SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
Descargar para leer sin conexión
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan
seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang
mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran
atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara
yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam
manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan
menarik untuk keperluan pelajar.

       Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam
pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra
dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan
sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi
memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru.
Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai
impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan
kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

       Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran
guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.
Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini
kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah
laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran
akan terjejas.

       Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah
berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh masalah disiplin
yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati
guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,
tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.

       Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai
perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga
mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah
laku masa depan mereka .

       Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak,
cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi
menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,
mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan
berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.


       Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong
kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik
apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan
pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar
oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,
pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan
aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,
mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.


       Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga
berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar
pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek
telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar
enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek
tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah
kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi.
Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau
India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan
sepenuhnya.


       Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi
boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai contoh, bila guru
berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi
bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami
masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik
perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan pelajaran yang sesuai
dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan
tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak
dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.


       Implikasi masalah – masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di
dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan
perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi
contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar
terhadap subjek mata pelajaran tersebut.


       Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman
kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan – rakan mereka
menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak membuat
kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir pelajar yang
membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari – lari di dalam kelas. Implikasinya semua
pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar oleh guru
tersebut.Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir pelajar tidak berdisplin ini juga
kan menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisplin.


       Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan
kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil
jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar.
Contohnya seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah pula
apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini. Tambahan
pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku
seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada pelajar-
pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.

       Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai
agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan
berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu
sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat
adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

       Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar
tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan
pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga memberikan
perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya bilik darjah
pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang tercabut
menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan menganggap tiada
bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka kerusi meja yang baru
dan mencukupi.


       Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak mempunyai
ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah. Selain itu mereka
akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja berkumpulan. Tahap
kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan pelajar akan memandang rendah
terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat pelajar kurang pandai merasa rendah diri.
Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang unntuk memboloskan diri
seperti ponteng kelas.


        Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus dan
minat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki kelemahan
diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan guru. Selain itu
ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka kurang bekerjasama dan
lebih kepada ‘ahli kongsi tidur’. Gangguan dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila
sesetengah murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat
mereka dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka
bercakap dan lebih suka mendengar daripada bercakap.


        Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif , maka
dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan
pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan
masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh
guru.


        Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah
disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak
akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal
sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat
guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai
badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi
daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara
dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana
dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan
mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang
demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.


       Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan
salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif
akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada
pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara
guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila
wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik
antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah pasti masalah disiplin akan
dapat dikawal dan dikurangkan.


       Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah arah semula
perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit, perhati atau
bergerak ke arah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir
sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan
di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut.
Contoh peraturan bilik darjah seperti rajah 2.0


       Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan
bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam
kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan
bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.


       Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya
perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik
darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat
mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata
mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan
adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.


          Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu
bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran
dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang
terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk
memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan
efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami
konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara
menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik
darjah.

          Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar
serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan
kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan;
cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi
jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut
bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.

          Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif
bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian
daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan
pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.
Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan
mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan
memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik
dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan
keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa
bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

       Bilik darjah pelajar perlulah di dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Perkara utama
untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah
tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar dapat dilihat dengan jelas, pastikan pelajar
mudah lihat dan dengar penyampaian guru, ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri
semasa mengajar. Selain itu terdapat bahan pengajaran untuk guru dan murid mudah didapati. Di
dalam kelas juga boleh diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang
dengan membaca. Papan buletin untuk pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan dihias
sebaik mungkin. Artikel atau bahan bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu untuk
mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali penggunaan ruang seperti
perabot dan alatan disusun teratur. Terdapat juga bilik darjah yang nyaman meletakkan pasu –
pasu pokok dan akuarium ikan hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam kelas.


       Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi yang
berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami oleh
pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong
meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal)
dengan berkesan. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal (Pujian) dan
bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh
guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti mendapat mesej atau arahan yang ingin disampaikan
oleh guru dengan tepat.


       Antara amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti
mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah
perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Guru perlu menggunakan alat Bantu
mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. Seseorang
guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran
menyoal yang berkesan.Konflik di antara kedua - dua pihak iaitu guru dan pelajar akan berlaku
sekiranya maksud guru tidak difahami oleh pelajar.


        Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif
yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip
yang seperti berusaha untuk mendengar cadangan pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada
halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya dan berusaha membuka minda para pelajar
supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Antara amalan komunikasi yang
berkesan ialah bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat
terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar yang aktif, tunjuk mimik
muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami, arahan yang jelas, jitu, ringkas
dan dapat difahami oleh pelajar.


        Selain itu guru perlulah mempelajari nama pelajar dan mengingatinya ketika berinteraksi.
bersemangat tinggi dalam pengajaran, galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan,
gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan dan akhir sekali
amalkan pembelajaran kontekstual iaitu kaitkan pelajaran di sekolah dengan pengalaman harian
pelajar dan kaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar


        Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu
lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Contoh–contoh interaksi yang boleh
berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

   i.   Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.
 ii.    Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.
 iii.   Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.
 iv.    Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu
        persembahan Power Point.
Menurut Flander (1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu interaksi di
antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan dan interaksi di
antara dengan alam sekitar.Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung yang
meliputi guru member syarahan samada member arahan atau mengkritik.Interaksi ini adalah satu
hala dan penglibatan pelajar pada tahap minima. Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai
hala dimana terdiri daripada tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif
sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap
berlaku apabila terdapat kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid dan juga untuk
memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.

   Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala. Guru boleh menggunakan
strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan banyak alat bantuan mengajar
yang menarik dan canggih, memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan
canggih.

   Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau
peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula – gula, hadiah seperti pensel,
pembaris atau buku nota. Guru menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam
pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta
perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. Tidak digalakkan pendekatan yang
autokratik yang menyebabkan ada jurang di atara guru dan pelajar. Guru dapat menjadi
pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif.

   Sifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan
meggalakan penonjolan akhlak – akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh pelajar.Akhir
sekali memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi
interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.
Masalah – masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru
supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan dihargai oleh
pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang
cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah keadaan di bilik darjah yang
tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani dengan baik oleh guru.Terdapat
pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pengurusan bilik
darjah, kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan
mendidik pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan
bangsa.
Lampiran




        Rajah 1.0: Kategori Masalah Disiplin Di Sekolah




                  Contoh peraturan bilik darjah

1. Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila
   pelajaran bermula.

2. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik
   darjah.

3. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.

4. Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan
   papan tulis.




           Rajah 201: Contoh peraturan bilik darjah.
Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3,
Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 

La actualidad más candente (20)

model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 

Destacado

14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjahemy69
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
 
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahmasalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahsiaw ong
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHRozmarsitah
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 

Destacado (7)

14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahmasalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 

Similar a MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01Iffatul 'izzah
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docABDULRASHIDBINALEXAN
 
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxK6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxPJ0621MuhammadNaufal
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)NurSyaqina
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pkhalidipda
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 

Similar a MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH (20)

5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01
 
Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5
 
Komunikasi berkesan (edit)
Komunikasi berkesan (edit)Komunikasi berkesan (edit)
Komunikasi berkesan (edit)
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
 
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxK6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
 
Bilik darjah
Bilik darjahBilik darjah
Bilik darjah
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-p
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 

MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

  • 1. Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin. Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh masalah disiplin
  • 2. yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka . Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan
  • 3. pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya. Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Implikasi masalah – masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek mata pelajaran tersebut. Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan – rakan mereka menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir pelajar yang membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari – lari di dalam kelas. Implikasinya semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar oleh guru
  • 4. tersebut.Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir pelajar tidak berdisplin ini juga kan menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisplin. Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar. Contohnya seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah pula apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini. Tambahan pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada pelajar- pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga memberikan perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya bilik darjah pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang tercabut menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan menganggap tiada bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka kerusi meja yang baru dan mencukupi. Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak mempunyai ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah. Selain itu mereka akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja berkumpulan. Tahap
  • 5. kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan pelajar akan memandang rendah terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat pelajar kurang pandai merasa rendah diri. Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang unntuk memboloskan diri seperti ponteng kelas. Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus dan minat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki kelemahan diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan guru. Selain itu ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka kurang bekerjasama dan lebih kepada ‘ahli kongsi tidur’. Gangguan dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila sesetengah murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat mereka dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka bercakap dan lebih suka mendengar daripada bercakap. Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif , maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan
  • 6. mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan. Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan. Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah arah semula perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit, perhati atau bergerak ke arah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut. Contoh peraturan bilik darjah seperti rajah 2.0 Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata
  • 7. mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif. Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.
  • 8. Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri. Bilik darjah pelajar perlulah di dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar dapat dilihat dengan jelas, pastikan pelajar mudah lihat dan dengar penyampaian guru, ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri semasa mengajar. Selain itu terdapat bahan pengajaran untuk guru dan murid mudah didapati. Di dalam kelas juga boleh diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Papan buletin untuk pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan dihias sebaik mungkin. Artikel atau bahan bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu untuk mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali penggunaan ruang seperti perabot dan alatan disusun teratur. Terdapat juga bilik darjah yang nyaman meletakkan pasu – pasu pokok dan akuarium ikan hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam kelas. Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi yang berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami oleh pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal (Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti mendapat mesej atau arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat. Antara amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah
  • 9. perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Guru perlu menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. Seseorang guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan.Konflik di antara kedua - dua pihak iaitu guru dan pelajar akan berlaku sekiranya maksud guru tidak difahami oleh pelajar. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang seperti berusaha untuk mendengar cadangan pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya dan berusaha membuka minda para pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Antara amalan komunikasi yang berkesan ialah bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar yang aktif, tunjuk mimik muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami, arahan yang jelas, jitu, ringkas dan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu guru perlulah mempelajari nama pelajar dan mengingatinya ketika berinteraksi. bersemangat tinggi dalam pengajaran, galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan, gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan dan akhir sekali amalkan pembelajaran kontekstual iaitu kaitkan pelajaran di sekolah dengan pengalaman harian pelajar dan kaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Contoh–contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut: i. Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya. ii. Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain. iii. Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka. iv. Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point.
  • 10. Menurut Flander (1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu interaksi di antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan dan interaksi di antara dengan alam sekitar.Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung yang meliputi guru member syarahan samada member arahan atau mengkritik.Interaksi ini adalah satu hala dan penglibatan pelajar pada tahap minima. Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai hala dimana terdiri daripada tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap berlaku apabila terdapat kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid dan juga untuk memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid. Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih, memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan canggih. Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula – gula, hadiah seperti pensel, pembaris atau buku nota. Guru menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. Tidak digalakkan pendekatan yang autokratik yang menyebabkan ada jurang di atara guru dan pelajar. Guru dapat menjadi pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif. Sifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan meggalakan penonjolan akhlak – akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh pelajar.Akhir sekali memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.
  • 11. Masalah – masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan dihargai oleh pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah keadaan di bilik darjah yang tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani dengan baik oleh guru.Terdapat pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pengurusan bilik darjah, kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan mendidik pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan bangsa.
  • 12. Lampiran Rajah 1.0: Kategori Masalah Disiplin Di Sekolah Contoh peraturan bilik darjah 1. Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila pelajaran bermula. 2. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah. 3. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah. 4. Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan papan tulis. Rajah 201: Contoh peraturan bilik darjah.
  • 13. Rujukan Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi Kumpulan Budiman Sdn Bhd