SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Descargar para leer sin conexión
Tika Hujan Turun
                           Oleh: Bro Muhamad Na’im (jacknaim)




Cerpen ini ditulis khas buat adik-adik peserta SKSPM 2006/2007 dan 2007/2008 serta adik-
adikku dan sahabat sekalian. Semoga kita cekal menghadapi hidup. Semoga kita meniti
kehidupan ini sambil memandang ke kiri dan kanan kita. Sesungguhnya masih banyak bangsa
kita yang berada dalam seribu satu kesusahan. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan untuk
memenuhkan oerut kita sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memajukan bangsa. Inilah
masa untuk Revolusi kita bagi mengembalikan kegemilangan ketamadunan kita.


                                      *************



Manik-manik hujan yang turun merenyai sejak dari petang tadi semakin menunjukkan taring
bila malam semakin melewati manusia yang sedang dibuai mimpi-mimpi indah. Nampaknya,
tiada sebarang tanda yang ia kan berhenti malahan terus menggila. Jam sudah menunjukkan
pukul dua pagi. Bertemankan lampu minyak tanah, Mak Zah mengasah pisau toreh buruknya.
Itulah yang telah membantunya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarganya.



Dia memerhatikan titisan air yang berderai jatuh dari lubang-lubang pada atap zink rumahnya
yang sudah berkarat. Atap itu tidak pernah berganti sejak empat tahun lalu. Air itu melompat-
lompat tatkala jatuh ke dalam besen yang ditadah di bawah lubang tersebut. Bunyi hujan yang
menimpa zink didengarinya sebagai satu irama duka yang mensayukan hatinya. Dia sedar,
sekiranya hujan tidak berhenti maka dia akan dilanda masalah yang besar.



Diperhatikannya bilik Su, anaknya. Terbayang kalibat anaknya yang masih lagi belajar. Gigih
benar anaknya itu. Tetap setia dengan bukunya walau terpaksa menelaah di bawah cahaya
pelita malap. Hatinya pilu melihatkan keadaan anak sulungnya itu. Ya, tahun ini anaknya itu
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapannya besar sekali untuk melihat
anaknya berjaya. Tapi, mampukah dia untuk menyediakan yang terbaik buat permata hatinya
itu.



Di tepi tiang seri pula, dua lagi anaknya iaitu Zam dan Afiq sedang lena tidur walaupun
meringkuk kesejukan. Dilihatnya anaknya itu menggigil. Lantas dia bingkas bangun dan
menyelimuti anak-anaknya itu dengan kain batik lusuh kepunyaannya. Anak-anaknya itu
terlalu kecil untuk menanggung penderitaan mereka. Zam baru darjah satu, manakala Afiq
baru berusia empat tahun.



Mak Zah kembali mengasah pisaunya. Dia menoreh sedikit kukunya untuk memastikan yang
pisau itu benar-benar tajam. Setelah berpuas hati, dia menyarungkannya dan membungkus
dengan kain buruk. Pisau itu disangkutnya ke dinding. Dia cuba untuk baring, tapi kesejukan
malam itu telah menggigit urat betisnya yang sudah sedia lenguh. Di capainya minyak urut,
tapi hampa apabila mendapati botolnya telah kosong.



“Abang, besar sungguh dugaan Allah terhadah Zah. Sejak abang pergi menemui Ilahi, nasib
kita semakin susah Bang.” Getus hati kecilnya.



Hati Mak Zah sayu mengingatkan kejadian yang berlaku empat tahun dahulu. Hujan yang
turun mengingatkannya akan musim bah yang berlaku sewaktu dia sedang bertarung dengan
maut untuk melahirkan Afiq. Ya, tika itu, hujan turun mencurah-curah dan waktu sebeginilah
dia terlantar di biliknya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Perit bukan kepalang
lagi. Dia masih ingat akan kasih suaminya. Memegang erat tangannya memeberikan sokongat
keramat bagi meringankan kesakitan itu. Apabila dia sudah tidak tertanggung lagi ujian itu,
suaminya turun meredah kesepian malam bertemankan hujan yang turun mencurah untuk
meminta pertolongan. Perkarangan rumah mereka sudah pun dinaiki air separas betis.
Memang rumah mereka agak hampir dengan sungai. Hanya beberapa depa sahaja. Anaknya
yang sulung mengambil alih tugas untuk menemaninya. Namun sehingga ke Dinihari,
suaminya tidak pulang-pulang juga. Dan ketika azan subuh bergema, lahirlah anak ketiganya
tanpa dibidankan oleh sesiapa. Tak mengapalah, Siti Mariam juga berseorangan di padang
pasir sewaktu melahirkan Nabi Allah, Isa Al Masih.



Tapi, sehingga ke pagi suaminya masih belum pulang ke rumah. Hatinya bimbang sekali.
Bayi yang masih merah itu dipangkunya dengan penuh kasih-sayang. Walaupun lemah tiada
berdaya, namun dia cukup gembira sekali melihat puteranya itu. Masih diingatnya lagi,
secawan teh tanpa gula yang dikacau oleh Su itulah yang menjadi bekalan tenaganya.



Dia menunggu-nunggu hingga ke tengah hari namun, kalibat suami kesayangannya masih
belum kelihatan. Zam menangis teresak-esak kerana lapar tetapi dia tiada berdaya untuk
memasak. Su ingin sekali membantunya untuk memasak nasi, tapi apakan daya bila beras
sudah tidak berbaki. Mana suaminya?



Menjelang Asar, Tok penghulu datang dengan ditemani beberapa orang penduduk kampung.
Hujan sudah mula reda. Terkejut Tok Penghulu melihatkan keadaannya yang baru lepas
bersalin dan ditambah pula dengan kelesuan anak-anaknya yang masih belum makan. Muka
Tok Penghulu kelihatan berkerut. Lantas dia menyuruh anak-anak buahnya untuk pulang
mendapatkan makanan. Tok Penghulu sendiri menghilangkan diri dan beberapa ketika
kemudian, Mak Kiah isteri penghulu datang merapatinya.



Mak Kiah memangku anak kecil itu.Masih diingat, kelembutan tangan mak Kiah yang
memegang bahunya.



“Kiah, kau ada nampak suami aku tak. Dari semalam dia turun nak cari Mak Bidan tapi tak
balik-balik.” Ujarnya lemah.
“Zah..” Mak Kiah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.



“Kenapa Kiah?”



“Zah, sabar Zah. Aku nak kau bersabar Zah.”



“Kenapa ni Kiah? Janganlah begini Kiah.”



“Zah, penduduk kampung jumpa Abang Mat. Tadi suami aku datang nak maklumkan kepada
kau. Tapi, dia tak tahu pula yang kau baru melahirkan anak.”



“Mana suami aku Kiah.”



“Zah, mereka jumpa mayat Abang Mat tersangkut di rumpun buluh di hilir sungai. Dia lemas
Zah”



“Zah! Apa yang kau katakan ni Zah.. Mayat? Mayat apa Zah?” dan dia rasakan pandangannya
berpinar.



                                      *************



“Mak, kenapa mak menangis ni mak?” Su mengusap-ngusap bahu ibunya.



“Su, mak teringatkan detik kita kehilangan bapamu.” Tangisan mak Zah gugur membasahi
bumi.
“Mak, jangan macam ni. Mak kena kuat. Kalau Mak tak kuat, macam mana Su nak teruskan
hidup?”



“Su, pergilah tidur nak. Esok kau nak ke sekolah.”



“Tak kan Su nak tinggalkan mak macam ni.?”



“Mak tak ada apa-apa Su. Mak Cuma terkenangkan arwah sahaja.”



“Mak!” Su berkira-kira samada dia ingin meneruskan ucapannya itu ataupun tidak.



“Kenapa Su?”



“Tak mengapalah Mak. Mak, su masuk tidur dulu ye. Mak pun terus tidur ye. Dah pukul tiga
pagi ni.”



“Iya lah Su. Su pergi tidur ya, sayang anak mak.”



Mak Zah memerhatikan anaknya itu berjalan ke biliknya. Dia kemudiannya cuba melelapkan
mata sambil mengibau kembali kenangan bersama arwah suaminya. Matanya bergenang
dengan titis-titis air jernih suam-suam kuku.



Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia terlelap. Sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukkan
jam 5.15 pagi. Hujan telah pun berhenti. Bersyukurlah kepada Allah, dapatlah dia pergi
menoreh. Dia segera bangkit menuju ke dapur. Setelah membasuh muka, diambilnya sebiji
besen besar. Dicapainya tepung, telur dan sebekas air bersih. Bahan-bahan tadi digaulnya dan
kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.
Dia memanaskan minyak di dalam sebuah kuali dan kemudiannya mula menggoreng kuih
cucur yang dibuatnya. Sambil menggoreng, dia menguli tepung lagi. Kali ini dia membuat
kuih roti goreng pula. Itulah rutin hariannya untuk menambah pendapatan. Membuat kuih
untuk ditinggalkan di Warung Senah dekat dengan kebun getahnya. Dia tahu yang dia tidak
boleh bergantung kepada hasil jualan susu getah semata-mata. Jika tidak, manakan dia
mampu untuk menyara diri mereka empat beranak.



Selesai menggoreng kuih, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dilihatnya anak
perempuan kesayangannya telap pun siap berpakaian sekolah.



“Su, tolong kejutkan Zam. Bantu adik bersiap. Mak nak solat. Su dah solat?” Tegurnya.



“Baiklah mak. Su dah solat dah pun. Dari tadi lagi.”



Selesai solat, Mak zah menadah tangan menolong kebaikan dari Hadrat Allah S.W.T. Dia
memohon agar dimurahkan rezekinya serta diberikan kekuatan untuknya mencari rezeki.
Sebagai ibu, dia juga tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak-anaknya. Dia tahu
yang pada masa kini, hanya pelajaranlah yang mampu mengubah nasib seseorang. Dia tidak
mahu anaknya hidup susah sepertinya. Terpaksa mengerah segala keringat yang ada,
membanting tulang empat kerat semata-mata ingin mendapatkan duit barang seringgit-dua.



Dia tahu yang dirinya orang susah. Tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-
anaknya. Tapi dia tahu yang dia tidak boleh mengeluh. Teringat pesan arwah suaminya.
Biarlah mereka hidup susah, bekerja separuh mati asalkan rezeki yang mereka dapatkan untuk
anak-anak mereka itu halal. Makanan itu akan menjadi darah daging mereka dan makanan
itulah yang akan mencorakkan sekeping darah beku dalam diri mereka. Ya,sesungguhnya baik
atau buruknya hati seseorang bergantung kepada makanan jasmani yang mereka suap setiap
hari. Kerana itulah, dia sanggup bersusah-payah melakukan pelbagai kerja. Dia tahu bahawa
di sebalik kepayahan itu, pasti ada kemudahan yang telah Allah sediakan. Dia cukup yakin
sekali dengan kalimah itu.
“Mak..” Su menegur lembut.



Lamunan Mak Zah terhenti. Dia segera mengemas telekung sembahyangnya dan melipat
sejadah.



“Ada apa Su?” Balasnya sambil tersenyum. Senyuman yang sedikit sebanyak mampu untuk
menyorokkan wajah cekung dan kerut-kerut di mukanya. Dia tidaklah setua mana. Cuma
kerja kampung yang dilakukannya menyebabkan wajahnya kelihatan seperti berumur 60-an



Su serba-salah untuk menjawabnya. Dari semalam dia memikirkan ayat-ayat terbaik untuk
disampaikan kepada ibunya. Dia takut untuk menyusahkan ibunya.



“Mak, cikgu dah minta duit yuran peperiksaan SPM. Su seorang sahaja lagi yang tak
membayarnya mak. Cikgu kata, kalau tak bayar yuran tak boleh ambil periksa.”



Mak Zah termenung. Dia teringat yang Su telah memberitahunya pasal yuran peperiksaan dari
bulan lepas lagi. Tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menyediakannya. Tapi dia telah
menyimpan sedikit demi sedikit hasil lebihan makan-minum mereka.

“Su, kalau mak bagi separuh dulu macam mana?” ujarnya lemah.



“Tak pa lah mak, kalau mak tak ada duit. Nanti Su minta tangguh lagi dengan cikgu.”



Mak Zah hanya mengangguk.



“Erm, mak. Su pergi dulu ya. Dah lewat ni.”



“Ye lah Su. Hantar adik dulu tau. Pasal duit tu, nanti mak usahakan. Mak janji dengan kau
nak.”
Su mencium tangan ibunya itu dan memimpin Zam. Tapi, Zam tak nak ke sekolah. Dia
menepis tangan Su. Entah apa kena pada Zam. Mak Zah memujuk Zam dengan lembut.
Katanya, Zam harus belajar sampai pandai. Nanti boleh jaga Mak.



Air mata Mak Zah tumpah lagi apabila Zam memberitahu yang dia malu untuk ke sekolah.
Rakan-rakannya sering mengejek Zam kerana pakai baju sekolah yang bertampal sana-sini.
Kasutnya juga koyak-rabak. Dirinya dirasakan begitu dayus sekali kerana tidak mampu
menyediakan pakaian yang elok-elok buat anaknya. Kalaulah hari itu dia menerima lamaran
sahabat arwah suaminya untuk dijadikan isteri kedua, tentu nasibnya tidaklah seteruk ini. Dia
tahu yang sahabat arwah ingin membantunya. Tapi, kerana kasih yang tidak berbelah bagi
terhadap arwah hasrat itu dibuangnya jauh-jauh. Tambahan pula, dia tidak mahu digelar
sebagai perampas suami orang. Biarlah dia bersusah asalkan dia tidak menyusahkan hidup
orang lain.



Setelah dipujuk, Zam akhirnya ke sekolah juga. Nasib baiklah anaknya itu mengerti keadaan
mereka walaupun dia masih kecil. Semoga anaknya itu menjadi orang hebat-hebat suatu
ketika nanti.



                                      *************



Mak zah menyusun kuih-kuih yang telah siap digoreng ke dalam raga yang diperbuat daripada
rotan. Dia mengenakan sehelai pakaian lusuh dan mengikat seutas tali rafia di pinggangnya.
Pisau toreh yang tersangkut di dinding rumah itu diselitkan di pinggangnya. Mak Kiah
mengejutkan Afiq dari tidur. Anak kecil itu menggeliat malas. Disuapnya sebiji kuih cucur.
Kemudian, dia menggendong anak kecil itu di atas belakangnya.



Langkahnya diatur deras menuju ke kebun getah. Sampai di Gerai Senah, dia meninggalkan
kuih itu.



“Sikit kuih kau buat hari ni Zah.” Sapa Mak senah.
“Aku terlewat bangun tadi Senah oi. Dua jenis kuih je yang aku sempat buat. Ni pun dalam 40
biji je. Lagipun aku dah tak larat Senah. Urat-urat ni dah berpintal-pintal dah. Lenguh sangat-
sangat.”



“Sikit pun sikit lah Zah. Nak buat macam mana. Dah takat tu rezeki.



“Aku pergi dulu lah senah. Dah lewat dah ni.”



“Ah, iyalah. Zamil, mari ambil si Afiq ni !” Senah menjerit memanggil anaknya.



Mak Zah bersyukur yang Senah sanggup menerima kuih untuk dijual di warung kopinya. Tak
terbalas jasa sahabatnya itu. Maklumlah, Senah hanya ambil kuih daripadanya sahaja dan
tidak menerimanya daripada orang lain. Senah juga sanggup untuk menolongnya menjaga
Afiq. Dia terharu dengan pertolongan Senah itu. Mereka sememangnya kawan sejak dari kecil
lagi tambahan pula, Senahlah yang memperkenalkan arwah suaminya kepada dia. Arwah dan
Senah sepupu jadi dia nak sangat sepupunya itu berkahwin dengan Zah sahabat karibnya.



Mak Zah menoreh dari pagi sampai ke pukul 11.30 tengah hari. Selesai menoreh,dia
mengambil Afiq dari kedai Senah dan bergegas pulang ke rumah untuk memasak nasi bagi
menjamu anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah. Selesai menanak nasi, dia ke kebun
sayur di belakang rumahnya untuk membetulkan anak terung yang patah dek kerana hujan
semalam. Selesai membetulkan anak terung, dia membuat para pula untuk mengikat pohon
petola yang sudah pun tumbuh menjalar itu. Pokok-pokok sawi dan kangkung sebanyak
empat batas sudah pun besar. Lagi dua atau tiga hari, bolehlah dipetik untuk dijual. Dia
berkira-kira dengan hasil jualan itu dapatlah barang 20 ringgit. Dicampur dengan
simpanannya sebanyak 80 ringgit, maka dia hanya memerlukan lagi 20 ringgit untuk
melangsaikan yuran peperiksaan Su.



Seperti biasa, anak-anaknya pulang ke rumah pada pukul 1.30 tengah hari. Mak Zah melayan
anak-anaknya makan. Setelah memastikan yang anak-anaknya sudah kenyang, barulah dia
menyuap mulutnya pula. Dia tidak kisah sekiranya makan sisa sahaja. Yang penting anaknya
kenyang. Naluri keibuannya tidak akan membenarkan sama sekali anak-anaknya kelaparan.
Su yang sudah pun solat zuhur mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang dia sedih yang
anaknya itu tidak dapat bersama rakan-rakan yang lain ke kelas tambahan. Terpaksalah
anaknya itu bergelut seorang diri dengan buku-bukunya. Hendak juga dia membantu, tapi
apakan daya dia hanya bersekolah sampai darjah enam sahaja.



Selesai makan, dia mandi dan solat. Tugasnya pada hari itu masih belum selesai lagi. Dia
harus kembali ke Kebun getah untuk mencampur susu getah yang sudah dikutipnya beberapa
hari lepas dengan cuka getah bagi membuang air dan membekukan getah. Dengan itu,
harganya akan tinggi sedikit berbanding susu getah semata-mata. Selesai kerja-kerja di kebun
getah, dia ke warung senah untuk memungut wang hasil jualan kuih. Dapatlah RM8. Dengan
wang itu, dia ke kedai runcit untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih dan sedikit
barang dapur.



Sesampainya di rumah, azan asar sudah pun berkumandang. Dia segera solat dan ke kebun
sayur untuk menyiram tanamannya. Kerjanya hari itu agak senang sedikit kerana tanah masih
lembab lagi akibat hujan semalam.



Seterusnya, dia mencapai baur kail yang diperbuat daripada batang salak lalu menuju ke
sungai. Di tebing sungai, dia menguis-nguis tanah untuk mencari cacing. Setelah
memperolehinya, dia ke lubuk yang terletak di tepi sungai untuk memancing ikan untuk
dijadikan lauk makan malam. Setelah setengah jam menunggu, dapatlah dia beberapa ekor
anak seluang sebesar ibu jari tangan dan seekor ikan puyu sebesar tapak tangan. Cukuplah
untuk makan malam dan pagi esok.



Dalam perjalanan pulang, dia mengutip pucuk kemiding yang tumbuh liar di sekitar semak di
tebing sungai. Pucuk kemiding yang bewarna oren kecoklatan itu memang sedap sekali
dimasak lemak. Tentu anak-anaknya berselera makan malam nanti. Dia tersenyum sendirian.



                                      *************
Malamnya, selepas solat Isya’ Mak Zah mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Su sudahpun
khatam al-Quran, Cuma bacaan tajwidnya sahaja yang perlu diperbetulkan. Selesai mengaji,
Mak Zah memberkan tazkirah pula kepada anak-anaknya. Dia tidak mampu untuk memberi
tazkirah sehebat ustaz yang mengajar di masjid-masjid maklumlah dia bukannya ditarbiyyah
dengan terbiah Islam secara syumul sewaktu kecil. Tapi, dia hanya mampu untuk menasihati
anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh dan melakukan semua amalan hanya kerana
Allah semata-mata. Dia tahu yang dia akan ditanya oleh Sang Pencipta di hari kebangkitan
kelak samada dia melaksanakan tugasnya sebagai ibu ataupun tidak sewaktu hayatnya.



Selepas itu, dia mengayam mengkuang untuk dijadikan tikar. Husin suami Senah selalu ke
hutan. Tiap kali balik dari hutan, dia akan membawakan daun-daun mengkuang kepadanya
untuk dijadikan tikar. Walaupun upah yang diterimanya tidaklah setinggi mana, tapi itu sudah
cukup untuk membantunya. Keluarga Senah memang sahabat yang sejati. Walaupun mereka
bukan orang berada tapi mereka cukup baik sekali. Husin pernah memberitahunya sesuatu
sewaktu dia bertandang ke rumah Senah. Katanya, tidak beriman seseorang selagi mana dia
tidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi diri sendiri.



Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, kenapa orang yang tidak berada sangat-sangat
mementingka soal ukhuwah, soal tolong-menolong saudara yang berada dalam kesusahan.
Mengapa orang-orang kaya tidak pula berfikrah begitu. Di kampung mereka, bukan seorang-
dua yang kaya malahan banyak juga yang boleh dikatakan orang senang. Tapi mereka
tidaklah seperti keluarga Husin. Dia tidak pernah mengharapkan pun bantuan daripada
mereka tapi kadang-kadang dia terasa juga dengan golongan kaya ni. Kalaulah mereka
mengikut apa yang betul-betul diajarkan oleh Islam, tentu mereka tidak susah sebegini.



Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya harta tidak melekakan mereka dari beribadat
kepada Allah. Nabi dulu pun hidup miskin walaupun dia pemerintah sebuah kerajaan yang
agung. Nabi pun selalu berlapar. Begitu juga Abu Bakar. Seluruh hartanya diinfak kejalan
Islam. Keluarga Ali dan Fatimah pun tiada apa-apa harta. Mungkin disebabkan itulah mereka
tekun beribadat kepada Allah.
“Mak, mak penat ye. Mari su urutkan mak.” Su mengurut belakangnya.



Lamunannya terhenti. Dia memandang wajah anak kesayangannya itu.



“Tak apalah Su, kau pergilah baca buku tu. Peperiksaan kan dah dekat.”



“Tak apa mak. Ni kan tanggung-jawab Su. Mak pun ada hak yang patut su laksanakan.”



Mak Zah senyum. Bangga dengan anaknya. Tangannya yang pedih terkena duri mengkuang
bagaikan hilang dek kerana kasih-sayang yang ditunjukkan anaknya itu. Penderitaannya juga
terasa begitu ringan sekali. Syukurlah Allah menganugerahkan anak yang solehah. Itulah yang
diharapkannya. Anak yang solehah itulah harta peninggalan yang berguna sekiranya dia
meninggal kelak. Tak mengapa jika tidak berharta kerana harta takkan dapat mendoakan
kesejahteraannya di dalam kubur tetapi anak yang soleh akan menjamin keselesaannya di sana
nanti.



“Su, Insha Allah minggu depan mak bagi duit yuran peperiksaan kau.”



“Mak, mak dah banyak berkorban untuk Su. Su ingat lepas ni Su dah tak nak belajar lagi. Su
nak kerja.”



“Jangan Su. Mak tak bagi Su kerja.”



“Tapi Su dah tak sanggup tengok mak bekerja siang-malam. Apa yang mak tak buat?
Menoreh, jual kuih, tanam sayur, berkebun. Semua Mak dah buat. Biarlah Su pula yang
berkorban.”



