SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Masalah Cetak Rompak di Malaysia: Jenis, Punca, Kesan, Langkah
Mengatasi dan Teori-teori psikologi/sosiologi yang berkaitan dengan
masalah cetak rompak
1.0 Pendahuluan
Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah
kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut
pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud
penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin,
iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk
mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau
menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak
cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-
bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan
muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya
cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang
dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli (Gael & Christopher, 1994).
Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak
pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang
bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan
tersembunyi. Selepas itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket
jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan
luar negara. Hal ini dibuktikan melalui modus operandi yang dijalankan oleh
mereka yang agak terancang dan meluas serta tidak hanya terhad kepada
pasaran tempatan sahaja. Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin, beliau mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar
diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang
antarabangsa. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan yang ditetapkan
pihak berkuasa. Sebagai contoh, apabila kerajaan membekukan pengimportan
mesin membuat cakera optik (CO), mereka membawa masuk peralatan tersebut
secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia sebagai produk
komputer. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO) dikatakan bernilai
hampir RM4 juta.
2.0 Jenis dan kaedah cetak rompak yang dikenal pasti
Terdapat pelbagai cara hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran
daripada pemilik hak cipta yang telah dikenalpasti, antaranya adalah
seperti penerbitan semula sebahagian atau kesemua hasil karya, kaedah
seperti ini lazimnya didapati dalam kebanyakan barangan cetak rompak. Kaedah
cetak rompak yang kedua ialah dengan membuat salinan kepada pelbagai
bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara
elektronik atau komputer, fotokopi, rakaman video, rakaman suara, menaip
semula atau diubah kepada format PDF. Kaedah yang seterusnya ialah
dengan menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang
berbeza, ia biasanya terjadi terhadap bahan-bahan bacaan seperti buku dan
majalah. Kaedah cetak rompak yang terakhir pula ialah dengan mengeluarkan
bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea
tersebut telah dihakcipta.
Jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti
cetak rompak DVD, VCD, CD. Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak
kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD-
R (compact disc-Rom) yang kosong dan murah. Keadaan ini menyebabkan
barang cetak rompak ini mampu dikeluarkan sehingga menyebabkan ia
berlambak di pasaran dan mudah didapati oleh para pengguna untuk menonton
sesebuah filem ataupun album muzik. Jenis cetak rompak bahan-bahan
penulisan pula boleh didapati dalam bentuk buku-buku mahupun penulisan yang
terdapat dalam laman-laman web yang disalin tanpa kebenaran daripada pihak
asal. Bahan cetak rompak juga boleh didapati dengan mudah melalui rangkaian
internet, terdapat sesetengah agensi ataupun orang perseorangan yang
menyediakan perkhidmatan muat turun (download) video dan muzik yang diambil
tanpa pengetahuan syarikat penerbitan asal terlebih dahulu. Selain itu, cetak
rompak perisian (software) juga adalah merupakan salah satu jenis cetak
rompak yang terdapat di Malaysia.
3.0 Punca berlakunya masalah cetak rompak.
Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di
negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih
murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti
VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih
murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya
memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada
pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka
produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Sebagai
contohnya, mengikut harga pasaran, para pengguna dapat membeli tiga keping
CD dengan hanya RM10. Jika dibandingkan dengan harga CD yang asli,
pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada harga tiga keping CD cetak
rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli sekeping CD asli sahaja.
Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan
berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang
belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli
barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang
lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa
golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa
perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli.
Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan
masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak
rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di
kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli
diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Apabila
keadaan seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli
barangan cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. Hal ini kerana
pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping
harganya yang memang murah. Terdapat juga para peniaga barangan cetak
rompak yang pandai memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak
rompak mereka, sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak
rompak masih terus terjadi ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang
mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta
intelek.
Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam
masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang
terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang
serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan
sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya
teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak
rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan
perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Penyalahgunaan teknologi
komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan
sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya
pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi
hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada
internet sahaja. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti
telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini
daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
4.0 Kesan-kesan masalah jenayah cetak rompak
Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antara lainnya akan menyebabkan
ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara menjadi
berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang
berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang
menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan
produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi
jualan syarikat. Oleh itu, pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung
beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan, ini sekali gus memeberi impak
kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha-pengusaha cetak
rompak ini pula yang mengaut keuntungan, mereka lebih mementingkan
kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan akibat buruknya. Sebagai
contohnya dalam industri komputer di Malaysia, pendapatan yang dapat dijana
daripada industri ini pada tahun 1996 adalah lebih RM300 juta dan jumlah itu
dijangka akan meningkat pada tahun-tahun seterusnya, namun masalah pula
timbul dengan wujudnya cetak rompak perisian komputer, keadaan ini
menyebabkan pendapatan negara bagi industri tersebut telah berkurang.
Sebenarnya jika pendapatan negara meningkat, maka banyaklah perbelanjaan
dan peruntukan yang digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan
sosial yang digunakan untuk keselesaan dan kemakmuran rakyat di negara ini.
Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama
baik negara tercemar. Menyentuh mengenai masalah cetak rompak ini
sebenarnya sejak tahun 2004, Malaysia pernah diletakkan sebagai negara yang
berada dalam senarai pemerhatian utama oleh Pakatan Harta Intelek
Antarabangsa (IIPA) sebagai antara negara yang paling serius terbabit dengan
kegiatan cetak rompak. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat luar memberi
tanggapan bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun
cetak rompak dan ini membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata
dunia. Namun atas hasil usaha semua pihak dalam membendung masalah ini,
Malaysia akhirnya terkeluar daripada senarai pemerhatian oleh pakatan tersebut
pada tahun 2007.
Kegiatan cetak rompak ini juga telah menyebakan kesan langsung terhadap
industri hiburan di negara ini. Hal ini timbul disebabkan wujudnya cetak
rompak VCD dan CD album-album muzik artis dan filem-filem tempatan yang
berleluasa di negara ini. Penyebaran bahan-bahan ini di internet yang diambil
tanpa kebenaran pengeluar sah juga menyebakan masalah ini berlaku.
Berdasarkan pendapatan industri hiburan yang dibuat pada tahun 1996 hingga
tahun 2000, pendapatan keseluruhan industri hiburan di negara ini merosot dari
RM80 juta pada 1996 kepada RM20 juta pada tahun 2000. statistik hiburan yang
dibuat turut menganggarkan bahawa kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan
nilai industri hiburan negara dikuasai oleh lanun cetak rompak. Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan olehInternational Intellectual Property Alliance pada
tahun 2003, pendapatan industri hiburan di Malaysia mengalami kerugian pada
tahap yang tinggi. Sejak dari tahun 1998 hingga 2003, kerugian yang di
tanggung oleh syarikat rakaman adalah lebih daripada 70 peratus. Penjualan
album artis-artis popular turut mengalami kemerosotan dari tahun ke tahun.
Kesan yang paling nyata akibat daripada cetak rompak terhadap industri hiburan
di negara ini akan menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara tidak yakin
untuk melabur dalam industri hiburan di negara ini. Manakala pengeluar dari
negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil pengeluaran
mereka di negara ini.
Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif
terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang
berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini
kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan
kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya
remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya
mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti
terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini
secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini
boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya
mereka yang terdiri daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak
rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai
contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak
mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan
barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya
untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan
yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang
akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap
dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan
berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan
bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat.
5.0 Langkah mengatasi masalah jenayah cetak rompak.
Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini
sebenarnya. Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah
dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak. Kita sedia
maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah
ekonomi negara. Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga
mewujudnya perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin
akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Dalam hal ini,
permintaan pengguna ini perlu dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi
gelagat pembelian pengguna terhadap barang cetak rompak dan ia sebenarnya
dikenali sebagai “the dark side of consumer behavior” (Hirschman, 1991).
Sesungguhnya pengguna memainkan peranan penting dalam mengatasi
masalah ini, penekanan terhadap kesedaran penghargaan hak cipta atau paten
penting dalam setiap lapisan masyarakat. Kesedaran yang dimaksudkan disini
ialah kesedaran mengenai hasil usaha dan titik peluh yang telah diusahakan oleh
para pengeluar asli ini, usaha yang dijalankan mereka itu akhirnya pula telah
ditiru dan diambil sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mereka, malahan
pihak yang meniru dan mencetak rompak ini pula yang mendapat pulangan
berbanding pengeluar asli ini. Oleh itu para pengguna di negara ini perlulah
sedar tentang bagaimanakah perasaan mereka jika mereka berada dalam
keadaan nasib yang sama dengan pengeluar-pengeluar asli itu. Usaha
memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah
cetak rompak ini.
Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangan
aslijuga dapat membendung masalah ini. Harga kawalan maksima yang
dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu
bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD yang difikirkan
berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Harga yang ditetapkan tersebut
mestilah mengambil kira kualiti barangan tersebut, kita sedia maklum bahawa
salah satu faktor yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak ini ialah
harganya yang murah, oleh itu penetapan harga kawalan maksima terhadap
barangan asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna
untuk memilikinya. Walaupun penetapan harga barangan asli tersebut tidaklah
semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti
barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak
rompak.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu
dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini. Setakat ini beberapa akta
dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan
cetak rompak. Antara akta-akta yang diperkenalkan tersebut ialah seperti Akta
Hak Cipta 1987, Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000. Undang-undang
siber yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah cetak rompak industri
komputer pula ialah seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan
Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997. Salah
satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Walaupun pelbagai undang-undang telah diperkenalkan, namun masalah ini
masih juga berterusan. Oleh itu, Penguatkuasaan secara tegas undang-undang
tersebut penting dalam mencegah unsur-unsur kegiatan ini di Malaysia.
Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terhadap orang perseorangan dan
organisasi-organisasi yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak tanpa mengira
latar belakang, pangkat mahupun kedudukan mereka. Orang ramai juga perlulah
bersedia untuk tampil memberikan maklumat yang berguna terhadap mereka
yang terlibat dalam kegiatan ini tanpa perlu berasa takut. Semua langkah
tersebut memainkan peranan penting dalam mengatasi kegiatan cetak rompak di
negara ini.
6.0 Teori Psikologi/Sosiologi yang dapat dikaitkan dengan Masalah
Cetak Rompak
6.1 Teori Anomie
Teori ini pada mulanya diperkenalkan oleh Emile Durkheim pada tahun 1897,
kemudian teori ini dikembangkan oleh Robert K. Merton pada tahun 1938.
secara umumnya teori ini memperlihatkan faktor masyarakat yang
menyebabkan sesuatu tingkah laku devian itu berlaku. Menurut Merton,
devian sosial berlaku disebabkan oleh jurang diantara matlamat seseorang
dalam masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui bagi mencapai matlamat
tersebut. Menurut beliau lagi, individu-individu yang gagal mencapai matlamat
yang ditetapkan oleh masyarakat ini akan cuba menyesuaikan diri mereka
dengan kegagalan tersebut melalui berbagai-bagai cara. Contohnya disini ialah
semua orang inginkan kehidupan yang senang, namun tidak semua orang
mampu mencapai matlamat tersebut, keadaan ini menyebabkan mereka yang
rata-ratanya berada dalam kelas sosial yang rendah ini ditindas oleh golongan
kelas sosial tinggi.
Terdapat empat kumpulan mereka yang tergolong dalam individu-individu yang
gagal ini menurut Merton. Empat kumpulan ini ialah kumpulan inovasi
(innovation), ritualisme (ritualism), menarik diri (retreatist) dan pemberontak
(rebellion).Kumpulan inovasi dan kumpulan menarik diri ini boleh dikaitkan
secara langsung dalam masalah cetak rompak ini. Kumpulan inovasi ialah
mereka yang suka membuat pembaharuan dan cuba mencapai masyarakat
dengan cara melakukan devian. Sebagai contohnya dalam masalah cetak
rompak ini, individu yang terpengaruh untuk mencapai kesenangan hidup
dengan cara yang pantas akan bertindak menjadi pengusaha kepada barangan
cetak rompak, hal ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka melibatkan diri
dengan perniagaan haram ini, mereka akan mudah mendapat keuntungan yang
lebih berbanding dengan pengeluar-pengeluar barangan asli tersebut. Kumpulan
menarik diri pula adalah golongan yang berasa putus asa dengan matlamat dan
cara tindakan yang diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh disini, pengusaha-
pengusaha barangan cetak rompak ini berasa putus asa dengan prosedur-
prosedur yang perlu dijalankan untuk menjadi pegeluar yang sah dan diberikan
hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang asli, prosedur tersebut juga
memerlukan kos dan perbelanjaan yang tinggi untuk dikendalikan. Kesannya
pengusaha yang berniat untuk mendapatkan hak pengeluaran ini berasa putus
asa sehingga menyebabkan mereka memilih jalan mudah dengan mengeluarkan
barangan cetak rompak.
6.2 Teori konflik
Teori ini mula dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi seperti Taylor, Walton dan
Young (1973). Secara umumnya teori ini juga melihat faktor masyarakat
yang menyebabkan berlakunya masalah devian sosial. Nilai, norma dan
tingkah laku dari golongan masyarakat atasan yang mempunyai kuasa
mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menindas golongan kelas sosial
bawahan. Segala undang-undang dan peraturan dikatakan digubal untuk
menjaga kepentingan golongan atasan ini sahaja. Tanggapan ini telah
menyebabkan berlakunya konflik sehingga menyebabkan golongan-golongan
tidak bernasib baik ini menunjukkan pelbagai tindakan yang menyebabkan
berlakunya devian sosial.
Dalam situasi masalah cetak rompak ini, keadaan hidup dalam sesebuah
masyarakat menyebabkan individu-individu tertentu terlibat dengan
kegiatan cetak rompaki, mereka melakukan semua ini kerana mereka
merasakan bahawa golongan yang mempunyai kuasa dalam pengeluaran
barang dan produk asli adalah mereka yang mempunyai taraf ekonomi yang
lebih tinggi atau mempunyai kekayaan sehingga menyebabkan golongan atasan
ini lupa bahawa orang bawahan juga mempunyai keinginan yang sama seperti
mereka juga, iaitu ingin mengeluarkan sesuatu barangan sendiri dan mendapat
hasil pendapatan daripada jualan barangan tersebut. Hal ini menyebabkan
golongan yang tertindas ini tidak berpuas hati sehingga menyebabkan mereka
melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak. Terdapat juga mereka yang terdiri
daripada golongan atasan ini terbabit dengan kegiatan cetak rompak, namun
apabila setiap kali langkah membenteras kegiatan ini dijalankan oleh pihak
berkuasa, mereka yang terdiri daripada golongan elit ini sering terlepas
disebabkan oleh kerana pangkat, kuasa, wang sogokon dan rasuah sehingga
menyebabkan pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan terhadap
mereka. Keadaan ini menyebabkan terdapat individu-individu yang bertindak
untuk turut terlibat dengan kegiatan cetak rompak disebabkan tidak berpuas hati
dengan tindakan perlaksanaan undang-undang tersebut, disamping mencari
keuntungan. Mereka merasakan bahawa mengapa orang atasan sahaja yang
terlepas daripada tindakan undang-undang tersebut sedangkan mereka juga
inginkan hak yang sama dengan orang atasan tersebut.
6.3 Teori pembelajaran
Sutherland (1992) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah menjelaskan bahawa
tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran dan bukannya
disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurangnya kecerdasan, masalah dalam
fungsi otak dan sebagainya. Salah satu teori yang dikaitkan dengan teori
pembelajaran dan tingkah laku devian ini ialah teori peneguhan (Reinforcement
Theory) yang dikemukakan oleh Akers (1985, 1998). Beliau menerangkan
bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran
berasaskan peneguhan atau ganjaran.
Bagi situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang terlibat
dalam kegiatan ini mereka mempelajarinya melalui kisah-kisah mereka
yang telah terlibat dalam kegiatan ini melalui saluran-saluran media massa
seperti dalam televisyen dan media cetak yang lain. Apabila mereka mereka
mengetahui kisah-kisah tersebut, mereka mendapati bahawa kegiatan ini boleh
membawa hasil keuntungan yang lumayan walaupun kegiatan ini mereka ketahui
bahawa adalah kegiatan yang menyalahi undang-undang dan berisiko. Terdapat
elemen peneguhan dalam situasi ini sebenarnya, iaitu hasil keuntungan
yang lumayan. Oleh itu, hal ini menyebabkan mereka terdorong untuk
menjalankan kegiatan cetak rompak ini. Dalam situasi yang lain pula terdapat
individu yang menjual barangan cetak rompak seperti CD dan VCD secara kecil-
kecilan pada peringkat awalnya. Hasilnya jualan barang cetak rompak tersebut
telah mendatangkan keuntungan kepada individu tersebut, keadaan ini akhirnya
akan mendorong individu tersebut untuk mengulangi perbuatan menjual
barangan cetak rompak itu. Oleh itu secra ringkasnya teori pembelajaran ini juga
boleh dikaitkan tentang sebab berlakunya masalah kegiatan cetak rompak ini
terjadi secara berleluasa.
6.4 Teori kawalan
Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan
bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan
terhadap individu daripada kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga,
komuniti ataupaun masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu
tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah mengemukakan
istilah ‘ikatan’ (Bond) yang yang mengandungi empat perkara iaitu kedekatan
(attachment), komitmen (commitment), penglibatan (involvement), dan
kepercayaan (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari tingkah laku
devian, jika perkara tersebut tidak berlaku maka tingkah laku devian akan
berlaku.
Dalam situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang mana tidak
mendapat kawalan sepatutnya daripada kumpulan tertentu seperti daripada
ahli keluarga akan mudah terjebak dengan kegiatan cetak rompak ini.
Sebagai contoh disini, seseorang individu tersebut mempunyai keinginan untuk
menjalankan kegiatan menciplak produk orang lain dengan harapan ingin
mendapat manfaat seperti kepuasan dan keuntungan, dalam masa yang sama
pula kawalan dan perhatian daripada ahli keluarga indvidu tersebut adalah
kurang, keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut bebas melakukan apa
sahaja yang ingin dilakukan iaitu melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak.
Kawalan daripada kumpulan yang mempunyai kedekatan dengan individu
tersebut sebenarnya sangat penting kerana ia dapat mengelakkan individu
tersebut daripada terlibat dengan masalah cetak rompak di samping
menyediakan sokongan sosial. Hal ini kerana kumpulan-kumpulan tersebut
dapat membetulkan apa sahaja perkara yang salah yang dilakukan oleh individu
seperti ini. Misalnya dalam situasi tadi, ahli keluarga seperti ibu bapa seharusnya
memberi nasihat kepada individu tersebut bahawa kegiatan cetak rompak itu
adalah satu yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa keburukan
kepada ramai pihak termasuklah individu dan kumpulan terdekat tesebut.
Masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu juga memainkan
peranan penting dalam membentuk norma yang baik bagi mengelakkan individu
seperti ini tidak terlibat dengan kegiatan cetak rompak.
6.5 Teori labelan
Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963), menerangkan bahawa tingkah
laku devian adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu
dalam masyarakat yang menetapkan peraturan dan kebenaran kepada
orang yang melakukan kesalahan (Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel
seseorang seseorang sebagai pesalah akan menyebabkan orang yang dilabel
sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk mencapai penyempurnaan
kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka.
Masalah cetak rompak ini juga boleh dikaitkan dengan teori labelan ini. Sebagai
contoh dalam situasi ini, terdapat kelompok tertentu yang terus melabel
mereka yang telah insaf dan sedar daripada melakukan kegiatan cetak
rompak ini sebagai “lanun cetak rompak” ataupun “sampah masyarakat”.
Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka berasa berputus asa dengan
sikap orang-orang seperti ini. Walaupun mereka telah berazam untuk mengubah
cara hidup mereka, namun labelan yang dikenakan terhadap mereka ini
menyebabkan mereka merasakan seolah-olah masyarakat tidak mahu menerima
diri mereka. Labelan yang dikenakan juga boleh melibatkan terhadap orang-
orang terdekat individu yang pernah terbabit dengan kegiatan cetak rompak,
sebagai contoh label turut dikenakan terhadap keluarganya. Keadaan ini boleh
menyebabkan mereka ini berasa malu, mereka tidak berpuas hati dengan
labelan yang dikenakan, sebagai tindak balasnya mereka terus mengulangi
jenayah cetak rompak tersebut. Secara ringkasnya, jenayah cetak rompak dan
teori labelan ini dapat disimpulkan seperti berikut, individu tersebut melibatkan
diri dalam jenayah cetak rompak kali pertama (primary deviance), kemudian
kelompok tertentu melabel individu tersebut dan sebagai tindak balasnya individu
tersebut melibatkan diri lagi dalam jenayah cetak rompak ini kali kedua
(secondary deviance).
7.0 Kesimpulan
Berdasarkankan teori psikologi dan sosialogi yang dibincangkan sebelum ini,
golongan yang biasanya terlibat dengan kegiatan cetak rompak ini tidak
semestinya terdiri daripada golongan pelajar sahaja, tetapi juga boleh terdiri
daripada mereka yang datang daripada golongan kelas bawahan yang ingin
mencapai keinginan hidup untuk mendapatkan wang. Oleh kerana mereka tidak
mempunyai kelulusan-kelulusan tinggi, mereka tidak mampu mendapatkan
pekerjaan yang baik, oleh itu mereka terdesak untuk menjalankan pekerjaan
yang menyalahi undang-undang sebagai contoh terlibat dengan kegiatan cetak
rompak ini. Selain itu, sebenarnya golongan atasan yang terdiri daripada
golongan elit dan profesional juga cenderung terlibat dalam kegiatan cetak
rompak ini. Tujuan mereka ialah ingin mendapatkan keuntungan sampingan
daripada kegiatan haram ini, ditambah lagi dengan modal dan kepakaran yang
ada pada mereka inilah yang menyebabkan kegitan cetak rompak ini terus
wujud. Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut
menurut pandangan saya, kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang
penting. Hal ini adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan
kendiri yang tinggi dia akan mampu menilai akibat tindakan yang akan
dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara yang
dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan
kendiri ini sebenarnya akan turut mempengaruhi secara langsung kesemua
faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan mereka dengan masalah ini.
Secara totalnya, saya bersetuju bahawa kawalan kendiri ini merupakan faktor
utama yang menyebabkan mengapa berlakunya masalah kegiatan cetak rompak
ini.
Rujukan
Clinard, M. B., & Meier, R. F. (2004). Sociology of Deviant Behavior. (12th ed).
United States: Wadsworth/Thomson Learning, Inc.
Hamden Ramli. (2001). Cetak rompak kini dipercayai sindiket jenayah
terancang.Rencana Jenayah Mingguan Malaysia. Diterima pada — Mac, 2009,
daripadahttp://skypin.tripod.com
Hussin Abdullah & Lim Hock Eam. (2004). Gelagat Pembelian Barang Cetak
Rompak: Kesan Faktor Harga dan Pendidikan. Diterima pada — Mac, 2009,
daripada http://pkukmweb.ukm.my
Salome, S. (2004). Masalah Cetak Rompak Terhadap Industri Muzik di Malaysia.
Diterima pada — Mac, 2009, daripada http://econ2.upm.edu.my
Disediakan oleh:
A. Rahman A. N. (Mac, 2009).
http://nikalila.wordpress.com/2012/03/23/masalah-cetak-rompak-di-malaysia-jenis-punca-
kesan-langkah-mengatasi-dan-teori-teori-psikologisosiologi-yang-berkaitan-dengan-masalah-
cetak-rompak-3/
http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/cetak-rompak.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130315/ws_03/Melaka-jadi-Zon-Anti-Cetak-
Rompak-pertama-di-Malaysia
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/isu-perisian-cetak-rompak-masih-berterusan-kata-bsa-
1.114497
http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiadikeluarkandaripadasenarainegarakurangjagahar
taintelek/Article/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2012&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)SUFINA SHUKRI
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmunnianwar
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanfiro HAR
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajarancik noorlyda
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahAbd Wahid
 
