SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
10    Pendahuluan


Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan
asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan
bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk
mempelajari matematik.
      Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan
Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan
merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat
prasekolah.
      Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik
bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang
mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat
bergambar (pictorial) dan simbolik.




20    Konsep Matematik

                                       1
Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran / kajian mengenai corak
struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah (atas talian: http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik).
      Menurut Nor’aini binti Tahir dalam bukunya, ‘Pembelajaran Kognitif dan
Pembelajaran Kanak-kanak’, matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda
supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran
yang bermakna dan mencabar pemikiran.
      Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan
seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Pembelajaran matematik disepadukan
dengan sains, sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain. Selain itu, program
matematik seharusnya membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai
alat untuk meneroka, mencari penemuan baru (‘discovery’) dan menyelesaikan
masalah.
      Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani
kehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas perkembangan matematik kanak-kanak
bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek
yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang
berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.
      Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami
matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian
mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor
kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan
kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.




2.1   Pranombor


                                            2
2.1.1 Pengelasan


Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri
yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan
objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan
berdasarkan:
   •   Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
   •   Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
   •   Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
   •   Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)


       Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan
mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti
yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama.
Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set
yang berbeza.
       Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
          •    Memilih dan membanding,
          •    Mengumpul,
          •    Memilih semula,
          •    Mengasingkan kumpulan, dan
          •    Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.




2.1.2 Perbandingan


                                            3
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu
sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku
apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya
adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam
perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.


   Contoh perbandingan: membandingkan
   •   Ukuran
       – Panjang : pendek
       – Tinggi : rendah
       – Tebal : nipis
   •   Saiz
       – Besar : kecil
   •   Berat
       – Berat : ringan
   •   Bilangan / kuantiti
       – Banyak : sedikit
   •   Jenis objek


2.1.3 Seriasi


Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan.


Contoh seriasi:
   •   Menyusun mengikut pola urutan
       Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
   •   Menyusun objek mengikut ciri



                                            4
2.1.4 Padanan Satu dengan Satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek
yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek
dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek
dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol
juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.


Contoh padanan satu dengan satu;
   •   Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
   •   Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
       sudu.
   •   Memadan bilangan yang sama.
   •   Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.


2.1.5 Pola


Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan
seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana
konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
   •   Meniru pola,
   •   Menyambung pola,
   •   Melengkapkan pola, dan
   •   Membina pola sendiri.
2.1.6 Keabadian


                                        5
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk
memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan,
disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.


2.2       Nombor


Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah
sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah
ke kompleks.


2.2.1 Membilang


Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-
murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang
yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan
bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
      •   Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu
          objek dengan satu nama nombor,
      •   Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,
          2, 3,... dan seterusnya,
      •   Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang
          dibilang, dan
      •   Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-
          mana kedudukan.


Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut.


2.2.2 Konsep Nombor



                                              6
Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau
kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau
banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala
angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.


      Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
       •   Nilai tempat               – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
       •   Asas sepuluh               – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai
                                        10 digit dari sifar ke sembilan.
       •   Penggunaan sifar           – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu
                                        yang tidak wujud.
       •   Mempunyai nilai            – Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai
           tambah                        tempat.


2.2.3 Operasi Nombor


Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep
asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi
jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek
dikeluarkan sebahagian daripadanya.
      Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
       •   Membilang                   – berdasarkan 4 prinsip membilang secara
                                         rasional.
       •   Pengalaman konkrit          – operasi dimulakan dengan bahan maujud
                                         secara bergambar atau simbol.
       •   Konteks penyelesaian        – satu situasi penyelesaian masalah diberi.
           masalah
       •   Penggunaan bahasa           – bahasa yang betul perlu digunakan supaya
           yang betul                        operasi itu lebih bermakna.
(a) Operasi Tambah


Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan
pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi


                                         7
tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi
mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.


Contoh:

   •   Menggunakan objek konkrit.




   •   Menggunakan bahasa yang betul.
       Tiga tambah lima sama dengan lapan.


                +                        =



   •   Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.




   •   Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.

       3+5=8




(b) Operasi Tolak


Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:


   •   Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan
       melihatkan baki yang tinggal.


                                         8
Di dalam sebuah kandang ada tiga ekor arnab, seekor arnab telah masuk ke dalam
lubang. Berapakah ekor arnab yang tinggal?




   •   Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
       melibatkan perbezaan.




                                        9
3




                                              2


      •   Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana
          satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal.


          Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8?


                       + 3 = 8




2.3       Pengukuran


Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute)
(contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau
peristiwa.     Kebolehan    mengukur    terbentuk   daripada   pengalaman,     pengelasan,
perbandingan dan turutan.


                                              10
Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan
ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis
unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;
   •   Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.
   •   Unit piawai seperti;
              sentimeter               - panjang
              liter                    - isipadu
              kilogram                 - berat
              meter persegi            - luas
              darjah celcius           - suhu
              meter padu               - isipadu


Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:
   •   Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:
   •   Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan
       objek dengan unit yang dipilih.
   •   Cari bilangan unit seperti;
                         ✔ Persepsi                 – perbandingan     persepsi    tentang
                                                        panjang (bandingkan dua objek
                                                        yang mana lebih panjang atau
                                                      adakah ia sama panjang)
                         ✔ Secara                   – guru    menyediakan     beberapa
                               langsung                 bahan konkrit seperti klip kertas,
                                                        krayon, thumbtack dan lain-lain.
                                                        Kemudian ukur secara terus dan
                                                        buat perbandingan.
                         ✔ Secara                   –   berasaskan sesuatu rujukan, murid
                               tidak                    menggunakan tali untuk mengukur
                               langsung                 bahan   panjang.   Tali   bertindak
                                                        sebagai bahan pengukur.
   •   Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan
       objek dengan unit yang dipilih.

                                                   11
•   Cari bilangan unit seperti;
                 ✔ Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka
                    suhu, penimbang dan kalendar.
                 ✔ Menggunakan rumus (formula).
      •   Laporkan bilangan unit.


2.4       Konsep Masa


Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir,
pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti
pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
      •   Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
      •   Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan
jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari,
minggu, bulan dan tahun.


Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah:


Tempoh Masa (duration)
          Pengalaman Satu
          Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat:
          Contoh:
             •    apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti
                  apabila muzik dihentikan.
             •    kerusi berirama (musical chair)
             •    statue dance


          Pengalaman Dua
          Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.

                                               12
Contoh: Pantas, lambat
          •   Berjalan pantas.
          •   Berlari dengan perlahan


      Pengalaman Tiga
      Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval)
      Contoh:
          •   Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau
              pasir.
          •   Kadar denyutan nadi dalam satu minit.


Turutan
      Pengalaman Empat
      Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu.
      Contoh:
          – Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa.
          – Kitaran hidup rama-rama.
          – Kitaran hidup katak.
          – Rutin harian.
          – Cara-cara membuat sandwich.




2.5   Konsep Ruang



                                          13
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang,
atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.


Kedudukan relatif;
          •   Kedekatan (proximity)          –   contohnya, kereta itu lebih dekat dengan
                                               pokok berbanding rumah.
          •   Pemisahan                      – Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan
              (separation)                     rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
          •   Susunan /         urutan       – Contohnya, pensel disusun dari pendek ke
              (order)                          panjang.
          •   Lingkungan                     – Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh
              (enclosure)                        pokok-pokok.


Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami
perkaitan ruang.


   •   Tindakan ke atas objek
       (a) Mengisi dan mengosongkan,
       (b) Memasang dan meleraikan objek,
       (c) Menukar bentuk dan menyusun objek.


   Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain
   lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).




                                             14
Rajah : Papan Geo


•   Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.
    (a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang
       yang berbeza.
    (b) Mengalami   dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas
       prasekolah dan bangunan di persekitaran.
    (c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.




                                      15

More Related Content

What's hot

Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanaknurulirdina halikulanuar
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesanIsmail Hashim
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahEmy Bribip
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKnelson fredoline
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolahMenu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolahTengku Hezlin
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)norafika90
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 

What's hot (20)

Pengurusan fail prasekolah prasekolah
Pengurusan fail prasekolah prasekolahPengurusan fail prasekolah prasekolah
Pengurusan fail prasekolah prasekolah
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolahMenu dan kuantiti masakan prasekolah
Menu dan kuantiti masakan prasekolah
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)Akta 308 dan_550 (1)
Akta 308 dan_550 (1)
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 

Similar to 14355898 awal-matematik-part-1

78918258 kemahiran-asas-matematik
78918258 kemahiran-asas-matematik78918258 kemahiran-asas-matematik
78918258 kemahiran-asas-matematikNoor Aziraniza Aziz
 
