SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 41
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




MOHD AIDIL BIN OTHMAN


    HAK CIPTA TERPELIHARA©




                 1
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




           2
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



         SOALAN TUGASAN




           3
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




           4
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



                                              PENGHARGAAN




      Alhamdulillah.Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.
Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat ke
seluruh alam.

      Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan
dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.

      Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika
senang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberi
sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.

Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.




Mohd Azrai Haron




Mohd Fadhli Othman




Muhammad Hanis Abdul Mutalib




                                         5
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



                                         ISI KANDUNGAN




SOALAN TUGASAN                                                 3

PENGHARGAAN                                                    5

ISI KANDUNGAN                                                  6

PENGENALAN                                                     7

  a) PETA MINDA                                                8
             KONSEP PERLEMBAGAAN                               9
             UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN            11
  b) CARTA   GARIS   MASA      SEJARAH   PENGGUBALAN   PERLEMBAGAAN
    SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA.                           13
  c) LAPORAN                                                   17
       1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA                               17
       2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN                            19
       3.0 KONTRAK SOSIAL                                 20
             3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL                         21
             3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL 23
             3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL                    26
             3.4 KESIMPULAN                                    28
             3.5 BIBLIOGRAFI                                   29
             3.6 LAMPIRAN                                      31

KOLABORASI




                                    6
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



                                                   PENGENALAN




      Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi
pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan
mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal
daripada bandar pelabuhan.Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,
Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan.Pada awal abad ke-
15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau
koloni di Selat Melaka.

      Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826.Britain
atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan
kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu.Penempatan awal kolonial
British ini bertapakdi Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi
semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat
banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan
Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi
dan timah.Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam
negeri-negeri Melayu.Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,
Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat.

      Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan
kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri

                                          7
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

        Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala
Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan
Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan
semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang
berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-
Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan
tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
status warganegara      Malaya    dan   negara   asal mereka). Kemerdekaan     untuk
Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan
Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

        Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian
dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan
hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat
Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan
Agong.Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan
Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina.Selain itu, pada 1965,
Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei
1969.

        Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan
bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan
sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun
1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing
tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah
mengubah sosio-politik negara.




                                            8
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



                                  a) PETA MINDA




KONSEP PERLEMBAGAAN




          PERLEMBAGAAN



     KONSEP               JENIS-JENIS


                                           TIDAK
              BERTULIS
                                          BERTULIS




                          9
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK



                        KONSEP PERLEMBAGAAN



            TUN SALLEH ABAS                                        SHAMSUL AMRI
Surat catatan atau surat cara yang                    Kumpulan peraturan atau undang-undang
mengandungi semua undang-undang                       sama ada bertulis atau tidak bertulis.
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
                                                      Menentukan organisasi kerajaan,
mewujudkan sebuah negara yang moden.
                                                      pembahagian kuasa antara pelbagai badan
                                                      kerajaan dan prinsip-prinsip umum
                                                      bagaimana kuasa-kuasa tersebut
                                                      dilaksanakan.




                                                                RUSLAN ZAINUDDUIN
              SALMAH HUSSAIN
                                                        Satu dokumen yang mengandungi semua
 Suatu catatan yang amat penting dalam
                                                        susunan peraturan dan undang-undang
 menyatakan kedaulatan dan kewujudan
                                                        dasar yang dianggap penting bagi
 sesebuah negara yang merangkumi organisasi
                                                        pemerintahan dan pentadbiran
 pentadbiran dan kemasyarakatan.
                                                        sesebuah negara.
 Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara
                                                        Perlembagaan ini berperanan dalam
 dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan
                                                        menentukan bidang kuasa
 masyarakat dalam negara dan luar negara.
                                                        pemerintahan, bentuk sesebuah
 Pembentukan Perlembagaan juga berlaku                  kerajaaan dan hak-hak rakyat.
 kerana terjadinya perjanjian antara satu
 bangsa dengan bangsa yang lain, atau
 sesebuah masyarakat dalam negara dengan
 masyarakat antarabangsa.                       •   BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul
                                                    dan disusun dalam satu dokumen. Contoh:
                                                    Perlembagaan Malaysia

                                                •   TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan
                                                    yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
                                                    seperti undang-undang adat. Contoh: adat
                                                    perpatih.
                                               10
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN



              UNSUR-UNSUR TRADISI
                    DALAM
                  PERLEMBAGAAN
                     MALAYSIA

BAHASA       AGAMA         KEDUDUKAN        PEMERINTAHAN
MELAYU        ISLAM         ISTIMEWA           BERAJA
                              ORANG
                             MELAYU,
                           BUMIPUTERA
                             SABAH &
                            SARAWAK




                            11
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




                      • BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti
                        digunakan untuk maksud-maksud rasmi
BAHASA MELAYU         • Tiada larangan menggunakan atau mengajar
                        atau belajar bahasa lain.