Peta i think kpm
Peta i think kpmPeta i think kpm
Peta i think kpmAzrin Zaki
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif firo HAR
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 

La actualidad más candente (20)

PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Numerasi
NumerasiNumerasi
Numerasi
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
 
Peta i think kpm
Peta i think kpmPeta i think kpm
Peta i think kpm
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif Berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif
 
Reka bentuk visual
Reka bentuk visualReka bentuk visual
Reka bentuk visual
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 

Similar a Masalah cetak rompak di malaysia (20)

Pkn barang bajakan
Pkn barang bajakanPkn barang bajakan
Pkn barang bajakan
 
'Cetak rompak’
'Cetak rompak’ 'Cetak rompak’
'Cetak rompak’
 
Cetak rompak kertas keja
Cetak rompak kertas kejaCetak rompak kertas keja
Cetak rompak kertas keja
 
CETAK ROMPAK
CETAK ROMPAKCETAK ROMPAK
CETAK ROMPAK
 
Tik t
Tik tTik t
Tik t
 
Tik t
Tik tTik t
Tik t
 
Cyber Law
Cyber LawCyber Law
Cyber Law
 
Cyber Law
Cyber LawCyber Law
Cyber Law
 
Pencurian Konten
Pencurian KontenPencurian Konten
Pencurian Konten
 
Uas rpl muhammad arpandi_1522520055
Uas rpl muhammad arpandi_1522520055Uas rpl muhammad arpandi_1522520055
Uas rpl muhammad arpandi_1522520055
 
Sim, adistya desmyana, hapzi ali, impliasi etis ti, universitas mercubuana, 2017
Sim, adistya desmyana, hapzi ali, impliasi etis ti, universitas mercubuana, 2017Sim, adistya desmyana, hapzi ali, impliasi etis ti, universitas mercubuana, 2017
Sim, adistya desmyana, hapzi ali, impliasi etis ti, universitas mercubuana, 2017
 
Materi 5 : Dampak negatif tik
Materi 5 : Dampak negatif tikMateri 5 : Dampak negatif tik
Materi 5 : Dampak negatif tik
 
Dampak negatif tik
Dampak negatif tikDampak negatif tik
Dampak negatif tik
 
Pelanggaran hak cipta
Pelanggaran hak ciptaPelanggaran hak cipta
Pelanggaran hak cipta
 
Pelanggaran hak cipta
Pelanggaran hak ciptaPelanggaran hak cipta
Pelanggaran hak cipta
 
tugas softskill
tugas softskilltugas softskill
tugas softskill
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
Keynote design & animation seminar [at] uns
Keynote design & animation seminar [at] unsKeynote design & animation seminar [at] uns
Keynote design & animation seminar [at] uns
 
