SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR
NAMA AKTIVITI (INDIVIDU) : Menjadi Guru Kelas 3 Harmoni
TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011
OBJEKTIF:
1. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik.
2. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi
disiplin, kesihatan dan latar belakang.
3. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik.
4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan
pelajar serta pelajar dengan guru.
5. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Beliau mencadangkan saya menjadi guru kelas 3 Harmoni selama empat
minggu supaya saya boleh mendapat pengalaman tanda buku kedatangan dan
mengurus kelas.
3. Sepanjang empat minggu ini, saya dikehendaki menanda buku kehadiran setiap
hari selepas perhimpunan pagi.
4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang
kondusif.
5. Saya menghias dan menceriakan kelas dengan kata-kata hikmah, carta-carta
dan bahan-bahan hiasan.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru
kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak
pengalaman seperti pengurusan kelas semasa menjadi guru kelas selama empat
minggu. Saya juga telah belajar cara untuk menanda buku kedatangan murid.
2. Saya dapat lebih memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 3H.
Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa
bekerjasama menghias dan menceriakan kelas semasa waktu rehat.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kebanyakan tugas-tugas guru kelas biasanya telah dilaksanakan pada awal
tahun persekolahan. Jadi semasa internship yang diadakan pada hujung tahun
menyebabkan saya tidak berpeluang menjalankan tugas dengan sepenuhnya.
2. Masa untuk menjadi guru kelas sangat singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain.
Saya tidak dapat memahami latar belakang dan sikap murid dengan lebih
mendalam kerana masa yang terlalu singkat untuk saya berjumpa dan
berkomunikasi dengan mereka.
3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar kelas yang lain dan kali ini telah menjadi
guru kelas untuk kelas yang lain. Ini telah menyebabkan saya susah untuk
pengagihan masa untuk buat hiasan kelas dan mengumpul data untuk kajian
tindakan saya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami sepatutnya diberi masa yang lebih panjang untuk menjadi guru kelas
supaya dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dengan sepenuhnya.
KESIMPULAN
Melalui aktiviti menjadi guru kelas selama empat minggu ini, saya mendapat
banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya
mengambil alih tugas untuk menanda buku kedatangan murid-murid. Ini merupakan
pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara mengira kedatangan murid-
murid. Selain itu, saya berpeluang menghias dan menceriakan kelas saya dengan
bahan-bahan yang berwarna-warni dan kata-kata hikmah.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti menjadi guru kelas,
pihak IPG perlu mengadakan Internship ini pada awal tahun supaya guru pelatih dapat
mengetahui tugas sebenar guru kelas dan membuat tugas-tugas tersebut dengan
sepenuhnya. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan
pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR
NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Perpustakaan
(Mural Jalan-raya 3D)
TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011
OBJEKTIF :
1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2. Menjadikan perpustakaan lebih ceria dan lebih menarik.
3. Menjadikan perpustakaan sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
4. Meningkatkan kesedaran penggunaan jalan raya di kalangan murid.
5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.
 Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan
cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan
sekolah.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
 Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar.
Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang
diperlukan.
3. Menceriakan perpustakaan.
 Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-
murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan
yang baik. Secara tidak langsung, mural jalan raya 3D dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan
isyarat semasa menggunakan jalan raya.
3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-
murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-
pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. Encik Badrul juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas
kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
kami.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di perpustakaan.
Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke perpustakaan untuk
mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja
kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis
sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.
KESIMPULAN
Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari
cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek
dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat
saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan
sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria,
selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural bentuk
jalan raya 3D juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan
raya demi keselamatan diri.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang
diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar dan rakan-rakan saya. Dengan itu,
saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang
dipelajari pada masa yang akan datang.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR
NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Amali Pertolongan Cemas Badan Uniform
TEMPOH PELAKSANAAN : 24.08.2011
OBJEKTIF :
1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan dan aktiviti.
2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan sesuatu program.
3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.
4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di
sekolah pada masa akan datang.
5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.
6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial
dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.
7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.
 Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing kami untuk menentukan
tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.
Tarikh yang dirancangkan ialah 24 Ogos 2011 ketika waktu Kokurikulum badan
beruniform dan hanya murid Tahun 5 dilibatkan.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
 Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas
kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan
setiap guru pelatih.
3. Menjalankan amali di Ruang Legar SKTTJ.
 Setiap stesen dijaga oleh dua orang guru pelatih dan menjalankan amali tentang
pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa
(mobiliti) dan juga khidmat bantu mula.
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu amali yang melibatkan banyak murid.
2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti
dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan
lain.
3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk
mempelajari amali pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka,
mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula supaya mereka
dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ini pada masa yang
memerlukan.
4. Melalui amali ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat
dieratkan lagi.
5. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang
secukupnya kepada guru pelatih.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kesuntukan masa semasa menjalankan amali dari station ke station lain kerana
bilangan guru pelatih di stesen tidak mencukupi untuk mengawal bilangan murid
yang ramai.
2. Sesi refleksi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ini telah
menyebabkan guru pelatih tidak dapat memastikan bahawa setiap anak murid
dapat mempelajari apa yang diajarkan dalam amali.
3. Penilaian tidak dijalankan untuk menguji sama ada setiap murid dapat
mempelajari amali yang diajar.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap
pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, sesi penilaian boleh
dijalankan jika mempunyai masa yang secukupnya.
KESIMPULAN
Melalui amali pertolongan cemas ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat
memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama
dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini,
mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya
aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang
pertolongan cemas yang dapat mereka guna dan aplikasikan pada kehidupan seharian.
Di samping itu, amali ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga
keselamatan diri dan orang di sekeliling secara tidak langsung.
Walaupun masa yang dirancangkan agak kesuntukan namun kami telah berjaya
menyiapkan amali ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar, dan rakan-rakan
saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta
pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh,
………………………………………
SRITHARR A/L JAHANADAN
(GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)
Disemak Oleh,
………………………………………
PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA
(GURU PEMIMBING)
Internship Laporan

More Related Content

What's hot

Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiContoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiRofellafrista
 
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docx
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docxJadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docx
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docxsuperklng
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapSaidah Bahrin
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hokiutohbill
 
Kertas kerja merentas desa 2014
Kertas kerja merentas desa 2014Kertas kerja merentas desa 2014
Kertas kerja merentas desa 2014Samsudin Ahmad
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Nadiah Mohammad
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranZanari Zainon
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahKhairie Idris
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanRibut Taufan
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Laporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralLaporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralPensil Dan Pemadam
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingMokhzani Fadir
 

What's hot (20)

Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiContoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
 
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docx
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docxJadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docx
Jadual 1-5 _ PSO 2021-2025.docx
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrap
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki
86662569 rancangan-pengajaran-harian-hoki
 
Kertas kerja merentas desa 2014
Kertas kerja merentas desa 2014Kertas kerja merentas desa 2014
Kertas kerja merentas desa 2014
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapan
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Laporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralLaporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-mural
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
 

Similar to Internship Laporan

Laporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipLaporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipPensil Dan Pemadam
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxsadam10
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Zainol Muda
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxKarinaWulandari3
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxWahidSeptiawan2
 
Rpl belajar
Rpl belajarRpl belajar
Rpl belajar18081997
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Gus Fendi
 
PPT BPG HERI PURNOMO.pptx
PPT BPG HERI PURNOMO.pptxPPT BPG HERI PURNOMO.pptx
PPT BPG HERI PURNOMO.pptxNurkholikMM
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfSesuluhRetno
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...ook lebung
 
105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesionalMaryani Hashim
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...Tien Agustini mistiawati
 
Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6IAIN Pekalongan
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)NurNadhirah43
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxElyIrmawati
 

Similar to Internship Laporan (20)

Laporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipLaporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internship
 
Materi Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptxMateri Presentasi MPLS.pptx
Materi Presentasi MPLS.pptx
 
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Rpl tugas tik
Rpl tugas tikRpl tugas tik
Rpl tugas tik
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
 
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptxPaparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
Paparan Luring_Pembelajaran dan Asesmen.pptx
 
Rpl belajar
Rpl belajarRpl belajar
Rpl belajar
 
Laporan ppl
Laporan pplLaporan ppl
Laporan ppl
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013
 
PPT BPG HERI PURNOMO.pptx
PPT BPG HERI PURNOMO.pptxPPT BPG HERI PURNOMO.pptx
PPT BPG HERI PURNOMO.pptx
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
 
105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional105275954 pernyataan-profesional
105275954 pernyataan-profesional
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
 
Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6Buku guru kelas 1 tema 6
Buku guru kelas 1 tema 6
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam (A168114)
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptx
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Internship Laporan

