SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 30
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i Penghargaan 2
ii Isi kandungan 3
iii Borang rekod kolaborasi 4
1.0 PENDAHULUAN 5
1.1 Pengenalan
2.0 ISU DAN CABARAN GURU 7
2.1 Cabaran kepelbagaian budaya. 7
2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan. 8
2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. 9
3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU. 11
3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya. 11
3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan. 12
3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat 14
4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRESS.16
4.1 Punca-punca stress atau tekanan guru. 16
4.2 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah 17
4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan. 20
5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 21
5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala. 21
5.2 Program Kursus Pengurusan Stres. 21
5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas 22
5.4 Program Kesejahteraan Mental. 23
5.5 Program Hari Keluarga 23
6.0 PENUTUP 25
6.1 Kesimpulan 25
7.0 REFLEKSI 26
8.0 RUJUKAN 30
9.0 LAMPIRAN 32
m/s : 2
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
Tarikh Perkara Yang Dibincang Catatan
Tanda
tangan
07 Feb
2015
Menerima soalan tugasan daripada
pensyarah mata pelajaran.
Mendapatkan penerangaan daripada
pensyarah berkenaan format
penghasilan KKP kali ini.
Tugasan perlu dihantar pada
07 Mac 2015
08 Feb
2015
Memahami kehendak soalan yang
diberi.
Mencari bahan-bahan daripada
sumber-sumber yang berkaitan.
Mengumpul bahan bahan yang
diperolehi daripada pusat sumber.
Mengenal pasti maklumat mengikut
bidang yang berkaitan.
Merangka jadual kerja yang hendak
dilaksanakan.
Membaca bahan yang dikumpul.
10 Feb
2015
Mengkaji bahan yang dibaca bersama
rakan .
Menyediakan draf kerja kursus yang
diberi.
Berbincang dan menyenaraikan
maklumat yang bersesuaian.
Mengumpul maklumat dan mencari
bahan tentang penghasilan kerja
kursus.
Merangka draf
penghasilan kerja kursus.
15-19
Feb
2015
Mencari maklumat dari internet.
Merujuk buku-buku yang berkaitan
dengan kerja kursus..
Menghadiri sesi temu bual 10 orang
guru tentang punca, kesan dan
langkah-langkah mengahadapi stress.
Mencetak maklumat.
Mencatat nota dan maklumat
daripada internet.
Merangka dapatan hasil temu bual
10 orang guru tentang stress..
20 Feb
2015
Menganalisis maklumat yang berkaitan
dengan bidang kajian .
Merangka pelaksanaan kajian dan
pelaksanaan tindakan.
22 Feb
2015
Menaip semua maklumat dan bahan
yang diperolehi.
Menyiapkan tugasan
Mengedit dan menyunting bahan .
Menyusun dan mencetak bahan
Menyemak supaya tidak berlaku
kesalahan ejaan dan struktur ayat.
07 Mac
2015
Kerja kursus diserahkan kepada
pensyarah.
Diterima dan direkodkan.
m/s : 3
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana
segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang
telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan
perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah
negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan
standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,
maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut
dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia
dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan
bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah
peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan
satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai
profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya
sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013-
2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan
standard profesionalisme guru.
Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan
peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar,
malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan
kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya
pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang
boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras
dengan hala tuju sistem pendidikan.
m/s : 4
David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description,
Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,
bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang
dan berkeyakinan. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai
ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua
selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen
pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.
Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah
secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar
tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang
berbudaya. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan
memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah
amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Mantan Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang
pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi.
Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang
pendidik.
Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak
langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal
ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh
kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya
cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi
menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK,
teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.Guru yang aktif dan
bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif
dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian
teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu
mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi
negara maju pada 2020 dan merealisasikan tiga komponen utama dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015.
m/s : 5
2.0 ISU DAN CABARAN GURU
2.1 Cabaran kepelbagaian budaya.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, 1996, m/s:180 menyatakan bahawa
budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud
kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali
dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga.
Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan
akan kepelbagaian yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah.
Sebagai guru perlulah tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya, latar
belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana sedikit
sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian
murid yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan
juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama,
latar belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri.
Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan.
Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu
karenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran
yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami
pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam
menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya
pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami
bahawa terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini
mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan
bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya
murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah
yang betul dan tepat.
m/s : 6
Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya
pembelajaran murid akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira
kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain,
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi murid-murid tertentu akan
menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua.
Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang
tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua
murid-muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami
murid-muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap
kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya
merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama
dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru
terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua
cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan
kepelbagaian murid yang pelbagai budaya
2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan.
Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau
proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.
Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk
semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu
ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas
pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang
sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas.
Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah
membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar
untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan
intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran
sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan jurang
ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan
kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status
sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada
perubahan dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).
m/s : 7
Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian
secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih
berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi,
demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar
dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik,
identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik
kaum-kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses
perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi
sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial
dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat
diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori
sekolah dan status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).
Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana
kurang prasarana yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan
besar kepada pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar
bandar Malaysia yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz
kecil, namun mereka berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan
input pendidikan seperti kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian dasar
dan ilmiah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, BPPDP,
1979, 1980, 1994, 1995, 1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah, 2000) telah
memperlihatkan bahawa input-input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran
dan kemudahan asas mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi sekolah secara
umumnya.
Dalam menentukan pendidikan berkualiti dapat direalisasikan, maka para
pendidik dan guru-guru, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru
haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam
pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan
menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology),
memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring
dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan
sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan
sebagai pendidik..
m/s : 8
2.3 Cabaran Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui
umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan
penggunaan internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran ini. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan
program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi
bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna
boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun
demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman
seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet.
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan
bahaya dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan
pelayar internet teramai di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board
Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web
lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan
kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih
lagi di tahap yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai
pengalaman untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999)
menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan
pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah
membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.
Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama
penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses
internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian
juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.
Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan
untuk kegunaan di dalam bilik darjah.
m/s : 9
Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah
hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di
perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penggunaan internet walaupun ada
kebaikan tetapi terdapat kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet
lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial
sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid
menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai,
sedangkan untuk menjadi seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan
untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya
dan pembangunan kerjaya mereka kelak.
3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU.
3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya.
Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru
dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari
pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis
guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya
ketikamengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini
satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan
menjadi menyeronokkan. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional.
Guru tidak seharusnya membezakan bangsa murid dan tidak
mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk berinteraksi terbuka luas.Guru harus berusaha menolong murid memahami dan
membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan
murid ke arah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk
memahami kekuatan dan kelemahan yang ada kepada diri mereka.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan
tahap pencapaian mereka.
m/s : 10
Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk
ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid
yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan
perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan
meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima
seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak
harus dipertikaikan. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan
bahasa yang standard dan rasmi untuk memberi peluang yang sama rata kepada
semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua
murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias
kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang
yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang
kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang
positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan
tersebut.Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian
serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa
masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya
dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.
3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan.
Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang
ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan
perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun
sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah
sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan
tanggunjawab masing-masing.
m/s : 11
Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi
impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi cabaran pendemokrasian pendidikan.
Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran,
beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan
pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, Bantuan buku-
buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-
lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak
dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan
dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan
kerajaan haruslah diberi dengan adil tanpa sikap pilih kasih.
Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan
iaitu kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti
asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan
dan sebagainya. Dalam perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana
pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di
setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru
haruslah menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam
mendidik anak bangsa kita.
Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT bagi
memastikan segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid.Guru
perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing
dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru
akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan.
Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri
secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa
sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan
terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah
dengan berkesan.Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah
dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi
m/s : 12
peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan
kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat
penambahbaikan terhadap mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk
mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan antara satu sama lain.
3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat
Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer
dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh
Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi
maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri
dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini
sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri.
Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI
memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja
berbanding mengikuti kursus
Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan
internet, kursus atau latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru.
Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer
bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer
dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan,
seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Para guru perlu
diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan
teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan
bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme mereka secara
berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada
keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran
dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru,
yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana keberkesanan pendidikan
secara keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi
maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan
pendidikan bertaraf dunia.
m/s : 13
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme
pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan
kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran
merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran
seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh
dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara
behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat
dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada.
Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator yang mana melibatkan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan
belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh
para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan
pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan
mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar
kelak.
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai
maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan
sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini
membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil
dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid mencari
maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu
mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang
warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti
yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion
keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah
dan keburukan sama ada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik
profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah negara mencapai tahap
yang setanding negara maju yang lain, ianya perlu dimulai diperingkat persekolahan
lagi iaitu memilih individu yang benar-benar berminat untuk dijadikan seorang guru.
Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru
bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat guru dan
seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen.
m/s : 14
4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRESS.
4.1 Punca-punca stress atau tekanan guru.
Stress atau tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi
oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan,
kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai
seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee,1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle
(1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru
semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan,
keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang
guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap
kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal.
Hasil dapatan temu bual antara sepuluh orang guru di sekolah saya mendapati
selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari
bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan
lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108
jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja
pentadbiran. Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang
dan menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai
guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi
sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat
di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk
meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah murid dalam sesebuah kelas
iaitu minimum 37 murid untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari.
Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang
mempengaruhi masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku apabila
terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan
sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas
dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang
mendapat beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang
ringan. Di samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut
menjadi mangsa di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila
diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.
m/s : 15
Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca
daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem
pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan
adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot
yang tidak sesuai serta mencukupi.
Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti
riadah bersama keluarga dan taraf hidup seseorang guru. Gaji yang rendah juga
menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi
keluarga mereka. Selain itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru
yang baru mengajar. Kurangnya mendapat kerjasama antara rakan sejawat juga
merupakan punca-punca stress dalam kalangan guru. Masalah-masalah ini kerap
berlaku di sekolah saya.
4.2 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah
Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid,
pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid
ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional
terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa – bawa masalah keluarga yang
menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah yang
akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil
apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil
akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.
Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan
psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan
sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar
akan menjadi suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang
tidak dapat belajar dalam suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial
mereka. Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu
daripada guru akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan
tidak dapat belajar dengan suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan
mood murid untuk belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang
negatif terhadap guru tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid
setiap kali masuk ke dalam kelas.
m/s : 16
Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. Tekanan yang wujud dalam
diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap pelbagai pihak
termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan
sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi
muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru tersebut
tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang
dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal.
Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang
kurang enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.
Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja
berkumpulan kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan
iaitu panitia contohnya, guru yang stres lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil
yang terbaik kerana tekanan yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung
akan menurunkan kualiti kerja panitia dan menyebabkan bukan sahaja guru tersebut
yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang berada dalam satu pasukan yang sama
juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam satu organisasi yang sama.
Kesan stres yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005)
dalam buku Mengurus Stres menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak
dapat dikurangkan, seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat
keputusan atau berfikir, serta mudah melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam
realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada berlakunya sedikit salah faham antara
pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid pulang ke rumah dan mengadu
bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ibu
bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar aduan anak secara
membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu guru.
Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut
kepada pihak pentadbir.
Guru yang stres akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang
dihadapkan kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu
yang rasional untuk dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan
hubungan mesra yang seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan
terhadap guru yang sepatutnya subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang
dihadapi oleh guru tersebut tidak membolehkannya untuk menjelaskan perkara
sebenar dengan rasional.
m/s : 17
Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar
dengan situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan
terbina dan mungkin akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan
menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan
memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud sekian lama. Masyarakat luar yang
tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh khabar angin tanpa
mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya.
Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan
tanggapan negatif terhadap kerjaya guru terus berleluasa. Pentadbir juga merupakan
antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru. Tugasan yang
diberikanoleh guru besar tidak dapat disiapkandengan baik, dan kerja –kerja lain juga
terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional
memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang
kurang memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif
pentadbir kepada guru itu sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut
kritirea yang ditetapkan. Situasi sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak
pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut sendiri, antaranya mungkin perlu
menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke dalam fail prestasi, dan
secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok daripada pihak
pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.
Kesan stres yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya,
budaya sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mentor dan mentee iaitu
antara guru dan murid darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar
akademik. Namun, guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai
guru permulaan merasakan bahawa dia kurang keyakinan untuk menjadi mento
seperti yang diamanahkan. Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan
diri yang berlarutan sehingga menjadi tekanan dalam diri guru tersebut.
Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan bahawa dia
tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga
akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.
Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mentor
mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah
tertekan tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.
m/s : 18
4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan.
Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan
kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Guru-guru
yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan
pihak pengurusan dan rakan sekerja. Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana
persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja
guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Suasana kerja perlu selesa
dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan
profesional. Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan
merancang tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya,
tetapi golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar
untuk diabaikan.
Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh
membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja
yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat
dan menikmati keindahan tempat tersebut.
Perbincangan antara rakan sejawatan juga boleh dipraktikkan bersama rakan
– rakan setugas semasa berada di sekolah pada bila – bila masa. Guru boleh
menggunakan masa terluang bersama – sama rakan berbincang perkara – perkara
yang berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, tugasan – tugasan
yang diberi tanggungjawab oleh pihak pentadbir sekolah untuk diselesaikan.
Perlakuan menyimpan permasalahan dalam diri sendiri akan mengundang stres .
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat
dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan
beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat
mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam
diri seseorang.
Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini
adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan
adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif dan juga beberapa amalan
berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan
pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-
murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru
juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.
m/s : 19
5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.
5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala.
Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru
dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru
mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan
yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami
masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah
sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara
khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-
rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal
ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru.
Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan
menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu
bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang
terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah
tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan
besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah
tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat
kepada para guru di sekolah.
5.2 Program Kursus Pengurusan Stres.
Matlamat program berfokus kepada peningkatan prestasi guru dari aspek
sahsiah, rohani dan emosi supaya dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan
komitmen yang tinggi dan mempunyai ilmu yang sempurna sebagai pendidik dan
menjadi kaki tangan kerajaan yang akur dan patuh dengan kehendak kementerian.
Selain itu diharap agar kursus ini dapat memberi panduan kepada guru-guru dalam
menguruskan tugasan sebagai guru dan pendidik di sekolah dan tugasan harian di
rumah agar segala-galanya dapat dilakukan tanpa rasa tertekan.
Objektif program ini ialah untuk memahami konsep dan senario stress di dalam
organisasi , memahami dan mengaplikasikan pengurusan stress, menggunakan
stress untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi serta merangsang ke arah
keseronokan bekerja tanpa stress. Semua guru terlibat dalam program ini. Semoga
program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan
jayanya.
m/s : 20
5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas
Program latihan fisioterapi khas yang dilaksanakan di sekolah saya disediakan
khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana
menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas. Matlamat
program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan
terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan
ialah melalui fisioterapi. Kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam
atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan
tidak bermaya. Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di
tempat kerja mahupun di rumah.
Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh
semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.Secara umumnya fisioterapi
merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula
jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada
proses pemulihan dan pencegahan.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah saya baru-baru
ini membabitkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah. Guru besar SKbandar Tasik
Puteri Pn Noraini binti Din berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru
dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka. Rawatan ini adalah mudah
dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit
sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan
praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and
Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill. Sesi ceramah telah diberikan oleh
Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Puan Fazilah Jamaluddin, yang
menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti
pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan
juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung
yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa
perut kurang selesa, loya dan cirit.Puan Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah
disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana
tempat kerja, skop kerja dan sebagainya. Beliau berharap supaya semua guru
menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
m/s : 21
5.4 Program Kesejahteraan Mental.
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, guru-guru
tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Justeru,
persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta
suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah
merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial
yang sihat dan kesihatan mental yang baik bagi menyediakan kesejahteraan mental.
Situasi di mana individu itu berupaya menyedari potensinya, boleh berdaya saing
terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Pelaksanaan awal Program Kesejahteraan Mental dapat mengatasi
sebahagian masalah Kesihatan Mental yang semakin meningkat dalam kalangan
guru-guru di sekolah dewasa ini. Kesihatan Mental bermakna pendidikan pengurusan
stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan guru. Kesedaran untuk
mengenalpasti guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan
perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku) akan dapat
membentuk kesejahteraan seseorang guru. Oleh itu, memperkasakan guru dalam
menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran
daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani
gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan
dalam kalangan murid.
Objektif dalam program ini ialah mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam
kalangan guru, mengenalpasti tanda-tanda dan punca stress, mengurangkan tahap
stres dalam kalangan guru dan melaksanakan intervensi stress , merujuk guru yang
mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
5.5 Program Hari Keluarga
Hari Keluarga yang diadakan tahun ini, merupakan salah satu aktiviti rasmi
sekolah bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua
golongan di SK Bandar Tasik Puteri bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana
institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan
integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
m/s : 22
dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak
pengurusan, golongan Akademik dan kakitangan sokongan. Aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu
platform semangat setiakawan dan muhibbah antara guru-guru, pihak pentadbir dan
kakitangan SK Bandar Tasik Puteri. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi
aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga
agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta
berjaya mencapai objektifnya.
Objekif Hari Keluarga tersebut adalah untuk memberikan ruang kepada staf SK
Bandar Tasik Puteri melakukan aktiviti bersama-sama bagi menghilangkan tekanan
kerja di sekolah. Selain itu, Hari Keluarga ini juga sebagai ruang untuk saling kenal-
mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf, guru-guru dan
pihak pentadbir SK Bandar Tasik Puteri. Ia juga dapat menyemarakkan semangat
kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di
kalangan staf sekolah sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
kerja.Tema hari keluarga SK Bandar Tasik Puteri pada Tahun ini ialah “SANTAI
SAMA-SAMA”
Antara pengisian Program Hari Keluarga ini ialah:
1 . Acara senamrobik dan sukaneka .
2. Acara pertandingan untuk keluarga.
3. Senarai hadiah Cabutan Bertuah
4. Pertandingan Gubahan Nanas
5. Pertandingan masakan berasaskan labu
6. Persembahan guru-guru, pentadbir dan kakitangan sekolah.
Dengan terlaksananya Hari Keluarga SK Bandar Tasik Puteri diharapkan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan guru-guru,
pentadbir dan kakitangan sekolah di samping dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan di kalangan Warga SK Bandar Tasik Puteri sekaligus
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif Hari keluarga
SK Bandar Tasik Puteri.
m/s : 23
6.0 PENUTUP
6.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, stres kerja yang dialami oleh guru-guru yang terlibat
dalam kajian ini berada pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan hasil temu bual
yang telah dijalankan, faktor salah laku pelajar telah dikenal pasti sebagai faktor yang
paling banyak menyumbang stres kerja di kalangan guru. Ini diikuti oleh faktor beban
tugas sebagai faktor kedua dan faktor kekangan masa dan sumber sebagai faktor
ketiga. Manakala faktor penghargaan dan faktor perhubungan interpersonal masing-
masing dikenal pasti sebagai faktor keempat dan kelima. Kesemua faktor ini
menyebabkan stres kerja yang sederhana di kalangan guru-guru.
Berdasarkan dapatan hasil temu bual ini juga menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan stress kerja di kalangan responden mengikut jantina, status
perkahwinan dan kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden
juga dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman
mengajar dan pendapatan gaji sebulan mereka. Stres kerja yang dihadapi oleh guru-
guru telah menjadi isu yang sering diselidik dalam berbagai penyelidikan pendidikan.
Kajian-kajian ini dapat digunakan untuk membantu guru-guru mengatasi
kebingungan yang dihadapi oleh mereka, menarik perhatian dan meningkatkan
kefahaman masyarakat terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru serta
mengkaji punca-punca stres kerja bagi membentuk perancangan tindakan yang
berkesan dalam mengatasi stres kerja guru. Maka, adalah diharapkan lebih banyak
kajian yang berkaitan dengan stres kerja guru dapat dijalankan
Kesan stres kerja guru terhadap sistem pendidikan mudah digambarkan dan
ternyata amat serius. Dalam konteks ini, guru-guru yang sedang berkhidmat akan
mencari sumber kepuasan kerja yang alternatif dan sentiasa mencari perubahan
dalam kerjaya mereka. Manakala pengambilan dan pengekalan guru-guru baru akan
menjadi semakin sukar, walaupun gaji yang lebih lumayan ditawarkan. Walau
bagaimanapun, impak stress kerja guru yang paling kritikal adalah terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan anak bangsa kita.Oleh itu, isu stres
kerja guru seharusnya diberi perhatian yangserius oleh semua pihak. Masalah ini
seharusnya ditangani sebelum ia merebak danmenjadi fenomena yang lazim di
kalangan guru. Walau bagaimanapun, bah kata pepatah “mencegah adalah lebih baik
daripada merawat”. Stres kerja yang tinggi seharusnya dielakkan agar guru-guru
dapat memberi kualiti pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar mereka.
m/s : 24
7.0 REFLEKSI
Nama : Pn Idayu binti Abu
No Kad Pengenalan : 691110-01-5576
No Matrik : PPG201119236047
Kelas : Bahasa Melayu ( C )
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyelesaikan satu tugasan penting
dalam kursus kami iaitu tugasan subjek Guru dan Cabaran ( EDU 3093 ). Terima kasih
tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pertamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini. Kerja kursus
ini memerlukan saya menganalisa mengenai isu dan cabaran semasa yang
membolehkan guru mengenalpasti, mereflek serta menyesuaikan dan menyediakan
diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Justeru, saya perlu menganalisa isu
dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru khususnya terhadap tiga komponen yang
dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2015 ) serta
menghuraikan cara-cara bagi guru untuk menghadapi isu tersebut.
Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja
kursus ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul
dalam bidang pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun
sekarang. Cabaran lain yang boleh saya katakan satu cabaran yang besar bagi
seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai
seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke
sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan
mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada
murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi
bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada
murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada
murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat
bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling.
m/s : 25
Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan
guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress
dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-langakah
yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi,
atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah stress
di kalangan guru. Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan
kepada semua guru supaya semua guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk
menghadapi situasi itu kelak.
Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk
mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya. Saya
sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan
kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan kemudahan ICT
dan penggunaan gadjet yang canggih. Oleh itu, pendekatan yang seharusnya
digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau penerokaan yang
boleh menarik minat mereka berbanding kaedah chalk and talk dan belajar melalui
buku teks semata-mata. Saidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah berkata, “Didiklah
anakmu sesuai dengan zamannya”, lalu seorang guru perlu mengetahui
kecenderungan murid-muridnya sebelum mengajar mereka. Pendekatan dan teknik
yang bersesuaian turut menjamin keberkesanan mutu pengajaran guru di samping
memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai oleh
setiap murid.
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini.
Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan
dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran
inovatif, penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, reka bentuk
resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu
membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain
itu, murid-murid juga akan lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial
jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah
digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan
menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, komputer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan pengajaran
dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat.
m/s : 26
Saya sebagai seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk
menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai
penyumbang pengisian sumber pembelajaran.Saya juga turut didedahkan dengan
Pengurusan Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan.
Apa yang saya faham ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman
dan perubahan para guru terhadap tuntutan pendidikan semasa.
Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah
yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan
murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh
guru sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di
Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan
kemajuan setiap sekolah.
Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada
diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan
berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang
pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku
disiplin mereka. Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam
dunia pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa
adalah penting.
Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu
dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk mengatasinya.
Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang mempunyai kuasa boleh
menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi dendaan tidak akan
membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu bapa mereka sendiri
tidak menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah. Jelas, hubungan dua
hala yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi menjamin
perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah
laku malah prestasi akademik dan kokurikulumnya. Sementara itu, saya berpendapat
bahawa semua pihak hendaklah mengambil kira minat murid dan idea daripada guru
dalam merangka apa-apa program di dalam kementerian.
m/s : 27
Hal ini kerana, apabila bertukar tampuk pemerintahan, pasti ada dasar yang
baru diperkenalkan dan menggantikan dasar yang sedia ada. Ia secara langsung akan
mendatangkan kesan terhadap pencapaian guru dan murid kerana dua kumpulan ini
yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar
bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian hingga
di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya secara individu mahupun
bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa jumlah isu yang timbul
dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak berfikiran
sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas oleh
guru pada masa akan datang.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih
juga kepada pensyarah kami, di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau
kepada kami. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi
guru yang berguna kepada anak didik saya.
Sekian, terima kasih.
m/s : 28
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku.
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
_____________(2000). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
David Ryans (2012). Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison,
And Appraisal . Whitefish MT : Literary Licensing, LLC
Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan
& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Marzuki, N. A. (2007). Psikologi Personal. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010).
Guru dan Cabaran Semasa, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd
8.2 Internet
Aduka Humaira. (2013).Isu Pendidikan Semasa.Dilayari pada 10 Feb 2015 dari :
http://isusemasapendidikan.blogspot.com/
Aminudin Mansor (2014). Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 16 Feb 2015
dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-
cabaran-semasa
Anis Abd Halim (2014). Isu guru dan pelaksanaan PPPM.Dilayari pada 19 Feb 2015
dari : https://prezi.com/45e4p6x_c5rh/isu-1-guru-dan-pelaksanaan-pppm/
Celine Teow ( 2013).Globalisasi dan Cabaran Pendidikan.Dilayari pada 18 Feb 2015
dari:https://www.academia.edu/7963785/I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN_
PENDIDIKAN
Izzat Syahir. (2012).Nota Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 13 Feb 2015 dari
http://www.scribd.com/doc/108098837/
Numies. (2012).Kepelbagaian Budaya. Dilayari pada 15 feb 2015 dari
http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk- 1-15-kepelbagaian-
budaya.html
m/s : 29
Kulanz Salleh Blog.(2009). Isu-isu Pendidikan di Malaysia.
http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di malaysia/
Shamsul Izwan. (2009). Isu dan Cabaran Guru Semasa : Kepelbagaian Budaya
Dilayari pada 19 feb 2015 dari http://oh-cikgu.blogspot.com/2012/09/isu-
dan- cabaran-pendidikan-semasa.html
8.3 Jurnal
Akihito Shimazu et. al. (2003). “Effect of Stress Management Program for Teacher in
Japan : A Pilot Study”. Journal Of Occupational Health, 45, 202-208.
Azizi bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Malaysia
Dr. Jamil Ahmad (UKM dan Norlia Goolamally (OUM). Jurnal: Pentadbiran dan
Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan
Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1)
http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf
Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman.(2011). Jurnal Kemanusiaan bil.17.
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
m/s : 30
LAMPIRAN

