SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
ANALISIS ISU : BEBAN TUGAS GURU DI SEKOLAH MEMBAWA PADAH
P
Pengenalan
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang sangat
sinonim dengan situasi guru – guru pada masa kini. Pelbagai tugas dan beban diberikan sehari demi
sehari bagi memenuhi tuntutan semasa. Guru juga menjadi agen perubahan masyarakat madani
yang menerima pelbagai cabaran di era globalisasi yang semakin pesat membangun. Tambahan,
negara meletakkan sasaran yang tinggi dalam menjana ekonomi semasa untuk membolehkan negara
bersaing di pasaran global. Matlamat ini memberikan tempias kepada bidang pendidikan khususnya
warga pendidik.
Jika diteliti beberapa isu dalam bidang pendidikan termasuk isu – isu keguruan yang turut disiarkan
di akhbar – akhbar antaranya Beban tugas : Ramai guru terdedah risiko penyakit kritikal (
Utusan Malaysia, 2008 ) dan Guru tiada masa untuk keluarga ( Harian Metro, 2010 ) jelas
memperlihat bahawa guru turut menanggung beban tugas yang kritikal sehingga membawa mudarat
bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga dan masyarakat. Hakikatnya isu ini memang berlaku
namun tiada pihak yang sedar akan kesan dan kemudaratan yang boleh mencemarkan profesion
keguruan.
2.0 Situasi beban tugas guru
Saya tertarik dengan keratan akhbar berhubung dengan isu Ramai guru terdedah kepada risiko
penyakit kritikal ( Utusan Malaysia, 2008 ). Apakah situasi sebenar yang berlaku di dalam dunia
pendidikan kini terutamanya rutin harian bagi warga pendidik? Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata , semakin banyak guru
mengalami tekanan perasaan dan terdedah kepada risiko penyakit barah, jantung dan darah tinggi.
Hal ini berdasarkan jumlah tuntutan insurans yang dibuat dalam kalangan pendidik sejak lima tahun
yang lepas. Rekod menunjukkan jumlah pertambahan bagi penyakit kritikal yang melibatkan guru
pada setiap tahun dan situasi ini amat menakutkan khususnya bagi warga pendidik.
Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang
serius yang berhubung kait dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah
laku dan “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock dan Scott
(1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap
kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya
untuk mengawalnya. Dalam hal ini, kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai
untuk menangani stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan
menangani stres.
Selain itu, peranan guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu malah hakikatnya guru
perlu bertugas tidak mengira waktu seperti profesion seorang doktor dan arkitek. Saya mengatakan
sedemikian kerana berdasarkan keratan akhbar berjudul Guru tiada masa untuk keluarga ( Harian
Metro, 2010 ) menyatakan sedang penjawat awam kelam kabut menuju ke mesin perakam waktu,
guru – guru sudah ada di sekolah seawal jam 7 pagi. Tidak dinafikan guru – guru boleh pulang dari
sekolah seawal tamatnya sesi persekolahan. Namun, tugas guru tidak berhenti di situ. Bagi
menyediakan persiapan pengajaran yang rapi untuk keesokan harinya guru perlu menyambung
tugas di sekolah bukan sahaja untuk persiapan pengajaran malah lain – lain hal seperti mesyuarat,
kursus dan aktiviti – aktiviti lain memerlukan komitmen guru tanpa mengira waktu.
Bercakap soal waktu bertugas guru, banyak pihak yang turut mempertikaikan kelebihan profesion ini
bersama ganjaran iaitu gaji yang lumayan. Hakikatnya dalam waktu yang sama, kesediaan dari segi
mental dan fizikal amat mencabar profesion ini kerana guru bukan sahaja mengajar kurikulum
berkaitan malah kemahiran – kemahiran yang lain seperti kesukanan, pengurusan, pengawasan,
kreativiti, kemahiran ICT dan pertukangan turut memerlukan khidmat guru di sekolah. Siapa tahu
guru juga menjadi tenaga buruh dan petani yang banyak menyumbangkan nama baik sekolah walhal
banyak tenaga dan komitmen lain masih diperlukan.
Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan
keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas
guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru
kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti
menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau
wakil pengetua atau guru besar.
Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum
seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai
program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.
Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu
mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan
harinya.
3.0 Punca situasi
Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, Tahun lepas,
