permohonan untuk membunuh diri dengan ubat yang disediakan oleh doktor. 17 Akan tetapi, pada masa yang y sama, Washington State Medical Association (WSMA) menentangkan kelulusan tersebut. nl “Kami percaya pembunuhan diri dengan bantuan doktor tidak sesuai langsung dengan peranan doktor yang sebagai penyembuh.” Kata Presiden WSMA, Brain P.Wicks. “Pesakit O sentiasa menaruhkan harapan terhadap doktor untuk menyembuhkannya dan ikatan tersebut boleh dimusnahkan oleh kelulusan initiative 1000.”18 ew Sehingga pada masa kini, masih terdapat banyak persatuan dan negara bergiat untuk megesahkan euthanasia. Akan tetapi, disebabkan oleh penglibatan yang terlalu besar dalam vi pelbagai aspek dan perspektif, euthanasia dipercayai amat sukar untuk diluluskan di seluruh e dunia. Pr 16 The Life Information Charitable Trust, General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about- euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009) 17 Sarah Foster, (24 November 2008), Washington State Voters Legalize Physician-Assisted Suicide, http://www.newswithviews.com/NWV-News/news109.htm (17 Februari 2009) 18 Washington State Medical Association, (2 Julai 2008), As I-1000 Signatures are Counted, Washington State Medical Association Opposition to Physician-Assisted Suicide Reiterated, http://www.bio- medicine.org/medicine-news-1/As-I-1000-Signatures-are-Counted--Washington-State-Medical-Association- Opposition-to-Physician-Assisted-Suicide-Reiterated-23161-1/ (17 Februari 2009) 8
  • 9. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Kaedah-kaedah Euthanasia Dengan perkembangan euthanasia yang semakin besar di seluruh dunia, pelbagai kaedah-kaedah telah digunakan untuk memulakan proses euthanasia. Setiap kaedah ini boleh memberikan akibat yang berlainan, ada juga yang menyakitkan. Secara umumnya, kaedah- kaedah euthanasia boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu euthanasia pasif dan euthanasia aktif. Euthanasia pasif Dalam euthanasia pasif, seseorang akan dibiarkan dengan mengubah bentuk sokongan y hidup dan meninggal dunia dalam keadaan semula jadi. Contohnya, kaedah penyekatan nl sokongan hidup, kaedah penyekatan prosedur perubatan, kaedah kebuluran dan penyahhidratan, dan kaedah euthanasia melalui komputer riba. 19 Semua kaedah-kaedah O euthanasia pasif perlu mendapatkan keizinan daripada mahkamah untuk dilaksanakan. § Kaedah penyekatan sokongan hidup ew Kaedah penyekatan sokongan hidup biasanya dijalankan atas seseorang yang memerlukan peralatan sokongan hidup seperti respirator dan alat-alat perubatan yang lain. Dalam kaedah vi ini, peralatan sokongan hidup ditanggalkan dan seseorang itu dibiarkan mati dalam keadaan e semula jadi. Pr § Kaedah penyekatan prosedur perubatan Kaedah penyekatan prosedur perubatan dijalankan atas seseorang yang memerlukan prosedur perubatan untuk meneruskan hidupnya. Dalam kaedah ini, prosedur perubatan dihentikan dan seseorang itu tidak dibekalkan dengan sebarang ubat lagi. Akhirnya, seseorang itu akan mati secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, penyekatan pembekalan 19 Wordpress.com, (Ogos 2007), Euthanasia dari perspektif sains, etika dan undang-undang, http://72.14.235.132/search?q=cache:3CQ3J8mp5dsJ:umchemistry.files.wordpress.com/2007/08/perfect- euthanasia.doc+EUTANASIA+DARI+PERSPEKTIF+SAINS,+ETIKA+DAN+UNDANG- UNDANG&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my (21 Februari 2008) 9
  • 10. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) juga dijalankan apabila seseorang itu memerlukan CPR. Hal ini mengakibatkan jantungnya berhenti dan mati secara semula jadi. § Kaedah kebuluran dan penyahhidratan Satu lagi kaedah euthanasia yang biasanya dijalankan atas seseorang dalam keadaan coma ialah kaedah kebuluran dan penyahhidratan. Dalam kaedah ini, makanan dan cecair-cecair (pemakanan dan penghidratan) disingkirkan daripada seseorang. Sama ada seseorang itu adalah olahragawan Olimpik sihat yang boleh mengambil makanan dan cecair melalui mulut ataupun pesakit lemah dan kurang upaya yang menerima makanan dan cecair melalui y penyuapan tiub, kematian adalah tidak dapat dielakkan jika kaedah tersebut dilaksanakan nl terhadap seseorang. Biasanya kematian yang berlaku dalam kaedah ini adalah disebabkan penyahhidratan. 20 O § Kaedah euthanasia melalui komputer riba Salah satu kaedah untuk euthanasia pasif yang menarik telah digunakan oleh Dr. Philip ew Nitschke semasa kelulusan Rights of the Terminally Ill (ROTI) Act pada tahun 1995 di Wilayah Australia Utara. Sebelum menjalankan kewajipannya, beliau akan membuat vi panggilan kepada pesakit. Selepas itu, beliau membawa komputer riba, paip plastik, dan e jarum suntik yang diisikan dengan barbiturit semasa melaksanakan pembunuhan diri terhadap Pr pesakitnya. Komputer ribanya telah dilengkapkan dengan satu program “bunuh diri”. Selepas pemasangan peralatan antara komputer riba dan pesakit, program akan bermula dan tiga soalan akan timbul pada skrin komputer seperti berikut: 1. Adakan anda memahami bahawa jika anda membaca sampai skrin yang terakhir dan menekan “ya”, anda akan diberikan ubat yang menyebabkan kematian dan anda akan mati? Ya/Tidak 20 The Life Information Charitable Trust, (2007), Euthanasia Methods, http://www.euthanasia.org.nz/about- euthanasia/methods/ (21 Februari 2008) 10
  • 11. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman 2. Adakah anda memahami jika anda terus dan menekankan “ya” pada skrin seterusnya, anda akan mati? Ya/Tidak 3. Dalam masa 15 saat, anda akan diberikan suntikan yang membawa kematian. Ya/Tidak Penekanan “ya” dalam ketiga-tiga soalan akan mengaktifkan penyuntikan program dan ubat yang membawa kematian akan disuntikkan kepada pesakit. Cara ini membolehkan doktor menjalankan tugasnya terhadap pesakit secara tidak langsung. 21 y nl Euthanasia aktif Euthanasia aktif melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung O dan pada kebanyakan masa pembunuhan sebegini dilaksanakan semata-mata untuk menunaikan permintaan seseorang pesakit yang sakit tenat. Kadang-kala, pelaksana ew euthanasia aktif akan didakwa sekiranya pelaksanaan tersebut tidak diizinkan oleh mahkamah. Contohnya, pembunuhan diri yang dibantu oleh doktor (Physician Assisted Suicide), vi penggunaan “pil aman”, dan kaedah suntikan dadah. § Kaedah pembunuhan diri yang dibantu oleh doctor (Physician Assisted Suicide) e Dalam kaedah ini, doktor berkenaan menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia dan Pr cara membunuh dengan jelas kepada seseorang yang memohon untuk mematikan diri. Bimbingan tersebut akan membantu mereka yang terlibat memahami tujuan euthanasia dan membantu mereka membunuh diri. Selepas itu, doktor akan melaksanakan euthanasia aktif terhadap mereka yang bertegas untuk membunuh diri dengan bantuan doktor. 21 Philip Nitschke & Fiona Stewart, The Peaceful Pill Handbook, (2006), Exit International US Ltd, 8 11
  • 12. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman § Kaedah suntikan mati dan penggunaan “pil aman” Kebanyakan orang tidak menerima penyingkiran segala rawatan dan penjagaan terutama penyingkiran makanan dan cecair-cecair kerana mereka berasa kaedah tersebut amat menyakitkan, dan mereka lebih sudi untuk menerima suntikan mati dan penggunaan “pil aman”. Dengan menggunakan suntikan mati dan “pil aman”, seseorang akan meninggal dunia dalam keadaan yang tidak sedar diri, tanpa penderitaan dan kesakitan. § Kaedah suntikan dadah Kaedah euthanasia yang paling biasa digunakan dalam euthanasia aktif iaitu memberi y pesakit ubat morfin yang biasanya digunakan untuk mengawal kesakitan dalam dos yang nl tinggi. Suntikan tersebut akan menindas respirasi pesakit dan menyebabkan kematian yang lebih awal daripada yang sepatutnya. O ew e vi Pr 12