“Su, kau nak kerja apa dengan kelayakan kau tu. Sekarang zaman maju Su. Kalau kau tiada
ilmu, kau akan ditindas. Manusia kat luar sana sentiasa menanti peluang untuk menjadikan
kau mangsa mereka. Kau kena belajar Su. Mak rela gadai tanah kita yang sekangkang kera ni
asalkan kau dapat belajar di Universiti.”



“Masa Su kerja nanti, Su boleh simpan duit. Bila dah ada duit nanti Su sambung belajar la
mak.”



“Keputusan mak tetap Su. Walau apa pun, kau kena belajar sampai peringkat tertinggi. Kau
kena ubah nasib kita Su. Ingat, Tuhan tak kan bagi kesenangan kepada kita sewenag-
wenangnya. Tuhan suruh kota berusaha Su. Itulah suruhannya kepada Adam sejak dia
dikeluarkan dari syurga. Dan itulah juga suruhannya kepada umat Muhammad.”



                                       *************



Mak Zah mengesat air matanya. Kerusi sofa itu terasa begitu empuk sekali. Badannya seolah-
olah ingin tenggelam dalam keempukan kerusi itu. Seorang pembantu rumah membawakan
se-jug air dan aneka kek untuk dijadikan alas perut sementara menunggu makanan tengah hari
siap. Anaknya Su masih di bilik. Entah apa-apa yang dibuatnya.



Mak Zah sayu lagi. Dia tidak menyesal mencagarkan tanahnya untuk membiayai kemasukan
Su ke Universiti selepas Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Sekarang anaknya itu sudah pun bergelar Doktor. Satu pangkat yang sangat-sangat dihormati
masyarakat. Dia teringat kembali zaman mudanya bergelumang dengan kerja-kerja kampung.
Teringat air mata yang dititiskan setiap kali ditimpa masalah. Segala-galanya sudah terbayar
sekarang. Dia tidak perlu bekerja lagi. Anaknya itu hanya mahu dia berehat sahaja di rumah.
Pembantu rumah disediakan. Dan jika dia sakit, Su sendiri yang merawatnya. Benarlah apa
yang dikatakan pada anaknya dulu, Tuhan tak kan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri
yang mengubahnya. Anaknya yang kedua pula sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh.
Selalu mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan beberapa kali mewakili
negara dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris peringkat Asia.
“Mak. Mak dah bersiap ke?” Su menghampirinya.



“Nak bersiap ke mana Su?”



“Mak, hari ni kan ulang tahun kematian ayah. Mak dah lupa ke?”



“Mak tak pernah lupa nak. Kebetulan, sekarang pun hujan kan.” Kata Mak Zah sambil
memerhati                                    ke                                    jendela.
Hujan turun renyai-renyai di luar rumah. Keadaan itulah yang selalu menghiasi kelendar
Disember di Negeri Kelantan yang sememangnya mempunyai dua musim. Musim panas dan
musim sejuk. Musim sejuk merupakan musim turunnya hujan dan matahari bersembunyi
malu di balik awan. Tidak mahu menunjukkan rupa.



“Su dah ambil cuti hari ni mak. Su nak melawat pusara ayah dengan mak.”



“Su memang anak yang baik. Tak sia-sia mak melahirkan kamu.” Ujar Mak Zah sambil
mengusap kepala anaknya itu.



Su mendekatkan dirinya pada ibunya. Dia ingin berada dalam pelukan ibunya. Terlalu besar
jasa dan pengorbanan ibunya itu.



“Tapi Su, kau sepatutnya sudah memulakan keluarga kau sendiri. Bila Su nak Kahwin?”



“Mak, Su tak pernah pun berfikir lagi soal tu. Biarlah Su jaga mak seperti mana mak menjaga
Su suatu masa dahulu. Su nak balas jasa-jasa mak. Lagipun, adik masih bersekolah lagi. Biar
Su jaga mereka pula. Su nak jalankan tanggung-jawab Su sebagai anak dan kakak.”
“Terpulanglah dekat kau Su. Tapi kalau kau kahwin pun, kau masih lagi boleh jaga mak dan
adik-adik.”



“Mak, jom kita pergi ke pusara ayah sekarang.”



Mereka pun berjalan beriringan tangan sambil membawa sekali segala kisah duka. Kisah duka
itu sudah pun berakhir. Nasib mereka pun sudah berubah dan mereka tidak perlu berlapar lagi,
tidak perlu hidup dalam kegelapan malam dan tidak perlu menangis lagi. Itulah harga untuk
sebuah pengorbanan. Kejayaan yang disulami dengan keredhaan Allah sangat-sangat berharga
dan dinilai seisi dunia.



Namun, hujan tetap turun jua walau di mana mereka berada. dan yang pastinya, tika hujan
turun, memori lama akan bermain kembali difikiran mereka. Namun semua itu akan
menambah lagi kekuatan mereka dan membuat mereka sentiasa ingat bahawa mereka pernah
mengalami saat kesusahan dan keadaan itu boleh kembali berlaku pada anak-cucu mereka
andainya mereka lalai dan sentiasa memikirkan yang mereka di takuk yang selamat.




                                       --TAMAT --

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (18)

Cerpen akhir sebuah penantian
Cerpen akhir sebuah penantianCerpen akhir sebuah penantian
Cerpen akhir sebuah penantian
 
Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)
 
Cinta pertama
Cinta pertamaCinta pertama
Cinta pertama
 
Kliping cerpen
Kliping cerpenKliping cerpen
Kliping cerpen
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Cerpen-Hal Tak Terduga
Cerpen-Hal Tak TerdugaCerpen-Hal Tak Terduga
Cerpen-Hal Tak Terduga
 
Ustad yusuf mansur
Ustad yusuf mansurUstad yusuf mansur
Ustad yusuf mansur
 
Deja Vu
Deja VuDeja Vu
Deja Vu
 
Angin dari gunung
Angin dari gunungAngin dari gunung
Angin dari gunung
 
Cerpen Sixth sense
Cerpen Sixth senseCerpen Sixth sense
Cerpen Sixth sense
 
Diari seorang wanita
Diari seorang wanitaDiari seorang wanita
Diari seorang wanita
 
Lost One Love
Lost One LoveLost One Love
Lost One Love
 
Bawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahBawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merah
 
Cerpen kasih salina
Cerpen  kasih salinaCerpen  kasih salina
Cerpen kasih salina
 
Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)
 
Cerpen "Permberian Terindah Dari Tuhan"
Cerpen "Permberian Terindah Dari Tuhan" Cerpen "Permberian Terindah Dari Tuhan"
Cerpen "Permberian Terindah Dari Tuhan"
 
Astral Travel Agent
Astral Travel AgentAstral Travel Agent
Astral Travel Agent
 
Science of love
Science of loveScience of love
Science of love
 

Destacado

Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyAR Muhamad Na'im
 
Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineAR Muhamad Na'im
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massAR Muhamad Na'im
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahAR Muhamad Na'im
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAR Muhamad Na'im
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureAR Muhamad Na'im
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryAR Muhamad Na'im
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiAR Muhamad Na'im
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summaryDr. Rubz
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocationAR Muhamad Na'im
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryDr. Rubz
 

Destacado (20)

Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
 
Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantine
 
3. rifampicin urine
3. rifampicin urine3. rifampicin urine
3. rifampicin urine
 
Saat sayang bertaut
Saat sayang bertautSaat sayang bertaut
Saat sayang bertaut
 
Image of the day 7
Image of the day 7Image of the day 7
Image of the day 7
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal mass
 
Image of the day 6
Image of the day 6Image of the day 6
Image of the day 6
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allah
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusion
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowel
 
Iv canulla
Iv canullaIv canulla
Iv canulla
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iii
 
Image of the day 5
Image of the day 5Image of the day 5
Image of the day 5
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summary
 
9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria
 
1.widened mediastinum
1.widened mediastinum1.widened mediastinum
1.widened mediastinum
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summary
 

Similar a SUKSES SU

Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)arvin2014
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songketRohana Mazelan
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiriNovi Indah
 
Mutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docxMutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docxabdus samad
 
Sh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganzSh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganzBudhi Emha
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Skrip-bercerita-tahap-1
 Skrip-bercerita-tahap-1 Skrip-bercerita-tahap-1
Skrip-bercerita-tahap-1rozitabtzain
 
Hikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe RawitHikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe RawitSatria
 
Legenda sumatra utara dongeng asal mula danau lau kawar
Legenda sumatra utara   dongeng asal mula danau lau kawarLegenda sumatra utara   dongeng asal mula danau lau kawar
Legenda sumatra utara dongeng asal mula danau lau kawarChia Ie
 
Part 2 luka luka hidup yang telah berlalu
Part 2 luka luka hidup yang telah berlaluPart 2 luka luka hidup yang telah berlalu
Part 2 luka luka hidup yang telah berlaluAbdul Rahman Masruhim
 
Legenda aceh banta berensyah
Legenda aceh   banta berensyahLegenda aceh   banta berensyah
Legenda aceh banta berensyahChia Ie
 
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdf
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdfThank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdf
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdfmasrohsuryanah
 

Similar a SUKSES SU (20)

Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)
 
Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)Dalam rindu (hembang tambun)
Dalam rindu (hembang tambun)
 
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songket
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Mutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docxMutiara Air Mata.docx
Mutiara Air Mata.docx
 
M46314 n6
M46314 n6M46314 n6
M46314 n6
 
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
 
Sh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganzSh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganz
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Para Penanti
Para PenantiPara Penanti
Para Penanti
 
Skrip-bercerita-tahap-1
 Skrip-bercerita-tahap-1 Skrip-bercerita-tahap-1
Skrip-bercerita-tahap-1
 
Hikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe RawitHikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe Rawit
 
Legenda sumatra utara dongeng asal mula danau lau kawar
Legenda sumatra utara   dongeng asal mula danau lau kawarLegenda sumatra utara   dongeng asal mula danau lau kawar
Legenda sumatra utara dongeng asal mula danau lau kawar
 
Part 2 luka luka hidup yang telah berlalu
Part 2 luka luka hidup yang telah berlaluPart 2 luka luka hidup yang telah berlalu
Part 2 luka luka hidup yang telah berlalu
 
Legenda aceh banta berensyah
Legenda aceh   banta berensyahLegenda aceh   banta berensyah
Legenda aceh banta berensyah
 
Monolog kasir kita.docx
Monolog kasir kita.docxMonolog kasir kita.docx
Monolog kasir kita.docx
 
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdf
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdfThank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdf
Thank You Letter Doc in Cream Denim Blue Playful Colorful Style 3.pdf
 
Laila dan majnun
Laila dan majnunLaila dan majnun
Laila dan majnun
 

Más de AR Muhamad Na'im

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureAR Muhamad Na'im
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rashAR Muhamad Na'im
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsyAR Muhamad Na'im
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...AR Muhamad Na'im
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscsAR Muhamad Na'im
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massAR Muhamad Na'im
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lungAR Muhamad Na'im
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingAR Muhamad Na'im
 

Más de AR Muhamad Na'im (12)

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic Fracture
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusion
 
Pleural effusion
Pleural effusionPleural effusion
Pleural effusion
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsy
 
Surgical short case stoma
Surgical short case stomaSurgical short case stoma
Surgical short case stoma
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
 
Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscs
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine posting
 

SUKSES SU

  • 1. Tika Hujan Turun Oleh: Bro Muhamad Na’im (jacknaim) Cerpen ini ditulis khas buat adik-adik peserta SKSPM 2006/2007 dan 2007/2008 serta adik- adikku dan sahabat sekalian. Semoga kita cekal menghadapi hidup. Semoga kita meniti kehidupan ini sambil memandang ke kiri dan kanan kita. Sesungguhnya masih banyak bangsa kita yang berada dalam seribu satu kesusahan. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan untuk memenuhkan oerut kita sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memajukan bangsa. Inilah masa untuk Revolusi kita bagi mengembalikan kegemilangan ketamadunan kita. ************* Manik-manik hujan yang turun merenyai sejak dari petang tadi semakin menunjukkan taring bila malam semakin melewati manusia yang sedang dibuai mimpi-mimpi indah. Nampaknya, tiada sebarang tanda yang ia kan berhenti malahan terus menggila. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Bertemankan lampu minyak tanah, Mak Zah mengasah pisau toreh buruknya. Itulah yang telah membantunya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarganya. Dia memerhatikan titisan air yang berderai jatuh dari lubang-lubang pada atap zink rumahnya yang sudah berkarat. Atap itu tidak pernah berganti sejak empat tahun lalu. Air itu melompat-
  • 2. lompat tatkala jatuh ke dalam besen yang ditadah di bawah lubang tersebut. Bunyi hujan yang menimpa zink didengarinya sebagai satu irama duka yang mensayukan hatinya. Dia sedar, sekiranya hujan tidak berhenti maka dia akan dilanda masalah yang besar. Diperhatikannya bilik Su, anaknya. Terbayang kalibat anaknya yang masih lagi belajar. Gigih benar anaknya itu. Tetap setia dengan bukunya walau terpaksa menelaah di bawah cahaya pelita malap. Hatinya pilu melihatkan keadaan anak sulungnya itu. Ya, tahun ini anaknya itu akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapannya besar sekali untuk melihat anaknya berjaya. Tapi, mampukah dia untuk menyediakan yang terbaik buat permata hatinya itu. Di tepi tiang seri pula, dua lagi anaknya iaitu Zam dan Afiq sedang lena tidur walaupun meringkuk kesejukan. Dilihatnya anaknya itu menggigil. Lantas dia bingkas bangun dan menyelimuti anak-anaknya itu dengan kain batik lusuh kepunyaannya. Anak-anaknya itu terlalu kecil untuk menanggung penderitaan mereka. Zam baru darjah satu, manakala Afiq baru berusia empat tahun. Mak Zah kembali mengasah pisaunya. Dia menoreh sedikit kukunya untuk memastikan yang pisau itu benar-benar tajam. Setelah berpuas hati, dia menyarungkannya dan membungkus dengan kain buruk. Pisau itu disangkutnya ke dinding. Dia cuba untuk baring, tapi kesejukan malam itu telah menggigit urat betisnya yang sudah sedia lenguh. Di capainya minyak urut, tapi hampa apabila mendapati botolnya telah kosong. “Abang, besar sungguh dugaan Allah terhadah Zah. Sejak abang pergi menemui Ilahi, nasib kita semakin susah Bang.” Getus hati kecilnya. Hati Mak Zah sayu mengingatkan kejadian yang berlaku empat tahun dahulu. Hujan yang turun mengingatkannya akan musim bah yang berlaku sewaktu dia sedang bertarung dengan maut untuk melahirkan Afiq. Ya, tika itu, hujan turun mencurah-curah dan waktu sebeginilah dia terlantar di biliknya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Perit bukan kepalang lagi. Dia masih ingat akan kasih suaminya. Memegang erat tangannya memeberikan sokongat
  • 3. keramat bagi meringankan kesakitan itu. Apabila dia sudah tidak tertanggung lagi ujian itu, suaminya turun meredah kesepian malam bertemankan hujan yang turun mencurah untuk meminta pertolongan. Perkarangan rumah mereka sudah pun dinaiki air separas betis. Memang rumah mereka agak hampir dengan sungai. Hanya beberapa depa sahaja. Anaknya yang sulung mengambil alih tugas untuk menemaninya. Namun sehingga ke Dinihari, suaminya tidak pulang-pulang juga. Dan ketika azan subuh bergema, lahirlah anak ketiganya tanpa dibidankan oleh sesiapa. Tak mengapalah, Siti Mariam juga berseorangan di padang pasir sewaktu melahirkan Nabi Allah, Isa Al Masih. Tapi, sehingga ke pagi suaminya masih belum pulang ke rumah. Hatinya bimbang sekali. Bayi yang masih merah itu dipangkunya dengan penuh kasih-sayang. Walaupun lemah tiada berdaya, namun dia cukup gembira sekali melihat puteranya itu. Masih diingatnya lagi, secawan teh tanpa gula yang dikacau oleh Su itulah yang menjadi bekalan tenaganya. Dia menunggu-nunggu hingga ke tengah hari namun, kalibat suami kesayangannya masih belum kelihatan. Zam menangis teresak-esak kerana lapar tetapi dia tiada berdaya untuk memasak. Su ingin sekali membantunya untuk memasak nasi, tapi apakan daya bila beras sudah tidak berbaki. Mana suaminya? Menjelang Asar, Tok penghulu datang dengan ditemani beberapa orang penduduk kampung. Hujan sudah mula reda. Terkejut Tok Penghulu melihatkan keadaannya yang baru lepas bersalin dan ditambah pula dengan kelesuan anak-anaknya yang masih belum makan. Muka Tok Penghulu kelihatan berkerut. Lantas dia menyuruh anak-anak buahnya untuk pulang mendapatkan makanan. Tok Penghulu sendiri menghilangkan diri dan beberapa ketika kemudian, Mak Kiah isteri penghulu datang merapatinya. Mak Kiah memangku anak kecil itu.Masih diingat, kelembutan tangan mak Kiah yang memegang bahunya. “Kiah, kau ada nampak suami aku tak. Dari semalam dia turun nak cari Mak Bidan tapi tak balik-balik.” Ujarnya lemah.
  • 4. “Zah..” Mak Kiah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. “Kenapa Kiah?” “Zah, sabar Zah. Aku nak kau bersabar Zah.” “Kenapa ni Kiah? Janganlah begini Kiah.” “Zah, penduduk kampung jumpa Abang Mat. Tadi suami aku datang nak maklumkan kepada kau. Tapi, dia tak tahu pula yang kau baru melahirkan anak.” “Mana suami aku Kiah.” “Zah, mereka jumpa mayat Abang Mat tersangkut di rumpun buluh di hilir sungai. Dia lemas Zah” “Zah! Apa yang kau katakan ni Zah.. Mayat? Mayat apa Zah?” dan dia rasakan pandangannya berpinar. ************* “Mak, kenapa mak menangis ni mak?” Su mengusap-ngusap bahu ibunya. “Su, mak teringatkan detik kita kehilangan bapamu.” Tangisan mak Zah gugur membasahi bumi.
  • 5. “Mak, jangan macam ni. Mak kena kuat. Kalau Mak tak kuat, macam mana Su nak teruskan hidup?” “Su, pergilah tidur nak. Esok kau nak ke sekolah.” “Tak kan Su nak tinggalkan mak macam ni.?” “Mak tak ada apa-apa Su. Mak Cuma terkenangkan arwah sahaja.” “Mak!” Su berkira-kira samada dia ingin meneruskan ucapannya itu ataupun tidak. “Kenapa Su?” “Tak mengapalah Mak. Mak, su masuk tidur dulu ye. Mak pun terus tidur ye. Dah pukul tiga pagi ni.” “Iya lah Su. Su pergi tidur ya, sayang anak mak.” Mak Zah memerhatikan anaknya itu berjalan ke biliknya. Dia kemudiannya cuba melelapkan mata sambil mengibau kembali kenangan bersama arwah suaminya. Matanya bergenang dengan titis-titis air jernih suam-suam kuku. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia terlelap. Sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukkan jam 5.15 pagi. Hujan telah pun berhenti. Bersyukurlah kepada Allah, dapatlah dia pergi menoreh. Dia segera bangkit menuju ke dapur. Setelah membasuh muka, diambilnya sebiji besen besar. Dicapainya tepung, telur dan sebekas air bersih. Bahan-bahan tadi digaulnya dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.