                      • Perkara 3(1), agama Islam adalah agama
                       rasmi Persekutuan.
                      • Agama lain boleh diamalkan dengan aman
 AGAMA ISLAM           dan damai.
                      • Setiap orang mempunyai hak untuk
                       menganut dan mengamalkan agama.


                      • Jawatan dalam perkhidmatan awam,
    KEDUDUKAN          biasiswa, pendidikan, perniagaan,
 ISTIMEWA ORANG        kemudahan khas.
                      • Tanah rizab orang Melayu dilindungi
      MELAYU,          daripada diselenggara oleh orang bukan
    BUMIPUTERA         Melayu.
SABAH & SARAWAK       • Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke
                       dalam Rejimen Askar Melayu.




                      • Raja berkuasa mutlak
  PEMERINTAH
                      • Dibantu oleh pembesar-pembesar yang
    BERAJA              dilantik sebelum penjajahan British.




                             12
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN
        PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI
                                                                        MALAYSIA




                           MALAYAN UNION
 Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat.
 Ditentang hebat oleh Orang Melayu.
 Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office.
 Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang
 memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau
 rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara
 perlembagaan Malayan Union ialah;
 1.      Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam
 dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.
 2.      Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan
 yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor
 memerlukan nasihat itu.
 3.       Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama
 banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-
 undang walaupun tanpa pandangan Sultan.
 4.       Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam
 tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja.
 5.       Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan
 majlisnya sendiri.
 6.       Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI
 adalah negeri mereka.




                                        13
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




         PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan
beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;
1.      Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih
lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik
ataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan
diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila
masa saja, kerakyataan permohonan, seseorang itu telah berada di Federated Malay State
tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon atau seseorang itu telah
berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum
memohon.
2.      Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini
bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor
1874.
3.      Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis
mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini
menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan.
Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah
Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.
4.      Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak
negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.




                                        14
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




    PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU
                       (1957)
Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.ia dilaksanakan di
Semenanjung Tanah Melayu sahaja.




                                          15
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




                   PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan
pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk
pada 16 September 1963. Antara Akta Malaysia ialah ;
1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat
2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik
dan akan dapat hak yang sama
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.




                                                 16
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK




                                                        c)LAPORAN



1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

        Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul
serentak dengan pembentukan sesebuah negara itu.Ini mungkin berlaku akibat
revolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan
sebilangan besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang
baru.

        Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan
disambut baik oleh British kerana ia akan memudahkan British menguasai Malaysia
melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang
diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak
dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 .

        Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta
Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur
penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara Akta
Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawab
kerajaan pusat, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
kepada penganut agama lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur-
ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi
kuasa imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan,
negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik
dan akan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu.


                                        17
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


       Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan
apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu
kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala
Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam bagi seluruh Persekutuan
serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati raja-raja tentang agama
Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu raja
sebagai pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan
daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam perlembagaan Malayan Union,
kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya
Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna
perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didalam Perlembagaan
Malayan Union.

       Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri
berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah
negara     Persekutuan.      Kedua,     Malaysia     sebagai      sebuah    negara      raja
berperlembagaan.Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.
Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
tetapi pada masa yang samamenjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia
yang akan dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan
kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana
Menteri yang dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status
yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya
mempunyai     fungsi   dan    tanggungjawab        yang     berbeza.   Perlembagaan    juga
memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan
parlimen manakala badan eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang menentukan
pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

       Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara Persekutuan iaitu
kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata
sementara segala baki kuasa terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia
juga     menjelaskan    tentang      hubungan      antara     Persekutuan    dan     negeri-


                                             18
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


negeri.Iaditerangkan melalui senarai Persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta
pentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain.

        Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan
negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang
negeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebut
terbatal.Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi
binatang liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan
lain-lain lagi.

        Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada kerajaan
negeri.Ia meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari
kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain.

        Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa, hak dan
tanggungjawab sesuatu golongan.Ini bukan sahaja releven dalam soal individu malah
releven dalam hubungan antara wilayah.Dalam negara Persekutuan, perlembagaan
amat penting dimana setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan
kerajaan yang berada di peringkat pusat.

2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

        Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya.Begitu juga
dengan Perlembagaan Malaysia.Kebanyakkan kepentingannya bertujuan mengekalkan
perpaduan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini.Antara keistimewaannya
ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya.Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran, ketua atau Perdana
Menteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.Perlembagaan
dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan.

        Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan
menjaminkecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis


                                           19
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


panduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat
dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di
dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran
menjalankan tugas di dalam sesebuah negara.Kerana di sinilah terletaknya
kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk
membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni.

      Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa memerintah
supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini
kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang
berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya
segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.
Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan
terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

      Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan
masyarakat pribumi dan bumiputra tidak akandipersoalkan. Ini kerana majoriti
masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu.Selain itu juga orang Melayu
hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang
di bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum.

3.0 KONTRAK SOSIAL

      Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik,
budaya dan agama.Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilang
kaum merupakan satu keunikan.Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka oleh
perlembagaan.

      Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapa
masalah.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan.Ia
berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap
kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan.Di samping itu, kaum-


                                          20
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan
agama rasmi.Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.

      Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya.Masalah ini bukan disebabkan
oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah
dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi.Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan dan menjejaskan perpaduan.

      3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL

      Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara
kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara.

      Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk
negara.Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja
soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu,
kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh
kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan
orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

      Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini



                                           21
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk
memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

      Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen
yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang
berkaitan dengan kontrak.Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosial
apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang
melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

      Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.
Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi
berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah
menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.

      Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru
daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.
Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Dalam
konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan
masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud
saling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak
ansur.Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama.Justeru kontrak
sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan
dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi
hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.

      Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian
hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di
negara ini.Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada
sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun


                                          22
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan
bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.Semua
yang    terlibat   dalam   perjanjian   itu   mesti   bersetuju   kepada   perubahan   dan
pindaan.Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalam
Perlembagaan Persekutuan.

        Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi
muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami
dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini
amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas
maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama
melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan
universiti.

        3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL

        Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai
antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

        Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa
elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada
asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun
1957.

        Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak

                                               23
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


sebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara.
Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

      Di    mana-mana    negara    sekalipun,   perlembagaan        lahir   hasil    daripada
perkembangan sejarah.Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikan
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke
dalam Perlembagaan.Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu
institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

      Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah.Apabila Tanah
Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat.Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan
beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997].Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal
negara Malaysia.Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian
daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik.Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi
kepada     upacara   rasmi   negara.Kewujudan    sistem    beraja     dengan        sendirinya
menekankan ciri-ciri kemelayuan.

      Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh
British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai
penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan
India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada
masyarakat pribumi.Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di
bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat


                                          24
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka
kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan
atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen
perniagaan.

      Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara
89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-
undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.

      Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu
isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan peganganorang
Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]

      Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati
diri sesebuah negara dan kontrak sosial.Keperluan satu bahasa kebangsaan yang
menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.




                                        25
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


      3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang
telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku
sebarang konflik perkauman.Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di
Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

      Sesungguhnya      elemen-elemen     kontrak      sosial   yang   terdapat   dalam
perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan
pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan
dalam keharmonian kaum.

      Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di
Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati
dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

      Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak
sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan
kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu
yang sudah berlalu.

      Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia
adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat
bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.Jika golongan bukan
Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera
pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa
orang Melayu.




                                          26
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


      Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau
sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
negara ini.Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama
bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia.Apa yang penting ialah kedua-dua pihak
harus saling memahami.

      Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat
polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa
Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu
tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua
perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang
Melayu (Utusan Malaysia, 1998)

      Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim
Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara
kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.Menurut beliau,
formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

      Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama
iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha
Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan
individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan
kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan
mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16
November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes
perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si
mati dan juga Jabatan Agama Islam.

      Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin
keharmonian kaum di Malaysia.Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak


                                          27
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka
akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.

      Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini
sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu
bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah
lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang
kontrak sosial secara terbuka.