  • 1. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR NAMA AKTIVITI (INDIVIDU) : Menjadi Guru Kelas 3 Harmoni TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011 OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik. 2. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi disiplin, kesihatan dan latar belakang. 3. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai.
  • 2. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing. 2. Beliau mencadangkan saya menjadi guru kelas 3 Harmoni selama empat minggu supaya saya boleh mendapat pengalaman tanda buku kedatangan dan mengurus kelas. 3. Sepanjang empat minggu ini, saya dikehendaki menanda buku kehadiran setiap hari selepas perhimpunan pagi. 4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang kondusif. 5. Saya menghias dan menceriakan kelas dengan kata-kata hikmah, carta-carta dan bahan-bahan hiasan. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti pengurusan kelas semasa menjadi guru kelas selama empat minggu. Saya juga telah belajar cara untuk menanda buku kedatangan murid. 2. Saya dapat lebih memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 3H. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama menghias dan menceriakan kelas semasa waktu rehat. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
  • 3. 1. Kebanyakan tugas-tugas guru kelas biasanya telah dilaksanakan pada awal tahun persekolahan. Jadi semasa internship yang diadakan pada hujung tahun menyebabkan saya tidak berpeluang menjalankan tugas dengan sepenuhnya. 2. Masa untuk menjadi guru kelas sangat singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain. Saya tidak dapat memahami latar belakang dan sikap murid dengan lebih mendalam kerana masa yang terlalu singkat untuk saya berjumpa dan berkomunikasi dengan mereka. 3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar kelas yang lain dan kali ini telah menjadi guru kelas untuk kelas yang lain. Ini telah menyebabkan saya susah untuk pengagihan masa untuk buat hiasan kelas dan mengumpul data untuk kajian tindakan saya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami sepatutnya diberi masa yang lebih panjang untuk menjadi guru kelas supaya dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dengan sepenuhnya. KESIMPULAN Melalui aktiviti menjadi guru kelas selama empat minggu ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil alih tugas untuk menanda buku kedatangan murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara mengira kedatangan murid- murid. Selain itu, saya berpeluang menghias dan menceriakan kelas saya dengan bahan-bahan yang berwarna-warni dan kata-kata hikmah.
  • 4. Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti menjadi guru kelas, pihak IPG perlu mengadakan Internship ini pada awal tahun supaya guru pelatih dapat mengetahui tugas sebenar guru kelas dan membuat tugas-tugas tersebut dengan sepenuhnya. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Perpustakaan (Mural Jalan-raya 3D) TEMPOH PELAKSANAAN : 01.08.2011 hingga 26.08.2011 OBJEKTIF : 1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2. Menjadikan perpustakaan lebih ceria dan lebih menarik. 3. Menjadikan perpustakaan sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif. 4. Meningkatkan kesedaran penggunaan jalan raya di kalangan murid. 5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
  • 5. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan guru pembimbing.  Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan sekolah. 2. Membuat perancangan dan persediaan.  Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan. 3. Menceriakan perpustakaan.  Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
  • 6. 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan . 2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid- murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural jalan raya 3D dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan raya. 3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid- murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja- pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. 4. Encik Badrul juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di perpustakaan. Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke perpustakaan untuk mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
  • 7. Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. KESIMPULAN Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural bentuk jalan raya 3D juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan raya demi keselamatan diri. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.
  • 8. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : SRITHARR A/L JAHANADAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK TAMAN TUANKU JAAFAR NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Amali Pertolongan Cemas Badan Uniform TEMPOH PELAKSANAAN : 24.08.2011 OBJEKTIF : 1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan dan aktiviti. 2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan sesuatu program.
  • 9. 3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. 4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di sekolah pada masa akan datang. 5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah. 7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan guru pembimbing.  Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing kami untuk menentukan tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station. Tarikh yang dirancangkan ialah 24 Ogos 2011 ketika waktu Kokurikulum badan beruniform dan hanya murid Tahun 5 dilibatkan. 2. Membuat perancangan dan persediaan.  Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan setiap guru pelatih.
  • 10. 3. Menjalankan amali di Ruang Legar SKTTJ.  Setiap stesen dijaga oleh dua orang guru pelatih dan menjalankan amali tentang pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu amali yang melibatkan banyak murid. 2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan lain. 3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk mempelajari amali pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ini pada masa yang memerlukan. 4. Melalui amali ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat dieratkan lagi. 5. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
  • 11. 1. Kesuntukan masa semasa menjalankan amali dari station ke station lain kerana bilangan guru pelatih di stesen tidak mencukupi untuk mengawal bilangan murid yang ramai. 2. Sesi refleksi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ini telah menyebabkan guru pelatih tidak dapat memastikan bahawa setiap anak murid dapat mempelajari apa yang diajarkan dalam amali. 3. Penilaian tidak dijalankan untuk menguji sama ada setiap murid dapat mempelajari amali yang diajar. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, sesi penilaian boleh dijalankan jika mempunyai masa yang secukupnya. KESIMPULAN Melalui amali pertolongan cemas ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang pertolongan cemas yang dapat mereka guna dan aplikasikan pada kehidupan seharian. Di samping itu, amali ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling secara tidak langsung. Walaupun masa yang dirancangkan agak kesuntukan namun kami telah berjaya menyiapkan amali ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
  • 12. berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar, dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang. Disediakan oleh, ……………………………………… SRITHARR A/L JAHANADAN (GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR) Disemak Oleh, ……………………………………… PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA (GURU PEMIMBING)