2. Kehamilan kembar secara amnya memberikan
lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu
kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak.
Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih
kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang
meningkat melebihi 35 tahun, keturunan,
pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika.
Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah
untuk mendapatkan kehamilan kembar
berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara
Barat berkulit putih.
3. Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu
sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang
dinamakan zigot.
Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua
sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang
berbeza komposisi genetiknya.
4. 1. Kembar seiras
Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada
satu zigot saja yang kemudian terasing
menjadi dua embrio kembar. Memandangkan
kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio
yang sama, bukan saja rupa mereka sama,
jantinanya juga sama kerana mereka
mempunyai komposisi percampuran genetik
ibu dan ayah yang sama atau hampir sama.
Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka
masih berbeza.
5. Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai Kembar
Seiras Mono-zigotik.
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi
kepada dua embrio [rujuk rajah bawah a)] yang berasingan pada peringkat
awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan
membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang
berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu
plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka
hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk
membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan
genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
6.
7. Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan
ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam
setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan
ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya
hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan
keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini
membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus
wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan
berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya
kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja,
hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum
yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas).
8. 2. Kembar Tak Seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum
dibebaskan [rujuk gambar atas b)] serentak semasa
proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh
satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua
zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang
masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya
sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh
kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi
kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum
dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina
kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka,
kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
10. Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan
lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau
bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku
dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua
embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian
tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan
membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian
kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak
kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya
kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui
pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu
jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh
melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk
memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti
ini mempunyai risiko yang tinggi.
11. Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan
melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan
permanian berhadas (IUI) serta menghalang
persenyawaan secara menasihatkan pasangan
menggunakan kondom ataupun bertukar kepada
rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana,
dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan
bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya
untuk usia 29 tahun, hanya satu atau maksimum dua
saja embrio akan dimasukkan, selebihnya akan
dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko
kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan
seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau
terpisah kepada dua lagi embrio.
12. Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko
kehamilan kembar mono-zigotik (seiras
genetiknya). Namun, anda masih berpeluang
sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa
fizikalnya walaupun berasal daripada zigot
berlainan, cuma masih berbeza komposisi
genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada
dilahirkan serentak secara kembar mahupun
berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih
lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat
dilihat pada sesetengah keluarga yang
mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai
abang atau kakaknya.
13. Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar
maka peratusan untuk mendapat anak
kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun
bukan bermakna mereka yang tidak
mempunyai keturunan kembar tidak
berpeluang untuk mendapat anak kembar.
Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari
Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi
perubatan yang semakin canggih.