SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
Prosa Tradisional
                             (Pelayaran Yang Penuh Peristiwa)
Sinopsis

           Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri
Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal
mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung
Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi
dengan memberi alasan bahawa        dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak
bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas
sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru
geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.

           Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak    berlabuh di Pulau Tapai untuk
mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung
menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air
menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada
pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa
Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata
jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari
tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa
sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri
baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.

            Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan
mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah
laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut
seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan
sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri
memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung.
Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang
dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

            Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua
anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang
banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan
puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan
menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan
Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan
diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang
Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila
mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan
limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan
memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung
pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

          Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama
ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang
Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas.
Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar
Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk
terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan
tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan
puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta
memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu         kembali ke bahtera masing-masing.
Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah
yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia
menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda
Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya
dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan
ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda
Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya
dengan tuan puteri.

          Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi
beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput
naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh
jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama
Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan
rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang
Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal
pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu
berjaya menaji   ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah
Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

Tema

Kelebihan dan kehebatan anak raja

Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh
menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan
tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis,        semasa ketibaan
Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam
berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya
Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan
lawannya, Si Jalak .
Persoalan

   1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
        Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat
        kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot
        dan hitam.


   2.   Persoalan perasaan dengki dan iri hati
        Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik
        daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina
        memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.


   3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
        Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
        apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.


   4.   Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
        Jurumudi     menipu   Tuanku     Nakhoda   Tua   dengan   mengatakan   dialah   yang
        menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada
        serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia
        dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.


   5.   Persoalan menghormati tetamu
        Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu
        semasa naik ke balairung seri.
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Awang Sulung Merah Muda

       Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
       Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
       Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
       Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang
        Seri Jawa
       Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan
        sabun wangi terserlahlah ketampanannya .
       Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
       Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
       Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
       Ditakuti lanun
       Memiliki pelbagai kesaktian –     Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora,
        menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk
        menggerakkan geliung.
       Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat
        bergelanggang sebelum menyabung ayam.
       Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang
        Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
        ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .




Watak Sampingan

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

       Anak Tuanku Nakhoda Tua
       Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
   Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat
       kelebihan dan kehebatan Awang Sulung
      Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil
       air
      Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung
       berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung
      Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang
       Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih.

Jurumudi

      Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
      Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan
       geliung dengan menunjukkan keris berdarah
      Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
      Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun



Tuanku Nakhoda Tua

      Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
      Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
      Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang
       Sulung
      Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda
       yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun.



Si Kembang Cina

      Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
      Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
      Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi
       geliung
Latar




Latar Tempat

Geliung panjang

       Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih
        menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa.

Pulau Tapai

       Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada
        mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung
        menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat
        dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat
        berlabuh.

Pulau Salah Nama

       Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari
        menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta
        bantuan Awang Sulung menentang lanun.
              .

Negeri Pati Talak Terangganu

       Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .

Latar Masa

       Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
       Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.

Latar Masyarakat
   Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku
       Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.


      Golongan bawahan – anak-anak kapal
      Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut
      Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan
       perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
      Masyarakat penipu –        jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang
       telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah
      Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung
       ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu



Gaya Bahasa

      Bahasa klasik – geliung
      Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
      Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
      Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har
       ibulan, bagai kilat sembur-menyembur
      Puisi : Pantun :
                    Bintang tujuh tinggal enam,
                          Jatuh satu ke Gunung Daik;
                    Bercahayalah sepuh hilang senam
                          Itulah tanda emas yang baik.


              Seloka:
                     Nobat merpati di gunung,
                     Memberi salam murai di pintu,
                     Berbega burung di bumbungan,
                     Berkokok si tambang denak,
                     Membalas kinantan suci,
                     Bertutu ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tiga gaya,
                       Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.




Nilai

       Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup
        menyamar sebagai budak hitam yang comot
       Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih
        mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan
       Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang
        geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
       Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
        saling menyayangi selepas berkahwin.
       Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri
        Jawa mengemudi geliung.
       Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan
        kepada Awang Sulung.
       Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya
        agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.
       Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati
        Awang Sulung berada di atas geliung tersebut.

Pengajaran

       Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita
        akan dihormati.
       Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
       Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
       Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan
        pertolongan.
       Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan
        kekesalan pada masa hadapan.
Latihan

1.   Terangkan empat persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh
     Peristiwa.
2.   Jelaskan watak utama dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Pelayaran Yang Penuh
     Peristiwa.

     Jawapan:

1. Persoalan

     a. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
          Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana
          melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung
          comot dan hitam.


     b.   Persoalan perasaan dengki dan iri hati
          Contohnya jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang
          baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang
          Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.


     c. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
          Contohnya, lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri
          Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.


     d.   Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
          Contohnya ,jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang
          menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada
          serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia
          dapat berkahwin denganTtuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Watak dan perwatakan watak utama

    Awang Sulung Merah Muda

   Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
   Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
   Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
   Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang
    Seri Jawa
   Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan
    sabun wangi terserlahlah ketampanannya .
   Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
   Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
   Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
   Ditakuti lanun
   Memiliki pelbagai kesaktian –     Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora,
    menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk
    menggerakkan geliung.
   Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat
    bergelanggang sebelum menyabung ayam.
   Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang
    Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
    ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bahagian a :membina ayat
Bahagian a :membina ayatBahagian a :membina ayat
Bahagian a :membina ayatshirleyku
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanyachneeju
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifly infinitryx
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantuKopi Ais
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruanbmerni
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasAzran1973
 
Panduan Menulis Dialog
Panduan Menulis DialogPanduan Menulis Dialog
Panduan Menulis Dialoglnahrawi
 
Kad Imbas Vokal
Kad Imbas VokalKad Imbas Vokal
Kad Imbas VokalZhong Yuan
 
Teka silang kata bm
Teka silang kata bmTeka silang kata bm
Teka silang kata bmWhyin Chong
 
Aplikasi Kata Nafi
Aplikasi Kata NafiAplikasi Kata Nafi
Aplikasi Kata Nafisalamiah74
 
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3Nsha Shari
 
Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Ayat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmukAyat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmukNurulIzzahHithir
 

La actualidad más candente (20)

Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
 
Bahagian a :membina ayat
Bahagian a :membina ayatBahagian a :membina ayat
Bahagian a :membina ayat
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
Kata Ganda
Kata Ganda Kata Ganda
Kata Ganda
 
Kata tanya
Kata tanyaKata tanya
Kata tanya
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Rangka karangan
Rangka karanganRangka karangan
Rangka karangan
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khas
 
Panduan Menulis Dialog
Panduan Menulis DialogPanduan Menulis Dialog
Panduan Menulis Dialog
 
Kad Imbas Vokal
Kad Imbas VokalKad Imbas Vokal
Kad Imbas Vokal
 
Teka silang kata bm
Teka silang kata bmTeka silang kata bm
Teka silang kata bm
 
Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2
 
Aplikasi Kata Nafi
Aplikasi Kata NafiAplikasi Kata Nafi
Aplikasi Kata Nafi
 
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Ayat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmukAyat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmuk
 

Similar a PELAYARAN MENARIK

Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsisjeetran
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaFatin Najihah
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaAdzrie Baharudin
 
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa Annabelle Lourdes
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaopen_kraken98
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNNormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Masnadiamunasalma
 
Cerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa baratCerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa baratAgus Maulana
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbRajawali Kilat
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelFirdika Arini
 
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenB indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenBang Gatos
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunAzwira Ariwana
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19NanaAsyi
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxsitizhakiyah1
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN Rozaiman Makmun
 

Similar a PELAYARAN MENARIK (20)

Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
Pelayaran yg penuh peristiwa
Pelayaran yg penuh peristiwaPelayaran yg penuh peristiwa
Pelayaran yg penuh peristiwa
 
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa
KOMSAS Ting 4 Pelayaran yang Penuh Peristiwa
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Syair ikan terubuk
Syair ikan terubukSyair ikan terubuk
Syair ikan terubuk
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Cerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong MasCerita Rakyat : Keong Mas
Cerita Rakyat : Keong Mas
 
Cerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa baratCerita rakyat daerah jawa barat
Cerita rakyat daerah jawa barat
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
 
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenB indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19
 
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docxCerita Rakyat Jawa Timur.docx
Cerita Rakyat Jawa Timur.docx
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
 

Más de Azwira Ariwana

Más de Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 

PELAYARAN MENARIK

  • 1. Prosa Tradisional (Pelayaran Yang Penuh Peristiwa) Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang
  • 2. Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis. Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah
  • 3. yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .
  • 4. Persoalan 1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. 2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. 3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. 4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 5. Persoalan menghormati tetamu Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.
  • 5. Watak dan Perwatakan Watak Utama Awang Sulung Merah Muda  Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih  Anak kepada Tuanku Si Helang Laut  Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai  Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya .  Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya  Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam  Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Ditakuti lanun  Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.  Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam.  Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah . Watak Sampingan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Anak Tuanku Nakhoda Tua  Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
  • 6. Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung  Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air  Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung  Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih. Jurumudi  Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah  Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung  Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun Tuanku Nakhoda Tua  Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.  Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung  Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun. Si Kembang Cina  Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung
  • 7. Latar Latar Tempat Geliung panjang  Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Pulau Tapai  Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh. Pulau Salah Nama  Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. . Negeri Pati Talak Terangganu  Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci . Latar Masa  Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.  Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau. Latar Masyarakat
  • 8. Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.  Golongan bawahan – anak-anak kapal  Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut  Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.  Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah  Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu Gaya Bahasa  Bahasa klasik – geliung  Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda  Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati  Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-menyembur  Puisi : Pantun : Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh satu ke Gunung Daik; Bercahayalah sepuh hilang senam Itulah tanda emas yang baik. Seloka: Nobat merpati di gunung, Memberi salam murai di pintu, Berbega burung di bumbungan, Berkokok si tambang denak, Membalas kinantan suci, Bertutu ketitir jantan,
  • 9. Berkokok balam tembaga tiga gaya, Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. Nilai  Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot  Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan  Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.  Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin.  Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung.  Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.  Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.  Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di atas geliung tersebut. Pengajaran  Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.  Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.  Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.  Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.  Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.
  • 10. Latihan 1. Terangkan empat persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa. 2. Jelaskan watak utama dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Pelayaran Yang Penuh Peristiwa. Jawapan: 1. Persoalan a. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras. Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. b. Persoalan perasaan dengki dan iri hati Contohnya jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. c. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat Contohnya, lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. d. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Contohnya ,jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin denganTtuan Puteri Dayang Seri Jawa.
  • 11. 2. Watak dan perwatakan watak utama Awang Sulung Merah Muda  Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih  Anak kepada Tuanku Si Helang Laut  Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai  Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya .  Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya  Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam  Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Ditakuti lanun  Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.  Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam.  Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .