SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Descargar para leer sin conexión
Bab 4

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


MALAYAN UNION

1. Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan

  bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2. Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu, dan orang Melayu sebagai

  pemilik Tanah Melayu.

3. Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu ialah budaya

  Tanah Melayu.


SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION




1. Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor.

2. Antaranya termasuklah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

3. British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos.




                                                         1
4. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-

   Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

   (NNMTB).

5. Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap

  negeri tidak seimbang.

6. Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat

  melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Justeru, British dapat

  memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

7. Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah

   Melayu

8. Ia juga untuk mengurangkan kuasa politik orang Melayu.


CIRI-CIRI MALAYAN UNION


1. Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit

   pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:

   a. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.

   b. Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.

   c. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

   d. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

   e. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.

   f. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam

     dan adat istiadat Melayu.

   g. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.


KERAKYATAN MALAYAN UNION

1. Jus soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan

  Singapura.

2. Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.

3. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, turut diberikan

 kerakyatan.

4. Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union.



                                                           2
PENTADBIRAN MALAYAN UNION


1. Dari segi pentadbiran, Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah

   pusat yang kuat.

2. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini, sebaliknya, terus kepada Parlimen British di

  London.

3. Konsep pentadbiran baru ini telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.




4. Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara), Kuala
   Lumpur.

5. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent. Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British

   atau British Military Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1945.

6. Kesimpulannya, pembentukan Malayan Union adalah untuk mengubah sistem pentadbiran lama yang berpecah-pecah

  kepada sistem pentadbiran yang berpusat di bawah penjajahan British.




                                                            3
7. Hal ini memudahkan British menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman, keselamatan, politik dan ekonomi Tanah

  Melayu bagi kepentingan imperialismenya.

8. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini telah membangkitkan kemarahan orang

   Melayu. Justeru, tidak hairanlah orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.


REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

1. Pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan. Kebanyakan daripada mereka

  menentang Malayan Union disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

2. Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan

  diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah,

  Kedah.

3. Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang

  berlaku kepada Sultan Perak.

4. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan

  Selangor dan Sultan Johor.

5. Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik.

   Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

6. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan takhta

   dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

7. Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor

   Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebelum yang merupakan ketua agama Islam.

   Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.

8. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini

   dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

9. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan aendidikan mereka

   akan bertambah mundur.

10. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti

   kesultanan Melayu Melaka. Bagi mereka, pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh

   kerajaan tersebut. Lantaran itu kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union dengan mengadakan demontrasi

   secara besar-besaran.




                                                          4
SOKONGAN TERHADAP MALAYAN UNION

1. Terdapat juga sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union antaranya termasuklah orang dagang dan golongan

  Melayu radikal.

2. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan

  pentadbiran.

3. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang. akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada

  orang Melayu.

4. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-

  masing.

5. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun,

  British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan.

6. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.

7. Malayan Union disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) kerana pemerintahannya bersifat Barat

  serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Justeru, konsep

  republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

8. Ekoran itu juga konsep Malayan Union mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad

  Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS).

9. Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam

  dipermudah.

10. Terdapat juga pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar

   dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.


TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG

1. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai tindakan, iaitu:

        (a) Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan

            secara berterusan.

        (b) Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan

        (c) tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan, dan di Alor Setar, Kedah.

        (d) Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar

             telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.



                                                         5
(e) Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United

             Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng menentang Malayan Union.

        (f) Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,

             Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

             Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan

             Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.

        (g) Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 3 1 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan

              Union pada 1 April 1946.

        (h) Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka

              kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Williams.

        (i) Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan

             mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

2. Langkah tegas orang Melayu ini telah mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan

  UMNO. Hasil daripada rundingan ini, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.

3. Kesimpulannya, Malayan Union telah menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka.

4. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi benteng perjuangan menentang Malayan Union.

5. British telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem

  politik dan pentadbiran yang lebih baik. Perpaduan kebangsaan yang diperlihatkan itu patut dicontohi oleh kita.


        SUDUT MAKLUMAT

        Demonstrasi orang Melayu

        a.   Di Kota Bharu (Kelantan), seramai 10 000 orang dan di Kedah seramai 50 000 orang berarak menentang
             Malayan Union pada bulan Januari 1946.
        b.   Di Batu Pahat dan Johor Bahru (Johor), orang ramai telah keluar membantah Malayan Union.



