SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 32
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011
KOD / TAJUK KURSUS
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NO MATRIKULASI : 690824105392002
NO KAD PENGENALAN : 690824105392
NO TELEFON : 014-2693079
E-MEL : ruzie_sktm2@yahoo.com.my
PUSAT PEMBELAJARAN
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, CHERAS
KUALA LUMPUR
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya
menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini.
Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah
dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya ,
Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan
ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan –
rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.
2 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Isi Kandungan
Penghargaan
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa
1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah
Menengah
1.3 Konsep Kemahiran Menulis
1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis
2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP.
2.1 Menulis Pendahuluan.
2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan
2.2 Menulis Bahagian Isi
2.2.1 Menulis perenggan isi.
2.3 Menulis Bahagian Penutup.
2.3.1 Aspek penting dalam penutup
2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta
2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita
2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa
3 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN
3.1 Pendekatan Proses
3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan
3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat
3.1.2 Proses Penulisan Isi
3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif
3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA
3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup
3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup
3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup
3.2 Kaedah Peta Minda
3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda
3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan
3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
BIBLIOGRAFI
4 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai.
“Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti
yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.”(Smith, 1969)
Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang
menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea
dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat
penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat
(Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi
berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan
peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula
memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan.
Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam
kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di
sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan
kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa.
Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti
menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar
5 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan dan
memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa
Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi
ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan
dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi
menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran
tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga
hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar
dengan kemahiran bahasa yang lain.
Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-
unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu,
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran
tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai
tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn
(Awang Sariyan, 2004:194).
1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah
Menengah
Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281)
mempunyai beberapa tujuan iaitu:
6 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
i. Membolehkan pelajar
• Bercerita; dan
• Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan.
ii. Membolehkan pelajar menulis
• Pengalaman sendiri;
• Cerita;
• Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;
• Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan
• Surat kiriman formal dan tidak formal.
1.3 Konsep Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar.
Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat
merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat
dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin
Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).
Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada
tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan
bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir
(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang
memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara
menjelang tahun 2020
7 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-
huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa
kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
i. menggunakan pelbagai jenis ayat
ii. mencatat dan menyusun maklumat
iii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
iv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai
struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut :
i. Perancangan menulis karangan
ii. Pemilihan tajuk
iii. Penulisan draf (rangka)
iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan
v. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan
beberapa perenggan yang sesuai.
8 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan
khalayak.
vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik
pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik
viii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek
kebahasaan.
.
1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis
Aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian
yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya
dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti
oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa
ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa
yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering
menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan
dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka.
Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul
Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan
9 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa
dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat)
sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah
adalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang
memerlukan pengetahuan tentang wacana.
Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa
ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada
satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan
secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun
dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat.
Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi
kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan
pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi
kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan,
subject-verb agreement, dan susunan ayat.
2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP.
2.1 Menulis Pendahuluan.
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam
perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang
merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan
atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam
karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan
10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh
tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam
perenggan pendahuluan.
2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan
Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut :
• Kehendak soalan yang dikemukakan.
• Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan
• Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan
• Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)
Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan,
antaranya:
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,
jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes
11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam
sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi
pada masa yang sama meneruskan pembangunan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang
memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat
mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang
itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh
mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing”
amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti.
2.2 Menulis Bahagian Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi
yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun
dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-
perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi
pendek-pendek dan berkait rapat.
Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh
murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk.
Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-
makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari
pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam
perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
2.2.1 Menulis perenggan isi.
Perenggan isi terdiri daripada :
A1: Isi utama
A2: Huraian tentang isi utama
A3: Huraian tentang isi utama
A4: Bukti/contoh/ data/ statistik
13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan.
Contoh isi karangan
Tajuk: Isu Buruh Asing
Skop : kebaikan dan keburukan
Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja.
• (A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja
yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan.
• (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan
ekonomi negara ini akan terbantut,
• (A3) Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan
menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator
pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan,
jurujual, dan sebagainya.
• (A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan
800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan.
• (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh
rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan
negara dapat berjalan lancar.
2.3 Menulis Bahagian Penutup
Sesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawa
bahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup
merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama ada
sesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutup
yang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu.
14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
.
2.3.1 Aspek penting dalam penutup
1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi
karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup
seperti di bawah.
2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut :
• Ayat / Frasa memulakan penutup.
· Kesimpulannya
· Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa ….
· Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa …..
· Ringkasnya, jelaslah bahawa ….
· Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa….
· Natijahnya, jelaslah bahawa …
3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format
yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.
• Ayat / Frasa memulakan penutup berformat
· Sekian, terima kasih.
· Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan.
Umpamanya, jika soalan berkehendakkan “menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan” ,
15 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan
penghujung cerita tergantung.
5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja.
2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta
Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu
perenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya
mengandungi perkara-perkara berikut :
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan
isi.
Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai
Ayat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan
Ayat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang
dikemukakan
Contoh-contoh penutup karangan jenis fakta
Soalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada
ibu bapa. Berikan pendapat anda.
(A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan
perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak.
(A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap
pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan.
(A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi
dengan mudah.
(A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak
16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.
2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita
Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang
disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahan
cerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahan
cerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang
kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton
berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita.
Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara
berikut :
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita
Ayat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui
Ayat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh
Ayat 4 Harapan daripada cerita yang ditulis
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan,
boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
• Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita
Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian
banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat
pemindahan banjir selama beberaqpa hari.
Perenggan lengkap :
Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun
teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan
kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di
pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar
kami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan.
17 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa
Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita
berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan
pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang
disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan
yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1 Peleraian cerita
Ayat 2 Ulasan peleraian / kesudahan
cerita
Ayat 3 Pengajaran yang diperoleh
daripada kisah yang berlaku
Ayat 4 Penegasan dan kaitan cerita
dengan peribahasa
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga
didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa
Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Perenggan lengkap :
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan
peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar
nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya
daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku
kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”.
18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi,
cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perenggan
penutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulan
atau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perenggan
penutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulan
atau rumusan.
Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadangan
berhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadangan
akan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikan
oleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar boleh
memberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidak
terlalu sedikit atau tidak terlalu banyak.
Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadangan
yang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yang
komprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindih
dengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atau
isi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masing-
masing berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendak
dikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit.
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN
3.1 Pendekatan Proses
Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil
penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf,
menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari
aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat,
19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis
yang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang
format atau model penulisan yang baik.
• Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses
bagaimana ia dihasilkan.
• Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu.
• Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula.
• Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan.
• Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan.
• Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan.
• Prinsip-prinsip penulisan :
i. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah
dan menyusun idea.
ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula.
iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empat
hingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan.
Karangan bermula dengan ayat pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan.
Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh
dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan
20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembaca
untuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Terdapat 10 jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif,
gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan.
Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepat
dengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), Kata
Kunci Soalan (K), dan Format (F).
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan
Bermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian
atau perbahasan.
Tajuk : Berjimat Cermat
Skop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat.
Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakan
wang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir…
3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat
Sektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita.
Kehendak Soalan
T Sektor pelancongan
K Langkah-langkah
F Pendapat- umum
Contoh Pengenalan
21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuan
Negara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu,
industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektor
perindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besar
kepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk
memajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran pelancong
ke negara kita dengan lebih banyak lagi.
3.1.2 Proses Penulisan Isi
Isi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala di
peringkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulis
dan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). AT
perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa.
Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiran
ayat contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini
dikenali ayat bukti (AB). Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui
ayat penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi.
Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendak
soalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop.
3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif
Pencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun
biaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patut
dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini?
Tajuk : Mutu sukan di negara ini
22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini
Isi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karangan
berbentuk catatan :
1. Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet.
2. Memberi pendedahan latihan di luar Negara.
3. Menggunakan kepakaran jurulatih asing.
4. Mengembangkan sukan di peringkat sekolah.
3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA
Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak
dan membimbangkan ibu bapa serta masyarakat
Tajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar.
Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinya
Anda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah.
Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi punca
dan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai :
i. Isi yang diikuti huraian tentang isi itu.
ii. Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraian
iii. Rumusan
Untuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria “AMBA”: iaitu “apa”,”mengapa”
“bagaimana”
23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Skop : Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah.
Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng?
Rangka karangan :
Isi yang dicatatkan:
1. Pengaruh rakan sebaya
2. Kurang pengawasan ibu bapa
3. Pengaruh media massa
4. Desakan hidup kerana keluarga miskin
Huraian empat isi di atas dengan menjawab soalan “mengapa”(why) dan “bagaimana” (how)
Contoh huraian:
Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruh
rakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya
kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.
Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini.
(bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng?
3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup
Perenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusan
keseluruhan perbincangan. Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba di
penghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkan
semua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian,
nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan.
Teknik menulis Kesimpulan
i. Perenggan kesimpulan / rumusan
ii. Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu
24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
iii. Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat.
Contoh :
• “Oleh itu…”
• “Kesimpulannya…”
• “ Rumusannya ialah…”
• “Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan…”
• “Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawa…”
iv. dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu :
rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yang
dibincangkaN.
3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup
Tajuk: Kemalangan Di Jalan Raya
Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti
cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang-
undang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar
dijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati,
bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharap
penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan
terhadap pesalah. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapat
dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan.
3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup
Tajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada murid-
murid yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga.
Berikan komen anda tentang hal ini
25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Oleh itu ibu bapa haruslah
mengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang
minyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosot
akan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakan
pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dan
mengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul
3.2 Kaedah Peta Minda
Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknik
ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses
penulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan
isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi
serta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di
papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-
isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.
3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda
Langkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk.
Langkah 1: Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting.
Langkah 2: Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) dan
perenggan pendahuluan.
Langkah 3: Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta
minda yang dicadangkan
Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup.
26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Langkah 5: Latihan mengarang
Penutup : Rumusan tentang tajuk
Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan
dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama,
saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, saya
menerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedah
ini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
CARTA TULANG IKAN
.
RAJAH : 1
Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk
seperti “tulang ikan” yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan
tajuk.
Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan
pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan,
murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk atau
mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang
bertajuk “Ali budak malang”. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangan
naratif.
27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Struktur karangan naratif( Binaan plot):
Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3
peringkat seperti berikut.
(a) Eksprosisi/Permulaan
- Digunakan untuk memperkenalkan watak
-Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya
- Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat
(b) Perkembangan
- watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang
semakin berkembang.
- Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang.
(c) Peleraian
- Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya.
- Cerita akan berakhir.
Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta
minda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
Plot kronologis (Konvensional)
- Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
- Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu:
 Permulaan
 Klimaks
28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
 Penyelesaian
Sehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yang
akan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini,
murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti.
3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan
Model 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why
(Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan idea-
idea yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta dengan
ayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila,
siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betul
dengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi.
Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yang
baharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu dan
mantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanya
betul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja.
Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap.
Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akan
lebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkan
wacana perenggan atau karangan kabur.
Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang
telah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren
dan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalah
pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur
dalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti dengan
lajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula pada
baris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaan
ayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya
lajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alat
tautan dilengkapkan.
Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebut
sama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semua
lajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yang
sudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau
29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yang
sesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat.
Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam Model
Wawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajur-
lajur dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang boleh
dilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing.
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan
mempunyai wacana yang berkesan.
Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan
tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu:
A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan)
A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab)
A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana?
(dengan itu / dengan cara)
Contoh:
(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan
raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan.
(A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke
destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”.
(A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di
tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup
Perenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagi
semua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalam
karangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yang
sepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalam
karangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara dan
lain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam
30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untuk
membuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal ini
berasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan.
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorang
yang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personaliti
dan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnya
dengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadap
huraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan
hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Penulisan baik dan berkesan ialah “Clear writing is clear thinking’ (“penulisan baik merupakan
pemikiran yang jelas”) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981) Dalam
pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu pegangan’penulisan
baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang’,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri
bahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras,
tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda
perlu berfikir sebelum berkata.
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan
mempunyai wacana yang berkesan.
( 5694 patah perkataan )
BIBLIOGRAFI
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN
690824105392
Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd
Atas talian :
http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa_Melayu_di_Seko
lah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 )
http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun : 14 FEB
2011)
http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 17 FEB 2011)
http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh muat
turun : 2 FEB 2011 )
http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 MAC 2011)
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html (tarikh muat turun : 3
MAC 2011 )
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 4 MAC 2011)
http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 12
MAC 2011 )
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun : 12 MAC 2011)
32 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasanuar nani
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)NurulAmira87
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohHarerra Pink
 

La actualidad más candente (20)

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 

Destacado

tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayumuhammad
 
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayu
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayuCara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayu
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayutanchowtee
 
Mencerna idea bhg b
Mencerna idea bhg bMencerna idea bhg b
Mencerna idea bhg bAsnahAriffin
 
1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsrAsnahAriffin
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 
Sintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayuSintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayuKPM
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuGolden Fish
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Bentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatBentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatIRES 1967
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Maizurah Rosle
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMKacang Pistachio
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 

Destacado (20)

tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayu
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayuCara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayu
Cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi bahasa melayu
 
Mencerna idea bhg b
Mencerna idea bhg bMencerna idea bhg b
Mencerna idea bhg b
 
1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
Sintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayuSintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayu
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Bentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatBentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayat
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 

Similar a Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu

Similar a Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu (20)

Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu 130518210335-phpapp02
 
Wacana
WacanaWacana
Wacana
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Literasi bahasa
Literasi bahasaLiterasi bahasa
Literasi bahasa
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacana
 
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxMAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulis
 
2 krb3053
2 krb30532 krb3053
2 krb3053
 
Bah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihanBah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihan
 
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
 
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan SakubunMateri M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
Materi M3KB4 - Pengajaran Dokkai, Kaiwa, dan Sakubun
 
Rps pendidikan bahasa dan sastra indonesia di kelas rendah
Rps pendidikan bahasa dan sastra indonesia di kelas rendah Rps pendidikan bahasa dan sastra indonesia di kelas rendah
Rps pendidikan bahasa dan sastra indonesia di kelas rendah
 
Ahmad helmi b
Ahmad helmi bAhmad helmi b
Ahmad helmi b
 

Más de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 

Más de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu

  • 1. FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011 KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO MATRIKULASI : 690824105392002 NO KAD PENGENALAN : 690824105392 NO TELEFON : 014-2693079 E-MEL : ruzie_sktm2@yahoo.com.my PUSAT PEMBELAJARAN INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, CHERAS KUALA LUMPUR
  • 2. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya , Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. 2 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 3. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Isi Kandungan Penghargaan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa 1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah 1.3 Konsep Kemahiran Menulis 1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis 2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 2.1 Menulis Pendahuluan. 2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan 2.2 Menulis Bahagian Isi 2.2.1 Menulis perenggan isi. 2.3 Menulis Bahagian Penutup. 2.3.1 Aspek penting dalam penutup 2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta 2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita 2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa 3 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 4. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 3.1 Pendekatan Proses 3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan 3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan 3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat 3.1.2 Proses Penulisan Isi 3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif 3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA 3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup 3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup 3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup 3.2 Kaedah Peta Minda 3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda 3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan 3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP BIBLIOGRAFI 4 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 5. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. “Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.”(Smith, 1969) Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat (Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan. Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar 5 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 6. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan dan memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. 1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur- unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn (Awang Sariyan, 2004:194). 1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281) mempunyai beberapa tujuan iaitu: 6 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 7. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 i. Membolehkan pelajar • Bercerita; dan • Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. ii. Membolehkan pelajar menulis • Pengalaman sendiri; • Cerita; • Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; • Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan • Surat kiriman formal dan tidak formal. 1.3 Konsep Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020 7 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 8. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf- huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; i. menggunakan pelbagai jenis ayat ii. mencatat dan menyusun maklumat iii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif iv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut : i. Perancangan menulis karangan ii. Pemilihan tajuk iii. Penulisan draf (rangka) iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan v. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan beberapa perenggan yang sesuai. 8 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 9. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan khalayak. vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik viii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek kebahasaan. . 1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis Aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka. Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan 9 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 10. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat) sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang memerlukan pengetahuan tentang wacana. Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat. Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan, subject-verb agreement, dan susunan ayat. 2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 2.1 Menulis Pendahuluan. Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan 10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 11. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan. 2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : • Kehendak soalan yang dikemukakan. • Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan • Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan • Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan) Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, antaranya: (i) pendahuluan jenis definisi (ii) pendahuluan jenis pendapat (iii) pendahuluan jenis suasana (iv) pendahuluan jenis persoalan (v) pendahuluan jenis peribahasa PENDAHULUAN JENIS DEFINISI · memberikan takrif · makna · definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes 11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 12. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT - menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. PENDAHULUAN JENIS SUASANA - menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN - mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ? PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA - memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: 12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 13. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. 2.2 Menulis Bahagian Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan- perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah- makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. 2.2.1 Menulis perenggan isi. Perenggan isi terdiri daripada : A1: Isi utama A2: Huraian tentang isi utama A3: Huraian tentang isi utama A4: Bukti/contoh/ data/ statistik 13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 14. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan. Contoh isi karangan Tajuk: Isu Buruh Asing Skop : kebaikan dan keburukan Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja. • (A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. • (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan ekonomi negara ini akan terbantut, • (A3) Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan, jurujual, dan sebagainya. • (A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan 800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan. • (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan negara dapat berjalan lancar. 2.3 Menulis Bahagian Penutup Sesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawa bahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama ada sesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutup yang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu. 14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 15. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 . 2.3.1 Aspek penting dalam penutup 1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di bawah. 2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut : • Ayat / Frasa memulakan penutup. · Kesimpulannya · Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa …. · Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ….. · Ringkasnya, jelaslah bahawa …. · Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa…. · Natijahnya, jelaslah bahawa … 3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan. • Ayat / Frasa memulakan penutup berformat · Sekian, terima kasih. · Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun, Kalau ada sumur diladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. 4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan. Umpamanya, jika soalan berkehendakkan “menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan” , 15 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 16. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan penghujung cerita tergantung. 5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja. 2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu perenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut : Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan isi. Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai Ayat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan Ayat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang dikemukakan Contoh-contoh penutup karangan jenis fakta Soalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. Berikan pendapat anda. (A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak. (A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan. (A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah. (A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak 16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 17. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja. 2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahan cerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahan cerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut : Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita Ayat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui Ayat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh Ayat 4 Harapan daripada cerita yang ditulis Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. • Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat pemindahan banjir selama beberaqpa hari. Perenggan lengkap : Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar kami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan. 17 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 18. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Peleraian cerita Ayat 2 Ulasan peleraian / kesudahan cerita Ayat 3 Pengajaran yang diperoleh daripada kisah yang berlaku Ayat 4 Penegasan dan kaitan cerita dengan peribahasa Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. Perenggan lengkap : Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. 18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 19. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi, cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perenggan penutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulan atau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perenggan penutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulan atau rumusan. Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadangan berhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadangan akan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikan oleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar boleh memberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidak terlalu sedikit atau tidak terlalu banyak. Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadangan yang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yang komprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindih dengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atau isi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masing- masing berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendak dikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit. 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 3.1 Pendekatan Proses Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, 19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 20. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis yang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. • Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses bagaimana ia dihasilkan. • Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu. • Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula. • Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan. • Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan. • Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan. • Prinsip-prinsip penulisan : i. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula. iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat. 3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empat hingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan. Karangan bermula dengan ayat pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan 20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 21. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembaca untuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Terdapat 10 jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif, gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan. Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepat dengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), Kata Kunci Soalan (K), dan Format (F). 3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan Bermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian atau perbahasan. Tajuk : Berjimat Cermat Skop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat. Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakan wang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir… 3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat Sektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kehendak Soalan T Sektor pelancongan K Langkah-langkah F Pendapat- umum Contoh Pengenalan 21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 22. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuan Negara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu, industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektor perindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran pelancong ke negara kita dengan lebih banyak lagi. 3.1.2 Proses Penulisan Isi Isi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala di peringkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulis dan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). AT perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa. Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiran ayat contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini dikenali ayat bukti (AB). Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui ayat penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendak soalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop. 3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif Pencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun biaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patut dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini? Tajuk : Mutu sukan di negara ini 22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 23. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini Isi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karangan berbentuk catatan : 1. Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet. 2. Memberi pendedahan latihan di luar Negara. 3. Menggunakan kepakaran jurulatih asing. 4. Mengembangkan sukan di peringkat sekolah. 3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak dan membimbangkan ibu bapa serta masyarakat Tajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar. Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinya Anda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah. Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi punca dan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai : i. Isi yang diikuti huraian tentang isi itu. ii. Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraian iii. Rumusan Untuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria “AMBA”: iaitu “apa”,”mengapa” “bagaimana” 23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 24. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Skop : Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah. Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng? Rangka karangan : Isi yang dicatatkan: 1. Pengaruh rakan sebaya 2. Kurang pengawasan ibu bapa 3. Pengaruh media massa 4. Desakan hidup kerana keluarga miskin Huraian empat isi di atas dengan menjawab soalan “mengapa”(why) dan “bagaimana” (how) Contoh huraian: Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruh rakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini. (bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng? 3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup Perenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusan keseluruhan perbincangan. Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba di penghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkan semua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian, nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan. Teknik menulis Kesimpulan i. Perenggan kesimpulan / rumusan ii. Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu 24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 25. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 iii. Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat. Contoh : • “Oleh itu…” • “Kesimpulannya…” • “ Rumusannya ialah…” • “Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan…” • “Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawa…” iv. dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu : rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yang dibincangkaN. 3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup Tajuk: Kemalangan Di Jalan Raya Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang- undang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar dijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharap penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan terhadap pesalah. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapat dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan. 3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup Tajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada murid- murid yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga. Berikan komen anda tentang hal ini 25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 26. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Oleh itu ibu bapa haruslah mengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosot akan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakan pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dan mengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul 3.2 Kaedah Peta Minda Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi- isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. 3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda Langkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk. Langkah 1: Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting. Langkah 2: Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) dan perenggan pendahuluan. Langkah 3: Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda yang dicadangkan Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup. 26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 27. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Langkah 5: Latihan mengarang Penutup : Rumusan tentang tajuk Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama, saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, saya menerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedah ini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. CARTA TULANG IKAN . RAJAH : 1 Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk seperti “tulang ikan” yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan, murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk atau mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang bertajuk “Ali budak malang”. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangan naratif. 27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 28. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Struktur karangan naratif( Binaan plot): Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3 peringkat seperti berikut. (a) Eksprosisi/Permulaan - Digunakan untuk memperkenalkan watak -Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya - Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat (b) Perkembangan - watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang semakin berkembang. - Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang. (c) Peleraian - Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya. - Cerita akan berakhir. Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Plot kronologis (Konvensional) - Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. - Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu:  Permulaan  Klimaks 28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 29. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392  Penyelesaian Sehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini, murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti. 3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan Model 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why (Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan idea- idea yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta dengan ayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila, siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betul dengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi. Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yang baharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu dan mantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanya betul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja. Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap. Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akan lebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkan wacana perenggan atau karangan kabur. Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang telah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren dan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalah pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur dalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti dengan lajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula pada baris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaan ayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya lajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alat tautan dilengkapkan. Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebut sama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semua lajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yang sudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau 29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 30. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yang sesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat. Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam Model Wawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajur- lajur dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang boleh dilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan. Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu: A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan) A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab) A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana? (dengan itu / dengan cara) Contoh: (A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan. (A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”. (A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. 3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup Perenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagi semua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalam karangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yang sepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalam karangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara dan lain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam 30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 31. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untuk membuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal ini berasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan. 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorang yang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personaliti dan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnya dengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadap huraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Penulisan baik dan berkesan ialah “Clear writing is clear thinking’ (“penulisan baik merupakan pemikiran yang jelas”) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981) Dalam pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu pegangan’penulisan baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang’,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri bahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras, tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda perlu berfikir sebelum berkata. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan. ( 5694 patah perkataan ) BIBLIOGRAFI Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 32. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Atas talian : http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa_Melayu_di_Seko lah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 ) http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun : 14 FEB 2011) http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 17 FEB 2011) http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh muat turun : 2 FEB 2011 ) http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 MAC 2011) http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html (tarikh muat turun : 3 MAC 2011 ) http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 4 MAC 2011) http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 12 MAC 2011 ) http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun : 12 MAC 2011) 32 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T