SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
Descargar para leer sin conexión
Pendekatan Konstruktivisme / 135




                                             UNIT 9
                     PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori
       pembelajaran konstruktivisme.
    2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis.


PENGENALAN
 





                                                    
                                          


                        Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran




            Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkan
pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan guru
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini?






136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



ISI KANDUNGAN
Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis?



S
      ecara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan
      bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia membina
      kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula
(membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu
yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan
pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin menerima idea baru ini
dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita.
Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina
pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita.

Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai
individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas
kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah murid
menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah.
Premis asas konstruktivisme adalah:

    •   Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri
    •   Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
    •   Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada mereka
        dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima
semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melalui
teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar dan membolehkan murid
memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar.



Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme?



S
     ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran
     berasaskan paradigma konstruktivis, idea-idea teoris utama tentang konstruktivisme
     dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme, unit ini akan
membincangkan idea teoris utama paradigma ini.


Jean Piaget (1896 – 1980)

Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan biologi. Teori
perkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat perkembangan
pemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai




Pendekatan Konstruktivisme / 137


pengalaman. Menurut Piaget, pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui berinteraksi secara
aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut. Penglibatan aktif
ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu.

Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk digunakan dalam proses
pembelajaran. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka ketika melalui
proses pembelajaran. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui empat peringkat
penting iaitu sensorimotor, pra-operasi, konkrit dan operasi formal. Peralihan perkembangan kognitif
dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan, pengalaman fizikal,
interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Kematangan dan keseimbangan kognitif adalah faktor
dalaman yang tidak boleh dikawal, sementara pengalaman fizikal dan interaksi sosial adalah situasi
luaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan (Wadsworth, 1971).

Menurut Piaget lagi, pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak
berinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. Kanak-kanak seterusnya
membina pengetahuan dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan interpretasi yang mereka
lakukan. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang sentiasa mengalami
perubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan sebab itu, pemahaman konsep hanya
boleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif. Apabila kanak-kanak
mencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Pada peringkat ini mereka
boleh berfikir secara logik, boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal serta boleh berhujah
secara saintifik.

Modifikasi terhadap struktur kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan melalui proses asimilasi
dan akomodasi dan keseimbangan (equilibration). Ketiga-tiga proses ini adalah penting dalam
menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses pembelajaran. Assimilasi
adalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima maklumat baru.
Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah sedia
diketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Proses akomodasi pula adalah
proses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan baru.

Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan skema asal, perubahan
akan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Keseimbangan merujuk kepada kawalan kendiri secara
dalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan akomodasi. Apabila
pengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada, maka berlaku ketidakseimbangan atau
disonans kognitif. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari keseimbangan baru supaya
maklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya.

Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan autentik. Melalui
pengalaman individu mencari makna menggunakan skema kognitif, mengasimilasikan maklumat dan
mengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kefahaman yang dibina akan seterusnya
memandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang berkaitan. Kerangka
kognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema. Asas ini
mencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya berlaku melalui interaksi




138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


bersama persekitaran dan konflik kognitif yang berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran
(Elliot, et al., 2000).


              Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran
dibilik darjah?


          Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget.




Lev Vygotsky (1896-1934)

Lev Vygotsky (1896-1934), menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan dan perkembangan
serta psikopatologi. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan perkembangan
kognitif dan berbahasa. Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky, yang mempunyai
implikasi secara langsung terhadap pembelajaran, adalah zon perkembangan terdekat (zone of
proximal development atau ZPD), perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya pengetahuan
(Elliot, 2000). Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak berlaku di dalam
satu zon perantara ZPD ini iaitu satu ‘kawasan’ di antara aras perkembangan sebenar kanak-kanak
yang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara bersendirian dengan aras
potensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah berbantukan orang
dewasa mahupun rakan sebaya.

Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia membantu guru membuat keputusan
tentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga mengenalpasti ‘zon’ di
mana murid akan berupaya menguasai bahan baru. Beliau berpendapat bahawa pengajaran harus
meliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada yang dipunyai oleh
murid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut. Kajian Lawson
(1985), menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa faktor-faktor yang
menghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh persekitaran sosial yang
tidak mencabar intelek, murid bersifat menyendiri, keupayaan mental yang rendah dan stail peribadi
yang impulsif.




Pendekatan Konstruktivisme / 139


Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu yang belum
mencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan mental seseorang yang
lebih berkemampuan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya melakukannya sendiri
dan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot, 2000). Sokongan boleh diberikan dalam
bentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya, persekitaran pembelajaran yang berstruktur atau
strategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih dewasa seperti
guru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep yang sukar
dikuasai secara bersendirian. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah menyediakan
sokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun Awal atau Advance
Organizer, pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran.

Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam
menentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. Menurut beliau pembelajaran merupakan konstruk
sosial yang diolah melalui penggunaan bahasa. Pembelajaran adalah satu proses mengintepretasi apa
yang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. Ia berlaku secara berterusan
melalui pembinaan, pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang diperhatikan. Konteks dan
persekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan digunakan,
bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Kumpulan individu yang lebih heterogenous
akan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan dapat digunakan
dalam penyelesaian masalah. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai satu proses sosial di
mana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan ke situasi
baru. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah pembentukan
pengetahuan umum untuk semua.


           Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?


          Dari penerangan tentang teori Vygotsky, senaraikan tiga fakta penting dalam rajah yang
          diberikan.






140 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


John Dewey (1859 – 1952)

John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait rapat. Menurut
Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu kepada masyarakat
dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya mempunyai matlamat sosial yang lebih
meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif.
Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh
menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik.

Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk
jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan
pengalaman yang berguna untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Untuk
mencapai tujuan ini pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia.
Seorang pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah
berbeza dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang disediakan adalah
standard bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah mengambil
kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu.

Berlandaskan pemikiran beliau, Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang
berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman
timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk
kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama
ada baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu
situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan
interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh,
pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia
dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan
pembelajaran subjek yang serupa.


          Adakah pembelajaran subjek matematik yang anda lalui ketika anda berada di sekolah
rendah mempengaruhi pembelajaran anda semasa anda berada di sekolah menengah? Mengapa?

Menurut Dewey lagi, nilai sesuatu pengalaman berbeza untuk setiap individu. Pengalaman yang
mendatangkan faedah kepada seseorang individu mungkin tidak berfaedah kepada individu lain.
Individu menggunakan pengalaman lampau samada positif atau negatif untuk mengatur strategi
supaya bejaya dalam hidup. Oleh yang demikian pengalaman merupakan sesuatu yang kaya dengan
kebenaran dan pengetahuan. Apabila seseorang mempelajari sesuatu, kefahaman yang dibina
daripada peristiwa pembelajaran itu bersifat peribadi kerana ia merupakan hasil interaksi antara
pengalaman murid dengan peristiwa pembelajaran tersebut. Memandangkan setiap murid membawa
pengalaman lampau yang berbeza, setiap peristiwa pembelajaran akan menghasilkan pengalaman
baru yang berbeza kepada setiap murid. Oleh yang demikian nilai sesuatu pengalaman harus dilihat






Pendekatan Konstruktivisme / 141


dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi terkini individu, masa
depannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang kepada masyarakat.

Apabila kita memahami teori tentang pengalaman, kita sebagai pendidik boleh merangka pengajaran
sesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid yang dapat
mengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada
masyarakat. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh murid semasa
pembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman lampau untuk
membolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan. Pengalaman pembelajaran yang
diperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu menggunakan potensinya untuk
kesejahteraan masyarakat.

Jerome Bruner (1915)

Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan Vygotsky dengan
memberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut teori Bruner (1966)
kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang selaras dengan tahap
perkembangan iaitu persembahan (1) enaktif - di mana dunia kanak-kanak diwakili melalui objek (2)
ikonik - melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa tertentu dan (3)
simbolik – keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol untuk mengkod
pengetahuan.

Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid sebagai individu yang
aktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia ada mereka. Menurut
pandangan beliau, murid memilih dan mentransformasikan maklumat, membina hipotesis dan
membuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Kerangka kognitif inilah yang memberikan
makna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu melampaui maklumat yang
diberi (go beyond the information given).

Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget, dari sudut sokongan Bruner terhadap intervensi guru.
Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif di dalam proses
pembelajaran. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan murid mencari
beberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut (Roblyer, Edwards &
Havriluk, 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh usaha-
usaha sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Beliau menerangkan bahawa soalan-
soalan lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses; bagaimana kita membina kefahaman
dan kebenaran; bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan pada masa
sekarang.

Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu menggalakkan murid
mencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog secara aktif antara guru
dengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai menterjemah maklumat
yang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. Kurikulum






142 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


juga perlu dibina dalam bentuk berpilin supaya murid dapat membina pengetahuan secara berterusan
dengan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang telah terdahulu dibina.

                 Kenal pasti perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional. Isikan
    A
           pandangan anda pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 9.1


                        Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional

                                Pengajaran dan pembelajaran                Pengajaran dan pembelajaran
         Elemen
                                        konstruktivis                               tradisional

    Strategi/aktiviti
    pengajaran

    Peranan Murid


    Peranan Guru



    Penilaian/
    penaksiran



Apakah prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme?



S
          elepas kita membincangkan dengan terperinci idea daripada teoris yang banyak mempengaruhi
          pembelajaran melalui pendekatan ini, mari kita lihat pula huraian prinsip asas pembelajaran
          berdasarkan pendekatan konstruktivisme:

Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan
membina pengetahuan melaluinya. Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid memerlukan aktiviti-
aktiviti yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid bukanlah individu
pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja.

Individu belajar bagaimana untuk belajar ketika melalui proses pembelajaran. Pembelajaran bukan
hanya melibatkan pembinaan pengetahuan tetapi juga pembinaan sistem pembelajaran di mana
makna yang dibina untuk sesuatu konstruk membolehkan kita memberi makna kepada perkara lain
yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila kita mempelajari jujukan peristiwa sejarah berdasarkan tarikh
ia berlaku, pada masa yang sama kita memahami maksud istilah kronologi.






Pendekatan Konstruktivisme / 143


Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Untuk menyokong proses mental ini, murid harus
menjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on. Dewey merujuk
aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif.

Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang kita gunakan mempengaruhi
pembelajaran. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri sendiri ketika
belajar. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam teori sosial
konstruktivisnya. Misalnya, pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak membantu
pembelajaran berbanding bahasa asing.

Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran kita amat berkait rapat dengan persekitaran
sosial dimana kita berada. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling kita seperti guru,
rakan, ibu bapa dan keluarga. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada mengasingkan
individu sewaktu pembelajaran. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan murid di bilik darjah.
Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat masing-masing dan tidak
berinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. Keadaan ini mungkin dapat
mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses pembelajaran murid.
Sebagai perbandingan, pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di antara guru dan
murid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan.

Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. Kita tidak belajar fakta atau teori secara terasing dan
yang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Apa yang kita pelajari berkait rapat dengan apa yang
kita tahu, apa yang kita lalui, apa yang kita suka atau tidak suka. Kita tidak boleh pisahkan apa yang
kita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu aktiviti sosial dan
interaktif.

Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Asimilasi pengetahuan tidak akan berlaku jika kita
tidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan untuk pengetahuan
baru. Lebih banyak pengetahuan yang kita miliki lebih banyak yang kita boleh belajar. Dengan itu
adalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid supaya
pembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia ada murid.

Pembelajaran memerlukan masa. Untuk pembelajaran yang signifikan, idea baru yang diterima perlu
dilihat kembali, diuji dan digunakan. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka waktu 10 atau 15
minit. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka dengan kadar penerimaan
murid yang berbeza-beza.

Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Elemen motivasi memainkan peranan penting dalam
proses pembelajaran. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan pengetahuan yang
dipelajari. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada kehidupannya, ia
mempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya.






144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



Apakah elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivis?



S
      etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme, bagaimanakah anda boleh
      menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah membentuk
      persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Menurut Wilson (1996)
persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja bersama dan
menyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapai
matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. Beliau lebih menekankan persekitaran
pembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea terhadap pembelajaran
yang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik dan bermakna untuk
membantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.
Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah:

Pengetahuan dibina

Seperti yang telah disebut, murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran yang kosong. Setiap
murid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan kompleks. Elemen-
elemen ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari.

Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus memberikan
muridnya satu pembaris. Guru tersebut seharusnya membenarkan muridnya meneroka cara mengukur
sesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid. Murid akan mencari idea bagaimana
untuk mengukur benda-benda yang diberikan. Apa yang penting adalah guru menyediakan beberapa
‘tools’ yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas, pensil, pencungkil gigi atau mancis.

Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan dalam bentuk unit-
unit tertentu seperti ‘panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas’ dan sebaginya. Berasaskan
pengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran tentang unit-unit ukuran
yang standard seperti millimeter, sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna akan berlaku dengan
lebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek berdasarkan pengalaman
pembelajaran yang diberikan oleh guru.


             Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman pembelajaran
murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Nyatakan konsep apa yang ingin anda ajar dan
perincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui.

Pembelajaran berlaku secara aktif

Menggunakan senario pembelajaran di atas, adalah jelas bahawa murid diberi peluang belajar secara
aktif. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka menentukan panjang
setiap barang yang diberi guru. Dalam situasi pembelajaran ini murid mengeksperimen secara hands-
on dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling tepat untuk
menerangkan panjang sesuatu benda. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan semasa proses





Pendekatan Konstruktivisme / 145


penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan bagi menwujudkan
suasana hearts-on.


            Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on, minds-on dan
hearts-on yang anda ingin murid anda jalankan.

Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif

Murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi tentang
pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa penerokaan atau pengajaran
guru. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses ini dengan
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarang
keraguan tentang pembelajaran. Langkah ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Guru
juga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang
dilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada murid.

Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod bagaimana
perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.


            Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah mereka
selesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan.

Pembelajaran berlaku secara kolaboratif

Apabila guru memberikan aktiviti penerokaan, langkah awal yang perlu guru jalankan adalah meminta
murid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka ingin meneroka
konsep yang diberikan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Melalui aktiviti ini murid hanya belajar secara
sendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk contoh yang diberikan di
atas, interaksi sesama sendiri membolehkan murid ‘merunding makna’ (negotiate meaning) panjang
dan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Apabila murid melihat kembali dan membuat refleksi secara
berkumpulan, mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran daripada rakan-rakan.


             Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti pengajaran secara
kolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan keberkesanan pembelajaran
secara kolaboratif?

Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuan

Contoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang dijalankan. Semasa murid
meneroka konsep panjang, mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur panjang sesuatu
benda. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh diukur dengan
peralatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali untuk mendapatkan




146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


ukuran panjang. Kebanyakan aktiviti pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaian
masalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan, menjalankan kajian,
menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi.

Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan aktiviti untuk menyiasat bagaimana menulenkan
air. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh dijalankan seperti
menggunakan alat penuras, proses sulingan, menggunakan arang dan mencipta formula berasaskan
struktur molekul air dan sebagainya. Guru seharusnya merangsang murid memikirkan penyelesaian
sama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak.


           Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Nyatakan kemungkinan penyelesaian
yang dicadangkan murid.

Pembelajaran sentiasa berkembang

Penerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid. Murid mempunyai
idea yang mungkin mereka dapati tidak benar, salah atau tidak mencukupi untuk menerangkan
penegtahuan baru yang mereka tempohi. Idea-idea ini wujud secara sementara sehingga
penyepaduan pengetahuan berlaku.

Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan proses
fotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang berdaun merah. Dapatan
ujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan konsep bahawa
tumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis.

Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru? Menurut pandangan
konstruktivis, murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan pengetahuan dan
kefahaman sedia ada beliau. Semasa proses ini berlaku, salah satu perkara berikut mungkin terjadi:

    • Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan pengetahuan sedia ada
      membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya.
    • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid
      dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat yang baru
      diterima.
    • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan
      beliau menolak maklumat baru ini. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada mana-mana
      kerangka pengetahuan murid dan ‘terapung’ di dalam minda sehingga murid berkenaan dapat
      membina makna terhadap maklumat ini.


           Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme. Anda juga
           telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di bilik
           darjah. Berdasarkan kefahaman dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti ciri yang
diberikan dalam Jadual 9.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak yang berkaitan.




