SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KOD DAN NAMA KURSUS:
SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
(PENTAKSIRAN)
TAJUK:
TUGASAN 2
NAMA DAN NOMBOR MATRIKS:
NAMA NO. MATRIK
FU SAI HOE M20131000362
HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366
LORETA ALAH WAN M20131000370
NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357
(KUMPULAN A: MATEMATIK)
NAMA PENSYARAH:
PROF DR MARZITA PUTEH
PEMARKAHAN
SENARAI ISI KANDUNGAN
PERKARA Muka Surat
PENGENALAN 1
ISU 1: DASAR PENDIDIKAN 1
ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN
PEPERIKSAAN
4
ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS 7
ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN 12
PENUTUP 14
RUJUKAN
PENTAKSIRAN
PENGENALAN:
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Namun, isu pentaksiran dalam
pendidikan sering timbul di mana pendidikan berorientasikan peperiksaan masih berlaku
walaupun Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan, dasar pendidikan negara yang
mempengaruhi pentaksiran itu sendiri, pembelajaran dan pengajaran berdasarkan peperiksaan,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan standard penilaian yang berlainan.
ISU 1: DASAR PENDIDIKAN
Meneliti sejarah perkembangan sistem pendidikan Negara kita, Penyata Razak (1956)
mewujudkan Dasar Pendidikan Negara dan mendirikan Lembaga Peperiksaan. Di peringkat
awal selain mengendalikan, Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab untuk mengendali
peperiksaan Cambridge, peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination
(MSSEE) dan peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Pada tahun 1960, Perakuan
Laporan Rahman Talib melaksanakan peperiksaan Kemasukan mata pelajaran elektif dalam
LCE dan SRP,Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL, Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional
Malaysia (SPVM) dan Ujian Diagnostik Darjah III (UDT). Seterusnya, Pelaksanaan Laporan
Kabinet (1979) telah menyumbangkan perkembangan sistem pendidikan, iaitu KBSR dan
KBSM. Ini telah menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk
memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Perubahan yang dibuat dalam sistem peperiksaan ialah: Mewujudkan UPSR bagi menggantikan
PPDL,Mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP, Menyesuaikan SPM supaya selaras dengan
kehendak KBSM. (Azis & Noraini Idris,2008)
Oleh itu, sistem pendidikan negara kita dianggap sebagai terlalu berorientasikan
peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang sesuai dalam sistem pendidikan abad ini
kerana peperiksaan tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan
perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak,
nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau
tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan. Isu tersebut telah banyak
dibincangkan dalam artikel pendidikan dan kajian ilmiah serta pelbagai cadangan untuk
memperbaiki suasana ini telah diutarakan. Begitu juga pandangan tentang memberikan terlalu
memberi tumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan akan mendatangkan mudarat dan
disarankan supaya lebih mmentingkan pentaksiran yang holistik. Sebagai contoh, Standard
Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan
Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains,
Matematik dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong
antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan
ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan
berketerampilan. Tapi, peperiksaan UPSR hanya dapat menilai domain penyelesaian masalah
berdasarkan prestasi murid.
Dalam Program transformasi pendidikan (GTP), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) pada Isnin 27 Julai 2009, termasuk bidang usaha bagi mengurangkan
kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti;
berkemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana
luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa
sederhana. KPI diwujudkan supaya membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara
menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. (KPM, 2010).
Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan,
menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) dan
kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu
1. Prasekolah-Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada
87% menjelang 2012;serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan
menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang
2010
2. Setiap kanak-kanak1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti
3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Literasi & Numerasi (LINUS) 90%
Menguasai Literasi &Numerasi pada 2010
3. Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)-Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang
mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah -sekolah ini akan melonjakkan
kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggiSasaran 20 HPS menjelang 2010
4. Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah-Memperkenalkan penilaian berasaskan
pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran
yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah
Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian
Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi
mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Menurut Khodori et al.
(2006), terdapat lima komponen utama dalam pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) menjelang 2011 ialah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan
pusat, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum dan ujian psikometrik. Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk dalam komponen pentaksiran pusat merupakan
sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan SPPK pada masa akan datang.
Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat
sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan
asalnya (Yusof & Mohd Musa, 2011).. Guru Besar sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di
sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep, prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Guru
Besar perlu menyokong dan membantu guru-guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta
menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di Bandar
atau luar bandar maupun faktor jantina guru. Memandangkan pihak pentadbir merupakan
pemandu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi, adalah timbul isu-isu bahawa pentabbir
terlalu mementingkan pencapaian supaya dapat melepasi KPI, meningkatkan gred purata sekolah
GPS, gred purata mata pelajaran GPMT dan ranking sekolah di sesebuah daerah ataupun di
negeri. Juga, Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah juga menyumbang faktor kepada
pentadbir di sekolah lebih mementingkan pencapaian murid daripada penguasaan mudid
walaupun Jemaah Nazir JNJK selalu pesan pembelajaran atau pengajaran untuk peperiksaan
tidak banyak membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka.
Menurut Kohn, A. (2004) sistem pendidikan Negara kita masih mementingkan
pencapaian akademik untuk menilai taraf pendidikan seseorang individu. Ini termasuklah
kemasukan pelajar ke tingkatan 4, tingkatan 6, kolej dan pengambilan dan pengambilan pelajar
untuk kursus matrikulasi dan Ijazaj sarjana muda di peringkat IPTA atau IPTS.
Lagi,pengambilan calon untuk memenuhi jawatan kosong di sektor kerajaan mahupun di sektor
swata juga mencerminkan betapa pentingnya pencapaian akademik bagi seseorang pelajar dan
sekolah.
Juga, guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran
pengajaran dan pembelajaran pelajar, Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran
tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Guru menggunakan pelbagai teknik
pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi latihan yang bersesuaian dalam aspek
pentaksiran dalam bilik darjah (Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah, 2009). Sehingga kini,
amalan pentaksiran dan kemahiran pentaksiran guru-guru di Malaysia kurang diketahui. Oleh
itu, timbulah isu guru mangajar murid sekadar mementingkan pencapaian dan mengajar
mengikut berdasarkan kehendak dalam peperiksaan.
ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN
Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan
dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan
keputusan peperiksaan sebagai ukuran. Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010), “sistem
persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu
menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas
kepada latih tubi".
Peperiksaan masih merupakan fokus utama dalam pendidikan. Kaedah ini dikatakan
lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar kerana pembelajaran di dalam
kelas hanya bertumpukan kepada penilaian atau ujian. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat
menggalakkan murid untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, penekanan
kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan pendidik mahupun rakyat
lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik sahaja dengan sedikit sahaja
perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hasilnya, murid yang lemah mulai
hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran.
Isu: Tips soalan
Dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, murid hanya dilatih untuk
menguasai tips soalan yang selalu diuji dalam peperiksaan. Di sekolah, pemberian tips soalan
tentang kertas-kertas peperiksaan membantu murid untuk memudahkan murid untuk
menumpukan perhatian terhadap topik-topik tertentu dalam subjek yang dipelajari.
Perhatian yang lebih diberikan kepada bentuk soalan dengan menjalankan latih tubi
berkenaan jenis-jenis soalan tertentu. Cara ini membolehkan murid menghafal bagaimana cara
soalan tersebut disoal sehingga murid mengetahui corak bagaimana soalan tersebut disoal.
Dengan adanya tips soalan, murid juga dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji tanpa
menyedari yang pembelajaran bukanlah semata-mata untuk mendapatkan gred yang baik dalam
peperiksaan tetapi mendapatkan pendidikan yang bermakna.
Isu: Soalan sasaran
Mempraktikkan soalan sasaran terutamanya terhadap kelas peperiksaan sering menjadi
isu yang sering dikaitkan dengan isu pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan. Bagi kelas
peperiksaan, setiap tahun guru atau pendidik akan menetapkan soalan sasaran bagi matapelajaran
yang diajar. Di sekolah, soalan-soalan sasaran diberi kepada murid berdasarkan aras penguasaan
mereka terhadap mata pelajaran tertentu.
Seperti contoh, murid yang mempunyai penguasaan yang lemah dalam Matematk akan
dilatih untuk menjawab soalan-soalan mudah yyang sesuai dengan pengusaan mereka. Bagi
murid yang berpotensi tinggi pula, mereka akan dilatih untuk menguasai pelbagai jenis soalan
sasaran. Ini bertujuan untuk menaikkan bilangan murid yang mendapatkan gred “A” dalam mata
pelajaran tersebut, seterusnya untuk mencapai sasaran gred purata mata pelajaran (GPMP) yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
Isu: Analisis soalan
Dalam pembelajaran dan pengajaran, murid diajar untuk menganalisis soalan yang sering
dalam peperiksaan. Analisis soalan dilakukan dengan membuat pemerhatian tentang bab-bab
dalam mata pelajaran tertentu yang sering keluar dalam peperiksaan. Analisis bab ini dilakukan
terhadap soalan-soalan peperiksaan lepas seperti soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah
(UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah soalan untuk kertas-kertas subjek tertentu di
peringkat institut pengajian tinggi juga dilakukan. Setelah analisis dijalankan, para guru atau
murid dapat meramal soalan peperiksaan yang akan keluar pada masa terkini.
Isu: Kaedah hafalan
Dalam mempelajari sesebuah teori dan rumus, kaedah lama masih digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas iaitu menggalakkan murid menghafal sesuatu rumus
atau teorem. Murid tidak diberi pendedahan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu rumus atau
teorem tersebut diterbitkan. Murid hanya perlu menghafal rumus dan langkah-langkah pengiraan
untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan. Dalam pembelajaran di dalam kelas,
murid perlu menghafal teorem atau rumus dan diberi latihan berkaitan dengan penggunaan
tersebut. Proses ini akan diulang-ulang sehingga murid dapat mengingat teorem yang dihafal.
Selain itu, murid juga perlu menghafal corak soalan peperiksaan yang keluar dalam peperiksaan
sebenar.
IMPLIKASI:
Terdapat beberapa kesan daripada pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan
peperiksaan. Keyakinan murid tentang tahap penguasaan mereka terhadap Matematik akan
goyah sekiranya soalan ramalan yang mereka ramalkan tidak keluar dalam peperiksaan sebenar.
Murid tidak berjaya menjawab dengan baik kerana mereka tidak mempelajari topik-topik yang
lain dalam mata pelajaran yang dipelajari. Semasa proses pembelajaran, murid hanya belajar dan
menghafal demi lulus dalam peperiksaan. Maka murid kurang mempraktikkan ilmu dan
kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sistem pendidikan berorientasikan
peperiksaan memesongkan motivasi murid terhadap pendidikan.
Pelajar kekurangan personaliti dan kreativiti, dan tidak mempunyai kelayakan untuk
memenuhi kerjaya masa depan. Pembelajaran hafalan membuat pelajar bosan pembelajaran dan
dalam kes-kes paling teruk, malah ada yang mengalami masalah psikologi.
PENAMBAHBAIKAN:
Pihak Kementerian Pendidikan sering kali membuat penambahbaikan dalam system
pendidikan agar system pendidikan negara kita sejajar dengan falsafah pendidikan negara untuk
menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Dengan itu, satu sistem
pentaksiran diwujudkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).
ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir dan diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun PBS
merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di
Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki.
Isu: Peranan Guru.
Guru akademik memainkan peranan penting dalam memastikan system penilaian yang
berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, pelbagai reaksi yang
ditunjukkan oleh guru. Kebanyakan guru merasakan perubahan dalam sistem pendidikan telah
meningkatkan beban mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi perlu melaksanakan
kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa
yang sama. Ini adalah disebabkan sistem PBS, penilaian dan pengajaran akan berlaku pada masa
yang sama sepanjang tahun. Ini termasuklah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail
Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase dan Rekod Transit.
Terdapat juga guru yang kurang pemahaman terhadap dasar dan konsep pentaksiran. Ini
adalah kerana mereka mungkin tidak dipanggil mengikuti kursus PBS tetapi telah diminta oleh
pihak sekolah untuk melakukan penilaian secara PBS. Selain itu, ramai guru yang mengajar
subjek bukan opsyen. Keadaaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kompetensi guru
tersebut sebagai pembimbing dan pemudahcara melaksanakan pentaksiran di dalam kelas sering
dipersoal kurang profesional.
Isu: Batasan dan Kekangan
Batasan dan kekangan yang terlibat adalah masa. Penilaian secara PBS memerlukan
jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan. Ini sangat
berbeza dengan sistem penilaian berorientasikan peperiksaan bertulis yang hanya dijalankan
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Seterusnya, kebolehpercayaan yang rendah. Ini merujuk kepada kebebasan guru unruk
melakukan penilaian secara sendiri, berkemungkinan instrumen yang dihasilkan tidak memenuhi
kriteria yang ditetapkan. Secara tidak langsung, penilaian terhadap murid-murid tidak begitu
berkesan.
Batasan yang seterusnya, teknikal dan profesional. PBS adalah satu cara penilaian yang
masih baru. Ada sesetengah guru yang tidak begitu mahir dalam menghasilkan instrument untuk
penilaian. Jadi, latihan yang secukupnya perlu diberikan kepada guru-guru yang terlibat.
Selain itu, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara
atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Selain itu, disebabkan
jalur lebar laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat
perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama.
Ramai guru terpaksa bangun pukul 2 pagi atau 3 pagi semata-mata hendak mengisi markah
murid yang langsung tidak dapat dimasuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup
yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.
Isu: Bias dalam Penilaian.
Dua aspek yang terlibat adalah dari segi aspek pemerhatian dan lisan. Untuk aspek
pemerhatian guru, ianya adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap guru.
Pemerhatian guru adalah berdasarkan apa yang dilihat pada mata kasar sahaja. Guru mungkin
ukar membezakan murid yang benar-benar faham atau tidak terhadap satu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Dari segi lisan, di dalam sesebuah kelas, mungkin ada murid yang kurang memberi
respon apabila ditanya dan keadaan ini menyebabkan penilaian suakr dilakukan oleh guru, selain
itu, soalan yang dijawab secara beramai-ramai menebabkan guru sukar menentukan kefahaman
individu murid.
Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24/2/2014, guru-guru tidak perlu
meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan
oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian
Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru
di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.
Berikut kenyataan penuh beliau;
1) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibangkitkan oleh guru-guru di
samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang
melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam
hal pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen,
pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat
2) Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya KPM
membuat kajian menyeluruh mengenai perlaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil
inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru.
Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang
melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian
murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh
membebankan guru-guru.
3) Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM
juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;
a) Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh
negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap
pelaksanaannya.
b) Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan
guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel
tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan
hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
c) Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan
mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan
terhadap penelitian PBS.
d) Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit
berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat
maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan
e) usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi
memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan
berkesan.
4) Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan
PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang
sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan
memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan
selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan
penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM,
rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat
Malaysia (SGMM).
5) Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu
kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.
PENAMBAHBAIKAN:
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru
terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Bagi
menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid serta Dokumen Standard Prestasi dan Kurikulum.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya
mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka
sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Selain itu, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa
dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan
yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja
murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan
pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru.
Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
automatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus
terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan
pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat
untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Penambahbaikan PBS
akan di laksanakan mulai 1 April 2014.
ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN
Kurikulum yang berubah-ubah menyebabkan penilaian turut mengalami perubahan.
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya didasari oleh
falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Apabila sesebuah kurikulum diperbaharui atau ditambahbaik, ianya merupakan
kurikulum yang sedia ada di mana ianya diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak
terdapat dalam kurikulum tersebut. Hal ini adalah bagi menjadikan kurikulum itu lebih berkesan
berbanding kurikulum sebelumnya. Pembaharuan kurikulum berlaku disebabkan beberapa faktor
iaitu kewujudan dan perkembangan ilmu-ilmu baru serta disemarakkan oleh kehendak
masyarakat yang inginkan perubahan.
Untuk memperbaharui sesebuah kurikulum beberapa langkah perlu diambil bagi
memastikan proses pembaharuan sesebuah kurikulum itu berjalan lancar iaitu:
a. Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan
b. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud antara kurikulum sedia ada dengan
masalah-masalah yang telah dikenalpasti
c. Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum
d. Mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan pihak
yang terlibat
e. Membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui
f. Melaksanakan proses pembaharuan tersebut.
Oleh itu, kurikulum ini akan berubah mengikut peredaran zaman dan juga mengikut
perkembangan dunia semasa supaya dapat membekalkan modal insan yang berpotensi dalam
segala bidang.
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia
merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi
pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah
mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Penilaian boleh dilakukan
dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Secara
kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dengan dalam bentuk angka
dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau
gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan
mungkin tidak mengikut angka yang tepat tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan
perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata.
Penilaian merupakan proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan
dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.
Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan. Melalui aktiviti, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat pelbagai isu yang timbul berbangkit mengenai penilaian ini. Pelaksanaan
penilaian itu sendiri berbeza mengikut budaya, kesesuaian dan individu itu sendiri. Akibatnya,
pelajar manjadi kurang bermotivasi untuk belajar kerana tidada pencapaian yang jelas. Hal ini
adalah kerana apabila sesorang pelajar itu sudah menguasai sesuatu tahap penguasaan yang
dikehendaki, ianya sudah mencukupi. Ketidakselarasan intsrumen penilaian juga merupakan
antara isu yang timbul dalam penilaian. Instrumen yang dibina adalah berbeza-beza bagi setiap
sekolah dan guru masing-masing. Instrumen yang dibina terlalu mudah dan tidak menguji
sepenuhnya penguasaan murid.
PENUTUP:
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan
generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang
profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia. Penilaian yang
dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu
murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari
aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.
RUJUKAN
Azis Nik Pa & Noraini Idris (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
pengalaman 50 tahun merdeka. Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan Malaysia
(Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober 2006.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kenyataan Media Y.b Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Internet. http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122 Diakses pada
29 Mei 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional
(NKRA) Pendidikan 2010. Internet. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/nkrakpm.pdf
Diakses pada 1 Jun 2014
Kohn, A. (2004). Inilah Sekolah Idaman Pelajar: Siri Pembangunan Profesion Perguruan.
Kuala Lumpur: ITBM
Mok Soon Sang (2008). Educational Psychology And Pedagogy: Learner And
Learning Environment. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003). A Mathematics Course for Diploma of Education Semester
1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN. BHD.
Mok Soon Sang (2003). An education Course for K.P.L.I Theme 1. Selangor:
Kumpulan Budiman SDN. BHD.
Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah (2009). Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah
Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah.
Internet.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2009_9017_ac6e5a10d2774
efc8c200070bf5b34ca.pdf Diakses pada 1 Jun 2014
Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu
Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang.
Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.
Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Guru dan Cabaran Semasa.:Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia. PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru. Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140224/dn_03/PBS-ditangguh-teliti-
kesan-bebanan-guru#ixzz33NdkGCyw Diakses pada 2 Jun 2014
Yusof & Mohd Musa (2011).Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.
Internet.http://eprints.utm.my/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_Pelaksanaan
_Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah.pdf Diakses pada 1 Jun 2014

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikankrys73
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Gurukrys73
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikEli Lilly and Company
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8) daripenacikgu
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 

La actualidad más candente (19)

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)
 
(Group 12) pbs
(Group 12) pbs(Group 12) pbs
(Group 12) pbs
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 

Destacado

Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Teaching Approaches
Teaching ApproachesTeaching Approaches
Teaching ApproachesConnie Benet
 
Esei assess n equity finalise
Esei assess n equity finaliseEsei assess n equity finalise
Esei assess n equity finaliseLau Ee
 
Professional teaching standards
Professional teaching standardsProfessional teaching standards
Professional teaching standardsLau Ee
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranizz7556
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti yatt87
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 

Destacado (18)

Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Teaching Approaches
Teaching ApproachesTeaching Approaches
Teaching Approaches
 
Esei assess n equity finalise
Esei assess n equity finaliseEsei assess n equity finalise
Esei assess n equity finalise
 
TIMSS
TIMSSTIMSS
TIMSS
 
Rujukan AR
Rujukan ARRujukan AR
Rujukan AR
 
Professional teaching standards
Professional teaching standardsProfessional teaching standards
Professional teaching standards
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar a Pentaksiran SME6044

Similar a Pentaksiran SME6044 (20)

Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
slaid viva.pptx
slaid viva.pptxslaid viva.pptx
slaid viva.pptx
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sppk 2011
Sppk 2011Sppk 2011
Sppk 2011
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
1911
19111911
1911
 
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Perancangan strategik pj
Perancangan strategik pjPerancangan strategik pj
Perancangan strategik pj
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
10. pensijilan guru
10. pensijilan guru10. pensijilan guru
10. pensijilan guru
 
10. teacher certification
10. teacher certification10. teacher certification
10. teacher certification
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 

Pentaksiran SME6044

  • 1. PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD DAN NAMA KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (PENTAKSIRAN) TAJUK: TUGASAN 2 NAMA DAN NOMBOR MATRIKS: NAMA NO. MATRIK FU SAI HOE M20131000362 HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366 LORETA ALAH WAN M20131000370 NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357 (KUMPULAN A: MATEMATIK) NAMA PENSYARAH: PROF DR MARZITA PUTEH PEMARKAHAN
  • 2. SENARAI ISI KANDUNGAN PERKARA Muka Surat PENGENALAN 1 ISU 1: DASAR PENDIDIKAN 1 ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN 4 ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS 7 ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN 12 PENUTUP 14 RUJUKAN
  • 3. PENTAKSIRAN PENGENALAN: Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Namun, isu pentaksiran dalam pendidikan sering timbul di mana pendidikan berorientasikan peperiksaan masih berlaku walaupun Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan, dasar pendidikan negara yang mempengaruhi pentaksiran itu sendiri, pembelajaran dan pengajaran berdasarkan peperiksaan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan standard penilaian yang berlainan. ISU 1: DASAR PENDIDIKAN Meneliti sejarah perkembangan sistem pendidikan Negara kita, Penyata Razak (1956) mewujudkan Dasar Pendidikan Negara dan mendirikan Lembaga Peperiksaan. Di peringkat awal selain mengendalikan, Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab untuk mengendali peperiksaan Cambridge, peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dan peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Pada tahun 1960, Perakuan Laporan Rahman Talib melaksanakan peperiksaan Kemasukan mata pelajaran elektif dalam LCE dan SRP,Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL, Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Ujian Diagnostik Darjah III (UDT). Seterusnya, Pelaksanaan Laporan Kabinet (1979) telah menyumbangkan perkembangan sistem pendidikan, iaitu KBSR dan KBSM. Ini telah menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perubahan yang dibuat dalam sistem peperiksaan ialah: Mewujudkan UPSR bagi menggantikan PPDL,Mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP, Menyesuaikan SPM supaya selaras dengan kehendak KBSM. (Azis & Noraini Idris,2008)
  • 4. Oleh itu, sistem pendidikan negara kita dianggap sebagai terlalu berorientasikan peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang sesuai dalam sistem pendidikan abad ini kerana peperiksaan tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan. Isu tersebut telah banyak dibincangkan dalam artikel pendidikan dan kajian ilmiah serta pelbagai cadangan untuk memperbaiki suasana ini telah diutarakan. Begitu juga pandangan tentang memberikan terlalu memberi tumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan akan mendatangkan mudarat dan disarankan supaya lebih mmentingkan pentaksiran yang holistik. Sebagai contoh, Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains, Matematik dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Tapi, peperiksaan UPSR hanya dapat menilai domain penyelesaian masalah berdasarkan prestasi murid. Dalam Program transformasi pendidikan (GTP), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada Isnin 27 Julai 2009, termasuk bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti; berkemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. KPI diwujudkan supaya membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. (KPM, 2010). Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) dan kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu 1. Prasekolah-Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012;serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan
  • 5. menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2010 2. Setiap kanak-kanak1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Literasi & Numerasi (LINUS) 90% Menguasai Literasi &Numerasi pada 2010 3. Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)-Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah -sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggiSasaran 20 HPS menjelang 2010 4. Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah-Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Menurut Khodori et al. (2006), terdapat lima komponen utama dalam pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) menjelang 2011 ialah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan pusat, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum dan ujian psikometrik. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk dalam komponen pentaksiran pusat merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan SPPK pada masa akan datang. Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan asalnya (Yusof & Mohd Musa, 2011).. Guru Besar sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep, prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Guru Besar perlu menyokong dan membantu guru-guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di Bandar atau luar bandar maupun faktor jantina guru. Memandangkan pihak pentadbir merupakan pemandu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi, adalah timbul isu-isu bahawa pentabbir terlalu mementingkan pencapaian supaya dapat melepasi KPI, meningkatkan gred purata sekolah GPS, gred purata mata pelajaran GPMT dan ranking sekolah di sesebuah daerah ataupun di negeri. Juga, Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah juga menyumbang faktor kepada pentadbir di sekolah lebih mementingkan pencapaian murid daripada penguasaan mudid
  • 6. walaupun Jemaah Nazir JNJK selalu pesan pembelajaran atau pengajaran untuk peperiksaan tidak banyak membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka. Menurut Kohn, A. (2004) sistem pendidikan Negara kita masih mementingkan pencapaian akademik untuk menilai taraf pendidikan seseorang individu. Ini termasuklah kemasukan pelajar ke tingkatan 4, tingkatan 6, kolej dan pengambilan dan pengambilan pelajar untuk kursus matrikulasi dan Ijazaj sarjana muda di peringkat IPTA atau IPTS. Lagi,pengambilan calon untuk memenuhi jawatan kosong di sektor kerajaan mahupun di sektor swata juga mencerminkan betapa pentingnya pencapaian akademik bagi seseorang pelajar dan sekolah. Juga, guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Guru menggunakan pelbagai teknik pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi latihan yang bersesuaian dalam aspek pentaksiran dalam bilik darjah (Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah, 2009). Sehingga kini, amalan pentaksiran dan kemahiran pentaksiran guru-guru di Malaysia kurang diketahui. Oleh itu, timbulah isu guru mangajar murid sekadar mementingkan pencapaian dan mengajar mengikut berdasarkan kehendak dalam peperiksaan. ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan keputusan peperiksaan sebagai ukuran. Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010), “sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi". Peperiksaan masih merupakan fokus utama dalam pendidikan. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar kerana pembelajaran di dalam kelas hanya bertumpukan kepada penilaian atau ujian. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat menggalakkan murid untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, penekanan
  • 7. kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan pendidik mahupun rakyat lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik sahaja dengan sedikit sahaja perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hasilnya, murid yang lemah mulai hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran. Isu: Tips soalan Dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, murid hanya dilatih untuk menguasai tips soalan yang selalu diuji dalam peperiksaan. Di sekolah, pemberian tips soalan tentang kertas-kertas peperiksaan membantu murid untuk memudahkan murid untuk menumpukan perhatian terhadap topik-topik tertentu dalam subjek yang dipelajari. Perhatian yang lebih diberikan kepada bentuk soalan dengan menjalankan latih tubi berkenaan jenis-jenis soalan tertentu. Cara ini membolehkan murid menghafal bagaimana cara soalan tersebut disoal sehingga murid mengetahui corak bagaimana soalan tersebut disoal. Dengan adanya tips soalan, murid juga dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji tanpa menyedari yang pembelajaran bukanlah semata-mata untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan tetapi mendapatkan pendidikan yang bermakna. Isu: Soalan sasaran Mempraktikkan soalan sasaran terutamanya terhadap kelas peperiksaan sering menjadi isu yang sering dikaitkan dengan isu pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan. Bagi kelas peperiksaan, setiap tahun guru atau pendidik akan menetapkan soalan sasaran bagi matapelajaran yang diajar. Di sekolah, soalan-soalan sasaran diberi kepada murid berdasarkan aras penguasaan mereka terhadap mata pelajaran tertentu. Seperti contoh, murid yang mempunyai penguasaan yang lemah dalam Matematk akan dilatih untuk menjawab soalan-soalan mudah yyang sesuai dengan pengusaan mereka. Bagi murid yang berpotensi tinggi pula, mereka akan dilatih untuk menguasai pelbagai jenis soalan sasaran. Ini bertujuan untuk menaikkan bilangan murid yang mendapatkan gred “A” dalam mata pelajaran tersebut, seterusnya untuk mencapai sasaran gred purata mata pelajaran (GPMP) yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • 8. Isu: Analisis soalan Dalam pembelajaran dan pengajaran, murid diajar untuk menganalisis soalan yang sering dalam peperiksaan. Analisis soalan dilakukan dengan membuat pemerhatian tentang bab-bab dalam mata pelajaran tertentu yang sering keluar dalam peperiksaan. Analisis bab ini dilakukan terhadap soalan-soalan peperiksaan lepas seperti soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah soalan untuk kertas-kertas subjek tertentu di peringkat institut pengajian tinggi juga dilakukan. Setelah analisis dijalankan, para guru atau murid dapat meramal soalan peperiksaan yang akan keluar pada masa terkini. Isu: Kaedah hafalan Dalam mempelajari sesebuah teori dan rumus, kaedah lama masih digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas iaitu menggalakkan murid menghafal sesuatu rumus atau teorem. Murid tidak diberi pendedahan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu rumus atau teorem tersebut diterbitkan. Murid hanya perlu menghafal rumus dan langkah-langkah pengiraan untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan. Dalam pembelajaran di dalam kelas, murid perlu menghafal teorem atau rumus dan diberi latihan berkaitan dengan penggunaan tersebut. Proses ini akan diulang-ulang sehingga murid dapat mengingat teorem yang dihafal. Selain itu, murid juga perlu menghafal corak soalan peperiksaan yang keluar dalam peperiksaan sebenar. IMPLIKASI: Terdapat beberapa kesan daripada pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan peperiksaan. Keyakinan murid tentang tahap penguasaan mereka terhadap Matematik akan goyah sekiranya soalan ramalan yang mereka ramalkan tidak keluar dalam peperiksaan sebenar. Murid tidak berjaya menjawab dengan baik kerana mereka tidak mempelajari topik-topik yang lain dalam mata pelajaran yang dipelajari. Semasa proses pembelajaran, murid hanya belajar dan menghafal demi lulus dalam peperiksaan. Maka murid kurang mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan memesongkan motivasi murid terhadap pendidikan.
  • 9. Pelajar kekurangan personaliti dan kreativiti, dan tidak mempunyai kelayakan untuk memenuhi kerjaya masa depan. Pembelajaran hafalan membuat pelajar bosan pembelajaran dan dalam kes-kes paling teruk, malah ada yang mengalami masalah psikologi. PENAMBAHBAIKAN: Pihak Kementerian Pendidikan sering kali membuat penambahbaikan dalam system pendidikan agar system pendidikan negara kita sejajar dengan falsafah pendidikan negara untuk menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Dengan itu, satu sistem pentaksiran diwujudkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir dan diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki.
  • 10. Isu: Peranan Guru. Guru akademik memainkan peranan penting dalam memastikan system penilaian yang berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh guru. Kebanyakan guru merasakan perubahan dalam sistem pendidikan telah meningkatkan beban mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi perlu melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Ini adalah disebabkan sistem PBS, penilaian dan pengajaran akan berlaku pada masa yang sama sepanjang tahun. Ini termasuklah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase dan Rekod Transit. Terdapat juga guru yang kurang pemahaman terhadap dasar dan konsep pentaksiran. Ini adalah kerana mereka mungkin tidak dipanggil mengikuti kursus PBS tetapi telah diminta oleh pihak sekolah untuk melakukan penilaian secara PBS. Selain itu, ramai guru yang mengajar subjek bukan opsyen. Keadaaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kompetensi guru tersebut sebagai pembimbing dan pemudahcara melaksanakan pentaksiran di dalam kelas sering dipersoal kurang profesional. Isu: Batasan dan Kekangan Batasan dan kekangan yang terlibat adalah masa. Penilaian secara PBS memerlukan jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan. Ini sangat berbeza dengan sistem penilaian berorientasikan peperiksaan bertulis yang hanya dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Seterusnya, kebolehpercayaan yang rendah. Ini merujuk kepada kebebasan guru unruk melakukan penilaian secara sendiri, berkemungkinan instrumen yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Secara tidak langsung, penilaian terhadap murid-murid tidak begitu berkesan. Batasan yang seterusnya, teknikal dan profesional. PBS adalah satu cara penilaian yang masih baru. Ada sesetengah guru yang tidak begitu mahir dalam menghasilkan instrument untuk penilaian. Jadi, latihan yang secukupnya perlu diberikan kepada guru-guru yang terlibat.
  • 11. Selain itu, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Selain itu, disebabkan jalur lebar laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2 pagi atau 3 pagi semata-mata hendak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat dimasuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru. Isu: Bias dalam Penilaian. Dua aspek yang terlibat adalah dari segi aspek pemerhatian dan lisan. Untuk aspek pemerhatian guru, ianya adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap guru. Pemerhatian guru adalah berdasarkan apa yang dilihat pada mata kasar sahaja. Guru mungkin ukar membezakan murid yang benar-benar faham atau tidak terhadap satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi lisan, di dalam sesebuah kelas, mungkin ada murid yang kurang memberi respon apabila ditanya dan keadaan ini menyebabkan penilaian suakr dilakukan oleh guru, selain itu, soalan yang dijawab secara beramai-ramai menebabkan guru sukar menentukan kefahaman individu murid. Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24/2/2014, guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid. Berikut kenyataan penuh beliau; 1) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam
  • 12. hal pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat 2) Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya KPM membuat kajian menyeluruh mengenai perlaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru. Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru-guru. 3) Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut; a) Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya. b) Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat. c) Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS. d) Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan e) usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan. 4) Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM,
  • 13. rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). 5) Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat. PENAMBAHBAIKAN: Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid serta Dokumen Standard Prestasi dan Kurikulum. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut. Selain itu, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah. Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus
  • 14. terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline. Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai 1 April 2014. ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN Kurikulum yang berubah-ubah menyebabkan penilaian turut mengalami perubahan. Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Apabila sesebuah kurikulum diperbaharui atau ditambahbaik, ianya merupakan kurikulum yang sedia ada di mana ianya diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut. Hal ini adalah bagi menjadikan kurikulum itu lebih berkesan berbanding kurikulum sebelumnya. Pembaharuan kurikulum berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu kewujudan dan perkembangan ilmu-ilmu baru serta disemarakkan oleh kehendak masyarakat yang inginkan perubahan. Untuk memperbaharui sesebuah kurikulum beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan proses pembaharuan sesebuah kurikulum itu berjalan lancar iaitu: a. Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan b. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud antara kurikulum sedia ada dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti c. Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum d. Mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan pihak yang terlibat e. Membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui
  • 15. f. Melaksanakan proses pembaharuan tersebut. Oleh itu, kurikulum ini akan berubah mengikut peredaran zaman dan juga mengikut perkembangan dunia semasa supaya dapat membekalkan modal insan yang berpotensi dalam segala bidang. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dengan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan mungkin tidak mengikut angka yang tepat tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Penilaian merupakan proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat pelbagai isu yang timbul berbangkit mengenai penilaian ini. Pelaksanaan penilaian itu sendiri berbeza mengikut budaya, kesesuaian dan individu itu sendiri. Akibatnya,
  • 16. pelajar manjadi kurang bermotivasi untuk belajar kerana tidada pencapaian yang jelas. Hal ini adalah kerana apabila sesorang pelajar itu sudah menguasai sesuatu tahap penguasaan yang dikehendaki, ianya sudah mencukupi. Ketidakselarasan intsrumen penilaian juga merupakan antara isu yang timbul dalam penilaian. Instrumen yang dibina adalah berbeza-beza bagi setiap sekolah dan guru masing-masing. Instrumen yang dibina terlalu mudah dan tidak menguji sepenuhnya penguasaan murid. PENUTUP: Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.
  • 17. RUJUKAN Azis Nik Pa & Noraini Idris (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka. Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan Malaysia (Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober 2006. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kenyataan Media Y.b Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Internet. http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122 Diakses pada 29 Mei 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan 2010. Internet. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/nkrakpm.pdf Diakses pada 1 Jun 2014 Kohn, A. (2004). Inilah Sekolah Idaman Pelajar: Siri Pembangunan Profesion Perguruan. Kuala Lumpur: ITBM Mok Soon Sang (2008). Educational Psychology And Pedagogy: Learner And Learning Environment. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). A Mathematics Course for Diploma of Education Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN. BHD. Mok Soon Sang (2003). An education Course for K.P.L.I Theme 1. Selangor: Kumpulan Budiman SDN. BHD. Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah (2009). Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah. Internet. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2009_9017_ac6e5a10d2774 efc8c200070bf5b34ca.pdf Diakses pada 1 Jun 2014 Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Guru dan Cabaran Semasa.:Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Utusan Malaysia. PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru. Internet. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140224/dn_03/PBS-ditangguh-teliti- kesan-bebanan-guru#ixzz33NdkGCyw Diakses pada 2 Jun 2014
  • 18. Yusof & Mohd Musa (2011).Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. Internet.http://eprints.utm.my/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_Pelaksanaan _Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah.pdf Diakses pada 1 Jun 2014