  • 13. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Kes-kes yang melibatkan euthanasia Beberapa kisah benar mengenai euthanasia telah disertakan sebagai rujukan. Kes-kes sedemikian sentiasa berlaku di mana-mana jua sahaja dan cara untuk melaksanakan euthanasia adalah berlainan. Kes-kes berikut telah digolongkan kepada kes euthanasia bukan sukarela (non-voluntary euthanasia), kes euthanasia sukarela (voluntary euthanasia) dan kes kegagalan dalam permohonan euthanasia. Kebanyakan kes yang disertakan tergolong kepada kes euthanasia bukan sukarela. y Kes euthanasia bukan sukarela (Voluntary euthanasia) nl § Kes Karen Ann Quinlan, Amerika Syarikat Pada bulan April hari 15, 1975, Karen Ann Quinlan yang berumur 21 tahun telah O dimasukkan ke hospital dalam keadaan kehilangan kesedaran diri. Dalam beberapa jam sahaja, dia telah memasuki keadaan koma yang tidak dapat dipulihkan. Kedua-dua ibu ew bapanya, penganut Roman Catholics, mengetahui bahawa anak perempuan mereka tidak rela berada dalam keadaan tersebut. Setahun kemudian, Karen memasuki keadaan vegetatif vi persisten. Pada masa itu, mahkamah-mahkamah membenarkan rawatannya untuk dihentikan; e tetapi penyuapan buatan masih diteruskan dan dia telah dikekalkan sebagai sebuah badan Pr yang hidup sehingga Jun 1985. Akhirnya, dia meniggal dunia disebabkan oleh penyakit pneumonia. Keluarganya menerima beribu-ribu surat simpati dan kebanyakannya berpendapat bahawa keluarga Karen tidak sepatutnya membiarkan Karen menderita selama ini. 22 22 Kirsti A. Dyer, Karen Ann Quinlan - A Focal Point for Death with Dignity/Right to Die Movement, (19 Disember 2006), http://dying.about.com/od/palliativeendoflifecare/p/karen_quinlan.htm , (20 Februari 2009) 13
  • 14. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman § Kes Tony Bland, United Kingdom Pada 1992, Mahkamah Tinggi United Kingdom membenarkan euthanasia mangsa kemalangan Hillsborough, Tony Bland yang berada dalam keadaan koma dengan memutuskan tiub-tiub penyuapannya. Presiden Bahagian Keluarga, Tuan Stephen Brown berkata, tidak ada "kemungkinan munasabah" bahawa dia akan sedar daripada koma. Ibu bapa Tony Bland, Allan dan Barbara, menyokong tindakan mahkamah dan berasa lega atas keputusan tersebut. Tony Bland, pada umur 22, mengalami kerosakan otak yang teruk daripada kemalangan keruntuhan tempat duduk stadium apabila dia dan penyokong- y penyokong bola sepak lain yang sedang berhimpit-himpit untuk memasuki ke dalam stadium nl Hillsborough pada bulan April 1989. Sebanyak sembilan puluh lima peminat telah mati dalam malapetaka itu. Dalam Mahkamah Tinggi, para doktor Tony Bland dari Hospital Besar O Airedale, dan pakar-pakar lain dalam bidang perubatan bercadang bahawa dia boleh bertahan selama lima tahun tetapi dia tidak akan pulih dan jika tiub penyuapan dikeluarkan, dia akan ew mati dalam beberapa hari. Akhirnya, Tony meninggal dunia daripada penyahhidratan sembilan hari selepas tiub penyuapannya dialihkan. 23 e vi § Kes Again Isna Nauli, Indonesia Pr Satu permohonan untuk melakukan euthanasia pada tarikh 22 Oktober 2004 telah dibuat oleh seorang suami bernama Hassan Kusuma ke Mahkamah Negeri Jakarta Pusat kerana tidak lega melihatkan isterinya yang bernama Again Isna Nauli, 33 tahun, tergolek koma selama 2 bulan dan di samping itu, ketidakmampuan untuk menanggung beban bayaran perawatan turut menjadi alasannya untuk permohonan tersebut. Kes ini merupakan salah satu contoh bentuk euthanasia yang di luar keinginan pesakit. Permohonan ini akhirnya ditolak oleh Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, dan setelah menjalani perawatan intensif maka 23 Telegraph & Argus, A right to choose, (15 April 1999), http://archive.thisisbradford.co.uk/1999/4/15/164123.html , (21 Februari 2009) 14
  • 15. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman keadaan terakhir pesakit (pada 7 Januari 2005) telah mengalami kemajuan dalam pemulihan kesihatannya.24 § Kes Terri Schiavo, Amerika Syarikat Terri Schiavo (41 tahun) telah meninggal dunia di negeri Florida, pada 31 Mac 2005, 13 hari setelah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberikan keizinan untuk mencabut salur makanan yang selama ini menghidupkan pesakit dalam koma ini. Koma pesakit tersebut bermula pada tahun 1990. Terri jatuh di rumahnya dan ditemui oleh suaminya, Michael y Schiavo, dalam keadaan kegagalan jantung. Terri dapat diresusitasikan lagi setelah ambulans nl dipanggil, tetapi disebabkan oleh penghentian nafas dalam masa yang panjang, dia mengalami kerosakan otak yang kritikal, akibat kekurangan oksigen. Menurut kalangan O medik, kegagalan jantung itu disebabkan oleh ketidakseimbangan unsur potasium dalam tubuhnya. Oleh kerana itu, doktornya kemudian dituduh kesalahan praktik dan terpaksa ew membayar ganti rugi besar kerana kecuaian dalam penilaiannya iaitu tidak menemukan keadaan yang membahayakan ini pada pesakitnya. vi Setelah Terri Schiavo selama 8 tahun berada dalam keadaan koma, maka pada bulan e Mei 1998 suaminya, Michael Schiavo membuat permohonan ke mahkamah agar salur alat Pr bantu makanan pada isterinya boleh dicabut agar isterinya dapat meninggal dengan tenang, namun ibubapa Terri Schiavo iaitu Bobert dan Mary Schindler menyatakan keberatan dan menentang niat menantu mereka. Dua kali salur makanan telah dilepaskan dengan izin mahkamah, tetapi beberapa hari kemudian, salur makanan tersebut dipasang kembali atas perintah hakim yang lebih tinggi. Ketika akhirnya hakim memutuskan bahawa salur makanan boleh dilepaskan, maka para penyokong keluarga Schindler melakukan segala yang boleh untuk menggerakkan Senat Amerika Syarikat agar membuat undang-undang yang 24 Taipei Times, Indonesian call for euthanasia riles Muslim population, (15 November 2004), http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/2004/11/15/2003211150 , (19 Februari 2009) 15
  • 16. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman memerintahkan Mahkamah Persekutuan untuk meninjau kembali keputusan hakim tersebut. Undang-undang ini disokong oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden George Walker Bush. Tetapi, berdasarkan undang-undang di Amerika, kekuasaan kehakiman tidak bergantungan dengan sebarang kuasa yang lain, akhirnya hakim persekutuan membenarkan keputusan hakim terdahulu. 25 § Kes Dr. Park, Korea Selatan Di Korea Selatan, pada tahun 2002, terdapat seorang pesakit wanita berusia 68 tahun y yang menderita daripada penyakit sirosis hati. Setelah dirawat selama tiga bulan, seorang nl doktor bernama Park yang berumur 30 tahun, telah mencabut alat bantu pernafasan atas permintaan anak perempuan pesakit tersebut. Pada Disember 2002, anak lelaki pesakit O tersebut meminta polis untuk menyiasat kakaknya berserta dengan doktor tersebut atas tuduhan melakukan pembunuhan. Dr. Park mengatakan bahawa dia tidak bersalah dan hanya ew menunai permintaan anak perempuan pesakit tersebut agar alat bantu pernafasan tersebut tidak dipasangkan. Satu minggu sebelum mati, pesakit tersebut amat diderita oleh penyakit vi sirosis hati yang telah mencapai peringkat akhir, dan doktor mengatakan bahawa walaupun e alat bantu pernafasan tidak dicabut, kemungkinan besar pesakit tersebut hanya dapat bertahan Pr selama 24 jam sahaja.26 Euthanasia sukarela (voluntary euthanasia) § Kes Dr. Nigel Cox, United Kingdom Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan euthanasia 25 Diana Lynne, The whole Terri Schiavo story, (24 Mac 2005), http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=43463 , (21 Februari 2009) 26 Theresa Kim Hwa-young, Seoul, the debate on euthanasia opens, (13 Jun 2007), http://new.asianews.it/index.php?l=en&art=9539 , (21 Februari 2009) 16
