10 Best School Holiday Activities. http://www.hootoh.my/2013/11/10-aktiviti-cuti-sekolah-popular.html Perancangan Program Cuti Sekolah Berfaedah. What your school holiday activities this year. School Holiday Program Planning Bearing. Sure many who plan to travel with your family or relax in the peaceful village or countryside and calm . After reading the Program and School Holiday Activities Bearing . Here 10 Sample Activities School Holidays and Popular Bearing, the favorite of children and parents in Malaysia .
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Aktiviti Cuti Sekolah Popular di Malaysia
1. 10 Aktiviti Cuti Sekolah Popular
What your school holiday activities this year. Perancangan Program Cuti
Sekolah Berfaedah. 10 Best School Holiday Activities. School Holiday Program
Planning Bearing. Sure many who plan to travel with your family or relax in
the peaceful village or countryside and calm . After reading the Program and
School Holiday Activities Bearing . Here 10 Sample Activities School Holidays
and Popular Bearing , the favorite of children and parents in Malaysia .
Program Cuti Sekolah Berfaedah
Apa aktiviti cuti sekolah tahun ini. 10 Aktiviti Cuti Sekolah Popular pasti membantu.
Perancangan Program Cuti Sekolah Berfaedah, Pasti ramai yang merancang untuk
melancong bersama keluarga atau berehat di kampung atau desa yang damai dan
menenangkan. Setelah membaca Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah. Berikut 10
Contoh Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah dan Popular, menjadi pilihan anak-anak dan ibubapa di Malaysia.
Kem Cuti Sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena Musim Cuti Sekolah ni. Merangkumi perkara rohani
dan jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri anak-anak.
Kraf dan Origami
Pelbagai jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza. Sekiranya membuat
kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat anak-anak gembira dan paling penting
buatlah kraf dari bahan yang boleh dikitar semula.
2. Kursus dan Belajar Kemahiran Baru
Mungkin ada yang mahu mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak,
kelas Iqra, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek.
Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat anak-anak. Sekiranya
berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas advance. Untuk yang berminat bersukan,
memang patut diberi pendedahan kerana sekolah-sekolah sedang menerapkan Program 1
Murid 1 Sukan, pendedahan awal ini pasti membantu.
Bercuti dan Melawatan Tempat-Tempat Menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun,
laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik. Dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di
lokasi-lokasi tersebut. Gunakan kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk
menjadikan lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.
Membaca Bahan Bacaan Ringan
Mungkin anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah selesai
membaca, boleh berknogsi bercerita tentang buku tersebut. Ini akan memupuk semangat
membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan awam.
Aktiviti Kemasyaraktan Kerja Amal
Ajak anak-anak anda Bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah.
Suasana persikitaran yang bersih akan mempromosikan harmoni di dalam keluarga. Sekiranya
ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih
memerlukannya.
Berkebun dan Beriadah
Mungkin remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga tanggungjawab
malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil aktiviti dijalankan. Jika bermula
sekarang, pada penghujung cuti sekolah nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan
hasil!
Hiburan Keluarga
Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton
wayang atau bermain 'games' di pusat hiburan atau berkaraoke. Tetapi aktiviti bolehlah
disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukuan bersama sebagai keluarga kerana
banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan memberikan manfaat.
3. Kemaskini Merancang Aktiviti Tahun 2014
Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar 2014 dengan
meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan kawan-kawan, menu yang ingin
disediakan bagi bulan Januari dan pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini.
Permulaan awal ini akan memupuk sifat 'Pengurusan Kendiri' dalam diri anak-anak. Rujuk
Kalendar 2014 dan Tarikh Cuti Malaysia.
Persediaan Diri untuk Tahun Sesi Persekolahan 2014
Pada Musim Cuti Sekolah ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang
yang diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan 'transport', potong rambut,
kemas bilik dan meja belajar. Rujuk Takwim Persekolaha 2014. Semoga dengan
perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak
untuk belajar.
10 Contoh Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah dan Popular
Sebelum itu, HT ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua. Manfaatkan Cuti
dengan mengisi masa dengan aktiviti berfaedah yang dapat meningkatkan keperibadian dan
kualiti kehidupan. Musim Cuti Sekolah utamakan keselamatan dan kesihatan diri. 10 Aktiviti
Cuti Sekolah Popular semoga menjadi panduan dan pilihan bermanfaat untuk semua.
Sumber: http://www.hootoh.my/2013/11/10-aktiviti-cuti-sekolah-popular.html
Hootoh Blog By Hootoh Tudia