1. KONSEP NOMBOR-
NOMBOR ORDINAL DAN
KARDINAL
OPSYEN: DPLI-SR PSV/DIS 2011
OLEH: HASALINA BINTI HJ SALEH
NORAZLINDA BT ADAM
ALYANA BT AZMI
AZAH FARIDAH BT PAIRAN
NURUL HUDA
Free Powerpoint Templates
Page 1
2. KONSEP NOMBOR
• Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar
dan diberi penekanan kepada murid sejak awal
lagi. Ini dapat mengubah struktur pemikiran
kanak-kanak yang sering menghafal nombor
tanpa mengenal makna nombor itu yang
menjadi penghalang kepada mereka untuk
membuat pertalian antara nombor ordinal dan
nombor kardinal.
Nombor kardinal?
Nombor ordinal?
Free Powerpoint Templates
Page 2
3. • Nombor kardinal digunakan untuk membilang
berapa banyak objek dalam satu set atau
kumpulan. Memahami nombor kardinal amat
penting kerana dengan adanya kebolehan
menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu
objek, murid akan dapat menggunakan nombor
bulat untuk empat operasi matematik.
• Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan
untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu
objek atau peristiwa.
Free Powerpoint Templates
Page 3
4. NOMBOR KARDINAL
1)Jumlahkan berapakah
biji buah epal?
2)Jumlahkan berapakah
biji buah manggis?
Free Powerpoint Templates
Page 4
5. NOMBOR ORDINAL
Apakah yang anda
faham mengenai
tarikh di bawah ini?
31 .O8.1957
Free Powerpoint Templates
Page 5
6. Menghafal Nombor
Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara
berperingkat:
• Nombor dalam lingkungan 10,
• Nombor dalam lingkungan 18/20
• Nombor dalam lingkungan 50 dan
• Nombor dalam lingkungan 100.
• Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran
menghafal nombor ini adalah latih tubi. Kebolehan
murid menghafal nombor akan membantu mereka
menyelesaikan masalah matematik yang lain
dengan lebih cekap dan pantas.
Free Powerpoint Templates
Page 6
7. Menunjuk nombor
• Aktiviti menunjuk nombor akan dapat mendekatkan
murid dengan nombor dan secara tidak langsung
mereka dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal
ini membantu mereka untuk lebih mengenali
nombor-nombor yang diperkenalkan.
• Guru boleh menggunakan carta nombor dan
meminta murid menunjukkan nombor yang disebut
oleh guru. Latih tubi begini akan meningkatkan
kecekapan murid dalam mengenali nombor.
• Di samping itu juga, guru boleh menggunakan kad-
kad nombor dan meminta murid mengumpul
(mengasingkan) angka yang sama atau menunjuk
kad nombor yang guru sebut.
Free Powerpoint Templates
Page 7
8. Menulis nombor
• Kemahiran menulis nombor diperkenalkan setelah murid
dapat mengaitkan makna nombor dengan angka.
• Mula berlatih menulis angka ketika masih dalam proses
pemantapan kefahaman tentang nombor.
• Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan
bersama-sama perwakilan model nombor: dalam bentuk
konkrit atau gambar (memperkukuhkan makna nombor)
• Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka
boleh bermula dengan menggunakan pergerakan otot
kasar seperti: menulis di udara, kota pasir, menyurih
nombor-nombor timbul dengan jari mengikut urutan,
menekap mengikut urutan nombor dengan pensel warna
pada acuan angka dan membentuk angka mengikut
garisan titik-titik.
Free Powerpoint Templates
Page 8