  • 17. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika sesiapa menyentuh dia. Ubat biasa tidak melegakan penderitaannya. Dalam hari-hari terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox memberinya satu suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia. Akibatnya Dr. Cox telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah. 27 § Kes Sue Rodriguez, Kanada Sue Rodriguez28, seorang ibu dalam awal tiga puluhannya, menghadapi penyakit Lou y Gehrig. Dia mengetahui bahawa otot-ototnya akan merosot sehingga suatu hari dia akan nl tercekik sehingga mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya membenarkan doktor membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya. O Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan. Akhirnya seorang doktor, pada bulan Februari 1994, telah melanggar undang-undang dan ew membantunya untuk meninggal dunia. vi Kegagalan dalam permintaan euthanasia e § Kes Dianne Pretty, United Kingdom Pr Dianne Pretty 29 menghadapi penyakit neuron motor kritikal. Dia dan suaminya merayu kepada mahkamah agar memberikan keimunan dari dakwaan terhadap suaminya jika suaminya membantu dia membunuh dirinya, tetapi permintaan tersebut telah ditolak. Akhirnya, Dianne Pretty telah mati di hospital dalam keadaan yang dia hendak mengelakkan. Terdapat seorang perakam dokumentari telah merekodkan penderitaan dan kehilangan 27 John Keown, (2002), Euthanasia, Ethics, and Public Policy, Cambridge University Press, 11 28 William F. Sullivan, (2004), Eye of the Heart, University of Toronto Press, 33 29 BBC News, Diane Pretty dies, (12 Mei 2002), http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1983457.stm , (21 Februari 2009) 17
  • 18. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman maruah semasa Dianne Pretty melawan penyakitnya, dan ini membuat kesnya amat terkenal di England. y nl O ew e vi Pr 18
  • 19. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Perbincangan - Agama Pandangan dari agama Kristian Agama Kristian pada keseluruhannya, menentang euthanasia dan sebarang perbuatan mengambil nyawa diri atau orang lain. Penganut Kristian percaya bahawa semua manusia adalah pemberian Tuhan, dan adalah maha suci. “In the image of God” – Genesis 1:26 (“Dalam imej Tuhan"). y Euthanasia dan perbuatan bunuh diri dikatakan ia menentang perintah Tuhan kerana nl bagi mereka, hanya Tuhan mempunyai kuasa menentukan hidup-mati. O "No man has power over the wind to contain it; so no one has power over the day of his death." - Ecclesiastes 8:8 30 ("Tiada manusia mempunyai kuasa lebih daripada ew angin; tiada sesiapa mempunyai kuasa terhadap hari kematiannya.") vi Kitab-kitab ajaran Kristian tidak membincang tentang euthanasia. Walau e bagaimanapun, kebanyakan ajaran kitab-kitab Kristian mempunyai unsur-unsur yang Pr bertentangan dengan Euthanasia dan perbuatan bunuh diri. Kebanyakan petikan-petikan yang dipetik daripada kitab Kristian memberi ajaran yang bertentangan dengan ideologi euthanasia. Walaupun kitab-kitab Kristian tidak membincangkan tentang Euthanasia, tetapi sesetengah kitab mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan perbuatan mengambil nyawa sendiri. 31 Contohnya dalam King Saul - 1 Samuel 31:3-5 yang menceritakan tentang Raja Saul. Dalam kitab, Raja Saul kalah dalam peperangan dan takut ditawan, beliau menyuruh 30 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 31 David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php > (3 Februari 2008) 19
  • 20. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman pembawa perisainya supaya membunuhnya tetapi pembawa perisainya enggan. Akhirnya, Saul dan pembawa perisainya sama-sama membunuh diri. Satu lagi contoh adalah dalam kitab “old testament”, terdapat satu kejadian bagi pembunuh diri, iaitu Judas Iscariot - Matthew 27:3-5; Acts 1:1832. Judas Iscariot berasa amat kesal selepas mengkhianati Jesus dan menggantung dirinya. Kitab-kitab mencatatkan kejadian-kejadian ini sebagai fakta untuk memberi pengajaran. Dalam setiap kes ini, orang yang mengambil nyawa sendiri atau orang lain biasanya didorong oleh watak kejam. Ini menunjukkan bahawa agama Kristian menentang y perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain seperti euthanasia. nl Pada pandangan Kristian, euthanasia merupakan perbuatan mengambil nyawa sendiri O atau orang lain yang bertentangan dengan ajaran kitab- kitab Kristian. Satu petikan dari kitab, ew 33 “Thou shalt not kill” – Exodus 20:13 yang bermaksud jangan membunuh, mengatakan jelas bahawa agama Kristian menentang vi sebarang perbuatan mengambil nyawa, sama-ada membunuh diri atau orang lain. Pada e pandangan Kristian, Euthanasia merupakan perbuatan membunuh diri yang dianggap berdosa. Pr Penganut-penganut Kristian percaya bahawa nyawa adalah pemberian Tuhan dan setiap insan adalah bagai khalifahNYA, seperti petikan “You yourselves are God's temple” - 1 Corinthians 3:16 ("Anda adalah kuil Tuhan"). Petikan –petikan seperti 32 David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php > (3 Februari 2008) 33 Archpriest Victor Potapov, (1991), The sixth commandment, <http://www.stjohndc.org/Russian/command/e_command_06_euthnas.htm> (2 Februari 2008) 20
  • 21. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman “The LORD gave and the LORD has taken away” - Job 1:21 ("TUHAN memberi dan membawa pergi") dan “My times are in thy hand...” - Psalms 31:15 ("Masa-masa saya adalah dalam kawalanNYA”)34 mengatakan bahawa hanya Tuhan yang berhak menentukan kematian seseorang. y “To every thing there is a season, and a time to every purpose under the heaven: A nl time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which is planted” - Ecclesiastes 3:1-2 35 (“Setiap benda terdapat satu musim, dan satu masa O untuk setiap tujuannya di bawah syurga: Satu masa untuk dilahirkan, dan satu masa mati; satu masa untuk tanam, dan satu masa untuk mencabut apa yang ditanamkan") ew Petikan di atas mengatakan bahawa kematian seseorang adalah takdir dan ditentukan oleh vi Tuhan. Perbuatan yang mengubah hakikat hidup-mati dianggap sebagai perbuatan berdosa. e Agama Kristian menumpu kepada kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan. Pr Kebanyakan kes-kes euthanasia disebabkan oleh penderitaan melawan penyakit kritikal atau koma. Kebanyakan orang yang menjalankan euthanasia adalah kerana ingin melepaskan diri daripada kesengsaraan dan penderitaan yang alaminya, khususnya penyakit kritical. Ajaran Kristian tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut, Sebaliknya, ajaran Kristian mengatakan bahawa kita seharusnya mengatasi apa-apa yang terjadi. 34 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 35 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 21
  • 22. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman “Be not over much wicked, neither be thou foolish: why shouldest thou die before thy 36 time?” - Ecclesiastes 7:17 (“Jangan menjadi kejam, mahupun menjadi bodoh: adakah patut kamu mati sebelum masaNYA?") Walaupun dalam kitab Kristian tidak membincangkan Euthanasia secara langsung, tetapi terdapat juga sesetengah petikan yang berhujah untuk Euthanasia secara tidak langsung. Walau Bagaimanapun, kebanyakan petikan lebih memihak kepada pembangkangan Euthanasia. Salah satu petikan dari kitab yang dikatakan menyokong Euthanasia seperti di y bawah. nl "Love your neighbour as you love yourself" – Jesus.37("Cinta jiran anda seperti anda O mencintai sendiri" – Jesus). ew Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga mementingkan kasih sayang. Sesetengah orang berpendapat Euthanasia sebagai perbuatan daripada belas kasihan dan kasih sayang. vi Secara keseluruhannya, dalam perspektif agama Kristian, euthanasia adalah e dilarangkan kerana sebarang tindakan yang mengambil nyawa dianggapkan berdosa. Pr 36 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 37 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 22
  • 23. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pandangan dari agama Islam Euthanasia dalam ajaran Islam disebut qatl ar-rahmah atau taisir al-maut 38 , iaitu tindakan yang memudahkan kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit, dengan tujuan meringankan penderitaan pesakit, baik dengan cara positif ataupun negatif. Secara umum, euthanasia adalah dilarangkan sama-sekali di dalam agama Islam dan dianggapkan dosa besar kepada sesiapa yang melaksanakannya. Dalam pandangan agama Islam, hak seseorang untuk hidup dan mati merupakan anugerah Allah kepada manusia, dan manusia diamanahkan dengan tubuh badan supaya menjaganya dengan baik mengikut y landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. nl Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, O kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari nikmat. ew Al-Qur’an - Surat 22. Al Hajj : Ayat 66 vi Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman e mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah Pr berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. Al-Qur’an - Surat 2. Al Baqarah : Ayat 243 Dalam agama Islam, nyawa dianggapkan suci kerana ia adalah anugerah daripada Allah. Euthanasia tidak dirangkumi di antara alasan-alasan untuk membunuh di dalam ajaran 38 Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia, http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html, (25 Januari 2009) 23
  • 24. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Islam. Oleh itu, pembunuhan tanpa alasan yang benar adalah dilarangkan sama-sekali. Agama Islam juga tidak membenarkan membunuh diri walaupun dalam keseksaan and penderitaan kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan bukan pemilik mutlak.39 Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara lalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, y tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia nl adalah orang yang mendapat pertolongan. Al-Qur’an - Surat 17. Al Israa’: Ayat 33 O Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa: barang ew siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia vi telah membunuh manusia seluruhnya. e Al-Qur’an - Surat 5. Al Maa-Idah: Ayat 32 Pr Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Al-Qur’an - Surat 4. An Nisaa’: Ayat 29 Nabi [Muhammad SAW] berkata, "Diantara bangsa-bangsa di hadapanmu adalah seorang lelaki yang terluka, dan mulai tidak sabar (dengan sakitnya), [lalu] ia 39 Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009). 24
  • 25. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman mengambil sebilah pisau dan memotong tangannya dengan itu dan darahnya tidak berhenti hingga ia meninggal. Allah bersabda, ' HambaKu bergegas menjemput kematiannya sehingga Aku telah melarangnya (untuk masuk) syurga.' Sahih Bukhari 4:56:669 Dalam ajaran Islam, Allahlah yang memiliki semua hidupan dan akan menentukan masa kematian seseorang manusia yang tidak dapat diubahkan oleh manusia sendiri. Oleh demikian, euthanasia adalah dilarang secara tegas dan jelas dalam ajaran Islam. y nl Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan. O Al-Qur’an - Surat 16. An Nahl: Ayat 61 ew Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. vi Al-Qur’an - Surat 3. Ali ‘Imran: Ayat 145 e Pr Walaupun kebanyakan tindakan euthanasia dilakukan kerana kasih sayang yang bertujuan untuk mengurangkan keseksaan yang dihadapi oleh pesakit, terutamanya yang dilakukan oleh doctor, namun Dr. Syekh Yusuf Al-Qardhawi, seorang sarjana yang amat terkenal dari Egpyt telah menerangkan euthanasia aktif, iaitu tindakan memudahkan kematian pesakit dengan menggunakan peralatan atau ubat, merupakan tindakan yang tidak dapat dilepaskan dari kategori pembunuhan meskipun tindakan tersebut dilaksanakan atas rasa kasihan terhadap pesakit kerana walau bagaimanapun doctor tidaklah lebih pengasih dan penyayang daripada Allah yang menciptakannya. Hanya Allah yang memberi kehidupan 25
  • 26. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman kepada manusia dan mencabutnya apabila telah tiba masa yang telah ditetapkan-Nya. 40 Berdasarkan hadits Ibnu Abbas yang diriwayatkan dalam kitab Sahih dari seorang wanita yang ditimpa penyakit epilepsi. Wanita itu meminta kepada Nabi s.a.w. agar mendoakannya, lalu beliau menjawab: ‘Jika engkau mahu bersabar (maka bersabarlah), engkau akan mendapatkan syurga; dan jika engkau mahu, akan saya doakan kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’ Wanita itu menjawab, y ‘Aku akan bersabar. Sebenarnya saya tadi ingin dihilangkan penyakit saya. Oleh nl kerana itu doakanlah kepada Allah agar saya tidak akan minta untuk menghilangkan penyakit saya.’ O Lalu Nabi s.a.w. mendoakan orang itu agar tidak meminta dihilangkan penyakitnya. Oleh itu, ew kita dapat melihat dalam ajaran Islam, seseorang yang menanggung penderitaan adalah diminta bersabar dan redha (menerima dengan rasa senang) kerana ia mendapat ganjaran vi besar dari Allah swt.41 e Pr Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Al-Qur’an - Surat 31. Luqman: Ayat 17 40 Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia, http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html (25 Januari 2009) 41 Abu Asyraf , Euthanasia: perundangan dan perspektif Islam, www.geocities.com/Athens/Academy/2211/euthanas.htm (30 Januari 2009) 26
  • 27. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Al-Qur’an - Surat 39. Az-Zumar: Ayat 10 Pada konferensi pertama tentang kedoktoran iaitu First International Conference of Islamic Medicine anjuran Islamic Organisation of Medical Science di Kuwait pada tahun y 1981 telah menyatakan bahawa tidak ada sebarang alasan yang dapat menyokong mercy nl killing (Euthanasia) yang bertujuan untuk menghilangkan penderitaan dan keseksaan. Juga dalam kod Islam etika perubatan telah dinyatakan bahawa doktor tidak mempunyai kuasa O untuk menamatkan nyawa seseorang pesakit walaupun pesakit tersebut telah dibuktikan tidak dapat dipulihkan secara saintifik, sebaliknya doktor hendaklah mencuba sedaya-upaya untuk ew mengekalkan nyawa pesakit tersebut kerana tanggungjawab doktor adalah membantu dalam penyambungan nyawa, bukan kematian. 42 vi Islamic European Council for Fatwa and Research (ECFR) telah memutuskan e bahawa tindakan membunuh diri dan juga euthanasia, tak kira euthanasia aktif ataupun pasif, Pr adalah dilarangkan dalam agama Islam. Pada sesi ke-11 yang telah diadakan dari 1 Julai ke 6 Julai 2003 di Stockholm, ibu negara Sweden, majlis telah menyatakan bahawa pesakit adalah dilarang membunuh diri ataupun dibunuh oleh orang lain walaupun pesakit tersebut telah memberi keizinan kepadanya. Akan tetapi, majlis tersebut memutuskan bahawa pesakit yang dibuktikan mati secara klinikal diizinkan menghentikan pembekalan mesin pernafasan kepada pesakit tersebut kerana mereka yang mati secara klinikal telah kehilangan perasaan sebab kerosakan yang dialami oleh otak, dan ini menjadi tidak bermakna untuk membekalkan 42 Rahman, Abdul, C.Amine, and Ahmed Elkadi, (1981), The Islamic Code of Medical Professional Ethics, Kuwait Ministry of Health, 65-67 27
  • 28. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman mesin pernafasan kepada pesakit tersebut, sedangkan pembekalan tersebut boleh meningkatkan kos operasi hospital dan banyak lagi pesakit yang lain amat memerlukannya. 43 Oleh demikian, jelaslah bahawa dalam agama Islam, euthanasia adalah tindakan yang tidak dibenarkan dan juga tidak akan dihalalkan di mana-mana negara di dunia kerana dalam ajaran Islam, hak untuk menentukan masa kematian adalah pada tangan Allah swt. Sebagai makhluk yang diciptakan olehNya, manusia haruslah menyayangi dan menjaga nyawa sendiri tanpa syarat. y nl O ew e vi Pr 43 Catholic World News Brief , Islamic Religious Leadership Council Rules Against Euthanasia, Assisted Suicide, www.LifesiteNews.com/CWN (1 Februari 2009) 28
  • 29. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pandangan dari agama Buddha Isu euthanasia merupakan isu serius yang sering dibicarakan oleh kalangan masyarakat, sama ada para doktor, para ahli hukum, ataupun para ulama. Walaupun terdapat sekelompok yang bersetuju, namun kebanyakan tidak setuju. Masalah euthanasia ini tidak luput pula dari perhatian umat Buddha. Mereka berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi setentunya dengan berpedoman kepada pengajaran Sang Buddha. Euthanasia, iaitu perbuatan mempercepat kematian seseorang secara tidak alamiah, sama ada dengan menggunakan ubat penenang atau menghentikan terapi yang boleh memanjangkan tempoh hidup pesakit, y merupakan pelanggaran terhadap sila ajaran Buddha. nl “Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak mencuri, tidak berzina, tidak berbohong, tidak O minum arak, dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuatan tersebut. Lima sila ini merupakan perintah yang patut dipatuhi semasa berada di dalam rumah.” (Samyuktagama ew Sutra, topik 33) vi Dalam ajaran Buddha, terdapat lima dasar kemoralan (sila) yang diutamakan oleh Sang e Buddha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri Pr dan melahirkan keperibadian yang sempurna. Lima sila termasuklah menghindari pembunuhan, menghindari pengambilan sesuatu yang tidak diberikan, menghindari perbuatan berzina, menghindari perkataan bohong dan menghindari minuman keras. 44 Dalam sila “Menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk hidupan, termasuk nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja. 44 Bhikkhu Dhammavuddho Maha Thera, (Mei 2008), Pesan Sang Buddha, <http://www.patria.or.id>, (21 Januari 2009) 29
  • 30. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Nyawa merupakan hal yang paling berharga bagi setiap makhluk hidup, terutamanya nyawa manusia. 45 Seseorang akan berasa ketakutan yang terbesar apabila hidupnya dalam bahaya atau ancaman. Sang Buddha menekankan ajaran ini supaya melahirkan sifat belas kasihan di kalangan penganut. Walaupun kebanyakan kes euthanasia dilakukan dengan alasan kasih sayang, atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas kesakitannya, tetapi perlaksanaan euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat. Seseorang yang memang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan perbuatan mengakhiri hidup seseorang kerana dia menyedari bahawa hidup merupakan milikan yang y paling berharga bagi setiap makhluk. 46 Dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan tanpa nl berputus asa untuk menghilangkan penderitaan orang lain dengan cara yang lebih tepat dan benar. O “Jika kamu sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tentu mendapat balasan, sama ada ew yang baik atau yang buruk; jika kamu tidak sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tidak akan mendapat balasan.” (Madhyamagama Sutra, topik 5) e vi Pr " Sesuai dengan benih yang ditanam, itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan akan mengumpulkan kebaikan Pelaku keburukan, memperoleh keburukan. Jika anda menanamkan benih yang baik, maka anda menikmati buah yang baik." (Samyutta Nikaya I, 227) 45 Dalai Lama, (18 September 1996), “What are Buddhist perspectives on euthanasia and physician-assisted suicide?”, <http://www.euthanasia.procon.org/viewanswers.asp?questionID=158>, (23 Januari 2009) 46 Bohdi, (29 Disember 2007), Pandangan Agama Buddha Terhadap Euthanasia, < http://forum.wgaul.com/ showthread.php?t=67915>, (3 Februari 2009) 30
  • 31. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Sang Buddha amat mementingkan konsep karma. Beliau mempercayai bahawa semua perbuatan yang dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Perbuatan yang baik meninggalkan kesan baik dan perbuatan yang jahat meninggalkan kesan buruk. Sang Buddha pernah mengatakan bahawa dalam kelahiran yang baru, setiap makhluk akan menerima akibat-akibat karma yang belum berbuah dalam kehidupan dahulu dan pusingan kelahiran akan berterusan sehingga hasil perbuatannya, sama ada yang baik atau buruk, habis diselesaikan. 47 Dengan demikian, jika akibat karma itu belum diterimanya dalam kehidupan sekarang ini, maka dia akan menerimanya pada kelahiran yang berikutnya. y nl “Kehidupan sekarang menunjukkan perbuatan yang dibuat sebelum kelahiran semasa; perbuatan sekarang menentukan kehidupan pada kelahiran yang akan datang.” (Karma O Sutra) ew Dalam kepercayaan Buddha, euthanasia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini akan mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan vi euthanasia tersebut, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya. Oleh itu, e perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit, Pr malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit and juga orang yang melaksannakannya. Walaupun pesakit bebas daripada penderitaan selepas meninggal dunia, tetapi karma yang negatif akibat membunuh diri akan dibawa ke kelahiran yang seterusnya. Ini merupakan penderitaan yang baru dan tidak kehabisan. Oleh sebab itu, kita hendaklah membiarkan pesakit itu melunasi karma buruknya pada kehidupan sekarang, sehingga akibat karma buruk yang berupa penderitaan itu tidak akan diterimanya lagi pada kehidupan yang akan datang. 47 Henry, (9 Julai 2007), Hukum-hukum dalam Agama Buddha, < http://forum.wgaul.com/archive/thread/t- 63906-HUKUM-HUKUM-Dalam-Agama-Buddha.html>, (10 Februari 2009) 31
  • 32. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Bagi orang yang melaksanakan euthanasia atau bersetuju dengan perlaksanaan euthanasia, perbuatan atau fikiran mereka yang mendorong pembunuhan dan menyebabkan kehilangan nyawa orang lain juga melanggar sila yang pertama, akan menyebabkan seseorang itu menerima karma yang negatif tidak kira dalam kehidupan sekarang ataupun kelahiran pada masa depan. “Ketika fikiranku yang terkondensasi telah demikian termurnikan, terang, bebas dari ketidaksempurnaan, mantap dan mencapai keadaan yang tidak terganggu, aku y mengarahkannya pada pengetahuan tentang hancurnya noda-noda (tiga akar kejahatan iaitu: nl ketamatan, kebencian, dan ketidaktahuan atau kebodohan). Secara langsung aku mengetahui sebagaimana adanya: ‘Inilah penderitaan’, ‘Inilah asal mula penderitaan’, ‘Inilah O berhentinya penderitaan’, ‘Inilah jalan menuju berhentinya penderitaan’.” (Majjhima Nikaya, 4.31)48 ew Sang Buddha mengemukakan konsep Empat Kebenaran Mulia apabila dia mendapat vi jawapan terhadap penderitaan yang ditemui oleh orang ramai. Dalam konsep Empat e Kebenaran Mulia ini menyatakan bahawa ada penderitaan, ada sebab dari penderitaan, ada Pr akhir dari penderitaan, dan ada jalan untuk mengakhiri penderitaan iaitu Jalan Mulia Berunsur Delapan. 49 Konsep ini mengajar penganutnya supaya berfikiran secara logik. Seseorang harus memahami suatu masalah dan menganalisis masalah tersebut, menyedari dan menemukan penyebab masalah tersebut, mengetahui bahawa masalah dapat diatasi dan 48 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma- f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009) 49 Venerable Ajahn Sumedho, (2 Disember 2008), The Four Noble Truths, <http://www.dhammacitta.org/ perpustakaan/ebook/umum/empat-kebenaran-mulia.htm>, (17 Februari 2009) 32
  • 33. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman mencari cara penyelesaiannya, dan menemukan cara mengatasi masalah tersebut serta menjalankan caranya.50 Sang Buddha juga menyatakan bahawa seseorang akan mencapai kebahagiaan sejati jika berkelakuan berdasarkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan. Jalan Mulia Berunsur Delapan menyatakan bahawa seseorang harus mempunyai pandangan benar, fikiran atau niat benar, ucapan benar, perbuatan benar, penghidupan benar, upaya benar, perhatian benar, dan kesedaran benar. 51 Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah baik, ini bermakna fikirannya baik. Fikirannya benar (positif) disebabkan pandangannya benar. Oleh y yang demikian, pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara merupakan asas yang paling nl penting dalam cara pengurusannya. Oleh itu, pandangan orang ramai terhadap euthanasia adalah amat penting apabila mereka berdepan dengannya. O Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa agama Buddha tidak bersetuju dengan perlaksanaan euthanasia tidak kira perlaksanaan ini telah disetujui oleh pesakit atau tidak. ew Agama Buddha amat mementingkan karma dan melarang penganutnya terlibat dalam pembunuhan segala hidupan. e vi Pr 50 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma- f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009) 51 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma- f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009) 33
  • 34. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pandangan dari agama Hindu Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah berdasarkan ajaran karma, moksha dan ahimsa. Karma: Hindus meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) melalui banyak nyawa, bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup adalah bagi mencapai moksha, iaitu pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula. Bunuh diri adalah suatu perbuatan yang dilarang di dalam ajaran Hindu dengan fikiran bahawa perbuatan tersebut dapat dijadikan suatu faktor yang mengganggu sistem semula jadi reinkarnasi seterusnya y menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yang sangat nl berharga untuk meraihkan tingkat yang lebih baik dalam kehidupan kembali. Berdasarkan kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk O neraka ataupun syurga melainkan berada di dunia manusia sebagai roh jahat dan berkeliaran tanpa tujuan sehingga ia mencapai masa di mana ia seharusnya menjalani kehidupan yang ew baru. vi (Catatan: Misalnya seseorang membunuh diri semasa berumur 17 tahun dan seharusnya dia e ditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka selama 43 tahun rohnya berkeliaran tanpa arah Pr tujuan, setelah tamat tempoh itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (reinkarnasi))52 Dalam agama Hindu ada menyatakan bahawa melarang mengambil nyawa orang lain atas dasar alasan apapun dalam konsep Hidup, ada beberapa nilai ajaran yang relevan diantaranya adalah ajaran Ahimsa, Tat Twan Asi dan Karmaphala. 52 Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Hindu (1 Februari 2009) 34
  • 35. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman • Ahimsa Ahimsa merupakan kepercayaan bahawa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup. Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan insan yang berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jiwatma bersifat abadi, namun ia akan dipengaruhi oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang sesungguhnya. Perbuatan yang melawan Ahimsa disebut “Himsa karma” seperti membunuh, meyakiti, dan menyeksa tanpa alasan yang dibenarkan di dalam kitab-kitab suci. Apabila perbuatan itu semata-mata demi kepuasan peribadi dan tampa perasaan, apa lagi itu y dilakukan secara berencana dan penuh dengan kesedaran dalam ertian lebih dalam untuk nl mengakhiri penderitaan seseorang tetap merupakan perbuatan "Himsa Karma". • Tattwam Asi O Tattwam Asi adalah merupakan ajaran sosial tanpa batas. ew “Saya adalah kamu dan kamu adalah saya, dan segala makhluk adalah sama seperti menolong orang lain bererti menolong diri sendiri dan menyakiti orang lain bererti juga vi menyakiti diri sendiri” e “Antara saya dan kamu sesungguhnya bersaudara, hakikat atman yang menjadiknya hidup Pr diantara saya dan kamu berasal dari satu sumber iaitu Tuhan, Atman yang menghidupkan tubuh makhluk hidup yang merupakan percikan terkecil dari Tuhan. ”53 Jadi sesungguhnya filsafah tatwam asi ini mengandung makna yang sangat dalam. Tattwam Asi mengajar agar kita bahawa sentiasa mengasihi orang lain atau menyayangi makhluk lain dan janganlah sekali-kala menyakiti hati orang lain. Apabila dihayati dan diamalkan dengan baik, maka akan terwujud suatu keharmonian hidup (kerukunan hidup). 53 Ketut Wiana, (2001), Yadnya dan Bhakti, terbitan Pustaka Manikgeni, <http://www.indoforum.org/showthread.php?t=38435 > (1 Februari 2009) 35
  • 36. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman • Karmaphala Agama Hindu mengenalkan hukum sebab-akibat yang disebut dan menjadikan salah satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala adalah berkaitan dengan keyakinan tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka mahupun duka) disebabkan oleh hasil perbuatan manusia itu sendiri. Dalam ajaran tersebut, biasanya dikatakan bahawa manusia menentukan nasib pada masa yang akan datang, sementara Tuhan yang menentukan berapa hasil yang akan diberi. y Perbuatan bunuh diri umumnya dilarang dalam agama Hindu, di atas dasar nl menganggu masa kitaran kematian dan kelahiran semula dan menghasilkan karma yang teruk. Perbuatan bunuh diri adalah tidak diluluskan dalam Hinduisme kerana kehidupan manusia O adalah satu peluang yang berharga untuk membantu negara mencapai tahap yang lebih tinggi. Menurut kitab Yajnavalkya bahagian 1:116, ew Satu lelaki menguasai, menghormati dan boleh meneruskan kehidupannya melalui pendidikan dia, tindakan keagamaan, umur, sahabat handai dan kekayaan. Tiada vi sesiapa yang berhak untuk merampas hak dia.54 e Pr Menurut kitab “Brihadaranyaka Upanishad”, “Rakyat mesti dijaga sehingga mereka mati. Walaupun Hindus tidak mempunyai bantahan tentang meneruskan hidup dengan sokongan mesin-mesin, kematian merupakan satu pintu kepada kelahiran semula yang akan datang.”55 54 Prof. A. A. Ramanathan, (2002), Yajnavalkya Upanishad , terbitan The Theosophical Publishing House, Chennai <http://www.advaita.it/library/yajnavalkya.htm> (1 Februari 2009) 55 Sri Aurobindo, (1966), Brihadaranyaka Upanishad , Pondicherry , India http://www.gnosis.org/library/brihad.htm (1 Februari 2009) 36
  • 37. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Hindus mempercayai bahawa semua hidup adalah suci dan mereka tidak bersetuju dengan euthanasia. Prinsip-prinsip bagi Ahimsa (penghormatan untuk hidup) memberitahu bahawa ia adalah sentiasa dipertimbangkan kesilapan untuk menerima hidup walaupun seseorang mengalami sakit atau dalam kesakitan. Penderitaan dianggap sebagai hasil Karma yang kurang baik (tindakan-tindakan, dan akibat-akibat bagi tindakan-tindakan). Penderitaan perlu ditanggung bagi menghalang kewujudan karma buruk yang akan dibawa ke hidupan lain. Seterusnya adalah sedikit pandangan daripada ketua-ketua agama hindu dari seluruh y dunia.56 nl Swami Omkarananda dari Bandarikashrama, Fremont, California O “Eutanasia adalah satu persoalan yang sukar. saya tidak akan meminta untuk ia. Tuhan telah memberi, membiarkan Tuhan mengambil, sama ada ia adalah betul untuk ew seorang doktor melakukan ia, saya tidak mempunyai sebarang ulasan. Hidup sokongan mesin-mesin adalah satu isu moral yang besar. Ia adalah satu kekesalan kepada kehidupan vi manusia. Jika kita tercipta jentera untuk menyimpan orang hidup, kemudian kita terpaksa e mengguna mereka. Pr "Unplugging" mereka adalah satu soalan yang sukar. Setiap satu hidup adalah tanggungjawab sendirinya, beliau perlu membuat keputusan. ” Swami Bhasyananda dari Vivekananda Vedanta Society, Chicago, Illinois “Hidup telah disedarkan dunia oleh Tuhan, dan kehidupan ini sepatutnya pergi, tetapi bukan secara buatan manusia. Kita harus cuba meminimumkan penderitaan. Selain ini, tidak perlu majalankan kaedah ini. Hidup tidak berakhir selepas kematian badan. 56 Hinduism Today, (August 1988), Euthanasia,< http://www.hinduismtoday.com/archives/1988/08/1988-08- 08.shtml>, (1 Februari 2009) 37
  • 38. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Sememangnya satu undang-undang [untuk memberi suntikan maut] diserahkan AMERIKA SYARIKAT, seorang doktor Hindu tidak harus melakukan ia.” Swami Satchidananda dari Integral Yoga Institute, Virginia “Ia adalah tidak dinasihatkan bagi sesiapa untuk meminta suntikan maut. Ia adalah satu bentuk bunuh diri yang akan memberi kesan hidupan lain mereka Anda melakukan bukan semata menyimpan badan hidup dengan mencangkuk itu dan ini. Pada masa yang sama, anda tidak perlu membunuh badan. Jika anda tidak boleh merawat mereka, y meninggalkan ia; mereka akan mati dalam cara semulajadi. Ia adalah kerana karma tertentu. nl Mereka sedang menjalani pembersihan keluar dari karma. Jika anda menamatkan badan sebelum mereka memadam sepenuhnya apa yang perlu dibersihkan dosa dalam hidup ini, O tiada cara lagi untukmembersihkan ia semua. Sebagai langkah seterusnya bagi mereka yang perlu meneruskan, juga dalam hidupan lain, kerana karma perlu membersihkan dosa. ew Perbuatan meletakkan seseorang pada sistem sokongan hidup melibatkan doktor atau jururawat dalam peribadi karmas bagi seseorang. Untuk melepaskan mereka daripada vi sistem sokongan hidup atau memberi satu suntikan maut memutuskan bintang "tali perak" e penghubungan bintang badan dengan fizik. Yang terbabit kemudian mula kelihatan tinggal Pr karmas bagi pesakit. Tiada doktor atau jururawat seharusnya dibenarkan satu lesen seumpama ini. Apabila seseorang berada dalam satu keadaan yang komatos atau otak rosak, mereka tidak merasa menderita, tetapi ia adalah hidup, aktif dan gembira dalam badan mereka dalam Devaloka. Mereka boleh jadi hidup tertutup, sebagai orang-orang earthbound, manakala karma mereka melegakan. Tiada sesiapa boleh memberi sesiapa izin untuk menamatkan badan fizikal. Permintaan-permintaan seperti ini sepatutnya diambil sebagai satu tanda kelemahan dan tidak harus dipedulikan. Setiap jiwa mesti digalakkan untuk hidup dalam badan fizikal selagi ia dapat menahan, supaya karma ini tidak akan dibawa kepada 38
  • 39. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman penjelmaan yang akan datang.penjelasan lebih dalam adalah dalam perkataan Sanskrit mumia.” Swami Saraswati Rajarajeshwari Peedam, dari Pennsylvania “Di India, jika seorang wali hendak keluar dari badan, beliau harus memilih satu masa untuk meninggalkan badannya. Saya tidak mempercayai buatan cara [eutanasia] kerana kaedah ini menyebabkan tiada peluang untuk perkembangan rohaniah. Para doktor Hindu perlu mendidik diri mereka dalam hukum spiritual dan panduan. Mereka harus y menasihat pesakit supaya tidak menerima suntikan maut. Terdapat satu pengecualian dalam nl larangan Hindu. Perbuatan bunuh diri adalah amalan prayopavesa, atau puasa untuk kematian. Prayopavesa dianggap sebagai berlainan dengan kaedah bunuh diri kerana ia O adalah semula jadi dan tanpa sebarang kekerasan. ia hanya digunakan apabila ia adalah masa sesuai untuk menamatkan hidup, iaitu apabila badan telah sajikan tujuannya dan ew menjadi satu beban; Prayopavesa adalah satu proses berperingkat, memberi cukup masa untuk pesakit menyediakan dirinya dan saudara di sekelilingnya untuk kematiannya; vi manakala euthanasia selalu dikaitkan dengan perasaan bagi kekecewaan, kemelesetan, atau e kemarahan, prayopavesa dikaitkan dengan perasaan bagi ketenangan.” Pr Terdapat Undang-undang Hindu yang menetapkan syarat-syarat prayopavesa: 1) keputusan adalah diisytiharkan secara terbuka 2) tindakan mesti dilakukan di bawah pengaturan komuniti Satguru Sivaya Subramuniyaswami, seorang pemimpin Hindu yang lahir di California, mangakhiri kehidupan sendirinya sebelum prayopavesa pada bulan November 2001. Setelah mendapati bahawa beliau telah tidak dapat dirawat daripada kanser usus .Satguru tercenung 39
  • 40. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman untuk berhari-hari dan kemudiannya mengumumkan bahawa beliau hanya akan menerima rawatan penahan sakit dan akan menjalankan prayopavesa – iaitu hanya meminum air tanpa sebarang makanan. Beliau telah mati pada hari yang ke-32.57 Melalui ajaran dan amalan ini, secara keseluruhannya agama hindu tidak semestinya bantah atau melarang kaedah bunuh diri, manakala ia juga setuju untuk mejalani prayopavesa bagi mengakhiri nyawa dengan syarat tertentu yang dianggap secara semula jadi. y nl O ew e vi Pr 57 BBC Team, (24 Februari 2004), Euthanasia and Suicide , http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/hinduethics/euthanasia.shtml (1 Februari 2009) 40
  • 41. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Pendapat kumpulan Isu euthanasia boleh dinilaikan daripada pelbagai perspektif dan setiap perspektif membawa kebaikan dan keburukan. Dalam pendirian kumpulan, kami tidak bersetuju untuk melaksanakan euthanasia ke atas isteri yang mengalami penyakit yang kritikal. Tindakan untuk menjalankan euthanasia adalah tidak wajar walaupun pesakit tiada harapan untuk sembuh atau mengalami kesakitan yang kritikal. Pada zaman yang moden, teknologi perubatan telah membawa pelbagai harapan kepada pesakit untuk disembuhkan. Walaupun sebahagian penyakit masih tidak ada y perubatan yang boleh menyembuh pesakit, tetapi dengan teknologi yang semakin moden dan nl canggih, kebanyakan penyakit dapat dikawal dan disembuhkan melalui pengubatan dengan mengambil masa yang lama. Dalam kes ini, isteri yang mengalami kerosakan saraf yang O kritikal sepatutnya diberi pengubatan yang secukupnya supaya dia masih ada harapan untuk disembuhkan. Sebagai suami, dia harus menjaga isteri dengan cekal dan penuh sabar, ew walaupun proses yang diambil dalam pengubatan adalah lama dan penuh dengan kesusahan. Pada masa yang akan datang, sekiranya terdapat penciptaan perubatan yang baru, ini akan vi memberi harapan kepada pasangan suami isteri ini. e Dengan kos yang semakin meningkat dalam perubatan dan kehidupan seharian, suami Pr ini mungkin akan menghadapi masalah kewangan. Beban ini menjadi isu yang penting dalam menentukan tindakan euthanasia ke atas isterinya. Dengan kebangkitan masyarakat yang semakin moden dan kaya, suami ini boleh mengumpulkan kewangan melalui paparan suratkhabar, permohonan bantuan daripada kerajaan atau permohonan bantuan daripada organisasi bukan kerajaan. Selain itu, suami ini juga boleh mendapat bantuan daripada masyarakat untuk menjaga anak-anaknya. Suami boleh mencari penjaga sementara untuk menjaga anak-anaknya dan pada masa yang sama, suami ini boleh mencari pekerjaaan yang dapat bertoleransi dengan masa penjagaan isterinya. Dengan pekerjaan yang sedia ada, 41