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdfTasaratha Rajan Anamalai
 
Pengembangan matematika AUD
Pengembangan matematika AUDPengembangan matematika AUD
Pengembangan matematika AUDKuswatunKhasanah
 
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIK
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIKPENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIK
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIKHusna Sholihah
 
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah Matematika
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah MatematikaProfil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah Matematika
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah MatematikaAhmad Isroil
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1   2Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1   2
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1 2ORCHIDSIGN
 
Rpp mtkkkk
Rpp mtkkkkRpp mtkkkk
Rpp mtkkkk121363
 
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptx
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptxAwal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptx
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptxMunawwar Adi Putra
 
Rpp. mtk kelas 7 smp
Rpp. mtk kelas 7 smpRpp. mtk kelas 7 smp
Rpp. mtk kelas 7 smpwindarti aja
 
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlakSahat Hutajulu
 
Bab 1 (bilangan bulat)
Bab 1 (bilangan bulat)Bab 1 (bilangan bulat)
Bab 1 (bilangan bulat)IHSANUDDIN SPd
 
Pendekatan matematik realistik
Pendekatan matematik realistikPendekatan matematik realistik
Pendekatan matematik realistikmatematikauntirta
 
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk Aljabar
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk AljabarRPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk Aljabar
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk AljabarDuano Nusantara
 
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak22. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2Soleh Chudin
 

Similar to 14355898 awal-matematik-part-1 (20)

78918258 kemahiran-asas-matematik
78918258 kemahiran-asas-matematik78918258 kemahiran-asas-matematik
78918258 kemahiran-asas-matematik
 
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf
78918258-kemahiran-asas-matematik-141003093006-phpapp01.pdf
 
Pengembangan matematika AUD
Pengembangan matematika AUDPengembangan matematika AUD
Pengembangan matematika AUD
 
Latihan ptk anjur, sman4 merlung
Latihan ptk anjur, sman4 merlungLatihan ptk anjur, sman4 merlung
Latihan ptk anjur, sman4 merlung
 
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIK
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIKPENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIK
PENGETAHUAN TENTANG ISI PEDAGOGIK
 
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah Matematika
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah MatematikaProfil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah Matematika
Profil Kemampuan Analogi Siswa Dalam Menyelesaikan Masalah Matematika
 
Algebraic thinking
Algebraic thinkingAlgebraic thinking
Algebraic thinking
 
Slaid slot 1
Slaid slot 1Slaid slot 1
Slaid slot 1
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1   2Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1   2
Rencana pelaksanaan pembelajaran semester 1 2
 
Rpp mtkkkk
Rpp mtkkkkRpp mtkkkk
Rpp mtkkkk
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptx
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptxAwal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptx
Awal Matematik Untuk Kanak-kanak dum.pptx
 
Rpp. mtk kelas 7 smp
Rpp. mtk kelas 7 smpRpp. mtk kelas 7 smp
Rpp. mtk kelas 7 smp
 
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak
2. persamaan dan pertidaksamaan nilai mutlak
 
Rpp aljabar
Rpp aljabarRpp aljabar
Rpp aljabar
 
Bab 1 (bilangan bulat)
Bab 1 (bilangan bulat)Bab 1 (bilangan bulat)
Bab 1 (bilangan bulat)
 
Pendekatan matematik realistik
Pendekatan matematik realistikPendekatan matematik realistik
Pendekatan matematik realistik
 
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk Aljabar
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk AljabarRPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk Aljabar
RPP Matematika Kelas VII Operasi Bentuk Aljabar
 
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak22. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2
2. persamaan-dan-pertidaksamaan-nilai-mutlak2
 
Pp pemb.mtk dg pend.realistik
Pp pemb.mtk dg pend.realistikPp pemb.mtk dg pend.realistik
Pp pemb.mtk dg pend.realistik
 

14355898 awal-matematik-part-1

  • 1. 10 Pendahuluan Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan simbolik. 20 Konsep Matematik 1
  • 2. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran / kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah (atas talian: http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik). Menurut Nor’aini binti Tahir dalam bukunya, ‘Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak’, matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Pembelajaran matematik disepadukan dengan sains, sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain. Selain itu, program matematik seharusnya membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka, mencari penemuan baru (‘discovery’) dan menyelesaikan masalah. Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka. Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak. 2.1 Pranombor 2
  • 3. 2.1.1 Pengelasan Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: • Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) • Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) • Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) • Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu) Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; • Memilih dan membanding, • Mengumpul, • Memilih semula, • Mengasingkan kumpulan, dan • Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep. 2.1.2 Perbandingan 3
  • 4. Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan: membandingkan • Ukuran – Panjang : pendek – Tinggi : rendah – Tebal : nipis • Saiz – Besar : kecil • Berat – Berat : ringan • Bilangan / kuantiti – Banyak : sedikit • Jenis objek 2.1.3 Seriasi Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Contoh seriasi: • Menyusun mengikut pola urutan Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas. • Menyusun objek mengikut ciri 4
  • 5. 2.1.4 Padanan Satu dengan Satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu; • Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. • Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. • Memadan bilangan yang sama. • Memadan bilangan objek dengan simbol nombor. 2.1.5 Pola Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid; • Meniru pola, • Menyambung pola, • Melengkapkan pola, dan • Membina pola sendiri. 2.1.6 Keabadian 5
  • 6. Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza. 2.2 Nombor Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. 2.2.1 Membilang Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid- murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah; • Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor, • Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2, 3,... dan seterusnya, • Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan • Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana- mana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut. 2.2.2 Konsep Nombor 6
  • 7. Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu; • Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu. • Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan. • Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud. • Mempunyai nilai – Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tambah tempat. 2.2.3 Operasi Nombor Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah; • Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional. • Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol. • Konteks penyelesaian – satu situasi penyelesaian masalah diberi. masalah • Penggunaan bahasa – bahasa yang betul perlu digunakan supaya yang betul operasi itu lebih bermakna. (a) Operasi Tambah Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi 7
  • 8. tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contoh: • Menggunakan objek konkrit. • Menggunakan bahasa yang betul. Tiga tambah lima sama dengan lapan. + = • Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut. • Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3+5=8 (b) Operasi Tolak Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut: • Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal. 8
  • 9. Di dalam sebuah kandang ada tiga ekor arnab, seekor arnab telah masuk ke dalam lubang. Berapakah ekor arnab yang tinggal? • Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan. 9
  • 10. 3 2 • Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8? + 3 = 8 2.3 Pengukuran Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan. 10
  • 11. Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu; • Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah. • Unit piawai seperti; sentimeter - panjang liter - isipadu kilogram - berat meter persegi - luas darjah celcius - suhu meter padu - isipadu Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu: • Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara: • Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih. • Cari bilangan unit seperti; ✔ Persepsi – perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau adakah ia sama panjang) ✔ Secara – guru menyediakan beberapa langsung bahan konkrit seperti klip kertas, krayon, thumbtack dan lain-lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan. ✔ Secara – berasaskan sesuatu rujukan, murid tidak menggunakan tali untuk mengukur langsung bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur. • Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih. 11
  • 12. Cari bilangan unit seperti; ✔ Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar. ✔ Menggunakan rumus (formula). • Laporkan bilangan unit. 2.4 Konsep Masa Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu; • Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku). • Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku). Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah: Tempoh Masa (duration) Pengalaman Satu Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat: Contoh: • apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan. • kerusi berirama (musical chair) • statue dance Pengalaman Dua Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. 12
  • 13. Contoh: Pantas, lambat • Berjalan pantas. • Berlari dengan perlahan Pengalaman Tiga Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval) Contoh: • Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir. • Kadar denyutan nadi dalam satu minit. Turutan Pengalaman Empat Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh: – Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa. – Kitaran hidup rama-rama. – Kitaran hidup katak. – Rutin harian. – Cara-cara membuat sandwich. 2.5 Konsep Ruang 13
  • 14. Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif; • Kedekatan (proximity) – contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah. • Pemisahan – Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan (separation) rumah Ali oleh sebatang jalan raya. • Susunan / urutan – Contohnya, pensel disusun dari pendek ke (order) panjang. • Lingkungan – Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh (enclosure) pokok-pokok. Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang. • Tindakan ke atas objek (a) Mengisi dan mengosongkan, (b) Memasang dan meleraikan objek, (c) Menukar bentuk dan menyusun objek. Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard). 14
  • 15. Rajah : Papan Geo • Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang. (a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza. (b) Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran. (c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto. 15