Kelompok PKN.pdf
Kelompok PKN.pdfKelompok PKN.pdf
Kelompok PKN.pdf
 
TUGAS
TUGAS TUGAS
TUGAS
 

Masalah cetak rompak di malaysia

  • 1. Masalah Cetak Rompak di Malaysia: Jenis, Punca, Kesan, Langkah Mengatasi dan Teori-teori psikologi/sosiologi yang berkaitan dengan masalah cetak rompak 1.0 Pendahuluan Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai- bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli (Gael & Christopher, 1994). Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. Selepas itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara. Hal ini dibuktikan melalui modus operandi yang dijalankan oleh mereka yang agak terancang dan meluas serta tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang antarabangsa. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebagai contoh, apabila kerajaan membekukan pengimportan mesin membuat cakera optik (CO), mereka membawa masuk peralatan tersebut
  • 2. secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia sebagai produk komputer. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO) dikatakan bernilai hampir RM4 juta. 2.0 Jenis dan kaedah cetak rompak yang dikenal pasti Terdapat pelbagai cara hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta yang telah dikenalpasti, antaranya adalah seperti penerbitan semula sebahagian atau kesemua hasil karya, kaedah seperti ini lazimnya didapati dalam kebanyakan barangan cetak rompak. Kaedah cetak rompak yang kedua ialah dengan membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotokopi, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada format PDF. Kaedah yang seterusnya ialah dengan menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza, ia biasanya terjadi terhadap bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah. Kaedah cetak rompak yang terakhir pula ialah dengan mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta. Jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti cetak rompak DVD, VCD, CD. Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD- R (compact disc-Rom) yang kosong dan murah. Keadaan ini menyebabkan barang cetak rompak ini mampu dikeluarkan sehingga menyebabkan ia berlambak di pasaran dan mudah didapati oleh para pengguna untuk menonton sesebuah filem ataupun album muzik. Jenis cetak rompak bahan-bahan penulisan pula boleh didapati dalam bentuk buku-buku mahupun penulisan yang terdapat dalam laman-laman web yang disalin tanpa kebenaran daripada pihak asal. Bahan cetak rompak juga boleh didapati dengan mudah melalui rangkaian internet, terdapat sesetengah agensi ataupun orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan muat turun (download) video dan muzik yang diambil
  • 3. tanpa pengetahuan syarikat penerbitan asal terlebih dahulu. Selain itu, cetak rompak perisian (software) juga adalah merupakan salah satu jenis cetak rompak yang terdapat di Malaysia. 3.0 Punca berlakunya masalah cetak rompak. Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Sebagai contohnya, mengikut harga pasaran, para pengguna dapat membeli tiga keping CD dengan hanya RM10. Jika dibandingkan dengan harga CD yang asli, pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada harga tiga keping CD cetak rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli sekeping CD asli sahaja. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Apabila keadaan seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli barangan cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. Hal ini kerana
  • 4. pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang memang murah. Terdapat juga para peniaga barangan cetak rompak yang pandai memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak rompak mereka, sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak rompak masih terus terjadi ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek. Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa. 4.0 Kesan-kesan masalah jenayah cetak rompak Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antara lainnya akan menyebabkan ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat. Oleh itu, pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung
  • 5. beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan, ini sekali gus memeberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha-pengusaha cetak rompak ini pula yang mengaut keuntungan, mereka lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan akibat buruknya. Sebagai contohnya dalam industri komputer di Malaysia, pendapatan yang dapat dijana daripada industri ini pada tahun 1996 adalah lebih RM300 juta dan jumlah itu dijangka akan meningkat pada tahun-tahun seterusnya, namun masalah pula timbul dengan wujudnya cetak rompak perisian komputer, keadaan ini menyebabkan pendapatan negara bagi industri tersebut telah berkurang. Sebenarnya jika pendapatan negara meningkat, maka banyaklah perbelanjaan dan peruntukan yang digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sosial yang digunakan untuk keselesaan dan kemakmuran rakyat di negara ini. Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara tercemar. Menyentuh mengenai masalah cetak rompak ini sebenarnya sejak tahun 2004, Malaysia pernah diletakkan sebagai negara yang berada dalam senarai pemerhatian utama oleh Pakatan Harta Intelek Antarabangsa (IIPA) sebagai antara negara yang paling serius terbabit dengan kegiatan cetak rompak. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun cetak rompak dan ini membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia. Namun atas hasil usaha semua pihak dalam membendung masalah ini, Malaysia akhirnya terkeluar daripada senarai pemerhatian oleh pakatan tersebut pada tahun 2007. Kegiatan cetak rompak ini juga telah menyebakan kesan langsung terhadap industri hiburan di negara ini. Hal ini timbul disebabkan wujudnya cetak rompak VCD dan CD album-album muzik artis dan filem-filem tempatan yang berleluasa di negara ini. Penyebaran bahan-bahan ini di internet yang diambil tanpa kebenaran pengeluar sah juga menyebakan masalah ini berlaku. Berdasarkan pendapatan industri hiburan yang dibuat pada tahun 1996 hingga tahun 2000, pendapatan keseluruhan industri hiburan di negara ini merosot dari RM80 juta pada 1996 kepada RM20 juta pada tahun 2000. statistik hiburan yang
  • 6. dibuat turut menganggarkan bahawa kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan nilai industri hiburan negara dikuasai oleh lanun cetak rompak. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan olehInternational Intellectual Property Alliance pada tahun 2003, pendapatan industri hiburan di Malaysia mengalami kerugian pada tahap yang tinggi. Sejak dari tahun 1998 hingga 2003, kerugian yang di tanggung oleh syarikat rakaman adalah lebih daripada 70 peratus. Penjualan album artis-artis popular turut mengalami kemerosotan dari tahun ke tahun. Kesan yang paling nyata akibat daripada cetak rompak terhadap industri hiburan di negara ini akan menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara tidak yakin untuk melabur dalam industri hiburan di negara ini. Manakala pengeluar dari negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil pengeluaran mereka di negara ini. Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap
  • 7. dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat. 5.0 Langkah mengatasi masalah jenayah cetak rompak. Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini sebenarnya. Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak. Kita sedia maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara. Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Dalam hal ini, permintaan pengguna ini perlu dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi gelagat pembelian pengguna terhadap barang cetak rompak dan ia sebenarnya dikenali sebagai “the dark side of consumer behavior” (Hirschman, 1991). Sesungguhnya pengguna memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini, penekanan terhadap kesedaran penghargaan hak cipta atau paten penting dalam setiap lapisan masyarakat. Kesedaran yang dimaksudkan disini ialah kesedaran mengenai hasil usaha dan titik peluh yang telah diusahakan oleh para pengeluar asli ini, usaha yang dijalankan mereka itu akhirnya pula telah ditiru dan diambil sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mereka, malahan pihak yang meniru dan mencetak rompak ini pula yang mendapat pulangan berbanding pengeluar asli ini. Oleh itu para pengguna di negara ini perlulah sedar tentang bagaimanakah perasaan mereka jika mereka berada dalam keadaan nasib yang sama dengan pengeluar-pengeluar asli itu. Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah cetak rompak ini. Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangan aslijuga dapat membendung masalah ini. Harga kawalan maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD yang difikirkan