  • 42. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman sumber kewangan untuk kehidupan harian dapat diselesaikan. Mengenai kos perubatan yang semakin mahal, suami ini boleh mencari wakil rakyat supaya sumber kewangan untuk perubatan dapat dikumpulkan melalui masyarakat umum. Suami ini juga boleh berbincang dengan pihak hospital supaya kos perubatan dapat dikurangkan. Hospital kerajaan menyediakan perubatan yang lengkap dengan kos perubatan yang rendah, berbanding dengan hospital swasta. Oleh itu, suami ini juga boleh memilih hospital yang sesuai untuk menyembuhkan isterinya. Daripada perspektif kepentingan diri, walaupun proses penjagaan isteri mengambil y masa yang lama, letih dan penat, suami seharusnya bersabar dengan kesusahan dalam proses nl ini. Sebagai suami isteri, mereka seharusnya menjaga satu sama lain sekiranya salah satu pihak berada dalam kesusahan. Suaminya harus bertoleransi dengan keadaan isterinya dan O menjaganya tanpa sebarang kesesalan. Walaupun jiwa suami berasa penat dan beringin putus asa, dia patut menjaga perasaan isteri, anak-anaknya dan masyarakat. Tindakan euthanasia ew mungkin akan menyebabkan suaminya digelar sebagai pembunuh dan tidak bertimbang rasa akan keadaan isterinya. vi Daripada perspektif undang-undang, tindakan voluntary euthanasia adalah e diharamkan kerana tindakan ini dikira sebagai pembunuhan diri dan pembunuhan diri adalah Pr bertindak salah di sisi undang-undang. Dalam isu ini, non-voluntary euthanasia dikira kerana isteri tidak dapat mengambil keputusan dan suami mengambil keputusan berpihak kepada isterinya. Kedua-dua kaedah euthanasia masih diharamkan kerana isu euthanasia belum diluluskan oleh ahli parlimen untuk dilaksanakan. Oleh itu, suami kepada isteri ini tidak berhak untuk menjalankan euthanasia ke atas isterinya. Sekiranya euthanasia telah dijalankan ke atas isteri dengan persetujuan suaminya, suami ini boleh didakwa dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaaan. Tindakan euthanasia tidak membawa manfaat kepada pasangan suami 42
  • 43. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman isteri ini dan sebaliknya, ini membawa kesan keburukan kepada keluarganya dan juga masyarakat. Dalam tuntutan agama, kebanyakan agama percaya bahawa manusia dicipta oleh Tuhan dan hanya Tuhan yang berkuasa untuk memutuskan nyawa seseorang. Manusia sepatutnya memanfaatkan kehidupan mereka dengan sepenuhnya. Kebanyakan kumpulan agama menentang isu euthanasia kerana idea isu ini bertentangan dengan tuntutan agama. Dari sudut agama, suami ini sepatutnya berpegang kepada agamanya dan percaya bahawa isteri boleh disembuhkan pada satu hari. Dengan pegangan agama yang teguh, suami boleh y mendapat sokongan untuk jiwa supaya dia dapat menjalankan kewajipannya dengan nl sepenuhnya. Suaminya tidak boleh mengambil hidup isterinya dengan alasan kos perubatan dan harian yang mahal kerana kebanyakan agama menitikberatkan bahawa masalah dapat O diselesaikan melalui bantuan masyarakat. Oleh itu, tindakan euthanasia adalah kurang wajar untuk dijalankan ke atas isteri yang ew dalam keadaan kritikal. Suami ini sepatutnya mencari penyelesaian secara positif supaya ahli keluarga dan diri sendiri dapat mengharungi halangan ini. Kesan negatif dapat dielakkan vi supaya isu ini tidak dicontohi oleh masyarakat umum. e Pr 43
  • 44. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman Kesimpulan Isu euthanasia diutarakan sejak zaman purba dan isu ini telah dibalahkan sehingga masa kini. Sebahagian menyokong perlaksanaan euthanasia melalui karya-karya sendiri dan penubuhan persatuan seperti Voluntary Euthanasia Society (VES) tetapi sebahagian juga membantah perlaksanaan euthanasia melalui penggubalan undang-undang seperti English Common Law dan Death with Dignity Act di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Selain itu, pihak agama seperti gereja Katolik juga menyuarakan suara bantahan terhadap idea euthanasia. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan y masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuannya adalah nl untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal. Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini O dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung, iaitu euthanasia aktif melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan “pil aman”. Kaedah secara tidak langsung, ew iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan makanan dan minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya pesakit meninggal vi dunia secara semula jadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di seluruh dunia telah e menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit. Kes-kes Pr yang hangat seperti Kes Dr. Nigel Cox di United Kingdom dan Kes Karen Ann Quinlan di Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia. Secara keseluruhannya, dalam ketiga-tiga agama yang dibincangkan, iaitu agama Kristian, agama Islam dan agama Buddha tidak menyokong idea euthanasia, manakala agama Hindu mempunyai satu pengecualian yang digelar Prayopavesa yang dianggap kematian tenang yang berlaku secara semula jadi. Agama Kristian tidak membantah idea euthanasia secara langsung tetapi ajaran agama Kristian melarang perbuatan pembunuhan untuk diri 44
  • 45. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman sendiri atau orang lain. Tambahan pula, kitab Bible menyatakan bahawa kehidupan seseorang adalah diberi Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang. Seperti agama Kristian, agama Islam juga tidak menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini dianggap sebagai dosa besar. Ajaran agama Islam percaya bahawa kehidupan seseorang adalah ditentukan oleh Allah dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang berada dalam keadaan yang seksa dan tenat. Dari pandangan Islam, manusia seharusnya bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan. Manakala dari sudut pandangan agama Buddha, tindakan euthanasia adalah y bertentangan dengan salah satu tujuan lima sila, iaitu menghidari pembunuhan. Dalam agama nl Buddha, tindakan euthanasia merupakan tindakan yang jahat dan membawa kesan buruk. Berdasarkan konsep karma, perlaksanaan euthanasia membawa karma yang negatif ke O kelahiran seterusnya. Seseorang yang mengalami penderitaan dan keseksaan seharusnya mengamalkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan dan konsep Empat Kebenaran Mulia ew untuk menghadapi cabaran hidup agar masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, agama Buddha juga membantah idea euthanasia. Melalui ajaran karma, moksha, ahimsa dan Karmaphala vi dalam agama Hindu, penganut agama Hindu dilarang untuk melakukan euthanasia kerana e mereka percaya bahawa nyawa adalah suci dan tindakan euthanasia akan membawa karma Pr yang buruk kepada kelahiran seterusnya. Dalam pandangan agama Hindu, tindakan euthanasia juga akan mengganggu keseimbangan sistem semula jadi dengan kewujudan roh jahat. Pengecualian Prayopavesa dalam agama Hindu menunjukkan bahawa agama Hindu tidak semestinya akan membantah idea euthanasia tetapi idea ini akan digunakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam kes euthanasia yang dibincangkan, kumpulan kami menekankan bahawa perlaksanaan euthanasia ke atas isteri yang sakit tenat dengan persetujuan suami adalah tindakan yang tidak wajar. Walaupun mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, 45
  • 46. Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman suaminya seharusnya menghadapi situasi dengan pemikiran positif melalui ajaran agama. Dengan pemikiran yang sihat, masalah seperti kos perubatan dan kos kehidupan untuk suami dapat diselesaikan tanpa melaksanakan euthanasia ke atas isterinya. y nl O ew e vi Pr 46