Pendekatan Konstruktivisme / 147


            Jadual 9.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis

No                                      Ciri                                         /         X
1      Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid
2      Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari
3      Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran
4      Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama
5      Mewujudkan persekitaran pembelajaran ‘tanpa ancaman’ (non-
       threatening)
6      Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka
7      Membentuk pembelajaran bermakna
8      Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima
9      Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik
10     Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan
11     Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif
12     Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras
       pemikiran tinggi
13     Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif
14     Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes
15     Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil
       pembelajaran mereka

    Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis?



M
        enurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan sebagai
        sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman murid
        dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. Jonassen (1999)
mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses pembelajaran
konstruktivis:

Guru bertindak sebagai model peranan (role model)

Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk memperagakan
situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti demonstrasi kerja
amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialog
dengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil
keluar untuk dimanfaatkan murid.

Guru berperanan sebagai jurulatih.

Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu menggalakkan murid
untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah; menganalisis dan memantau




148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru juga memandu
murid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau
menimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Di samping itu guru
berperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah.

Guru berperanan sebagai perancah.

Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid berinteraksi
dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah memerlukan guru kadang kala
mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses pembelajaran yang
tergendala dapat diteruskan. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah
menyesuaikan darjah kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian
alternatif.


            Selain tiga peranan yang diberikan di atas, bolehkah anda memikirkan peranan lain yang
boleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis?


          Adakah anda seorang guru konstruktivis?
          Lawati URL ini: http://surveylearning.moodle.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.htm
dan baca artikel ‘CLES: An instrument for monitoring the development of constructivist learning
environments’ Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. Tadbir soal selidik ini di
kelas yang anda ajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda.

Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis?
Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat sebagai mereka
yang:

    •    bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri
    •    mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka
    •    berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri
    •    berupaya menyelesaikan masalah
    •    tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru
    •    belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara generatif
         dengan guru.

Model pengajaran konstruktivisme



T
        erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan konstruktivis.
        Antaranya ialah model 5E (Engagement, Exploration, Explanation, Enhancement, Evaluation)
        dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Rajah 9.2 menunjukkan Model Kitar Pembelajaran 4-
Fasa.






Pendekatan Konstruktivisme / 149




                            Rajah 9.2 Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa


Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana model ini menunjukkan
urutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara satu fasa dengan
satu fasa yang berikutnya. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan sebagai satu fasa
terasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan pembelajaran. Berikut
merupakan huraian setiap fasa pengajaran:

Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea

    • Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru
    • Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan dan menyatakan
      idea dan pengetahuan sedia ada mereka
    • Langkah pertama ke arah memurni, menyusun semula, dan/atau mengatasi miskonsepsi jika
      ada
    • Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara bermakna ke arah
      pembinaan pengetahuan baru
    • Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar murid

Fasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea

    • Membina idea dan kefahaman baru
    • Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya lebih
      bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina
    • Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid
    • Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid
    • Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran)






150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


Fasa 3: Aplikasi idea

    • Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan
    • Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid
    • Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
    • Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi, menyelesaikan masalah
      dan membuat keputusan
    • Melakukan penaksiran untuk pembelajaran

Fasa 4: Refleksi/Penutup

    • Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru yang dibina
    • Meringkaskan apa yang telah dipelajari
    • Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil pembelajaran
      tersebut
    • Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan pengalaman
      pembelajaran mereka
    • Mengaitkan dengan pelajaran akan datang


RUMUSAN



J
     onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada
     beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran
     boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan dan
keadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. Fokus pengajaran haruslah
kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran. Pengajaran juga harus
tertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran pembelajaran berasaskan kes
di mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran
mereka. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran, membolehkan
pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaan
pengetahuan secara kolaboratif.






Pendekatan Konstruktivisme / 151



PETA MINDA




KATA KUNCI
    1.   Pendekatan Konsruktivisme                      6. Mencungkil idea
    2.   Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa                7. Menstruktur idea
    3.   Reflektif                                      8. Mengaplikasi idea
    4.   Kolaboratif                                    9. Autentik
    5.   Pengetahuan sedia ada                         10. Hands-on, minds-on, hearts-on



PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis?

    2. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan pendekatan
       konstruktivis?

    3. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan konstruktivis.

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membina pengetahuan’ atau ‘membina kefahaman’?

    5. Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran berfikir murid.

    6. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran komunikasi dan
       sosial murid? Bincangkan.




152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


    7. Reka bentuk satu rancangan mengajar berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa.

    8. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid semasa proses
       pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat konstruktivis dan
       mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    9. Bincangkan bagaimana           teknologi     boleh    meningkatkan       keberkesanan       pendekatan
       konstruktivisme.



RUJUKAN

Abruscato, J. & DeRosa, A. A. (2010). Teaching children science. (7th Ed.). New York: Pearson
   International Edition.

Bass, J. E., Contant, T, L. & Carin, A. A. (2009). Teaching science as inquiry. (11th Ed.) New York:
  Pearson International Edition.

Elliot, S., Kratochill, T., Littlefield, J., Cook, J., dan Travers, J. (2000). Educational Psychology: Effective
    Teaching, Effective Learning. (3rd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.

Jonassen, D. H. (1999). Designing constructivist learning environments. Dalam C. M. Reigeluth (ed.)
   Instructional design teories & models. A new paradigm of instructional theory. Vol II. Mahwah, NJ:
   LEA Publishers.

Jonassen, D.H. (1994). Thinking Technology: toward a constructivist design model. Educational
   Technology. 34-37.

Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026
  Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
  Manusia, UPSI

Vygotsky, L. S. (1978). Minds in society. MA: Harvard University Press.

Wardsworth, B. J. (1971). Piaget’s theory of cognitive development. New York: Longman.