  • 8. berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Harga yang ditetapkan tersebut mestilah mengambil kira kualiti barangan tersebut, kita sedia maklum bahawa salah satu faktor yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak ini ialah harganya yang murah, oleh itu penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna untuk memilikinya. Walaupun penetapan harga barangan asli tersebut tidaklah semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak rompak. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini. Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak. Antara akta-akta yang diperkenalkan tersebut ialah seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000. Undang-undang siber yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah cetak rompak industri komputer pula ialah seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Walaupun pelbagai undang-undang telah diperkenalkan, namun masalah ini masih juga berterusan. Oleh itu, Penguatkuasaan secara tegas undang-undang tersebut penting dalam mencegah unsur-unsur kegiatan ini di Malaysia. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terhadap orang perseorangan dan organisasi-organisasi yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak tanpa mengira latar belakang, pangkat mahupun kedudukan mereka. Orang ramai juga perlulah bersedia untuk tampil memberikan maklumat yang berguna terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini tanpa perlu berasa takut. Semua langkah tersebut memainkan peranan penting dalam mengatasi kegiatan cetak rompak di negara ini.
  • 9. 6.0 Teori Psikologi/Sosiologi yang dapat dikaitkan dengan Masalah Cetak Rompak 6.1 Teori Anomie Teori ini pada mulanya diperkenalkan oleh Emile Durkheim pada tahun 1897, kemudian teori ini dikembangkan oleh Robert K. Merton pada tahun 1938. secara umumnya teori ini memperlihatkan faktor masyarakat yang menyebabkan sesuatu tingkah laku devian itu berlaku. Menurut Merton, devian sosial berlaku disebabkan oleh jurang diantara matlamat seseorang dalam masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui bagi mencapai matlamat tersebut. Menurut beliau lagi, individu-individu yang gagal mencapai matlamat yang ditetapkan oleh masyarakat ini akan cuba menyesuaikan diri mereka dengan kegagalan tersebut melalui berbagai-bagai cara. Contohnya disini ialah semua orang inginkan kehidupan yang senang, namun tidak semua orang mampu mencapai matlamat tersebut, keadaan ini menyebabkan mereka yang rata-ratanya berada dalam kelas sosial yang rendah ini ditindas oleh golongan kelas sosial tinggi. Terdapat empat kumpulan mereka yang tergolong dalam individu-individu yang gagal ini menurut Merton. Empat kumpulan ini ialah kumpulan inovasi (innovation), ritualisme (ritualism), menarik diri (retreatist) dan pemberontak (rebellion).Kumpulan inovasi dan kumpulan menarik diri ini boleh dikaitkan secara langsung dalam masalah cetak rompak ini. Kumpulan inovasi ialah mereka yang suka membuat pembaharuan dan cuba mencapai masyarakat dengan cara melakukan devian. Sebagai contohnya dalam masalah cetak rompak ini, individu yang terpengaruh untuk mencapai kesenangan hidup dengan cara yang pantas akan bertindak menjadi pengusaha kepada barangan cetak rompak, hal ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka melibatkan diri dengan perniagaan haram ini, mereka akan mudah mendapat keuntungan yang lebih berbanding dengan pengeluar-pengeluar barangan asli tersebut. Kumpulan menarik diri pula adalah golongan yang berasa putus asa dengan matlamat dan cara tindakan yang diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh disini, pengusaha- pengusaha barangan cetak rompak ini berasa putus asa dengan prosedur-
  • 10. prosedur yang perlu dijalankan untuk menjadi pegeluar yang sah dan diberikan hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang asli, prosedur tersebut juga memerlukan kos dan perbelanjaan yang tinggi untuk dikendalikan. Kesannya pengusaha yang berniat untuk mendapatkan hak pengeluaran ini berasa putus asa sehingga menyebabkan mereka memilih jalan mudah dengan mengeluarkan barangan cetak rompak. 6.2 Teori konflik Teori ini mula dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi seperti Taylor, Walton dan Young (1973). Secara umumnya teori ini juga melihat faktor masyarakat yang menyebabkan berlakunya masalah devian sosial. Nilai, norma dan tingkah laku dari golongan masyarakat atasan yang mempunyai kuasa mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menindas golongan kelas sosial bawahan. Segala undang-undang dan peraturan dikatakan digubal untuk menjaga kepentingan golongan atasan ini sahaja. Tanggapan ini telah menyebabkan berlakunya konflik sehingga menyebabkan golongan-golongan tidak bernasib baik ini menunjukkan pelbagai tindakan yang menyebabkan berlakunya devian sosial. Dalam situasi masalah cetak rompak ini, keadaan hidup dalam sesebuah masyarakat menyebabkan individu-individu tertentu terlibat dengan kegiatan cetak rompaki, mereka melakukan semua ini kerana mereka merasakan bahawa golongan yang mempunyai kuasa dalam pengeluaran barang dan produk asli adalah mereka yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih tinggi atau mempunyai kekayaan sehingga menyebabkan golongan atasan ini lupa bahawa orang bawahan juga mempunyai keinginan yang sama seperti mereka juga, iaitu ingin mengeluarkan sesuatu barangan sendiri dan mendapat hasil pendapatan daripada jualan barangan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan yang tertindas ini tidak berpuas hati sehingga menyebabkan mereka melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak. Terdapat juga mereka yang terdiri daripada golongan atasan ini terbabit dengan kegiatan cetak rompak, namun apabila setiap kali langkah membenteras kegiatan ini dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka yang terdiri daripada golongan elit ini sering terlepas
  • 11. disebabkan oleh kerana pangkat, kuasa, wang sogokon dan rasuah sehingga menyebabkan pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka. Keadaan ini menyebabkan terdapat individu-individu yang bertindak untuk turut terlibat dengan kegiatan cetak rompak disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan perlaksanaan undang-undang tersebut, disamping mencari keuntungan. Mereka merasakan bahawa mengapa orang atasan sahaja yang terlepas daripada tindakan undang-undang tersebut sedangkan mereka juga inginkan hak yang sama dengan orang atasan tersebut. 6.3 Teori pembelajaran Sutherland (1992) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah menjelaskan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran dan bukannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurangnya kecerdasan, masalah dalam fungsi otak dan sebagainya. Salah satu teori yang dikaitkan dengan teori pembelajaran dan tingkah laku devian ini ialah teori peneguhan (Reinforcement Theory) yang dikemukakan oleh Akers (1985, 1998). Beliau menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran berasaskan peneguhan atau ganjaran. Bagi situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang terlibat dalam kegiatan ini mereka mempelajarinya melalui kisah-kisah mereka yang telah terlibat dalam kegiatan ini melalui saluran-saluran media massa seperti dalam televisyen dan media cetak yang lain. Apabila mereka mereka mengetahui kisah-kisah tersebut, mereka mendapati bahawa kegiatan ini boleh membawa hasil keuntungan yang lumayan walaupun kegiatan ini mereka ketahui bahawa adalah kegiatan yang menyalahi undang-undang dan berisiko. Terdapat elemen peneguhan dalam situasi ini sebenarnya, iaitu hasil keuntungan yang lumayan. Oleh itu, hal ini menyebabkan mereka terdorong untuk menjalankan kegiatan cetak rompak ini. Dalam situasi yang lain pula terdapat individu yang menjual barangan cetak rompak seperti CD dan VCD secara kecil- kecilan pada peringkat awalnya. Hasilnya jualan barang cetak rompak tersebut telah mendatangkan keuntungan kepada individu tersebut, keadaan ini akhirnya akan mendorong individu tersebut untuk mengulangi perbuatan menjual
