SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
Descargar para leer sin conexión
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
259
KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF:
KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA
Rohayati Hussin1
Rusnadewi Abdul Rashid2
Noor Inayah Yaakub3
Abstrak
Kanun Tanah Negara 1965 menjadi asas rujukan di samping undang-undang lain
berkaitan tanah termasuklah urusan berkaitan tanah wakaf. Ini kerana tiada undang-
undang khas berkaitan pengurusan tanah wakaf walaupun telah wujud enakmen
wakaf di beberapa buah negeri. Asas kepada sesuatu pembangunan adalah bermula
di atas tanah. Oleh itu, isu mengenai pembangunan tanah wakaf sentiasa menjadi
perhatian dan perbahasan pelbagai pihak. Membangunkan Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT) wakaf pula merupakan salah satu alternatif pembangunan tanah wakaf
ke arah merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi
negara supaya peluang pendidikan ini turut dikecapi oleh semua golongan
masyarakat tanpa batasan. Sejajar dengan itu, pentingnya peruntukan perundangan
berkaitan tanah diketahui agar penubuhan dan pembangunan IPT wakaf dapat
dilestarikan. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengupas dua isu perundangan
tanah yang penting berkaitan IPT wakaf iaitu aspek pendaftaran dan pengambilan
tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang
menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap
dapat memberi pendedahan tentang peranan perundangan tanah negara yang
memberi kesan kepada pembangunan dan kelestarian IPT wakaf.
Kata Kunci: Kanun Tanah Negara 1965; tanah wakaf; Institusi Pendidikan Tinggi
Wakaf; pembangunan.
1
Pelajar PhD, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam :
roha427@kedah.uitm.edu.my
2
Pensyarah Kanan (Dr), Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Perlis :
rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
3
Prof Dato’ Dr, Universiti Islam Malaysia: inayah@uim.edu.my
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
260
PENGENALAN
Perkara berkaitan wakaf sentiasa relevan dan tidak pernah lekang dari
diperbincangkan dan diperbahaskan sama ada di dalam atau luar negara. Saban
tahun, banyak seminar dan konferensi dianjurkan berkaitan wakaf. Bezanya pada
masa kini terdapat fokus baru yang diberi perhatian dan diperbincangkan iaitu
mengenai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)4
. Pendidikan tertinggi merupakan
pemangkin bagi melahirkan tenaga-tenaga pakar dan ilmuwan. Oleh yang demikian,
peranan institusi pengajian tinggi adalah amat penting dalam melahirkan modal insan
kelas pertama (Siti Zakiah & Hairunnizam, 2014). IPT berkonsepkan wakaf masih
baru diberi perhatian dan diperbincangkan walaupun hakikatnya sudah terdapat
beberapa IPT wakaf yang telah wujud berkonsepkan wakaf di Malaysia. IPT wakaf
tidak dinafikan merupakan aset yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam.
Dengan wujudnya IPT wakaf ia diharapkan dapat memberi peluang bukan sahaja
kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu malah memberi peluang kepada umat
Islam untuk melakukan kebajikan (Wan Kamal, 2014). IPT yang berkonsepkan
wakaf perlu dilaksanakan di samping kelestariannya juga memainkan peranan yang
penting bagi mengekalkan aspek kemajuan itu sendiri. Namun begitu harapan ini
agak sukar untuk dicapai sekiranya masyarakat masih kurang kesedaran untuk
memahami konsep wakaf.
Dengan tertubuhnya IPT wakaf, ia boleh dianggap sebagai satu institusi
pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti berdasarkan pengalaman wakaf dalam
membangunkan ekonomi ummah di negara Mesir, Turki, Arab Saudi dan Kuwait.
Universiti al-Azhar, Mesir umpamanya yang ditubuhkan dan ditadbirkan oleh sebuah
perbadanan wakaf negara itu dan kini telah lebih 1000 tahun penubuhannya masih
dibiayai oleh perbadanan tersebut.(Mohd Saharudin, Mohd Saifoul, & Jamal, 2003).
Dalam usaha menfokuskan kepada pembangunan IPT wakaf, tidak dapat tidak isu
yang berkaitan dengannya juga perlu diberi perhatian. Isu tanah wakaf perlu diberi
perhatian terlebih dahulu kerana ia adalah asas kepada sesuatu pembangunan.
Di Malaysia, semua tanah wakaf ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN)5
sama ada harta alih atau tak alih. Seperti sedia maklum tanah- tanah
wakaf yang didaftarkan adalah terletakhak kepada MAIN sebagai pemegang amanah
tunggal harta wakaf berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan
Enakmen Wakaf. Merujuk kepada Enakmen, MAIN adalah Pemegang Amanah
Tunggal bagi kesemua harta wakaf, termasuk Wakaf Am atau Wakaf Khas, bagi
semua Nazar Am dan jenis amanah yang menjadi Amanah Khairat kerana bantuan
dan kemajuan Islam dan faedah bagi orang-orang Islam mengikut hukum syarak.
Peruntukkan ini disebut secara jelas dalam enakmen sebagai contoh, Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam (Terengganu) (No.2 Tahun 2001) :
“Walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana
suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau
menyentuh kepada perkara itu, maka hendaklah Majlis menjadi
pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf Am atau
4
Institusi Pendidikan Tinggi selepas ini disebut IPT
5
Majlis Agama Islam Negeri selepas ini disebut MAIN
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
261
Wakaf Khas dan semua nazar am dan semua amanah dari serba
jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan
kemajuan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam
mengikut Hukum Syarak, dan yang terletak di negeri ini atau jika
orang yang membuat penyelesaian harta itu atau lain-lain orang yang
mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di negeri
ini, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu
terletak” (Seksyen 63).
Wakaf berasal daripada perkataan Arab, waqafa yang membawa maksud berhenti,
menegah dan menahan (Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Manakala
menurut istilah, wakaf ialah apa-apa harta yang menahan pewakaf daripada sebarang
urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber
fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada
Allah SWT (Razali, 2013). Manakala Syeikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib
seorang ulama bermazhab Syafi'i, menjelaskan bahawa wakaf bermaksud menahan
harta yang boleh memberi manfaat dengannya, serta kekal fizikal harta, dengan
melupuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf untuk diberikan kepada
pihak yang dibenarkan oleh syarak yang wujud ketika itu (Ainul, Arieff Salleh, dan
Azman, 2014). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, wakaf membawa
maksud sesuatu yg diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma) atau
sesuatu yang diberikan dan diperuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan
agama Islam (Sanep & Nurdiyana , 2011). Selain itu, menurut seksyen 2 Enakmen
Wakaf (Negeri Selangor) 1999, wakaf ertinya:
“menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau
faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf
am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk
amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang
Amanah 1949”.
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) WAKAF DI
MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya.
Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi Islam (IPTI) sewajarnya dapat ditubuhkan
dengan mudah. Ada antara IPTI ini yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia,
manakala selebihnya ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, kerajaan negeri
dan pertubuhan bukan kerajaan. Kebanyakan IPTI yang ditubuhkan mengambil
pendekatan wakaf dalam membantu kelestarian ekonominya. Antara kelebihan wakaf
pendidikan di Malaysia ialah ia mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat,
baik dari pihak kaum kerabat sultan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri
sehinggalah kepada orang perseorangan. Keadaan semasa ekonomi negara yang
kukuh dengan pendapatan perkapita yang baik turut mempengaruhi sumbangan dana
wakaf IPTI (Mokhtar, Hairullfazli, Mohd Isa, & Muna, 2015).
Raja Nazrin (2013) telah menitahkan bahawa wakaf atau endowmen telah diiktiraf
mempunyai peranan yang amat besar dalam memastikan kelestarian institusi
pengajian tinggi Islam di mana sahaja ia berada, baik di negara Islam atau negara
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
262
sekular. Baginda menyarankan agar semua IPT mengurangkan kebergantungan
kepada pihak berkuasa, sebaliknya memperbanyakkan sumber pendapatan dalam
bentuk kurniaan, tajaan dan derma atau wakaf. Semua IPT yang ditubuhkan di
Malaysia adalah tertakluk kepada perundangan di Malaysia. Semua IPT yang
ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, umumnya disebut IPT awam, adalah tertakluk
kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Manakala IPT yang
ditubuhkan oleh selain kerajaan Malaysia yang dikenali secara ringkas sebagai IPT
swasta pula adalah tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
(Akta 555). Walaupun IPT ditubuhkan di bawah akta yang berbeza, namun segala
pemantauan masih tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
beberapa agensi yang ditubuhkan khusus untuk memastikan taraf perkhidmatan yang
diberikan adalah yang terbaik dan setara dengan piawaian dalam dan luar negara.
Antara agensi yang berperanan besar dari segi peningkatan kualiti perkhidmatan
pendidikan ialah Malaysian Qualification Agency atau MQA. Agensi ini
bertanggungjawab untuk melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia (Malaysia
Qualification Framework, MQF) sebagai asas penjaminan kualiti pendidikan tinggi
di negara ini. MQA juga berperanan sebagai pusat rujukan sehenti berkaitan kriteria
dan standard kelayakan kebangsaan (Malaysian Qualification Agency, 2013).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Mokhtar et. al (2015), perkembangan
pendidikan tinggi di Malaysia pada masa kini amat membanggakan. Jumlah IPT
awam bertaraf universiti penuh yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia
sehingga kini ialah sebanyak 20 buah. Di samping itu, terdapat sebanyak 485 buah
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. Menurut seksyen 2 Akta IPTS
1996, definisi institusi pendidikan tinggi swasta ialah:
“institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti
atau kampus cawangan yang diluluskan dan didaftarkan di bawah
Akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Kerajaan:
(a) yang menyediakan pendidikan tinggi;
(b) yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau
(c) yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan
jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama
dengan—
(i) institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan
di bawah Akta ini;
(ii) institusi pendidikan tinggi lain:
(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-
undang bertulis lain; atau
(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(iii) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di
bawah Akta ini;
(iv) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
(v) Universiti atau Kolej Universiti lain—
(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-
undang bertulis lain; atau
(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(vi) kampus cawangan; atau
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
263
(vii) badan profesional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang
membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional
badan profesional itu.
Berdasarkan definisi di atas, IPTS yang ditubuhkan berasaskan konsep wakaf juga
adalah tertakluk kepada semua perundangan yang terdapat dalam Akta 555.
Antaranya ialah Universiti Kolej Bestari di Terengganu atau University College
Bestari (UCB), Universiti Islam Malaysia (UIM) di Cyberjaya dan Kolej Universiti
Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Perak.
Univeristi Islam Malaysia (UIM)
Penubuhan UIM adalah salah satu usaha murni yang telah dipengerusikan oleh
YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam meneruskan perjuangan untuk
memartabatkan kembali wakaf sebagai institusi wakaf pendidikan tinggi negara.
Sejarah penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) atau Muslim College Malaya bermula
pada 24 Februari 1955. Ia berjaya direalisasikan dua tahun selepas kemerdekaan
Tanah Melayu. Penubuhan ini sebagai usaha bagi mempertingkatkan kefahaman dan
pengetahuan mengenai pengajian Islam di kalangan masyarakat. Semasa itu,
pendedahan pengajian Islam dibuat melalui kaedah tradisional. Ini menyebabkan,
masyarakat Muslim menjadi terasing daripada silibus arus pendidikan moden seperti
pendidikan sains, kemanusiaan dan teknologi (Abd. Manaf, 2012).
Penubuhan KIM ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika
itu. Pengurusan dan pentadbiran KIM adalah melalui tabung kewangan wakaf atau
sumbangan derma dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada bukan Islam.
Negara-negara luar seperti Brunei, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin turut
menyumbang bagi tabung kewangan wakaf KIM. Malahan, bangunan pertama KIM
telah disumbangkan oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam
Shah. Baginda mengurniakan Istana Jameah beserta sebidang tanah terletak di Jalan
Kampung Jawa Kelang sebagai wakaf khas bagi kegunaan KIM (Abd. Manaf, 2010).
Pada awal penubuhannya, KIM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi Islam
yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Cambridge dan Oxford. Kumpulan pelajar
pertama seramai 55 orang yang datang dari seluruh Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak yang telah melepasi ujian kemasukan kolej. Namum,
penubuhan KIM ditangguhkan operasinya bermula Disember 1970 bagi memberi
laluan kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Abd. Manaf,
2012). Berikutan penubuhan UKM, KIM telah diserap sebagai salah sebuah fakulti di
UKM iaitu Fakulti Pengajian Islam. Berikutan itu, seluruh harta wakaf KIM seperti
tanah, bangunan, saham dan wang tunai diuruskan oleh Lembaga Amanah Kolej
Islam Malaya (LAKIM) (Abd. Manaf, 2010). Setelah berjuang bersungguh-sungguh
sehingga ke peringkat mendapatkan sokongan menteri kabinet dan memohon sembah
perkenan dari Majlis Raja-raja Melayu, KIM akhirnya diaktifkan semula sebagai
sebuah universiti swasta dengan nama Universiti Islam Malaysia pada 13 Julai 2014
(Universiti Islam Malaysia, 2014). UIM dianggap sebagai IPTS berkonsepkan wakaf
yang pertama di Malaysia yang dizahirkan dengan perkenan Majlis Raja-raja
Melayu dan bergerak sepenuhnya di atas landasan wakaf dari orang ramai serta
institusi korporat. Banyak sumbangan wakaf diterima sepanjang tempoh perjuangan
mewujudkan semula KIM sebagai UIM. Contohnya, pada 2012, UIM menerima
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
264
sumbangan dana wakaf tunai berjumlah RM5.18 juta dari tujuh pihak yang terdiri
dari syarikat, pertubuhan dan individu (Sinar Harian, 2012) iaitu seperti berikut:
a) Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebanyak RM5 juta
b) Shahpadu Corp Sdn Bhd sebanyak RM100,000.00
c) Datuk Dr. Haron Din mewakili bekas pelajar Kolej Islam Malaya (KIM)
sebanyak RM30,675.00
d) Waris dan warga KIM Petaling Jaya sebanyak RM17,000.00
e) Alumni Kolej Islam (ALKIS) yang diwakili Datuk Sallehuddin Ishak
sebanyak RM11,000.00
f) Persatuan Bekas Pelajar KIM sebanyak RM10,000.00
g) Bekas ketua pelajar Kolej Islam Klang tahun 1975 Puzi Dahman sebanyak
RM10,000.00
Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB)
Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB) merupakan sebuah
institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan
Kebajikan Anak Yatim Malaysia atau PEYATIM pada 1998 dengan nama asalnya
Kolej Teknologi Bestari. IPT ini telah dinaik taraf pada 1 Ogos 2012 menjadi sebuah
kolej universiti. PEYATIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
berusaha memartabatkan anak-anak melayu miskin, golongan Program
Pembangunan Rakyat Miskin (PPRT) dan anak yatim seluruh Malaysia yang
berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, penubuhan Kolej
Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit
making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan
pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang
pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim
di seluruh negara.
Jika ditinjau dari aspek kronologi penubuhan UCB ini, ia bermula dari kegiatan dan
gerakan kumpulan yang terlibat dengan aktiviti kebajikan anak yatim Malaysia. Pada
tahap pertama perjuangan mereka adalah berkonsepkan memberi perlindungan dan
penjagaan kepada anak-anak yatim. Setelah melangkaui lebih 20 tahun mereka
bergiat dalam perjuangan tersebut, mereka dapati untuk mencapai matlamat akhir
perjuangan membela nasib anak-anak yatim sukar dicapai kalau hanya tumpuan
pembangunan kanak-kanak terhenti pada aspek penjagaan dan pemeliharaan semata-
mata. Dari itu kumpulan 'Think tank' PEYATIM yang diketuai oleh YM Dato' Dr.
Tengku Mahmud bin Mansor telah merancang untuk membangunkan sebuah kolej
yang bermatlamat untuk menjadikannya sebagai satu saluran (outlet) kepada anak-
anak yatim bagi mendapat peluang pengajian tinggi sebaik mungkin, kerana ada di
kalangan anak-anak yatim mempunyai kemampuan tersebut. Di samping itu,
perubahan paradigma aktiviti-aktiviti di rumah anak-anak yatim itu mula berlaku dan
mejurus kepada pembangunan pendidikan. Sungguhpun pada peringkat
perancangannya, penubuhan kolej ini semata- mata untuk menampung keperluan
aliran bagi anak-anak yatim, tetapi mungkin aspek perluasan peluang kepada pihak-
pihak lain perlu juga diberi, seperti anak-anak dari golongan PPRT, anak-anak
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), anak- anak luar bandar dan sebagainya
yang tidak dapat ditampungi oleh Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Oleh yang
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
265
demikian, penubuhan UC Bestari ini terbukti memberi manfaat kepada semua pihak.
Lantaran itu, usaha yang berani dan bijaksana ini perlu diberi sokongan oleh semua
pihak dan segenap lapisan masyarakat bagi menjayakan cita-cita pembangunan umat
yang sebahagiannya tersisih dan tertinggal ini.
PERUNDANGAN TANAH BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
(IPT) WAKAF
Perbincangan mengenai tanah wakaf tidak terlepas dari dikaitkan dengan
perundangan tanah negara yang mengikat perkembangan dan pembangunan hartanah
wakaf negara ini. Perbincangan artikel ini lebih menfokuskan kepada dua isu
perundangan yang berkait rapat dengan undang-undang tanah wakaf iaitu
pendaftaran di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan pengambilan balik tanah oleh
Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Kanun Tanah Negara 1965
Seksyen 4(2) (e) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa
mana-mana peruntukan di bawah KTN 1965 adalah tidak terpakai kepada tanah
wakaf kecuali diperuntukkan sebaliknya. Peruntukan ini dilihat sebagai suatu
jaminan bahawa KTN 1965 yang merupakan undang-undang utama berhubung
dengan tanah telah mengiktiraf undang-undang Islam mengenai wakaf bagi semua
tanah wakaf. Oleh itu, dari segi pemakaiannya, prinsip-prinsip umum dalam KTN
1965 adalah tidak terpakai dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf
(Mahamad Naser, 2012). Menurut Mohidin (2012), sungguhpun KTN 1965 tidak
menyediakan peruntukan khusus mengenai perkara wakaf, namun amalan
pentadbiran tanah terutama dari aspek pendaftaran tanah wakaf hari ini menunjukkan
bahawa KTN 1965 masih lagi digunapakai sebagai sumber utama. Peruntukan
mengenai pendaftaran harta wakaf terdapat dalam beberapa enakmen negeri
misalnya, Seksyen 4 Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 yang menyatakan
bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan secepat mungkin menurut apa-
apa bentuk atau cara yang telah ditetapkan oleh Majlis. Selain itu, Enakmen Wakaf
(Negeri Sembilan) 2005 juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang
hendak mewakafkan hartanya hendaklah mendaftarkan harta itu dengan Majlis
mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Majlis. Berdasarkan enakmen-enakmen
wakaf tersebut dapat difahami bahawa pendaftaran harta wakaf amat penting namun
tidak ada peruntukan secara jelas mengenai bagaimana tatacara pendaftaran harta
wakaf terutama berkaitan tatacara pendaftaran tanah wakaf. Kebiasaannya,
pendaftaran yang dibuat adalah mengikut amalan MAIN yang berbeza-beza bagi
setiap negeri berdasarkan tatacara yang terdapat di dalam KTN 1965. Ini
menunjukkan bahawa KTN 1965 masih relevan sebagai rujukan utama berkaitan
pendaftaran tanah wakaf. Namun begitu, secara umumnya terdapat tiga cara yang
boleh digunakan bagi tujuan pendaftaran tanah wakaf iaitu:
i. Kaedah Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting) - Seksyen 416C KTN
1965
Seksyen 416C KTN 1965 memperuntukan kaedah pendaftaran tanah termasuk
pendaftaran tanah wakaf melalui Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting). Kaedah
pindahmilik ini tidak membabitkan prosedur yang rumit. Penyempurnaan dibuat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
266
tanpa pengisian apa-apa instrumen oleh MAIN kerana permohonan boleh dibuat
sekadar dengan menulis surat dengan melampirkan surat lafaz wakaf dan suratcara
wakaf kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah (mengikut mana yang
berkenaan) bagi tujuan tersebut. Selain itu, salinan peruntukan statutori berkaitan
perletakhakan tanah wakaf kepada MAIN di bawah akta atau enakmen negeri
berkenaan juga perlu turut dikemukakan. Sekiranya permohonan diluluskan,
Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah akan mengendorskan hak pemohon di
dalam daftar dokumen hak milik tanah. Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Persekutuan(Bil.8/1999), semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah
telah dinasihatkan supaya menggunakan kaedah yang terbaru dalam meletakhak
tanah wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri. Kaedah pindahmilik melalui cara
ini sewajarnya dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan prosedur yang kompleks
(Sayuti, Mohd Hamran, Hasan Al-Banna, Basri 2011).
Sekiranya permohonan ini
diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir tanah akan mengendoskan hak
pemohon di dalam daftar dokumen hak milk tanah itu, iaitu setelah berpuas hati
bahawa letakhak satutori pada hak atau kelayakan penerima pindahan telahpun
berkuatkuasa (Siti Mashitoh, 2006).
ii. Kaedah Serahan (Surrender) - Seksyen 195, 197 dan 200 KTN 1965
Kaedah ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan tanah wakaf
didaftarkan atas nama MAIN sebagai pemegang amanah tunggal. Pendaftaran tanah
melalui penyerahan balik dan permohonan semula ini adalah selaras dengan
peruntukan yang terkandung dalam KTN 1965. Permohonan hendaklah dibuat secara
bertulis oleh tuanpunya tanah yang ingin mewakaf dengan menyatakan tujuan
penyerahannya kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Apa-apa bayaran yang belum
dijelaskan ke atas tanah berkenaan seperti cukai tanah yang tertunggak dan
sebagainya termasuk yuran bagi urusan penyerahan berkenaan hendaklah dilunaskan
terlebih dahulu. Bagi tujuan tersebut, lakaran pelan hartanah berkenaan juga perlu
dilampirkan bersama. Selepas penyerahan diterima oleh PBN, MAIN dikehendaki
memohon semula hartanah berkenaan bagi menyempurnakan pelaksanaan wakaf
tersebut. Penyerahan balik (surrender) tanah yang terkandung dalam hakmilik
kepada kerajaan atau PBN boleh dilakukan secara bertulis kepada Pentadbir Tanah
dengan menggunakan Borang 12A (seksyen 197 jika bagi maksud keseluruhan
tanah) atau Borang 12B (seksyen 200 jika bagi maksud sebahagian tanah).
Sebagaimana yang di peruntukkan dalam seksyen 197 dalam KTN 1965yang
memperuntukan pendaftaran tanah dengan cara penyerahan semula tanah kepada
PBN maka MAIN akan membuat permohonan ke atas tanah tersebut. Semua ini
adalah untuk menyempurnakan perwakafan pihak pewakaf berkenaan disamping
merealisasikan tanggungjawab sebagi pemegang amanah tunggal hartanah yang
diwakafkan ini (Siti Mashitoh, 2006).
iii. Kaedah Pindah Milik (Transfer) - Seksyen 215 dan 216 KTN 1965
Proses pindahmilik tanah di bawah peruntukan seksyen ini telah banyak diamalkan
oleh MAIN (Sallehuddin Ishak, 2013). Permohonan dibuat dengan pewakaf mengisi
Borang 14A KTN 1965 yang mengandungi antara lain butir-butir peribadi pemindah
milik (pewakaf) dan pihak penerima pindahan milik (MAIN) termasuk juga butiran
hartanah. Setelah permohonan tersebut diluluskan, pihak Pendaftar Tanah akan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
267
mendaftarkan nama MAIN sebagai penerima pindahan yang sah di sisi undang-
undang.
Justeru itu, setelah pendaftaran dilakukan terhadap tanah wakaf, hanya MAIN yang
berhak mengurus tadbir tanah-tanah wakaf tersebut. Pihak –pihak lain misalnya
pewakaf, ahli waris termausk anak-anak pewakaf atau penerima amanah wakaf tidak
berhak mencampuri urusan pentadbiran tanah wakaf tersebut. Namun begitu, ada
beberepa pihak lain yang diberi pengecualian oleh MAIN untuk mengurus dan
mengawal selia tanah wakaf seperti ahli jawatankuasa masjid, surau dan lain-lain.
Kebiasaannya adalah tanah jenis masjid dan surau (Mohd Afendi, 2008).
iv. Keperluan Pendaftaran dan Implikasi Kegagalan Pendaftaran Tanah Wakaf
Terhadap Pembangunan IPT Wakaf
Menurut kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011), tiada sebarang nas al-Quran
mahupun Hadith menyatakan secara khusus tentang pendaftaran tanah wakaf.
Namun, untuk kepentingan umum atau “Maslahah Ammah” menjadi keperluan atau
kepentingan untuk mendaftarkan tanah wakaf sebagai bahan bukti ke atas hak dan
pemilikan seseorang serta badan-badan tertentu. Pendaftaran tanah wakaf juga dapat
memastikan kelangsungan pembangunan terhadap tanah wakaf. Pendaftaran tanah
wakaf dapat mengelakkan konflik pada masa hadapan bertepatan dengan prinsip
Torrens iaitu ‘daftar adalah segala-galanya’. Biar apapun pembangunan yang
dicadangkan di atas tanah wakaf tersebut, perkara asas mengenai pendaftaran tanah
wakaf perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Begitu juga dengan pembangunan tanah
wakaf untuk mewujudkan IPT wakaf.
UCB sebagai sebuah IPTS memiliki satu-satunya aset iaitu tanah seluas 128 hektar/
320 ekar ( 1,299,000 meter persegi ) di Setiu Terengganu yang telah dianugerahkan
oleh Kerajaan Terengganu. UCB berhasrat menjadikan tapak tanah tersebut sebagai
tanah wakaf. Oleh kerana perkara berkaitan wakaf tertakluk di bawah MAIN, maka
UCB perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Terengganu (MAIDAM) terlebih dahulu. Pelbagai usaha dilakukan bagi
memenuhi tujuan tersebut, maka pada bulan Mei 2009 (MAIDAM.03-003/46-(11)
bertarikh 13 Julai 2009 hasrat tersebut tercapai (Baharuddin & Muhammad Hamizan,
2015). Jika diteliti kembali dalam kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011),
dapat difahami bahawa amalan pendaftaran tanah wakaf oleh MAIDAM hanyalah
melalui satu cara iaitu melalui pindah milik dengan menggunakan (Borang 14A).
Oleh itu, penulis merasakan bahawa cara ini juga dipraktikan oleh MAIDAM dalam
proses mendaftarkan tapak tanah UCB. Justeru itu MAIDAM adalah pemegang
amanah tunggal kepada tanah tapak kampus UCB manakala PEYATIM adalah
pentadbir yang diberi kuasa untuk mengurus tadbir tanah wakaf tersebut.
UCB sebagai sebuah IPTS perlu menjana dana kewangan sendiri dari semasa ke
semasa. Terdapat dua acara untuk menjana dana kepada UCB iaitu secara langsung
menggunakan prinsipal aset sedia ada iaitu tapak tanah UCB dengan mengaplikasi
konsep wakaf kaki serta serta sumbangan secara tidak langsung dengan kerjasama
agensi korporat di Malaysia seperti Pos Malaysia Berhad dan Bank Simpanan
Nasional Berhad. Sebagai memenuhi hasrat kedua-dua cara itu, PEYATIM telah
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
268
menubuhkan Yayasan Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia atau
YAWATIM pada November 2011 supaya membolehkan mereka menerima deposit
daripada orang ramai secara sah. Ini adalah bertepatan dengan undang-undang di
Malaysia bahawa badan yang menerima deposit daripada orang ramai perlu
didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad (Mokhtar Ismail et al., 2015). Selepas
tertubuhnya YAWATIM, segala dana yang diperolehi melalui skim wakaf kaki di
depositkan kepada YAWATIM. Skim wakaf kaki atau lot diaplikasikan di mana
tapak UCB dijual dalam lot kecil serendah RM30.00 sekaki untuk 0.1 meter persegi
atau RM300 satu meter persegi dengan syarat pembeli mewakafkan semula tanah
tersebut kepada UCB. Jualan tanah wakaf ini bermula awal tahun 2011 dan
dijangkakan akan habis terjual dalam tempoh 5 tahun. Pengecualian cukai akan
diberikan kepada setiap pembelian tanah wakaf ini (No.LHDN:01/35/42/51/179-
6.3872) (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015).
Menurut kenyataan akhbar Sinar Harian 16 Januari 2015 bertajuk “Derma Tanah
Wakaf Meningkat”, sambutan menggalakkan terhadap Skim Derma Tanah Wakaf
Pendidikan Anak Yatim dan Miskin bakal merealisasikan hasrat untuk menjadikan
Kolej Universiti Bestari (UCB) sebagai kolej universiti wakaf pertama negara.
Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor
berkata, jumlah umat Islam yang menderma untuk tanah wakaf di kampus UCB
seluas 128 hektar itu semakin meningkat setiap tahun. Menurutnya, beberapa lokasi
tanah wakaf di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)
turut dibuka sejak 2013. Melalui dana yang terkumpul, ia dapat digunakan untuk
membangunkan pelbagai projek insfrastruktur dan projek yang memberi impak yang
positif kearah memebri pulangan ekonomi yang tinggi bagi meningkatkan lagi
kitaran ekonomi harta wakaf pada masa akan datang (Baharuddin & Muhammad
Hamizan, 2015).
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat difahami bahawa kemajuan dan
pembangunan IPT wakaf dapat dimajukan dan diperkembangkan sekiranya
perundangan tanah secara khususnya dipatuhi. Pendaftaran tanah wakaf mengikut
peruntukan sedia ada memudahkan perancangan pembangunan dilakukan di atas
tanah wakaf tersebut sebagai usaha memperkembangkan lagi IPT wakaf. Sekiranya
tanah wakaf tidak didaftarkan seperti yang dikehendaki undang-undang ia terdedah
kepada pelbagai konflik. Selain itu, bukan sahaja tanah wakaf yang perlu didaftar
dengan MAIN, bangunan yang dibina di atas tanah wakaf juga tertakluk kepada
pendaftaran. Ini adalah berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada
10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah
Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah
memutuskan bahawa:
1. Status Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf
i. Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi
wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya,
ia tidak menjadi halangan.
ii. Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan
perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
269
Oleh itu, jelas di sini bahawa bangunan baru yang dibina di atas IPT wakaf juga
perlu didaftarkan sebagai aset wakaf di bawah MAIN.
Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960
Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, terdapat beberapa kategori tanah yang
boleh diambil semula oleh kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Seksyen 2
akta ini secara terperinci mendefinisikan bahawa tanah yang boleh diambil ialah
tanah bermilik dalam pengertian undang-undang tanah negeri yang mempunyai hak
milik berdaftar melainkan tanah kerajaan, tanah yang diduduki di bawah hak adat
dan tanah yang diduduki dengan harapan menjadi hak milik. Dalam konteks hak
pemilikan tanah berdaftar dengan merujuk kepada takrifan di atas, KTN 1965 telah
memperuntukkan kuasa bagi membolehkan wakaf yang berbentuk tanah diletakkan
di bawah milikan badan yang mentadbir tanah tersebut iaitu MAIN (Mohd Afendi,
2008). Implikasi daripada peruntukan Seksyen 2 APT 1960 jelas menunjukkan
bahawa pihak Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah wakaf
yang diletakkan di bawah kawalan MAIN melalui undang-undang sebagaimana yang
dijamin dalam Perkara 13 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana status
tanah yang diwakafkan adalah tanah yang dikategorikan sebagai tanah hak milik.
Kesan perlucutan hak milik ini telah diperuntukan secara jelas di dalam Seksyen 131
(a), (b) dan (c) KTN 1965 iaitu seperti berikut:
a) Tanah itu hendaklah dikembalikan dan menjadi hak kepada pihak Berkuasa
Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan dari semua hak milik
dan kepentingan yang sedia ada atau yang boleh timbul sejurus sebelum
pelucuthakan itu mula berkuat kuasa;
b) Maka hendaklah juga terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan tanpa
bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang pada masa itu wujud di atas tanah
itu; dan
c) Apa-apa item hasil tanah yang pada masa itu terhutang kepada Pihak Berkuasa
Negeri berkenaan dengan tanah itu hendaklah dihapuskan.
Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan Enakmen Wakaf di
beberapa buah negeri, ia memberi kuasa kepada MAIN sebagai pemegang amanah
terhadap harta-harta wakaf termasuk harta alih dan tak alih. Sebagai pemegang
amanah, MAIN berfungsi sebagai pentadbir terhadap segala urus tadbir harta-harta
wakaf tersebut. Oleh itu, sebagai pemegang amanah tunggal terhadap tanah wakaf,
MAIN berhak mendapat pampasan sekiranya berlaku pengambilan harta tanah
wakaf. Menurut Mohd Afendi (2008), prosedur pengambilan tanah adalah sama bagi
setiap negeri berdasarkan APT 1960 namun dari segi pelaksanaannya adalah berbeza.
Tanah wakaf yang dibangunkan IPT juga tertakluk kepada pengambilan oleh PBN.
Sehingga kini belum ada lagi peruntukan khas di dalam APT 1960 yang
mengecualikan tanah wakaf diambil oleh PBN. Pengambilan tanah wakaf yang
melibatkan IPT wakaf amatlah rumit sekiranya berlaku kerana ia melibatkan
kepentingan banyak pihak. Walaupun istibdal boleh digunakan sebagai alternatif
namun ia amat tidak patut dilakukan. Namun begitu, selagi tiada peruntukan yang
jelas mengenai perkara ini, tanah wakaf juga sentiasa terdedah kepada risiko
pengambilan oleh PBN. IPT wakaf juga secara tidak langsung akan terpalit kesannya
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
270
sekiranya pengambilan berlaku. Namun begitu, sekiranya pengambilan tanah wakaf
yang wujudnya IPT wakaf di atasnya terpaksa diambil, maka PBN perlu lebih
prihatin dengan menggantikan tanah yang sesuai dan memberi pampasan yang
sewajarnya. Namun perlu diingatkan bahawa keistimewaan ini hanya diberikan
sekiranya tanah wakaf tersebut didaftarkan secara sah menurut peruntukan undang-
undang.
PENUTUP
Peruntukan undang-undang utama berkaitan tanah di Malaysia melalui dua akta yang
telah dibincangkan telah dipakai secara umum termasuk bagi tanah wakaf. Tidak
dinafikan bahawa peruntukan perundangan tanah sedia ada mampu membantu proses
pembangunan IPT wakaf agar dapat berjalan lancar dan mampu memberikan
perlindungan kepada tanah wakaf seperti dalam aspek pendaftaran tanah.
Sungguhpun demikian, disebabkan pemakaian akta-akta tersebut adalah bersifat
umum, ada kalanya ia memberikan kesan yang kurang memuaskan bagi IPT wakaf
yang dibangunkan. Adalah diharapkan agar aplikasi perundangan sedia ada yang
dilihat kurang harmoni dengan ruh wakaf ini dapat diberikan pengecualian kepada
tanah-tanah wakaf. Ini adalah kerana pembangunan IPT wakaf di atas tanah adalah
merupakan suatu usaha murni yang perlu didokong dari semua aspek termasuk isu
perundangan agar ia mampu dilestarikan sesuai dengan tujuan ia dibangunkan.
PENGHARGAAN
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan pengajian peringkat
Doktor Falsafah. Untuk itu penghargaan ditujukan kepada geran LRGS [LRGS
/2013/UKM–UKM/SI/03] di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk
Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’ kerana telah menaja pengajian dan secara
langsung membiayai penyelidikan ini.
RUJUKAN
Abd. Manaf Ahmad. (2012). Mengapa Perlunya Universiti Islam Malaysia. Matang
Cipta Sdn. Bhd.
Abd. Manaf Ahmad. (2010). Misteri Kolej Islam Malaya-KIM. Persatuan Bekas
Siswa Kolej Islam Malaya.
Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf
property: Concept, Management, Development, and Financing. Jobor Baharu:
Penerbit UTM Press.
Ahmad Isyafiq Mad. Desa. (2015). Bangunkan Tanah Wakaf di Malaysia, Kosmo,
25 Mei 2015.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30).
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman, & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep
wakaf Kesihatan dan Perkembangannya di Malaysia. In The Asean Islamic
Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Baharuddin Sayin, & Muhammad Hamizan Abd Hamid. (2015). Wakaf Tunai: Satu
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
271
Cadangan Penguatkuasaan Perkara 11 (2) Perlembagaan. In International
Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UNISZA (Vol. 2015, pp. 1–462).
Mahamad Naser Disa. (2012). Peletakhakan Tanah Wakaf dalam Perspektif
Perundangan, 1–18.
Mokhtar Ismail, Hairullfazli Muhammad Som, Mohd Isa Mohd Deni, & Muna
Sulaiman. (2015). Model Operasi Wakaf Pendidikan di Malaysia. In
International Conference on Cash Waqf (ICCW) (pp. 215–228).
Mohd Afendi Mat Rani. (2008). Tesis Phd. Pegambilan Tanah Wakaf oleh Pihak
Berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasi di Malaysia.
Universiti Malaya.
Metamorfosis transformasi KIM-UIM. (2014, March). UIM Bulletin.
Malaysian Qualification Agency. (2013). MQA at a Glance. Diambil pada 18
Oktober 2015 daripada http://www.mqa.gov.my/
Mohd Saharudin Shakrani, Mohd Saifoul Zamzuri Noor, & Jamal Ali. (2003).
Tinjauan Isu-Isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam Pembangunan
Ekonomi Ummah di Malaysia. Jurnal Syariah, 11, 73–98. Retrieved from
http://myais.fsktm.um.edu.my/7524/
Raja Nazrin Shah. (2013). Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Draul
Ridzuan di Majlis Perasmian Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan
Istiadat Konvokesysen Kali Keeman. Kuala Kangsar. Diambil pada on 17
October, 2015, daripada http://www.rajanazrin.com/html/pdf/41)%2019.12.13-
RM-KUISAS-KONVOKESYEN%20KE%206%20(FINAL).pdf
Razali Othman. (2013). Institutsi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Bandar
Baru Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986)
Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di
Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24.
Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri
Abdul Ghani. (2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di
Bawah Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia, International Conference
2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3), Hotel Garden
Palace, and Jawa Timur, Indonesia. 19 April 2011
Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri
Abdul Ghani. (2011). Pengurusan dan Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf di
Majlis-Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Peyelidikan Geran Dalaman
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sanep Ahmad, & Nurdiyana Muhamed. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan
Ekonomi Negara: Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. In
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) (Vol. 1,
pp. 138–147).
Sinar Harian. (2012). Universiti Islam Malaysia Terima Dana Wakaf RM5.18 Juta.
Sinar Harian. Shah Alam: Author. Diambil pada 20 S=Oktober 2015 daripada
http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-islam-malaysia-terima-
dana-wakaf-rm5-18-juta-1.82722
Siti Zakiah Ali, & Hairunnizam Wahid. (2014). Peranan dan Kepentingan Dana
Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. In Prosiding PERKEM (Vol.
9, pp. 216–225).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
272
Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Perundangan Wakaf Dan Isu-Isu Berbangkit.
Konvensyen Wakaf Kebangsaan 12-14 September 2006, Hotel Legend Kuala
Lumpur, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri.
Sinar Harian, 16 Januari 2015, Derma Tanah Wakaf Meningkat
Wan Kamal Mujani. (2014). Prakata Prosiding Pelestarian Institusi Wakaf:
Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara.UKM.
AKTA
Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005
Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005
Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001
Kanun Tanah Negara 1965
Akta Pengambilan Tanah 1960

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)NorainiHusin1
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modenNurul Farhan Ibrahim
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)LittleBieb12
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Tan Meng
 

La actualidad más candente (11)

MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
 
Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 

Destacado

M. Khoirul Fahmi
M. Khoirul FahmiM. Khoirul Fahmi
M. Khoirul Fahmiidmac2015
 
Rhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practiceRhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practicebjohnston813
 
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah YaakubRusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakubidmac2015
 
E. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSE. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSjed51459
 
The play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletThe play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletSuperb Shehneela Naz
 
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDeltares
 
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...baitylos
 

Destacado (12)

Final draft
Final draftFinal draft
Final draft
 
KPMG_Testimonial
KPMG_TestimonialKPMG_Testimonial
KPMG_Testimonial
 
M. Khoirul Fahmi
M. Khoirul FahmiM. Khoirul Fahmi
M. Khoirul Fahmi
 
07Resume(amit)
07Resume(amit)07Resume(amit)
07Resume(amit)
 
Membuat blog
Membuat blogMembuat blog
Membuat blog
 
murknaz
murknazmurknaz
murknaz
 
Rhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practiceRhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practice
 
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah YaakubRusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
 
E. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSE. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGS
 
The play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletThe play within the play in Hamlet
The play within the play in Hamlet
 
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
 
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
 

Similar a Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub

Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamInstitusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamNor Azhar Aduka
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL mandalina landy
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Izzuddin Norrahman
 
Sejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamSejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamTinta Pena
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Nurul Dayati Fauziah
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimABDUL HALIM
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraHome
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakHootoh Tudia
 
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaDinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaAmirul Shafiq Ahmad Zuperi
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensionalmandalina landy
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Laila Azhan
 
Sistem kewangan islam
Sistem kewangan islamSistem kewangan islam
Sistem kewangan islamNashraf Ideen
 
Sistem kewangan islam
Sistem kewangan islamSistem kewangan islam
Sistem kewangan islamNashraf Ideen
 
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015MOHD ARIFF AB RAZAK
 

Similar a Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub (20)

Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamInstitusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
 
Sejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islamSejarah bon dalam islam
Sejarah bon dalam islam
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul Halim
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
 
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaDinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
 
Spe Bab10
Spe Bab10Spe Bab10
Spe Bab10
 
Ski konsep&struktur
Ski konsep&strukturSki konsep&struktur
Ski konsep&struktur
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
 
Sistem kewangan islam
Sistem kewangan islamSistem kewangan islam
Sistem kewangan islam
 
Sistem kewangan islam
Sistem kewangan islamSistem kewangan islam
Sistem kewangan islam
 
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
 

Más de idmac2015

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 

Más de idmac2015 (20)

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 

Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 259 KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF: KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA Rohayati Hussin1 Rusnadewi Abdul Rashid2 Noor Inayah Yaakub3 Abstrak Kanun Tanah Negara 1965 menjadi asas rujukan di samping undang-undang lain berkaitan tanah termasuklah urusan berkaitan tanah wakaf. Ini kerana tiada undang- undang khas berkaitan pengurusan tanah wakaf walaupun telah wujud enakmen wakaf di beberapa buah negeri. Asas kepada sesuatu pembangunan adalah bermula di atas tanah. Oleh itu, isu mengenai pembangunan tanah wakaf sentiasa menjadi perhatian dan perbahasan pelbagai pihak. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) wakaf pula merupakan salah satu alternatif pembangunan tanah wakaf ke arah merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut dikecapi oleh semua golongan masyarakat tanpa batasan. Sejajar dengan itu, pentingnya peruntukan perundangan berkaitan tanah diketahui agar penubuhan dan pembangunan IPT wakaf dapat dilestarikan. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengupas dua isu perundangan tanah yang penting berkaitan IPT wakaf iaitu aspek pendaftaran dan pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap dapat memberi pendedahan tentang peranan perundangan tanah negara yang memberi kesan kepada pembangunan dan kelestarian IPT wakaf. Kata Kunci: Kanun Tanah Negara 1965; tanah wakaf; Institusi Pendidikan Tinggi Wakaf; pembangunan. 1 Pelajar PhD, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam : roha427@kedah.uitm.edu.my 2 Pensyarah Kanan (Dr), Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Perlis : rusnadewi@perlis.uitm.edu.my 3 Prof Dato’ Dr, Universiti Islam Malaysia: inayah@uim.edu.my
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 260 PENGENALAN Perkara berkaitan wakaf sentiasa relevan dan tidak pernah lekang dari diperbincangkan dan diperbahaskan sama ada di dalam atau luar negara. Saban tahun, banyak seminar dan konferensi dianjurkan berkaitan wakaf. Bezanya pada masa kini terdapat fokus baru yang diberi perhatian dan diperbincangkan iaitu mengenai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)4 . Pendidikan tertinggi merupakan pemangkin bagi melahirkan tenaga-tenaga pakar dan ilmuwan. Oleh yang demikian, peranan institusi pengajian tinggi adalah amat penting dalam melahirkan modal insan kelas pertama (Siti Zakiah & Hairunnizam, 2014). IPT berkonsepkan wakaf masih baru diberi perhatian dan diperbincangkan walaupun hakikatnya sudah terdapat beberapa IPT wakaf yang telah wujud berkonsepkan wakaf di Malaysia. IPT wakaf tidak dinafikan merupakan aset yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam. Dengan wujudnya IPT wakaf ia diharapkan dapat memberi peluang bukan sahaja kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu malah memberi peluang kepada umat Islam untuk melakukan kebajikan (Wan Kamal, 2014). IPT yang berkonsepkan wakaf perlu dilaksanakan di samping kelestariannya juga memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan aspek kemajuan itu sendiri. Namun begitu harapan ini agak sukar untuk dicapai sekiranya masyarakat masih kurang kesedaran untuk memahami konsep wakaf. Dengan tertubuhnya IPT wakaf, ia boleh dianggap sebagai satu institusi pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti berdasarkan pengalaman wakaf dalam membangunkan ekonomi ummah di negara Mesir, Turki, Arab Saudi dan Kuwait. Universiti al-Azhar, Mesir umpamanya yang ditubuhkan dan ditadbirkan oleh sebuah perbadanan wakaf negara itu dan kini telah lebih 1000 tahun penubuhannya masih dibiayai oleh perbadanan tersebut.(Mohd Saharudin, Mohd Saifoul, & Jamal, 2003). Dalam usaha menfokuskan kepada pembangunan IPT wakaf, tidak dapat tidak isu yang berkaitan dengannya juga perlu diberi perhatian. Isu tanah wakaf perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana ia adalah asas kepada sesuatu pembangunan. Di Malaysia, semua tanah wakaf ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)5 sama ada harta alih atau tak alih. Seperti sedia maklum tanah- tanah wakaf yang didaftarkan adalah terletakhak kepada MAIN sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan Enakmen Wakaf. Merujuk kepada Enakmen, MAIN adalah Pemegang Amanah Tunggal bagi kesemua harta wakaf, termasuk Wakaf Am atau Wakaf Khas, bagi semua Nazar Am dan jenis amanah yang menjadi Amanah Khairat kerana bantuan dan kemajuan Islam dan faedah bagi orang-orang Islam mengikut hukum syarak. Peruntukkan ini disebut secara jelas dalam enakmen sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (No.2 Tahun 2001) : “Walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh kepada perkara itu, maka hendaklah Majlis menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf Am atau 4 Institusi Pendidikan Tinggi selepas ini disebut IPT 5 Majlis Agama Islam Negeri selepas ini disebut MAIN
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 261 Wakaf Khas dan semua nazar am dan semua amanah dari serba jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan yang terletak di negeri ini atau jika orang yang membuat penyelesaian harta itu atau lain-lain orang yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di negeri ini, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu terletak” (Seksyen 63). Wakaf berasal daripada perkataan Arab, waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan (Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Manakala menurut istilah, wakaf ialah apa-apa harta yang menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT (Razali, 2013). Manakala Syeikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib seorang ulama bermazhab Syafi'i, menjelaskan bahawa wakaf bermaksud menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya, serta kekal fizikal harta, dengan melupuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf untuk diberikan kepada pihak yang dibenarkan oleh syarak yang wujud ketika itu (Ainul, Arieff Salleh, dan Azman, 2014). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, wakaf membawa maksud sesuatu yg diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma) atau sesuatu yang diberikan dan diperuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam (Sanep & Nurdiyana , 2011). Selain itu, menurut seksyen 2 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, wakaf ertinya: “menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949”. PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) WAKAF DI MALAYSIA Malaysia ialah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya. Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi Islam (IPTI) sewajarnya dapat ditubuhkan dengan mudah. Ada antara IPTI ini yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, manakala selebihnya ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan. Kebanyakan IPTI yang ditubuhkan mengambil pendekatan wakaf dalam membantu kelestarian ekonominya. Antara kelebihan wakaf pendidikan di Malaysia ialah ia mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat, baik dari pihak kaum kerabat sultan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri sehinggalah kepada orang perseorangan. Keadaan semasa ekonomi negara yang kukuh dengan pendapatan perkapita yang baik turut mempengaruhi sumbangan dana wakaf IPTI (Mokhtar, Hairullfazli, Mohd Isa, & Muna, 2015). Raja Nazrin (2013) telah menitahkan bahawa wakaf atau endowmen telah diiktiraf mempunyai peranan yang amat besar dalam memastikan kelestarian institusi pengajian tinggi Islam di mana sahaja ia berada, baik di negara Islam atau negara
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 262 sekular. Baginda menyarankan agar semua IPT mengurangkan kebergantungan kepada pihak berkuasa, sebaliknya memperbanyakkan sumber pendapatan dalam bentuk kurniaan, tajaan dan derma atau wakaf. Semua IPT yang ditubuhkan di Malaysia adalah tertakluk kepada perundangan di Malaysia. Semua IPT yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, umumnya disebut IPT awam, adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Manakala IPT yang ditubuhkan oleh selain kerajaan Malaysia yang dikenali secara ringkas sebagai IPT swasta pula adalah tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Walaupun IPT ditubuhkan di bawah akta yang berbeza, namun segala pemantauan masih tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa agensi yang ditubuhkan khusus untuk memastikan taraf perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan setara dengan piawaian dalam dan luar negara. Antara agensi yang berperanan besar dari segi peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan ialah Malaysian Qualification Agency atau MQA. Agensi ini bertanggungjawab untuk melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Framework, MQF) sebagai asas penjaminan kualiti pendidikan tinggi di negara ini. MQA juga berperanan sebagai pusat rujukan sehenti berkaitan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan (Malaysian Qualification Agency, 2013). Menurut kajian yang dijalankan oleh Mokhtar et. al (2015), perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia pada masa kini amat membanggakan. Jumlah IPT awam bertaraf universiti penuh yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sehingga kini ialah sebanyak 20 buah. Di samping itu, terdapat sebanyak 485 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. Menurut seksyen 2 Akta IPTS 1996, definisi institusi pendidikan tinggi swasta ialah: “institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan tinggi; (b) yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau (c) yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan— (i) institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; (ii) institusi pendidikan tinggi lain: (aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang- undang bertulis lain; atau (bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (iii) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (iv) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; (v) Universiti atau Kolej Universiti lain— (aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang- undang bertulis lain; atau (bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (vi) kampus cawangan; atau
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 263 (vii) badan profesional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional badan profesional itu. Berdasarkan definisi di atas, IPTS yang ditubuhkan berasaskan konsep wakaf juga adalah tertakluk kepada semua perundangan yang terdapat dalam Akta 555. Antaranya ialah Universiti Kolej Bestari di Terengganu atau University College Bestari (UCB), Universiti Islam Malaysia (UIM) di Cyberjaya dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Perak. Univeristi Islam Malaysia (UIM) Penubuhan UIM adalah salah satu usaha murni yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kembali wakaf sebagai institusi wakaf pendidikan tinggi negara. Sejarah penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) atau Muslim College Malaya bermula pada 24 Februari 1955. Ia berjaya direalisasikan dua tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan ini sebagai usaha bagi mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai pengajian Islam di kalangan masyarakat. Semasa itu, pendedahan pengajian Islam dibuat melalui kaedah tradisional. Ini menyebabkan, masyarakat Muslim menjadi terasing daripada silibus arus pendidikan moden seperti pendidikan sains, kemanusiaan dan teknologi (Abd. Manaf, 2012). Penubuhan KIM ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu. Pengurusan dan pentadbiran KIM adalah melalui tabung kewangan wakaf atau sumbangan derma dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada bukan Islam. Negara-negara luar seperti Brunei, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin turut menyumbang bagi tabung kewangan wakaf KIM. Malahan, bangunan pertama KIM telah disumbangkan oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda mengurniakan Istana Jameah beserta sebidang tanah terletak di Jalan Kampung Jawa Kelang sebagai wakaf khas bagi kegunaan KIM (Abd. Manaf, 2010). Pada awal penubuhannya, KIM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Cambridge dan Oxford. Kumpulan pelajar pertama seramai 55 orang yang datang dari seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak yang telah melepasi ujian kemasukan kolej. Namum, penubuhan KIM ditangguhkan operasinya bermula Disember 1970 bagi memberi laluan kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Abd. Manaf, 2012). Berikutan penubuhan UKM, KIM telah diserap sebagai salah sebuah fakulti di UKM iaitu Fakulti Pengajian Islam. Berikutan itu, seluruh harta wakaf KIM seperti tanah, bangunan, saham dan wang tunai diuruskan oleh Lembaga Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM) (Abd. Manaf, 2010). Setelah berjuang bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat mendapatkan sokongan menteri kabinet dan memohon sembah perkenan dari Majlis Raja-raja Melayu, KIM akhirnya diaktifkan semula sebagai sebuah universiti swasta dengan nama Universiti Islam Malaysia pada 13 Julai 2014 (Universiti Islam Malaysia, 2014). UIM dianggap sebagai IPTS berkonsepkan wakaf yang pertama di Malaysia yang dizahirkan dengan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan bergerak sepenuhnya di atas landasan wakaf dari orang ramai serta institusi korporat. Banyak sumbangan wakaf diterima sepanjang tempoh perjuangan mewujudkan semula KIM sebagai UIM. Contohnya, pada 2012, UIM menerima
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 264 sumbangan dana wakaf tunai berjumlah RM5.18 juta dari tujuh pihak yang terdiri dari syarikat, pertubuhan dan individu (Sinar Harian, 2012) iaitu seperti berikut: a) Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebanyak RM5 juta b) Shahpadu Corp Sdn Bhd sebanyak RM100,000.00 c) Datuk Dr. Haron Din mewakili bekas pelajar Kolej Islam Malaya (KIM) sebanyak RM30,675.00 d) Waris dan warga KIM Petaling Jaya sebanyak RM17,000.00 e) Alumni Kolej Islam (ALKIS) yang diwakili Datuk Sallehuddin Ishak sebanyak RM11,000.00 f) Persatuan Bekas Pelajar KIM sebanyak RM10,000.00 g) Bekas ketua pelajar Kolej Islam Klang tahun 1975 Puzi Dahman sebanyak RM10,000.00 Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB) Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia atau PEYATIM pada 1998 dengan nama asalnya Kolej Teknologi Bestari. IPT ini telah dinaik taraf pada 1 Ogos 2012 menjadi sebuah kolej universiti. PEYATIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha memartabatkan anak-anak melayu miskin, golongan Program Pembangunan Rakyat Miskin (PPRT) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, penubuhan Kolej Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara. Jika ditinjau dari aspek kronologi penubuhan UCB ini, ia bermula dari kegiatan dan gerakan kumpulan yang terlibat dengan aktiviti kebajikan anak yatim Malaysia. Pada tahap pertama perjuangan mereka adalah berkonsepkan memberi perlindungan dan penjagaan kepada anak-anak yatim. Setelah melangkaui lebih 20 tahun mereka bergiat dalam perjuangan tersebut, mereka dapati untuk mencapai matlamat akhir perjuangan membela nasib anak-anak yatim sukar dicapai kalau hanya tumpuan pembangunan kanak-kanak terhenti pada aspek penjagaan dan pemeliharaan semata- mata. Dari itu kumpulan 'Think tank' PEYATIM yang diketuai oleh YM Dato' Dr. Tengku Mahmud bin Mansor telah merancang untuk membangunkan sebuah kolej yang bermatlamat untuk menjadikannya sebagai satu saluran (outlet) kepada anak- anak yatim bagi mendapat peluang pengajian tinggi sebaik mungkin, kerana ada di kalangan anak-anak yatim mempunyai kemampuan tersebut. Di samping itu, perubahan paradigma aktiviti-aktiviti di rumah anak-anak yatim itu mula berlaku dan mejurus kepada pembangunan pendidikan. Sungguhpun pada peringkat perancangannya, penubuhan kolej ini semata- mata untuk menampung keperluan aliran bagi anak-anak yatim, tetapi mungkin aspek perluasan peluang kepada pihak- pihak lain perlu juga diberi, seperti anak-anak dari golongan PPRT, anak-anak Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), anak- anak luar bandar dan sebagainya yang tidak dapat ditampungi oleh Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Oleh yang
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 265 demikian, penubuhan UC Bestari ini terbukti memberi manfaat kepada semua pihak. Lantaran itu, usaha yang berani dan bijaksana ini perlu diberi sokongan oleh semua pihak dan segenap lapisan masyarakat bagi menjayakan cita-cita pembangunan umat yang sebahagiannya tersisih dan tertinggal ini. PERUNDANGAN TANAH BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) WAKAF Perbincangan mengenai tanah wakaf tidak terlepas dari dikaitkan dengan perundangan tanah negara yang mengikat perkembangan dan pembangunan hartanah wakaf negara ini. Perbincangan artikel ini lebih menfokuskan kepada dua isu perundangan yang berkait rapat dengan undang-undang tanah wakaf iaitu pendaftaran di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan pengambilan balik tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Kanun Tanah Negara 1965 Seksyen 4(2) (e) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan di bawah KTN 1965 adalah tidak terpakai kepada tanah wakaf kecuali diperuntukkan sebaliknya. Peruntukan ini dilihat sebagai suatu jaminan bahawa KTN 1965 yang merupakan undang-undang utama berhubung dengan tanah telah mengiktiraf undang-undang Islam mengenai wakaf bagi semua tanah wakaf. Oleh itu, dari segi pemakaiannya, prinsip-prinsip umum dalam KTN 1965 adalah tidak terpakai dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf (Mahamad Naser, 2012). Menurut Mohidin (2012), sungguhpun KTN 1965 tidak menyediakan peruntukan khusus mengenai perkara wakaf, namun amalan pentadbiran tanah terutama dari aspek pendaftaran tanah wakaf hari ini menunjukkan bahawa KTN 1965 masih lagi digunapakai sebagai sumber utama. Peruntukan mengenai pendaftaran harta wakaf terdapat dalam beberapa enakmen negeri misalnya, Seksyen 4 Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 yang menyatakan bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan secepat mungkin menurut apa- apa bentuk atau cara yang telah ditetapkan oleh Majlis. Selain itu, Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang hendak mewakafkan hartanya hendaklah mendaftarkan harta itu dengan Majlis mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Majlis. Berdasarkan enakmen-enakmen wakaf tersebut dapat difahami bahawa pendaftaran harta wakaf amat penting namun tidak ada peruntukan secara jelas mengenai bagaimana tatacara pendaftaran harta wakaf terutama berkaitan tatacara pendaftaran tanah wakaf. Kebiasaannya, pendaftaran yang dibuat adalah mengikut amalan MAIN yang berbeza-beza bagi setiap negeri berdasarkan tatacara yang terdapat di dalam KTN 1965. Ini menunjukkan bahawa KTN 1965 masih relevan sebagai rujukan utama berkaitan pendaftaran tanah wakaf. Namun begitu, secara umumnya terdapat tiga cara yang boleh digunakan bagi tujuan pendaftaran tanah wakaf iaitu: i. Kaedah Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting) - Seksyen 416C KTN 1965 Seksyen 416C KTN 1965 memperuntukan kaedah pendaftaran tanah termasuk pendaftaran tanah wakaf melalui Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting). Kaedah pindahmilik ini tidak membabitkan prosedur yang rumit. Penyempurnaan dibuat
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 266 tanpa pengisian apa-apa instrumen oleh MAIN kerana permohonan boleh dibuat sekadar dengan menulis surat dengan melampirkan surat lafaz wakaf dan suratcara wakaf kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah (mengikut mana yang berkenaan) bagi tujuan tersebut. Selain itu, salinan peruntukan statutori berkaitan perletakhakan tanah wakaf kepada MAIN di bawah akta atau enakmen negeri berkenaan juga perlu turut dikemukakan. Sekiranya permohonan diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah akan mengendorskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milik tanah. Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan(Bil.8/1999), semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah telah dinasihatkan supaya menggunakan kaedah yang terbaru dalam meletakhak tanah wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri. Kaedah pindahmilik melalui cara ini sewajarnya dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan prosedur yang kompleks (Sayuti, Mohd Hamran, Hasan Al-Banna, Basri 2011). Sekiranya permohonan ini diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir tanah akan mengendoskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milk tanah itu, iaitu setelah berpuas hati bahawa letakhak satutori pada hak atau kelayakan penerima pindahan telahpun berkuatkuasa (Siti Mashitoh, 2006). ii. Kaedah Serahan (Surrender) - Seksyen 195, 197 dan 200 KTN 1965 Kaedah ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan tanah wakaf didaftarkan atas nama MAIN sebagai pemegang amanah tunggal. Pendaftaran tanah melalui penyerahan balik dan permohonan semula ini adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam KTN 1965. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis oleh tuanpunya tanah yang ingin mewakaf dengan menyatakan tujuan penyerahannya kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Apa-apa bayaran yang belum dijelaskan ke atas tanah berkenaan seperti cukai tanah yang tertunggak dan sebagainya termasuk yuran bagi urusan penyerahan berkenaan hendaklah dilunaskan terlebih dahulu. Bagi tujuan tersebut, lakaran pelan hartanah berkenaan juga perlu dilampirkan bersama. Selepas penyerahan diterima oleh PBN, MAIN dikehendaki memohon semula hartanah berkenaan bagi menyempurnakan pelaksanaan wakaf tersebut. Penyerahan balik (surrender) tanah yang terkandung dalam hakmilik kepada kerajaan atau PBN boleh dilakukan secara bertulis kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 12A (seksyen 197 jika bagi maksud keseluruhan tanah) atau Borang 12B (seksyen 200 jika bagi maksud sebahagian tanah). Sebagaimana yang di peruntukkan dalam seksyen 197 dalam KTN 1965yang memperuntukan pendaftaran tanah dengan cara penyerahan semula tanah kepada PBN maka MAIN akan membuat permohonan ke atas tanah tersebut. Semua ini adalah untuk menyempurnakan perwakafan pihak pewakaf berkenaan disamping merealisasikan tanggungjawab sebagi pemegang amanah tunggal hartanah yang diwakafkan ini (Siti Mashitoh, 2006). iii. Kaedah Pindah Milik (Transfer) - Seksyen 215 dan 216 KTN 1965 Proses pindahmilik tanah di bawah peruntukan seksyen ini telah banyak diamalkan oleh MAIN (Sallehuddin Ishak, 2013). Permohonan dibuat dengan pewakaf mengisi Borang 14A KTN 1965 yang mengandungi antara lain butir-butir peribadi pemindah milik (pewakaf) dan pihak penerima pindahan milik (MAIN) termasuk juga butiran hartanah. Setelah permohonan tersebut diluluskan, pihak Pendaftar Tanah akan
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 267 mendaftarkan nama MAIN sebagai penerima pindahan yang sah di sisi undang- undang. Justeru itu, setelah pendaftaran dilakukan terhadap tanah wakaf, hanya MAIN yang berhak mengurus tadbir tanah-tanah wakaf tersebut. Pihak –pihak lain misalnya pewakaf, ahli waris termausk anak-anak pewakaf atau penerima amanah wakaf tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran tanah wakaf tersebut. Namun begitu, ada beberepa pihak lain yang diberi pengecualian oleh MAIN untuk mengurus dan mengawal selia tanah wakaf seperti ahli jawatankuasa masjid, surau dan lain-lain. Kebiasaannya adalah tanah jenis masjid dan surau (Mohd Afendi, 2008). iv. Keperluan Pendaftaran dan Implikasi Kegagalan Pendaftaran Tanah Wakaf Terhadap Pembangunan IPT Wakaf Menurut kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011), tiada sebarang nas al-Quran mahupun Hadith menyatakan secara khusus tentang pendaftaran tanah wakaf. Namun, untuk kepentingan umum atau “Maslahah Ammah” menjadi keperluan atau kepentingan untuk mendaftarkan tanah wakaf sebagai bahan bukti ke atas hak dan pemilikan seseorang serta badan-badan tertentu. Pendaftaran tanah wakaf juga dapat memastikan kelangsungan pembangunan terhadap tanah wakaf. Pendaftaran tanah wakaf dapat mengelakkan konflik pada masa hadapan bertepatan dengan prinsip Torrens iaitu ‘daftar adalah segala-galanya’. Biar apapun pembangunan yang dicadangkan di atas tanah wakaf tersebut, perkara asas mengenai pendaftaran tanah wakaf perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Begitu juga dengan pembangunan tanah wakaf untuk mewujudkan IPT wakaf. UCB sebagai sebuah IPTS memiliki satu-satunya aset iaitu tanah seluas 128 hektar/ 320 ekar ( 1,299,000 meter persegi ) di Setiu Terengganu yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Terengganu. UCB berhasrat menjadikan tapak tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Oleh kerana perkara berkaitan wakaf tertakluk di bawah MAIN, maka UCB perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) terlebih dahulu. Pelbagai usaha dilakukan bagi memenuhi tujuan tersebut, maka pada bulan Mei 2009 (MAIDAM.03-003/46-(11) bertarikh 13 Julai 2009 hasrat tersebut tercapai (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015). Jika diteliti kembali dalam kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011), dapat difahami bahawa amalan pendaftaran tanah wakaf oleh MAIDAM hanyalah melalui satu cara iaitu melalui pindah milik dengan menggunakan (Borang 14A). Oleh itu, penulis merasakan bahawa cara ini juga dipraktikan oleh MAIDAM dalam proses mendaftarkan tapak tanah UCB. Justeru itu MAIDAM adalah pemegang amanah tunggal kepada tanah tapak kampus UCB manakala PEYATIM adalah pentadbir yang diberi kuasa untuk mengurus tadbir tanah wakaf tersebut. UCB sebagai sebuah IPTS perlu menjana dana kewangan sendiri dari semasa ke semasa. Terdapat dua acara untuk menjana dana kepada UCB iaitu secara langsung menggunakan prinsipal aset sedia ada iaitu tapak tanah UCB dengan mengaplikasi konsep wakaf kaki serta serta sumbangan secara tidak langsung dengan kerjasama agensi korporat di Malaysia seperti Pos Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional Berhad. Sebagai memenuhi hasrat kedua-dua cara itu, PEYATIM telah
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 268 menubuhkan Yayasan Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia atau YAWATIM pada November 2011 supaya membolehkan mereka menerima deposit daripada orang ramai secara sah. Ini adalah bertepatan dengan undang-undang di Malaysia bahawa badan yang menerima deposit daripada orang ramai perlu didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad (Mokhtar Ismail et al., 2015). Selepas tertubuhnya YAWATIM, segala dana yang diperolehi melalui skim wakaf kaki di depositkan kepada YAWATIM. Skim wakaf kaki atau lot diaplikasikan di mana tapak UCB dijual dalam lot kecil serendah RM30.00 sekaki untuk 0.1 meter persegi atau RM300 satu meter persegi dengan syarat pembeli mewakafkan semula tanah tersebut kepada UCB. Jualan tanah wakaf ini bermula awal tahun 2011 dan dijangkakan akan habis terjual dalam tempoh 5 tahun. Pengecualian cukai akan diberikan kepada setiap pembelian tanah wakaf ini (No.LHDN:01/35/42/51/179- 6.3872) (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015). Menurut kenyataan akhbar Sinar Harian 16 Januari 2015 bertajuk “Derma Tanah Wakaf Meningkat”, sambutan menggalakkan terhadap Skim Derma Tanah Wakaf Pendidikan Anak Yatim dan Miskin bakal merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kolej Universiti Bestari (UCB) sebagai kolej universiti wakaf pertama negara. Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, jumlah umat Islam yang menderma untuk tanah wakaf di kampus UCB seluas 128 hektar itu semakin meningkat setiap tahun. Menurutnya, beberapa lokasi tanah wakaf di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) turut dibuka sejak 2013. Melalui dana yang terkumpul, ia dapat digunakan untuk membangunkan pelbagai projek insfrastruktur dan projek yang memberi impak yang positif kearah memebri pulangan ekonomi yang tinggi bagi meningkatkan lagi kitaran ekonomi harta wakaf pada masa akan datang (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015). Berdasarkan perbincangan di atas, dapat difahami bahawa kemajuan dan pembangunan IPT wakaf dapat dimajukan dan diperkembangkan sekiranya perundangan tanah secara khususnya dipatuhi. Pendaftaran tanah wakaf mengikut peruntukan sedia ada memudahkan perancangan pembangunan dilakukan di atas tanah wakaf tersebut sebagai usaha memperkembangkan lagi IPT wakaf. Sekiranya tanah wakaf tidak didaftarkan seperti yang dikehendaki undang-undang ia terdedah kepada pelbagai konflik. Selain itu, bukan sahaja tanah wakaf yang perlu didaftar dengan MAIN, bangunan yang dibina di atas tanah wakaf juga tertakluk kepada pendaftaran. Ini adalah berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Status Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf i. Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan. ii. Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 269 Oleh itu, jelas di sini bahawa bangunan baru yang dibina di atas IPT wakaf juga perlu didaftarkan sebagai aset wakaf di bawah MAIN. Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, terdapat beberapa kategori tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Seksyen 2 akta ini secara terperinci mendefinisikan bahawa tanah yang boleh diambil ialah tanah bermilik dalam pengertian undang-undang tanah negeri yang mempunyai hak milik berdaftar melainkan tanah kerajaan, tanah yang diduduki di bawah hak adat dan tanah yang diduduki dengan harapan menjadi hak milik. Dalam konteks hak pemilikan tanah berdaftar dengan merujuk kepada takrifan di atas, KTN 1965 telah memperuntukkan kuasa bagi membolehkan wakaf yang berbentuk tanah diletakkan di bawah milikan badan yang mentadbir tanah tersebut iaitu MAIN (Mohd Afendi, 2008). Implikasi daripada peruntukan Seksyen 2 APT 1960 jelas menunjukkan bahawa pihak Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah wakaf yang diletakkan di bawah kawalan MAIN melalui undang-undang sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 13 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana status tanah yang diwakafkan adalah tanah yang dikategorikan sebagai tanah hak milik. Kesan perlucutan hak milik ini telah diperuntukan secara jelas di dalam Seksyen 131 (a), (b) dan (c) KTN 1965 iaitu seperti berikut: a) Tanah itu hendaklah dikembalikan dan menjadi hak kepada pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan dari semua hak milik dan kepentingan yang sedia ada atau yang boleh timbul sejurus sebelum pelucuthakan itu mula berkuat kuasa; b) Maka hendaklah juga terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan tanpa bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang pada masa itu wujud di atas tanah itu; dan c) Apa-apa item hasil tanah yang pada masa itu terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan tanah itu hendaklah dihapuskan. Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan Enakmen Wakaf di beberapa buah negeri, ia memberi kuasa kepada MAIN sebagai pemegang amanah terhadap harta-harta wakaf termasuk harta alih dan tak alih. Sebagai pemegang amanah, MAIN berfungsi sebagai pentadbir terhadap segala urus tadbir harta-harta wakaf tersebut. Oleh itu, sebagai pemegang amanah tunggal terhadap tanah wakaf, MAIN berhak mendapat pampasan sekiranya berlaku pengambilan harta tanah wakaf. Menurut Mohd Afendi (2008), prosedur pengambilan tanah adalah sama bagi setiap negeri berdasarkan APT 1960 namun dari segi pelaksanaannya adalah berbeza. Tanah wakaf yang dibangunkan IPT juga tertakluk kepada pengambilan oleh PBN. Sehingga kini belum ada lagi peruntukan khas di dalam APT 1960 yang mengecualikan tanah wakaf diambil oleh PBN. Pengambilan tanah wakaf yang melibatkan IPT wakaf amatlah rumit sekiranya berlaku kerana ia melibatkan kepentingan banyak pihak. Walaupun istibdal boleh digunakan sebagai alternatif namun ia amat tidak patut dilakukan. Namun begitu, selagi tiada peruntukan yang jelas mengenai perkara ini, tanah wakaf juga sentiasa terdedah kepada risiko pengambilan oleh PBN. IPT wakaf juga secara tidak langsung akan terpalit kesannya
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 270 sekiranya pengambilan berlaku. Namun begitu, sekiranya pengambilan tanah wakaf yang wujudnya IPT wakaf di atasnya terpaksa diambil, maka PBN perlu lebih prihatin dengan menggantikan tanah yang sesuai dan memberi pampasan yang sewajarnya. Namun perlu diingatkan bahawa keistimewaan ini hanya diberikan sekiranya tanah wakaf tersebut didaftarkan secara sah menurut peruntukan undang- undang. PENUTUP Peruntukan undang-undang utama berkaitan tanah di Malaysia melalui dua akta yang telah dibincangkan telah dipakai secara umum termasuk bagi tanah wakaf. Tidak dinafikan bahawa peruntukan perundangan tanah sedia ada mampu membantu proses pembangunan IPT wakaf agar dapat berjalan lancar dan mampu memberikan perlindungan kepada tanah wakaf seperti dalam aspek pendaftaran tanah. Sungguhpun demikian, disebabkan pemakaian akta-akta tersebut adalah bersifat umum, ada kalanya ia memberikan kesan yang kurang memuaskan bagi IPT wakaf yang dibangunkan. Adalah diharapkan agar aplikasi perundangan sedia ada yang dilihat kurang harmoni dengan ruh wakaf ini dapat diberikan pengecualian kepada tanah-tanah wakaf. Ini adalah kerana pembangunan IPT wakaf di atas tanah adalah merupakan suatu usaha murni yang perlu didokong dari semua aspek termasuk isu perundangan agar ia mampu dilestarikan sesuai dengan tujuan ia dibangunkan. PENGHARGAAN Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan pengajian peringkat Doktor Falsafah. Untuk itu penghargaan ditujukan kepada geran LRGS [LRGS /2013/UKM–UKM/SI/03] di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’ kerana telah menaja pengajian dan secara langsung membiayai penyelidikan ini. RUJUKAN Abd. Manaf Ahmad. (2012). Mengapa Perlunya Universiti Islam Malaysia. Matang Cipta Sdn. Bhd. Abd. Manaf Ahmad. (2010). Misteri Kolej Islam Malaya-KIM. Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya. Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf property: Concept, Management, Development, and Financing. Jobor Baharu: Penerbit UTM Press. Ahmad Isyafiq Mad. Desa. (2015). Bangunkan Tanah Wakaf di Malaysia, Kosmo, 25 Mei 2015. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman, & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep wakaf Kesihatan dan Perkembangannya di Malaysia. In The Asean Islamic Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Baharuddin Sayin, & Muhammad Hamizan Abd Hamid. (2015). Wakaf Tunai: Satu
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 271 Cadangan Penguatkuasaan Perkara 11 (2) Perlembagaan. In International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UNISZA (Vol. 2015, pp. 1–462). Mahamad Naser Disa. (2012). Peletakhakan Tanah Wakaf dalam Perspektif Perundangan, 1–18. Mokhtar Ismail, Hairullfazli Muhammad Som, Mohd Isa Mohd Deni, & Muna Sulaiman. (2015). Model Operasi Wakaf Pendidikan di Malaysia. In International Conference on Cash Waqf (ICCW) (pp. 215–228). Mohd Afendi Mat Rani. (2008). Tesis Phd. Pegambilan Tanah Wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasi di Malaysia. Universiti Malaya. Metamorfosis transformasi KIM-UIM. (2014, March). UIM Bulletin. Malaysian Qualification Agency. (2013). MQA at a Glance. Diambil pada 18 Oktober 2015 daripada http://www.mqa.gov.my/ Mohd Saharudin Shakrani, Mohd Saifoul Zamzuri Noor, & Jamal Ali. (2003). Tinjauan Isu-Isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Ummah di Malaysia. Jurnal Syariah, 11, 73–98. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/7524/ Raja Nazrin Shah. (2013). Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Draul Ridzuan di Majlis Perasmian Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan Istiadat Konvokesysen Kali Keeman. Kuala Kangsar. Diambil pada on 17 October, 2015, daripada http://www.rajanazrin.com/html/pdf/41)%2019.12.13- RM-KUISAS-KONVOKESYEN%20KE%206%20(FINAL).pdf Razali Othman. (2013). Institutsi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Bandar Baru Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24. Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri Abdul Ghani. (2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di Bawah Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia, International Conference 2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3), Hotel Garden Palace, and Jawa Timur, Indonesia. 19 April 2011 Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri Abdul Ghani. (2011). Pengurusan dan Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf di Majlis-Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Peyelidikan Geran Dalaman Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Sanep Ahmad, & Nurdiyana Muhamed. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara: Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) (Vol. 1, pp. 138–147). Sinar Harian. (2012). Universiti Islam Malaysia Terima Dana Wakaf RM5.18 Juta. Sinar Harian. Shah Alam: Author. Diambil pada 20 S=Oktober 2015 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-islam-malaysia-terima- dana-wakaf-rm5-18-juta-1.82722 Siti Zakiah Ali, & Hairunnizam Wahid. (2014). Peranan dan Kepentingan Dana Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. In Prosiding PERKEM (Vol. 9, pp. 216–225).
  • 14. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 272 Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Perundangan Wakaf Dan Isu-Isu Berbangkit. Konvensyen Wakaf Kebangsaan 12-14 September 2006, Hotel Legend Kuala Lumpur, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri. Sinar Harian, 16 Januari 2015, Derma Tanah Wakaf Meningkat Wan Kamal Mujani. (2014). Prakata Prosiding Pelestarian Institusi Wakaf: Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara.UKM. AKTA Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 Kanun Tanah Negara 1965 Akta Pengambilan Tanah 1960