SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Descargar para leer sin conexión
Tajuk Jurnal
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli
Akademik

Nama:Mohd Khairil Amri B Ahmad Tajudin
ID:M20112001080
Group: Pembelajaran berasaskan eletroknik dan web (kumpulan B)
1.0

Pengenalan
Dalam kajian ini, tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah ingin mengkaji

tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan pensyarah-pensyarah di Universiti Sains
Malaysia tentang e-pembelajaran. Pengkaji telah menggunakan soal selidik dan memilih
hampir 119 sampel kajian dalam proses mengumpul data. Selain itu juga, kajian ini adalah
amat penting kerana dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang,
didapati e-pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan suasana
pengajaran menjadi lebih aktif dan bermakna. Tambahan pula, pengkaji mendapati bahawa
dengan amalan dan pelaksanaan e-pembelajaran, ianya secara tidak langsung dapat
mewujudkan suasana yang lebih fleksibel dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
Universiti Sains Malaysia.
Menurut pengkaji juga, pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia telah
melaksanakan e-pembelajaran dengan meluas terutamanya di Pusat Pengajian Jarak Jauh.
Apatah lagi, pihak universiti telah memperkenalkan pembelajaran sidang video, videonet,
perpustakaan elektronik dan juga pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan di laman web
universiti. Dengan itu, kejayaan pihak universiti memperluaskan e-pembelajaran di kampus
telah mendorong pengkaji untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai penerimaan dan
persepsi pensyarah-pensyarah terhadap e-pembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka.
2.0

Persoalan Kajian
Dalam jurnal ini, pembaca telah mengenal pasti beberapa persoalan yang cuba

dibangkitkan oleh pihak pengkaji tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan epembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia. Antara persoalan
yang timbul adalah pengkaji cuba mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan pensyarah-pensyarah di universiti. Ini adalah amat penting kerana pihak universiti
telah banyak memperkenalkan konsep e-pembelajaran dalam kampus. Apatah lagi, pihak
1
universiti didapati telah sentiasa menggalakkan setiap ahli akademiknya mengaplikasikan epembelajaran dalam setiap sesi pembelajaran pelajar.
Persoalan yang seterusnya yang cuba ditimbulkan oleh pihak pengkaji ialah
keupayaan ahli-ahli akademik di Universiti Sains Malaysia untuk sentiasa mengaplikasikan epembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka. Ini adalah didapati bahawa kebanyakan ahli
akademik di universiti ini masih belum bersedia untuk melaksanakan e-pembelajaran. Apatah
lagi, pengkaji berpendapat bahawa pelaksanaan e-pembelajaran masih berada pada tahap
yang amat tidak memuaskan. Ini adalah amat menyukarkan usaha pihak universiti untuk
mengubah minda pelajar daripada pasif kepada suasana pembelajaran yang aktif terutamanya
dalam penggunaan teknologi internet melalui talian yang boleh didapati di dalam kampus
USM.
Persoalan yang lain ialah pengkaji cuba untuk melihat dengan lebih terperinci tentang
hubungan antara kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia. Pengkaji berpendapat bahawa
pelaksanaan e-pembelajaran akan mencapai matlamat yang ditetapkan jika setiap ahli
akademik memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab dalam melaksanakan epembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka. Apatah lagi, pihak universiti amat berharap
agar amalan e-pembelajaran dapat diterima dengan maksimum setiap ahli akademik di
universiti ini kerana ianya dapat membantu untuk mewujudkan anjakan paradigma dalam
kalangan ahli akademik di universiti ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, pengkaji cuba mengkaji sama ada e-pembelajaran yang cuba
diterapkan dalam kalangan ahli akademik dapat diterima dalam kalangan ahli-ahli akademik
di universiti ini. Ini adalah disebabkan, pihak pengkaji percaya bahawa pelaksanaan epembelajaran dapat menyumbang ke arah suasana pembelajaran yang fleksibel. Apatah lagi,
dengan penggunaan internet yang amat meluas dalam kampus, ianya secara tidak langsung
dapat menyumbang ke arah penerimaan amalan e-pembelajaran dalam kalangan ahli-ahli
akademik di universiti ini. Tambahan pula, pengkaji mendapati kemudahan komputer dan
multimedia yang murah, mudah dan pantas mampu menyumbang kepada penerimaan epembelajaran dalam kalangan ahli-ahli akademik di USM.

2
3.0

Kaedah Kajian
Dalam jurnal ini, pembaca mendapati pengkaji menjalankan dengan menggunakan

reka bentuk tinjauan. Tambahan pula, pembaca melihat pengkaji memilih untuk
menggunakan kaedah non-probability. Ini adalah disebabkan tujuan kajian ini adalah bukan
untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian yang dijalankan
pengkaji ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal
tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Pembaca juga
mendapati pengkaji telah memilih responden kajian yang mana terdiri daripada ahli-ahli
akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Pengkaji telah menetapkan syarat
pemilihan responden adalah ahli-ahli akademik tersebut menggunakan e-pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Selain itu juga, didapati pengkaji telah mengedarkan

sejumlah 165 borang soal

selidik kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian. Namun demikian, pihak mengkaji hanya
berjaya mengumpulkan sebanyak 119 borang soal selidik mengikut pusat pengajian. Untuk
menganalisa data, pihak pengkaji telah menggunakan analisis kuantitatif melalui program
SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0i. Untuk memudahkan
pihak pengkaji menganalisa data, setiap data yang diperoleh telah ditukar kepada kod-kod
tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data
kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan,
min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.

4.0

Dapatan Kajian
Dalam jurnal ini, pengkaji telah menunjukkan dapatan kajian dengan cara yang amat

sistematik iaitu dengan menggunakan jadual. Setiap jadual, data yang ditunjukkan dapat
memudahkan pembaca untuk memahami hasil dapatan. Dalam jadual 1, pembaca mendapati
bahawa pengkaji ingin melihat persepsi responden terhadap kesediaan pembelajaran arahan
kendiri. Untuk mendapat hasil yang memuaskan, pengkaji telah mengemukakan 19 soalan
untuk diajukan kepada setiap responden. Daripada data yang ditunjukkan dalam jadual 1,
pembaca mendapati bahawa secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan e-pembelajaran saling berkait rapat.

3
Namun demikian, melalui data yang ditunjukkan dalam jadual pembaca mendapati kesediaan
pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan responden berada di tahap sederhana.
Seterusnya, pembaca juga mendapati pengkaji berusaha untuk mengkaji tahap
kefahaman responden terhadap konsep e-pembelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam
kalangan ahli akademik. Pengkaji telah menunjukkan data yang diperolehi dengan begitu
sistematik dan setiap dapatan telah dianalisa malahan dapatan ditunjukkan dalam jadual 2.
Dalam jadual 2 ini juga, pembaca mendapati menghuraikan sedikit matlamat dapatan adalah
untuk melihat e-pembelajaran adalah salah satu kaedah pembelajaran yang baru khusus untuk
para pelajar dan memenuhi perkembangan ICT. Pengkaji cuba menunjukkan bahawa kajian
ini sebenarnya adalah untuk membuktikan bahawa pembelajaran yang dikendalikan dengan
menggunakan komputer serta rangkaian internet dapat memudahkan pembelajaran dalam
dewan kuliah. Apatah lagi, e-pembelajaran membolehkan pendidikan disampaikan kepada
lebih ramai pelajar tanpa batasan. Oleh yang demikian, pembaca mendapati hasil kajian yang
ditunjukkan dalam jadual 2 adalah bahawa e-pembelajaran yang ingin dilaksanakan di USM
memerlukan komitmen yang lebih dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya.
Selain itu juga, pembaca juga mendapati pengkaji ingin mengkaji tahap kefahaman
responden mengenai tanggungjawab sebagai ahli akademik yang perlu melaksanakan
tanggungjawab e-pembelajaran di USM. Pembaca mendapati bahawa pengkaji telah
menunjukkan data dengan sistematik dalam jadual 3 malahan dapatan kajian telah dianalisa
dengan sempurna. Dalam jadual 3, pembaca melihat dapatan kajian menunjukkan bahawa
secara umumnya generalisasi yang dibuat oleh pengkaji adalah kebanyakkan responden
adalah bersetuju dengan setiap tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan dalam
memastikan kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran di USM. Oleh yang demikian, kesimpulan
yang dapat dibuat adalah menunjukkan bahawa setiap ahli akademik di USM amat
memahami tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk menjayakan e-pembelajaran.

4
5.0

Kesimpulan
Oleh itu, secara keseluruhan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat empat

konsep e-pembelajaran di USM yang perlu diketengahkan. Konsep yang pertama ialah epembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar. Konsep kedua
ialah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. Konsep ketiga ialah e-pembelajaran
memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep keempat
pula ialah pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan internet membolehkan
pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar.

5

Más contenido relacionado

Destacado

Kelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalKelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalAgus Martha
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalanidurai59
 
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...josie kay
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Samsul Hamdan
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanrozi ahmad
 
Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Ratna Nandri
 
Critical book report metodologi penenlitian
 Critical book report metodologi penenlitian Critical book report metodologi penenlitian
Critical book report metodologi penenlitianMuhammad Tarigan II
 
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCritical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCitra Dewi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043suhaimi zulkipli
 

Destacado (19)

Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Kelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalKelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnal
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
 
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...
Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan n...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakan
 
Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1Kritik jurnal ilmiah 1
Kritik jurnal ilmiah 1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Critical book report metodologi penenlitian
 Critical book report metodologi penenlitian Critical book report metodologi penenlitian
Critical book report metodologi penenlitian
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
ULASAN ARTIKEL 2
ULASAN ARTIKEL 2ULASAN ARTIKEL 2
ULASAN ARTIKEL 2
 
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance EvaluationCritical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
Critical Review Jurnal Variance Analysis and Performance Evaluation
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
 

Kritikan jurnal mohd khairil amri (m20112001080)

  • 1. Tajuk Jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik Nama:Mohd Khairil Amri B Ahmad Tajudin ID:M20112001080 Group: Pembelajaran berasaskan eletroknik dan web (kumpulan B) 1.0 Pengenalan Dalam kajian ini, tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah ingin mengkaji tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan pensyarah-pensyarah di Universiti Sains Malaysia tentang e-pembelajaran. Pengkaji telah menggunakan soal selidik dan memilih hampir 119 sampel kajian dalam proses mengumpul data. Selain itu juga, kajian ini adalah amat penting kerana dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang, didapati e-pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan suasana pengajaran menjadi lebih aktif dan bermakna. Tambahan pula, pengkaji mendapati bahawa dengan amalan dan pelaksanaan e-pembelajaran, ianya secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang lebih fleksibel dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Sains Malaysia. Menurut pengkaji juga, pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan e-pembelajaran dengan meluas terutamanya di Pusat Pengajian Jarak Jauh. Apatah lagi, pihak universiti telah memperkenalkan pembelajaran sidang video, videonet, perpustakaan elektronik dan juga pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan di laman web universiti. Dengan itu, kejayaan pihak universiti memperluaskan e-pembelajaran di kampus telah mendorong pengkaji untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai penerimaan dan persepsi pensyarah-pensyarah terhadap e-pembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka. 2.0 Persoalan Kajian Dalam jurnal ini, pembaca telah mengenal pasti beberapa persoalan yang cuba dibangkitkan oleh pihak pengkaji tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan epembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia. Antara persoalan yang timbul adalah pengkaji cuba mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pensyarah-pensyarah di universiti. Ini adalah amat penting kerana pihak universiti telah banyak memperkenalkan konsep e-pembelajaran dalam kampus. Apatah lagi, pihak 1
  • 2. universiti didapati telah sentiasa menggalakkan setiap ahli akademiknya mengaplikasikan epembelajaran dalam setiap sesi pembelajaran pelajar. Persoalan yang seterusnya yang cuba ditimbulkan oleh pihak pengkaji ialah keupayaan ahli-ahli akademik di Universiti Sains Malaysia untuk sentiasa mengaplikasikan epembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka. Ini adalah didapati bahawa kebanyakan ahli akademik di universiti ini masih belum bersedia untuk melaksanakan e-pembelajaran. Apatah lagi, pengkaji berpendapat bahawa pelaksanaan e-pembelajaran masih berada pada tahap yang amat tidak memuaskan. Ini adalah amat menyukarkan usaha pihak universiti untuk mengubah minda pelajar daripada pasif kepada suasana pembelajaran yang aktif terutamanya dalam penggunaan teknologi internet melalui talian yang boleh didapati di dalam kampus USM. Persoalan yang lain ialah pengkaji cuba untuk melihat dengan lebih terperinci tentang hubungan antara kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia. Pengkaji berpendapat bahawa pelaksanaan e-pembelajaran akan mencapai matlamat yang ditetapkan jika setiap ahli akademik memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab dalam melaksanakan epembelajaran dalam kaedah pengajaran mereka. Apatah lagi, pihak universiti amat berharap agar amalan e-pembelajaran dapat diterima dengan maksimum setiap ahli akademik di universiti ini kerana ianya dapat membantu untuk mewujudkan anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik di universiti ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, pengkaji cuba mengkaji sama ada e-pembelajaran yang cuba diterapkan dalam kalangan ahli akademik dapat diterima dalam kalangan ahli-ahli akademik di universiti ini. Ini adalah disebabkan, pihak pengkaji percaya bahawa pelaksanaan epembelajaran dapat menyumbang ke arah suasana pembelajaran yang fleksibel. Apatah lagi, dengan penggunaan internet yang amat meluas dalam kampus, ianya secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah penerimaan amalan e-pembelajaran dalam kalangan ahli-ahli akademik di universiti ini. Tambahan pula, pengkaji mendapati kemudahan komputer dan multimedia yang murah, mudah dan pantas mampu menyumbang kepada penerimaan epembelajaran dalam kalangan ahli-ahli akademik di USM. 2
  • 3. 3.0 Kaedah Kajian Dalam jurnal ini, pembaca mendapati pengkaji menjalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Tambahan pula, pembaca melihat pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah non-probability. Ini adalah disebabkan tujuan kajian ini adalah bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian yang dijalankan pengkaji ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Pembaca juga mendapati pengkaji telah memilih responden kajian yang mana terdiri daripada ahli-ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Pengkaji telah menetapkan syarat pemilihan responden adalah ahli-ahli akademik tersebut menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu juga, didapati pengkaji telah mengedarkan sejumlah 165 borang soal selidik kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian. Namun demikian, pihak mengkaji hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 119 borang soal selidik mengikut pusat pengajian. Untuk menganalisa data, pihak pengkaji telah menggunakan analisis kuantitatif melalui program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0i. Untuk memudahkan pihak pengkaji menganalisa data, setiap data yang diperoleh telah ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. 4.0 Dapatan Kajian Dalam jurnal ini, pengkaji telah menunjukkan dapatan kajian dengan cara yang amat sistematik iaitu dengan menggunakan jadual. Setiap jadual, data yang ditunjukkan dapat memudahkan pembaca untuk memahami hasil dapatan. Dalam jadual 1, pembaca mendapati bahawa pengkaji ingin melihat persepsi responden terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Untuk mendapat hasil yang memuaskan, pengkaji telah mengemukakan 19 soalan untuk diajukan kepada setiap responden. Daripada data yang ditunjukkan dalam jadual 1, pembaca mendapati bahawa secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan e-pembelajaran saling berkait rapat. 3
  • 4. Namun demikian, melalui data yang ditunjukkan dalam jadual pembaca mendapati kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan responden berada di tahap sederhana. Seterusnya, pembaca juga mendapati pengkaji berusaha untuk mengkaji tahap kefahaman responden terhadap konsep e-pembelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam kalangan ahli akademik. Pengkaji telah menunjukkan data yang diperolehi dengan begitu sistematik dan setiap dapatan telah dianalisa malahan dapatan ditunjukkan dalam jadual 2. Dalam jadual 2 ini juga, pembaca mendapati menghuraikan sedikit matlamat dapatan adalah untuk melihat e-pembelajaran adalah salah satu kaedah pembelajaran yang baru khusus untuk para pelajar dan memenuhi perkembangan ICT. Pengkaji cuba menunjukkan bahawa kajian ini sebenarnya adalah untuk membuktikan bahawa pembelajaran yang dikendalikan dengan menggunakan komputer serta rangkaian internet dapat memudahkan pembelajaran dalam dewan kuliah. Apatah lagi, e-pembelajaran membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai pelajar tanpa batasan. Oleh yang demikian, pembaca mendapati hasil kajian yang ditunjukkan dalam jadual 2 adalah bahawa e-pembelajaran yang ingin dilaksanakan di USM memerlukan komitmen yang lebih dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya. Selain itu juga, pembaca juga mendapati pengkaji ingin mengkaji tahap kefahaman responden mengenai tanggungjawab sebagai ahli akademik yang perlu melaksanakan tanggungjawab e-pembelajaran di USM. Pembaca mendapati bahawa pengkaji telah menunjukkan data dengan sistematik dalam jadual 3 malahan dapatan kajian telah dianalisa dengan sempurna. Dalam jadual 3, pembaca melihat dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umumnya generalisasi yang dibuat oleh pengkaji adalah kebanyakkan responden adalah bersetuju dengan setiap tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran di USM. Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat dibuat adalah menunjukkan bahawa setiap ahli akademik di USM amat memahami tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk menjayakan e-pembelajaran. 4
  • 5. 5.0 Kesimpulan Oleh itu, secara keseluruhan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat empat konsep e-pembelajaran di USM yang perlu diketengahkan. Konsep yang pertama ialah epembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar. Konsep kedua ialah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. Konsep ketiga ialah e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep keempat pula ialah pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan internet membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar. 5