Pendekatan Konstruktivisme / 153



              JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

    A



                    Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional

      Elemen                 Pengajaran dan pembelajaran               Pengajaran dan pembelajaran
                                     konstruktivis                              tradisional

Strategi/aktiviti        Berpusatkan pelajar                      Berpusatkan guru
pengajaran

Peranan Pelajar          Pembina pengetahuan                      Penerima pengetahuan


Peranan Guru             Pemuda cara pembelajaran                 Pemberi maklumat


Penilaian/               Penilaian berterusan, secara holistik Penilaian tradisional melalui ujian dan
pentaksiran              dan autentik                          peperiksaan (pensil dan kertas) setelah
                                                               pengajaran dan pembelajaran.







Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumROSLINDAWATI LIN
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeHamsah Saram
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordNorlelaAlim
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 

La actualidad más candente (20)

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulum
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 

Destacado

Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2一世 一生
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pembentangan SDP
Pembentangan SDPPembentangan SDP
Pembentangan SDPmilzi5215
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanChitra Devaki
 
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains一世 一生
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2一世 一生
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2一世 一生
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2一世 一生
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2一世 一生
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2一世 一生
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuancik noorlyda
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2一世 一生
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2一世 一生
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan一世 一生
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Julia Tan
 
Standard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPStandard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPALSAFII
 

Destacado (20)

Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pembentangan SDP
Pembentangan SDPPembentangan SDP
Pembentangan SDP
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
 
Prelim
PrelimPrelim
Prelim
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
 
Standard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPStandard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdP
 

Similar a Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2

Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKundas Tanma
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oumSashi Kumar
 
Konstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahKonstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahDiah Japri
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismeAnas Nataris
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxnarul456
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitifJeny Hardiah
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)Dedi Yulianto
 
Pembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikPembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikAinun Nuril Haq
 
Teori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranTeori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranRetno Wahyuningsih
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 

Similar a Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2 (20)

Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistik
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum
 
Konstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiahKonstruktivistik mardiah
Konstruktivistik mardiah
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Konstruktivisme
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptx
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitif
 
Teori konstruktive
Teori konstruktiveTeori konstruktive
Teori konstruktive
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Teori belajar gestalt
Teori belajar gestaltTeori belajar gestalt
Teori belajar gestalt
 
Pembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistikPembelajaran konstruktivistik
Pembelajaran konstruktivistik
 
Teori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranTeori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaran
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Learning 2
Learning 2Learning 2
Learning 2
 

Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2

  • 1. Pendekatan Konstruktivisme / 135 UNIT 9 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. 2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis. PENGENALAN
 
 
 
 Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkan pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan guru dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini? 

  • 2. 136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 ISI KANDUNGAN Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis? S ecara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula (membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin menerima idea baru ini dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita. Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah murid menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas konstruktivisme adalah: • Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran • Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar. Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme? S ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan paradigma konstruktivis, idea-idea teoris utama tentang konstruktivisme dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme, unit ini akan membincangkan idea teoris utama paradigma ini. Jean Piaget (1896 – 1980) Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan biologi. Teori perkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat perkembangan pemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai 

  • 3. Pendekatan Konstruktivisme / 137 pengalaman. Menurut Piaget, pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui berinteraksi secara aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut. Penglibatan aktif ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu. Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka ketika melalui proses pembelajaran. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui empat peringkat penting iaitu sensorimotor, pra-operasi, konkrit dan operasi formal. Peralihan perkembangan kognitif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan, pengalaman fizikal, interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Kematangan dan keseimbangan kognitif adalah faktor dalaman yang tidak boleh dikawal, sementara pengalaman fizikal dan interaksi sosial adalah situasi luaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan (Wadsworth, 1971). Menurut Piaget lagi, pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. Kanak-kanak seterusnya membina pengetahuan dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan interpretasi yang mereka lakukan. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang sentiasa mengalami perubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan sebab itu, pemahaman konsep hanya boleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif. Apabila kanak-kanak mencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Pada peringkat ini mereka boleh berfikir secara logik, boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal serta boleh berhujah secara saintifik. Modifikasi terhadap struktur kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan melalui proses asimilasi dan akomodasi dan keseimbangan (equilibration). Ketiga-tiga proses ini adalah penting dalam menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses pembelajaran. Assimilasi adalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima maklumat baru. Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah sedia diketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Proses akomodasi pula adalah proses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan baru. Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan skema asal, perubahan akan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Keseimbangan merujuk kepada kawalan kendiri secara dalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan akomodasi. Apabila pengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada, maka berlaku ketidakseimbangan atau disonans kognitif. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari keseimbangan baru supaya maklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya. Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan autentik. Melalui pengalaman individu mencari makna menggunakan skema kognitif, mengasimilasikan maklumat dan mengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kefahaman yang dibina akan seterusnya memandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang berkaitan. Kerangka kognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema. Asas ini mencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya berlaku melalui interaksi 

  • 4. 138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 bersama persekitaran dan konflik kognitif yang berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran (Elliot, et al., 2000). Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah? Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget. Lev Vygotsky (1896-1934) Lev Vygotsky (1896-1934), menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan dan perkembangan serta psikopatologi. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan perkembangan kognitif dan berbahasa. Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky, yang mempunyai implikasi secara langsung terhadap pembelajaran, adalah zon perkembangan terdekat (zone of proximal development atau ZPD), perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya pengetahuan (Elliot, 2000). Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak berlaku di dalam satu zon perantara ZPD ini iaitu satu ‘kawasan’ di antara aras perkembangan sebenar kanak-kanak yang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara bersendirian dengan aras potensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah berbantukan orang dewasa mahupun rakan sebaya. Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia membantu guru membuat keputusan tentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga mengenalpasti ‘zon’ di mana murid akan berupaya menguasai bahan baru. Beliau berpendapat bahawa pengajaran harus meliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada yang dipunyai oleh murid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut. Kajian Lawson (1985), menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa faktor-faktor yang menghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh persekitaran sosial yang tidak mencabar intelek, murid bersifat menyendiri, keupayaan mental yang rendah dan stail peribadi yang impulsif. 

