SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Descargar para leer sin conexión
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
273
KAJIAN TAHAP KESEDARAN AMALAN WAKAF DI KALANGAN PELAJAR
UiTM PERLIS
Rabitah Harun1
Hasyeilla Abd Mutalib2
Rusnadewi Abdul Rashid3
Abstrak
Amalan berwakaf merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Walaupun ia
bukanlah merupakan suatu amalan yang wajib, namun ganjaran yang diperolehi daripada
amalan tersebut akan berkekalan selamanya. Meskipun negara Malaysia kian
membangun dan sedang berkembang pesat seiring dengan era globalisasi dunia, tahap
kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wakaf dan kepentingannya masih lagi
dilihat kurang memuaskan. Persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap wakaf masih
lagi kurang memberangsangkan berbanding dengan beberapa aspek ibadah yang lain
seperti ibadah umrah dan korban. Justeru bagi memupuk semangat amalan berwakaf ini,
kesedaran yang tinggi perlu diterapkan di peringkat awal lagi. Sehubungan itu, kajian ini
adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana tahap kesedaran amalan berwakaf
terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini berbentuk
kuantitatif yang menggunapakai data primer. Metod yang digunakan ialah melalui soal
selidik rintis yang diedarkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis yang dipilih secara
rawak. Data yang diperolehi seterusnya dianalisa menggunakan perisian SPSS. Beberapa
cadangan juga akan diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap
wakaf sebagai satu amalan jariah bagi membangunkan ummah di negara ini. Hasil kajian
ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada usaha oleh pelbagai pihak bagi
mempromosikan wakaf agar ia dapat dilestarikan khususnya bagi generasi muda.
Kata Kunci: wakaf, kesedaran berwakaf, pelajar UiTM
1
Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882666, Fax: +604-9882526, E-mail:
rabitah@perlis.uitm.edu.my
2
Pensyarah, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882787, E-mail:
hasyeilla798@perlis.uitm.edu.my
3
Pensyarah Kanan (PhD), Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882871, E-mail:
rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
274
PENGENALAN
Perkembangan dan kemajuan ibadah wakaf kini telah semakin berkembang dan
mendapat perhatian masyarakat umum. Ini berikutan fungsi dan peranan ibadah wakaf
yang bukan sahaja bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan agama, malahan
turut melibatkan fungsi-fungsi pengurusan yang lain seperti ekonomi, perundangan,
pengurusan serta pentadbiran, sistem maklumat dan sebagainya. Hakikatnya,
pembangunan dan perkembangan wakaf dapat memberi impak yang sangat besar
terhadap pembangunan ekonomi ummah dan juga negara secara amnya (Abul Hasan,
2014). Perkembangan positif ini sebenarnya disokong oleh bukti peningkatan penubuhan
beberapa institusi yang berkonsepkan wakaf di seluruh negara, misalnya dalam bidang
pendidikan yang melibatkan pendidikan rendah, menengah mahupun pengajian tinggi
(Ahmad Zaki, Norzaidi, dan Che Zuina, 2008). Namun dengan bukti perkembangan
institusi wakaf yang semakin pesat di negara ini, tahap kesedaran dan pengetahuan
mengenai amalan berwakaf masih berada pada tahap yang rendah bukan sahaja dari
kalangan pelajar pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para cendekiawan.
Tahap kesedaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan.
Tahap pengetahuan pula akan mempengaruhi sikap. Dalam isu wakaf, rata-rata
masyarakat masih mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dalam membicarakan
mengenai isu wakaf. Ini terbukti apabila persepsi mereka kepada wakaf hanya tertumpu
kepada pengurusan tanah perkuburan, masjid, surau dan juga rumah anak-anak yatim
(Mohamad Akram, Mek Wok, dan Mohd Fuad, 2008). Salah faham yang berpunca
daripada kurangnya tahap pengetahuan ini boleh memberi kesan yang kurang baik
sebagaimana yang telah diucapkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang menyebut bahawa jika masyarakat
melihat wakaf daripada perspektif amalan selepas mati sahaja, potensi wakaf sebagai
amalan yang baik dan besar manfaatnya untuk memenuhi tuntutan kamajuan dan
kejayaan umat Islam khasnya dalam menghadapi cabaran alaf baru tidak akan tercapai
(Muhammad Ali, 2012). Justeru itu, tahap kesedaran dan pengetahuan yang saling
berkait rapat ini amat perlu dikaji bagi memastikan amalan wakaf mampu terus
berpanjangan. Melihat kepada kemampuan wakaf mengisi sebahagian kekurangan di
dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi
negara, artikel ini akan membincangkan sejauhmanakah tahap kesedaran amalan
berwakaf di kalangan pelajar-pelajar UiTM Perlis yang merupakan salah satu daripada
institusi pendidikan tinggi awam di utara tanah air.
KAJIAN LITERATUR
Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan amal jariah dengan pelbagai cara dan
kaedah. Antaranya ialah dengan ibadah wakaf. Ibadah wakaf ini antara lain mampu
mendekatkan diri kepada Allah SWT selain bagi tujuan kebajikan dan manfaat umum
(Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Sehubungan itu, bagi meningkatkan ciri-
ciri amalan tersebut, maka tahap kesedaran terhadap amalan berwakaf perlulah
ditingkatkan dari masa ke masa. Syed Khalid (2011) berpandangan bahawa wakaf perlu
diberikan publisiti yang meluas melalui media massa dan elektronik. Kepentingan sikap
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
275
bantu-membantu yang tertanam dalam mekanisme wakaf ini menurut beliau perlu
disebar kepada masyarakat umum, organisasi dan juga badan-badan NGO.
Dalam memupuk kesedaran amalan berwakaf, maka elemen-elemen pemasaran yang
berkesan perlu diterapkan. Antara elemen pemasaran yang penting adalah promosi.
Kamus Dewan (2010), menjelaskan bahawa promosi merupakan segala usaha yang
dijalankan untuk meningkatkan atau menggalakkan penjualan sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Dalam konteks ini, promosi bolehlah diterangkan sebagai satu medium
untuk membuat hebahan dan publisiti terhadap ibadah wakaf agar masyarakat umum
lebih memahami pengertian sebenar wakaf. Justeru itu, kaedah promosi yang berkesan
mampu melebar luaskan pemahaman mengenai ibadah wakaf sekaligus meningkatkan
kesedaran amalan berwakaf.
Melalui kaedah promosi yang berkesan ianya mampu untuk memberi pendedahan dan
meningkatkan kesedaran terhadap amalan berwakaf. Institusi wakaf berperanan dan
bertanggungjawab dalam menjalankan promosi dan kempan bagi menerangkan
kelebihan amalan berwakaf (Norazlina dan Abdul Rahim, 2011; Wan Ariffin, Mohd
Syahiran, dan Hasan, 2008). Kampen dan promosi tersebut bukan hanya perlu dibuat di
dalam negara sahaja malahan meliputi peringkat luar negara juga. Apabila banyak
promosi dan kempen dijalankan, maka tahap kesedaran dapat ditingkatkan, justeru itu,
perolehan sumber-sumber bagi pembangunan harta wakaf akan turut bertambah.
