SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
1
PROGRAM SARJANA MUDA
PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
HBEF 3103
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
NAMA MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL
NO KAD PENGENALAN 840115-04-5017
NO MATRIKS 840115045017001
NO. TELEFON 0102260882
ALAMAT EMEL farisizra@gmail.com
SEMESTER JANUARI 2011 SMP
PUSAT PEMBELAJARAN Pusat Pembelajaran OUM Caw.Melaka
NAMA TUTOR Dr. Mohd Nasrudin bin Basar
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
2
PENGENALAN
Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran (RP) yang berfokuskan
inisiatif instruktor (guru) menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE
ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Model ASSURE ini
menyediakan rangkakerja perancangan yang sesuai dan sistematik kepada guru dan bukan
merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Mengikut model ASSURE ini
penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) akan
sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas tersebut. Model
ASSURE adalah model reka bentuk instruksi yang berteraskan kelas menurut Heinrich &
Molenda (2000). Menurut Robert Gagne’s pula model ini boleh di gandingkan dengan sembilan
peringkat pembelajaran untuk menjamin keberkesanan dalam penggunaan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan
pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Penyataan tersebut dipetik daripada Richney (1986).
Model ASSURE juga merupakan ISD (Instructional System Design) iaitu suatu proses
yang telah diubahsuai daripada model assure yang asal (Heinich dan rakan-rakannya 1982) dan
telah diperbaharui pada tahun 2002 yang dituju khas kepada setiap tenaga pengajar untuk
memberi panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan bantuan media. Ia juga
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu
skop reka bentuk rancangan pengajaran yang luas.
“Instructional Media and Technologies For Learning” oleh Heinich, Molenda Russell
dan Smaldino (1999) dalam penulisannya menyatakan bahawa model ASSURE mengandungi
enam langkah bagi membantu para pendidik atau pengajar membuat perancangan dan
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mencapai
matlamatnya. Enam langkah yang dinyatakan di atas adalah di ambil daripada perkataan
A.S.S.U.R.E.
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
3
Antara langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah seperti di bawah :
A Analyze Learners (analisa
pelajar)
Kaji umur,tahap/tingkatan, latar belakang, sosio
ekonomi dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
S State Objective (nyatakan
objektif)
Menyatakan objektif dengan khusus dan disentuh
secara ringkas
S Select method, media, and
materials (pilih kaedah,media
dan bahan)
Terdapat 3 langkah iaitu: menentukan kaedah yang
sesuai, memilih media yang sesuai dan memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk media yang
telah ditentukan.
U Utilise media and materials
(gunakan media dan bahan)
Pengunaan media dan bahan tidak semestinya
cantik atau canggih. Lima langkah bagi penggunaan
media yang baik iaitu melihat,sediakan bahan,
sediakan persekitaran, sediakan pelajar dan
sediakan pengalaman pembelajaran.
R Require learner participation
(dorong penglibatan pelajar)
Proses pembelajaran berlaku apabila murid
melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas.
Aktiviti pengukuhan akan diberi selepas pelajar
member tindak balas yang betul.
E Evaluate and revise (nilai dan
semak)
Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu
sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Menyemak semula bahan yang telah digunakan
seperti kualiti media dan keberkesanan dariapada
bahan media yang di gunakan.
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
4
Sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai jika perancangan yang buat
oleh guru mengikut piawaian yang ditetapkan. Guru-guru hendaklah memastikan perancangan
pengajaran harian yang mereka hasilkan mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada semua
murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosio-ekonomi. Di
samping itu guru-guru juga perlu mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry
characteristics) dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan
pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap murid. Hal ini begitu penting kerana
sesuatu objektif pengajaran bergantung kepada perancangan guru itu sendiri.
Berdasarkan model ASSURE, saya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Batu
Berendam 2, telah memperaktikkan rancangan pengajaran harian saya menggunakan model
tersebut. Sekolah ini terletak di KM 6.5 Hang Tuah Jaya, Melaka yang merupakan sekolah
kawasan bandar. Saya telah memperaktikkan pengajaran model ini ke atas murid tahap 1, kelas
1 Gemilang 1. Murid kelas ini seramai 45 orang, mempunyai tahap pencapaian pembelajaran
yang baik berdasarkan keputusan ujian bulanan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 20 murid
lelaki dan 25 murid perempuan dan semuanya berbangsa melayu. Mereka datang dari pelbagai
latar belakang sosio ekonomi. Hasil dapatan guru, 80% ibu atau ayah murid di kelas tersebut
bekerja di sektor awam (kerajaan) dan selebihnya bekerja di syarikat swasta atau bekerja sendiri.
Murid-murid ini tinggal di beberapa kawasan perumahan di sekitar sekolah dan kampung yang
berdekatan. Terdapat banyak kawasan perumahan di kawasan ini dan juga terdapat 2 sekolah
rendah di kawasan ini bagi menampung murid yang ramai. Secara keseluruhannya murid-murid
kelas ini datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada motorsikal, basikal atau
kereta. Purata jarak murid dari rumah sekolah pula hanya 80 meter – 5km sahaja.
Berdasarkan hasil soal jawab saya bersama murid-murid 1 Gemilang 1, saya mendapati
murid-murid tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh berkaitan mengenali
bahagian tubuh . Hal ini kerana murid telah mempelajarinya sejak kecil lagi. Bahagian tubuh
badan ini murid-murid telah mempelajarinya dari sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga ahli
keluarga mereka. Pada pendapat saya 100% murid di dalam kelas tersebut mengenali bahagian
A – ANALYSE LEARNER (ANALISA PELAJAR)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
5
