SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Download to read offline
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
      SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL


                                DTT5212
         TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


                         SESI 2012/2013


                  TAJUK: WEB 2.0 (Mindomo)



          NAMA PENSYARAH: DR. SABARIAH SHARIF



NAMA AHLI KUMPULAN                           NOMBOR MATRIK

1.   MONICA ANAK GIRA                            PT122157CT
2.   NOOR AISAH BINTI HJ. ENDAH                  PT122170CT
3.   NORMALIZA BINTI ABD AZIS                    PT122329CT
4.   NURMIAH BINTI DARWIS                        PT122201CT




                                  1
1.0     PENGENALAN
Proses pembelajaran sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia tanpa mengira usia. Seseorang
individu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk
menghadapi cabaran dan pancoraba dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu,
pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan
seseorang individu. Hal ini telah mendorong terciptanya beberapa teori pembelajaran yang
digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.


1.1     Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang. Di antara
tokoh-tokoh yang terkenal dalam teori behavior atau perlakuan ialah Parlov, Thorndike dan
Skinner. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan
ujian ke atas haiwan dan ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Teori ini turut menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila
tindakan secara ulang dilakukan sehingga ianya menjadi kebiasaaan. Tingkah laku yang
berulang ini dapat dikekalkan dengan peneguhan yang positif.


      Aplikasi teori ini dalam P&P ialah guru perlu menghasilkan atau mewujudkan suasana
pendedahan yang interaktif dalam proses P&P dengan adanya sesuatu yang logik dan tidak
menjemukan pelajar. Guru-guru bukan sahaja mahir dalam mengajar tetapi perlu bijak
mengintegrasikan strategi P&P dalam bahan P&P digital. Penggunaan bahan pembelajaran
digital dalam proses P&P mampu melahirkan generasi celik IT (Information Technology).
Daripada bahan pengajaran digital ini, guru melatih pelajar untuk membina peta konsep
mengikut kreativiti dan kafahaman masing-masing. Dengan pendedahan kepada bahan
pengajaran digital dan latihan yang berulang-ulang ini sudah pasti dapat meningkatkan tahap
ingatan pelajar dalam memahami sesuatu pengajaran.


1.2 Teori Kognitif
        Teori Kognitif pula, wujud ahli–ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan
Ausubel. Menurut Bruner (1973) dalam Esah Sulaiman (2004) melihat pembelajaran sebagai
proses aktif, iaitu pelajar membina idea baru atau konsep yang berasaskan pengetahuan lalu
                                              2
dan semasa mereka. Pelajar memilih dan memindahkan maklumat, membina hipotesis, dan
membuat keputusan mengikut struktur kognitif. Teori-teori pembelajaran di bawah mazhab
kognitif juga banyak menceritakan tentang celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan,
kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt, manusia mempunyai struktur
kognitif, dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam
ingatannya.


    Teori kognitif menyatakan bahawa guru perlu mengamalkan P&P secara berperingkat
mengikut urutan yang sesuai iaitu dari aras mudah ke aras yang sukar serta guru juga perlu
menyampaikan pengajarannya mengikut tahap kefahaman pelajarnya. Untuk membantu pelajar
memahami pengajaran, guru perlulah lebih kreatif dengan memvariasikan kaedah-kaedah
pengajarannya. Salah satu kaedah yang sesuai ialah dengan menggunakan gaya pembelajaran
visual kerana ia dapat membantu pelajar untuk mengingati fakta dengan lebih lama. Pelajar
dapat belajar lebih baik dengan melihat sesuatu situasi atau fenomena yang dipaparkan pada
monitor komputer ataupun tayangan video. Contohnya dalam pengajaran mata pelajaran
Sejarah, pelajar dapat melihat sendiri dan mengembangkan kefahaman mereka terhadap
peristiwa yang ditayangkan dalam video. Daripada pemerhatian tersebut, pelajar membina peta
konsep dengan mencatat peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dan ini dapat
meningkatkan lagi ingatan pelajar dalam mengingati sesuatu fakta.


1.3 Teori Konstuktivisme
       Teori konstruktivisme ini merupakan suatu proses pembelajaran yang aktif dan pelajar
membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman mereka sendiri. Menurut
teori konstruktivisme, pengetahuan merupakan produk minda yang dibina (konstruk) dengan
pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru,
pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik. Aplikasi teori ini dalam
bilik darjah ialah pelajar-pelajar akan menentukan strategi pembelajaran sendiri, melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti, pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, penggunaan penaakulan dan
logik dalam menilai informasi baru serta menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru.
Secara ringkasnya, pembelajaran menggunakan teori ini lebih berpusatkan pelajar dan guru
bertindak sebagai pembimbing.


                                               3
Bagi menghasilkan satu proses pengajaran berpusatkan pelajar ianya melibatkan
perancangan yang teliti, persediaan yang awal dan kajian menyeluruh mengenai tingkah laku
pelajar. Ini adalah kerana segala ilmu yang akan diperolehi pelajar dibawah kawalan pelajar
sendiri dan bahan yang disediakan oleh guru perlu berupaya mencapai objektif pembelajaran.
Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dapat membantu
memudahkan proses P&P. Gabungan audio, video dan animasi serta interaksi pengarahan bagi
persembahan multimedia dapat memberi peluang kepada pelajar memanipulasi dan berinteraksi
dengan bahan pembelajaran melalui teknologi. Penghasilan peta konsep melalui bahan-bahan
pembelajaran tersebut dapat membantu pelajar untuk lebih mengingati pembelajarannya
secara optimum.


2.0   PENDIDIKAN ABAD KE-21

Pendidikan menjadi simbol kemajuan yang sangat penting di seluruh dunia termasuklah di
Malaysia. Sesebuah negara itu akan terus terkenal seiring dengan kemajuan pendidikan.
Menyentuh aspek pendidikan ini kita sering didedahkan dengan cara lonjakan dalam pendidikan
yang dilakukan oleh kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdom
untuk mendepani negara-negara lain sama ada dalam bidang pendidikan mahupun ekonomi.
Sebenarnya, tanpa kita sedari bahawa terdapat negara lain iaitu Finland yang menunjukkan
prestasi membrangsangkan dalam bidang pendidikan ini. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Institut Legatum yang berpejabat di London meletakkan pendidikan di Finland sebagai
ketiga terbaik selepas Norway di tangga kedua dan Denmark di tangga teratas mengatasi
Amerika Syarikat dan United Kingdom.

      Secara umumnya, sistem pendidikan di Finland yang terletak dalam Kesatuan Eropah
menekankan kepada sistem pendidikan vokasional dan polliteknik bagai menyediakan generasi
muda yang mahir dalam semua aspek. Sistem pendidikan vokasional yang dijalankan ini
mempunyai tiga tahap iaitu pendidikan rendah dan menengah yang dikenali sebagai pendidikan
komprehensif selama sembilan tahun. Sementara itu, pendidikan menengah atas adalah selama
tiga tahun dan akhir sekali pendidikan tinggi. Sistem pendidikan di Finland juga bersifat
desentralisasi yang mana pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan dasar umum
pendidikan yang ditetapkan oleh Parlimen Finland dan kerajaan adalah terletak di bawah
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (MEC). Pada masa yang sama, kementerian ini juga
                                         4
menyediakan peruntukan kewangan untuk pendidikan umum, pendidikan vokasional, politeknik
dan universiti. Tetapi jika di Malaysia kita lihat tugas ini dijalankan sepenuhnya oleh
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penagajian Tinggi (KPT).

       Selain itu, negara Norway juga mempunyai sistem pendidikan yang terletak di tangga
kedua di peringkat dunia tanpa kita sedari. Walaupun Norway merupakan negara yang
mempunyai kepadatan penduduk terendah di Eropah, namun jika dilihat Norway mempunyai
sistem pendidikan yang sangat nyaman dan efektif. Seperti negara-negara lain di dunia sistem
pendidikan di Norway juga adalah wajib dan berlangsung selama 10 tahun bermula dari primary,
lower secondary dan upper secondary. Pejabat pendidikan di peringkat daerah merupakan
pihak yang yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sekolah yang layak diakses dan
dipilih oleh kanak-kanak, generasi muda dan dewasa di semua kota dan daerah di Norway.

       Sementara itu, di peringkat Asia pula pendidikan di Singapura merupakan sistem
pendidikan yang boleh dijadikan contoh oleh negara-negara di Asia Tenggara termasuklah
Malaysia. Pendidikan di Singapura di senarai di tangga ke-26, Thailand pula di tangga ke-54 dan
Malaysia di tangga ke-55. Tidak hairanlah terdapat beberapa institusi pendidikan seperti
National University of Singapore (NUS), Nanyang Technological University (NTU), Singapore
Management     University (SMU) dan Singapore Technology & Design adalah antara institusi
pengajian yang menduduki ranking terbaik di Asia malahan di dunia. Hal ini memandangkan
penyediaan kurikulum di Singapura direka olah pakar akademik dari seluruh dunia. Maka tidak
hairanlah kota ini mampu menyediakan program mengikut keupayaan setiap individu. Ini
bermakna bahawa pelajar yang meminati bidang pengurusan perniagaan, perakaunan,
teknologi maklumat, teknikal boleh memilih mana-mana institusi yang menawarkan program
tersebut.

       Perkara penting yang menjadikan Singapura sebagai hab pendidikan dunia ialah kerana
kekuatan sistem pendidikan Singapura yang mana polisinya adalah berdasarkan dua hala iaitu
pembelajaran secara holistik, tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti,
interaktif pelajar dan suasana di dalam kelas yang moden sudah tentu menarik minat pelajar
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Tambahan lagi, pelajar di Singapura sendiri
digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum antaranya seni, muzik dan sukan. Sementara itu,
pendidikan wajib di Singapura juga berlangsung selama 10 tahun menerusi sekolah dasar dan

                                              5
sekolah menengah. Pada akhir persekolahan di kedua-dua peringkat pelajar akan menghadapi
ujian GCE-Level atau GCE N-Level.

       Selain Singapura, negara Jepun juga merupakan negara di Asia yang bukan sahaja maju
dari aspek ekonomi, malahan juga maju dari segi teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik
dan sebagainya. Semua kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah berkait rapat dengan
kemajuan pendidikan yang terdapat di Jepun. Pada asasnya, sistem pendidikan di Jepun
dibangunkan atas prinsip legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian dan
penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Bertitik tolak dari prinsip tersebut sistem
pendidikan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu peringkat pusat, prefectural (antara
negeri dan wilayah), municipal (antara wilayah dan dan daerah) serta sekolah. Pada umumnya,
kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Jepun adalah kombinasi dari penjelasan
dari soal jawab dengan guru, perbincangan sesama murid dan penerokaan oleh pelajar sendiri
dengan menggunakan alat pembelajaran seperti multimedia, makmal dan lain-lain sesuai
dengan matapelajaran dan keperluan. Biasanya, hasil perbincangan atau penerokaan ilmu
tersebut akan dipersembahkan di depan kelas dengan bimbingan guru.


       Melihatkan kepada sistem pendidikan yang terdapat di peringkat dunia dan Asia,
menunjukkkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia haruslah lebih efektif dan efisien dari segi
pengurusannya agar dapat bersaing dengan negara-negara tersebut dan meletakkan sistem
pendidikan di Malaysia standing dengan pendidikan di dunia. Justeru, jika kita lihat sistem
pendidikan di Malaysia sering berlaku perubahan dari semasa ke semasa. Menjelang abad ke-21
ini sistem pendidikan di dunia, Asia dan di Malaysia sedang mengalami perubahan secara
dinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-
21. Matlamat menjadikan Malaysia khususnya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center
for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21
memerlukan negara untuk meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".


   Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamik
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti
yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yang
luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia
                                               6
dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik,
iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan
kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya
fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik
huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat.


      ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard
yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang
berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang
dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala
aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Apabila Kementerian Pendidikan
telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan
sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan beberapa langkah yang perlu diambil.


2.1      Pengkorporatan Universiti.
Langkah pertama untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah melalui
pengkopratan universiti. Pengkorporatan merupakan satu proses pendemokrasian dalam
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Rasional pengkorporatan dilaksanakan adalah untuk
menyediakan lebih tempat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran meraka serta
menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran atau pendidikan jangka panjang.
Pengkorporatan juga bertindak sebagai tindak balas atau respon kepada K-Ekonomi dan ICT.
Contohnya university yang telah dikorporatkan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia yang
berupaya membentuk syarikat sendiri iaitu UKM Holding Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak
Januari 2001 di bawah Yayasan Canselor. Oleh yang demikian, semua pihak di negara ini yang
terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa
berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan.
Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan
pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak
langkah mencapai status negara maju.



                                               7
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan
sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan
kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor
pendidikan di negara ini lebih dinamik perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan
universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan
universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang
menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.


       Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan
dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga
meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era
pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan
korporat. Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan
ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan
tinggi tempatan.


2.2    Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek
organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki aspek kualiti
pengajaran guru dan pensyarah, kualiti perkhidmatan, kurikulum, penilaian dan pensijilan,
perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan
dan pentadbiran university dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga
pengajar.


2.2    Perubahan Sistematik
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah
sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan
dan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020. Hal ini kerana,
wawasan 2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi
kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa



                                              8
tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia
menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.


       Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.
Pembaharuan yang dilakukan mestilah bersifat sistematik iaitu tidak boleh terdiri dari satu
komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan
mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta
komprehensif. Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara
menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas.


       Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang Undang-Undang
Pendidikan 1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Rang undang-undang
tersebut menggariskan beberapa aspek iaitu sistem pendidikan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, dalam
rang undang-undang ini juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan. Semantara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga
tujuh tahun dan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan. Dalam dasar tersebut juga terkandung bahawapendidikan teknik dan politeknik
dipertingkatkan serta peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.


       Bermula dengan akta yang ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-
komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu
isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita
mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi
baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.
Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan
Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan
peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang serta dapat melonjakkan Malaysia di persada
antarabangsa..



                                                9
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perlu
dikaji semula. Profesion perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang
radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan
agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke-21. Imej dan status perguruan
yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan
lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha
untuk meningkatkan kualiti dan status profesion perguruan.


2.3    Penggredan Universiti
Aspek pendidikan ini tidak tertumpu kepada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah
sahaja malahan universiti juga dibuat penggredan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah
satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung
perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif
untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah
pengajaran.


       Menerusi penggredan universiti ini salah satunya ialah melatih semula pensyarah dan
profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi
pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi
dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi
pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamik.


2.4    Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang
besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Hal ini kerana, para pelajar
mempunyai peluang dan mempunyai pelbagai pilihan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
untuk melanjutkan pelajaran mereka .Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi
swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi
penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak. Sehubungan dengan ini,
                                     10
pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang
sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu
sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.


2.6    Kelonggaran Sistem Pendidikan
Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan
sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras
dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan
ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang
perindustrian. Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi
dan pembangunan sumber manusia abad ke-21 amat bergantung kepada peranan serta dasar
liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin,
tekun dan produktif.


       Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia di London, mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika
itu masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ada menegaskan bahawa
kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar
dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat
pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu.
Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja
yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi
maklumat abad ke-21. Oleh yang demikian, amatlah perlu mewajibkan semua murid mengikuti
pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang
pendidikan menengah dan tinggi. Dengan ini, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf
pendidikan yang maju di dunia serta mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding
dengan negara-negara membangun yang lain.


       Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia
mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang

                                             11
produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi
moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.
Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke-21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir
dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu, pelaburan pendidikan yang merupakan
agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi
meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.


          Oleh yang demikian, langkah yang sewajarnya amatlah perlu bagi melahirkan pekerja
berilmu dan ini mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam
pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital
Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi
modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisien, produktif, berdedikasi
dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.


3.0       GURU ABAD KE-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem
pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seperti kita sedia
maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri suatu usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad
ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu
sendiri. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21 seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam semua aspek.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa aspek yang perlu dipandang serius oleh guru abad ke-
21 ini.


3.1       Menguasai Pelbagai Bidang
Amatlah penting bagi seorang pendidik terutamanya guru untuk sentiasa bersedia menguasai
ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Hal ini
kerana, guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran adalah lebih baik berbanding
dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran

                                              12
sejarah contohnya, seseorang guru itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru seperti
menggabungkan pengetahuan sains komputer dengan sejarah dikenali sebagai pendekatan
bersepadu. Seseorang guru boleh mengaplikasikan pengajaran menggunakan peta minda
(mindmapping) bagi memudahkan pengajarannya. Oleh yang demikian, untuk mengaplikasikan
mindmapping dalam pengajaran seseorang guru itu perlu mampu untuk menguasai pelbagai
bidang terutamanya yang melibatkan teknologi ICT dalam pendidikan. Dalam masa yang sama,
seseorang guru juga hendaklah mengamalkan pembelajaran yang berterusan supaya guru akan
sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku serta menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi
pelbagai cabaran pada abad ke-21 ini.


3.2    Mengikuti Perkembangan Tentang Dasar dan Isu Pendidikan
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-osu berkaitan dengan pendidikan yang akan
memberi impak kepada profesion perhuruan serta perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti
dan difahami begi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan
generasi yang erkualaiti dan berkemahiran dalam semua aspek. Dalam erti kata lain, guru mesti
memahami perubahan-perubahan ini. Perkara paling mustahak sekali ialah guru seharusnya
dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan-perubahan dan bukan menjadi
penonton kepada perubahan tersebut. Oleh yang demikian, guru mesti berusaha untuk
memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua segi termasuk intelek dan rohani
pelajar. Seseorang guru juga seharusnya mesti bersedia untuk menjadi seorang guru yang
kreatif dan inovatif. Jika guru tidak mahir kedua-dua aspek ini sukar untuk mendidik pelajar
menjadi kreatif dan inovatif.


3.3    Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran)
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat generasi berkemahiran abad ke-21
bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi.
Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan lapuk
tradisional yang mana sistem pengajaran dan pembelajaran diamalkan terlalu bergantung
kepada guru teachers centred. Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad
ke-21 ini seseorang guru itu perlu berani mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi di
                                             13
dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Hal ini kerana, pengetahuan dan
kebolehan guru mengadaptasikan kaedah pengajaran dan pembelajran yang inovatif akan
memberikan kesan positif terutamanya kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Selain
daripada itu, seorang pendidik juga perlu mengamalkan sikap sebagai seorang pelajar iaitu
sentiasa terus berulit dengan ilmu untuk menambah dan memperbaharui ilmunya. Hal ini
kerana, ilmu pengetahuan yang sedia ada sentiasa berkembang dengan cepat selaras dengan
perkembangan masa khususnya pada abad ke-21 ini. Secara ringkasnya guru mesti menjadikan
pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya selaras dengan anjuran Nabi Muhammad
S.A.W yang menganjurkan kita menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Di samping itu,
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru juga seharusnya menggunakan pendekatan
bercorak kreatif dan bersahaja dengan tujuan agar dapat merangsangkan perkembangan minda
dan menggalakkan budaya fikir dalam kalangan pelajar seperti yang berlaku di Finland.


3.4    Menggunakan Teknologi Terkini
Seseorang   guru   itu   seharusnya   mengorak   langkah   dan   mengambil    peluang   untuk
melengkapkan diri dengan berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan
dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan
sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga
bagi menyelesaikan urusan harian. Selain cekap dalam pengguaan teknologi terkini dalam
pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru itu juga perlulah mempunyai ciri-ciri seperti
menguasai subjek terhadap pengajarannya terutama sekali kandungan kurikulum tersebut perlu
diperdalami serta megetahui dan menguasai kaedah penyampaian dalam pengajarannya
supaya pelajar-pelajar dapat memahami apa yang hendak disampaikan. Perkara penting yang
perlu ada pada guru abad ke-21 ini juga ialah guru seharusnya dapat memahami
perkembangan pelajar-pelajarnya dan menyayangi mereka.


4.0    PELAJAR ABAD KE-21
Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami
tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu
mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya
tetapi masih terdapat sesetengah sekolah-sekolah masih bergelut dengan soal asas
                                        14
pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada
peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abad
ke-21 antaranya ialah pelajar perlu berupaya untuk membuat hubung kait terhadap pelajaran
yang diajar oleh guru, bijak menyoal, yakin dalam berkomusikasi serta berani untuk
mengeluarkan pendapat, bersifat ingin tahu dan dahagakan ilmu, menjana idea terhadap
persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru. Perkara yang paling penting pelajar pada
abad ke-21 ini juga ialah mereka perlu belajar untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri,
berani mencuba, mampu berdikari dan mampu belajar secara kolaboratif dengan orang lain
serta berkeperibadian yang tinggi serta tidak mudah putus asa. Melalui ciri-ciri yang terkandung
ini mampu melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan
modal insan yang sangat berguna kepada negara.


       Selain mempunyai ciri-ciri tersebut, pelajar abad ke-21 ini perlulah mempunyai
kemahiran dalam ICT iaitu dengan mengaplikasikan web 2.0 dalam pembelajaran mereka
terutamanya melalui penggunaan peta minda (mindmapping). Hal ini kerana, melalui lakaran
peta minda mindmapping membolehkan pelajar mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk
gambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat
meningkatkan daya ingatan seseorang khususnya pelajar. Di samping itu, para pelajar juga
perlu bijak meneroka teknologi ICT yang boleh membantu mereka dalam mencari pelbagai
maklumat berkaitan pelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kepentingan
mindmapping dalam pembelajaran pelajar salah satunya ialah mindmapping ini dapat
membantu pelajar mencatat nota secara ringkas atau membentuk gambaran mental yang
lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca secara ringkas termasuk apa yang
difikirkan. Biasanya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran peta minda digunakan untuk
teknik merancang dan membina kerangka penulisan seperti laporan dan esei, teknik membuat
sinopsis atau rumusan apabila membaca buku.          Oleh itu, amat perlu bagi pelajar untuk
menguasai web 2.0, kerana di dalam web 2.0 ini terkandung perisian yang boleh membantu
dalam pembelajaran mereka contohnya ialah adanya facebook, edmodo, skype dan banyak lagi
yang terkandung di dalam web 2.0.


       Tambahan lagi, pelajar-pelajar abad ke-21 ini terdedah kepada bukan sahaja maklumat
dalam bentuk bercetak malahan juga dalam bentuk elektronik dan juga dalam talian.
                                       15
Pendedahan seperti ini dapat menambahkan bahan serta maklumat tentang sesuatu perkara.
Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah amat memerlukan wadah untuk
mempelajari cara-cara berfikir secara kritikal semasa membuat kajian mudah melalui literasi
digital. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan salah satu kemahiran abad ke-21
yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar khususnya di Malalaysia. Hal ini kerana, para pelajar perlu
berhadapan dengan dunia dan bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan dalam
hidup. Jika tidak pelajar akan ketinggalan dengan arus perubahan era globalisasi pada abad ke-
21 ini.


          Menurut Hamaan, Pollock dan Wilson (2009) terdapat pertalian yang nyata antara
interaksi pelajar dengan pemikiran kritis. Hal ini kerana, apabila pelajar terlibat dalam
perbincangan sesuatu tajuk dalam talian, mereka akan berkomunikasi sesama sendiri dalam
situasi yang begitu fokus. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan pelajar
untuk berfikir dengan jelas. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang terlibat dalam
perbincangan dalam talian ini didapati menjadi pembaca yang kritis dan konstruktif.


          Maka tidak hairanlah, sistem pendidikan di Eropah terutamanya negara Finland sejak
dari awal menekankan kemampuan pelajar berfikir dan berdikari dalam menuntut ilmu,
contohnya pelajar-pelajar di Finland telah dididik untuk mampu berfikir dan berdikari bagi
menyediakan pelajarnya menghadapi abad ke-21 ini. Pada masa yang sama, falsafah
pendidikan di Finland sendiri menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajarnya.
Hal ini terbukti hasil daripada kajian lepas yang dibuat mendapati bahawa pencapaian subjek
matematik di Finland menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan mengalahkan
pencapaian pelajar Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan New Zealand. Oleh itu,
pelajar di Malaysia seharusnya mencontohi dan merebut peluang dengan berkongsi idea
denagan pelajar-pelajar di negara Finland dan negara-negara lain di peringkat antarabangsa
mahupun Asia menerusi pembelajaran dalam talian menggunakan facebook, twitter, blog serta
edmodo. Hanya dengan cara ini pelajar-pelajar di negara kita akan dapat meningkatkan
pengetahuan mereka di samping dapat bersaing antara satu sama lain.




                                                16
5.0    KEMAHIRAN ABAD KE-21
Kemahiran abad ke-21 ini ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi beberapa aspek
antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira),
kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 ini
sangat penting dimiliki oleh semua golongan masyarakat tidak kira tua atau generasi muda.
Seperti yang kita sedia maklum juga kebanyakan sekolah-sekolah di negara kita menyediakan
pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi yang memerlukan kemahiran.


       Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 ini penting kerana kebanyakan kemahiran
adalah bedasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu literasi cuma merangkumi
membaca, menulis dan mengira tetapi literasi abad ke-21 ini melibatkan literasi digital.
Kemahiran dari semua aspek perlu diterapkan ke dalam diri setiap pelajar dan guru memainkan
peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang,
memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Menerusi bimbingan
guru ini kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan meningkat.


       Tugasan   menerusi    pembelajaran   berasaskan    projek   sebenarnya   bukan   sahaja
membolehkan pelajar mahir dalam ICT malahan juga mempunyai kemahiran dari segi
komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan
kolaborasi antara pelajar-pelajar yang lain. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal ini dapat dimiliki dalam diri setiap pelajar. Dalam mengharungi
abad ke-21 ini guru dan pelajar seharusnya mempunyai pelbagai kemahiran.


       Salah satu kemahiran abad ke-21 yang perlu dimiliki oleh guru dan juga pelajar ialah
mempunyai kemahiran dari segi teknologi maklumat, media dan komunikasi. Kemahiran ini
dapat dimiliki menerusi integrasi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk membolehkan generasi
muda khususnya pelajar boleh mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan
informasi dan teknologi. Perkara yang penting juga ialah melalui kemahiran ICT ini
pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baharu
yang mampu mengubah suasana pembelajaran menjadin lebih ceria dan menyeronokkan
pelajar. Dalam masa yang sama, kemahiran teknologi, media dan komunikasi turut dapat
mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar. Menurut Chen, Hsu dan Huang
(2000) menerangkan bahawa kemahiran berfikir ini dapat diasah melalui empat cara iaitu alat
                                         17
informasi, alat konstruktif, alat situasi dan alat komunikatif. Biasanya alat informasi ini
diperolehi daripada internet, CD-Rom dan slaid powerpoint ataupun Word Document         yang
disediakan oleh guru dan juga pelajar sendiri. Sementara itu, E-mel, blog, edmodo dan
facebook serta forum perbincangan merupakan alat komunikatif yang membantu dalam
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.


       Seterusnya, jika kemahiran literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini dipelajari
akan membolehkan pelajar dan guru menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus,
mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baharu dan berkomunikasi dengan
orang lain berdasarkan kepada teknologi yang sedia ada. Dengan adanya kemahiran literasi ini
juga seseorang guru dapat memanfaatkan maklumat yang diperolehi untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.       Selain itu, literasi media juga salah satu
kemahiran yang perlu ada pada guru dan pelajar. Hal ini kerana, maklumat yang diperolehi
daripada literasi media seharusnya diteliti, dianalisis mesej yang disampaikan serta menyemak
terlebih dahulu sebelum digunakan dalam pembelajaran dan ini secara tidak langsung
membawa kepada kemahiran pemikiran kritis. Di samping itu, kemahiran literasi media dapat
menggalakkan pelajar belajar dengan seronok memandangkan pengajaran yang disertakan
dengan media dan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar untuk
mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Oleh yang demikian, kemahiran literasi media yang
dimiliki ini seharusnya digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru. Pada masa yang
sama, dalam literasi media para pelajar turut berpeluang mempelajari kemahiran dan teknologi
dalam bidang perkomputeran seperti menghasilkan grafik, fotografi, rumusan dan sebagainya.
Implikasi yang diperolehi pelajar jika mahir dalam literasi media ini akan dapat membantu
mereka mengembangkan literasi media serta pelajar dapat menghasilkan media pembelajaran
mereka sendiri yang mudah difahami.


       Kemahiran kedua yang perlu dimiliki oleh pelajar ialah kemahiran pembelajaran, inovasi
dan kreatif. Dalam mengharungi abad ke-21 dan era globalisasi ini masyarakat yang kreatif dan
inovatif amatlah diperlukan oleh negara pada ketika ini untuk pembangunan masa hadapan.
Kemahiran pembelajaran, inovasi dan kreatif ini seharusnya diterapkan oleh guru ke dalam diri
setiap pelajar. Hal ini kerana, dengan penerapan kemahiran tersebut membolehkan pelajar di
Malaysia khususnya mampu untuk mencipta sesuatu yang baharu. Oleh itu, sekolah merupakan

                                             18
institusi yang memainkan peranan penting dalam menerapkan kemahiran tersebut bagi
melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Jika seseorang pelajar mempunyai
pemikiran kreatif ini mereka mampu untuk menyelesaikan permasalahan serta dapat berfikir
dengan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Hal ini
seperti yang dinyatakan oleh Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran yang kreatif dan
inovatif mampu membentuk warganegara khususnya dalam kalangan pelajar untuk mampu
menggunakan pemikiran mereka dalam menghadap pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan.
Malahan juga kemahiran pemikiran inovatif pula dapat membentuk pelajar agar mempunyai
daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur artistik yang tinggi.
Tambahan lagi, penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menggalakkan pelajar kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam
mencatat nota pelajar digalakkan menggunakan peta minda bagi mengasah pemikiran kreatif
pelajar. Jika kedua-dua kemahiran ini diaplikasikan dalam pembelajaran pelajar maka, secara
tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pendidikan standing dengan pendidikan di peringkat
dunia dan juga Asia.


       Selain itu, kemahiran terakhir perlu ada dalam diri pelajar ialah kemahiran hidup dan
kerjaya. Bagi menghadapi abad ke-21 ini kemahiran hidup dan kerjaya amat penting untuk
dimiliki oleh setiap individu terutamanya golongan generasi muda yang merupakan modal insan
kepada negara. Seseorang pelajar dalam abad ke-21 ini perlulah mempersiapkan diri dengan
memiliki kemahiran-kemahiran dalam hidup dan kerjaya mereka. Terdapat beberapa kemahiran
dalam hidup dan kerja yang perlu ada dalam setiap pelajar. Salah satunya ialah mempunyai
sifat kebolehsesuaian dan fleksibel terutamanya apabila berhadapan dengan semua orang. Hal
ini penting agar mereka dapat berdikari sendiri serta dapat berkomunikasi dengan sesiapa
sahaja tanpa mengira umur dan usia. Selain itu, dalam mempersiapkan diri abad ke-21 ini sifat
inisiatif dan terarah kendiri amat penting iaitu kita perlu bijak dalam menguruskan sesuatu
contohnya apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran contohnya pelajar perlu bijak
dalam mengendalikan sesuatu perkara dan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapinya. Dalam aspek kemahiran ini juga, seseorang pelajar juga perlu memiliki
kemahiran sosial iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu budaya di
Malaysia, Asia dan dunia. Kemahiran sosial ini penting kerana dapat membantu dalam
kemahiran hidup dan kerjaya seseorang pelajar apabila behadapan dengan alam pekerjaan.
                                             19
Pada masa yang sama juga, pelajar perlulah berupaya untuk bekerja dalam pasukan dan berani
dalam mengutarakan sesuatu idea atau pendapat. Perkara yang paling penting juga ialah
mempunyai akauntabiliti, produktiviti dan jika diaplikasikan dan dimiliki dalam diri seseorang
akan dapat melahirkan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.


       Kesimpulannya, jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar
memerlukan perubahan pada bukan sahaja kepada pendekatan pendidikan dan golongan
pendidik malahan juga golongan pelajar. Perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Selain itu, program
pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas
yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.


6.0    APAKAH ITU MINDOMO?


Mindomo merupakan salah satu aplikasi kolaborasi       untuk   membuat peta minda. Perisian
Mindomo ini menyediakan pelbagai fungsi asas dalam membina peta minda dengan mudah
pada era digital ini. Di samping itu, pada masa yang sama perisian ini membolehkan pengguna
berkolaborasi bersama-sama dengan rakan lain dalam membangunkan peta minda tersebut.
Mindomo merupakan satu aplikasi yang amat berguna kepada semua memandangkan peta
minda merupakan salah satu perkara yang memudahkan kita memfokuskan kepada sesuatu
perkara dengan isi-isi penting.


       Perisian ini boleh di muat turun melalui web, selain itu turut diintegrasikan pada Google
Apps. Perisian ini turut menyokong pengguna Windows, Mac OX dan juga Linux melalui
pengguna Adobe Air. Perisian ini juga boleh digunakan secara luar talian dan sync dengan web
apabila kita online. Selain daripada desktop, ia turut didatangkan dan diperkenalkan untuk
pengguna iPad dan juga Android yang membolehkan kita membina sesuatu peta minda dengan
lebih mudah dan pantas ketika bergerak dan walau di mana jua kita berada.


       Perisian ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang amat menarik. Perkara utama yang
membuatkan ramai tertarik pada Mindomo adalah semestinya kerana ianya percuma. Selain
daripada itu, ia menyediakan sebuah platform khas untuk pengguna membina peta minda
dengan pantas dan mudah, disamping menggunakan rekabentuk yang professional. Melalui

                                              20
Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disamping
mengubah sendiri warna latar, jenis tulisan, dan sebagainya supaya mengikut citarasa dan
pilihan anda. Anda turut sama boleh memilih rekabentuk peta minda anda, supaya disesuaikan
dengan topik yang anda ingin catatkan dansebagainya. Selain daripada itu, ia juga
membolehkan anda menambah pelbagai perkara lain, termasuk gambar, ikon, dan juga komen
untuk sesuatu isi. Perkara ini menjadikan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif, dan
sokongan menambah nota dan komen untuk sesuatu isi membolehkan anda menerangkan
sesuatu isi itu dengan lebih lanjut lagi.




7.0    KELEBIHAN MENGGUNAKAN MIND MAPPING KEPADA GURU DAN PELAJAR

Mind mapping boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan
daya ingatan dan meningkatkan kemahuan kita belajar serta ianya berfungsi seirama dengan
ciri semulajadi otak (menyeluruh, menghubungkait, membanding dan menganalisis). Selain itu
mind mapping juga dapat menjimatkan masa dan hanya menggunakan kata kunci sahaja dan
fokus kepada isu sebenar sahaja tanpa meleret kepada benda yang tidak penting. Hubungan
dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
Mind mapping juga sesuai untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya yang ringkas, unggul
dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

       Mind mapping sangat sesuai untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu
mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Ianya membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta
menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Oleh itu mind mapping
amat sesuai untuk membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.
Pelajar dapat merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai
contoh seseorang pelajar dapat mencatat nota sambil mendengar pengajaran dari guru dengan
menggunakan mind mapping untuk isi dan kata kunci yang penting. Seseorang pelajar juga
dapat menggunakan mind mapping sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang
kompleks. Mind mapping juga merupakan satu kaedah penting yang boleh digunakan ketika
sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna.

                                              21
Selain itu, membantu pelajar untuk menghubungkait dan mensintesis idea dan data
yang seterusnya boleh memberi penciptaan pengetahuan yang baru. Ia membantu pelajar
memberi kebebasan untuk menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Mind mapping
juga boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan dimana ia mampu meningkatkan
pembelajaran dan pemikiran seseorang individu serta menggalakkan perkembangan diri. Mind
mapping juga membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah dan merancang sesuatu
seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya disamping dapat
mengingat sesuatu dengan mudah

       Mind mapping berfungsi sebagaimana otak berfungsi. Ia juga boleh menghubungkan
jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Penggunaan mind mapping dapat
mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Oleh kerana mind mapping bercirikan
visualisasi dan memperlihatkan hubungkait     antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah
diimbas kembali berbanding nota berciri linear.

       Mind mapping mudah dirujuk dan rujukan secara berulang akan mengukuhkan ingatan.
Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan
mind mapping, kemudian baru merujuk kembali kepada mind mapping jika terdapat sebarang
kekaburan. Pelajar dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Pelajar dapat
menghasilkan nota iaitu setiap kali maklumat dicatat, mind mapping mampu menguruskannya
dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Mind mapping boleh digunakan
untuk membuat nota bagi sebarang sumber daripada buku, kuliah, syarahan taklimat bahan
bacaan mesyuarat dan temubual.

       Pelajar juga dapat mengingat kembali iaitu setiap kali maklumat diimbas kembali dari
ingatan, mind mapping membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas
dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Mind
mapping berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan
bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. Selain itu juga akan menjadikan pelajar
seorang yang kreatif kerana setiap kali seseorang pelajar ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya, mind mapping membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear
dan membolehkan idea-idea bercambah dengan baik. Pelajar yang menggunakan mind



                                                  22
mapping harus menganggap setiap item di dalam mind mapping adalah pusat kepada mind
mapping yang baru.

       Di samping itu, mind mapping juga membantu pelajar untuk mengenal pasti isu-isu dan
hubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan
gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi
dan kepentingannya. Dalam merancang sesuatu, mind mapping juga membantu pelajar
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Mind mapping boleh
digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan
mahupun buku. Di samping itu, mind mapping juga boleh digunakan untuk merancang
mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan dan laporan.

       Mind mapping juga membantu seseorang pelajar menyediakan topik dan urutan semasa
ingin membuat suatu pembentangan. Mind mapping bukan sahaja membantu dalam mengurus
idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam
pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Mind mapping juga sangat membantu dalam
membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
Mind mapping berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan
otak kiri semasa belajar. Di samping itu, mind mapping dapat merumuskan pelbagai bahan
bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan
yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.


       Oleh itu, dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar
segala isi pelajaran yang diperoleh dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa
elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman adalah seperti teks
yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan
mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk
membacanya. Manakala bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat
digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

       Gambar-gambar yang dilukis pula bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat
menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan
daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Penggunaan beberapa simbol berserta
dengan warna-warna tertentu pula dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda ke

                                              23
arah memudahkan pemahaman. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi
rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi
yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

       Oleh yang demikian, proses membuat mind mapping dapat memberi faedah yang bukan
sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya antaranya
ialah latihan dalam pasukan. Mind mapping dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat
menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Selain itu dapat
mencetuskan idea melalui lakaran yang dibuat iaitu merangkumi teks, grafik dan gambar untuk
mempergiatkan lagi kreativiti seseorang pelajar ke arah pencetusan idea. Manakala
perkembangan potensi pula melalui lakaran grafik dan gambar yang dapat memperkembangkan
potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis pula dapat
diketengahkan berdasarkan setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan
kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan seumpama ini adalah amat
diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.

       Mind mapping membolehkan pelajar menggunakan gambar rajah visual daripada fail
pengguna dan dimasukkan ke dalam mind mapping. Selain itu pelajar juga boleh memilih tema
yang spesifik dan memilih untuk memasukkan warna, teks, gambar rajah dan sebagainya
mengikut kehendak dan keperluan sendiri. Mind mapping juga dilengkapi dengan aplikasi auto-
fokus yang membolehkan pelajar memastikan tajuk utama berada di tengah-tengah paparan
skrin bagi memudahkan pelajar untuk menukar paparan lain dengan lebih efisyen.

Beberapa Manfaat Menggunakan Mind Mapping

       Merencana
       Berkomunikasi
       Menjadi kreatif
       Menjimatkan masa
       Menyelesaikan masalah
       Memusatkan perhatian
       Menyusun dan menjelaskan fikiran-fikiran
       Mengingat dengan lebih baik
       Belajar dengan lebih cepat dan efisyen
                                                24
Mempercepatkan pengurusan pembelajaran
       Dapat mengorganisasikan idea-idea yang muncul

Model pembelajaran mind mapping adalah suatu model pembelajaran kooperatif. Model ini
menggunakan teknik penyusunan catatan untuk membantu pelajar menggunakan seluruh
potensi otak agar lebih optimum. Mind mapping yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada
tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan. Penggunaan mind mapping semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi
maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Selain itu ia membolehkan
seseorang merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti
atau membuat sesuatu persembahan. Mind mapping yang dibentuk biasanya pelbagai dan ia
bergantung kepada kreativiti seseorang.

       Mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat
daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang
(2006) mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat
daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang
(2006), mind mapping dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan
memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang
menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya.

       Mind mapping adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea
utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di
luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, imej, anak panah, warna dan
sebagainya. Mind mapping juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata
pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar
segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.

       Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui mind mapping seseorang itu dapat .... learn
more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud
penggunaan mind mapping dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,
mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasa
membina mind mapping, maklumat penting akan disusun dan dikelolakan dengan cara
keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan
                                          25
cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan mind mapping lebih mudah untuk
dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Selain itu, menurut Poh Swee Hiang (2006), mind
mapping membantu pelajar mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan
perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan
senang diingati.

       Manakala penggunaan mind mapping dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
pula boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Abdul Fatah Hassan (1994),
antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat
perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada
pengekalan konsep baru, memperjelas dan menvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan
menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran guru.

       Keberkesanan mind mapping ini dapat dilihat dalam satu artikel yang telah dikeluarkan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut yang bertarikh 23 Mac 2007 yang menyatakan pelajar
cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick iaitu pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu telah mendapat pangkat 1A dalam
kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Ini adalah hasil usaha
Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar telah menggunakan kaedah mind
mapping Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

       Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said pula telah mengadakan pameran “Daerah
Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A.
Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri
berperanan sebagai mind mapping yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung
sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan,
disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata
puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku
di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan
kelebihan penggunaan mind mapping dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan
dalam bentuk penulisan naratif.



                                            26
Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan mind mapping, terdapat juga
beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan mind mapping
dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Kognitif
(Gestalt), Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi kognitif
berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam
ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan
menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.
Penggunaan mind mapping adalah selari dengan pendapat mazhab kognitif yang berpendapat
bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,
menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan
dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi.

       Menurut Gagne (1996), penggunaan mind mapping merupakan satu strategi kognitif
yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila
pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk
gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek
untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar.
Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami
kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru.

       David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat
melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang
dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang
dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan
pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak
sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan mind
mapping dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis
untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

       Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa
kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan
Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara
bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti

                                              27
sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran
menggunakan mind mapping adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang
mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal.
Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang
berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan
mind mapping yang kreatif dan asli.

          Selain itu mind mapping juga membantu pelajar mudah melihat perkaitan antara satu
perkara dengan perkara yang lain. Mind mapping juga memudahkan pemahaman, mudah
dibawa dalam poket dan sangat baik untuk buat rumusan topik dan menjimatkan masa untuk
mengulangkaji. Dalam pembelajaran mind mapping menghapuskan rasa sukar untuk belajar
dan menambahkan keseronokan dalam mengulangkaji dan mengambil peperiksaan serta
memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja
mata pelajaran. Dalam mengingat pula mind mapping memudahkan pelajar mengingat fakta
setelah mindanya dipetakan dan ia menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

          Dalam berfikir pula melatih minda mencari penyelesaian untuk melaksanakan sebarang
kerja secara bersistematik. Manakala dalam merancang pula ia memudahkan merancang
sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas. Dalam berkomunikasi pula
dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat. Dalam pandangan
keseluruhan pula mind mapping membantu memahami keseluruhan bab dengan jelas dan
dapat memahami segala fakta yang berkaitan serta berupaya mengulangkaji pelajaran dengan
pantas.

          Jika pelajar mengulangkaji mind mapping berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh
memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu
membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua
fakta yang telah tersimpan akan “mengalir keluar” dari mindanya dengan laju bila ia
diperlukan oleh pelajar. Selain itu, daripada aktiviti atau eksperimen serta penerangan juga
mind mapping dapat dibina (membina konsep kendiri). Pelajar boleh menambah cabang mind
mapping mereka sebagai nota tambahan. Pelajar boleh memurnikan mind mapping yang telah
diubah suai sebagai nota yang terdapat pada sehelai kertas sahaja. Pelajar bolehlah berkreatif



                                               28
untuk menjadikan mind mapping mereka berwarna warni serta memasukkan gambarajah yang
berkaitan.

          Melalui mind mapping guru dapat menggalakkan pelajar membina soalan dari apa yang
telah dipelajari. Sebagai kerja lanjutan (kerja rumah) pelajar dikehendaki membina soalan
sendiri dan mencari jawapan kepada soalan mereka itu. Dalam menggunakan pendekatan ini,
terdapat dua perkara yang perlu disiapkan atau diajar sebelum kaedah ini dapat digunakan iaitu
penyediaan mind mapping yang mencukupi dan pelajar telah diajar dan dibiasakan membina
soalan.      Oleh   yang   demikian,   pelajar     hendaklah    diajar     cara   membina    soalan
menggunakan 5W1H (What, When, Where, Who, Why dan How).

          Berdasarkan   pengalaman,    terdapat    beberapa    kelebihan     apabila   menggunakan
pendekatan ini. Pendekatan ini dapat melatih kreativiti dan inovasi pelajar secara ekstrensik.
Mind mapping dapat digunakan sebagai alat bantu sebelum mengajar, alat bantu semasa
mengajar dan juga alat bantu selepas mengajar. Ada masanya mind mapping ini dapat
menjadi pengganti kepada teks. Mind mapping yang sudah diubah suai oleh setiap pelajar
boleh digunakan untuk proses ulangkaji pelajaran dengan mudah kerana merupakan nota yang
ringan dan ringkas.

          Sekiranya pelajar kreatif mereka boleh mewarnakan mind mapping yang telah diubah
suai untuk menjadikannya lebih menarik untuk digunakan. Menggunakan warna dalam nota
akan lebih menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Secara tidak langsung
berbagai kemahiran disepadukan dalam membina peta konsep kendiri oleh setiap pelajar.
Melalui pendekatan ini penguasaan pembelajaran dan ingatan dapat ditingkatkan. Secara tak
langsung setiap pelajar mempunyai nota yang berbeza dan berwarna warni. Setiap satu tajuk
mungkin memerlukan dua atau satu mind mapping sahaja.

          Oleh itu nota sudah menjadi sangat ringan dan tidak membebankan. Untuk memahami
mind mapping itu pelajar perlu berfikir sambil boleh membina penerangan kepada setiap
cabang mind mappingnya. Oleh itu pelajar mengukuhkan kemahiran berfikir dan mengingat
serta boleh membuat penerangan kepada sesuatu konsep atau idea. Sekiranya setiap pelajar
boleh melaksanakan perkara ini dengan baik maka akan wujud budaya menggunakan mind
mapping dalam sekolah. Satu langkah kehadapan selepas membiasakan pelajar menggunakan


                                                  29
mind mapping ialah mengajar pelajar membuat mind mapping. Para guru wajar meneroka
kaedah membina dan mengguna mind mapping dan melatih pelajar dalam menggunakannya.

       Penggunaan mind mapping dalam pengajaran seseorang guru juga membantu pelajar
lebih fokus, boleh membuat interpretasi dan lebih mudah memahami topik yang dipelajari.
Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang penggunaan mind
mapping yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya
ingatan dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan
dengan baik. Oleh yang demikian, penggunaan mind mapping sebagai satu teknik pengajaran
secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu setiap guru hendaklah
kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik
seiring dengan era globalisasi.




8.0    KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sistem pendidikan pada abad ke-21 ini memerlukan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga guru-guru dan para pelajar perlu
memiliki pelbagai kemahiran bagi mengharungi cabaran pada abad ke-21 ini. Guru-guru
terutamanya diberi kursus dan latihan terhadap penggunaan LCD, laptop dan internet yang
mempunyai pelbagai fungsi untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar khususnya. Oleh
yang demikian, bagi mencapai hasrat ini pendidikan di Malaysia perlulah bersifat dinamik dan
holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.
Tambahan lagi brdasarkan kepada perkembangan web 2.0 yang ada ini terdapat banyak
perisian yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana, dalam web 2.0 tersebut
tidak tertumpu kepada mindomo sahaja bagi membolehkan guru dan pelajar menghasilkan peta
minda untuk digunakan dalam pembelajaran. Justeru itu, guru dan pelajar perlulah memiliki
kemahiran dalam ICT ini bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dengan
meneroka ke dalam web 2.0 yang mempunyai banyak perisian untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaaran dan pembelajaran.




                                             30
RUJUKAN




http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani (ICE 2010).pdf

http://petaminda.blogspot.com/2007/11/kebaikan-peta-minda.html

http://ieja-kreativiti.blogspot.com/2009/11/kepentingan-peta-minda.html

http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/proposal-kajian.html

http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[1].pdf

http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/petaminda1.htm




                                             31

More Related Content

What's hot

Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajarancik noorlyda
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Izzati Zamburi
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGAinun Bariah Jaafar
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyMokhzani Fadir
 
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahPeranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahKaizen Kohana
 

What's hot (20)

Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
 
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahPeranan guru dalam pengurusan bilik darjah
Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
 

Viewers also liked

penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah92 degrees
 
38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiahPark Long
 
Hbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningHbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningmuhammad
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--aku_ hafif
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaAzalina Harun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirHuzaifah Zai
 
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasi
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasiDefinisi pelan strategik, taktikal dan operasi
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasiSarina Salim
 
Laporan Projek Akhir
Laporan Projek AkhirLaporan Projek Akhir
Laporan Projek Akhirwanamateur_48
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 

Viewers also liked (10)

penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah
 
38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah
 
Hbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningHbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learning
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--
 
Kaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiahKaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiah
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasi
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasiDefinisi pelan strategik, taktikal dan operasi
Definisi pelan strategik, taktikal dan operasi
 
Laporan Projek Akhir
Laporan Projek AkhirLaporan Projek Akhir
Laporan Projek Akhir
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 

Similar to Penulisan ilmiah

Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1iezaku
 
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarInovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarNur Halimah
 
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarInovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarNur Halimah
 
Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanRukizah Moong
 
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdf
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdfPPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdf
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdfnurrohmatulamaliyah1
 
Tugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptTugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptamirazzam
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdfHartoyo Mp
 
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan LimaPenterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Limanorirana ahmad suhaimi
 
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip PembelajaranTeknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip PembelajaranJesicaDinna
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxanwarjuli
 
Pembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputerPembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputerFKIP UHO
 
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuSIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuDenny Kodrat
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdfPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdfZukét Printing
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docxPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docxZukét Printing
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanTan Tyng
 
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2winartisunarto
 

Similar to Penulisan ilmiah (20)

Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarInovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
 
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasarInovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
Inovasi pembelajaran ipa_di_sekolah_dasar
 
Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikan
 
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdf
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdfPPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdf
PPT PSIKOLOGI PENDIDIKAN Kel.6.pdf
 
Tugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptTugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden ppt
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
 
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan LimaPenterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima
Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip PembelajaranTeknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docx
 
Pembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputerPembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputer
 
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuSIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdfPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.pdf
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.pdf
 
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docxPentingnya Teknologi Pembelajaran  Bahasa Arab.docx
Pentingnya Teknologi Pembelajaran Bahasa Arab.docx
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
PARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUMPARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUM
 
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2Hbae1203 perkembangan seni kanak2
Hbae1203 perkembangan seni kanak2
 

More from iezaku

Cth aplikasi fb
Cth aplikasi fbCth aplikasi fb
Cth aplikasi fbiezaku
 
Presentation slide
Presentation slidePresentation slide
Presentation slideiezaku
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluargaiezaku
 
Presentation slide
Presentation slidePresentation slide
Presentation slideiezaku
 
Infografik slide 1
Infografik slide 1Infografik slide 1
Infografik slide 1iezaku
 
Rph lengkap
Rph lengkapRph lengkap
Rph lengkapiezaku
 
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)iezaku
 
5 slide
5 slide5 slide
5 slideiezaku
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografikiezaku
 
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)iezaku
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografikiezaku
 
Dtt5212 tekno (infografik aisah)
Dtt5212 tekno (infografik aisah)Dtt5212 tekno (infografik aisah)
Dtt5212 tekno (infografik aisah)iezaku
 
Guru efektif
Guru efektifGuru efektif
Guru efektifiezaku
 
Proses fotosintesis
Proses fotosintesisProses fotosintesis
Proses fotosintesisiezaku
 
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasi
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasiSyarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasi
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasiiezaku
 
Mindomo
MindomoMindomo
Mindomoiezaku
 

More from iezaku (18)

Cth aplikasi fb
Cth aplikasi fbCth aplikasi fb
Cth aplikasi fb
 
Presentation slide
Presentation slidePresentation slide
Presentation slide
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluarga
 
Presentation slide
Presentation slidePresentation slide
Presentation slide
 
Infografik slide 1
Infografik slide 1Infografik slide 1
Infografik slide 1
 
Emosi
EmosiEmosi
Emosi
 
Emosi
EmosiEmosi
Emosi
 
Rph lengkap
Rph lengkapRph lengkap
Rph lengkap
 
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)
Dtt5212 teknologi dalam pendidikan (powerpoint individu asiah)
 
5 slide
5 slide5 slide
5 slide
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Dtt5212 tekno (infografik aisah)
Dtt5212 tekno (infografik aisah)Dtt5212 tekno (infografik aisah)
Dtt5212 tekno (infografik aisah)
 
Guru efektif
Guru efektifGuru efektif
Guru efektif
 
Proses fotosintesis
Proses fotosintesisProses fotosintesis
Proses fotosintesis
 
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasi
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasiSyarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasi
Syarikat borneo utara british (sbub) mengeksploitasi
 
Mindomo
MindomoMindomo
Mindomo
 

Penulisan ilmiah

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SESI 2012/2013 TAJUK: WEB 2.0 (Mindomo) NAMA PENSYARAH: DR. SABARIAH SHARIF NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK 1. MONICA ANAK GIRA PT122157CT 2. NOOR AISAH BINTI HJ. ENDAH PT122170CT 3. NORMALIZA BINTI ABD AZIS PT122329CT 4. NURMIAH BINTI DARWIS PT122201CT 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Proses pembelajaran sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia tanpa mengira usia. Seseorang individu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dan pancoraba dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Hal ini telah mendorong terciptanya beberapa teori pembelajaran yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. 1.1 Teori Behaviorisme Teori Behaviorisme memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang. Di antara tokoh-tokoh yang terkenal dalam teori behavior atau perlakuan ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan dan ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini turut menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara ulang dilakukan sehingga ianya menjadi kebiasaaan. Tingkah laku yang berulang ini dapat dikekalkan dengan peneguhan yang positif. Aplikasi teori ini dalam P&P ialah guru perlu menghasilkan atau mewujudkan suasana pendedahan yang interaktif dalam proses P&P dengan adanya sesuatu yang logik dan tidak menjemukan pelajar. Guru-guru bukan sahaja mahir dalam mengajar tetapi perlu bijak mengintegrasikan strategi P&P dalam bahan P&P digital. Penggunaan bahan pembelajaran digital dalam proses P&P mampu melahirkan generasi celik IT (Information Technology). Daripada bahan pengajaran digital ini, guru melatih pelajar untuk membina peta konsep mengikut kreativiti dan kafahaman masing-masing. Dengan pendedahan kepada bahan pengajaran digital dan latihan yang berulang-ulang ini sudah pasti dapat meningkatkan tahap ingatan pelajar dalam memahami sesuatu pengajaran. 1.2 Teori Kognitif Teori Kognitif pula, wujud ahli–ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel. Menurut Bruner (1973) dalam Esah Sulaiman (2004) melihat pembelajaran sebagai proses aktif, iaitu pelajar membina idea baru atau konsep yang berasaskan pengetahuan lalu 2
  • 3. dan semasa mereka. Pelajar memilih dan memindahkan maklumat, membina hipotesis, dan membuat keputusan mengikut struktur kognitif. Teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif juga banyak menceritakan tentang celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif, dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Teori kognitif menyatakan bahawa guru perlu mengamalkan P&P secara berperingkat mengikut urutan yang sesuai iaitu dari aras mudah ke aras yang sukar serta guru juga perlu menyampaikan pengajarannya mengikut tahap kefahaman pelajarnya. Untuk membantu pelajar memahami pengajaran, guru perlulah lebih kreatif dengan memvariasikan kaedah-kaedah pengajarannya. Salah satu kaedah yang sesuai ialah dengan menggunakan gaya pembelajaran visual kerana ia dapat membantu pelajar untuk mengingati fakta dengan lebih lama. Pelajar dapat belajar lebih baik dengan melihat sesuatu situasi atau fenomena yang dipaparkan pada monitor komputer ataupun tayangan video. Contohnya dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah, pelajar dapat melihat sendiri dan mengembangkan kefahaman mereka terhadap peristiwa yang ditayangkan dalam video. Daripada pemerhatian tersebut, pelajar membina peta konsep dengan mencatat peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dan ini dapat meningkatkan lagi ingatan pelajar dalam mengingati sesuatu fakta. 1.3 Teori Konstuktivisme Teori konstruktivisme ini merupakan suatu proses pembelajaran yang aktif dan pelajar membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman mereka sendiri. Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan merupakan produk minda yang dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru, pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik. Aplikasi teori ini dalam bilik darjah ialah pelajar-pelajar akan menentukan strategi pembelajaran sendiri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti, pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, penggunaan penaakulan dan logik dalam menilai informasi baru serta menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru. Secara ringkasnya, pembelajaran menggunakan teori ini lebih berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai pembimbing. 3
  • 4. Bagi menghasilkan satu proses pengajaran berpusatkan pelajar ianya melibatkan perancangan yang teliti, persediaan yang awal dan kajian menyeluruh mengenai tingkah laku pelajar. Ini adalah kerana segala ilmu yang akan diperolehi pelajar dibawah kawalan pelajar sendiri dan bahan yang disediakan oleh guru perlu berupaya mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dapat membantu memudahkan proses P&P. Gabungan audio, video dan animasi serta interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat memberi peluang kepada pelajar memanipulasi dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi. Penghasilan peta konsep melalui bahan-bahan pembelajaran tersebut dapat membantu pelajar untuk lebih mengingati pembelajarannya secara optimum. 2.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21 Pendidikan menjadi simbol kemajuan yang sangat penting di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Sesebuah negara itu akan terus terkenal seiring dengan kemajuan pendidikan. Menyentuh aspek pendidikan ini kita sering didedahkan dengan cara lonjakan dalam pendidikan yang dilakukan oleh kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk mendepani negara-negara lain sama ada dalam bidang pendidikan mahupun ekonomi. Sebenarnya, tanpa kita sedari bahawa terdapat negara lain iaitu Finland yang menunjukkan prestasi membrangsangkan dalam bidang pendidikan ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institut Legatum yang berpejabat di London meletakkan pendidikan di Finland sebagai ketiga terbaik selepas Norway di tangga kedua dan Denmark di tangga teratas mengatasi Amerika Syarikat dan United Kingdom. Secara umumnya, sistem pendidikan di Finland yang terletak dalam Kesatuan Eropah menekankan kepada sistem pendidikan vokasional dan polliteknik bagai menyediakan generasi muda yang mahir dalam semua aspek. Sistem pendidikan vokasional yang dijalankan ini mempunyai tiga tahap iaitu pendidikan rendah dan menengah yang dikenali sebagai pendidikan komprehensif selama sembilan tahun. Sementara itu, pendidikan menengah atas adalah selama tiga tahun dan akhir sekali pendidikan tinggi. Sistem pendidikan di Finland juga bersifat desentralisasi yang mana pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan dasar umum pendidikan yang ditetapkan oleh Parlimen Finland dan kerajaan adalah terletak di bawah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (MEC). Pada masa yang sama, kementerian ini juga 4
  • 5. menyediakan peruntukan kewangan untuk pendidikan umum, pendidikan vokasional, politeknik dan universiti. Tetapi jika di Malaysia kita lihat tugas ini dijalankan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penagajian Tinggi (KPT). Selain itu, negara Norway juga mempunyai sistem pendidikan yang terletak di tangga kedua di peringkat dunia tanpa kita sedari. Walaupun Norway merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk terendah di Eropah, namun jika dilihat Norway mempunyai sistem pendidikan yang sangat nyaman dan efektif. Seperti negara-negara lain di dunia sistem pendidikan di Norway juga adalah wajib dan berlangsung selama 10 tahun bermula dari primary, lower secondary dan upper secondary. Pejabat pendidikan di peringkat daerah merupakan pihak yang yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sekolah yang layak diakses dan dipilih oleh kanak-kanak, generasi muda dan dewasa di semua kota dan daerah di Norway. Sementara itu, di peringkat Asia pula pendidikan di Singapura merupakan sistem pendidikan yang boleh dijadikan contoh oleh negara-negara di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Pendidikan di Singapura di senarai di tangga ke-26, Thailand pula di tangga ke-54 dan Malaysia di tangga ke-55. Tidak hairanlah terdapat beberapa institusi pendidikan seperti National University of Singapore (NUS), Nanyang Technological University (NTU), Singapore Management University (SMU) dan Singapore Technology & Design adalah antara institusi pengajian yang menduduki ranking terbaik di Asia malahan di dunia. Hal ini memandangkan penyediaan kurikulum di Singapura direka olah pakar akademik dari seluruh dunia. Maka tidak hairanlah kota ini mampu menyediakan program mengikut keupayaan setiap individu. Ini bermakna bahawa pelajar yang meminati bidang pengurusan perniagaan, perakaunan, teknologi maklumat, teknikal boleh memilih mana-mana institusi yang menawarkan program tersebut. Perkara penting yang menjadikan Singapura sebagai hab pendidikan dunia ialah kerana kekuatan sistem pendidikan Singapura yang mana polisinya adalah berdasarkan dua hala iaitu pembelajaran secara holistik, tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, interaktif pelajar dan suasana di dalam kelas yang moden sudah tentu menarik minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Tambahan lagi, pelajar di Singapura sendiri digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum antaranya seni, muzik dan sukan. Sementara itu, pendidikan wajib di Singapura juga berlangsung selama 10 tahun menerusi sekolah dasar dan 5
  • 6. sekolah menengah. Pada akhir persekolahan di kedua-dua peringkat pelajar akan menghadapi ujian GCE-Level atau GCE N-Level. Selain Singapura, negara Jepun juga merupakan negara di Asia yang bukan sahaja maju dari aspek ekonomi, malahan juga maju dari segi teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan sebagainya. Semua kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah berkait rapat dengan kemajuan pendidikan yang terdapat di Jepun. Pada asasnya, sistem pendidikan di Jepun dibangunkan atas prinsip legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Bertitik tolak dari prinsip tersebut sistem pendidikan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu peringkat pusat, prefectural (antara negeri dan wilayah), municipal (antara wilayah dan dan daerah) serta sekolah. Pada umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Jepun adalah kombinasi dari penjelasan dari soal jawab dengan guru, perbincangan sesama murid dan penerokaan oleh pelajar sendiri dengan menggunakan alat pembelajaran seperti multimedia, makmal dan lain-lain sesuai dengan matapelajaran dan keperluan. Biasanya, hasil perbincangan atau penerokaan ilmu tersebut akan dipersembahkan di depan kelas dengan bimbingan guru. Melihatkan kepada sistem pendidikan yang terdapat di peringkat dunia dan Asia, menunjukkkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia haruslah lebih efektif dan efisien dari segi pengurusannya agar dapat bersaing dengan negara-negara tersebut dan meletakkan sistem pendidikan di Malaysia standing dengan pendidikan di dunia. Justeru, jika kita lihat sistem pendidikan di Malaysia sering berlaku perubahan dari semasa ke semasa. Menjelang abad ke-21 ini sistem pendidikan di dunia, Asia dan di Malaysia sedang mengalami perubahan secara dinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke- 21. Matlamat menjadikan Malaysia khususnya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 memerlukan negara untuk meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamik pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia 6
  • 7. dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik, iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan beberapa langkah yang perlu diambil. 2.1 Pengkorporatan Universiti. Langkah pertama untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah melalui pengkopratan universiti. Pengkorporatan merupakan satu proses pendemokrasian dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Rasional pengkorporatan dilaksanakan adalah untuk menyediakan lebih tempat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran meraka serta menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran atau pendidikan jangka panjang. Pengkorporatan juga bertindak sebagai tindak balas atau respon kepada K-Ekonomi dan ICT. Contohnya university yang telah dikorporatkan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia yang berupaya membentuk syarikat sendiri iaitu UKM Holding Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak Januari 2001 di bawah Yayasan Canselor. Oleh yang demikian, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju. 7
  • 8. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamik perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti. Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat. Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan. 2.2 Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki aspek kualiti pengajaran guru dan pensyarah, kualiti perkhidmatan, kurikulum, penilaian dan pensijilan, perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan dan pentadbiran university dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga pengajar. 2.2 Perubahan Sistematik Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020. Hal ini kerana, wawasan 2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa 8
  • 9. tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Pembaharuan yang dilakukan mestilah bersifat sistematik iaitu tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas. Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Rang undang-undang tersebut menggariskan beberapa aspek iaitu sistem pendidikan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, dalam rang undang-undang ini juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Semantara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun dan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam dasar tersebut juga terkandung bahawapendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan serta peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Bermula dengan akta yang ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen- komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang serta dapat melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.. 9
  • 10. Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perlu dikaji semula. Profesion perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke-21. Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesion perguruan. 2.3 Penggredan Universiti Aspek pendidikan ini tidak tertumpu kepada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah sahaja malahan universiti juga dibuat penggredan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran. Menerusi penggredan universiti ini salah satunya ialah melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamik. 2.4 Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Hal ini kerana, para pelajar mempunyai peluang dan mempunyai pelbagai pilihan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk melanjutkan pelajaran mereka .Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak. Sehubungan dengan ini, 10
  • 11. pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan. 2.6 Kelonggaran Sistem Pendidikan Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian. Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber manusia abad ke-21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif. Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di London, mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ada menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke-21. Oleh yang demikian, amatlah perlu mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi. Dengan ini, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia serta mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang 11
  • 12. produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia. Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke-21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu, pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu. Oleh yang demikian, langkah yang sewajarnya amatlah perlu bagi melahirkan pekerja berilmu dan ini mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisien, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya. 3.0 GURU ABAD KE-21 Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seperti kita sedia maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad ke-21 seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam semua aspek. Oleh yang demikian, terdapat beberapa aspek yang perlu dipandang serius oleh guru abad ke- 21 ini. 3.1 Menguasai Pelbagai Bidang Amatlah penting bagi seorang pendidik terutamanya guru untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Hal ini kerana, guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran adalah lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran 12
  • 13. sejarah contohnya, seseorang guru itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan sains komputer dengan sejarah dikenali sebagai pendekatan bersepadu. Seseorang guru boleh mengaplikasikan pengajaran menggunakan peta minda (mindmapping) bagi memudahkan pengajarannya. Oleh yang demikian, untuk mengaplikasikan mindmapping dalam pengajaran seseorang guru itu perlu mampu untuk menguasai pelbagai bidang terutamanya yang melibatkan teknologi ICT dalam pendidikan. Dalam masa yang sama, seseorang guru juga hendaklah mengamalkan pembelajaran yang berterusan supaya guru akan sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku serta menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran pada abad ke-21 ini. 3.2 Mengikuti Perkembangan Tentang Dasar dan Isu Pendidikan Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-osu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perhuruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami begi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang erkualaiti dan berkemahiran dalam semua aspek. Dalam erti kata lain, guru mesti memahami perubahan-perubahan ini. Perkara paling mustahak sekali ialah guru seharusnya dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan-perubahan dan bukan menjadi penonton kepada perubahan tersebut. Oleh yang demikian, guru mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua segi termasuk intelek dan rohani pelajar. Seseorang guru juga seharusnya mesti bersedia untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif. Jika guru tidak mahir kedua-dua aspek ini sukar untuk mendidik pelajar menjadi kreatif dan inovatif. 3.3 Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran) Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat generasi berkemahiran abad ke-21 bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan lapuk tradisional yang mana sistem pengajaran dan pembelajaran diamalkan terlalu bergantung kepada guru teachers centred. Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad ke-21 ini seseorang guru itu perlu berani mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi di 13
  • 14. dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Hal ini kerana, pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah pengajaran dan pembelajran yang inovatif akan memberikan kesan positif terutamanya kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Selain daripada itu, seorang pendidik juga perlu mengamalkan sikap sebagai seorang pelajar iaitu sentiasa terus berulit dengan ilmu untuk menambah dan memperbaharui ilmunya. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan yang sedia ada sentiasa berkembang dengan cepat selaras dengan perkembangan masa khususnya pada abad ke-21 ini. Secara ringkasnya guru mesti menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya selaras dengan anjuran Nabi Muhammad S.A.W yang menganjurkan kita menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Di samping itu, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru juga seharusnya menggunakan pendekatan bercorak kreatif dan bersahaja dengan tujuan agar dapat merangsangkan perkembangan minda dan menggalakkan budaya fikir dalam kalangan pelajar seperti yang berlaku di Finland. 3.4 Menggunakan Teknologi Terkini Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian. Selain cekap dalam pengguaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru itu juga perlulah mempunyai ciri-ciri seperti menguasai subjek terhadap pengajarannya terutama sekali kandungan kurikulum tersebut perlu diperdalami serta megetahui dan menguasai kaedah penyampaian dalam pengajarannya supaya pelajar-pelajar dapat memahami apa yang hendak disampaikan. Perkara penting yang perlu ada pada guru abad ke-21 ini juga ialah guru seharusnya dapat memahami perkembangan pelajar-pelajarnya dan menyayangi mereka. 4.0 PELAJAR ABAD KE-21 Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi masih terdapat sesetengah sekolah-sekolah masih bergelut dengan soal asas 14
  • 15. pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abad ke-21 antaranya ialah pelajar perlu berupaya untuk membuat hubung kait terhadap pelajaran yang diajar oleh guru, bijak menyoal, yakin dalam berkomusikasi serta berani untuk mengeluarkan pendapat, bersifat ingin tahu dan dahagakan ilmu, menjana idea terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru. Perkara yang paling penting pelajar pada abad ke-21 ini juga ialah mereka perlu belajar untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri, berani mencuba, mampu berdikari dan mampu belajar secara kolaboratif dengan orang lain serta berkeperibadian yang tinggi serta tidak mudah putus asa. Melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat berguna kepada negara. Selain mempunyai ciri-ciri tersebut, pelajar abad ke-21 ini perlulah mempunyai kemahiran dalam ICT iaitu dengan mengaplikasikan web 2.0 dalam pembelajaran mereka terutamanya melalui penggunaan peta minda (mindmapping). Hal ini kerana, melalui lakaran peta minda mindmapping membolehkan pelajar mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan seseorang khususnya pelajar. Di samping itu, para pelajar juga perlu bijak meneroka teknologi ICT yang boleh membantu mereka dalam mencari pelbagai maklumat berkaitan pelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kepentingan mindmapping dalam pembelajaran pelajar salah satunya ialah mindmapping ini dapat membantu pelajar mencatat nota secara ringkas atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca secara ringkas termasuk apa yang difikirkan. Biasanya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran peta minda digunakan untuk teknik merancang dan membina kerangka penulisan seperti laporan dan esei, teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku. Oleh itu, amat perlu bagi pelajar untuk menguasai web 2.0, kerana di dalam web 2.0 ini terkandung perisian yang boleh membantu dalam pembelajaran mereka contohnya ialah adanya facebook, edmodo, skype dan banyak lagi yang terkandung di dalam web 2.0. Tambahan lagi, pelajar-pelajar abad ke-21 ini terdedah kepada bukan sahaja maklumat dalam bentuk bercetak malahan juga dalam bentuk elektronik dan juga dalam talian. 15
  • 16. Pendedahan seperti ini dapat menambahkan bahan serta maklumat tentang sesuatu perkara. Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah amat memerlukan wadah untuk mempelajari cara-cara berfikir secara kritikal semasa membuat kajian mudah melalui literasi digital. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan salah satu kemahiran abad ke-21 yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar khususnya di Malalaysia. Hal ini kerana, para pelajar perlu berhadapan dengan dunia dan bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Jika tidak pelajar akan ketinggalan dengan arus perubahan era globalisasi pada abad ke- 21 ini. Menurut Hamaan, Pollock dan Wilson (2009) terdapat pertalian yang nyata antara interaksi pelajar dengan pemikiran kritis. Hal ini kerana, apabila pelajar terlibat dalam perbincangan sesuatu tajuk dalam talian, mereka akan berkomunikasi sesama sendiri dalam situasi yang begitu fokus. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir dengan jelas. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang terlibat dalam perbincangan dalam talian ini didapati menjadi pembaca yang kritis dan konstruktif. Maka tidak hairanlah, sistem pendidikan di Eropah terutamanya negara Finland sejak dari awal menekankan kemampuan pelajar berfikir dan berdikari dalam menuntut ilmu, contohnya pelajar-pelajar di Finland telah dididik untuk mampu berfikir dan berdikari bagi menyediakan pelajarnya menghadapi abad ke-21 ini. Pada masa yang sama, falsafah pendidikan di Finland sendiri menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajarnya. Hal ini terbukti hasil daripada kajian lepas yang dibuat mendapati bahawa pencapaian subjek matematik di Finland menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan mengalahkan pencapaian pelajar Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan New Zealand. Oleh itu, pelajar di Malaysia seharusnya mencontohi dan merebut peluang dengan berkongsi idea denagan pelajar-pelajar di negara Finland dan negara-negara lain di peringkat antarabangsa mahupun Asia menerusi pembelajaran dalam talian menggunakan facebook, twitter, blog serta edmodo. Hanya dengan cara ini pelajar-pelajar di negara kita akan dapat meningkatkan pengetahuan mereka di samping dapat bersaing antara satu sama lain. 16
  • 17. 5.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Kemahiran abad ke-21 ini ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi beberapa aspek antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 ini sangat penting dimiliki oleh semua golongan masyarakat tidak kira tua atau generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum juga kebanyakan sekolah-sekolah di negara kita menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi yang memerlukan kemahiran. Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 ini penting kerana kebanyakan kemahiran adalah bedasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu literasi cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira tetapi literasi abad ke-21 ini melibatkan literasi digital. Kemahiran dari semua aspek perlu diterapkan ke dalam diri setiap pelajar dan guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Menerusi bimbingan guru ini kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan meningkat. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek sebenarnya bukan sahaja membolehkan pelajar mahir dalam ICT malahan juga mempunyai kemahiran dari segi komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi antara pelajar-pelajar yang lain. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal ini dapat dimiliki dalam diri setiap pelajar. Dalam mengharungi abad ke-21 ini guru dan pelajar seharusnya mempunyai pelbagai kemahiran. Salah satu kemahiran abad ke-21 yang perlu dimiliki oleh guru dan juga pelajar ialah mempunyai kemahiran dari segi teknologi maklumat, media dan komunikasi. Kemahiran ini dapat dimiliki menerusi integrasi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk membolehkan generasi muda khususnya pelajar boleh mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Perkara yang penting juga ialah melalui kemahiran ICT ini pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baharu yang mampu mengubah suasana pembelajaran menjadin lebih ceria dan menyeronokkan pelajar. Dalam masa yang sama, kemahiran teknologi, media dan komunikasi turut dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar. Menurut Chen, Hsu dan Huang (2000) menerangkan bahawa kemahiran berfikir ini dapat diasah melalui empat cara iaitu alat 17
  • 18. informasi, alat konstruktif, alat situasi dan alat komunikatif. Biasanya alat informasi ini diperolehi daripada internet, CD-Rom dan slaid powerpoint ataupun Word Document yang disediakan oleh guru dan juga pelajar sendiri. Sementara itu, E-mel, blog, edmodo dan facebook serta forum perbincangan merupakan alat komunikatif yang membantu dalam kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Seterusnya, jika kemahiran literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini dipelajari akan membolehkan pelajar dan guru menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baharu dan berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan kepada teknologi yang sedia ada. Dengan adanya kemahiran literasi ini juga seseorang guru dapat memanfaatkan maklumat yang diperolehi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, literasi media juga salah satu kemahiran yang perlu ada pada guru dan pelajar. Hal ini kerana, maklumat yang diperolehi daripada literasi media seharusnya diteliti, dianalisis mesej yang disampaikan serta menyemak terlebih dahulu sebelum digunakan dalam pembelajaran dan ini secara tidak langsung membawa kepada kemahiran pemikiran kritis. Di samping itu, kemahiran literasi media dapat menggalakkan pelajar belajar dengan seronok memandangkan pengajaran yang disertakan dengan media dan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar untuk mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Oleh yang demikian, kemahiran literasi media yang dimiliki ini seharusnya digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru. Pada masa yang sama, dalam literasi media para pelajar turut berpeluang mempelajari kemahiran dan teknologi dalam bidang perkomputeran seperti menghasilkan grafik, fotografi, rumusan dan sebagainya. Implikasi yang diperolehi pelajar jika mahir dalam literasi media ini akan dapat membantu mereka mengembangkan literasi media serta pelajar dapat menghasilkan media pembelajaran mereka sendiri yang mudah difahami. Kemahiran kedua yang perlu dimiliki oleh pelajar ialah kemahiran pembelajaran, inovasi dan kreatif. Dalam mengharungi abad ke-21 dan era globalisasi ini masyarakat yang kreatif dan inovatif amatlah diperlukan oleh negara pada ketika ini untuk pembangunan masa hadapan. Kemahiran pembelajaran, inovasi dan kreatif ini seharusnya diterapkan oleh guru ke dalam diri setiap pelajar. Hal ini kerana, dengan penerapan kemahiran tersebut membolehkan pelajar di Malaysia khususnya mampu untuk mencipta sesuatu yang baharu. Oleh itu, sekolah merupakan 18
  • 19. institusi yang memainkan peranan penting dalam menerapkan kemahiran tersebut bagi melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Jika seseorang pelajar mempunyai pemikiran kreatif ini mereka mampu untuk menyelesaikan permasalahan serta dapat berfikir dengan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran yang kreatif dan inovatif mampu membentuk warganegara khususnya dalam kalangan pelajar untuk mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadap pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan. Malahan juga kemahiran pemikiran inovatif pula dapat membentuk pelajar agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur artistik yang tinggi. Tambahan lagi, penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan pelajar kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam mencatat nota pelajar digalakkan menggunakan peta minda bagi mengasah pemikiran kreatif pelajar. Jika kedua-dua kemahiran ini diaplikasikan dalam pembelajaran pelajar maka, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pendidikan standing dengan pendidikan di peringkat dunia dan juga Asia. Selain itu, kemahiran terakhir perlu ada dalam diri pelajar ialah kemahiran hidup dan kerjaya. Bagi menghadapi abad ke-21 ini kemahiran hidup dan kerjaya amat penting untuk dimiliki oleh setiap individu terutamanya golongan generasi muda yang merupakan modal insan kepada negara. Seseorang pelajar dalam abad ke-21 ini perlulah mempersiapkan diri dengan memiliki kemahiran-kemahiran dalam hidup dan kerjaya mereka. Terdapat beberapa kemahiran dalam hidup dan kerja yang perlu ada dalam setiap pelajar. Salah satunya ialah mempunyai sifat kebolehsesuaian dan fleksibel terutamanya apabila berhadapan dengan semua orang. Hal ini penting agar mereka dapat berdikari sendiri serta dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan usia. Selain itu, dalam mempersiapkan diri abad ke-21 ini sifat inisiatif dan terarah kendiri amat penting iaitu kita perlu bijak dalam menguruskan sesuatu contohnya apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran contohnya pelajar perlu bijak dalam mengendalikan sesuatu perkara dan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dalam aspek kemahiran ini juga, seseorang pelajar juga perlu memiliki kemahiran sosial iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu budaya di Malaysia, Asia dan dunia. Kemahiran sosial ini penting kerana dapat membantu dalam kemahiran hidup dan kerjaya seseorang pelajar apabila behadapan dengan alam pekerjaan. 19
  • 20. Pada masa yang sama juga, pelajar perlulah berupaya untuk bekerja dalam pasukan dan berani dalam mengutarakan sesuatu idea atau pendapat. Perkara yang paling penting juga ialah mempunyai akauntabiliti, produktiviti dan jika diaplikasikan dan dimiliki dalam diri seseorang akan dapat melahirkan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada bukan sahaja kepada pendekatan pendidikan dan golongan pendidik malahan juga golongan pelajar. Perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Selain itu, program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. 6.0 APAKAH ITU MINDOMO? Mindomo merupakan salah satu aplikasi kolaborasi untuk membuat peta minda. Perisian Mindomo ini menyediakan pelbagai fungsi asas dalam membina peta minda dengan mudah pada era digital ini. Di samping itu, pada masa yang sama perisian ini membolehkan pengguna berkolaborasi bersama-sama dengan rakan lain dalam membangunkan peta minda tersebut. Mindomo merupakan satu aplikasi yang amat berguna kepada semua memandangkan peta minda merupakan salah satu perkara yang memudahkan kita memfokuskan kepada sesuatu perkara dengan isi-isi penting. Perisian ini boleh di muat turun melalui web, selain itu turut diintegrasikan pada Google Apps. Perisian ini turut menyokong pengguna Windows, Mac OX dan juga Linux melalui pengguna Adobe Air. Perisian ini juga boleh digunakan secara luar talian dan sync dengan web apabila kita online. Selain daripada desktop, ia turut didatangkan dan diperkenalkan untuk pengguna iPad dan juga Android yang membolehkan kita membina sesuatu peta minda dengan lebih mudah dan pantas ketika bergerak dan walau di mana jua kita berada. Perisian ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang amat menarik. Perkara utama yang membuatkan ramai tertarik pada Mindomo adalah semestinya kerana ianya percuma. Selain daripada itu, ia menyediakan sebuah platform khas untuk pengguna membina peta minda dengan pantas dan mudah, disamping menggunakan rekabentuk yang professional. Melalui 20
  • 21. Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disamping mengubah sendiri warna latar, jenis tulisan, dan sebagainya supaya mengikut citarasa dan pilihan anda. Anda turut sama boleh memilih rekabentuk peta minda anda, supaya disesuaikan dengan topik yang anda ingin catatkan dansebagainya. Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda menambah pelbagai perkara lain, termasuk gambar, ikon, dan juga komen untuk sesuatu isi. Perkara ini menjadikan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif, dan sokongan menambah nota dan komen untuk sesuatu isi membolehkan anda menerangkan sesuatu isi itu dengan lebih lanjut lagi. 7.0 KELEBIHAN MENGGUNAKAN MIND MAPPING KEPADA GURU DAN PELAJAR Mind mapping boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan kemahuan kita belajar serta ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (menyeluruh, menghubungkait, membanding dan menganalisis). Selain itu mind mapping juga dapat menjimatkan masa dan hanya menggunakan kata kunci sahaja dan fokus kepada isu sebenar sahaja tanpa meleret kepada benda yang tidak penting. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna. Mind mapping juga sesuai untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya yang ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat. Mind mapping sangat sesuai untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Ianya membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Oleh itu mind mapping amat sesuai untuk membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Pelajar dapat merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh seseorang pelajar dapat mencatat nota sambil mendengar pengajaran dari guru dengan menggunakan mind mapping untuk isi dan kata kunci yang penting. Seseorang pelajar juga dapat menggunakan mind mapping sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Mind mapping juga merupakan satu kaedah penting yang boleh digunakan ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. 21
  • 22. Selain itu, membantu pelajar untuk menghubungkait dan mensintesis idea dan data yang seterusnya boleh memberi penciptaan pengetahuan yang baru. Ia membantu pelajar memberi kebebasan untuk menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Mind mapping juga boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan dimana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang individu serta menggalakkan perkembangan diri. Mind mapping juga membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah dan merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya disamping dapat mengingat sesuatu dengan mudah Mind mapping berfungsi sebagaimana otak berfungsi. Ia juga boleh menghubungkan jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Penggunaan mind mapping dapat mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Oleh kerana mind mapping bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubungkait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mind mapping mudah dirujuk dan rujukan secara berulang akan mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan mind mapping, kemudian baru merujuk kembali kepada mind mapping jika terdapat sebarang kekaburan. Pelajar dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Pelajar dapat menghasilkan nota iaitu setiap kali maklumat dicatat, mind mapping mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Mind mapping boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber daripada buku, kuliah, syarahan taklimat bahan bacaan mesyuarat dan temubual. Pelajar juga dapat mengingat kembali iaitu setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, mind mapping membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Mind mapping berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. Selain itu juga akan menjadikan pelajar seorang yang kreatif kerana setiap kali seseorang pelajar ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, mind mapping membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea bercambah dengan baik. Pelajar yang menggunakan mind 22
  • 23. mapping harus menganggap setiap item di dalam mind mapping adalah pusat kepada mind mapping yang baru. Di samping itu, mind mapping juga membantu pelajar untuk mengenal pasti isu-isu dan hubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya. Dalam merancang sesuatu, mind mapping juga membantu pelajar memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Mind mapping boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan mahupun buku. Di samping itu, mind mapping juga boleh digunakan untuk merancang mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan dan laporan. Mind mapping juga membantu seseorang pelajar menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Mind mapping bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Mind mapping juga sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran. Mind mapping berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Di samping itu, mind mapping dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi. Oleh itu, dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperoleh dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman adalah seperti teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Manakala bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar-gambar yang dilukis pula bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu pula dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda ke 23
  • 24. arah memudahkan pemahaman. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, proses membuat mind mapping dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya antaranya ialah latihan dalam pasukan. Mind mapping dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Selain itu dapat mencetuskan idea melalui lakaran yang dibuat iaitu merangkumi teks, grafik dan gambar untuk mempergiatkan lagi kreativiti seseorang pelajar ke arah pencetusan idea. Manakala perkembangan potensi pula melalui lakaran grafik dan gambar yang dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis pula dapat diketengahkan berdasarkan setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal. Mind mapping membolehkan pelajar menggunakan gambar rajah visual daripada fail pengguna dan dimasukkan ke dalam mind mapping. Selain itu pelajar juga boleh memilih tema yang spesifik dan memilih untuk memasukkan warna, teks, gambar rajah dan sebagainya mengikut kehendak dan keperluan sendiri. Mind mapping juga dilengkapi dengan aplikasi auto- fokus yang membolehkan pelajar memastikan tajuk utama berada di tengah-tengah paparan skrin bagi memudahkan pelajar untuk menukar paparan lain dengan lebih efisyen. Beberapa Manfaat Menggunakan Mind Mapping Merencana Berkomunikasi Menjadi kreatif Menjimatkan masa Menyelesaikan masalah Memusatkan perhatian Menyusun dan menjelaskan fikiran-fikiran Mengingat dengan lebih baik Belajar dengan lebih cepat dan efisyen 24
  • 25. Mempercepatkan pengurusan pembelajaran Dapat mengorganisasikan idea-idea yang muncul Model pembelajaran mind mapping adalah suatu model pembelajaran kooperatif. Model ini menggunakan teknik penyusunan catatan untuk membantu pelajar menggunakan seluruh potensi otak agar lebih optimum. Mind mapping yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Penggunaan mind mapping semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Selain itu ia membolehkan seseorang merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Mind mapping yang dibentuk biasanya pelbagai dan ia bergantung kepada kreativiti seseorang. Mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006) mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), mind mapping dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Mind mapping adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, imej, anak panah, warna dan sebagainya. Mind mapping juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui mind mapping seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan mind mapping dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasa membina mind mapping, maklumat penting akan disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan 25
  • 26. cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan mind mapping lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Selain itu, menurut Poh Swee Hiang (2006), mind mapping membantu pelajar mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Manakala penggunaan mind mapping dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pula boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Abdul Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan menvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Keberkesanan mind mapping ini dapat dilihat dalam satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut yang bertarikh 23 Mac 2007 yang menyatakan pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu telah mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Ini adalah hasil usaha Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar telah menggunakan kaedah mind mapping Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said pula telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai mind mapping yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan mind mapping dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif. 26
  • 27. Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan mind mapping, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan mind mapping dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Kognitif (Gestalt), Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan mind mapping adalah selari dengan pendapat mazhab kognitif yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Menurut Gagne (1996), penggunaan mind mapping merupakan satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru. David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan mind mapping dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti 27
  • 28. sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan mind mapping adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan mind mapping yang kreatif dan asli. Selain itu mind mapping juga membantu pelajar mudah melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Mind mapping juga memudahkan pemahaman, mudah dibawa dalam poket dan sangat baik untuk buat rumusan topik dan menjimatkan masa untuk mengulangkaji. Dalam pembelajaran mind mapping menghapuskan rasa sukar untuk belajar dan menambahkan keseronokan dalam mengulangkaji dan mengambil peperiksaan serta memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja mata pelajaran. Dalam mengingat pula mind mapping memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan dan ia menambah keupayaan dan kapasiti ingatan. Dalam berfikir pula melatih minda mencari penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik. Manakala dalam merancang pula ia memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas. Dalam berkomunikasi pula dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat. Dalam pandangan keseluruhan pula mind mapping membantu memahami keseluruhan bab dengan jelas dan dapat memahami segala fakta yang berkaitan serta berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas. Jika pelajar mengulangkaji mind mapping berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan “mengalir keluar” dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan oleh pelajar. Selain itu, daripada aktiviti atau eksperimen serta penerangan juga mind mapping dapat dibina (membina konsep kendiri). Pelajar boleh menambah cabang mind mapping mereka sebagai nota tambahan. Pelajar boleh memurnikan mind mapping yang telah diubah suai sebagai nota yang terdapat pada sehelai kertas sahaja. Pelajar bolehlah berkreatif 28
  • 29. untuk menjadikan mind mapping mereka berwarna warni serta memasukkan gambarajah yang berkaitan. Melalui mind mapping guru dapat menggalakkan pelajar membina soalan dari apa yang telah dipelajari. Sebagai kerja lanjutan (kerja rumah) pelajar dikehendaki membina soalan sendiri dan mencari jawapan kepada soalan mereka itu. Dalam menggunakan pendekatan ini, terdapat dua perkara yang perlu disiapkan atau diajar sebelum kaedah ini dapat digunakan iaitu penyediaan mind mapping yang mencukupi dan pelajar telah diajar dan dibiasakan membina soalan. Oleh yang demikian, pelajar hendaklah diajar cara membina soalan menggunakan 5W1H (What, When, Where, Who, Why dan How). Berdasarkan pengalaman, terdapat beberapa kelebihan apabila menggunakan pendekatan ini. Pendekatan ini dapat melatih kreativiti dan inovasi pelajar secara ekstrensik. Mind mapping dapat digunakan sebagai alat bantu sebelum mengajar, alat bantu semasa mengajar dan juga alat bantu selepas mengajar. Ada masanya mind mapping ini dapat menjadi pengganti kepada teks. Mind mapping yang sudah diubah suai oleh setiap pelajar boleh digunakan untuk proses ulangkaji pelajaran dengan mudah kerana merupakan nota yang ringan dan ringkas. Sekiranya pelajar kreatif mereka boleh mewarnakan mind mapping yang telah diubah suai untuk menjadikannya lebih menarik untuk digunakan. Menggunakan warna dalam nota akan lebih menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Secara tidak langsung berbagai kemahiran disepadukan dalam membina peta konsep kendiri oleh setiap pelajar. Melalui pendekatan ini penguasaan pembelajaran dan ingatan dapat ditingkatkan. Secara tak langsung setiap pelajar mempunyai nota yang berbeza dan berwarna warni. Setiap satu tajuk mungkin memerlukan dua atau satu mind mapping sahaja. Oleh itu nota sudah menjadi sangat ringan dan tidak membebankan. Untuk memahami mind mapping itu pelajar perlu berfikir sambil boleh membina penerangan kepada setiap cabang mind mappingnya. Oleh itu pelajar mengukuhkan kemahiran berfikir dan mengingat serta boleh membuat penerangan kepada sesuatu konsep atau idea. Sekiranya setiap pelajar boleh melaksanakan perkara ini dengan baik maka akan wujud budaya menggunakan mind mapping dalam sekolah. Satu langkah kehadapan selepas membiasakan pelajar menggunakan 29
  • 30. mind mapping ialah mengajar pelajar membuat mind mapping. Para guru wajar meneroka kaedah membina dan mengguna mind mapping dan melatih pelajar dalam menggunakannya. Penggunaan mind mapping dalam pengajaran seseorang guru juga membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat interpretasi dan lebih mudah memahami topik yang dipelajari. Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang penggunaan mind mapping yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Oleh yang demikian, penggunaan mind mapping sebagai satu teknik pengajaran secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu setiap guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi. 8.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, sistem pendidikan pada abad ke-21 ini memerlukan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga guru-guru dan para pelajar perlu memiliki pelbagai kemahiran bagi mengharungi cabaran pada abad ke-21 ini. Guru-guru terutamanya diberi kursus dan latihan terhadap penggunaan LCD, laptop dan internet yang mempunyai pelbagai fungsi untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar khususnya. Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat ini pendidikan di Malaysia perlulah bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Tambahan lagi brdasarkan kepada perkembangan web 2.0 yang ada ini terdapat banyak perisian yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana, dalam web 2.0 tersebut tidak tertumpu kepada mindomo sahaja bagi membolehkan guru dan pelajar menghasilkan peta minda untuk digunakan dalam pembelajaran. Justeru itu, guru dan pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam ICT ini bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran dengan meneroka ke dalam web 2.0 yang mempunyai banyak perisian untuk diaplikasikan dalam proses pengajaaran dan pembelajaran. 30