Laporan Tahunan JAWHAR (2012), telah menyarankan supaya diperbanyakkan kempen
dan juga promosi melalui media cetak dan elektronik agar mampu memberi impak yang
besar kepada masyarakat umum. Antara kaedah yang telah dijalankan adalah
mengadakan program rancangan di televisyen dan radio, promosi di akhbar-akhbar
utama tempatan, penerbitan artikel di majalah, serta mengadakan program kembara di
setiap nageri terutamanya di kawasan pendalaman dengan bantuan Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN). Melalui kaedah yang dijalankan, ia mampu untuk memberi publisiti
yang meluas di seluruh negara. Penganjuran program di peringkat kebangsaan dan juga
antarabangsa terbukti dapat meluaskan pemahaman serta pengetahuan berkaitan amalan
berwakaf. Sejajar dengan itu, tanggungjawab meningkatkan kesedaran berwakaf tidak
hanya terletak di bahu institusi wakaf sahaja, malahan institusi pengajian juga boleh
memainkan peranan menghebahkan ibadah wakaf melalui saluran ilmu seperti ceramah,
program ilmiah, konferensi, kursus dan juga pameran mengenai keunggulan wakaf di
negara ini (Ahmad Zaki Abd Latiff et al., 2008).
Siti Alawiah (2012) pula menjelaskan bahawa kesedaran amalan berwakaf boleh
dipupuk dengan penglibatan badan-badan dunia seperti Kooperasi Pertubuhan Islam
Dunia. Ianya boleh dilihat sebagai satu instrumen promosi dan membangunkan institusi
wakaf serta mengaktifkan peranan umat Islam terhadap ibadah wakaf. Selain itu, pihak
kerajaan juga seharusnya memainkan peranan yang progresif dengan meningkatkan
kebertanggungjawaban serta prestasi setiap institusi awam dengan mengawalselia serta
memberi kesedaran, motivasi, pengajaran dan pembelajaran terhadap amalan berwakaf.
Walau bagaimanapun, kesedaran berwakaf boleh dijalankan melalui kaedah sistem
pengurusan yang lebih telus, agar maklumat berkaitan dengan wakaf dapat dikongsi
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
276
bersama masyarakat umum (Abul Hasan, 2014).
METODOLOGI
Kajian ini menerangkan hubungkait antara dua pembolehubah seperti yang dinyatakan
di rajah 1. Dalam kerangka kajian, ianya menunjukkan pembolehubah bersandar adalah
kesedaran tentang wakaf, manakala pembolehubah bebas terdiri daripada kesedaran
melalui promosi dan kaedah atau bentuk promosi.
Rajah 1: Kerangka kajian
Kaedah methodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian lapangan
digunakan dalam proses pengumpulan data. Penyelidik menggunakan teknik
pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik agar dapatan kajian adalah lebih
tepat.
Sebanyak 350 soal selidik telah diedarkan dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari
pelbagai fakulti di UiTM Perlis. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan selama
lebih kurang 10 minit. Teknik persampelan kebarangkalian telah digunakan dalam
proses pengumpulan data dan kaedah persampelan rawak telah dipilih. Setiap responden
telah dipilih secara rawak. Kesemua maklumat daripada responden telah dianalisa secara
statistik menggunakan perisian SPSS versi 20.
Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis
kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis
korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian
(multiple regression analysis).
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis
kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis
korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian
Kesedaran melalui
promosi
Kaedah atau bentuk
promosi
Kesedaran tentang
wakaf
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
277
(multiple regression analysis).
Analisis Kebolehpercayaan
Analisis kebolehpercayaan adalah untuk mengukur kosistensi keseluruhan faktor-faktor
untuk menentukan faktor yang sahih. Hasilnya daripada saiz sampel, hanya item yang
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sahaja boleh digunakan untuk penganalisaan
seterusnya (Sekaran dan Bougie, 2014).
Satu item bagi setiap pembolehubah telah dibuang untuk mendapatkan Cronbach’s
Alpha melebihi 80% bagi pembolehubah bebas yang pertama dan kedua. Berdasarkan
Jadual 1 dibawah, jelas menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas adalah baik
berdasarkan ukuran oleh Sekaran dan Bougie, (2010) iaitu bagi nilai Cronbach’s Alpha
0.80 keatas dikira baik, dan semakin hampir nilai kepada 1, menunjukkan bahawa
semakin tinggi kebolehpercayaan faktor itu boleh diterima pakai sebagai pembolehubah
sesuatu kajian. Ini bermaksud item dalam setiap pembolehubah bersandar dan bebas
boleh diterima pakai sebagai penganalisaan data bagi memperolehi dapatan kajian yang
baik.
Jadual 1: Analisis kebolehpercayaan
Pembolehubah Bilangan item Cronbach's Alpha Penanda aras
Kesedaran tentang wakaf 5 0.820 Baik
Kesedaran melalui promosi 9 0.850 Baik
Kaedah/bentuk promosi 10 0.894 Baik
Jumlah item 24
Analisis Kekerapan
Analisis frekuensi adalah kaedah statistik deskritif yang menunjukkan bilangan
kekerapan bagi setiap item dipilih oleh responden. Analisis ini digunakan untuk menilai
dapatan daripada latarbelakang demografi responden yang telah menjawab soal selidik
ini (Sekaran dan Bougie, 2014). Jadual 2 dibawah menunjukkan dapatan kajian
mengenai latarbelakang demografi responden.
Jadual 2: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi
responden
Latar Belakang Demografi Kekerapan Peratusan (%)
Jantina Lelaki 67 26.2
Perempuan 189 73.8
Umur kurang 20 tahun 94 36.7
21 hingga 23 tahun 155 60.5
24 hingga 26 tahun 5 2.0
27 tahun keatas 2 0.8
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
278
Latar belakang
persekolahan
Aliran teras agama 29 11.3
Aliran teras biasa 227 88.7
Taraf Pendidikan Lepasan diploma 127 49.6
Lepasan matrikulasi 129 50.4
Daripada kajian ini, Jadual 2 menunjukkan majoriti responden adalah pelajar perempuan
yang berjumlah 189 orang yang bersamaan 73.8%, manakala selebihnya 67 orang
(26.2%) adalah pelajar lelaki. Manakala 60.5% responden berumur diantara 21 hingga
23 tahun, diikuti dengan 36.7% yang berumur kurang daripada 20 tahun, dan hanya 2
peratus responden yang berumur 24 hingga 26 tahun. Latar belakang persekolahan bagi
responden sebelum ini, majoritinya adalah daripada aliran teras biasa yang menyumbang
kepada 88.7% dan hanya 11.3 % responden yang mengikuti aliran teras agama ketika di
peringkat sekolah menengah. Namun dari sudut taraf pendidikan pra-universiti, bilangan
responden adalah hampir seimbang mahupun dari lepasan diploma dan lepasan
matikulasi dengan 49.6 % dan 50.4 % masing-masing.
Analisis Korelasi Pearson
Analisis korelasi pearson yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk melihat
hubungkait di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Jadual 3
berikut merupakan hasil dapatan kajian terhadap dua pembolehubah bebas dan satu
pembolehubah bersandar.
Jadual 3: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi
responden
1 2 3
Kesedaran tentang
wakaf
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
1 .591**
.000
.452**
.000
Kesedaran melalui
promosi
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
.591**
.000
1 .545**
.000
kaedah promosi Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
.452**
.000
.545**
.000
1
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Melalui Jadual 3 di atas, dapat dilihat bahawa terdapat hubungkait yang potitif antara
kesedaran tentang wakaf dengan faktor penentu kesedaran berwakaf melalui promosi.
Ini dibuktikan dengan nilai korelasi 0.591 yang sangat signifikan pada kadar 0.000.
Maksudnya hasil dapatan ini mempunyai hubungan positif yang sangat signifikan, maka
ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan kajian.
Bagi pembolehubah bebas yang kedua, hubungan di antara kesedaran berwakaf dengan
kaedah promosi menunjukkan hubungkait pada tahap sederhana positif dengan nilai
korelasi 0.452 yang sangat signifikan pada kadar 0.000. Ini bermaksud perhubungan
positif sederhana yang signifikan, maka ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan
kajian.
Analisis Regresi Berganda
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
279
Analisis regresi berganda adalah satu teknik yang terbaik untuk meramal ketidaktentuan
nilai pembolehubah daripada satu atau dua pembolehubah peramal.
Jadual 4: Analisis regresi berganda
Model Unstandardized
Coefficients
Standardized
Coefficients
B Std. Error Beta t Sig.
1 (Constant) 9.075 0.647 14.033 0.000
Kesedaran melalui
promosi
0.218 0.026 0.491 8.269 0.000
kaedah promosi 0.071 0.023 0.185 3.112 0.002
a. Predictors: (Constant), kaedah promosi, Kesedaran melalui promosi
b. Dependent Variable: Kesedaran tentang wakaf
R Square = .374
Adjusted R Square = .369
F Value = 75.434
Jadual 4 di atas menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan
pembolehubah bebas. Menurut kepada nilai Adjusted R Square 0.369, ini jelas
menunjukkan bahawa hanya 36.9% sahaja kesedaran wakaf dipengaruhi oleh kaedah
promosi dan juga kesedaran melalui promosi. Ini dapat dirumuskan bahawa terdapat
banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kesedaran wakaf ini. Mengikut
kepada analisa Beta (β), kesedaran berwakaf melalui promosi dengan nilai 0.218
mempunyai kaitan yang tinggi terhadap kesedaran tentang wakaf berbanding dengan
kaedah promosi yang hanya pada nilai 0.071.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan analisa data serta maklumat dan pandangan yang telah diberikan oleh para
pelajar yang terlibat, pelbagai cadangan untuk penambahbaikan telah pun dicadangkan.
Kebanyakkan amat berminat untuk berwakaf namun kesedaran ini masih kurang
disebabkan oleh beberapa kekangan, antaranya adalah promosi yang kurang daripada
pihak berwajib menyebabkan mereka kurang terdedah dengan maklumat berkaitan
wakaf. Pelbagai aktiviti seperti talk show, kempen kesedaran wakaf, penyebaran
maklumat wakaf di media cetak ataupun eletronik harus diperhebatkan. Melalui program
sebegini, mahasiswa yang rata-ratanya anak muda, akan mempunyai peluang untuk
berinteraksi secara lansung dengan pihak-pihak berwajib seperti pentadbir wakaf untuk
mendapat penjelasan yang terperinci mengenai kelebihan serta kebaikan berwakaf. Bagi
pelajar universiti, pelbagai program boleh dilaksanakan bagi menerapkan minat untuk
berwakaf apabila mereka berkemampuan kelak. Pelbagai medium sedia ada boleh
digunakan seperti mengadakan promosi wakaf di laman web universiti, atau terus ke
halaman Students’ Portal. Kaedah promosi cetakan juga boleh digunakan seperti poster,
banner, flyers, dan papan tanda yang boleh dilihat oleh mahasiswa di dalam kawasan
kampus ataupun di laluan utama.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
280
Golongan muda masa kini yang rata-rata terdiri daripada Generasi-Y amat dahagakan
maklumat yang jelas mengenai amalan berwakaf. Terdapat juga responden yang
langsung tidak mengetahui dan memahami tentang amalan berwakaf ini disebabkan
tiada pendedahan kepada ilmu serta maklumat yang berkaitan dengannya.
Sekiranya kajian sebegini ingin dilaksanakan pada masa-masa hadapan, penyelidik ingin
mencadangkan agar lebih banyak pembolehubah bebas yang digunakan agar nilai
hubungkait dapat dilihat dengan lebih jelas dan dapat memberikan impak yang lebih
baik terhadap kajian yang dijalankan.
Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kesedaran untuk berwakaf dari
kalangan mahasiswa universiti masih rendah disebabkan oleh kekurangan maklumat.
Namun, perkara ini akan dapat diatasi dengan tindakan yang sewajarnya daripada semua
pihak yang bertanggungjawab seperti pentadbir wakaf negeri serta pihak universiti yang
boleh berperanan secara langsung memberikan ilmu kepada para pelajar. Pemahaman
tentang wakaf harus diterapkan dari rumah, sekolah, serta instutusi pengajian tinggi.
Dengan kesedaran wakaf yang tinggi dalam kalangan mahasiswa, maka akan lahirlah
satu generasi yang mempunyai budaya berwakaf sebagai salah satu amalan kebaikan
dalam kehidupan.
RUJUKAN
Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf
property: Concept, management, development, and financing. Jobor Baharu:
Penerbit UTM Press.
Abul Hasan M. Sadeq. (2014). Waqf , perpetual charity and poverty alleviation.
International Journal of Social Economics, 29(1/2), 135–151.
Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud, & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan
harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat islam di Malaysia.
Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 25–61.
Kamus Dewan. (2010) (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Tahunan JAWHAR. (2012). Putrajaya.
Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud, & Mohd Fuad Sawari. (2008). Maqasid
syariah dalam pelaksanaan waqaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 1–24.
Norazlina Abd. Wahab, & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2011). A framework to
analyse the efficiency and governance of zakat institutions. Journal of Islamic
Accounting and Business Research, 2(1), 43–62.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2010). Reseach methods for business: A skill building
approaches (5th ed.). United Kingdom: John Wiley & Son Ltd.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2014). Research methods for business (6th ed.). India: John
Wiley & Son Ltd.
Siti Alawiah Siraj. (2012). An empirical investigation into the accounting ,
accountability and effectiveness of waqf management in the State Islamic Religious
Councils (SIRCS ) in Malaysia. Cardiff University.
Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif, & Hasan Bahrom. (2008).
Mekanisme wakaf : Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan pusat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
281
penyelidikan dan perkembangan Islam Borneo. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2),
63–86.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
abidin1961
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhari
Aizat Ganu
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
Suhaiza Shuib
 
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
Ahmadi Alimuddin
 
Manajemen keuangan syariah
Manajemen keuangan syariahManajemen keuangan syariah
Manajemen keuangan syariah
Ridwan Munir
 
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaanKrisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Operator Warnet Vast Raha
 

La actualidad más candente (20)

Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Khairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah OthmanKhairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah Othman
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
ISLAM HADHARI
ISLAM HADHARIISLAM HADHARI
ISLAM HADHARI
 
Konsep islam hadhari
Konsep islam hadhariKonsep islam hadhari
Konsep islam hadhari
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhari
 
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmbTugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmb
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
 
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
 
islam hadhari
islam hadhariislam hadhari
islam hadhari
 
Prinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhariPrinsip prinsip islam hadhari
Prinsip prinsip islam hadhari
 
Manajemen keuangan syariah
Manajemen keuangan syariahManajemen keuangan syariah
Manajemen keuangan syariah
 
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata SyariahPerkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
 
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaanKrisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
Krisis nilai nilai kebangsaan dan keberagamaan
 
Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2
 
Manajemen bisnis islam
Manajemen bisnis islamManajemen bisnis islam
Manajemen bisnis islam
 
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
 

Similar a Rabitah Harun

Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesiaDakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
udinasep
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
umiefatiya
 
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Gunmat Met
 
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaanProposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Yan Thea
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
izazihazirah
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Ismail Abdul Wahid
 
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumatPembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Jia Ying
 

Similar a Rabitah Harun (20)

Laporan kendiri
Laporan kendiriLaporan kendiri
Laporan kendiri
 
Dokumen laporan bertulis
Dokumen laporan bertulisDokumen laporan bertulis
Dokumen laporan bertulis
 
Urgensi_Mentoring.doc
Urgensi_Mentoring.docUrgensi_Mentoring.doc
Urgensi_Mentoring.doc
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Revitalisasi Gerakan HIMMAH NWDI di Era Modern.pdf
Revitalisasi Gerakan HIMMAH NWDI di Era Modern.pdfRevitalisasi Gerakan HIMMAH NWDI di Era Modern.pdf
Revitalisasi Gerakan HIMMAH NWDI di Era Modern.pdf
 
Pengantarabangsaan
PengantarabangsaanPengantarabangsaan
Pengantarabangsaan
 
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesiaDakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
Dakwah dan pemberdayaan umat islam di indonesia
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
 
SKRIPSI DAKWAH
SKRIPSI DAKWAHSKRIPSI DAKWAH
SKRIPSI DAKWAH
 
kerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdfkerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdf
 
Niche area discussion 27 april
Niche area discussion 27 aprilNiche area discussion 27 april
Niche area discussion 27 april
 
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaanProposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
 
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
Kertas kerja kejoho_2015_(terkini)
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumatPembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
 
Program under one roof
Program under one roofProgram under one roof
Program under one roof
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 

Más de idmac2015

Más de idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shah
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 

Último

GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssGAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
UZAIRBINIBRAHIMMoe
 

Último (8)

"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan""PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
"PPT K1_pengantar komunikasi pendidikan"
 
Makalah kelompok 8 administrasi.pdf. pengelolaan administrasi persuratan dan ...
Makalah kelompok 8 administrasi.pdf. pengelolaan administrasi persuratan dan ...Makalah kelompok 8 administrasi.pdf. pengelolaan administrasi persuratan dan ...
Makalah kelompok 8 administrasi.pdf. pengelolaan administrasi persuratan dan ...
 
Ppt kel.8 administrasi pengelolaan administrasi persuratan dan pengarsipan
Ppt kel.8 administrasi pengelolaan administrasi persuratan dan pengarsipanPpt kel.8 administrasi pengelolaan administrasi persuratan dan pengarsipan
Ppt kel.8 administrasi pengelolaan administrasi persuratan dan pengarsipan
 
Pemahaman Dasar Ekonometrika pendahuluan.ppt
Pemahaman Dasar Ekonometrika pendahuluan.pptPemahaman Dasar Ekonometrika pendahuluan.ppt
Pemahaman Dasar Ekonometrika pendahuluan.ppt
 
Teknologi Pangan Kelas 3 SD, Mentahan Edit
Teknologi Pangan Kelas 3 SD, Mentahan EditTeknologi Pangan Kelas 3 SD, Mentahan Edit
Teknologi Pangan Kelas 3 SD, Mentahan Edit
 
tahapan pengembangan guru profesional, alur dan kebijakan pengembangan profes...
tahapan pengembangan guru profesional, alur dan kebijakan pengembangan profes...tahapan pengembangan guru profesional, alur dan kebijakan pengembangan profes...
tahapan pengembangan guru profesional, alur dan kebijakan pengembangan profes...
 
GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssGAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
GAYA HIDUP SIHAT ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
 
BAB I Probabilitas konsep peluang kejadian.ppt
BAB I Probabilitas konsep peluang kejadian.pptBAB I Probabilitas konsep peluang kejadian.ppt
BAB I Probabilitas konsep peluang kejadian.ppt
 

Rabitah Harun

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 273 KAJIAN TAHAP KESEDARAN AMALAN WAKAF DI KALANGAN PELAJAR UiTM PERLIS Rabitah Harun1 Hasyeilla Abd Mutalib2 Rusnadewi Abdul Rashid3 Abstrak Amalan berwakaf merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Walaupun ia bukanlah merupakan suatu amalan yang wajib, namun ganjaran yang diperolehi daripada amalan tersebut akan berkekalan selamanya. Meskipun negara Malaysia kian membangun dan sedang berkembang pesat seiring dengan era globalisasi dunia, tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wakaf dan kepentingannya masih lagi dilihat kurang memuaskan. Persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap wakaf masih lagi kurang memberangsangkan berbanding dengan beberapa aspek ibadah yang lain seperti ibadah umrah dan korban. Justeru bagi memupuk semangat amalan berwakaf ini, kesedaran yang tinggi perlu diterapkan di peringkat awal lagi. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana tahap kesedaran amalan berwakaf terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunapakai data primer. Metod yang digunakan ialah melalui soal selidik rintis yang diedarkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis yang dipilih secara rawak. Data yang diperolehi seterusnya dianalisa menggunakan perisian SPSS. Beberapa cadangan juga akan diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap wakaf sebagai satu amalan jariah bagi membangunkan ummah di negara ini. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada usaha oleh pelbagai pihak bagi mempromosikan wakaf agar ia dapat dilestarikan khususnya bagi generasi muda. Kata Kunci: wakaf, kesedaran berwakaf, pelajar UiTM 1 Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882666, Fax: +604-9882526, E-mail: rabitah@perlis.uitm.edu.my 2 Pensyarah, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882787, E-mail: hasyeilla798@perlis.uitm.edu.my 3 Pensyarah Kanan (PhD), Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882871, E-mail: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 274 PENGENALAN Perkembangan dan kemajuan ibadah wakaf kini telah semakin berkembang dan mendapat perhatian masyarakat umum. Ini berikutan fungsi dan peranan ibadah wakaf yang bukan sahaja bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan agama, malahan turut melibatkan fungsi-fungsi pengurusan yang lain seperti ekonomi, perundangan, pengurusan serta pentadbiran, sistem maklumat dan sebagainya. Hakikatnya, pembangunan dan perkembangan wakaf dapat memberi impak yang sangat besar terhadap pembangunan ekonomi ummah dan juga negara secara amnya (Abul Hasan, 2014). Perkembangan positif ini sebenarnya disokong oleh bukti peningkatan penubuhan beberapa institusi yang berkonsepkan wakaf di seluruh negara, misalnya dalam bidang pendidikan yang melibatkan pendidikan rendah, menengah mahupun pengajian tinggi (Ahmad Zaki, Norzaidi, dan Che Zuina, 2008). Namun dengan bukti perkembangan institusi wakaf yang semakin pesat di negara ini, tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan berwakaf masih berada pada tahap yang rendah bukan sahaja dari kalangan pelajar pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para cendekiawan. Tahap kesedaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan. Tahap pengetahuan pula akan mempengaruhi sikap. Dalam isu wakaf, rata-rata masyarakat masih mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dalam membicarakan mengenai isu wakaf. Ini terbukti apabila persepsi mereka kepada wakaf hanya tertumpu kepada pengurusan tanah perkuburan, masjid, surau dan juga rumah anak-anak yatim (Mohamad Akram, Mek Wok, dan Mohd Fuad, 2008). Salah faham yang berpunca daripada kurangnya tahap pengetahuan ini boleh memberi kesan yang kurang baik sebagaimana yang telah diucapkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang menyebut bahawa jika masyarakat melihat wakaf daripada perspektif amalan selepas mati sahaja, potensi wakaf sebagai amalan yang baik dan besar manfaatnya untuk memenuhi tuntutan kamajuan dan kejayaan umat Islam khasnya dalam menghadapi cabaran alaf baru tidak akan tercapai (Muhammad Ali, 2012). Justeru itu, tahap kesedaran dan pengetahuan yang saling berkait rapat ini amat perlu dikaji bagi memastikan amalan wakaf mampu terus berpanjangan. Melihat kepada kemampuan wakaf mengisi sebahagian kekurangan di dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, artikel ini akan membincangkan sejauhmanakah tahap kesedaran amalan berwakaf di kalangan pelajar-pelajar UiTM Perlis yang merupakan salah satu daripada institusi pendidikan tinggi awam di utara tanah air. KAJIAN LITERATUR Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan amal jariah dengan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya ialah dengan ibadah wakaf. Ibadah wakaf ini antara lain mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT selain bagi tujuan kebajikan dan manfaat umum (Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Sehubungan itu, bagi meningkatkan ciri- ciri amalan tersebut, maka tahap kesedaran terhadap amalan berwakaf perlulah ditingkatkan dari masa ke masa. Syed Khalid (2011) berpandangan bahawa wakaf perlu diberikan publisiti yang meluas melalui media massa dan elektronik. Kepentingan sikap
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 275 bantu-membantu yang tertanam dalam mekanisme wakaf ini menurut beliau perlu disebar kepada masyarakat umum, organisasi dan juga badan-badan NGO. Dalam memupuk kesedaran amalan berwakaf, maka elemen-elemen pemasaran yang berkesan perlu diterapkan. Antara elemen pemasaran yang penting adalah promosi. Kamus Dewan (2010), menjelaskan bahawa promosi merupakan segala usaha yang dijalankan untuk meningkatkan atau menggalakkan penjualan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Dalam konteks ini, promosi bolehlah diterangkan sebagai satu medium untuk membuat hebahan dan publisiti terhadap ibadah wakaf agar masyarakat umum lebih memahami pengertian sebenar wakaf. Justeru itu, kaedah promosi yang berkesan mampu melebar luaskan pemahaman mengenai ibadah wakaf sekaligus meningkatkan kesedaran amalan berwakaf. Melalui kaedah promosi yang berkesan ianya mampu untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan berwakaf. Institusi wakaf berperanan dan bertanggungjawab dalam menjalankan promosi dan kempan bagi menerangkan kelebihan amalan berwakaf (Norazlina dan Abdul Rahim, 2011; Wan Ariffin, Mohd Syahiran, dan Hasan, 2008). Kampen dan promosi tersebut bukan hanya perlu dibuat di dalam negara sahaja malahan meliputi peringkat luar negara juga. Apabila banyak promosi dan kempen dijalankan, maka tahap kesedaran dapat ditingkatkan, justeru itu, perolehan sumber-sumber bagi pembangunan harta wakaf akan turut bertambah. Laporan Tahunan JAWHAR (2012), telah menyarankan supaya diperbanyakkan kempen dan juga promosi melalui media cetak dan elektronik agar mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat umum. Antara kaedah yang telah dijalankan adalah mengadakan program rancangan di televisyen dan radio, promosi di akhbar-akhbar utama tempatan, penerbitan artikel di majalah, serta mengadakan program kembara di setiap nageri terutamanya di kawasan pendalaman dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Melalui kaedah yang dijalankan, ia mampu untuk memberi publisiti yang meluas di seluruh negara. Penganjuran program di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa terbukti dapat meluaskan pemahaman serta pengetahuan berkaitan amalan berwakaf. Sejajar dengan itu, tanggungjawab meningkatkan kesedaran berwakaf tidak hanya terletak di bahu institusi wakaf sahaja, malahan institusi pengajian juga boleh memainkan peranan menghebahkan ibadah wakaf melalui saluran ilmu seperti ceramah, program ilmiah, konferensi, kursus dan juga pameran mengenai keunggulan wakaf di negara ini (Ahmad Zaki Abd Latiff et al., 2008). Siti Alawiah (2012) pula menjelaskan bahawa kesedaran amalan berwakaf boleh dipupuk dengan penglibatan badan-badan dunia seperti Kooperasi Pertubuhan Islam Dunia. Ianya boleh dilihat sebagai satu instrumen promosi dan membangunkan institusi wakaf serta mengaktifkan peranan umat Islam terhadap ibadah wakaf. Selain itu, pihak kerajaan juga seharusnya memainkan peranan yang progresif dengan meningkatkan kebertanggungjawaban serta prestasi setiap institusi awam dengan mengawalselia serta memberi kesedaran, motivasi, pengajaran dan pembelajaran terhadap amalan berwakaf. Walau bagaimanapun, kesedaran berwakaf boleh dijalankan melalui kaedah sistem pengurusan yang lebih telus, agar maklumat berkaitan dengan wakaf dapat dikongsi
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 276 bersama masyarakat umum (Abul Hasan, 2014). METODOLOGI Kajian ini menerangkan hubungkait antara dua pembolehubah seperti yang dinyatakan di rajah 1. Dalam kerangka kajian, ianya menunjukkan pembolehubah bersandar adalah kesedaran tentang wakaf, manakala pembolehubah bebas terdiri daripada kesedaran melalui promosi dan kaedah atau bentuk promosi. Rajah 1: Kerangka kajian Kaedah methodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian lapangan digunakan dalam proses pengumpulan data. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik agar dapatan kajian adalah lebih tepat. Sebanyak 350 soal selidik telah diedarkan dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai fakulti di UiTM Perlis. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan selama lebih kurang 10 minit. Teknik persampelan kebarangkalian telah digunakan dalam proses pengumpulan data dan kaedah persampelan rawak telah dipilih. Setiap responden telah dipilih secara rawak. Kesemua maklumat daripada responden telah dianalisa secara statistik menggunakan perisian SPSS versi 20. Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian (multiple regression analysis). DAPATAN KAJIAN Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian Kesedaran melalui promosi Kaedah atau bentuk promosi Kesedaran tentang wakaf
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 277 (multiple regression analysis). Analisis Kebolehpercayaan Analisis kebolehpercayaan adalah untuk mengukur kosistensi keseluruhan faktor-faktor untuk menentukan faktor yang sahih. Hasilnya daripada saiz sampel, hanya item yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sahaja boleh digunakan untuk penganalisaan seterusnya (Sekaran dan Bougie, 2014). Satu item bagi setiap pembolehubah telah dibuang untuk mendapatkan Cronbach’s Alpha melebihi 80% bagi pembolehubah bebas yang pertama dan kedua. Berdasarkan Jadual 1 dibawah, jelas menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas adalah baik berdasarkan ukuran oleh Sekaran dan Bougie, (2010) iaitu bagi nilai Cronbach’s Alpha 0.80 keatas dikira baik, dan semakin hampir nilai kepada 1, menunjukkan bahawa semakin tinggi kebolehpercayaan faktor itu boleh diterima pakai sebagai pembolehubah sesuatu kajian. Ini bermaksud item dalam setiap pembolehubah bersandar dan bebas boleh diterima pakai sebagai penganalisaan data bagi memperolehi dapatan kajian yang baik. Jadual 1: Analisis kebolehpercayaan Pembolehubah Bilangan item Cronbach's Alpha Penanda aras Kesedaran tentang wakaf 5 0.820 Baik Kesedaran melalui promosi 9 0.850 Baik Kaedah/bentuk promosi 10 0.894 Baik Jumlah item 24 Analisis Kekerapan Analisis frekuensi adalah kaedah statistik deskritif yang menunjukkan bilangan kekerapan bagi setiap item dipilih oleh responden. Analisis ini digunakan untuk menilai dapatan daripada latarbelakang demografi responden yang telah menjawab soal selidik ini (Sekaran dan Bougie, 2014). Jadual 2 dibawah menunjukkan dapatan kajian mengenai latarbelakang demografi responden. Jadual 2: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi responden Latar Belakang Demografi Kekerapan Peratusan (%) Jantina Lelaki 67 26.2 Perempuan 189 73.8 Umur kurang 20 tahun 94 36.7 21 hingga 23 tahun 155 60.5 24 hingga 26 tahun 5 2.0 27 tahun keatas 2 0.8
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 278 Latar belakang persekolahan Aliran teras agama 29 11.3 Aliran teras biasa 227 88.7 Taraf Pendidikan Lepasan diploma 127 49.6 Lepasan matrikulasi 129 50.4 Daripada kajian ini, Jadual 2 menunjukkan majoriti responden adalah pelajar perempuan yang berjumlah 189 orang yang bersamaan 73.8%, manakala selebihnya 67 orang (26.2%) adalah pelajar lelaki. Manakala 60.5% responden berumur diantara 21 hingga 23 tahun, diikuti dengan 36.7% yang berumur kurang daripada 20 tahun, dan hanya 2 peratus responden yang berumur 24 hingga 26 tahun. Latar belakang persekolahan bagi responden sebelum ini, majoritinya adalah daripada aliran teras biasa yang menyumbang kepada 88.7% dan hanya 11.3 % responden yang mengikuti aliran teras agama ketika di peringkat sekolah menengah. Namun dari sudut taraf pendidikan pra-universiti, bilangan responden adalah hampir seimbang mahupun dari lepasan diploma dan lepasan matikulasi dengan 49.6 % dan 50.4 % masing-masing. Analisis Korelasi Pearson Analisis korelasi pearson yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk melihat hubungkait di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Jadual 3 berikut merupakan hasil dapatan kajian terhadap dua pembolehubah bebas dan satu pembolehubah bersandar. Jadual 3: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi responden 1 2 3 Kesedaran tentang wakaf Pearson Correlation Sig. (2-tailed) 1 .591** .000 .452** .000 Kesedaran melalui promosi Pearson Correlation Sig. (2-tailed) .591** .000 1 .545** .000 kaedah promosi Pearson Correlation Sig. (2-tailed) .452** .000 .545** .000 1 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Melalui Jadual 3 di atas, dapat dilihat bahawa terdapat hubungkait yang potitif antara kesedaran tentang wakaf dengan faktor penentu kesedaran berwakaf melalui promosi. Ini dibuktikan dengan nilai korelasi 0.591 yang sangat signifikan pada kadar 0.000. Maksudnya hasil dapatan ini mempunyai hubungan positif yang sangat signifikan, maka ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan kajian. Bagi pembolehubah bebas yang kedua, hubungan di antara kesedaran berwakaf dengan kaedah promosi menunjukkan hubungkait pada tahap sederhana positif dengan nilai korelasi 0.452 yang sangat signifikan pada kadar 0.000. Ini bermaksud perhubungan positif sederhana yang signifikan, maka ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan kajian. Analisis Regresi Berganda
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 279 Analisis regresi berganda adalah satu teknik yang terbaik untuk meramal ketidaktentuan nilai pembolehubah daripada satu atau dua pembolehubah peramal. Jadual 4: Analisis regresi berganda Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients B Std. Error Beta t Sig. 1 (Constant) 9.075 0.647 14.033 0.000 Kesedaran melalui promosi 0.218 0.026 0.491 8.269 0.000 kaedah promosi 0.071 0.023 0.185 3.112 0.002 a. Predictors: (Constant), kaedah promosi, Kesedaran melalui promosi b. Dependent Variable: Kesedaran tentang wakaf R Square = .374 Adjusted R Square = .369 F Value = 75.434 Jadual 4 di atas menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Menurut kepada nilai Adjusted R Square 0.369, ini jelas menunjukkan bahawa hanya 36.9% sahaja kesedaran wakaf dipengaruhi oleh kaedah promosi dan juga kesedaran melalui promosi. Ini dapat dirumuskan bahawa terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kesedaran wakaf ini. Mengikut kepada analisa Beta (β), kesedaran berwakaf melalui promosi dengan nilai 0.218 mempunyai kaitan yang tinggi terhadap kesedaran tentang wakaf berbanding dengan kaedah promosi yang hanya pada nilai 0.071. CADANGAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan analisa data serta maklumat dan pandangan yang telah diberikan oleh para pelajar yang terlibat, pelbagai cadangan untuk penambahbaikan telah pun dicadangkan. Kebanyakkan amat berminat untuk berwakaf namun kesedaran ini masih kurang disebabkan oleh beberapa kekangan, antaranya adalah promosi yang kurang daripada pihak berwajib menyebabkan mereka kurang terdedah dengan maklumat berkaitan wakaf. Pelbagai aktiviti seperti talk show, kempen kesedaran wakaf, penyebaran maklumat wakaf di media cetak ataupun eletronik harus diperhebatkan. Melalui program sebegini, mahasiswa yang rata-ratanya anak muda, akan mempunyai peluang untuk berinteraksi secara lansung dengan pihak-pihak berwajib seperti pentadbir wakaf untuk mendapat penjelasan yang terperinci mengenai kelebihan serta kebaikan berwakaf. Bagi pelajar universiti, pelbagai program boleh dilaksanakan bagi menerapkan minat untuk berwakaf apabila mereka berkemampuan kelak. Pelbagai medium sedia ada boleh digunakan seperti mengadakan promosi wakaf di laman web universiti, atau terus ke halaman Students’ Portal. Kaedah promosi cetakan juga boleh digunakan seperti poster, banner, flyers, dan papan tanda yang boleh dilihat oleh mahasiswa di dalam kawasan kampus ataupun di laluan utama.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 280 Golongan muda masa kini yang rata-rata terdiri daripada Generasi-Y amat dahagakan maklumat yang jelas mengenai amalan berwakaf. Terdapat juga responden yang langsung tidak mengetahui dan memahami tentang amalan berwakaf ini disebabkan tiada pendedahan kepada ilmu serta maklumat yang berkaitan dengannya. Sekiranya kajian sebegini ingin dilaksanakan pada masa-masa hadapan, penyelidik ingin mencadangkan agar lebih banyak pembolehubah bebas yang digunakan agar nilai hubungkait dapat dilihat dengan lebih jelas dan dapat memberikan impak yang lebih baik terhadap kajian yang dijalankan. Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kesedaran untuk berwakaf dari kalangan mahasiswa universiti masih rendah disebabkan oleh kekurangan maklumat. Namun, perkara ini akan dapat diatasi dengan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak yang bertanggungjawab seperti pentadbir wakaf negeri serta pihak universiti yang boleh berperanan secara langsung memberikan ilmu kepada para pelajar. Pemahaman tentang wakaf harus diterapkan dari rumah, sekolah, serta instutusi pengajian tinggi. Dengan kesedaran wakaf yang tinggi dalam kalangan mahasiswa, maka akan lahirlah satu generasi yang mempunyai budaya berwakaf sebagai salah satu amalan kebaikan dalam kehidupan. RUJUKAN Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf property: Concept, management, development, and financing. Jobor Baharu: Penerbit UTM Press. Abul Hasan M. Sadeq. (2014). Waqf , perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economics, 29(1/2), 135–151. Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud, & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 25–61. Kamus Dewan. (2010) (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Tahunan JAWHAR. (2012). Putrajaya. Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud, & Mohd Fuad Sawari. (2008). Maqasid syariah dalam pelaksanaan waqaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 1–24. Norazlina Abd. Wahab, & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2011). A framework to analyse the efficiency and governance of zakat institutions. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 2(1), 43–62. Sekaran, U., & Bougie, R. (2010). Reseach methods for business: A skill building approaches (5th ed.). United Kingdom: John Wiley & Son Ltd. Sekaran, U., & Bougie, R. (2014). Research methods for business (6th ed.). India: John Wiley & Son Ltd. Siti Alawiah Siraj. (2012). An empirical investigation into the accounting , accountability and effectiveness of waqf management in the State Islamic Religious Councils (SIRCS ) in Malaysia. Cardiff University. Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif, & Hasan Bahrom. (2008). Mekanisme wakaf : Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan pusat
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 281 penyelidikan dan perkembangan Islam Borneo. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 63–86.