tubuh badan mereka. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini telah mempunyai
pengetahuan sedia ada mengenai tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar oleh saya. Selain itu ,
murid-murid ini dilihat mempunyai sikap yang positif iaitu ingin mencuba dan sikap ingin tahu
yang memerlukan mereka bersoaljawab bersama guru semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas.
Dalam pengajaran saya selitkan dengan didik hibur iaitu menyanyi. Berdasarkan pengalaman
saya murid-murid akan merasa seronok jika terdapat aktiviti menyanyi. Saya telah memilih lagu
“Tubuh Saya” dengan menggunakan melodi yang sinonim dengan mereka iaitu melodi lagu
“Are You Sleeping”.
Menurut Dunn dan Dunn (1992),telah membina satu instrument piawai mengukur stail
pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Dengan
pengalaman sedia ada murid proses pengajaran saya menjadi lebih mudah. Dengan menyanyi
murid-murid akan menjadi lebih minat mempelajari apa yang akan diajar oleh guru.
Berdasarkan analisis daripada instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian
akademik, sikap, dan disiplin pelajar. Proses PNP sekarang bukanlah saja mengunakan kapur
dan papan hitam tetapi mengikut situasi bilik darjah dan murid itu sendiri. Maka seorang guru
itu perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pelajaran bagi menarik minat murid-murid.
Kesimpulannya, setelah saya menganalisis murid-murid saya, barulah saya boleh
merancang satu bentuk pengajaran yang berkesan bagi mencapai objektif yang hendak
disampaikan. Menurut Dick dan Reiser (1989), dengan adanya proses pengajaran yang
berkesan, maka pelajar yang terbabit akan memperolehi kemahiran, pengetahuan, dan
menunjukkan sikap atau tingkah laku yang diingini.
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
6
Menyatakan objektif adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang
boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pembelajaran. Pada
kebiasaanya sesuatu objektif dalam proses PNP akan ditulis pada akhir pengajaran. Hal ini
bertujuan guru dapat mengakaji lemah sendiri dan juga murid. Jesteru itu guru dapat mengubah
kaedah PNP dan dapat mengetahui tahap penguasaan murid-murid. Selain daripada itu juga
dapat memberi panduan kepada guru untuk membina soalan-soalan ujian dan akhirnya soalan-
soalan peperiksaan di peringkat sekolah.
Tiga elemen yang penting untuk mencapai objektif PNP adalah seperti berikut
Murid-murid perlu melakukan aktiviti seperti menulis, melabel, menggaris,
melukis dan sebagainya di akhir sesi pengajaran.
Bahan yang diberi kepada murid, persekitaran dan masa di mana tingkah laku
di tunjukkan.
Sejauh mana tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid untuk
menunjukkan pencapaian objektif pengajaran tersebut .
Segala objektif PNP terdapat pada sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks.
Objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks adalah
secara khusus. Penentuan objektif juga adalah berdasarkan kepada semua kateria murid-murid.
Dalam rancangan pengajaran harian yang di buat, di akhir pengajaran dan pembelajaran murid
akan dapat mengenali bahagian tubuh badan mereka. Murid-murid juga dapat menyatakan
tentang fungsi bahagian tubuh badan. Di akhir pengajaran juga murid-murid akan mendapat
menjawab semua lembaran kerja yang diberikan guru. Murid-murid juga diharapkan dapat
melengkapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan dan melakukan
aktiviti yang dirancang oleh guru dengan baik. Pemilihan penggunaan computer dan Liquid
Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan LCD sebagai bahan
bantu mengajar diharapkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Rancangan pengajaran
yang dibuat ini juga memenuhi Domain Objektif pengajaran seperti Domain Kognitif, Domain
Psikomotor dan Domain Afektif.
S – STATE OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
7
Kaedah adalah satu cara bagaimana seseorang guru itu menyampaikan maklumat atau
menjalankan aktiviti pengajaran. Selain dari kaedah, media pengajaran juga penting dalam dunia
pendidikan pada masa ini untuk memberi kesan positif kepada pelajar. Media pengajaran ialah
satu bahan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dari guru kepada murid sehingga
dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat pelajar untuk menjadikan proses
pembelajaran itu menarik. Istilah media ini biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran
komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu menurut R.M.W Travers (1970. Menurut B.J
Enright (1972) pula, media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun
kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan
cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik. Maka jelaslah di sini fungsi media ialah
untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun
gabungan dua jenis maklumat ini. Menurut Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa “media
pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan boleh dibahagikan kepada lapan
iaitu media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll), media tayang gerak (video, filem,
cakera dll), grafik (lukisan, poster, kartun dll), gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad
dll), media pameran (model,boneka,diorama dll), media paparan (papan kapur, papan flannel,
papan berita dll), media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) dan media cetak (modul
pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)
Saya telah memilih kaedah media video berlagu untuk set induksi rancangan pengajaran
saya. Murid-murid akan menyanyikan lagu yang telah saya pilih bersama-sama mengikut
rentak lagu “Are You Sleeping”. Saya akan menyanyikan lagu tersebut dan diikuti oleh murid-
murid. Setelah selesai menyanyi saya akan mengadakan sesi soal jawab berkaitan seni kata lagu
tersebut berkaitan dengan pengajaran yang hendak disampaikan. Hal ini akan merangsang
minda murid serta minat murid untuk mengikuti langkah pengajaran seterusnya. Untuk langkah
seterusnya saya akan menampal gambar tubuh badan di papan hitam. Kemudian saya akan
menayangkan media tayang kaku (slaid) kepada kelas mengenai isi-isi pengajaran. Dengan ini
dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran guru. Murid juga di paparkan dengan gambar
tubuh badan. Dengan mengguna kaedah tersebut, saya telah memilih komputer riba
S – SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS
(PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
8
(NoteBook/Laptop) gambar grafik dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau
lebih dikenali dengan L.C.D bagi menarik minat murid dan mencetuskan motivasi murid dengan
paparan visual dan audio semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kesimpulannya,
pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid penting untuk
memastikan proses pengajaran guru lebih berkesan.
Mengikut pendekatan sistem ini, media adalah satu komponen dalam pembentukan
pengajaran. Merancang dengan sistematik terlebih dahulu untuk memuatkan media dalam
pengajaran dan pembelajaran, supaya pengajaran menjadi lebih tersusun. Dalam memilih media
sebagai bahan dalam pengajaran terdapat 5 langkah iatu pribiu bahan, persekitaran, murid dan
pengalaman pembelajaran. Sesuatu pembelajaran itu akan berlaku sekiranya terdapat sesuatu
perubahan tingkahlaku. Pada kebiasaanya, dengan menonton video, televisyen dan media lain
pelajar akan menjadi lebih terangsang untuk belajar. Hal ini akan menambahkan rasa seronok
kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Jesturu kerana perasaan seronok
melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih
mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran pun berlaku. Walaupun seorang guru itu
menggunakan bahan secanggih manapun, sekiranya media yang digunakan gagal berfungsi
dengan baik. Maka ia akan memberi kesan yang negative kepada pembelajaran.
Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media
seperti video untuk memperdengarkan lagu yang bertajuk “Tubuh Saya” kepada murid sebelum
mengajar. Selepas aktiviti soaljawab mengenai senikata lagu dan perbincangan dalam kumpulan
guru menggunakan laptop dan LCD projector untuk menayangkan slaid menerangkan kepada
murid berkaitan isi-isi pengajaran iaitu tubuh badan. Penggunaan media tersebut amat penting
untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih
berkesan dan dapat menarik minat murid dengan isi pelajaran pada hari itu.
U – UTILISE MEDIA AND MATERIALS
(GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
9
Dalam pada itu, penggunaan bahan yang digunakan oleh guru dalam proses persediaan
pengajaran dan pembelajaran seperti kertas manila kad, gambar grafik dan lembaran kerja dapat
memberi kesan yang mendalam kepada murid. Segala bahan yang hendak digunakan perlulah
disusun dengan lebih teratur untuk tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
Dalam sesuatu proses PNP penglibatan pelajar adalah sangat penting kerana penglibatan
murid yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajran menurut Skinner 1954.
Penglibatan murid seperti membuat latihan, perbincangan, soalajawab, latih tubi dan
sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif murid akan dapat
mempertingkatkan pencapaian seseorang murid di samping membuka ruang untuk kejayaan
serta kepuasan murid. Beberapa cara atau peringkat boleh digunakan untuk memastikan
penglibatan murid dalam proses PNP ialah dengan:
Berinteraksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka, seperti
dalam set induksi guru dapat menarik minat murid dengan menyanyi
bersama-sama , murid akan lebih aktif memberikan pendapat mengenai
soalan yang diajukan oleh guru berkaitan dengan senikata lagu tersebut.
Meminta penglibatan semua murid seperti berbincang bersama rakan
berkaitan dengan tubuh badan. Daripada hasil perbincangan tersebut
murid boleh menyatakan di hadapan kelas.
Guru juga telah menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid bagi
mengukur pemahaman murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu.
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyatakan
bersama-sama tentang tubuh badan mereka.
R – REQUIRE LEARNER PARTICIPATION
(DORONG PENGLIBATAN PELAJAR)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
10
Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi seorang guru untuk membuat penilaian ke
atas keberkesanan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Segala penilaian yang
dibuat berkemungkinan akan menunjukkan murid tidak mencapai matlamat pembelajaran yang
sepatutnya ataupun sebaliknya. Proses penilaian ini berlaku sepanjang pengajaran dan
pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas. Penilaian formatif dan penilaian sumatif adalah
dua jenis penilaian yang biasa dilakukan. Aspek pencapaian murid terhadap objektif dinilai
semasa pembentangan kumpulan dan kerjasama murid bagi melengkapkan doman afektif.
Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah
penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan kelak. Penilaian tentang kekuatan dan
keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Beberapa soalan
yang boleh diambil kira di dalam penilaian antaranya ialah:
a) Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?
b) Adakah kemahiran atau konsep dapat dipersembahkan?
c) Apakah sikap murid terhadap persekitaran tersebut?
d) Adakah bahan dan sumber yang digunakan berkesan?
e) Adakah bahan dan sumber tersebut membantu murid mencapai objektif
pembelajaran?
f) Adakah murid telah menunjukkan perubahan?
g) Adakah penilaian yang dijalankan mengukur apa yang diajar?
h) Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i) Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?
(Yusuf Hashim Teknologi Pengajaran)
E – EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK)
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
11
KESIMPULAN
Untuk mencapai objektif dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru
hendahlah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan teratur dan
bersistematik. Persediaan awal untuk membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
hendak diajar oleh seseorang guru adalah sangat penting supaya tidak terpesong dari isi
pelajaran yang ingin diajar. Hal ini kerana rancangan pengajaran merupakan panduan untuk
guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan model Assure di mana guru meneliti secara
terperinci tentang latar belakang murid, objektif pengajaran, kaedah, media dan bahan yang
digunakan, penglibatan murid serta penilaian pada akhir pembelajaran dapat membantu guru
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini
ternyata lebih sesuai digunakan di samping dapat memaksimumkan penglibatan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya model Assure merupakan sebuah
model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah dengan penggunaan media. Dengan mengaplikasikan model Assure
dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan menjadi
lebih berkualiti seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan
berkesan.
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
12
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE
Tarikh : 6 April 2011
Masa : 1 jam (10.05pagi hingga 11.05 pagi)
Tahun : 1 Gemilang 1
Bilangan Murid : 45 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tajuk Pengajaran : Tubuh Badan
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah diajar sejak dari kecil lagi oleh keluarga
2. Murid terdedah dengan pameran di sudut pameran
Pendidikan Kesihatan
3. Murid pernah terbaca papan iklan di persekitaran
mereka berkaitan dengan tubuh badan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1. Menyatakan bahagian tubuh badan mereka.
2. Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan
berdasarkan tajuk pengajaran.
3. Murid dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah
mengikuti pengajaran.
4. Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kegunaan anggota badan.
Media dan bahan : Slaid power point, lampiran, LCD/Skrip,manila kad,
Kad kata dan gambar grafik
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
13
Langkah/
Masa
Aktiviti guru Aktiviti Murid Bahan
Set
Induksi
(5 minit)
a) Guru memaparkan cd
senikata lagu dan
mempendengarkan lagu
“Tubuh Saya”
b) Guru bersoaljawab dengan
murid berkaitan perkara
yang hendak disampaikan
dalam senikata lagu yang
diperdengarkan.
a) Murid mendengar dan
seterusnya menyanyi
bersama-sama.
b) Beberapa orang murid
memberi jawapan
-menunjukkan bahagian
tubuh mereka
-LCD
-laptop
Langkah 1
(15 minit)
a) Guru bertanya kepada
murid tentang:
- Tubuh badan mereka
- Kegunaan bahagian
tubuh badan mereka
a) Beberapa orang murid
menjawab soalan guru:
- Tentang tubuh badan
mereka
- Menceritakan
beberapa kegunaan
anggota tubuh badan
mereka
-lirik lagu
Langkah 2
(10 minit)
a) Tayangan slaid berkaitan
berkaitan tubuh badan
manusia dan objektif apa
yang dipelajari pada hari
ini
a) Murid melihat slaid
dengan penuh minat dan
menjawab soalan-soalan
yang diajukan.
-slaid
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
14
Langkah 3
(15 minit)
a) Guru menampalkan
gambar manusia di
papan hitam:
- Murid lelaki
- Murid perempuan
a) Murid di minta menampal
bahagian tubuh badan di
hadapan
b) Ramai murid yang ingin
melibatkan diri.
c) Semua murid berasa
seronok
-gambar tubuh
manusia
-kad bahagian
anggota badan
manusia
Langkah 4
(10 minit)
a) Aktiviti menulis
menggunakan lembaran
kerja yang disediakan.
b) Guru mengedarkan lemba
edarkan kepada ketua
kelas dan meminta
mengagihkan kepada
rakan-rakan.
a) Ketua kelas mengedarkan
lembaran kerja kepada
semua rakan.
b) Murid menyiapkan aktiviti
seperti yang terdapat
dalam lembaran kerja.
- lembaran kerja
Penutup
(5 minit)
a) Guru meminta murid
membuat rumusan tentang
pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini
b) Guru melantik seorang
ketua untuk menyanyi
dan diikuti oleh murid lain
beramai-ramai;
-Menyanyi kembali
bersama-sama lagu Tubuh
Saya
a) Murid membuat rumusan
tentang pelajaran yang
telah mereka pelajari hari
ini:
-menamakan tubuh badan
dan menyatakan kegunaan
tubuh badan.
b) Murid bernyanyi dengan
penuh semangat dan
gembira
-senikata lagu
-kad kata
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
15
LAMPIRAN
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
16
Lirik lagu ”TUBUH SAYA”
Mana rambut...mana rambut
Ini rambut...ini rambut
Mana rambut kamu
Ini rambut saya
Rambut saya...rambut saya
Mana mata...mana mata
Ini mata...ini mata
Mana mata kamu
Ini mata saya
Mata saya...mata saya
Mana telinga...mana telinga
Ini telinga...ini telinga
Mana telinga kamu
Ini telinga saya
Telinga saya...telinga saya
Mana mulut...mana mulut
Ini mulut...ini mulut
Mana mulut kamu
Ini mulut saya
Mulut saya...mulut saya
Mana tangan...mana tangan
Ini tangan...ini tangan
Mana tangan kamu
Ini tangan saya
Tangan saya...tangan saya
Mana kaki...mana kaki
Ini kaki...ini kaki
Mana kaki kamu
Ini kaki saya
Kaki saya...kaki saya
( Lagu dinyanyikan mengikut melodi lagu ” Are You Sleeping” )
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
17
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
18
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
19
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
20
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
21
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
22
RANCANGAN PENGAJARAN
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Tujuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan : 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan
Standard Pembelajaran : 1.1.1 mengenali tubuh badan – kepala, badan, tangan,
kaki dan genital
Bahan Bantuan Pengajaran : Lirik lagu, poster
Langkah Pengajaran : 1. Edarkan lirik lagu ”Tubuh Saya”
2. Nyanyi sambil beraksi bersama dengan murid
mengikut melodi lagu ”Are You Sleeping”
3. Tunjukkan poster bahagian tubuh badan dan minta
murid menamakan bahagian tubuh dalam gambar.
4.Soal jawab dengan murid tentang bahagian tubuh
Contoh : Mana mata kamu?
Berapa mata kamu?
5.Bincang dengan murid tentang fungsi bahagian tubuh.
Contoh : Mata untuk melihat
6.Edarkan Lembaran Kerja
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
23
RUJUKAN
Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlan Hamzah dan Dr. Rosini Abu
(2011). Open University Malaysia, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.Selangor Darul
Ehsan : Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University
Malaysia
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Siri Pendidikan Fajar
Bakti
Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Kit Pengajaran dan Pembelajarab Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).’Sekolah
Bebas Dadah 2012’.Putrajaya: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html
http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45
http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.html
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
24
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
25
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
26
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
27

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan SoalanNiena Majid
 
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranEDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranMohd Suhaimin Isnen
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2一世 一生
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)En Asyraf
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Zubidah Naim
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatif
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatifRancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatif
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatifKean Hagen
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 

La actualidad más candente (20)

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranEDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]
 
Addie model
Addie modelAddie model
Addie model
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatif
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatifRancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatif
Rancangan pengajaran harian kaedah pembelajaran koperatif
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 

Destacado

Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired) copy
Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired)   copySekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired)   copy
Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired) copyPame Bie
 
Gambar kartun mama
Gambar kartun mamaGambar kartun mama
Gambar kartun mamaNZulkifli MH
 
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (noor liyana kamarudin
 
Teka silang kata 6 april
Teka silang kata 6 aprilTeka silang kata 6 april
Teka silang kata 6 aprildeebafriday
 

Destacado (9)

Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired) copy
Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired)   copySekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired)   copy
Sekolah kebangsaan bintulu uat tahun 4 (repaired) copy
 
Tao exo m
Tao exo mTao exo m
Tao exo m
 
Gambar kartun
Gambar kartunGambar kartun
Gambar kartun
 
Gambar kartun mama
Gambar kartun mamaGambar kartun mama
Gambar kartun mama
 
Kata kerja slide
Kata kerja  slideKata kerja  slide
Kata kerja slide
 
Puisi Kelinci
Puisi KelinciPuisi Kelinci
Puisi Kelinci
 
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Teka silang kata 6 april
Teka silang kata 6 aprilTeka silang kata 6 april
Teka silang kata 6 april
 

Similar a Kerja kursus model assure

MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiIzawati Saat
 
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)usman_one
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Paulus Robert Tuerah
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711thamil arasi
 
Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarRizal M Suhardi
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...arwan97
 
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...Sahlan Tuah Harahap
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Desmon Muroh
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addieambarpingki
 

Similar a Kerja kursus model assure (20)

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
(Group 17) pck
(Group 17) pck(Group 17) pck
(Group 17) pck
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711
 
Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar Mengajar
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
 
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
Penggunaan problem based learning pbl berorientasi kegiatan lab untuk mencapa...
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie
 

Kerja kursus model assure

  • 1. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 1 PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN HBEF 3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN NAMA MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL NO KAD PENGENALAN 840115-04-5017 NO MATRIKS 840115045017001 NO. TELEFON 0102260882 ALAMAT EMEL farisizra@gmail.com SEMESTER JANUARI 2011 SMP PUSAT PEMBELAJARAN Pusat Pembelajaran OUM Caw.Melaka NAMA TUTOR Dr. Mohd Nasrudin bin Basar
  • 2. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 2 PENGENALAN Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran (RP) yang berfokuskan inisiatif instruktor (guru) menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Model ASSURE ini menyediakan rangkakerja perancangan yang sesuai dan sistematik kepada guru dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Mengikut model ASSURE ini penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) akan sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas tersebut. Model ASSURE adalah model reka bentuk instruksi yang berteraskan kelas menurut Heinrich & Molenda (2000). Menurut Robert Gagne’s pula model ini boleh di gandingkan dengan sembilan peringkat pembelajaran untuk menjamin keberkesanan dalam penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Penyataan tersebut dipetik daripada Richney (1986). Model ASSURE juga merupakan ISD (Instructional System Design) iaitu suatu proses yang telah diubahsuai daripada model assure yang asal (Heinich dan rakan-rakannya 1982) dan telah diperbaharui pada tahun 2002 yang dituju khas kepada setiap tenaga pengajar untuk memberi panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan bantuan media. Ia juga berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk rancangan pengajaran yang luas. “Instructional Media and Technologies For Learning” oleh Heinich, Molenda Russell dan Smaldino (1999) dalam penulisannya menyatakan bahawa model ASSURE mengandungi enam langkah bagi membantu para pendidik atau pengajar membuat perancangan dan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mencapai matlamatnya. Enam langkah yang dinyatakan di atas adalah di ambil daripada perkataan A.S.S.U.R.E.
  • 3. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 3 Antara langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah seperti di bawah : A Analyze Learners (analisa pelajar) Kaji umur,tahap/tingkatan, latar belakang, sosio ekonomi dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. S State Objective (nyatakan objektif) Menyatakan objektif dengan khusus dan disentuh secara ringkas S Select method, media, and materials (pilih kaedah,media dan bahan) Terdapat 3 langkah iaitu: menentukan kaedah yang sesuai, memilih media yang sesuai dan memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. U Utilise media and materials (gunakan media dan bahan) Pengunaan media dan bahan tidak semestinya cantik atau canggih. Lima langkah bagi penggunaan media yang baik iaitu melihat,sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajar dan sediakan pengalaman pembelajaran. R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) Proses pembelajaran berlaku apabila murid melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Aktiviti pengukuhan akan diberi selepas pelajar member tindak balas yang betul. E Evaluate and revise (nilai dan semak) Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Menyemak semula bahan yang telah digunakan seperti kualiti media dan keberkesanan dariapada bahan media yang di gunakan.
  • 4. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 4 Sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai jika perancangan yang buat oleh guru mengikut piawaian yang ditetapkan. Guru-guru hendaklah memastikan perancangan pengajaran harian yang mereka hasilkan mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada semua murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosio-ekonomi. Di samping itu guru-guru juga perlu mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap murid. Hal ini begitu penting kerana sesuatu objektif pengajaran bergantung kepada perancangan guru itu sendiri. Berdasarkan model ASSURE, saya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, telah memperaktikkan rancangan pengajaran harian saya menggunakan model tersebut. Sekolah ini terletak di KM 6.5 Hang Tuah Jaya, Melaka yang merupakan sekolah kawasan bandar. Saya telah memperaktikkan pengajaran model ini ke atas murid tahap 1, kelas 1 Gemilang 1. Murid kelas ini seramai 45 orang, mempunyai tahap pencapaian pembelajaran yang baik berdasarkan keputusan ujian bulanan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 20 murid lelaki dan 25 murid perempuan dan semuanya berbangsa melayu. Mereka datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi. Hasil dapatan guru, 80% ibu atau ayah murid di kelas tersebut bekerja di sektor awam (kerajaan) dan selebihnya bekerja di syarikat swasta atau bekerja sendiri. Murid-murid ini tinggal di beberapa kawasan perumahan di sekitar sekolah dan kampung yang berdekatan. Terdapat banyak kawasan perumahan di kawasan ini dan juga terdapat 2 sekolah rendah di kawasan ini bagi menampung murid yang ramai. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada motorsikal, basikal atau kereta. Purata jarak murid dari rumah sekolah pula hanya 80 meter – 5km sahaja. Berdasarkan hasil soal jawab saya bersama murid-murid 1 Gemilang 1, saya mendapati murid-murid tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh berkaitan mengenali bahagian tubuh . Hal ini kerana murid telah mempelajarinya sejak kecil lagi. Bahagian tubuh badan ini murid-murid telah mempelajarinya dari sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga ahli keluarga mereka. Pada pendapat saya 100% murid di dalam kelas tersebut mengenali bahagian A – ANALYSE LEARNER (ANALISA PELAJAR)
  • 5. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 5 tubuh badan mereka. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar oleh saya. Selain itu , murid-murid ini dilihat mempunyai sikap yang positif iaitu ingin mencuba dan sikap ingin tahu yang memerlukan mereka bersoaljawab bersama guru semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas. Dalam pengajaran saya selitkan dengan didik hibur iaitu menyanyi. Berdasarkan pengalaman saya murid-murid akan merasa seronok jika terdapat aktiviti menyanyi. Saya telah memilih lagu “Tubuh Saya” dengan menggunakan melodi yang sinonim dengan mereka iaitu melodi lagu “Are You Sleeping”. Menurut Dunn dan Dunn (1992),telah membina satu instrument piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Dengan pengalaman sedia ada murid proses pengajaran saya menjadi lebih mudah. Dengan menyanyi murid-murid akan menjadi lebih minat mempelajari apa yang akan diajar oleh guru. Berdasarkan analisis daripada instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap, dan disiplin pelajar. Proses PNP sekarang bukanlah saja mengunakan kapur dan papan hitam tetapi mengikut situasi bilik darjah dan murid itu sendiri. Maka seorang guru itu perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pelajaran bagi menarik minat murid-murid. Kesimpulannya, setelah saya menganalisis murid-murid saya, barulah saya boleh merancang satu bentuk pengajaran yang berkesan bagi mencapai objektif yang hendak disampaikan. Menurut Dick dan Reiser (1989), dengan adanya proses pengajaran yang berkesan, maka pelajar yang terbabit akan memperolehi kemahiran, pengetahuan, dan menunjukkan sikap atau tingkah laku yang diingini.
  • 6. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 6 Menyatakan objektif adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pembelajaran. Pada kebiasaanya sesuatu objektif dalam proses PNP akan ditulis pada akhir pengajaran. Hal ini bertujuan guru dapat mengakaji lemah sendiri dan juga murid. Jesteru itu guru dapat mengubah kaedah PNP dan dapat mengetahui tahap penguasaan murid-murid. Selain daripada itu juga dapat memberi panduan kepada guru untuk membina soalan-soalan ujian dan akhirnya soalan- soalan peperiksaan di peringkat sekolah. Tiga elemen yang penting untuk mencapai objektif PNP adalah seperti berikut Murid-murid perlu melakukan aktiviti seperti menulis, melabel, menggaris, melukis dan sebagainya di akhir sesi pengajaran. Bahan yang diberi kepada murid, persekitaran dan masa di mana tingkah laku di tunjukkan. Sejauh mana tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid untuk menunjukkan pencapaian objektif pengajaran tersebut . Segala objektif PNP terdapat pada sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks. Objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks adalah secara khusus. Penentuan objektif juga adalah berdasarkan kepada semua kateria murid-murid. Dalam rancangan pengajaran harian yang di buat, di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat mengenali bahagian tubuh badan mereka. Murid-murid juga dapat menyatakan tentang fungsi bahagian tubuh badan. Di akhir pengajaran juga murid-murid akan mendapat menjawab semua lembaran kerja yang diberikan guru. Murid-murid juga diharapkan dapat melengkapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan dan melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru dengan baik. Pemilihan penggunaan computer dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan LCD sebagai bahan bantu mengajar diharapkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Rancangan pengajaran yang dibuat ini juga memenuhi Domain Objektif pengajaran seperti Domain Kognitif, Domain Psikomotor dan Domain Afektif. S – STATE OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF)
  • 7. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 7 Kaedah adalah satu cara bagaimana seseorang guru itu menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran. Selain dari kaedah, media pengajaran juga penting dalam dunia pendidikan pada masa ini untuk memberi kesan positif kepada pelajar. Media pengajaran ialah satu bahan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dari guru kepada murid sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat pelajar untuk menjadikan proses pembelajaran itu menarik. Istilah media ini biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu menurut R.M.W Travers (1970. Menurut B.J Enright (1972) pula, media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik. Maka jelaslah di sini fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Menurut Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa “media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan boleh dibahagikan kepada lapan iaitu media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll), media tayang gerak (video, filem, cakera dll), grafik (lukisan, poster, kartun dll), gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll), media pameran (model,boneka,diorama dll), media paparan (papan kapur, papan flannel, papan berita dll), media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) dan media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll) Saya telah memilih kaedah media video berlagu untuk set induksi rancangan pengajaran saya. Murid-murid akan menyanyikan lagu yang telah saya pilih bersama-sama mengikut rentak lagu “Are You Sleeping”. Saya akan menyanyikan lagu tersebut dan diikuti oleh murid- murid. Setelah selesai menyanyi saya akan mengadakan sesi soal jawab berkaitan seni kata lagu tersebut berkaitan dengan pengajaran yang hendak disampaikan. Hal ini akan merangsang minda murid serta minat murid untuk mengikuti langkah pengajaran seterusnya. Untuk langkah seterusnya saya akan menampal gambar tubuh badan di papan hitam. Kemudian saya akan menayangkan media tayang kaku (slaid) kepada kelas mengenai isi-isi pengajaran. Dengan ini dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran guru. Murid juga di paparkan dengan gambar tubuh badan. Dengan mengguna kaedah tersebut, saya telah memilih komputer riba S – SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS (PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)
  • 8. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 8 (NoteBook/Laptop) gambar grafik dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan L.C.D bagi menarik minat murid dan mencetuskan motivasi murid dengan paparan visual dan audio semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kesimpulannya, pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid penting untuk memastikan proses pengajaran guru lebih berkesan. Mengikut pendekatan sistem ini, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Merancang dengan sistematik terlebih dahulu untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, supaya pengajaran menjadi lebih tersusun. Dalam memilih media sebagai bahan dalam pengajaran terdapat 5 langkah iatu pribiu bahan, persekitaran, murid dan pengalaman pembelajaran. Sesuatu pembelajaran itu akan berlaku sekiranya terdapat sesuatu perubahan tingkahlaku. Pada kebiasaanya, dengan menonton video, televisyen dan media lain pelajar akan menjadi lebih terangsang untuk belajar. Hal ini akan menambahkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Jesturu kerana perasaan seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran pun berlaku. Walaupun seorang guru itu menggunakan bahan secanggih manapun, sekiranya media yang digunakan gagal berfungsi dengan baik. Maka ia akan memberi kesan yang negative kepada pembelajaran. Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media seperti video untuk memperdengarkan lagu yang bertajuk “Tubuh Saya” kepada murid sebelum mengajar. Selepas aktiviti soaljawab mengenai senikata lagu dan perbincangan dalam kumpulan guru menggunakan laptop dan LCD projector untuk menayangkan slaid menerangkan kepada murid berkaitan isi-isi pengajaran iaitu tubuh badan. Penggunaan media tersebut amat penting untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan dapat menarik minat murid dengan isi pelajaran pada hari itu. U – UTILISE MEDIA AND MATERIALS (GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN)
  • 9. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 9 Dalam pada itu, penggunaan bahan yang digunakan oleh guru dalam proses persediaan pengajaran dan pembelajaran seperti kertas manila kad, gambar grafik dan lembaran kerja dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid. Segala bahan yang hendak digunakan perlulah disusun dengan lebih teratur untuk tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dalam sesuatu proses PNP penglibatan pelajar adalah sangat penting kerana penglibatan murid yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajran menurut Skinner 1954. Penglibatan murid seperti membuat latihan, perbincangan, soalajawab, latih tubi dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif murid akan dapat mempertingkatkan pencapaian seseorang murid di samping membuka ruang untuk kejayaan serta kepuasan murid. Beberapa cara atau peringkat boleh digunakan untuk memastikan penglibatan murid dalam proses PNP ialah dengan: Berinteraksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka, seperti dalam set induksi guru dapat menarik minat murid dengan menyanyi bersama-sama , murid akan lebih aktif memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh guru berkaitan dengan senikata lagu tersebut. Meminta penglibatan semua murid seperti berbincang bersama rakan berkaitan dengan tubuh badan. Daripada hasil perbincangan tersebut murid boleh menyatakan di hadapan kelas. Guru juga telah menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid bagi mengukur pemahaman murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyatakan bersama-sama tentang tubuh badan mereka. R – REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (DORONG PENGLIBATAN PELAJAR)
  • 10. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 10 Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi seorang guru untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Segala penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan murid tidak mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya ataupun sebaliknya. Proses penilaian ini berlaku sepanjang pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas. Penilaian formatif dan penilaian sumatif adalah dua jenis penilaian yang biasa dilakukan. Aspek pencapaian murid terhadap objektif dinilai semasa pembentangan kumpulan dan kerjasama murid bagi melengkapkan doman afektif. Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan kelak. Penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam penilaian antaranya ialah: a) Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai? b) Adakah kemahiran atau konsep dapat dipersembahkan? c) Apakah sikap murid terhadap persekitaran tersebut? d) Adakah bahan dan sumber yang digunakan berkesan? e) Adakah bahan dan sumber tersebut membantu murid mencapai objektif pembelajaran? f) Adakah murid telah menunjukkan perubahan? g) Adakah penilaian yang dijalankan mengukur apa yang diajar? h) Adakah penilaian yang dijalankan adil? i) Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas? (Yusuf Hashim Teknologi Pengajaran) E – EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK)
  • 11. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 11 KESIMPULAN Untuk mencapai objektif dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendahlah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan teratur dan bersistematik. Persediaan awal untuk membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar oleh seseorang guru adalah sangat penting supaya tidak terpesong dari isi pelajaran yang ingin diajar. Hal ini kerana rancangan pengajaran merupakan panduan untuk guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan model Assure di mana guru meneliti secara terperinci tentang latar belakang murid, objektif pengajaran, kaedah, media dan bahan yang digunakan, penglibatan murid serta penilaian pada akhir pembelajaran dapat membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini ternyata lebih sesuai digunakan di samping dapat memaksimumkan penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya model Assure merupakan sebuah model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan penggunaan media. Dengan mengaplikasikan model Assure dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan menjadi lebih berkualiti seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan.
  • 12. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 12 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODEL ASSURE Tarikh : 6 April 2011 Masa : 1 jam (10.05pagi hingga 11.05 pagi) Tahun : 1 Gemilang 1 Bilangan Murid : 45 orang Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tajuk Pengajaran : Tubuh Badan Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah diajar sejak dari kecil lagi oleh keluarga 2. Murid terdedah dengan pameran di sudut pameran Pendidikan Kesihatan 3. Murid pernah terbaca papan iklan di persekitaran mereka berkaitan dengan tubuh badan Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat : 1. Menyatakan bahagian tubuh badan mereka. 2. Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan berdasarkan tajuk pengajaran. 3. Murid dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah mengikuti pengajaran. 4. Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kegunaan anggota badan. Media dan bahan : Slaid power point, lampiran, LCD/Skrip,manila kad, Kad kata dan gambar grafik
  • 13. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 13 Langkah/ Masa Aktiviti guru Aktiviti Murid Bahan Set Induksi (5 minit) a) Guru memaparkan cd senikata lagu dan mempendengarkan lagu “Tubuh Saya” b) Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan perkara yang hendak disampaikan dalam senikata lagu yang diperdengarkan. a) Murid mendengar dan seterusnya menyanyi bersama-sama. b) Beberapa orang murid memberi jawapan -menunjukkan bahagian tubuh mereka -LCD -laptop Langkah 1 (15 minit) a) Guru bertanya kepada murid tentang: - Tubuh badan mereka - Kegunaan bahagian tubuh badan mereka a) Beberapa orang murid menjawab soalan guru: - Tentang tubuh badan mereka - Menceritakan beberapa kegunaan anggota tubuh badan mereka -lirik lagu Langkah 2 (10 minit) a) Tayangan slaid berkaitan berkaitan tubuh badan manusia dan objektif apa yang dipelajari pada hari ini a) Murid melihat slaid dengan penuh minat dan menjawab soalan-soalan yang diajukan. -slaid
  • 14. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 14 Langkah 3 (15 minit) a) Guru menampalkan gambar manusia di papan hitam: - Murid lelaki - Murid perempuan a) Murid di minta menampal bahagian tubuh badan di hadapan b) Ramai murid yang ingin melibatkan diri. c) Semua murid berasa seronok -gambar tubuh manusia -kad bahagian anggota badan manusia Langkah 4 (10 minit) a) Aktiviti menulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. b) Guru mengedarkan lemba edarkan kepada ketua kelas dan meminta mengagihkan kepada rakan-rakan. a) Ketua kelas mengedarkan lembaran kerja kepada semua rakan. b) Murid menyiapkan aktiviti seperti yang terdapat dalam lembaran kerja. - lembaran kerja Penutup (5 minit) a) Guru meminta murid membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini b) Guru melantik seorang ketua untuk menyanyi dan diikuti oleh murid lain beramai-ramai; -Menyanyi kembali bersama-sama lagu Tubuh Saya a) Murid membuat rumusan tentang pelajaran yang telah mereka pelajari hari ini: -menamakan tubuh badan dan menyatakan kegunaan tubuh badan. b) Murid bernyanyi dengan penuh semangat dan gembira -senikata lagu -kad kata
  • 15. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 15 LAMPIRAN
  • 16. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 16 Lirik lagu ”TUBUH SAYA” Mana rambut...mana rambut Ini rambut...ini rambut Mana rambut kamu Ini rambut saya Rambut saya...rambut saya Mana mata...mana mata Ini mata...ini mata Mana mata kamu Ini mata saya Mata saya...mata saya Mana telinga...mana telinga Ini telinga...ini telinga Mana telinga kamu Ini telinga saya Telinga saya...telinga saya Mana mulut...mana mulut Ini mulut...ini mulut Mana mulut kamu Ini mulut saya Mulut saya...mulut saya Mana tangan...mana tangan Ini tangan...ini tangan Mana tangan kamu Ini tangan saya Tangan saya...tangan saya Mana kaki...mana kaki Ini kaki...ini kaki Mana kaki kamu Ini kaki saya Kaki saya...kaki saya ( Lagu dinyanyikan mengikut melodi lagu ” Are You Sleeping” )
  • 17. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 17
  • 18. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 18
  • 19. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 19
  • 20. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 20
  • 21. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 21
  • 22. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 22 RANCANGAN PENGAJARAN Modul 1 : Kesihatan Fizikal Tujuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif Standard Kandungan : 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan Standard Pembelajaran : 1.1.1 mengenali tubuh badan – kepala, badan, tangan, kaki dan genital Bahan Bantuan Pengajaran : Lirik lagu, poster Langkah Pengajaran : 1. Edarkan lirik lagu ”Tubuh Saya” 2. Nyanyi sambil beraksi bersama dengan murid mengikut melodi lagu ”Are You Sleeping” 3. Tunjukkan poster bahagian tubuh badan dan minta murid menamakan bahagian tubuh dalam gambar. 4.Soal jawab dengan murid tentang bahagian tubuh Contoh : Mana mata kamu? Berapa mata kamu? 5.Bincang dengan murid tentang fungsi bahagian tubuh. Contoh : Mata untuk melihat 6.Edarkan Lembaran Kerja
  • 23. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 23 RUJUKAN Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlan Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2011). Open University Malaysia, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.Selangor Darul Ehsan : Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Siri Pendidikan Fajar Bakti Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Kit Pengajaran dan Pembelajarab Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).’Sekolah Bebas Dadah 2012’.Putrajaya: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45 http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.html
  • 24. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 24
  • 25. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 25
  • 26. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 26
  • 27. KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) 27