        SUDUT MAKLUMAT

        Golongan Melayu Radikal

        a.   Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi.
        b.   Juga mendokong penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya.
        c.   Kebanyakan mereka berasal dari Indonesia.




                                                           6
SUDUT MAKLUMAT

        Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

        a.   Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Pe ra k.
        b.   Dianggotai oleh bekas ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM).
        c.   Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, pemimpin Rejimen ke -10, Parti Komunis Malaya.
        d.   Timbalan presiden ialah Dr. Burhanuddin al-Helmy. Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani.
        e.   Pernah menjadi wartawan.
        f.   Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955.




PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU




1. Beberapa faktor telah menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Antaranya:

        (a) Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar.

        (b) Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi

             pihak lain yang menyokong Malayan Union.



                                                         7
(c) Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan

     telah membantu mereka menolak Malayan Union.

(d) Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

     juga mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Antara mereka termasuklah Sir Frank

     Swettenham, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi. Mereka menolak dasar

     menakluk Tanah Melayu.

(e) Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L. D.

     Gammans telah membantu orang tempatan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

     Melayu.

(f) Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka. Orang

     Melayu hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu untuk

     menyokong penentangan terhadap British. Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya

     (PKM).

(g) British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk

     menolak Malayan Union. Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah yang

     menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

(h) British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh

     golongan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.

(i) Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak

     menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya, meminta negara-negara kolonial memberikan latihan

     berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

(j) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu langkah yang sesuai ke arah mencapai hasrat

     PBB tersebut.



SUDUT MAKLUMAT

DATO ONN JAAFAR

a.   Pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor
b.   Wartawan
c.   Presiden UMNO
d.   Menteri Besar Johor
e.   Ahli Dalam Negeri
f.   Ahli Parlimen Parti Negara




                                                8
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli. Mereka terdiri daripada

   pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil RajaRaja Melayu.

2. Mereka mengadakan mesyuarat di King's House, Kuala Lumpur. Pada dasarnya, ada lima tuntutan orang Melayu,

  iaitu:

           a.   Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

           b.   Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

           c.   Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

           d.   Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.

           e.   Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.

3. Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

4. Mereka berpendapatJawatankuasa Eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang pun

   perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh.

5. Mallis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga

  Rakyat (PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO.

6. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok. Mereka turut mencadangkan

  sebuah perlembagaan, iaitu Perlembagaan Rakyat.

7. Untuk berlaku adil, British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka

  dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.



           SUDUT MAKLUMAT

           UMNO

           a.   Ditubuhkan secara rasmi pada 1 1 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Johor.
           b.   Sebanyak 29 buah persatuan negeri telah bergabung untuk mengasaskan UMNO.


           SUDUT MAKLUMAT

           Dr. Burhanuddin al-Helmy          '

           a.   Presiden PKMM dan penasihat PUTERA.
           b.   Nama sebenArnya, Burhanuddin Haji Mohd. Nor.
           c.   Berpendidikan Madrasah al-Mashyor dan Universiti Aligrah, India.




                                                            9
PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947

1. Ciri-ciri Perlembagaan Rakyat 1947 ialah:

      a.   Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.

      b.   Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih.

      c.   Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat.

      d.   Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan.

      e.   Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.

      f.   Kerakyatan yang sama rata.

      g.   Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu.

      h.   Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

      i.   Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu.

      j.   Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu.



PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948

1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-Raja Melayu

  dengan British di King's House, Kuala Lumpur.

2. Dengan perjanjian ini, pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasmi.

3. Perjanjian ini mempunyai ciri-ciri penting yang menjadi asas pentadbiran negara selepasnya.

4. Dalam rajah sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 di halaman sebelah , ternyata British masih

  menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan.

5. Perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis RajaRaja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat

  pusat.

6. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua

   pentadbir negeri.

7. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan

  seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.




                                                          10
8. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini juga menjelaskan perkara-perkara berikut:

        a. Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri

           Negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang).

        b. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini

           memang telah diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874.

         c. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran.

       d. Setiap negeri Melayu telah mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British. Perlembagaan

          itu dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.

9. Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan

  istimewa orang Melayu, status quo Negeri-Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan adat istiadat Melayu

  sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.

10. Prinsip-prinsip ini yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu telah dimasukkan ke dalam Perjanjian

   Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai undang-undang bertulis.

11. Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang

   diteruskan selepas tahun 1948.


                                                         11
SUDUT MAKLUMAT

        Ciri-ciri Utama Perjanjian~ Persekutuan Tanah Melayu 1948

         a.   Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabung sebelas buah negeri.
         b.   Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
         c.   Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.
         d.   Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
         e.   Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.


        SUDUT MAKLUMAT

        a.    Rakyat Raja Melayu Orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu itu
              ialah rakyat negeri tersebut secara automatik.
        b.    Rakyat British ialah mereka yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka.



TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 melibatkan ramai pemimpin tempatan, pihak British, Raja Melayu dan

   pemimpin UMNO.

2. Terdapat sembilan orang Raja Melayu yang terlibat. Mereka telah menyediakan tuntutan dan cadangan yang sesuai

   untuk menjaga status dan keselamatan rakyat. Antara sultan yang bersuara tegas ialah Sultan Badlishah (Kedah),

   Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor). Mereka telah menuntut supaya kuasa RajaRaja Melayu

  dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.

3. Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan. Mereka tidak menolak

   kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal

   ketuanan Melayu dipelihara.

4. Rakyat pula telah diwakili oleh para pembesar yang bertindak sebagai penasihat kepada raja masing-masing.

5. Sebahagian daripada mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah

   Melayu 1948. Mereka bersama-sama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan

   orang Melayu berserta Raja-Raja Melayu.

6. Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta

  pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

7. Antara tokoh tersebut termasuklah Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor dan juga Yang Dipertua UMNO), dan Dato'

  Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan).

8. Sikap kerjasama di kalangan Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu dalam merealisasikan pembentukan

  Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengajar kita erti perpaduan dalam sebuah perjuangan. Konsep aur dengan tebing

  patut menjadi pegangan bersama.



                                                          12
SUDUT MAKLUMAT

        Dato’ Nik Ahmed Kamil

        a.     Terlibat dalam penubuhan UMNO.
        b.     Mewakili Raja-Raja Melayu dalam rundingan
               kemerdekaan pada tahun 1956.


PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK


1. Perkembangan politik di Sarawak. Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British.

2. Sarawak telah dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak.

3. Keturunan James Brooke dan SBUB telah menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada kerajaan British di London

   sebagai tanah jajahan mahkota.

4. Vyner Brooke, iaitu Raja terakhir Sarawak telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa

   alasan. Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur. Penggantinya pula, iaitu Anthony Brooke, didapati

   tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.

5. Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.

6. Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.

7. Beberapa orang pemimpin dan persatuan kaum tempatan telah membantah tindakan ini. Antaranya termasuklah Datu

   Patinggi Abang Haji Abdillah, iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan juga

   Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Mereka menentang tindakan Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut bercanggah

   dengan Perlembagaan 1941.

8. Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.

9. Walaupun Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi sokongan anggota bukan

   bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota

   British pada 1 Julai 1946.

10. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Barisan Pemuda Melayu (BPM)

    Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.

11. Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan

   British.

12. Kerajaan British telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil

   terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda

   bantahan.



                                                         13
13. Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun

    Tiga Belas, sebagai tindak bolas terhadap tekanan politik British.

14. Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat

   Sibu pada 3 Disember 1949.

15. British telah menghukum gantung Rosh Dhobi dan tiga orang lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut.

16. Tindakan Rosli Dhobi dan rakan-rakannya tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.


        SUDUT MAKLUMAT

        Perlembagaan 1941

        a.   Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak.
        b.   Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak dan kuasa mentadbir akan
             diberikan kepada Majlis Negeri.
        c.   Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak.


        SUDUT MAKLUMAT

        Rukun Tiga Belas

        a.   Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
        b.   Dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.




                                                           14
PERGERAKAN POLITIK DI SABAH

1. Pergerakan politik di Sabah amat berbeza.

2. Sabah dipaksa untuk menerima penjajahan Brtish secara mutlak.

3. Kegiatan membangkitkan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.

4. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP)

  Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.

5. Lantaran itu, semasa Sabah dijadikan jajahan takluk oleh British pada tahun 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas

   dan terbuka daripada penduduk tempatan, malah, pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu

   sahaja.


KESIMPULAN

1. Kesimpulannya, perkembangan politik di Persekutuan Tanah Melayu turut mempengaruhi perkembangan politik di

  Sarawak dan Sabah.

2. Walaupun tidak berjaya menolak penjajahan British, namun, semangat juang tetap wujud di jiwa mereka. Semangat

   seperti inilah yang patut dicontohi.




                                                           15
16

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMBab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuladykathy
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropahamiraaa96
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
Penyerahan sarawak kepada kerajaan british
Penyerahan sarawak kepada kerajaan britishPenyerahan sarawak kepada kerajaan british
Penyerahan sarawak kepada kerajaan britishsarahzackiron
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunisariffzainuddin
 
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948NasyaAbdullah
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanZoul Omar
 
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945Cornard Conot
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Andrey James
 
Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM  Demokrasi dan PilihanrayaPengajian AM  Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM Demokrasi dan PilihanrayaKhai Khairy
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 

La actualidad más candente (20)

Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPMBab 4-ting-5 Sejarah SPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Penyerahan sarawak kepada kerajaan british
Penyerahan sarawak kepada kerajaan britishPenyerahan sarawak kepada kerajaan british
Penyerahan sarawak kepada kerajaan british
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
 
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASINGBAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuan
 
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
 
Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM  Demokrasi dan PilihanrayaPengajian AM  Demokrasi dan Pilihanraya
Pengajian AM Demokrasi dan Pilihanraya
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 

Destacado

Destacado (8)

Burhanuddin helmi
Burhanuddin helmiBurhanuddin helmi
Burhanuddin helmi
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 konsep2 asas hubungan etnik
Bab 1 konsep2 asas hubungan etnikBab 1 konsep2 asas hubungan etnik
Bab 1 konsep2 asas hubungan etnik
 
CH3F5
CH3F5CH3F5
CH3F5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2
 
Spm 2012 kertas 2
Spm 2012 kertas 2Spm 2012 kertas 2
Spm 2012 kertas 2
 

Similar a Nota sej bab_4_t5_09

Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Nadia Khalid
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4far84
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanNspramila Pram
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaFasyah Tutor
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Zhang Ewe
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2noraziah bidin
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)peningla
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5fcgsha
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxAmni32
 

Similar a Nota sej bab_4_t5_09 (20)

Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4
 
perjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaanperjuangan kemerdekaan
perjuangan kemerdekaan
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5f
 
SEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptxSEJARAH BAB 4.pptx
SEJARAH BAB 4.pptx
 

Nota sej bab_4_t5_09

  • 1. Bab 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA MALAYAN UNION 1. Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2. Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu, dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 3. Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu. SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION 1. Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor. 2. Antaranya termasuklah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. 3. British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. 1
  • 2. 4. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri- Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). 5. Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang. 6. Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. 7. Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu 8. Ia juga untuk mengurangkan kuasa politik orang Melayu. CIRI-CIRI MALAYAN UNION 1. Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah: a. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan. b. Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union. c. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. d. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. e. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. f. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. g. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir. KERAKYATAN MALAYAN UNION 1. Jus soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. 2. Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan. 3. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, turut diberikan kerakyatan. 4. Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union. 2
  • 3. PENTADBIRAN MALAYAN UNION 1. Dari segi pentadbiran, Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat. 2. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini, sebaliknya, terus kepada Parlimen British di London. 3. Konsep pentadbiran baru ini telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu. 4. Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. 5. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent. Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1945. 6. Kesimpulannya, pembentukan Malayan Union adalah untuk mengubah sistem pentadbiran lama yang berpecah-pecah kepada sistem pentadbiran yang berpusat di bawah penjajahan British. 3
  • 4. 7. Hal ini memudahkan British menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman, keselamatan, politik dan ekonomi Tanah Melayu bagi kepentingan imperialismenya. 8. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini telah membangkitkan kemarahan orang Melayu. Justeru, tidak hairanlah orang Melayu bersatu menentang Malayan Union. REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION 1. Pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan. Kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya: 2. Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah. 3. Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. 4. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. 5. Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. 6. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. 7. Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebelum yang merupakan ketua agama Islam. Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar. 8. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. 9. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan aendidikan mereka akan bertambah mundur. 10. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti kesultanan Melayu Melaka. Bagi mereka, pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Lantaran itu kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union dengan mengadakan demontrasi secara besar-besaran. 4
  • 5. SOKONGAN TERHADAP MALAYAN UNION 1. Terdapat juga sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union antaranya termasuklah orang dagang dan golongan Melayu radikal. 2. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran. 3. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang. akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. 4. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing- masing. 5. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan. 6. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union. 7. Malayan Union disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Justeru, konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan. 8. Ekoran itu juga konsep Malayan Union mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS). 9. Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah. 10. Terdapat juga pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu. TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG 1. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai tindakan, iaitu: (a) Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan. (b) Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan (c) tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan, dan di Alor Setar, Kedah. (d) Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. 5
  • 6. (e) Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng menentang Malayan Union. (f) Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union. (g) Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 3 1 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. (h) Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Williams. (i) Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut. 2. Langkah tegas orang Melayu ini telah mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasil daripada rundingan ini, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk. 3. Kesimpulannya, Malayan Union telah menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka. 4. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi benteng perjuangan menentang Malayan Union. 5. British telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik. Perpaduan kebangsaan yang diperlihatkan itu patut dicontohi oleh kita. SUDUT MAKLUMAT Demonstrasi orang Melayu a. Di Kota Bharu (Kelantan), seramai 10 000 orang dan di Kedah seramai 50 000 orang berarak menentang Malayan Union pada bulan Januari 1946. b. Di Batu Pahat dan Johor Bahru (Johor), orang ramai telah keluar membantah Malayan Union. SUDUT MAKLUMAT Golongan Melayu Radikal a. Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. b. Juga mendokong penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. c. Kebanyakan mereka berasal dari Indonesia. 6
  • 7. SUDUT MAKLUMAT Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). a. Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Pe ra k. b. Dianggotai oleh bekas ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM). c. Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, pemimpin Rejimen ke -10, Parti Komunis Malaya. d. Timbalan presiden ialah Dr. Burhanuddin al-Helmy. Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani. e. Pernah menjadi wartawan. f. Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. Beberapa faktor telah menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Antaranya: (a) Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar. (b) Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union. 7
  • 8. (c) Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union. (d) Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua juga mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Antara mereka termasuklah Sir Frank Swettenham, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi. Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu. (e) Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L. D. Gammans telah membantu orang tempatan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. (f) Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka. Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British. Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya (PKM). (g) British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union. Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. (h) British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS. (i) Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya, meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan. (j) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu langkah yang sesuai ke arah mencapai hasrat PBB tersebut. SUDUT MAKLUMAT DATO ONN JAAFAR a. Pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor b. Wartawan c. Presiden UMNO d. Menteri Besar Johor e. Ahli Dalam Negeri f. Ahli Parlimen Parti Negara 8
  • 9. LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli. Mereka terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil RajaRaja Melayu. 2. Mereka mengadakan mesyuarat di King's House, Kuala Lumpur. Pada dasarnya, ada lima tuntutan orang Melayu, iaitu: a. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. b. Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. c. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union. d. Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. e. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula. 3. Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy. 4. Mereka berpendapatJawatankuasa Eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang pun perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh. 5. Mallis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO. 6. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan, iaitu Perlembagaan Rakyat. 7. Untuk berlaku adil, British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. SUDUT MAKLUMAT UMNO a. Ditubuhkan secara rasmi pada 1 1 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Johor. b. Sebanyak 29 buah persatuan negeri telah bergabung untuk mengasaskan UMNO. SUDUT MAKLUMAT Dr. Burhanuddin al-Helmy ' a. Presiden PKMM dan penasihat PUTERA. b. Nama sebenArnya, Burhanuddin Haji Mohd. Nor. c. Berpendidikan Madrasah al-Mashyor dan Universiti Aligrah, India. 9
  • 10. PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 1. Ciri-ciri Perlembagaan Rakyat 1947 ialah: a. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu. b. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih. c. Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat. d. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan. e. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu. f. Kerakyatan yang sama rata. g. Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu. h. Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. i. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu. j. Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu. PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948 1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan British di King's House, Kuala Lumpur. 2. Dengan perjanjian ini, pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasmi. 3. Perjanjian ini mempunyai ciri-ciri penting yang menjadi asas pentadbiran negara selepasnya. 4. Dalam rajah sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 di halaman sebelah , ternyata British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. 5. Perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis RajaRaja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat. 6. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri. 7. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. 10
  • 11. 8. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini juga menjelaskan perkara-perkara berikut: a. Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri Negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang). b. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini memang telah diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874. c. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran. d. Setiap negeri Melayu telah mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British. Perlembagaan itu dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini. 9. Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, status quo Negeri-Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu. 10. Prinsip-prinsip ini yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu telah dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai undang-undang bertulis. 11. Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang diteruskan selepas tahun 1948. 11
  • 12. SUDUT MAKLUMAT Ciri-ciri Utama Perjanjian~ Persekutuan Tanah Melayu 1948 a. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabung sebelas buah negeri. b. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. c. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan. d. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk. e. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. SUDUT MAKLUMAT a. Rakyat Raja Melayu Orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu itu ialah rakyat negeri tersebut secara automatik. b. Rakyat British ialah mereka yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka. TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 melibatkan ramai pemimpin tempatan, pihak British, Raja Melayu dan pemimpin UMNO. 2. Terdapat sembilan orang Raja Melayu yang terlibat. Mereka telah menyediakan tuntutan dan cadangan yang sesuai untuk menjaga status dan keselamatan rakyat. Antara sultan yang bersuara tegas ialah Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor). Mereka telah menuntut supaya kuasa RajaRaja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941. 3. Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan. Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara. 4. Rakyat pula telah diwakili oleh para pembesar yang bertindak sebagai penasihat kepada raja masing-masing. 5. Sebahagian daripada mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mereka bersama-sama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu berserta Raja-Raja Melayu. 6. Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 7. Antara tokoh tersebut termasuklah Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor dan juga Yang Dipertua UMNO), dan Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan). 8. Sikap kerjasama di kalangan Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu dalam merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengajar kita erti perpaduan dalam sebuah perjuangan. Konsep aur dengan tebing patut menjadi pegangan bersama. 12
  • 13. SUDUT MAKLUMAT Dato’ Nik Ahmed Kamil a. Terlibat dalam penubuhan UMNO. b. Mewakili Raja-Raja Melayu dalam rundingan kemerdekaan pada tahun 1956. PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK 1. Perkembangan politik di Sarawak. Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British. 2. Sarawak telah dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak. 3. Keturunan James Brooke dan SBUB telah menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota. 4. Vyner Brooke, iaitu Raja terakhir Sarawak telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan. Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur. Penggantinya pula, iaitu Anthony Brooke, didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan. 5. Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak. 6. Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946. 7. Beberapa orang pemimpin dan persatuan kaum tempatan telah membantah tindakan ini. Antaranya termasuklah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan juga Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Mereka menentang tindakan Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941. 8. Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka. 9. Walaupun Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946. 10. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka. 11. Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British. 12. Kerajaan British telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan. 13
  • 14. 13. Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas, sebagai tindak bolas terhadap tekanan politik British. 14. Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949. 15. British telah menghukum gantung Rosh Dhobi dan tiga orang lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut. 16. Tindakan Rosli Dhobi dan rakan-rakannya tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu. SUDUT MAKLUMAT Perlembagaan 1941 a. Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak. b. Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak dan kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri. c. Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak. SUDUT MAKLUMAT Rukun Tiga Belas a. Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. b. Dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu. 14
  • 15. PERGERAKAN POLITIK DI SABAH 1. Pergerakan politik di Sabah amat berbeza. 2. Sabah dipaksa untuk menerima penjajahan Brtish secara mutlak. 3. Kegiatan membangkitkan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan. 4. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana. 5. Lantaran itu, semasa Sabah dijadikan jajahan takluk oleh British pada tahun 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan, malah, pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja. KESIMPULAN 1. Kesimpulannya, perkembangan politik di Persekutuan Tanah Melayu turut mempengaruhi perkembangan politik di Sarawak dan Sabah. 2. Walaupun tidak berjaya menolak penjajahan British, namun, semangat juang tetap wujud di jiwa mereka. Semangat seperti inilah yang patut dicontohi. 15
  • 16. 16