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 

La actualidad más candente (20)

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 

Destacado

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal InsanRancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal InsanFadzliaton Zainudin
 
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adat
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat AdatMengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adat
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adatseptianm
 
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...S. Pandu Hartadita
 
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021S. Pandu Hartadita
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
Impact of technology on learning
Impact of technology on learningImpact of technology on learning
Impact of technology on learningMohamed Faizudeen
 

Destacado (8)

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal InsanRancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
 
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adat
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat AdatMengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adat
Mengenal Pilihan hukum daerah untuk pengakuan Masyarakat Adat
 
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...
Peraturan Daerah Provinsi Jambi No. 02 Tahun 2016 Tentang Pencegahan dan Peng...
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021
RANCANGAN AWAL RPJMD PROVINSI JAMBI 2016-2021
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
Impact of technology on learning
Impact of technology on learningImpact of technology on learning
Impact of technology on learning
 

Similar a Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru

Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfnyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfNyokap Toto
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power pointImam Sutisna
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingMuhamad Yogi
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1agusindro
 
Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2mzaidin
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konselingisman12345
 
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.ppt
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.pptPPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.ppt
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.pptadizfkr45
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 

Similar a Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru (20)

Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfnyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
 
Telaah kurikulum
Telaah kurikulumTelaah kurikulum
Telaah kurikulum
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power point
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & Konseling
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1
 
Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Ktsp farmasi
Ktsp farmasiKtsp farmasi
Ktsp farmasi
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.ppt
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.pptPPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.ppt
PPT-UEU-Bimbingan-dan-Konseling-Pertemuan-4.ppt
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 

Más de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengAhmad NazRi
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi
 

Más de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topeng
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru

  • 1. KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT i Penghargaan 2 ii Isi kandungan 3 iii Borang rekod kolaborasi 4 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Pengenalan 2.0 ISU DAN CABARAN GURU 7 2.1 Cabaran kepelbagaian budaya. 7 2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan. 8 2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. 9 3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU. 11 3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya. 11 3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan. 12 3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat 14 4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRESS.16 4.1 Punca-punca stress atau tekanan guru. 16 4.2 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah 17 4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan. 20 5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 21 5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala. 21 5.2 Program Kursus Pengurusan Stres. 21 5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas 22 5.4 Program Kesejahteraan Mental. 23 5.5 Program Hari Keluarga 23 6.0 PENUTUP 25 6.1 Kesimpulan 25 7.0 REFLEKSI 26 8.0 RUJUKAN 30 9.0 LAMPIRAN 32
  • 2. m/s : 2 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS Tarikh Perkara Yang Dibincang Catatan Tanda tangan 07 Feb 2015 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah mata pelajaran. Mendapatkan penerangaan daripada pensyarah berkenaan format penghasilan KKP kali ini. Tugasan perlu dihantar pada 07 Mac 2015 08 Feb 2015 Memahami kehendak soalan yang diberi. Mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber yang berkaitan. Mengumpul bahan bahan yang diperolehi daripada pusat sumber. Mengenal pasti maklumat mengikut bidang yang berkaitan. Merangka jadual kerja yang hendak dilaksanakan. Membaca bahan yang dikumpul. 10 Feb 2015 Mengkaji bahan yang dibaca bersama rakan . Menyediakan draf kerja kursus yang diberi. Berbincang dan menyenaraikan maklumat yang bersesuaian. Mengumpul maklumat dan mencari bahan tentang penghasilan kerja kursus. Merangka draf penghasilan kerja kursus. 15-19 Feb 2015 Mencari maklumat dari internet. Merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus.. Menghadiri sesi temu bual 10 orang guru tentang punca, kesan dan langkah-langkah mengahadapi stress. Mencetak maklumat. Mencatat nota dan maklumat daripada internet. Merangka dapatan hasil temu bual 10 orang guru tentang stress.. 20 Feb 2015 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan bidang kajian . Merangka pelaksanaan kajian dan pelaksanaan tindakan. 22 Feb 2015 Menaip semua maklumat dan bahan yang diperolehi. Menyiapkan tugasan Mengedit dan menyunting bahan . Menyusun dan mencetak bahan Menyemak supaya tidak berlaku kesalahan ejaan dan struktur ayat. 07 Mac 2015 Kerja kursus diserahkan kepada pensyarah. Diterima dan direkodkan.
  • 3. m/s : 3 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013- 2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.
  • 4. m/s : 4 David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020 dan merealisasikan tiga komponen utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015.
  • 5. m/s : 5 2.0 ISU DAN CABARAN GURU 2.1 Cabaran kepelbagaian budaya. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, 1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru perlulah tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu karenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya. Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
  • 6. m/s : 6 Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran murid akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua. Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua murid-muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami murid-muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian murid yang pelbagai budaya 2.2 Cabaran pendemokrasian pendidikan. Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas. Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan jurang ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).
  • 7. m/s : 7 Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan status sosioekonomi murid (World Bank, 1980). Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang prasarana yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar kepada pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar bandar Malaysia yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz kecil, namun mereka berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan input pendidikan seperti kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian dasar dan ilmiah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995, 1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah, 2000) telah memperlihatkan bahawa input-input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran dan kemudahan asas mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi sekolah secara umumnya. Dalam menentukan pendidikan berkualiti dapat direalisasikan, maka para pendidik dan guru-guru, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik..
  • 8. m/s : 8 2.3 Cabaran Teknologi Maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian. Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah.
  • 9. m/s : 9 Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penggunaan internet walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai, sedangkan untuk menjadi seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak. 3.0 LANGKAH-LANGKAH HADAPI ISU DAN CABARAN GURU. 3.1 Langkah-langkah hadapi cabaran kepelbagaian budaya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketikamengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak seharusnya membezakan bangsa murid dan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan kelemahan yang ada kepada diri mereka. Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka.
  • 10. m/s : 10 Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard dan rasmi untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. 3.2 Langkah-langkah hadapi cabaran pendemokrasian pendidikan. Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing.
  • 11. m/s : 11 Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi cabaran pendemokrasian pendidikan. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, Bantuan buku- buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain- lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan kerajaan haruslah diberi dengan adil tanpa sikap pilih kasih. Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya. Dalam perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru haruslah menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam mendidik anak bangsa kita. Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT bagi memastikan segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid.Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi
  • 12. m/s : 12 peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan antara satu sama lain. 3.3 Langkah-langkah hadapi cabaran teknologi maklumat Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri. Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja berbanding mengikuti kursus Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, kursus atau latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru di awal-awal telah diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet dan ICT. Pelbagai program latihan dilaksanakan bagi menggalakkan guru mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam mengatasi penggunaan internet Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
  • 13. m/s : 13 Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatkan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan sama ada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah negara mencapai tahap yang setanding negara maju yang lain, ianya perlu dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar berminat untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen.
  • 14. m/s : 14 4.0 DAPATAN HASIL TEMU BUAL 10 ORANG GURU BERKAITAN STRESS. 4.1 Punca-punca stress atau tekanan guru. Stress atau tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee,1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal. Hasil dapatan temu bual antara sepuluh orang guru di sekolah saya mendapati selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah murid dalam sesebuah kelas iaitu minimum 37 murid untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari. Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang mempengaruhi masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku apabila terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.