  • 6. Dia memanaskan minyak di dalam sebuah kuali dan kemudiannya mula menggoreng kuih cucur yang dibuatnya. Sambil menggoreng, dia menguli tepung lagi. Kali ini dia membuat kuih roti goreng pula. Itulah rutin hariannya untuk menambah pendapatan. Membuat kuih untuk ditinggalkan di Warung Senah dekat dengan kebun getahnya. Dia tahu yang dia tidak boleh bergantung kepada hasil jualan susu getah semata-mata. Jika tidak, manakan dia mampu untuk menyara diri mereka empat beranak. Selesai menggoreng kuih, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dilihatnya anak perempuan kesayangannya telap pun siap berpakaian sekolah. “Su, tolong kejutkan Zam. Bantu adik bersiap. Mak nak solat. Su dah solat?” Tegurnya. “Baiklah mak. Su dah solat dah pun. Dari tadi lagi.” Selesai solat, Mak zah menadah tangan menolong kebaikan dari Hadrat Allah S.W.T. Dia memohon agar dimurahkan rezekinya serta diberikan kekuatan untuknya mencari rezeki. Sebagai ibu, dia juga tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak-anaknya. Dia tahu yang pada masa kini, hanya pelajaranlah yang mampu mengubah nasib seseorang. Dia tidak mahu anaknya hidup susah sepertinya. Terpaksa mengerah segala keringat yang ada, membanting tulang empat kerat semata-mata ingin mendapatkan duit barang seringgit-dua. Dia tahu yang dirinya orang susah. Tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak- anaknya. Tapi dia tahu yang dia tidak boleh mengeluh. Teringat pesan arwah suaminya. Biarlah mereka hidup susah, bekerja separuh mati asalkan rezeki yang mereka dapatkan untuk anak-anak mereka itu halal. Makanan itu akan menjadi darah daging mereka dan makanan itulah yang akan mencorakkan sekeping darah beku dalam diri mereka. Ya,sesungguhnya baik atau buruknya hati seseorang bergantung kepada makanan jasmani yang mereka suap setiap hari. Kerana itulah, dia sanggup bersusah-payah melakukan pelbagai kerja. Dia tahu bahawa di sebalik kepayahan itu, pasti ada kemudahan yang telah Allah sediakan. Dia cukup yakin sekali dengan kalimah itu.
  • 7. “Mak..” Su menegur lembut. Lamunan Mak Zah terhenti. Dia segera mengemas telekung sembahyangnya dan melipat sejadah. “Ada apa Su?” Balasnya sambil tersenyum. Senyuman yang sedikit sebanyak mampu untuk menyorokkan wajah cekung dan kerut-kerut di mukanya. Dia tidaklah setua mana. Cuma kerja kampung yang dilakukannya menyebabkan wajahnya kelihatan seperti berumur 60-an Su serba-salah untuk menjawabnya. Dari semalam dia memikirkan ayat-ayat terbaik untuk disampaikan kepada ibunya. Dia takut untuk menyusahkan ibunya. “Mak, cikgu dah minta duit yuran peperiksaan SPM. Su seorang sahaja lagi yang tak membayarnya mak. Cikgu kata, kalau tak bayar yuran tak boleh ambil periksa.” Mak Zah termenung. Dia teringat yang Su telah memberitahunya pasal yuran peperiksaan dari bulan lepas lagi. Tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menyediakannya. Tapi dia telah menyimpan sedikit demi sedikit hasil lebihan makan-minum mereka. “Su, kalau mak bagi separuh dulu macam mana?” ujarnya lemah. “Tak pa lah mak, kalau mak tak ada duit. Nanti Su minta tangguh lagi dengan cikgu.” Mak Zah hanya mengangguk. “Erm, mak. Su pergi dulu ya. Dah lewat ni.” “Ye lah Su. Hantar adik dulu tau. Pasal duit tu, nanti mak usahakan. Mak janji dengan kau nak.”
  • 8. Su mencium tangan ibunya itu dan memimpin Zam. Tapi, Zam tak nak ke sekolah. Dia menepis tangan Su. Entah apa kena pada Zam. Mak Zah memujuk Zam dengan lembut. Katanya, Zam harus belajar sampai pandai. Nanti boleh jaga Mak. Air mata Mak Zah tumpah lagi apabila Zam memberitahu yang dia malu untuk ke sekolah. Rakan-rakannya sering mengejek Zam kerana pakai baju sekolah yang bertampal sana-sini. Kasutnya juga koyak-rabak. Dirinya dirasakan begitu dayus sekali kerana tidak mampu menyediakan pakaian yang elok-elok buat anaknya. Kalaulah hari itu dia menerima lamaran sahabat arwah suaminya untuk dijadikan isteri kedua, tentu nasibnya tidaklah seteruk ini. Dia tahu yang sahabat arwah ingin membantunya. Tapi, kerana kasih yang tidak berbelah bagi terhadap arwah hasrat itu dibuangnya jauh-jauh. Tambahan pula, dia tidak mahu digelar sebagai perampas suami orang. Biarlah dia bersusah asalkan dia tidak menyusahkan hidup orang lain. Setelah dipujuk, Zam akhirnya ke sekolah juga. Nasib baiklah anaknya itu mengerti keadaan mereka walaupun dia masih kecil. Semoga anaknya itu menjadi orang hebat-hebat suatu ketika nanti. ************* Mak zah menyusun kuih-kuih yang telah siap digoreng ke dalam raga yang diperbuat daripada rotan. Dia mengenakan sehelai pakaian lusuh dan mengikat seutas tali rafia di pinggangnya. Pisau toreh yang tersangkut di dinding rumah itu diselitkan di pinggangnya. Mak Kiah mengejutkan Afiq dari tidur. Anak kecil itu menggeliat malas. Disuapnya sebiji kuih cucur. Kemudian, dia menggendong anak kecil itu di atas belakangnya. Langkahnya diatur deras menuju ke kebun getah. Sampai di Gerai Senah, dia meninggalkan kuih itu. “Sikit kuih kau buat hari ni Zah.” Sapa Mak senah.
  • 9. “Aku terlewat bangun tadi Senah oi. Dua jenis kuih je yang aku sempat buat. Ni pun dalam 40 biji je. Lagipun aku dah tak larat Senah. Urat-urat ni dah berpintal-pintal dah. Lenguh sangat- sangat.” “Sikit pun sikit lah Zah. Nak buat macam mana. Dah takat tu rezeki. “Aku pergi dulu lah senah. Dah lewat dah ni.” “Ah, iyalah. Zamil, mari ambil si Afiq ni !” Senah menjerit memanggil anaknya. Mak Zah bersyukur yang Senah sanggup menerima kuih untuk dijual di warung kopinya. Tak terbalas jasa sahabatnya itu. Maklumlah, Senah hanya ambil kuih daripadanya sahaja dan tidak menerimanya daripada orang lain. Senah juga sanggup untuk menolongnya menjaga Afiq. Dia terharu dengan pertolongan Senah itu. Mereka sememangnya kawan sejak dari kecil lagi tambahan pula, Senahlah yang memperkenalkan arwah suaminya kepada dia. Arwah dan Senah sepupu jadi dia nak sangat sepupunya itu berkahwin dengan Zah sahabat karibnya. Mak Zah menoreh dari pagi sampai ke pukul 11.30 tengah hari. Selesai menoreh,dia mengambil Afiq dari kedai Senah dan bergegas pulang ke rumah untuk memasak nasi bagi menjamu anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah. Selesai menanak nasi, dia ke kebun sayur di belakang rumahnya untuk membetulkan anak terung yang patah dek kerana hujan semalam. Selesai membetulkan anak terung, dia membuat para pula untuk mengikat pohon petola yang sudah pun tumbuh menjalar itu. Pokok-pokok sawi dan kangkung sebanyak empat batas sudah pun besar. Lagi dua atau tiga hari, bolehlah dipetik untuk dijual. Dia berkira-kira dengan hasil jualan itu dapatlah barang 20 ringgit. Dicampur dengan simpanannya sebanyak 80 ringgit, maka dia hanya memerlukan lagi 20 ringgit untuk melangsaikan yuran peperiksaan Su. Seperti biasa, anak-anaknya pulang ke rumah pada pukul 1.30 tengah hari. Mak Zah melayan anak-anaknya makan. Setelah memastikan yang anak-anaknya sudah kenyang, barulah dia
  • 10. menyuap mulutnya pula. Dia tidak kisah sekiranya makan sisa sahaja. Yang penting anaknya kenyang. Naluri keibuannya tidak akan membenarkan sama sekali anak-anaknya kelaparan. Su yang sudah pun solat zuhur mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang dia sedih yang anaknya itu tidak dapat bersama rakan-rakan yang lain ke kelas tambahan. Terpaksalah anaknya itu bergelut seorang diri dengan buku-bukunya. Hendak juga dia membantu, tapi apakan daya dia hanya bersekolah sampai darjah enam sahaja. Selesai makan, dia mandi dan solat. Tugasnya pada hari itu masih belum selesai lagi. Dia harus kembali ke Kebun getah untuk mencampur susu getah yang sudah dikutipnya beberapa hari lepas dengan cuka getah bagi membuang air dan membekukan getah. Dengan itu, harganya akan tinggi sedikit berbanding susu getah semata-mata. Selesai kerja-kerja di kebun getah, dia ke warung senah untuk memungut wang hasil jualan kuih. Dapatlah RM8. Dengan wang itu, dia ke kedai runcit untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih dan sedikit barang dapur. Sesampainya di rumah, azan asar sudah pun berkumandang. Dia segera solat dan ke kebun sayur untuk menyiram tanamannya. Kerjanya hari itu agak senang sedikit kerana tanah masih lembab lagi akibat hujan semalam. Seterusnya, dia mencapai baur kail yang diperbuat daripada batang salak lalu menuju ke sungai. Di tebing sungai, dia menguis-nguis tanah untuk mencari cacing. Setelah memperolehinya, dia ke lubuk yang terletak di tepi sungai untuk memancing ikan untuk dijadikan lauk makan malam. Setelah setengah jam menunggu, dapatlah dia beberapa ekor anak seluang sebesar ibu jari tangan dan seekor ikan puyu sebesar tapak tangan. Cukuplah untuk makan malam dan pagi esok. Dalam perjalanan pulang, dia mengutip pucuk kemiding yang tumbuh liar di sekitar semak di tebing sungai. Pucuk kemiding yang bewarna oren kecoklatan itu memang sedap sekali dimasak lemak. Tentu anak-anaknya berselera makan malam nanti. Dia tersenyum sendirian. *************
  • 11. Malamnya, selepas solat Isya’ Mak Zah mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Su sudahpun khatam al-Quran, Cuma bacaan tajwidnya sahaja yang perlu diperbetulkan. Selesai mengaji, Mak Zah memberkan tazkirah pula kepada anak-anaknya. Dia tidak mampu untuk memberi tazkirah sehebat ustaz yang mengajar di masjid-masjid maklumlah dia bukannya ditarbiyyah dengan terbiah Islam secara syumul sewaktu kecil. Tapi, dia hanya mampu untuk menasihati anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh dan melakukan semua amalan hanya kerana Allah semata-mata. Dia tahu yang dia akan ditanya oleh Sang Pencipta di hari kebangkitan kelak samada dia melaksanakan tugasnya sebagai ibu ataupun tidak sewaktu hayatnya. Selepas itu, dia mengayam mengkuang untuk dijadikan tikar. Husin suami Senah selalu ke hutan. Tiap kali balik dari hutan, dia akan membawakan daun-daun mengkuang kepadanya untuk dijadikan tikar. Walaupun upah yang diterimanya tidaklah setinggi mana, tapi itu sudah cukup untuk membantunya. Keluarga Senah memang sahabat yang sejati. Walaupun mereka bukan orang berada tapi mereka cukup baik sekali. Husin pernah memberitahunya sesuatu sewaktu dia bertandang ke rumah Senah. Katanya, tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi diri sendiri. Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, kenapa orang yang tidak berada sangat-sangat mementingka soal ukhuwah, soal tolong-menolong saudara yang berada dalam kesusahan. Mengapa orang-orang kaya tidak pula berfikrah begitu. Di kampung mereka, bukan seorang- dua yang kaya malahan banyak juga yang boleh dikatakan orang senang. Tapi mereka tidaklah seperti keluarga Husin. Dia tidak pernah mengharapkan pun bantuan daripada mereka tapi kadang-kadang dia terasa juga dengan golongan kaya ni. Kalaulah mereka mengikut apa yang betul-betul diajarkan oleh Islam, tentu mereka tidak susah sebegini. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya harta tidak melekakan mereka dari beribadat kepada Allah. Nabi dulu pun hidup miskin walaupun dia pemerintah sebuah kerajaan yang agung. Nabi pun selalu berlapar. Begitu juga Abu Bakar. Seluruh hartanya diinfak kejalan Islam. Keluarga Ali dan Fatimah pun tiada apa-apa harta. Mungkin disebabkan itulah mereka tekun beribadat kepada Allah.
  • 12. “Mak, mak penat ye. Mari su urutkan mak.” Su mengurut belakangnya. Lamunannya terhenti. Dia memandang wajah anak kesayangannya itu. “Tak apalah Su, kau pergilah baca buku tu. Peperiksaan kan dah dekat.” “Tak apa mak. Ni kan tanggung-jawab Su. Mak pun ada hak yang patut su laksanakan.” Mak Zah senyum. Bangga dengan anaknya. Tangannya yang pedih terkena duri mengkuang bagaikan hilang dek kerana kasih-sayang yang ditunjukkan anaknya itu. Penderitaannya juga terasa begitu ringan sekali. Syukurlah Allah menganugerahkan anak yang solehah. Itulah yang diharapkannya. Anak yang solehah itulah harta peninggalan yang berguna sekiranya dia meninggal kelak. Tak mengapa jika tidak berharta kerana harta takkan dapat mendoakan kesejahteraannya di dalam kubur tetapi anak yang soleh akan menjamin keselesaannya di sana nanti. “Su, Insha Allah minggu depan mak bagi duit yuran peperiksaan kau.” “Mak, mak dah banyak berkorban untuk Su. Su ingat lepas ni Su dah tak nak belajar lagi. Su nak kerja.” “Jangan Su. Mak tak bagi Su kerja.” “Tapi Su dah tak sanggup tengok mak bekerja siang-malam. Apa yang mak tak buat? Menoreh, jual kuih, tanam sayur, berkebun. Semua Mak dah buat. Biarlah Su pula yang berkorban.” “Su, kau nak kerja apa dengan kelayakan kau tu. Sekarang zaman maju Su. Kalau kau tiada
  • 13. ilmu, kau akan ditindas. Manusia kat luar sana sentiasa menanti peluang untuk menjadikan kau mangsa mereka. Kau kena belajar Su. Mak rela gadai tanah kita yang sekangkang kera ni asalkan kau dapat belajar di Universiti.” “Masa Su kerja nanti, Su boleh simpan duit. Bila dah ada duit nanti Su sambung belajar la mak.” “Keputusan mak tetap Su. Walau apa pun, kau kena belajar sampai peringkat tertinggi. Kau kena ubah nasib kita Su. Ingat, Tuhan tak kan bagi kesenangan kepada kita sewenag- wenangnya. Tuhan suruh kota berusaha Su. Itulah suruhannya kepada Adam sejak dia dikeluarkan dari syurga. Dan itulah juga suruhannya kepada umat Muhammad.” ************* Mak Zah mengesat air matanya. Kerusi sofa itu terasa begitu empuk sekali. Badannya seolah- olah ingin tenggelam dalam keempukan kerusi itu. Seorang pembantu rumah membawakan se-jug air dan aneka kek untuk dijadikan alas perut sementara menunggu makanan tengah hari siap. Anaknya Su masih di bilik. Entah apa-apa yang dibuatnya. Mak Zah sayu lagi. Dia tidak menyesal mencagarkan tanahnya untuk membiayai kemasukan Su ke Universiti selepas Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sekarang anaknya itu sudah pun bergelar Doktor. Satu pangkat yang sangat-sangat dihormati masyarakat. Dia teringat kembali zaman mudanya bergelumang dengan kerja-kerja kampung. Teringat air mata yang dititiskan setiap kali ditimpa masalah. Segala-galanya sudah terbayar sekarang. Dia tidak perlu bekerja lagi. Anaknya itu hanya mahu dia berehat sahaja di rumah. Pembantu rumah disediakan. Dan jika dia sakit, Su sendiri yang merawatnya. Benarlah apa yang dikatakan pada anaknya dulu, Tuhan tak kan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Anaknya yang kedua pula sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh. Selalu mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan beberapa kali mewakili negara dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris peringkat Asia.
  • 14. “Mak. Mak dah bersiap ke?” Su menghampirinya. “Nak bersiap ke mana Su?” “Mak, hari ni kan ulang tahun kematian ayah. Mak dah lupa ke?” “Mak tak pernah lupa nak. Kebetulan, sekarang pun hujan kan.” Kata Mak Zah sambil memerhati ke jendela. Hujan turun renyai-renyai di luar rumah. Keadaan itulah yang selalu menghiasi kelendar Disember di Negeri Kelantan yang sememangnya mempunyai dua musim. Musim panas dan musim sejuk. Musim sejuk merupakan musim turunnya hujan dan matahari bersembunyi malu di balik awan. Tidak mahu menunjukkan rupa. “Su dah ambil cuti hari ni mak. Su nak melawat pusara ayah dengan mak.” “Su memang anak yang baik. Tak sia-sia mak melahirkan kamu.” Ujar Mak Zah sambil mengusap kepala anaknya itu. Su mendekatkan dirinya pada ibunya. Dia ingin berada dalam pelukan ibunya. Terlalu besar jasa dan pengorbanan ibunya itu. “Tapi Su, kau sepatutnya sudah memulakan keluarga kau sendiri. Bila Su nak Kahwin?” “Mak, Su tak pernah pun berfikir lagi soal tu. Biarlah Su jaga mak seperti mana mak menjaga Su suatu masa dahulu. Su nak balas jasa-jasa mak. Lagipun, adik masih bersekolah lagi. Biar Su jaga mereka pula. Su nak jalankan tanggung-jawab Su sebagai anak dan kakak.”
  • 15. “Terpulanglah dekat kau Su. Tapi kalau kau kahwin pun, kau masih lagi boleh jaga mak dan adik-adik.” “Mak, jom kita pergi ke pusara ayah sekarang.” Mereka pun berjalan beriringan tangan sambil membawa sekali segala kisah duka. Kisah duka itu sudah pun berakhir. Nasib mereka pun sudah berubah dan mereka tidak perlu berlapar lagi, tidak perlu hidup dalam kegelapan malam dan tidak perlu menangis lagi. Itulah harga untuk sebuah pengorbanan. Kejayaan yang disulami dengan keredhaan Allah sangat-sangat berharga dan dinilai seisi dunia. Namun, hujan tetap turun jua walau di mana mereka berada. dan yang pastinya, tika hujan turun, memori lama akan bermain kembali difikiran mereka. Namun semua itu akan menambah lagi kekuatan mereka dan membuat mereka sentiasa ingat bahawa mereka pernah mengalami saat kesusahan dan keadaan itu boleh kembali berlaku pada anak-cucu mereka andainya mereka lalai dan sentiasa memikirkan yang mereka di takuk yang selamat. --TAMAT --