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas
itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.
Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada
jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca
pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang
perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini belum dapat dilihat sebarang hasil dan kesannya
terhadap guru. Bahkan guru semakin bertambah kerja. Sekiranya usaha ini dilaksanakan ke dalam
sistem pengurusan sekolah sudah tentu beban tugas guru semakin berkurang dan guru dapat
memberikan fokus terhadap tugas dalam bidang kurikulum.
Kerja manual masih wajib dan kerja digital pun kena buat. Sebagai contoh :
1. Maklumat Murid
o Kena direkodkan dalam buku besar pendataran pelajar
o Kena direkodkan dalam buku kedatangan
o Kena direkodkan dalam kad 001
o Kena direkodkan dalam SSM
o Kena direkodkan dalam BBM
o Kena direkodkan dalam fail KOKO
2. Maklumat ujian dan peperiksaan
o Kena direkodkan dalam buku ringkasan mengajar
o Kena direkodkan dalam borang TOV
o Kena direkodkan dalam ISIS (Sistem maklumat peperiksaan dalaman)
o Kena direkodkan dalam SISPA/SASP (Sistem maklumat peperiksaan online)
o Kena direkodkan dalam borang analisis item
Selain itu, permasalahan ini turut berlaku kerana dunia globalisasi kini memerlukan sistem bertindak
sedemikian.
“ Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita
berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ... kebanyakan dari unsur ini adalah baik,
tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu
cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. “
(Laporan Kabinet. 1979 : 226)
Bidang pendidikan menerima pengaruh persekitaran dari kemasukan globalisasi secara terbuka
apabila sumber dan media pengajaran dan pembelajaran turut menggunakan kemudahan teknologi
pada hari ini seperti penggunaan ICT. Jika dahulu guru banyak menggunakan alat – alat bantu
mengajar yang pelbagai tapi kini guru hanya memerlukan sebiji komputer dan pemancar LCD untuk
media pengajaran yang lebih interaktif. Murid juga turut terlibat dalam proses pelajaran
berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara lansung. Perubahan ini jelas diterima oleh
sekolah – sekolah seluruh Malaysia walaupun usaha untuk memperkasakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( TMK ) ini masih diperingkat asas.
Globalisasi dalam pendidikan turut menjelaskan beberapa cabaran yang perlu diterima oleh warga
pendidik. Kredibiliti dan akauntabiliti guru semakin mencabar tugas sebagai seorang pendidik.
Amanah yang dipikul semakin terbeban dengan pengagihan masa yang begitu padat antara
tanggungjawab kepada murid dan tanggungjawab kepada lain – lain hal yang berkaitan dengan
sistem pendidikan kini. Globalisasi telah memberikan cabaran kepada pembentukan jati diri yang
tinggi dalam kalangan murid. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan
gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh
dengan amalan negatif kehidupan Barat.
Oleh itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di
landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program
pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru,
budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri
dalam pembentukan moral pelajar.
4.0 Langkah mengatasi
Pihak yang paling berpengaruh menerima cabaran dalam dunia pendidikan kini ialah guru.
Profesionalisme guru menjadi aset utama yang akan dipersoalkan dalam dunia globalisasi pada masa
kini. Oleh hal yang demikian, guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan releven
dengan zamannya. Robiah (1994) dalam Habib & Megat (2008) mencadangkan beberapa kriretia
guru yang perlu dimilki agar mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan
zaman seperti berikut:
· Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
· Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya
· Sentiasa mengikut peredaran zaman
· Memahami perkembangan teknologi
· Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.
Berdasarkan kriteria – kriteria ini, guru bukan lagi satu profession yang dianggap mudah malah
professionalisme keguruan boleh dipertikai buat masa kini berdasarkan keperluan semasa. Cabaran
yang dipikul semakin besar di samping memenuhi keperluan sosial yang sangat pantas berkembang.
“ Antara cabaran paling besar yang dihadapi guru dan pendidik masa kini ialah sama ada mereka
memiliki kecekapan yang secukupnya dalam mempersiapkan dan membentuk generasi akan
datang,” kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah dalam akhbar Berita Harian. Hal ini
bermakna para pendidik kini berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding dengan era
sebelum ini.
Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka
sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu
penyelesaian harus dicari bagi meringankan beban ini kerana lambat laun ia akan menjejaskan
kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Apa
sekali pun, kita yakin Kementerian Pelajaran akan mengambil kira kebajikan guru dalam menilai
buruk baiknya penetapan waktu kerja sembilan jam ini sebelum membuat keputusan untuk
melaksanakannya.
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan program perintis sistem kerja sembilan jam bagi guru mulai
Januari ini yang ditolak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menjadi isu terbaru
yang hangat dibincangkan kelompok keguruan sekarang. Bagi kesatuan terbabit, cadangan
menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi
menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Kementerian
Pelajaran pula mahu guru bersikap terbuka terhadap cadangan itu.
Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah
adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas
yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan. Ia berdasarkan kajian
ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti
Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah
yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti
oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom.
Lagi cadangan yang dapat membantu mengurangkan beban guru ialah satu lagi cadangan ialah
kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan
untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.
Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan
hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’
Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani
di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan
pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.
“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar,
walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama
mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,”
katanya.
Demi menyokong hasrat murni negara untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi selaras dengan
usaha negara ke arah pembangunan ekonomi secara global, semua pihak seharusnya memainkan
peranan sebagai agen perubahan dan nadi penggerak kepada sistem pendidikan negara.
Memandangkan negara mensasarkan peningkatan ekonomi sehingga meletakkan pelaburan yang
tinggi ke atas sistem pendidikan, maka Negara seharusnya bertanggungjawab bagi kemajuan dan
perkembangan pendidikan. Ini tidak bermakna semua sekolah diurus oleh kerajaan tetapi
pendidikan seharusnya ditadbir menggunakan dana awam. Justeru pihak awam harus juga terus
mengawal pendidikan, menentukan piawaiannya dan pengagihan sumbernya.
Guru pula akan terus menjadi wadah utama dalam pendidikan dan kualiti pendidikan banyak
bergantung kepada kualiti pengajaran guru dan usaha guru itu sendiri. Seperti juga perkara lain
dalam ekonomi global di mana guna tenaga berpengetahuan merupakan kunci utama kepada
pengeluaran barangan yang bermutu, maka begitu juga industri ilmu pengetahuan juga akan
bertambah kebergantungan kepada modal insan iaitu guru. Guru menjadi penggerak kepada arus
perubahan sesebuah zaman yang terus membangun tanpa menunggu kesediaan seseorang guru.
Begitu juga peranan ibu bapa yang semakin berat kerana perkembangan globalisasi ini tidak akan
menunggu masyarakat untuk menerimanya atau tidak. Atas keperluan dan kepentingan bersama, ia
harus memenuhi pasaran ekonomi global negara. Tidak dapat dinafikan rata – rata masih ada ibu
bapa yang tidak terdedah terhadap perkembangan globalisasi ini dan mereka tidak boleh
dipersalahkan sepenuhnya kerana ada pihak lain yang boleh bertanggungjawab ke atas kebajikan
anak – anak pada masa kini iaitu guru.
Sebagai kesimpulan, semua pihak termasuk kerajaan, ibu bapa, guru dan masyarakat harus
menggembleng tenaga dan saling memberikan buah fikiran yang bernas untuk kebaikan anak bangsa
bersama. Demi manyahut cabaran Wawasan 2020, pelbagai aspek perlu diberi perhatian termasuk
bidang pendidikan selain tumpuan kerajaan terhadap sumber manusia dan pembangunan sosial
yang lain. Kestabilan kedudukan dan prestasi yang baik dari setiap aspek keperluan negara
membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju yang mampu berdaya saing dengan negara-
negara lain.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Merah Jambu
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)Suhaida Anior
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2Nztl_Ash
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)yopyus
 

La actualidad más candente (20)

Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2
 
Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guruProfesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)
 

Similar a Analisis isu

ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoSumarso M.Pd.
 
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Vina Serevina
 
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIrul Erul
 
Shareen maurine ruhuletion[1]
Shareen maurine ruhuletion[1]Shareen maurine ruhuletion[1]
Shareen maurine ruhuletion[1]varef ruhulessin
 
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuPensil Dan Pemadam
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIA
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIAPROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIA
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIAAkmlna
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma Rahmawati
 
Makalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaMakalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaSeptian Muna Barakati
 

Similar a Analisis isu (20)

ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
 
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
 
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruan
 
Shareen maurine ruhuletion[1]
Shareen maurine ruhuletion[1]Shareen maurine ruhuletion[1]
Shareen maurine ruhuletion[1]
 
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIA
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIAPROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIA
PROBLEMATIKA PENDIDIKAN DI INDONESIA
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Makalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaMakalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinya
 

Más de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Más de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Analisis isu

  • 1. ANALISIS ISU : BEBAN TUGAS GURU DI SEKOLAH MEMBAWA PADAH P Pengenalan Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang sangat sinonim dengan situasi guru – guru pada masa kini. Pelbagai tugas dan beban diberikan sehari demi sehari bagi memenuhi tuntutan semasa. Guru juga menjadi agen perubahan masyarakat madani yang menerima pelbagai cabaran di era globalisasi yang semakin pesat membangun. Tambahan, negara meletakkan sasaran yang tinggi dalam menjana ekonomi semasa untuk membolehkan negara bersaing di pasaran global. Matlamat ini memberikan tempias kepada bidang pendidikan khususnya warga pendidik. Jika diteliti beberapa isu dalam bidang pendidikan termasuk isu – isu keguruan yang turut disiarkan di akhbar – akhbar antaranya Beban tugas : Ramai guru terdedah risiko penyakit kritikal ( Utusan Malaysia, 2008 ) dan Guru tiada masa untuk keluarga ( Harian Metro, 2010 ) jelas memperlihat bahawa guru turut menanggung beban tugas yang kritikal sehingga membawa mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga dan masyarakat. Hakikatnya isu ini memang berlaku namun tiada pihak yang sedar akan kesan dan kemudaratan yang boleh mencemarkan profesion keguruan. 2.0 Situasi beban tugas guru Saya tertarik dengan keratan akhbar berhubung dengan isu Ramai guru terdedah kepada risiko penyakit kritikal ( Utusan Malaysia, 2008 ). Apakah situasi sebenar yang berlaku di dalam dunia pendidikan kini terutamanya rutin harian bagi warga pendidik? Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata , semakin banyak guru mengalami tekanan perasaan dan terdedah kepada risiko penyakit barah, jantung dan darah tinggi. Hal ini berdasarkan jumlah tuntutan insurans yang dibuat dalam kalangan pendidik sejak lima tahun yang lepas. Rekod menunjukkan jumlah pertambahan bagi penyakit kritikal yang melibatkan guru pada setiap tahun dan situasi ini amat menakutkan khususnya bagi warga pendidik.
  • 2. Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock dan Scott (1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya untuk mengawalnya. Dalam hal ini, kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai untuk menangani stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan menangani stres. Selain itu, peranan guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu malah hakikatnya guru perlu bertugas tidak mengira waktu seperti profesion seorang doktor dan arkitek. Saya mengatakan sedemikian kerana berdasarkan keratan akhbar berjudul Guru tiada masa untuk keluarga ( Harian Metro, 2010 ) menyatakan sedang penjawat awam kelam kabut menuju ke mesin perakam waktu, guru – guru sudah ada di sekolah seawal jam 7 pagi. Tidak dinafikan guru – guru boleh pulang dari sekolah seawal tamatnya sesi persekolahan. Namun, tugas guru tidak berhenti di situ. Bagi menyediakan persiapan pengajaran yang rapi untuk keesokan harinya guru perlu menyambung tugas di sekolah bukan sahaja untuk persiapan pengajaran malah lain – lain hal seperti mesyuarat, kursus dan aktiviti – aktiviti lain memerlukan komitmen guru tanpa mengira waktu. Bercakap soal waktu bertugas guru, banyak pihak yang turut mempertikaikan kelebihan profesion ini bersama ganjaran iaitu gaji yang lumayan. Hakikatnya dalam waktu yang sama, kesediaan dari segi mental dan fizikal amat mencabar profesion ini kerana guru bukan sahaja mengajar kurikulum berkaitan malah kemahiran – kemahiran yang lain seperti kesukanan, pengurusan, pengawasan, kreativiti, kemahiran ICT dan pertukangan turut memerlukan khidmat guru di sekolah. Siapa tahu guru juga menjadi tenaga buruh dan petani yang banyak menyumbangkan nama baik sekolah walhal banyak tenaga dan komitmen lain masih diperlukan. Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya.
  • 3. 3.0 Punca situasi Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru. Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini belum dapat dilihat sebarang hasil dan kesannya terhadap guru. Bahkan guru semakin bertambah kerja. Sekiranya usaha ini dilaksanakan ke dalam sistem pengurusan sekolah sudah tentu beban tugas guru semakin berkurang dan guru dapat memberikan fokus terhadap tugas dalam bidang kurikulum. Kerja manual masih wajib dan kerja digital pun kena buat. Sebagai contoh : 1. Maklumat Murid o Kena direkodkan dalam buku besar pendataran pelajar o Kena direkodkan dalam buku kedatangan o Kena direkodkan dalam kad 001 o Kena direkodkan dalam SSM o Kena direkodkan dalam BBM o Kena direkodkan dalam fail KOKO 2. Maklumat ujian dan peperiksaan o Kena direkodkan dalam buku ringkasan mengajar o Kena direkodkan dalam borang TOV o Kena direkodkan dalam ISIS (Sistem maklumat peperiksaan dalaman) o Kena direkodkan dalam SISPA/SASP (Sistem maklumat peperiksaan online)
  • 4. o Kena direkodkan dalam borang analisis item Selain itu, permasalahan ini turut berlaku kerana dunia globalisasi kini memerlukan sistem bertindak sedemikian. “ Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ... kebanyakan dari unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. “ (Laporan Kabinet. 1979 : 226) Bidang pendidikan menerima pengaruh persekitaran dari kemasukan globalisasi secara terbuka apabila sumber dan media pengajaran dan pembelajaran turut menggunakan kemudahan teknologi pada hari ini seperti penggunaan ICT. Jika dahulu guru banyak menggunakan alat – alat bantu mengajar yang pelbagai tapi kini guru hanya memerlukan sebiji komputer dan pemancar LCD untuk media pengajaran yang lebih interaktif. Murid juga turut terlibat dalam proses pelajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara lansung. Perubahan ini jelas diterima oleh sekolah – sekolah seluruh Malaysia walaupun usaha untuk memperkasakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) ini masih diperingkat asas. Globalisasi dalam pendidikan turut menjelaskan beberapa cabaran yang perlu diterima oleh warga pendidik. Kredibiliti dan akauntabiliti guru semakin mencabar tugas sebagai seorang pendidik. Amanah yang dipikul semakin terbeban dengan pengagihan masa yang begitu padat antara tanggungjawab kepada murid dan tanggungjawab kepada lain – lain hal yang berkaitan dengan sistem pendidikan kini. Globalisasi telah memberikan cabaran kepada pembentukan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.
  • 5. 4.0 Langkah mengatasi Pihak yang paling berpengaruh menerima cabaran dalam dunia pendidikan kini ialah guru. Profesionalisme guru menjadi aset utama yang akan dipersoalkan dalam dunia globalisasi pada masa kini. Oleh hal yang demikian, guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan releven dengan zamannya. Robiah (1994) dalam Habib & Megat (2008) mencadangkan beberapa kriretia guru yang perlu dimilki agar mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman seperti berikut: · Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas · Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya · Sentiasa mengikut peredaran zaman · Memahami perkembangan teknologi · Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif. Berdasarkan kriteria – kriteria ini, guru bukan lagi satu profession yang dianggap mudah malah professionalisme keguruan boleh dipertikai buat masa kini berdasarkan keperluan semasa. Cabaran yang dipikul semakin besar di samping memenuhi keperluan sosial yang sangat pantas berkembang. “ Antara cabaran paling besar yang dihadapi guru dan pendidik masa kini ialah sama ada mereka memiliki kecekapan yang secukupnya dalam mempersiapkan dan membentuk generasi akan datang,” kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah dalam akhbar Berita Harian. Hal ini bermakna para pendidik kini berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding dengan era sebelum ini. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu penyelesaian harus dicari bagi meringankan beban ini kerana lambat laun ia akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Apa sekali pun, kita yakin Kementerian Pelajaran akan mengambil kira kebajikan guru dalam menilai buruk baiknya penetapan waktu kerja sembilan jam ini sebelum membuat keputusan untuk melaksanakannya.
  • 6. Cadangan kerajaan untuk melaksanakan program perintis sistem kerja sembilan jam bagi guru mulai Januari ini yang ditolak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menjadi isu terbaru yang hangat dibincangkan kelompok keguruan sekarang. Bagi kesatuan terbabit, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran pula mahu guru bersikap terbuka terhadap cadangan itu. Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan. Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Lagi cadangan yang dapat membantu mengurangkan beban guru ialah satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain. Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’ Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan. “Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya. Demi menyokong hasrat murni negara untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi selaras dengan usaha negara ke arah pembangunan ekonomi secara global, semua pihak seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan dan nadi penggerak kepada sistem pendidikan negara. Memandangkan negara mensasarkan peningkatan ekonomi sehingga meletakkan pelaburan yang tinggi ke atas sistem pendidikan, maka Negara seharusnya bertanggungjawab bagi kemajuan dan perkembangan pendidikan. Ini tidak bermakna semua sekolah diurus oleh kerajaan tetapi
  • 7. pendidikan seharusnya ditadbir menggunakan dana awam. Justeru pihak awam harus juga terus mengawal pendidikan, menentukan piawaiannya dan pengagihan sumbernya. Guru pula akan terus menjadi wadah utama dalam pendidikan dan kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pengajaran guru dan usaha guru itu sendiri. Seperti juga perkara lain dalam ekonomi global di mana guna tenaga berpengetahuan merupakan kunci utama kepada pengeluaran barangan yang bermutu, maka begitu juga industri ilmu pengetahuan juga akan bertambah kebergantungan kepada modal insan iaitu guru. Guru menjadi penggerak kepada arus perubahan sesebuah zaman yang terus membangun tanpa menunggu kesediaan seseorang guru. Begitu juga peranan ibu bapa yang semakin berat kerana perkembangan globalisasi ini tidak akan menunggu masyarakat untuk menerimanya atau tidak. Atas keperluan dan kepentingan bersama, ia harus memenuhi pasaran ekonomi global negara. Tidak dapat dinafikan rata – rata masih ada ibu bapa yang tidak terdedah terhadap perkembangan globalisasi ini dan mereka tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana ada pihak lain yang boleh bertanggungjawab ke atas kebajikan anak – anak pada masa kini iaitu guru. Sebagai kesimpulan, semua pihak termasuk kerajaan, ibu bapa, guru dan masyarakat harus menggembleng tenaga dan saling memberikan buah fikiran yang bernas untuk kebaikan anak bangsa bersama. Demi manyahut cabaran Wawasan 2020, pelbagai aspek perlu diberi perhatian termasuk bidang pendidikan selain tumpuan kerajaan terhadap sumber manusia dan pembangunan sosial yang lain. Kestabilan kedudukan dan prestasi yang baik dari setiap aspek keperluan negara membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju yang mampu berdaya saing dengan negara- negara lain.