  • 15. m/s : 15 Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi. Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah bersama keluarga dan taraf hidup seseorang guru. Gaji yang rendah juga menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Selain itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar. Kurangnya mendapat kerjasama antara rakan sejawat juga merupakan punca-punca stress dalam kalangan guru. Masalah-masalah ini kerap berlaku di sekolah saya. 4.2 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa – bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan. Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang tidak dapat belajar dalam suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka. Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke dalam kelas.
  • 16. m/s : 16 Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru tersebut tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal. Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang kurang enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi. Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya, guru yang stres lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja panitia dan menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam satu organisasi yang sama. Kesan stres yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku Mengurus Stres menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan, seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir, serta mudah melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada berlakunya sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut kepada pihak pentadbir. Guru yang stres akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang sepatutnya subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut tidak membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan rasional.
  • 17. m/s : 17 Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh khabar angin tanpa mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya. Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif terhadap kerjaya guru terus berleluasa. Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru. Tugasan yang diberikanoleh guru besar tidak dapat disiapkandengan baik, dan kerja –kerja lain juga terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir kepada guru itu sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea yang ditetapkan. Situasi sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut sendiri, antaranya mungkin perlu menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke dalam fail prestasi, dan secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok daripada pihak pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu. Kesan stres yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya, budaya sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mentor dan mentee iaitu antara guru dan murid darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar akademik. Namun, guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan. Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga menjadi tekanan dalam diri guru tersebut. Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut. Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mentor mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah tertekan tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.
  • 18. m/s : 18 4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan. Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan. Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat dan menikmati keindahan tempat tersebut. Perbincangan antara rakan sejawatan juga boleh dipraktikkan bersama rakan – rakan setugas semasa berada di sekolah pada bila – bila masa. Guru boleh menggunakan masa terluang bersama – sama rakan berbincang perkara – perkara yang berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, tugasan – tugasan yang diberi tanggungjawab oleh pihak pentadbir sekolah untuk diselesaikan. Perlakuan menyimpan permasalahan dalam diri sendiri akan mengundang stres . Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam diri seseorang. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid- murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.
  • 19. m/s : 19 5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 5.1 Pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan- rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah. 5.2 Program Kursus Pengurusan Stres. Matlamat program berfokus kepada peningkatan prestasi guru dari aspek sahsiah, rohani dan emosi supaya dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan komitmen yang tinggi dan mempunyai ilmu yang sempurna sebagai pendidik dan menjadi kaki tangan kerajaan yang akur dan patuh dengan kehendak kementerian. Selain itu diharap agar kursus ini dapat memberi panduan kepada guru-guru dalam menguruskan tugasan sebagai guru dan pendidik di sekolah dan tugasan harian di rumah agar segala-galanya dapat dilakukan tanpa rasa tertekan. Objektif program ini ialah untuk memahami konsep dan senario stress di dalam organisasi , memahami dan mengaplikasikan pengurusan stress, menggunakan stress untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi serta merangsang ke arah keseronokan bekerja tanpa stress. Semua guru terlibat dalam program ini. Semoga program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan jayanya.
  • 20. m/s : 20 5.3 Program Latihan Fisioterapi Khas Program latihan fisioterapi khas yang dilaksanakan di sekolah saya disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi. Kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah. Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan. Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah saya baru-baru ini membabitkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah. Guru besar SKbandar Tasik Puteri Pn Noraini binti Din berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka. Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu. Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill. Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Puan Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti. Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.Puan Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya. Beliau berharap supaya semua guru menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
  • 21. m/s : 21 5.4 Program Kesejahteraan Mental. Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, guru-guru tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Justeru, persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat dan kesihatan mental yang baik bagi menyediakan kesejahteraan mental. Situasi di mana individu itu berupaya menyedari potensinya, boleh berdaya saing terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Pelaksanaan awal Program Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian masalah Kesihatan Mental yang semakin meningkat dalam kalangan guru-guru di sekolah dewasa ini. Kesihatan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan guru. Kesedaran untuk mengenalpasti guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan seseorang guru. Oleh itu, memperkasakan guru dalam menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid. Objektif dalam program ini ialah mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan guru, mengenalpasti tanda-tanda dan punca stress, mengurangkan tahap stres dalam kalangan guru dan melaksanakan intervensi stress , merujuk guru yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. 5.5 Program Hari Keluarga Hari Keluarga yang diadakan tahun ini, merupakan salah satu aktiviti rasmi sekolah bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua golongan di SK Bandar Tasik Puteri bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
  • 22. m/s : 22 dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan, golongan Akademik dan kakitangan sokongan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara guru-guru, pihak pentadbir dan kakitangan SK Bandar Tasik Puteri. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. Objekif Hari Keluarga tersebut adalah untuk memberikan ruang kepada staf SK Bandar Tasik Puteri melakukan aktiviti bersama-sama bagi menghilangkan tekanan kerja di sekolah. Selain itu, Hari Keluarga ini juga sebagai ruang untuk saling kenal- mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf, guru-guru dan pihak pentadbir SK Bandar Tasik Puteri. Ia juga dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf sekolah sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.Tema hari keluarga SK Bandar Tasik Puteri pada Tahun ini ialah “SANTAI SAMA-SAMA” Antara pengisian Program Hari Keluarga ini ialah: 1 . Acara senamrobik dan sukaneka . 2. Acara pertandingan untuk keluarga. 3. Senarai hadiah Cabutan Bertuah 4. Pertandingan Gubahan Nanas 5. Pertandingan masakan berasaskan labu 6. Persembahan guru-guru, pentadbir dan kakitangan sekolah. Dengan terlaksananya Hari Keluarga SK Bandar Tasik Puteri diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan guru-guru, pentadbir dan kakitangan sekolah di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan Warga SK Bandar Tasik Puteri sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif Hari keluarga SK Bandar Tasik Puteri.