  • 12. barangan cetak rompak itu. Oleh itu secra ringkasnya teori pembelajaran ini juga boleh dikaitkan tentang sebab berlakunya masalah kegiatan cetak rompak ini terjadi secara berleluasa. 6.4 Teori kawalan Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan terhadap individu daripada kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga, komuniti ataupaun masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah mengemukakan istilah ‘ikatan’ (Bond) yang yang mengandungi empat perkara iaitu kedekatan (attachment), komitmen (commitment), penglibatan (involvement), dan kepercayaan (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari tingkah laku devian, jika perkara tersebut tidak berlaku maka tingkah laku devian akan berlaku. Dalam situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang mana tidak mendapat kawalan sepatutnya daripada kumpulan tertentu seperti daripada ahli keluarga akan mudah terjebak dengan kegiatan cetak rompak ini. Sebagai contoh disini, seseorang individu tersebut mempunyai keinginan untuk menjalankan kegiatan menciplak produk orang lain dengan harapan ingin mendapat manfaat seperti kepuasan dan keuntungan, dalam masa yang sama pula kawalan dan perhatian daripada ahli keluarga indvidu tersebut adalah kurang, keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut bebas melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan iaitu melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak. Kawalan daripada kumpulan yang mempunyai kedekatan dengan individu tersebut sebenarnya sangat penting kerana ia dapat mengelakkan individu tersebut daripada terlibat dengan masalah cetak rompak di samping menyediakan sokongan sosial. Hal ini kerana kumpulan-kumpulan tersebut dapat membetulkan apa sahaja perkara yang salah yang dilakukan oleh individu seperti ini. Misalnya dalam situasi tadi, ahli keluarga seperti ibu bapa seharusnya memberi nasihat kepada individu tersebut bahawa kegiatan cetak rompak itu adalah satu yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa keburukan
  • 13. kepada ramai pihak termasuklah individu dan kumpulan terdekat tesebut. Masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu juga memainkan peranan penting dalam membentuk norma yang baik bagi mengelakkan individu seperti ini tidak terlibat dengan kegiatan cetak rompak. 6.5 Teori labelan Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963), menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang menetapkan peraturan dan kebenaran kepada orang yang melakukan kesalahan (Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel seseorang seseorang sebagai pesalah akan menyebabkan orang yang dilabel sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk mencapai penyempurnaan kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Masalah cetak rompak ini juga boleh dikaitkan dengan teori labelan ini. Sebagai contoh dalam situasi ini, terdapat kelompok tertentu yang terus melabel mereka yang telah insaf dan sedar daripada melakukan kegiatan cetak rompak ini sebagai “lanun cetak rompak” ataupun “sampah masyarakat”. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka berasa berputus asa dengan sikap orang-orang seperti ini. Walaupun mereka telah berazam untuk mengubah cara hidup mereka, namun labelan yang dikenakan terhadap mereka ini menyebabkan mereka merasakan seolah-olah masyarakat tidak mahu menerima diri mereka. Labelan yang dikenakan juga boleh melibatkan terhadap orang- orang terdekat individu yang pernah terbabit dengan kegiatan cetak rompak, sebagai contoh label turut dikenakan terhadap keluarganya. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka ini berasa malu, mereka tidak berpuas hati dengan labelan yang dikenakan, sebagai tindak balasnya mereka terus mengulangi jenayah cetak rompak tersebut. Secara ringkasnya, jenayah cetak rompak dan teori labelan ini dapat disimpulkan seperti berikut, individu tersebut melibatkan diri dalam jenayah cetak rompak kali pertama (primary deviance), kemudian kelompok tertentu melabel individu tersebut dan sebagai tindak balasnya individu
  • 14. tersebut melibatkan diri lagi dalam jenayah cetak rompak ini kali kedua (secondary deviance). 7.0 Kesimpulan Berdasarkankan teori psikologi dan sosialogi yang dibincangkan sebelum ini, golongan yang biasanya terlibat dengan kegiatan cetak rompak ini tidak semestinya terdiri daripada golongan pelajar sahaja, tetapi juga boleh terdiri daripada mereka yang datang daripada golongan kelas bawahan yang ingin mencapai keinginan hidup untuk mendapatkan wang. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kelulusan-kelulusan tinggi, mereka tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, oleh itu mereka terdesak untuk menjalankan pekerjaan yang menyalahi undang-undang sebagai contoh terlibat dengan kegiatan cetak rompak ini. Selain itu, sebenarnya golongan atasan yang terdiri daripada golongan elit dan profesional juga cenderung terlibat dalam kegiatan cetak rompak ini. Tujuan mereka ialah ingin mendapatkan keuntungan sampingan daripada kegiatan haram ini, ditambah lagi dengan modal dan kepakaran yang ada pada mereka inilah yang menyebabkan kegitan cetak rompak ini terus wujud. Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut menurut pandangan saya, kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang penting. Hal ini adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dia akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara yang dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan kendiri ini sebenarnya akan turut mempengaruhi secara langsung kesemua faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan mereka dengan masalah ini. Secara totalnya, saya bersetuju bahawa kawalan kendiri ini merupakan faktor utama yang menyebabkan mengapa berlakunya masalah kegiatan cetak rompak ini. Rujukan
  • 15. Clinard, M. B., & Meier, R. F. (2004). Sociology of Deviant Behavior. (12th ed). United States: Wadsworth/Thomson Learning, Inc. Hamden Ramli. (2001). Cetak rompak kini dipercayai sindiket jenayah terancang.Rencana Jenayah Mingguan Malaysia. Diterima pada — Mac, 2009, daripadahttp://skypin.tripod.com Hussin Abdullah & Lim Hock Eam. (2004). Gelagat Pembelian Barang Cetak Rompak: Kesan Faktor Harga dan Pendidikan. Diterima pada — Mac, 2009, daripada http://pkukmweb.ukm.my Salome, S. (2004). Masalah Cetak Rompak Terhadap Industri Muzik di Malaysia. Diterima pada — Mac, 2009, daripada http://econ2.upm.edu.my Disediakan oleh: A. Rahman A. N. (Mac, 2009). http://nikalila.wordpress.com/2012/03/23/masalah-cetak-rompak-di-malaysia-jenis-punca- kesan-langkah-mengatasi-dan-teori-teori-psikologisosiologi-yang-berkaitan-dengan-masalah- cetak-rompak-3/ http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/cetak-rompak.html http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130315/ws_03/Melaka-jadi-Zon-Anti-Cetak- Rompak-pertama-di-Malaysia http://www.sinarharian.com.my/bisnes/isu-perisian-cetak-rompak-masih-berterusan-kata-bsa- 1.114497 http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiadikeluarkandaripadasenarainegarakurangjagahar taintelek/Article/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2012&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm