1. Refleksi Pengajaran
NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL
820101- 06 - 6353
DB100058
Set Induksi
Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan
untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid (Mook Soon Sang:1992),
Manakala menurut Sharifah Alwiah(1983): Set induksi merupakan satu kumpulan tindakan atau
aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu.Set induksi merangkumi apa jua idea atau proses yang
mendorong pelajar untuk memberi perhatian dan belajar (Rahil, Habibah dan Mahyuddin:1997).
Terdapat empat komponen utama yang seharusnya perlu wujud dalam sesebuah set
induksi iaitu seperti menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan serta
menstruktur. Untuk membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancar serta
berkesan, guru perlu menarik perhatian murid untuk bersedia menerima aktiviti pengajaran yang
akan di laksanakan pada waktu tersebut. Dalam set induksi sesi pengajaran ini saya telah
menggunakan beberapa kaedah seperti penyoalan serta aktiviti permainan iaitu saya bersoal
jawab tentang kehadiran murid dan keadaan semasa murid. Kemudian ianya diikuti dengan
sedikit permainan teka teki menggunakan bahan yang telah saya sediakan yang bersesuaian
dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.
Bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap
pelajaran yang akan saya sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Soalan yang saya berikan kepada murid adalah agak mencabar dan setiap
pelajar yang berjaya memberi jawapan yang betul bagi soalan yang telah diajukan akan diberikan
sedikit ganjaran.
Bagi mencapai objektif pengajaran serta membantu murid mengikuti pelajaran dengan
lebih mudah dan bermakna. Aktiviti permainan teka teki yang saya jalankan semasa set induksi
tersebut mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan serta
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Soalan – soalan yang diberikan kepada murid
adalah berkait dengan tajuk yang akan dipelajari oleh murid pada sesi pelajaran pada hari
tersebut serta membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep
baru.
Set induksi yang dapat disampaikan dalam masa yang singkat serta dapat mencapai
tujuannya membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan lancar serta dapat membantu
mengurangkan masalah disiplin murid kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pembelajaran dan pengajaran seterusnya.
Sekian.