  • 23. m/s : 23 6.0 PENUTUP 6.1 Kesimpulan Secara keseluruhannya, stres kerja yang dialami oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini berada pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan hasil temu bual yang telah dijalankan, faktor salah laku pelajar telah dikenal pasti sebagai faktor yang paling banyak menyumbang stres kerja di kalangan guru. Ini diikuti oleh faktor beban tugas sebagai faktor kedua dan faktor kekangan masa dan sumber sebagai faktor ketiga. Manakala faktor penghargaan dan faktor perhubungan interpersonal masing- masing dikenal pasti sebagai faktor keempat dan kelima. Kesemua faktor ini menyebabkan stres kerja yang sederhana di kalangan guru-guru. Berdasarkan dapatan hasil temu bual ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stress kerja di kalangan responden mengikut jantina, status perkahwinan dan kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden juga dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan mereka. Stres kerja yang dihadapi oleh guru- guru telah menjadi isu yang sering diselidik dalam berbagai penyelidikan pendidikan. Kajian-kajian ini dapat digunakan untuk membantu guru-guru mengatasi kebingungan yang dihadapi oleh mereka, menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru serta mengkaji punca-punca stres kerja bagi membentuk perancangan tindakan yang berkesan dalam mengatasi stres kerja guru. Maka, adalah diharapkan lebih banyak kajian yang berkaitan dengan stres kerja guru dapat dijalankan Kesan stres kerja guru terhadap sistem pendidikan mudah digambarkan dan ternyata amat serius. Dalam konteks ini, guru-guru yang sedang berkhidmat akan mencari sumber kepuasan kerja yang alternatif dan sentiasa mencari perubahan dalam kerjaya mereka. Manakala pengambilan dan pengekalan guru-guru baru akan menjadi semakin sukar, walaupun gaji yang lebih lumayan ditawarkan. Walau bagaimanapun, impak stress kerja guru yang paling kritikal adalah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan anak bangsa kita.Oleh itu, isu stres kerja guru seharusnya diberi perhatian yangserius oleh semua pihak. Masalah ini seharusnya ditangani sebelum ia merebak danmenjadi fenomena yang lazim di kalangan guru. Walau bagaimanapun, bah kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada merawat”. Stres kerja yang tinggi seharusnya dielakkan agar guru-guru dapat memberi kualiti pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar mereka.
  • 24. m/s : 24 7.0 REFLEKSI Nama : Pn Idayu binti Abu No Kad Pengenalan : 691110-01-5576 No Matrik : PPG201119236047 Kelas : Bahasa Melayu ( C ) Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyelesaikan satu tugasan penting dalam kursus kami iaitu tugasan subjek Guru dan Cabaran ( EDU 3093 ). Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pertamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini. Kerja kursus ini memerlukan saya menganalisa mengenai isu dan cabaran semasa yang membolehkan guru mengenalpasti, mereflek serta menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Justeru, saya perlu menganalisa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru khususnya terhadap tiga komponen yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2015 ) serta menghuraikan cara-cara bagi guru untuk menghadapi isu tersebut. Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul dalam bidang pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun sekarang. Cabaran lain yang boleh saya katakan satu cabaran yang besar bagi seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling.
  • 25. m/s : 25 Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah stress di kalangan guru. Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan kepada semua guru supaya semua guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi situasi itu kelak. Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya. Saya sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan kemudahan ICT dan penggunaan gadjet yang canggih. Oleh itu, pendekatan yang seharusnya digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau penerokaan yang boleh menarik minat mereka berbanding kaedah chalk and talk dan belajar melalui buku teks semata-mata. Saidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah berkata, “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”, lalu seorang guru perlu mengetahui kecenderungan murid-muridnya sebelum mengajar mereka. Pendekatan dan teknik yang bersesuaian turut menjamin keberkesanan mutu pengajaran guru di samping memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai oleh setiap murid. Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini. Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran inovatif, penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, reka bentuk resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain itu, murid-murid juga akan lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, komputer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat.
  • 26. m/s : 26 Saya sebagai seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang pengisian sumber pembelajaran.Saya juga turut didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Apa yang saya faham ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan perubahan para guru terhadap tuntutan pendidikan semasa. Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap sekolah. Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah penting. Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang mempunyai kuasa boleh menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi dendaan tidak akan membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu bapa mereka sendiri tidak menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah. Jelas, hubungan dua hala yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi menjamin perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah laku malah prestasi akademik dan kokurikulumnya. Sementara itu, saya berpendapat bahawa semua pihak hendaklah mengambil kira minat murid dan idea daripada guru dalam merangka apa-apa program di dalam kementerian.
  • 27. m/s : 27 Hal ini kerana, apabila bertukar tampuk pemerintahan, pasti ada dasar yang baru diperkenalkan dan menggantikan dasar yang sedia ada. Ia secara langsung akan mendatangkan kesan terhadap pencapaian guru dan murid kerana dua kumpulan ini yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian hingga di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya secara individu mahupun bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa jumlah isu yang timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak berfikiran sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas oleh guru pada masa akan datang. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah kami, di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna kepada anak didik saya. Sekian, terima kasih.
  • 28. m/s : 28 8.0 RUJUKAN 8.1 Buku. Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. _____________(2000). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. David Ryans (2012). Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison, And Appraisal . Whitefish MT : Literary Licensing, LLC Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Marzuki, N. A. (2007). Psikologi Personal. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010). Guru dan Cabaran Semasa, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd 8.2 Internet Aduka Humaira. (2013).Isu Pendidikan Semasa.Dilayari pada 10 Feb 2015 dari : http://isusemasapendidikan.blogspot.com/ Aminudin Mansor (2014). Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 16 Feb 2015 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan- cabaran-semasa Anis Abd Halim (2014). Isu guru dan pelaksanaan PPPM.Dilayari pada 19 Feb 2015 dari : https://prezi.com/45e4p6x_c5rh/isu-1-guru-dan-pelaksanaan-pppm/ Celine Teow ( 2013).Globalisasi dan Cabaran Pendidikan.Dilayari pada 18 Feb 2015 dari:https://www.academia.edu/7963785/I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN_ PENDIDIKAN Izzat Syahir. (2012).Nota Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 13 Feb 2015 dari http://www.scribd.com/doc/108098837/ Numies. (2012).Kepelbagaian Budaya. Dilayari pada 15 feb 2015 dari http://numieseducation.blogspot.com/2012/07/tajuk- 1-15-kepelbagaian- budaya.html
  • 29. m/s : 29 Kulanz Salleh Blog.(2009). Isu-isu Pendidikan di Malaysia. http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di malaysia/ Shamsul Izwan. (2009). Isu dan Cabaran Guru Semasa : Kepelbagaian Budaya Dilayari pada 19 feb 2015 dari http://oh-cikgu.blogspot.com/2012/09/isu- dan- cabaran-pendidikan-semasa.html 8.3 Jurnal Akihito Shimazu et. al. (2003). “Effect of Stress Management Program for Teacher in Japan : A Pilot Study”. Journal Of Occupational Health, 45, 202-208. Azizi bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Malaysia Dr. Jamil Ahmad (UKM dan Norlia Goolamally (OUM). Jurnal: Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman.(2011). Jurnal Kemanusiaan bil.17. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia