SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 6
1.     Pendahuluan


       Rujukan lengkap bagi artikel yang diulas ini ialah artikel tulisan Mahzan Arshad,

(2007) yang bertajuk, “Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Di Sekolah” dalam Masalah Pendidikan, Jilid 30(1), muka surat 79-87, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur.




2.     Isu Utama


     Isu utama yang yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini ialah cabaran yang

dihadapi oleh Bahasa Malaysia dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ini

boleh dilihat dalam perenggan pertama artikel iaitu :




     The article discusses the challenges faced by Malay language and literature

     teachers in the era of globalization as Malaysia progresses towards achieving

     developed nation status in 2020.(Mahzan, 2007, ms.79)



2.     Tujuan



       Dalam artikel ini penulis membincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan beberapa fenomena yang berlaku

dalam sistem pendidikan di sekolah dan gaya hidup masyarakat di negara ini sejak beberapa

dekad kebelakangan ini. Penulis juga membincangkan isu-isu utama yang menjadi cabaran

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran masa kini.




                                              1
Dalam artikel ini juga penulis memberikan saranan beberapa prinsip atau dasar utama

yang boleh difikirkan untuk dipraktikkan oleh pihak yang terlibat dalam memperkasakan

strategi dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.




3.        Pandangan Penulis



          Dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa banyak cabaran yang perlu dihadapi

oleh guru-guru khasnya dalam pertukaran senario sistem dan arah tuju pendidikan Negara.

Penulis juga menjelaskan tentang kepentingan dan keperluan transformasi dalam cara

masyarakat Malaysia dan juga pihak yang terlibat dalam aspek Bahasa Malaysia agar dapat

berfikir dan bertindak dalam membantu memperkasakan Bahasa Malaysia yang semakin

berada dalam keadaan yang tidak dipedulikan kepentingannya.



          Penulis juga menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa dan

kesusteraan Melayu dalam menghadapi era globalisasi sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Penulis memberikan beberapa cadangan yang boleh dijadikan rujukan

pemikiran oleh para pendidik bahasa dan kesusteraan Melayu dalam memperkasakan proses

strategi dan pelaksanaan aspek utama dalam pengajaran bahasa dan kesusteraan di bilik

darjah.



          Penulis berharap dengan adanya artikel ini boleh membawa kepada transformasi

kepada pendidikan bahasa dan kesusteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan

datang.




                                               2
Konsep utama yang digunakan dalam artikel ini ialah memperkasakan Bahasa

Malaysia dalam aspek mentranformasikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

agar dapat bersaing dan sesuai dengan keperluan globalisasi masa ini.



       Penulis menyatakan banyak kajian telah dilakukan di sekolah tetapi tidak banyak

perubahan yang berlaku. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa masalah yang sama masih

berlaku menyebabkan matlamat dan objektif pengajaran yang ditentukan tidak tercapai.



       Penulis juga menyatakan bahawa kandungan pengajaran juga sudah tidak relevan

ataupun sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dengan keperluan dan perkembangan

semasa.



       Sesuai dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan negara, usaha pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di negara ini

amat perlu untuk meningkatkan mutu dan kepentingannya secara lebih serius dalam

kehidupan negara ini yang telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu.




4.     Perbincangan



       Pada pendapat saya isu yang dikemukakan dalam artikel ini adalah signifikan. Ini

adalah disebabkan masalah ini telah lama berlaku samada di sekolah rendah mahupun di

sekolah menengah. Walaupun isu ini dibincangkan oleh penulis iaitu semasa artikel ini ditulis

pada tahun 2007 namun sehingga kini jika kita lihat dalam aspek pelaksanaan proses




                                             3
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah masih berada ditahap yang tidak

memuaskan.



       Contohnya proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kurang

diambil berat, buktinya jelas jika kita membandingkan kemudahan serta bahan bantu

mengajar yang disediakan telah lama menekankan penggunaan ICT terutamanya untuk mata

pelajaran Bahasa Inggeris, sains dan juga matematik. Sedangkan mata pelajaran Bahasa

Malaysia   masih    belum   menekankan     penggunaan     ICT   dalam   pengajaran   dan

pembelajarannya.



       Sehingga kini proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah masih

belum berada ditahap yang memuaskan.



       Memang benar seperti yang dinyatakan oleh penulis bahawa jika masalah pelaksanaan

proses pengajaran Bahasa Malaysia tidak diselesaikan ataupun dibiarkan sahaja ianya boleh

memberikan kesan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang terhadap murid.

Contohnya jika penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran tidak ataupun

gagal disampaikan dan diterapkan oleh guru maka ramai diantara murid tersebut akan

bermasalah disiplin dan sukar dikawal perlakuan mereka.



       Oleh yang demikian jika kita masih tidak mengambil tindakan untuk memperbaiki

proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia maka sudah tentu boleh

mengakibatkan Bahasa Malaysia itu sendiri hilang peranannya di sekolah. Ini boleh dilihat

dalam petikan di bawah.




                                            4
Perkembangan terkini dalam sistem pendidikan pada hakikatnya tidak lagi

        meletakkan Bahasa Malaysia di tempat yang selesa seperti yang pernah kita

        nikmati sebelum ini. Kedudukan Bahasa Malaysia jika dilihat dari pelbagai

        sudut, baik dari segi ekonomi, sains, teknologi, malah dari sudut sosial,

        spiritual, dan kebudayaan juga tidak menyebelahi kita. Jika kita terus leka dan

        selesa berada pada takuk lama dalam pendekatan, strategi dan pelaksanaan

        proses pengajaran dan pembelajaran, maka kita telah melakukan satu

        kesilapan besar yang akibatnya akan melupuskan sama sekali keperluan

        terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah. (Mahzan, 2007, ms. 81)




5.     Rumusan



       Secara keseluruhannya artikel ini amat baik dan penting untuk digunakan

penggubalan kurikulum baru terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya

berpendapat bahawa masalah ini adalah relevan dan perlu ditangani dengan segera agar

martabat Bahasa Malaysia itu sendiri dapat dinaikkan.



       Walau bagaimanapun kesimpulan yang diberikan oleh penulis di dalam artikel ini

masih kurang memuaskan dan sepatutnya boleh diperkukuhkan dan diperbaiki lagi untuk

menyokong idea penulis ini.



       Namun demekian dalam membincangkan masalah ataupun isu ini, penulis tidak

menyatakan tentang batasan dalam cadangan yang diberikan. Penulis juga tidak menyentuh

tentang kekangan yang dihadapi oleh para guru dalam menyampaikan pengajaran dan


                                             5
pembelajaran di sekolah. Kemudahan bahan bantu mengajar, fizikal sekolah dan beberapa

aspek lagi yang perlu diambil perhatian, ditambah dan diubah jika sesuatu transformasi itu

perlu dilakukan juga tidak disentuh dalam artikel ini.



       Walau bagaimanapun dalam artikel ini kita boleh melihat dengan jelas idea penulis

dan dapat berfikir tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam

memperkasakan Bahasa Malaysia dan memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki

pedagogi pengajaran, pembaharuan dalam bentuk teknik pengajaran dan hasil kerja murid

perlulah seiring dengan perkembangan semasa iaitu perlu menggunakan ICT samada dalam

pengajaran ataupun pembelajaran.




                                               6

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 

La actualidad más candente (20)

Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 

Similar a Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikelike ikram
 
Ulasan guru efektif
Ulasan guru efektifUlasan guru efektif
Ulasan guru efektifApin Singgi
 
Makalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaMakalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaSeptian Muna Barakati
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsispilody111
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxHerdiluke
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumhuzaipah
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiabcirohil
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfssuser182c9c
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4Tamilaarasi Jagan
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Nawal Rahim
 
Laporan Bab Buku Models of Teaching
Laporan Bab Buku Models of TeachingLaporan Bab Buku Models of Teaching
Laporan Bab Buku Models of TeachingAni Mahisarani
 
76484559 proposal-penelitian-biologi
76484559 proposal-penelitian-biologi76484559 proposal-penelitian-biologi
76484559 proposal-penelitian-biologielisabethringo
 

Similar a Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (20)

Memprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolahMemprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolah
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikel
 
Ulasan guru efektif
Ulasan guru efektifUlasan guru efektif
Ulasan guru efektif
 
Makalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaMakalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinya
 
Proposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsiProposal pengajuan judul skripsi
Proposal pengajuan judul skripsi
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
 
Pts diklat
Pts diklatPts diklat
Pts diklat
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
 
Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
 
Laporan Bab Buku Models of Teaching
Laporan Bab Buku Models of TeachingLaporan Bab Buku Models of Teaching
Laporan Bab Buku Models of Teaching
 
76484559 proposal-penelitian-biologi
76484559 proposal-penelitian-biologi76484559 proposal-penelitian-biologi
76484559 proposal-penelitian-biologi
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
Pembinaan Pelaksanaan Kurikulum
Pembinaan Pelaksanaan KurikulumPembinaan Pelaksanaan Kurikulum
Pembinaan Pelaksanaan Kurikulum
 
Proposal ptk ekonomi
Proposal ptk ekonomiProposal ptk ekonomi
Proposal ptk ekonomi
 

Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

  • 1. 1. Pendahuluan Rujukan lengkap bagi artikel yang diulas ini ialah artikel tulisan Mahzan Arshad, (2007) yang bertajuk, “Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Sekolah” dalam Masalah Pendidikan, Jilid 30(1), muka surat 79-87, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2. Isu Utama Isu utama yang yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini ialah cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Malaysia dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ini boleh dilihat dalam perenggan pertama artikel iaitu : The article discusses the challenges faced by Malay language and literature teachers in the era of globalization as Malaysia progresses towards achieving developed nation status in 2020.(Mahzan, 2007, ms.79) 2. Tujuan Dalam artikel ini penulis membincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan beberapa fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah dan gaya hidup masyarakat di negara ini sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Penulis juga membincangkan isu-isu utama yang menjadi cabaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran masa kini. 1
  • 2. Dalam artikel ini juga penulis memberikan saranan beberapa prinsip atau dasar utama yang boleh difikirkan untuk dipraktikkan oleh pihak yang terlibat dalam memperkasakan strategi dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Pandangan Penulis Dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru khasnya dalam pertukaran senario sistem dan arah tuju pendidikan Negara. Penulis juga menjelaskan tentang kepentingan dan keperluan transformasi dalam cara masyarakat Malaysia dan juga pihak yang terlibat dalam aspek Bahasa Malaysia agar dapat berfikir dan bertindak dalam membantu memperkasakan Bahasa Malaysia yang semakin berada dalam keadaan yang tidak dipedulikan kepentingannya. Penulis juga menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa dan kesusteraan Melayu dalam menghadapi era globalisasi sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Penulis memberikan beberapa cadangan yang boleh dijadikan rujukan pemikiran oleh para pendidik bahasa dan kesusteraan Melayu dalam memperkasakan proses strategi dan pelaksanaan aspek utama dalam pengajaran bahasa dan kesusteraan di bilik darjah. Penulis berharap dengan adanya artikel ini boleh membawa kepada transformasi kepada pendidikan bahasa dan kesusteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang. 2
  • 3. Konsep utama yang digunakan dalam artikel ini ialah memperkasakan Bahasa Malaysia dalam aspek mentranformasikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar dapat bersaing dan sesuai dengan keperluan globalisasi masa ini. Penulis menyatakan banyak kajian telah dilakukan di sekolah tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa masalah yang sama masih berlaku menyebabkan matlamat dan objektif pengajaran yang ditentukan tidak tercapai. Penulis juga menyatakan bahawa kandungan pengajaran juga sudah tidak relevan ataupun sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dengan keperluan dan perkembangan semasa. Sesuai dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, usaha pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di negara ini amat perlu untuk meningkatkan mutu dan kepentingannya secara lebih serius dalam kehidupan negara ini yang telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu. 4. Perbincangan Pada pendapat saya isu yang dikemukakan dalam artikel ini adalah signifikan. Ini adalah disebabkan masalah ini telah lama berlaku samada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Walaupun isu ini dibincangkan oleh penulis iaitu semasa artikel ini ditulis pada tahun 2007 namun sehingga kini jika kita lihat dalam aspek pelaksanaan proses 3
  • 4. pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah masih berada ditahap yang tidak memuaskan. Contohnya proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kurang diambil berat, buktinya jelas jika kita membandingkan kemudahan serta bahan bantu mengajar yang disediakan telah lama menekankan penggunaan ICT terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, sains dan juga matematik. Sedangkan mata pelajaran Bahasa Malaysia masih belum menekankan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajarannya. Sehingga kini proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah masih belum berada ditahap yang memuaskan. Memang benar seperti yang dinyatakan oleh penulis bahawa jika masalah pelaksanaan proses pengajaran Bahasa Malaysia tidak diselesaikan ataupun dibiarkan sahaja ianya boleh memberikan kesan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang terhadap murid. Contohnya jika penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran tidak ataupun gagal disampaikan dan diterapkan oleh guru maka ramai diantara murid tersebut akan bermasalah disiplin dan sukar dikawal perlakuan mereka. Oleh yang demikian jika kita masih tidak mengambil tindakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia maka sudah tentu boleh mengakibatkan Bahasa Malaysia itu sendiri hilang peranannya di sekolah. Ini boleh dilihat dalam petikan di bawah. 4
  • 5. Perkembangan terkini dalam sistem pendidikan pada hakikatnya tidak lagi meletakkan Bahasa Malaysia di tempat yang selesa seperti yang pernah kita nikmati sebelum ini. Kedudukan Bahasa Malaysia jika dilihat dari pelbagai sudut, baik dari segi ekonomi, sains, teknologi, malah dari sudut sosial, spiritual, dan kebudayaan juga tidak menyebelahi kita. Jika kita terus leka dan selesa berada pada takuk lama dalam pendekatan, strategi dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, maka kita telah melakukan satu kesilapan besar yang akibatnya akan melupuskan sama sekali keperluan terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah. (Mahzan, 2007, ms. 81) 5. Rumusan Secara keseluruhannya artikel ini amat baik dan penting untuk digunakan penggubalan kurikulum baru terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah relevan dan perlu ditangani dengan segera agar martabat Bahasa Malaysia itu sendiri dapat dinaikkan. Walau bagaimanapun kesimpulan yang diberikan oleh penulis di dalam artikel ini masih kurang memuaskan dan sepatutnya boleh diperkukuhkan dan diperbaiki lagi untuk menyokong idea penulis ini. Namun demekian dalam membincangkan masalah ataupun isu ini, penulis tidak menyatakan tentang batasan dalam cadangan yang diberikan. Penulis juga tidak menyentuh tentang kekangan yang dihadapi oleh para guru dalam menyampaikan pengajaran dan 5
  • 6. pembelajaran di sekolah. Kemudahan bahan bantu mengajar, fizikal sekolah dan beberapa aspek lagi yang perlu diambil perhatian, ditambah dan diubah jika sesuatu transformasi itu perlu dilakukan juga tidak disentuh dalam artikel ini. Walau bagaimanapun dalam artikel ini kita boleh melihat dengan jelas idea penulis dan dapat berfikir tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dan memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki pedagogi pengajaran, pembaharuan dalam bentuk teknik pengajaran dan hasil kerja murid perlulah seiring dengan perkembangan semasa iaitu perlu menggunakan ICT samada dalam pengajaran ataupun pembelajaran. 6