      3.4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini
sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan
secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa
Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

      Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang
sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang
erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan
menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat
keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi”.Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam
sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.




                                            28
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


      3.5 BIBLIOGRAFI




__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service.

__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008
     dari laman htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008).    Malaysia   dilayari    pada   4   Februari   2008   dari   laman
     htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman
     htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman
     htttp://www.wikipedia.com

Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa
     dan Pustaka.

Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.

Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan
     Bahasa dan Pustaka.

Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan
     Bahasa dan Pustka.

Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
     Sdn. Bhd.

Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
     Bhd.




                                            29
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


Salmah   Hussain.   (2007).   Pengenalan        Kepada   Sistem   Kemasyarakatan   dan
    Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA).

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:
    Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

Utusan Malaysia(24 Disember 1998).Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak sama sekali
    tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23.

Utusan Malaysia.(14 Ogos 2005).Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng
    Yaik.m/s 7.




                                           30
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


    3.6 LAMPIRAN

PENGENALAN

Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah
penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian
perbincangan   iaitu   konsep   perlembagaan,    unsur-unsur   yang   terdapat   dalam
perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.

1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

      Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law Book
Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan
bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang
terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih
luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat
cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi
punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.
Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak
dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal
dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku.

      Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen
yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan
ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaaan dan hak-hak rakyat.Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara
memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi
jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab
dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.



                                           31
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


        Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan
satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan
dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan
pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.
Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya
tanpa    berlkunya   penyalahgunaan    kuasa.   Sebagai   contoh,   kezaliman    dan
penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang
memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,
Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa.Teori ini
mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh
seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan
kuasa adalah lebih besar.Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu
digunakan.

        Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai
Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan
dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan.Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin
keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga
berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau
sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,
2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat
Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa
kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam
Madinah.




                                         32
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


      1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

      MenurutMontesquieu, di dalam bukunya Spirit des Loismenyatakan bahawa
unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa
pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang-
undang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan
kepada Teori Pengasingan Kuasa.

      Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang
menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan
sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Kebanyakan perkara
dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada
penjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.Terdapat
empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan
dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu.

1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
      1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR

      Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala
Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan
tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in
the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the
welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve
extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest".

      Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan
ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan
oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874.
Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang
mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu.Sultan dan
pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu.
Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan

                                           33
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai
mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib
mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara
tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang
kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan
negeri.

      1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan
apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah
Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk
menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang
dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend
for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya,
Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah
menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh
British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian
formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember
1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan
pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan
Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat
orang-orang Melayu sahaja.Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani
perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan
orang Melayu tidak menentang British.

Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British
Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh
kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil
daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di
Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;



                                          34
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan
tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan
yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor
memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat
dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang
berasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di
mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British
mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah
Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat
yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada
Malayan Union.Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti
nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing
.Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta
nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan
Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan
kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak
dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang
walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan
lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja.Sultan hanya lambang bagi
orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-
tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan
pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 .Ini
bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas
untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan
majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan


                                         35
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta
India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang.
Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan
'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan.
Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan
perlembagaan Malayan Union.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI
adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga
dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan
Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia
membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah
menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina
terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

      Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak
British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan
kuasa penuh diserahkan kepada British.

2. Melaporkan tentang pendirian raja.

3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union.

      Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan
tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor
pertamanya ialah Edward Dent.Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan
Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah
menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British
masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah
dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat
Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat

                                          36
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah
Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang
berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.




      1.3.3PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

      Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(Federated Malay State) masih lagi
mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih
lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara
automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu;

• Kerakyatan automatik

• Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat
Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

• Kerakyataan permohonan

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada
masa 12 tahun sebelum memohon. Atau

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada
masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun.
Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian
Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis
mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini


                                          37
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding
Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay
State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak
negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Desakan    mahukan     kemerdekaan     menyebabkan      British   terpaksa    mengadakan
Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi
oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51
kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu
mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956
yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi
dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau
diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri
dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .
Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia
terkandung    Dalam    fasal   (1)   perkara    4   Perlembagan    Malaysia    disebutkan
"Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan
undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan
Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang
itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di
dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa
perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim
menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan
kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati


                                           38
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam
bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-
teori perlembagaan.




         1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

         Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan
disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British
menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah
dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah
dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun
1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia
di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan
Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963.Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat

2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus
digunakan

4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu

5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan

6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.

7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan
secara automatik dan akan dapat hak yang sama

8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

                                          39
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan
mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan
Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan
Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

2) Yang Dipertuan Agung

3) Raja dan Yang Dipertua Negeri

4) Jemaah Menteri

5) Parlimen

6) Pilihan raya

7) Kehakiman

8) Perkhidmatan awam

9) Negeri-negeri

10) Perhubungan persekutuan dan negiri

11) Peruntukan kewangan

12) Kebebasan asasi

13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan

14) Agama islam

15) Kewarganegaraan

16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak

17) Bahasa kebangsaan

18) Ibukota persekutuan


                                         40
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK


19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang
terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan
akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan
Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri
mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih
sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai
pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada
aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada
Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan
Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut
apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan
Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa
peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi
konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan
Malaysia   dibawah   kerajaan     British.   Kemerdekaan     yang   sebenarnya     adalah
kemerdekaan     dalam    Komenwel        dan      masih    lagi   dalam   bentuk     neo-
colonialisme.Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak
serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan
menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya
pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan
kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan
bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran
tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang
mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.




                                             41

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikanINSTAQLIM
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsionalSuff Fyee
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimuCabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimuMaisarahHannan
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmhaidah888
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 

La actualidad más candente (20)

Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsional
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimuCabaran norma baharu guru pendidikan islam    perhebatkan dirimu
Cabaran norma baharu guru pendidikan islam perhebatkan dirimu
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 

Destacado

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanHubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanMahyuddin Khalid
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikCikgu Ana
 
PERSEMPADANAN PILIHANRAYA
PERSEMPADANAN PILIHANRAYAPERSEMPADANAN PILIHANRAYA
PERSEMPADANAN PILIHANRAYAKhuza Jusra
 
Bangsa, negara dan warganegara
Bangsa, negara dan warganegaraBangsa, negara dan warganegara
Bangsa, negara dan warganegaraEdwin Kusumaadi
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaFatiha Akma
 
Pertolongan pertama dan penanganan darurat detik com
Pertolongan pertama dan penanganan darurat   detik comPertolongan pertama dan penanganan darurat   detik com
Pertolongan pertama dan penanganan darurat detik comdionmike
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahmunir ikhwan
 
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)Crysmond Goh
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATSEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATACHIK AFYY
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnikizuan21
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1iezaku
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Fadhil Ismail
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKAien Mingle
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

Destacado (20)

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanHubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
PERSEMPADANAN PILIHANRAYA
PERSEMPADANAN PILIHANRAYAPERSEMPADANAN PILIHANRAYA
PERSEMPADANAN PILIHANRAYA
 
Bangsa, negara dan warganegara
Bangsa, negara dan warganegaraBangsa, negara dan warganegara
Bangsa, negara dan warganegara
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 MalaysiaHubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
Hubungan etnik - Konsep 1 Malaysia
 
Pertolongan pertama dan penanganan darurat detik com
Pertolongan pertama dan penanganan darurat   detik comPertolongan pertama dan penanganan darurat   detik com
Pertolongan pertama dan penanganan darurat detik com
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
 
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATSEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Bangsa dan Negara
Bangsa dan NegaraBangsa dan Negara
Bangsa dan Negara
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
 

Similar a Assignment hubungan etnik

Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia NoorEfendi Ril
 
2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.pptmohd hassan
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanMahyuddin Khalid
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnikFAROUQ
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxSHUMJINGFUN
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Ashikin Azeman
 
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdf
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdfTopik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdf
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdfNURFATIHAHBINTIMOHAM3
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfT1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfRaihan745396
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptx
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptxCAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptx
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptxArmanVerse
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 

Similar a Assignment hubungan etnik (20)

Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
 
2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
TOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdfTOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdf
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 
PA Semester 1.ppt
PA Semester 1.pptPA Semester 1.ppt
PA Semester 1.ppt
 
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdf
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdfTopik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdf
Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pdf
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdfT1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
T1S1-KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT.pdf
 
Topik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptxTopik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptx
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptx
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptxCAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptx
CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT arman 3ah (1).pptx
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3
 

Más de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Más de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Assignment hubungan etnik

  • 1. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK MOHD AIDIL BIN OTHMAN HAK CIPTA TERPELIHARA© 1
  • 3. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK SOALAN TUGASAN 3
  • 5. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGHARGAAN Alhamdulillah.Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya. Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat ke seluruh alam. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran. Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika senang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi. Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira. Mohd Azrai Haron Mohd Fadhli Othman Muhammad Hanis Abdul Mutalib 5
  • 6. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK ISI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN 3 PENGHARGAAN 5 ISI KANDUNGAN 6 PENGENALAN 7 a) PETA MINDA 8 KONSEP PERLEMBAGAAN 9 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN 11 b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA. 13 c) LAPORAN 17 1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 17 2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 19 3.0 KONTRAK SOSIAL 20 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL 21 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL 23 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 26 3.4 KESIMPULAN 28 3.5 BIBLIOGRAFI 29 3.6 LAMPIRAN 31 KOLABORASI 6
  • 7. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGENALAN Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan.Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan.Pada awal abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826.Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu.Penempatan awal kolonial British ini bertapakdi Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah.Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam negeri-negeri Melayu.Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri 7
  • 8. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong.Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina.Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969. Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik negara. 8
  • 9. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK a) PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN KONSEP JENIS-JENIS TIDAK BERTULIS BERTULIS 9
  • 10. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK KONSEP PERLEMBAGAAN TUN SALLEH ABAS SHAMSUL AMRI Surat catatan atau surat cara yang Kumpulan peraturan atau undang-undang mengandungi semua undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. tertinggi yang difikirkan mustahak bagi Menentukan organisasi kerajaan, mewujudkan sebuah negara yang moden. pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. RUSLAN ZAINUDDUIN SALMAH HUSSAIN Satu dokumen yang mengandungi semua Suatu catatan yang amat penting dalam susunan peraturan dan undang-undang menyatakan kedaulatan dan kewujudan dasar yang dianggap penting bagi sesebuah negara yang merangkumi organisasi pemerintahan dan pentadbiran pentadbiran dan kemasyarakatan. sesebuah negara. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara Perlembagaan ini berperanan dalam dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan menentukan bidang kuasa masyarakat dalam negara dan luar negara. pemerintahan, bentuk sesebuah Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerajaaan dan hak-hak rakyat. kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa. • BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia • TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: adat perpatih. 10
  • 11. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA BAHASA AGAMA KEDUDUKAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLAM ISTIMEWA BERAJA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK 11
  • 12. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK • BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi BAHASA MELAYU • Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain. • Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. • Agama lain boleh diamalkan dengan aman AGAMA ISLAM dan damai. • Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama. • Jawatan dalam perkhidmatan awam, KEDUDUKAN biasiswa, pendidikan, perniagaan, ISTIMEWA ORANG kemudahan khas. • Tanah rizab orang Melayu dilindungi MELAYU, daripada diselenggara oleh orang bukan BUMIPUTERA Melayu. SABAH & SARAWAK • Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu. • Raja berkuasa mutlak PEMERINTAH • Dibantu oleh pembesar-pembesar yang BERAJA dilantik sebelum penjajahan British. 12
  • 13. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA MALAYAN UNION Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Ditentang hebat oleh Orang Melayu. Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan. 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang- undang walaupun tanpa pandangan Sultan. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. 6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri mereka. 13
  • 14. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu; 1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, kerakyataan permohonan, seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon atau seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon. 2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874. 3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor. 4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu. 14
  • 15. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957) Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja. 15
  • 16. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963) Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara Akta Malaysia ialah ; 1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat 2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama 3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan 4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu 5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan 6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam. 7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama 8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. 16
  • 17. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK c)LAPORAN 1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara itu.Ini mungkin berlaku akibat revolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan sebilangan besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan memudahkan British menguasai Malaysia melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara Akta Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur- ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi kuasa imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan, negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik dan akan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu. 17
  • 18. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam bagi seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati raja-raja tentang agama Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu raja sebagai pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam perlembagaan Malayan Union, kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didalam Perlembagaan Malayan Union. Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara raja berperlembagaan.Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang samamenjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia yang akan dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana Menteri yang dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala badan eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan. Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara Persekutuan iaitu kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata sementara segala baki kuasa terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri- 18
  • 19. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK negeri.Iaditerangkan melalui senarai Persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta pentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebut terbatal.Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain lagi. Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada kerajaan negeri.Ia meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain. Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa, hak dan tanggungjawab sesuatu golongan.Ini bukan sahaja releven dalam soal individu malah releven dalam hubungan antara wilayah.Dalam negara Persekutuan, perlembagaan amat penting dimana setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan kerajaan yang berada di peringkat pusat. 2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya.Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia.Kebanyakkan kepentingannya bertujuan mengekalkan perpaduan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini.Antara keistimewaannya ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran, ketua atau Perdana Menteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjaminkecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis 19