  • 5. Pendekatan Konstruktivisme / 139 Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu yang belum mencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan mental seseorang yang lebih berkemampuan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya melakukannya sendiri dan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot, 2000). Sokongan boleh diberikan dalam bentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya, persekitaran pembelajaran yang berstruktur atau strategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih dewasa seperti guru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep yang sukar dikuasai secara bersendirian. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah menyediakan sokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun Awal atau Advance Organizer, pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam menentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. Menurut beliau pembelajaran merupakan konstruk sosial yang diolah melalui penggunaan bahasa. Pembelajaran adalah satu proses mengintepretasi apa yang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. Ia berlaku secara berterusan melalui pembinaan, pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang diperhatikan. Konteks dan persekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan digunakan, bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Kumpulan individu yang lebih heterogenous akan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan dapat digunakan dalam penyelesaian masalah. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai satu proses sosial di mana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan ke situasi baru. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah pembentukan pengetahuan umum untuk semua. Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Dari penerangan tentang teori Vygotsky, senaraikan tiga fakta penting dalam rajah yang diberikan. 

  • 6. 140 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 John Dewey (1859 – 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait rapat. Menurut Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan pengalaman yang berguna untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia. Seorang pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah berbeza dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang disediakan adalah standard bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah mengambil kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu. Berlandaskan pemikiran beliau, Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh, pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa. Adakah pembelajaran subjek matematik yang anda lalui ketika anda berada di sekolah rendah mempengaruhi pembelajaran anda semasa anda berada di sekolah menengah? Mengapa? Menurut Dewey lagi, nilai sesuatu pengalaman berbeza untuk setiap individu. Pengalaman yang mendatangkan faedah kepada seseorang individu mungkin tidak berfaedah kepada individu lain. Individu menggunakan pengalaman lampau samada positif atau negatif untuk mengatur strategi supaya bejaya dalam hidup. Oleh yang demikian pengalaman merupakan sesuatu yang kaya dengan kebenaran dan pengetahuan. Apabila seseorang mempelajari sesuatu, kefahaman yang dibina daripada peristiwa pembelajaran itu bersifat peribadi kerana ia merupakan hasil interaksi antara pengalaman murid dengan peristiwa pembelajaran tersebut. Memandangkan setiap murid membawa pengalaman lampau yang berbeza, setiap peristiwa pembelajaran akan menghasilkan pengalaman baru yang berbeza kepada setiap murid. Oleh yang demikian nilai sesuatu pengalaman harus dilihat 

  • 7. Pendekatan Konstruktivisme / 141 dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi terkini individu, masa depannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang kepada masyarakat. Apabila kita memahami teori tentang pengalaman, kita sebagai pendidik boleh merangka pengajaran sesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid yang dapat mengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada masyarakat. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh murid semasa pembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman lampau untuk membolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu menggunakan potensinya untuk kesejahteraan masyarakat. Jerome Bruner (1915) Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan Vygotsky dengan memberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut teori Bruner (1966) kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang selaras dengan tahap perkembangan iaitu persembahan (1) enaktif - di mana dunia kanak-kanak diwakili melalui objek (2) ikonik - melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa tertentu dan (3) simbolik – keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol untuk mengkod pengetahuan. Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid sebagai individu yang aktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia ada mereka. Menurut pandangan beliau, murid memilih dan mentransformasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Kerangka kognitif inilah yang memberikan makna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu melampaui maklumat yang diberi (go beyond the information given). Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget, dari sudut sokongan Bruner terhadap intervensi guru. Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif di dalam proses pembelajaran. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan murid mencari beberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut (Roblyer, Edwards & Havriluk, 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh usaha- usaha sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Beliau menerangkan bahawa soalan- soalan lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses; bagaimana kita membina kefahaman dan kebenaran; bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan pada masa sekarang. Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu menggalakkan murid mencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog secara aktif antara guru dengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai menterjemah maklumat yang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. Kurikulum 

  • 8. 142 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 juga perlu dibina dalam bentuk berpilin supaya murid dapat membina pengetahuan secara berterusan dengan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang telah terdahulu dibina. Kenal pasti perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional. Isikan A
 pandangan anda pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 9.1 Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional Pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran Elemen konstruktivis tradisional Strategi/aktiviti pengajaran Peranan Murid Peranan Guru Penilaian/ penaksiran Apakah prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme? S elepas kita membincangkan dengan terperinci idea daripada teoris yang banyak mempengaruhi pembelajaran melalui pendekatan ini, mari kita lihat pula huraian prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme: Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan membina pengetahuan melaluinya. Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid memerlukan aktiviti- aktiviti yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid bukanlah individu pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja. Individu belajar bagaimana untuk belajar ketika melalui proses pembelajaran. Pembelajaran bukan hanya melibatkan pembinaan pengetahuan tetapi juga pembinaan sistem pembelajaran di mana makna yang dibina untuk sesuatu konstruk membolehkan kita memberi makna kepada perkara lain yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila kita mempelajari jujukan peristiwa sejarah berdasarkan tarikh ia berlaku, pada masa yang sama kita memahami maksud istilah kronologi. 

  • 9. Pendekatan Konstruktivisme / 143 Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Untuk menyokong proses mental ini, murid harus menjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on. Dewey merujuk aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif. Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri sendiri ketika belajar. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam teori sosial konstruktivisnya. Misalnya, pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak membantu pembelajaran berbanding bahasa asing. Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran kita amat berkait rapat dengan persekitaran sosial dimana kita berada. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling kita seperti guru, rakan, ibu bapa dan keluarga. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada mengasingkan individu sewaktu pembelajaran. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan murid di bilik darjah. Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat masing-masing dan tidak berinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. Keadaan ini mungkin dapat mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses pembelajaran murid. Sebagai perbandingan, pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di antara guru dan murid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan. Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. Kita tidak belajar fakta atau teori secara terasing dan yang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Apa yang kita pelajari berkait rapat dengan apa yang kita tahu, apa yang kita lalui, apa yang kita suka atau tidak suka. Kita tidak boleh pisahkan apa yang kita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu aktiviti sosial dan interaktif. Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Asimilasi pengetahuan tidak akan berlaku jika kita tidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan untuk pengetahuan baru. Lebih banyak pengetahuan yang kita miliki lebih banyak yang kita boleh belajar. Dengan itu adalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran memerlukan masa. Untuk pembelajaran yang signifikan, idea baru yang diterima perlu dilihat kembali, diuji dan digunakan. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka waktu 10 atau 15 minit. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka dengan kadar penerimaan murid yang berbeza-beza. Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Elemen motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan pengetahuan yang dipelajari. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada kehidupannya, ia mempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya. 

  • 10. 144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Apakah elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivis? S etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme, bagaimanakah anda boleh menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah membentuk persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Menurut Wilson (1996) persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja bersama dan menyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapai matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. Beliau lebih menekankan persekitaran pembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea terhadap pembelajaran yang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik dan bermakna untuk membantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah: Pengetahuan dibina Seperti yang telah disebut, murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran yang kosong. Setiap murid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan kompleks. Elemen- elemen ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari. Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus memberikan muridnya satu pembaris. Guru tersebut seharusnya membenarkan muridnya meneroka cara mengukur sesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid. Murid akan mencari idea bagaimana untuk mengukur benda-benda yang diberikan. Apa yang penting adalah guru menyediakan beberapa ‘tools’ yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas, pensil, pencungkil gigi atau mancis. Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan dalam bentuk unit- unit tertentu seperti ‘panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas’ dan sebaginya. Berasaskan pengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran tentang unit-unit ukuran yang standard seperti millimeter, sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna akan berlaku dengan lebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek berdasarkan pengalaman pembelajaran yang diberikan oleh guru. Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Nyatakan konsep apa yang ingin anda ajar dan perincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui. Pembelajaran berlaku secara aktif Menggunakan senario pembelajaran di atas, adalah jelas bahawa murid diberi peluang belajar secara aktif. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka menentukan panjang setiap barang yang diberi guru. Dalam situasi pembelajaran ini murid mengeksperimen secara hands- on dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling tepat untuk menerangkan panjang sesuatu benda. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan semasa proses 

  • 11. Pendekatan Konstruktivisme / 145 penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan bagi menwujudkan suasana hearts-on. Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on yang anda ingin murid anda jalankan. Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif Murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa penerokaan atau pengajaran guru. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses ini dengan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarang keraguan tentang pembelajaran. Langkah ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Guru juga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang dilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada murid. Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod bagaimana perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti. Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah mereka selesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan. Pembelajaran berlaku secara kolaboratif Apabila guru memberikan aktiviti penerokaan, langkah awal yang perlu guru jalankan adalah meminta murid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka ingin meneroka konsep yang diberikan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Melalui aktiviti ini murid hanya belajar secara sendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk contoh yang diberikan di atas, interaksi sesama sendiri membolehkan murid ‘merunding makna’ (negotiate meaning) panjang dan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Apabila murid melihat kembali dan membuat refleksi secara berkumpulan, mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran daripada rakan-rakan. Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti pengajaran secara kolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan keberkesanan pembelajaran secara kolaboratif? Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuan Contoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang dijalankan. Semasa murid meneroka konsep panjang, mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur panjang sesuatu benda. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh diukur dengan peralatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali untuk mendapatkan 

  • 12. 146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 ukuran panjang. Kebanyakan aktiviti pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaian masalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan, menjalankan kajian, menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi. Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan aktiviti untuk menyiasat bagaimana menulenkan air. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh dijalankan seperti menggunakan alat penuras, proses sulingan, menggunakan arang dan mencipta formula berasaskan struktur molekul air dan sebagainya. Guru seharusnya merangsang murid memikirkan penyelesaian sama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak. Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Nyatakan kemungkinan penyelesaian yang dicadangkan murid. Pembelajaran sentiasa berkembang Penerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid. Murid mempunyai idea yang mungkin mereka dapati tidak benar, salah atau tidak mencukupi untuk menerangkan penegtahuan baru yang mereka tempohi. Idea-idea ini wujud secara sementara sehingga penyepaduan pengetahuan berlaku. Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan proses fotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang berdaun merah. Dapatan ujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan konsep bahawa tumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis. Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru? Menurut pandangan konstruktivis, murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan pengetahuan dan kefahaman sedia ada beliau. Semasa proses ini berlaku, salah satu perkara berikut mungkin terjadi: • Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan pengetahuan sedia ada membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya. • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat yang baru diterima. • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau menolak maklumat baru ini. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada mana-mana kerangka pengetahuan murid dan ‘terapung’ di dalam minda sehingga murid berkenaan dapat membina makna terhadap maklumat ini. Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme. Anda juga telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di bilik darjah. Berdasarkan kefahaman dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti ciri yang diberikan dalam Jadual 9.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak yang berkaitan. 

  • 13. Pendekatan Konstruktivisme / 147 Jadual 9.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis No Ciri / X 1 Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid 2 Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari 3 Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran 4 Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama 5 Mewujudkan persekitaran pembelajaran ‘tanpa ancaman’ (non- threatening) 6 Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka 7 Membentuk pembelajaran bermakna 8 Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima 9 Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik 10 Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan 11 Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif 12 Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras pemikiran tinggi 13 Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif 14 Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes 15 Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil pembelajaran mereka Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis? M enurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman murid dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkan pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. Jonassen (1999) mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses pembelajaran konstruktivis: Guru bertindak sebagai model peranan (role model) Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk memperagakan situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti demonstrasi kerja amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialog dengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil keluar untuk dimanfaatkan murid. Guru berperanan sebagai jurulatih. Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah; menganalisis dan memantau 

  • 14. 148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru juga memandu murid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau menimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Di samping itu guru berperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah. Guru berperanan sebagai perancah. Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah memerlukan guru kadang kala mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses pembelajaran yang tergendala dapat diteruskan. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah menyesuaikan darjah kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian alternatif. Selain tiga peranan yang diberikan di atas, bolehkah anda memikirkan peranan lain yang boleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis? Adakah anda seorang guru konstruktivis? Lawati URL ini: http://surveylearning.moodle.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.htm dan baca artikel ‘CLES: An instrument for monitoring the development of constructivist learning environments’ Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. Tadbir soal selidik ini di kelas yang anda ajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda. Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis? Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat sebagai mereka yang: • bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri • mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka • berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri • berupaya menyelesaikan masalah • tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru • belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara generatif dengan guru. Model pengajaran konstruktivisme T erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan konstruktivis. Antaranya ialah model 5E (Engagement, Exploration, Explanation, Enhancement, Evaluation) dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Rajah 9.2 menunjukkan Model Kitar Pembelajaran 4- Fasa. 

  • 15. Pendekatan Konstruktivisme / 149 Rajah 9.2 Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana model ini menunjukkan urutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara satu fasa dengan satu fasa yang berikutnya. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan sebagai satu fasa terasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan huraian setiap fasa pengajaran: Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea • Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru • Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan dan menyatakan idea dan pengetahuan sedia ada mereka • Langkah pertama ke arah memurni, menyusun semula, dan/atau mengatasi miskonsepsi jika ada • Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara bermakna ke arah pembinaan pengetahuan baru • Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar murid Fasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea • Membina idea dan kefahaman baru • Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya lebih bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina • Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid • Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid • Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran) 

  • 16. 150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Fasa 3: Aplikasi idea • Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan • Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid • Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif • Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan • Melakukan penaksiran untuk pembelajaran Fasa 4: Refleksi/Penutup • Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru yang dibina • Meringkaskan apa yang telah dipelajari • Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil pembelajaran tersebut • Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan pengalaman pembelajaran mereka • Mengaitkan dengan pelajaran akan datang RUMUSAN J onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan dan keadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. Fokus pengajaran haruslah kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran. Pengajaran juga harus tertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran pembelajaran berasaskan kes di mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran, membolehkan pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaan pengetahuan secara kolaboratif. 

  • 17. Pendekatan Konstruktivisme / 151 PETA MINDA KATA KUNCI 1. Pendekatan Konsruktivisme 6. Mencungkil idea 2. Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa 7. Menstruktur idea 3. Reflektif 8. Mengaplikasi idea 4. Kolaboratif 9. Autentik 5. Pengetahuan sedia ada 10. Hands-on, minds-on, hearts-on PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis? 2. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan pendekatan konstruktivis? 3. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan konstruktivis. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membina pengetahuan’ atau ‘membina kefahaman’? 5. Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran berfikir murid. 6. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran komunikasi dan sosial murid? Bincangkan. 

  • 18. 152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 7. Reka bentuk satu rancangan mengajar berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. 8. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat konstruktivis dan mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9. Bincangkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan keberkesanan pendekatan konstruktivisme. RUJUKAN Abruscato, J. & DeRosa, A. A. (2010). Teaching children science. (7th Ed.). New York: Pearson International Edition. Bass, J. E., Contant, T, L. & Carin, A. A. (2009). Teaching science as inquiry. (11th Ed.) New York: Pearson International Edition. Elliot, S., Kratochill, T., Littlefield, J., Cook, J., dan Travers, J. (2000). Educational Psychology: Effective Teaching, Effective Learning. (3rd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill. Jonassen, D. H. (1999). Designing constructivist learning environments. Dalam C. M. Reigeluth (ed.) Instructional design teories & models. A new paradigm of instructional theory. Vol II. Mahwah, NJ: LEA Publishers. Jonassen, D.H. (1994). Thinking Technology: toward a constructivist design model. Educational Technology. 34-37. Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI Vygotsky, L. S. (1978). Minds in society. MA: Harvard University Press. Wardsworth, B. J. (1971). Piaget’s theory of cognitive development. New York: Longman. 

  • 19. Pendekatan Konstruktivisme / 153 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A
 Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional Elemen Pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis tradisional Strategi/aktiviti Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru pengajaran Peranan Pelajar Pembina pengetahuan Penerima pengetahuan Peranan Guru Pemuda cara pembelajaran Pemberi maklumat Penilaian/ Penilaian berterusan, secara holistik Penilaian tradisional melalui ujian dan pentaksiran dan autentik peperiksaan (pensil dan kertas) setelah pengajaran dan pembelajaran.