SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Drama Dato’Onn
                                 (Othman Hj Zainudin)

 Sinopsis


         Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang
penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian
isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak
panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan
pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut
cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

     Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk
menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus.
Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato
Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

      Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas
Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih
pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda
yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan
diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan
menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

      Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan
hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian
kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga
namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’
Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

 Pemikiran



Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang
sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang
penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan
hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan
dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan
permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan
diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’
Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.
Persoalan

 1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat
    melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan
    anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.



 2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting
    untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam
    drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn
    menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union
    dibatalkan.



 3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada
    menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang
    menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa
    berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.



 4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak
    komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan
    memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan
    harta benda.



 5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan
    keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup
    mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak
    sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup
    terbiar dan merempat.



 6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini.
    Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan
    wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan
    bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang
    pekerjaan.
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu
      daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini.
      Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah
      keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya
      banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya
      anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.



   8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk
      fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui
      akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan
      menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.


 Plot


Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu :

   (i) Permulaan

           Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-
            orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang
            berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin
            dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka
            gagal.


   (ii) Perkembangan

           Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air
            berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya
            Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi
            pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah
            dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura,
            beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan
            penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang
            Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union.
            Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis.
            Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan
            kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
(iii) Konflik

            Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa
             berpisah.

            Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut
             cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut
             cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.

            MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA
             bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang
             Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.

            MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara
             orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.

            Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan
             Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA
             menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.



 (iv) Klimaks

            Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu
             yang jauh ketinggalan.



 (v) Peleraian

            Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak
             pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat
             mendengar berita kemerdekaan tanah air.


Teknik Penceritaan


 1.   Pemerian

            Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama
             yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di
             bawah penjajahan…
2. Imbas Kembali

             Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak
              Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…



  3. Dialog

             Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit
              Senyum


 Watak dan Perwatakan


Watak Utama

     Dato’ Onn b Jaafar



      seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung

      Menteri Besar

      Pengasas kemerdekaan

      Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik
       iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian
       suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.

      Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan
       pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.



Watak Sampingan

     Halimah

      isteri Dato Onn

      seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari
       nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.
Cik Kah

          seri panggung

          Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn



         DJ Campbell

          Pegawai Inggeris

          Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang
           pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.



         Dr Burhanuddin

          Pemimpin KMM

          Pengasas Parti PAS

          Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela
           dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju
           bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.



 Latar

Latar Masa

   1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan

   2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.

   3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.

   4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua

   5. 1951 Dato Onn berucap

   6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
Latar Tempat

   1.   Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
   2.   Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
   3.   Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
   4.   Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
   5.   Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
   6.   Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air


Latar Masyarakat

   1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
      Contohnya Dato Onn.
   2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh
      ketinggalan.
   3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang
      dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
   4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan
      KMM

 Gaya Bahasa


   Diksi

   Kata pinjaman (bahasa Inggeris)

   Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club



   Kata pinjaman (bahasa Arab)

   Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah

   Peribahasa

   Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Nilai

 1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga,
    akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.


 2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga
    dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab
    memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.



 3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat.
    Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga
    berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.


 4.      Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air
        tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan
        oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn



 5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat
    kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa
    kepada tanah air.



 6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat
    penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn

        telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan
        mereka demi menuntut kemerdekaan.


Pengajaran



 1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
 2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk
        penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
   4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh
      dengan unsur negatif.
   5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan
      kekerasan yang banyak merugikan.
   6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
      berbanding perbincangan yang disertai emosi.




Latihan



   1. Apakah tindakan askar MPAJA selepas Jepun menyerah kalah?


     Jawapan:



      Menangkap orang kampong dan ditembak mati sesiapa sahaja yang       dikira sebagai
      musuh dalam perjuangan mereka.



   2. Apakah tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai
      Pegawai Daerah Batu Pahat?

      Jawapan:

      Membuat perundingan dengan MPAJA dan penduduk Melayu yang diketuai oleh Kiai
      Salleh supaya memberhentikan permusuhan di Bukit Pasir.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Makalah sejarah daerah sumsel
Makalah sejarah daerah sumselMakalah sejarah daerah sumsel
Makalah sejarah daerah sumsel
Dewi_Sejarah
 
Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7
penyu63
 
Tugas sejarah deaerah sumsel
Tugas sejarah deaerah sumselTugas sejarah deaerah sumsel
Tugas sejarah deaerah sumsel
Dewi_Sejarah
 

La actualidad más candente (20)

Makalah sejarah daerah sumsel
Makalah sejarah daerah sumselMakalah sejarah daerah sumsel
Makalah sejarah daerah sumsel
 
Darurat 1948
Darurat 1948Darurat 1948
Darurat 1948
 
Pertempuran 5 hari 5 malam di palembang
Pertempuran 5 hari 5 malam di palembangPertempuran 5 hari 5 malam di palembang
Pertempuran 5 hari 5 malam di palembang
 
Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato BahamanBab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
 
Kisah benar tragedi memali
Kisah benar tragedi memaliKisah benar tragedi memali
Kisah benar tragedi memali
 
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
 
Bab 3 :
Bab 3 :Bab 3 :
Bab 3 :
 
Jasadansumbangan6perdanamenterimalaysia
Jasadansumbangan6perdanamenterimalaysiaJasadansumbangan6perdanamenterimalaysia
Jasadansumbangan6perdanamenterimalaysia
 
Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7
 
Sejarah Permesta
Sejarah PermestaSejarah Permesta
Sejarah Permesta
 
Tugas sejarah deaerah sumsel
Tugas sejarah deaerah sumselTugas sejarah deaerah sumsel
Tugas sejarah deaerah sumsel
 
Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)
 
Presentasi PKn VII Bab Proklamasi II
Presentasi PKn VII Bab Proklamasi IIPresentasi PKn VII Bab Proklamasi II
Presentasi PKn VII Bab Proklamasi II
 
Sejarah kel. 1
Sejarah kel. 1 Sejarah kel. 1
Sejarah kel. 1
 
Bab 4 sejarah wajib sma xi
Bab 4 sejarah wajib sma xiBab 4 sejarah wajib sma xi
Bab 4 sejarah wajib sma xi
 
Tindakan Heroik Power Point
Tindakan Heroik Power PointTindakan Heroik Power Point
Tindakan Heroik Power Point
 
RMS DI MALUKU SELATAN
RMS DI MALUKU SELATANRMS DI MALUKU SELATAN
RMS DI MALUKU SELATAN
 
Tirani Matahari Terbit
Tirani Matahari TerbitTirani Matahari Terbit
Tirani Matahari Terbit
 
Perjuangan bangsa indonesia dalam mencapai kemerdekaan
Perjuangan bangsa indonesia dalam mencapai kemerdekaanPerjuangan bangsa indonesia dalam mencapai kemerdekaan
Perjuangan bangsa indonesia dalam mencapai kemerdekaan
 
Pertempuran 5 hari di semarang
Pertempuran 5 hari di semarangPertempuran 5 hari di semarang
Pertempuran 5 hari di semarang
 

Similar a Drama Dato Onn

Isl m1
Isl m1Isl m1
Isl m1
ngkyla
 
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesiaPertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
antonius buzgedebuz
 
Memori seorang tua
Memori seorang tuaMemori seorang tua
Memori seorang tua
kgboy94
 
Perang Dingin - Kamboja
Perang Dingin - KambojaPerang Dingin - Kamboja
Perang Dingin - Kamboja
Ayu Aliyatun
 
Republik maluku selatan (rms)
Republik maluku selatan (rms)Republik maluku selatan (rms)
Republik maluku selatan (rms)
Ayu Aliyatun
 
Power point ips klmpk 6
Power point ips klmpk 6Power point ips klmpk 6
Power point ips klmpk 6
hasnanabila14
 
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel RenyahNOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
Idrus Aizat
 

Similar a Drama Dato Onn (18)

13 MEI 1969 & RUKUN NEGARA
13 MEI 1969 & RUKUN NEGARA13 MEI 1969 & RUKUN NEGARA
13 MEI 1969 & RUKUN NEGARA
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Karya Agung Melayu (Interlok)
Karya Agung Melayu (Interlok)Karya Agung Melayu (Interlok)
Karya Agung Melayu (Interlok)
 
JMS 231.pptx
JMS 231.pptxJMS 231.pptx
JMS 231.pptx
 
Biografi pahlawan nasional
Biografi pahlawan nasionalBiografi pahlawan nasional
Biografi pahlawan nasional
 
Isl m1
Isl m1Isl m1
Isl m1
 
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesiaPertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan_nasionalisme_indonesia
 
Peristiwa 10 NOVEMBER
Peristiwa 10 NOVEMBERPeristiwa 10 NOVEMBER
Peristiwa 10 NOVEMBER
 
Drama Dato Onn tingkatan 5-watak perwatakan
Drama Dato Onn tingkatan 5-watak perwatakanDrama Dato Onn tingkatan 5-watak perwatakan
Drama Dato Onn tingkatan 5-watak perwatakan
 
Memori seorang tua
Memori seorang tuaMemori seorang tua
Memori seorang tua
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Perang Dingin - Kamboja
Perang Dingin - KambojaPerang Dingin - Kamboja
Perang Dingin - Kamboja
 
Republik maluku selatan (rms)
Republik maluku selatan (rms)Republik maluku selatan (rms)
Republik maluku selatan (rms)
 
ANALISIS NOVEL RENYAH
ANALISIS NOVEL RENYAHANALISIS NOVEL RENYAH
ANALISIS NOVEL RENYAH
 
Tjoet Nja' Dien. Kelompok 1. XI IPS 6.pdf
Tjoet Nja' Dien. Kelompok 1. XI IPS 6.pdfTjoet Nja' Dien. Kelompok 1. XI IPS 6.pdf
Tjoet Nja' Dien. Kelompok 1. XI IPS 6.pdf
 
Power point ips klmpk 6
Power point ips klmpk 6Power point ips klmpk 6
Power point ips klmpk 6
 
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel RenyahNOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
 
independence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptxindependence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptx
 

Más de Azwira Ariwana

Más de Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 

Drama Dato Onn

  • 1. Drama Dato’Onn (Othman Hj Zainudin) Sinopsis Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru. Pemikiran Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun. 2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan. 3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan. 4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda. 5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat. 6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.
  • 3. 7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn. 8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union. Plot Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu : (i) Permulaan  Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang- orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal. (ii) Perkembangan  Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
  • 4. (iii) Konflik  Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.  Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.  MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.  MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.  Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. (iv) Klimaks  Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan. (v) Peleraian  Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air. Teknik Penceritaan 1. Pemerian  Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…
  • 5. 2. Imbas Kembali  Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku… 3. Dialog  Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum Watak dan Perwatakan Watak Utama Dato’ Onn b Jaafar  seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung  Menteri Besar  Pengasas kemerdekaan  Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.  Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil. Watak Sampingan Halimah  isteri Dato Onn  seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.
  • 6. Cik Kah  seri panggung  Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn DJ Campbell  Pegawai Inggeris  Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn. Dr Burhanuddin  Pemimpin KMM  Pengasas Parti PAS  Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris. Latar Latar Masa 1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan 2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union. 4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua 5. 1951 Dato Onn berucap 6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
  • 7. Latar Tempat 1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan. 2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union 4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua 5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap 6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air Latar Masyarakat 1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air Contohnya Dato Onn. 2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan. 3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell 4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM Gaya Bahasa Diksi Kata pinjaman (bahasa Inggeris) Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club Kata pinjaman (bahasa Arab) Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah Peribahasa Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
  • 8. Nilai 1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. 2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. 3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah. 4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn 5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air. 6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Pengajaran 1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. 2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
  • 9. 3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. 4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. 5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan. 6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi. Latihan 1. Apakah tindakan askar MPAJA selepas Jepun menyerah kalah? Jawapan: Menangkap orang kampong dan ditembak mati sesiapa sahaja yang dikira sebagai musuh dalam perjuangan mereka. 2. Apakah tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat? Jawapan: Membuat perundingan dengan MPAJA dan penduduk Melayu yang diketuai oleh Kiai Salleh supaya memberhentikan permusuhan di Bukit Pasir.