  • 20. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK panduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah negara.Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni. Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan masyarakat pribumi dan bumiputra tidak akandipersoalkan. Ini kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu.Selain itu juga orang Melayu hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang di bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum. 3.0 KONTRAK SOSIAL Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama.Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilang kaum merupakan satu keunikan.Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka oleh perlembagaan. Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapa masalah.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan.Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan.Di samping itu, kaum- 20
  • 21. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi.Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan. Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya.Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi.Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. 3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini 21
  • 22. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak.Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya. Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi. Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud saling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur.Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama.Justeru kontrak sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini.Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun 22
  • 23. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti bersetuju kepada perubahan dan pindaan.Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti. 3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak 23
  • 24. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK sebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke dalam Perlembagaan.Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah.Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat.Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997].Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia.Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik.Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara.Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan. Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi.Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat 24
  • 25. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang- undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan peganganorang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” [Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan] Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial.Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. 25
  • 26. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. 26
  • 27. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini.Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia.Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu (Utusan Malaysia, 1998) Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia.Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak 27
  • 28. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka. 3.4 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. 28
  • 29. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.5 BIBLIOGRAFI __________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service. __________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com __________.(2008). Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com __________.(2008). Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com __________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman htttp://www.wikipedia.com Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice. Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustka. Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 29
  • 30. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA). Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA) Utusan Malaysia(24 Disember 1998).Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23. Utusan Malaysia.(14 Ogos 2005).Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik.m/s 7. 30
  • 31. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 3.6 LAMPIRAN PENGENALAN Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian perbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalam perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia. 1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law Book Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat. Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku. Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara. 31
  • 32. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis, Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa.Teori ini mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa adalah lebih besar.Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu digunakan. Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan.Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah, 2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam Madinah. 32
  • 33. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN MenurutMontesquieu, di dalam bukunya Spirit des Loismenyatakan bahawa unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang- undang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan kepada Teori Pengasingan Kuasa. Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada penjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.Terdapat empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. 1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest". Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu.Sultan dan pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan 33
  • 34. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan negeri. 1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat orang-orang Melayu sahaja.Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British. Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah; 34
  • 35. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan. 2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada Malayan Union.Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing .Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing. 3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja.Sultan hanya lambang bagi orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak. 4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap- tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 .Ini bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu. 5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan 35
  • 36. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan 'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union. 6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. 7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya dalam hal kewarganegaraan . Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah; 1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa penuh diserahkan kepada British. 2. Melaporkan tentang pendirian raja. 3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union. Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor pertamanya ialah Edward Dent.Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat 36
  • 37. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. 1.3.3PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu; 1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu; • Kerakyatan automatik • Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja. • Kerakyataan permohonan • Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon. Atau • Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon. 2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874. 3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini 37
  • 38. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor. 4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu. Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ; 1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat 2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu 3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah. Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati 38
  • 39. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori- teori perlembagaan. 1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963.Antara Akta Malaysia ialah ; 1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat 2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama 3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan 4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu 5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan 6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam. 7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama 8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu. 39
  • 40. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi 1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan 2) Yang Dipertuan Agung 3) Raja dan Yang Dipertua Negeri 4) Jemaah Menteri 5) Parlimen 6) Pilihan raya 7) Kehakiman 8) Perkhidmatan awam 9) Negeri-negeri 10) Perhubungan persekutuan dan negiri 11) Peruntukan kewangan 12) Kebebasan asasi 13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan 14) Agama islam 15) Kewarganegaraan 16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak 17) Bahasa kebangsaan 18) Ibukota persekutuan 40
  • 41. WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK 19) Pindaan perlembagaan Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union. Kesimpulannya Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo- colonialisme.Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel. 41