Dokumen tersebut memberikan penjelasan tentang istilah sejarah, definisi sejarah menurut beberapa sejarawan terkemuka, ciri-ciri sejarah yang penting, contoh peristiwa sejarah Malaysia, dan istilah-istilah yang perlu diketahui dalam kajian sejarah.
1. BAB 1: SEJARAH
DAN KITA
Banyak istilah dan pengertian
sejarah yang telah diberikan
oleh ahli-ahli sejarah atau
sejarawan
2. Istilah sejarah
Berasal daripada perkataan Arab
iaitu syajaratun
Syajaratun bermaksud pohon atau
pokok, salasilah, riwayat, keturunan
dan asal-usul.
3. Ibn Khaldun (1332-1406M)
Sejarahialah membicarakan tentang
masyarakat manusia, atau
peradaban manusia, tentang
perubahan-perubahan yang berlaku
pada sifat-sifat masyarakat itu.
13. Contoh peristiwa yang mempunyai
sebab dan akibat
Kewujudan masyarakat majmuk di
negara kita adalah kerana ramai
pekerja Cina dan India dibawa ke
Tanah Melayu semasa penjajahan
British untuk menampung
perkembangan pesat aktiviti
perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah.
14. Istilah-istilah yang perlu diketahui
Kurun atau abad – jangka waktu
seratus tahun
Zaman – jangka masa tertentu
(tiada had masa) yang mempunyai
keistimewaan atau pertalian masa
seperti zaman purba dan zaman batu
15. Istilah-istilah yang perlu diketahui
Masihi – tahun atau kurun yang
dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa
Hijrah – tahun Islam yang bermula
dari tarikh Nabi Muhammad
berpindah dari Makkah ke Madinah.
Kronologi – berturutan mengikut
masa kejadian
Dekad – jangka masa sepuluh tahun
atau dasawarsa