SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
Descargar para leer sin conexión
TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN
                 PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS

                     Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin &
                              Siti Hazwani Mohamed Rozi
                                Guru Pelatih DPLI UKM

                                           Abstrak
Kepelbagaian strategi pengajaran meliputi kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti
pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk penglibatan pelajar
secara aktif dalam kelas. Satu kajian dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan
penglibatan pelajar dalam kelas dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektif
kajian ini adalah untuk meneroka proses meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa
rendah diri serta rasa takut dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan serta mencungkil potensi diri, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar yang mana meliputi 3
kelas yang berlainan iaitu 2 buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan sebuah
kelas aliran perdana. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar pendidikan
khas kelas Matematik tingkatan 1, 8 orang pelajar pendidikan khas kelas Bahasa Melayu
tingkatan 4 dan 42 orang pelajar aliran perdana kelas Perdagangan tingkatan 4. Kajian
tindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama dalam satu
kitaran. Kaedah temubual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan dalam proses
pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian aktiviti dengan penggunaan
Teori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam
kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, usaha yang
berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
pada masa hadapan.




PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan
membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua
pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah
penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran
dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian
kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan
minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).
         Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan
pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dilihat bahawa pelajar amat sukar untuk
memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan guru
semata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat dan
penglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untuk
mengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yang
diajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalam
bilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung
kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam
kelas.
         Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajar
dilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan fokus sistem
persekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu verbal-linguistik yang
mana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah tradisional tanpa
menggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang bersesuaian dan membuatkan
pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.
        Pengkaji berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluang
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihat
memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, pengkaji
mengambil inisiatif untuk mengkaji usaha bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalam
kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan
Pelbagai mengikut subjek yang diajar.

Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai “ An
intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural
settings.” (Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-
Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal
dan Naturalis.
         Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan
dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui
aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka
terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang
emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan
stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.
         Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks,
membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat
perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan
komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.
Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak
menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginan
menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui
kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.
         Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan
ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran
dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan
kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh
memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.
         Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan
idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran
motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan
serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk
belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model.
         Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi,
termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang
mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara
manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah
yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap
bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui
pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.
        Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat
serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan
orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-
kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran
interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang
lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan
lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta
penglibatan dalam perbincangan kelas.
        Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari
segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan
diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan
diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan
refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-
stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.
        Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai
tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta
semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan
melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan
haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan
melalui aktiviti luar kelas.
        Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu,
pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan
mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia
juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan
baru dalam pengajaran.
        Melalui pendekatan ini, para pengkaji menggunakan gabungan lima kecerdasan iaitu
Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Interpersonal, Intrapersonal dan juga kecerdasan
Kinestetik mengikut kesesuaian subjek, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kajian
ini.
Pernyataan Masalah
Melalui pemerhatian dan refleksi pengkaji pada semasa menjalani latihan mengajar di
sekolah, didapati penglibatan pelajar dalam kelas kurang memberangsangkan berdasarkan
kepada reaksi mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
kelas. Pengalaman pengkaji sendiri mendapati kebanyakan pelajar kurang melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka dilihat kurang
keyakinan diri, takut dan malas untuk melibatkan diri dengan pengajaran yang disampaikan
oleh guru. Ada juga dikalangan mereka sukar memahami, mengingati serta tidak mahu
mengeluarkan idea atau pendapat ketika diminta. Kurangnya pendedahan awal kepada
pendekatan berfikir merupakan salah satu kemungkinan mengapa permasalahan ini terjadi.
Pembelajaran yang berlaku hanya melibatkan satu hala sahaja iaitu guru mengajar di
hadapan manakala pelajar hanya mendengar di tempat duduk masing-masing tanpa
melakukan apa-apa aktiviti.
       Oleh kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran, maka guru kurang
menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut
kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada pelajar
mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kira
tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas
masing-masing. Justeru, kajian mengenai usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalam
kelas menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai dilakukan untuk menangani
permasalahan yang berlaku. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :-
       1.      Meningkatkan keyakinan, rasa rendah diri dan juga rasa takut yang ada pada
               pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
       2.      Mendedahkan pelajar kepada proses berfikir dan penjanaan idea serta
               pendapat dalam aktiviti yang dilakukan.
       3.      Meneroka kelebihan, kebolehan, kecenderungan dan minat pelajar menerusi
               aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
       4.      Memupuk keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan
               pengajaran.


KAJIAN KEPUSTAKAAN
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang
(i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu
benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau batasan, (iv)
keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan.
Menurutnya lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan terhadap ilmu itu
sendiri, mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan yang sesuai dan
wajar agar dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang yang memiliki ilmu.
Berdasarkan penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Keadilan mesti dilaksanakan pada semua peringkat dan lapangan. Konsep keadilan dalam
pendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal dan
cara pembelajaran mereka.
        Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we
perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa
bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta,
pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan.
(Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan
pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.
Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka beberapa
domain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan iaitu
domain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor. Domain kognitif merupakan
pembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda, manakala domain afektif
merupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan emosi sementara
domain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan anggota tubuh
badan.
        Merujuk pada pemikiran L. Dee Fink dalam sebuah tulisannya yang berjudul Active
Learning, di bawah ini akan diuraikan konsep dasar pembelajaran aktif. Menurut L. Dee
Fink, pembelajaran aktif terdiri dari dua komponen utama yaitu: unsur pengalaman
(experience), meliputi kegiatan melakukan (doing) dan pengamatan (observing) dan
dialogue, meliputi dialog dengan diri sendiri (self) dan dialog dengan orang lain
(others)




Dialog dengan Diri (Dialogue with Self) :
Dialog dengan diri adalah bentuk belajar dimana para pelajar melakukan berfikir reflektif
mengenai suatu topik. Mereka bertanya pada diri sendiri, apa yang sedang atau harus
difikirkan, apa yang mereka rasakan dari topik yang dipelajarinya. Mereka “memikirkan
tentang pemikirannya sendiri, (thinking about my own thinking)”, dalam cakupan pertanyaan
yang lebih luas, dan tidak hanya berkaitan dengan aspek kognitif semata.
Dialog dengan orang lain (Dialogue with Others) :
Dalam pembelajaran tradisional, ketika pelajar membaca buku teks atau mendengarkan
ceramah, pada dasarnya mereka sedang berdialog dengan “mendengarkan” dari orang lain
(guru, penulis buku), tetapi sifatnya sangat terbatas kerana di dalamnya tidak terjadi balikan
dan pertukaran pemikiran. L. Dee Fink menyebutnya sebagai “partial dialogue“
        Bentuk lain dari dialog yang lebih dinamis adalah dengan membahagikan pelajar ke
dalam kelompok-kelompok kecil (small group), dimana para pelajar dapat berbincang
mengenai topik-topik pelajaran secara intensif. Lebih dari itu., untuk melibatkan pelajar ke
dalam situasi dialog tertentu, guru dapat mengembangkan cara-cara kreatif, misalnya
mengajak pelajar untuk berdialog dengan praktisi, ahli, dan sebagainya, baik yang
berlangsung di dalam kelas mahupun di luar kelas, melalui interaksi langsung atau secara
bertulis.

Mengamati (Observing) :
Kegiatan ini terjadi di mana para pelajar melihat dan mendengarkan ketika orang lain
“melakukan sesuatu (doing something)” , terkait dengan apa yang sedang dipelajarinya.
Misalnya, mengamati guru sedang melakukan sesuatu. Guru olah raga yang sedang
memperagakan cara menendang bola yang baik, guru komputer yang sedang melayari
internet dan sebagainya.
        Selain mengamati pelakuan yang ditampilkan gurunya, pelajar juga dapat diajak
untuk mendengarkan dan melihat dari orang lain, misalnya menyaksikan penampilan
bagaimana cara kerja seorang doktor ketika sedang mengubati pesakitnya, menyaksikan
seorang ahli muzik sedang memperagakan kemahirannya dalam memainkan alat
muziknya. Begitu juga pelajar dapat diajak untuk mengamati fenomena-fenomena lain,
terkait dengan topik yang sedang dipelajari, misalnya fenomena alam, sosial, atau budaya.
        Tindakan mengamati dapat dilakukan secara “langsung” atau “tidak langsung”.
Pengamatan langsung ertinya pelajar diajak mengamati kegiatan atau situasi nyata secara
langsung. Misalnya, untuk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar boleh dibawa
mengunjungi bank-bank yang ada di daerahnya. Sedangkan pengamatan tidak langsung,
pelajar diajak melakukan pengamatan terhadap situasi atau kegiatan melalui simulasi dari
situasi nyata, kajian kes atau diajak menonton filem (video). Misalnya unruk mempelajari
budaya kerja di bank, pelajar dapat diajak menyaksikan video tentang budaya kerja di
sebuah bank.

Melakukan (Doing):
Kegiatan ini menunjuk pada proses pembelajaran di mana pelajar benar-benar melakukan
sesuatu secara nyata. Misalnya, pelajar melakukan eksperimen (bidang ilmu-ilmu alam dan
sosial), menyelidiki sumber-sumber sejarah tempatan (sejarah), membuat pembentangan
lisan, membuat cerpen dan puisi (bidang bahasa) dan sebagainya. Sama halnya dengan
mengamati (observing), kegiatan “melakukan” dapat dilaksanakan secara langsung atau
tidak langsung.
Terkait dengan kebolehan mengimplementasikan konsep di atas, L. Dee Fink
menyampaikan 3 (tiga) saranan, sebagai berikut:
1. Memperluas jenis pengalaman belajar.
     Bentuk kelompok-kelompok kecil pelajar dan meminta mereka membuat keputusan
        atau menjawab sebuah pertanyaan tertentu secara berkala.
     Temukan cara agar pelajar dapat terlibat dalam berbagai dialog dengan orang lain,
         selain teman-teman sekelasnya (di website, melalui email, atau dalam kehidupan
        nyata).
     Dorong pelajar untuk membuat jurnal pembelajaran atau portofolio belajar. Guru
        boleh meminta para pelajar untuk menuliskan tentang apa yang mereka pelajari,
        bagaimana mereka belajar, apa peranan pengetahuan yang dipelajarinya untuk
        kehidupan mereka sendiri, bagaimana hal ini membuat mereka merasa, dan
        sebagainya.
    Temukan cara untuk membantu pelajar agar dapat mengamati sesuatu yang ingin
        dipelajarinya, baik secara langsung mahupun tidak langsung.
      Temukan cara yang memungkinkan pelajar untuk benar-benar melakukan sesuatu
        yang dipelajarinya, baik secara langsung maupun tidak langsung.
2. Mengambil manfaat dari “Power of Interaction.”
Dari keempat bentuk belajar di atas, masing-masing memiliki nilai tersendiri, tetapi apabila
keempat bentuk belajar tersebut (Dialogue with Self, Dialogue with Others, Observing, dan
Doing) dikombinasikan secara tepat, maka akan dapat memberikan kesan belajar yang lebih
bermakna kepada pelajar.
        Para pendukung Problem-Based Learning menyarankan kepada para guru untuk
mengawalinya dengan kegiatan “Doing”, di mana guru terlebih dahulu mengajukan berbagai
masalah nyata (real problem) untuk diselesaikan oleh pelajarnya. Kemudian, pelajar diminta
untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelilingnya (Dialogue with Others) untuk
menemukan cara-cara terbaik untuk digunakan bagi memecahkan masalah nyata yang
 telah diajukan. Setelah para pelajar saling berkomunikasi dan berbincang, selanjutnya para
pelajar akan melakukan berbagai macam bentuk belajar sesuai dengan pilihannya,
termasuk di dalamnya melakukan Dialogue with Self dan Observing.
3. Membuat dialektika antara pengalaman dan dialog.
Melalui pengalaman (baik melalui doing dan observing) pelajar memperoleh perspektif baru
tentang apa yang benar (keyakinan) dan apa yang baik (nilai). Sementara melalui dialog
dapat membantu pelajar untuk membina berbagai makna dan pemahamannya.
        Untuk menyempurnakan prinsip interaksi sebagaimana dijelaskan di atas iaitu
dengan melakukan dialektika antara kedua komponen tersebut. Dalam hal ini, secara kreatif
guru dapat mengkonfigurasi dialektika antara pengalaman baru yang kaya dan mendalam
dengan dialog yang bermakna, sehingga pada akhirnya pelajar benar-benar dapat
memperoleh pengalaman belajar yang signifikan dan bermakna.
        Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar
untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran
(Keefe, 1979). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara
belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosio-ekonomi dan budaya
keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya. Atas perbezaan faktor-faktor tersebut,
gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar
yang lain. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebih
cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran; terdapat juga
pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif; ada
juga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesa
belajar secara perseorangan (Felder, 1996). Walaupun seseorang pelajar dikatakan
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan
yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran
yang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yang berpusatkan guru seperti
syarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang berpusatkan pelajar seperti main
peranan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian
gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalangan
guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkin
berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil
perhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai
prestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat
dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untuk
mengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahami
gaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk
memenuhi kehendak pelajar dalam proses pembelajaran.
        Charmer (1988) telah menyenaraikan beberapa faktor penyebab berkenaan dengan
lepasan sekolah atau universiti yang tidak diterima bekerja oleh majikan. Di antara faktor-
faktor penyebabnya adalah tahap pencapaian akademik dan gred yang rendah, tiada
motivasi untuk bertindak, tiada inisiatif untuk membuat keputusan yang drastik, kekurangan
'soft skills' (bahasa, komunikasi, kemahiran), kekurangan tahap kematangan dan tiada
potensi untuk bertindak sebagai pemimpin. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan
kecerdasan mental yang melibatkan skala prestasi.
         Abelson (1977), pelajar tidak akan menjadi seorang pelajar yang berkesan, fleksibel
atau mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan sekiranya
mereka tidak berupaya mengawal dan mengarahkan proses kognitif mereka.
         Habibah (1978), telah menjalankan kajian berkenaan dengan motivasi pencapaian
dengan prestasi pelajar tahun lima. Seramai 90 orang subjek murid darjah enam daripada
40 buah sekolah rendah di Selangor dan Wilayah Perseketuan telah diujikaji dengan
menggunakan alat ujian kecerdasan ' Raven's Standard Progressive Matrices'. Kajian
mendapati terdapatnya hubungan yang tinggi diantara kecerdasan dengan pencapaian
dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Korelasi yang didapati di antara kecerdasan
dengan pencapaian adalah 0.839.
         Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja.
         Seawal tahun 1904, Charles Spearman telah mengeluarkan Teori Dua-Faktor
bahawa kesemua kebolehan kecerdasan manusia mempunyai pertindihan yang dipanggil
faktor „g‟ (general). Selain itu, setiap kebolehan kecerdasan tersebut juga mempunyai faktor
„s‟(specific) sebagai pelengkap kecerdasan. Teori tersebut dihasilkan melalui analisis faktor
terhadap beberapa ujian kecerdasan. Sebagai lanjutan daripada teori tersebut, Gardner
(1983) memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan menyenaraikan dua domain
sebagai faktor „g‟ iaitu kecerdasan VL dan LM, dan enam domain lain sebagai faktor „s‟.
Terdapat Beberapa kajian di luar dan dalam negara yang telah membuktikan kebenaran
teori tersebut. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Malm (2001) yang mendapati
kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal adalah dominan dalam kalangan
pelajar kolej komuniti. Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Schirduan (2001), Franzen
(1999) dan Harms (1998) membuktikan kecerdasan naturalis paling dominan dalam
kalangan pelajar sekolah berbanding pelajar yang telah meninggalkan sekolah.
         Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah mengkaji kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) dalam konteks pendidik sekolah di Malaysia. Ia juga membincangkan keperluan
KP dalam sukatan kurikulum, pedagogi dan sistem penilaian dalam konteks pendidikan di
negara ini. KP yang dicipta oleh Howard Gardner (1983) adalah satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Terdapat lapan konstruk kecerdasan yang
dikenalpasti dalam alat ujian KP iaitu visual-linguistik, logic-matematik, spatial, kinestetik
badan, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Kajian menunjukkan bahawa
kelas-kelas yang mengamalkan KP dalam pengajaran dan pembelajaran menghasilkan
pembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan pembelajaran, skor pencapaian yang
meningkat dan perubahan harga diri dan moral sekolah ke arah yang lebih positif.


Kerangka Teorikal
Secara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa usaha untuk
meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan strategi pengajaran
dan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan ini
guru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang agak pasif dalam kelas untuk
melibatkannya bergerak aktif dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segi
pendekatan P & P di bilik darjah.
       Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi
pengajaran khususnya dari segi kaedah dan aktiviti yang dirancang dan seterusnya
dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kerangka kerja
konseptual dalam Rajah 1 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan
pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti
penggunaan permainan, kaedah simulasi, latih tubi bertindak sebagai pemboleh ubah bebas
untuk menguji kecerdasan pelajar. Hal ini disokong dengan pendekatan Teori Kecerdasan
Pelbagai, yang mengakui bahawa setiap pelajar memiliki pelbagai kecerdasan dan cara
seseorang pelajar berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan dengan seorang murid
yang lain. Terdapat lima daripada lapan jenis kecerdasan yang telah dikenal pasti oleh
pengkaji untuk melibatkan kecenderungan potensi pelajar dalam bentuk verbal linguistik,
logik-matematik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Seterusnya, gabungan antara
strategi pengajaran yang dirancang guru bersama-sama dengan pendekatan Teori
Kecerdasan Pelbagai ini dilihat sama ada berjaya atau tidak untuk meningkatkan
penglibatan pelajar dalam kelas.




 Strategi pengajaran                                                   Meningkatkan
                                     Penerapan Teori
                                                                        penglibatan
                                        Kecerdasan
Kepelbagaian aktiviti                                                      pelajar
                                          Pelbagai
   dalam kaedah
    pengajaran                                                         -Pelajar aktif
                                      Verbal linguistik
                                        Rajah 1
                                                                  -Tidak malu bertanya
                                  Logik – Matematik
                                                                    -Berani menyatakan
                                         Kinestetik
                                                                         pendapat
                                       Interpersonal
                                                                         -Kreativiti
                                       Intrapersonal




                             Rajah 1: Kerangka Teoritikal
METODOLOGI KAJIAN


Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin (1947) yang telah
diadaptasikan daripada model asal ditunjukkan seperti rajah berikut :




                             Identifying a general or initial idea

                                     Mengenal pasti isu dan
                                      masalah kajian


                                                                        Reconnaissance or fact finding

                                                                            Menganalisis masalah
                                                                            Tinjauan pada kajian lepas

         Take first action step                                               Planning

          Pelaksanaan tindakan                                   Pembentukan pelan tindakan
          Mengutip data                                           dan penetapan aktiviti




                                            Evaluate

                                       Refleksi dan penilaian


                                                                                   Planning

                                                                           Pembentukan pelan tindakan
                                                                            dan penetapan aktiviti



                                                                 Take second action step

                                                                   Pelaksanaan tindakan
                                                                   Mengutip data

                                       Rajah 2 : Model Kurt Lewin



Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu ( dalam lingkungan bulan Februari hingga
April, 2010) melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. Lima
tahap utama dalam suatu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu dan masalah
kajian sebagai permulaan kajian. Kemudian diikuti dengan penganalisisan masalah yang
didapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Setelah itu pelan dibentuk untuk
merancang dan menetapkan aktiviti yang bersesuai dengan pengajaran. Seterusnya melalui
pelan terhadap aktiviti yang telah dirancang itu, pemerhatian dilakukan terhadap tingkah
laku dan penglibatan pelajar pada aktiviti berkenaan. Pada akhir lingkaran, refleksi dan
penilaian akan dilakukan. Permasalahan kajian akan dinilai semula dan proses kajian akan
dijalankan pada lingkaran seterusnya.

Kajian ini dilaksanakan secara kajian tindakan kolaboratif antara 3 orang guru pelatih yang
berperanan sebagai pengkaji dalam penyelidikan ini. Kajian dijalankan dalam tempoh 6
minggu pada masa pengajaran dan pembelajaran bagi 3 mata pelajaran yang berbeza di 3
kelas yang berlainan. Dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, perancangan pada
strategi pengajaran khususnya yang melibatkan kaedah dan kepelbagaian aktiviti diperlukan
bagi membolehkan pelajar aktif dan turut bersama-sama dalam sesi P & P. Secara tidak
langsung telah menunjukkan bahawa pelajar itu sendiri dan bahan pelajaran yang sesuai
berperanan untuk „menghidupkan‟ bilik darjah melalui penglibatan aktif mereka. Kajian ini
telah dijalankan ke atas 3 kelas berlainan di mana 2 daripadanya adalah daripada kelas
pendidikan khas masalah pendengaran dan 1 daripadanya adalah daripada kelas aliran
perdana. Keseluruhannya, kajian ini melibatkan 60 orang pelajar. Hal ini diperincikan seperti
berikut :

Kelas Aliran Khas                Kelas                Mata Pelajaran            Bilangan
                                                                                 Pelajar
                              Tingkatan 1               Matematik                   10
                              Tingkatan 4             Bahasa Melayu                 8
Kelas Aliran Perdana          Tingkatan 4              Perdagangan                  42
                                 Jumlah                                             60

Kajian ini keseluruhannya melibatkan pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif.
Instrumen yang digunakan adalah meliputi pemerhatian dan temu bual dengan pelajar serta
refleksi pengkaji. Teknik pemerhatian digunakan sebelum dan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Antara beberapa perkara yang menjadi
perhatian pengkaji adalah penglibatan dan keaktifan pelajar kepada setiap aktiviti dan
kaedah pengajaran yang digunakan. Maklum balas dan respon ini dilihat melalui perubahan
perubahan tingkah laku yang ditunjukkan seperti penglibatan aktif pelajar menyatakan
pendapat, menumpukan perhatian terhadap pengajaran serta mengambil bahagian dalam
setiap aktiviti yang telah dirancang. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam
kelas dan seterusnya direkod dalam borang pemerhatian. Selain daripada pemerhatian,
pengkaji turut menjalankan temu bual dengan beberapa orang pelajar yang dipilih secara
rawak daripada tiga kelas yang berasingan. Temu bual dilaksanakan adalah bertujuan untuk
mengetahui persepsi atau pendapat pelajar itu sendiri terhadap beberapa aktiviti yang
digabungjalinkan dalam kaedah pengajaran semasa proses P & P dijalankan dalam kelas
tersebut. Temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur dan soalan yang diajukan
berbentuk tidak formal bagi membolehkan pelajar menyatakan pendapatnya dengan selesa
dan bebas. Seterusnya pengkaji membuat refleksi ke atas intervensi yang dilakukan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, berdasarkan model Kurt Lewin yang ditunjukkan dalam Rajah 2, menunjukkan
terdapat lingkaran yang melibatkan prosedur atau langkah yang dilalui oleh pengkaji
sepanjang menjalankan kajian ini. Proses atau langkah kajian melibatkan tahap-tahap
seperti berikut :
    1. Mengenal pasti isu dan masalah kajian
    2. Menganalisis masalah dan tinjauan pada kajian-kajian lepas
    3. Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti
    4. Pelaksanaan tindakan dan kutipan data
    5. Refleksi dan penilaian
Proses-proses ini dijalankan mengikut lingkaran khususnya pada lingkaran pertama,
 namun begitu proses ketiga yakni pembentukan pelan dan penetapan aktiviti akan
 berperanan sebagai permulaan sebagai lingkaran kedua dan lingkaran seterusnya bagi
 kajian ini sekiranya terdapat perubahan dalam proses tersebut. Pengulangan pada lingkaran
 ini akan dilakukan sehinggalah pengkaji menemui jawapan bagi menangani permasalahan
 yang dihadapi pelajar. Prosedur kajian ini diperkuatkan lagi melalui penerangan pada suatu
 proses perancangan seperti berikut :

Tahap       Prosedur                             Penerangan prosedur
i)    Mengenal pasti isu Pada permulaan, pengkaji membuat pemerhatian awal untuk
      dan masalah kajian mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul semasa
                           proses       pengajaran   dan   pembelajaran    berlangsung
                           khususnya di kelas-kelas yang dijadikan sampel kajian.
                           Pemerhatian ditumpukan terhadap respon pelajar dalam
                           kelas serta tingkah laku yang merupakan sebahagian dalam
                           pengajaran guru setelah diterapkan teori kecerdasan
                           pelbagai pada sesuatu aktiviti pengajaran.
                           Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji mendapati pelajar
                           kurang melibatkan diri dalam pengajaran          dan hanya
                           bergantung kepada guru sekiranya berlangsung sesi soal
                           jawab berkenaan dengan suatu pengajaran dan juga hanya
                           mendengar penerangan guru serta hanya melakukan latihan
                           seperti yang diarahkan. Dengan kata lain, pelajar kelihatan
                           kurang aktif dalam kelas khususnya untuk menyatakan
                           pendapat dan sumbangsaran. Pengkaji merasakan suatu
                           perubahan yang berterusan perlu dilakukan untuk mengatasi
                           permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar.
ii)   Menganalisis         Melalui permasalahan dan isu yang telah dikenal pasti oleh
      masalah          dan pengkaji, maka tinjauan terhadap kajian-kajian oleh pengkaji
      tinjauan        pada terdahulu dilakukan untuk melihat sama ada permasalahan
      kajian-kajian lepas  yang sama atau lebih kurang pernah dialami oleh pelajar di
                           sesebuah sekolah atau institusi tertentu, dan sekiranya ada,
                           apakah cara yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu bagi
                           mengatasi masalah tersebut. Seterusnya dapat dijadikan
                           rujukan kepada kajian ini.
iii)  Pembentukan pelan Setelah pemerhatian awal dan tinjauan pada kajian lepas
      tindakan         dan dijalankan, pelan untuk membuatkan pelajar aktif melibatkan
      penetapan aktiviti   diri dalam pengajaran dirancang sepanjang tempoh kajian ini.
                           Peringkat ini memainkan peranan penting kerana
                           perancangan pada aktiviti dan kaedah pengajaran untuk
                           pelajar berperanan untuk melihat perubahan pada
                           penglibatan pelajar dalam kelas.
iv)   Pelaksanaan          Seterusnya, melalui pelan tindakan yang dirancang, maka
      tindakan         dan aktiviti dilaksanakan dalam kelas pada satu masa pengajaran
      kutipan data         di setiap minggu persekolahan. Aktiviti ini sememangnya
                           digunakan oleh guru bagi mengumpan pelajar memberi
                           tumpuan pada pengajaran dan seterusnya terlibat aktif pada
                           aktiviti berkenaan. Dalam masa yang sama, Teori
                           Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam kaedah pengajaran
                           yang bersesuaian dengan tahap pelajar bagi sesuatu mata
                           pelajaran. Ekoran daripada penglibatan pelajar, maka data
                           dikumpul melalui pemerhatian yang berperanan sebagai
                           instrumen utama kajian ini.
Tahap       Prosedur                        Penerangan prosedur
v)    Refleksi       dan Tahap ini melibatkan penilaian, penganalisisan, penjelasan
      penilaian          dan kesimpulan. Penilaian dilakukan dengan berdasarkan
                         pemerhatian yang direkod pada borang pemerhatian yang
                         disediakan untuk menilai sama ada aktiviti yang digunakan
                         dalam kelas pengajaran mampu meningkatkan penglibatan
                         pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
                         Seterusnya, refleksi memandang hasil yang telah dicapai
                         sebagai akibat daripada tindakan yang telah dilakukan pada
                         pelajar dalam kelas-kelas tersebut. Tahap ini amat penting
                         untuk mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti yang telah
                         dirancang bertindak sebagai suatu usaha yang dapat
                         meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas.




DAPATAN KAJIAN

Merujuk data yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan, didapati peratusan
penglibatan pelajar semakin meningkat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati
penglibatan, tingkah laku, keyakinan dan minat pelajar terhadap pembelajaran juga turut
meningkat. Bilangan pelajar yang pasif pula semakin menurun.

            Jadual 1: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Matematik
                          Masalah Pendengaran (10 pelajar)
                                                                   Peratus
                                                 Penglibatan
  Lingkaran                                                      Penglibatan
                   Minggu            Aktiviti   pelajar secara
                                                                Pelajar secara
                                                  Suka rela
                                                                  Suka rela
                                     Aktiviti
      1                2        Menyusun dan           2             20%
                                  Suai Padan
                                  Latih Tubi di
                       4          Papan Putih          2             20%
                                    (Rawak)
      2
                                   Kuliah dan
                       8         Perbincangan          4             40%
                                   Kumpulan
                                  Latih Tubi di
                       9          Papan Putih          5             50%
                                   (Sukarela)
      3
                                  Silang Kata
                      10                               9             90%
                                   Matematik
                      11        Kuiz Matematik        10            100%

Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan oleh
guru dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui lingkaran pertama iaitu pada minggu kedua, aktiviti menyusun dan
menyuaipadan yang digunakan dalam subjek matematik dilihat mula mendapat perhatian
daripada pelajar. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru mengenai cara-cara ia
dilaksanakan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar keluar ke hadapan kelas dan menyusun
jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepada
pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapaian tinggi
akan dapat bertindak dengan pantas manakala pelajar yang berpencapaian rendah akan
lebih tertumpu kepada perbincangan bersama rakan dan penerangan guru. Langkah-
langkah ini melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik, Kinestetik dan Interpersonal yang
mana ianya menguji kemahiran bertindak, menyelesaikan masalah dan keaktifan pelajar.
Permulaannya, pelajar kelihatan takut, kurang yakin dan tidak mahu keluar ke hadapan
kelas untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Namun, setelah diberikan sedikit motivasi oleh
guru, pelajar cuba melakukannya dan akhirnya berjaya.
        Untuk minggu seterusnya, iaitu pada lingkaran kedua, aktiviti latih tubi dijalankan.
Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan kelas untuk
membina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar kelihatan malu dan segan
untuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah. Namun, lama-kelamaan perasaan
tersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan motivasi yang diberikan oleh guru dan
pelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecerdasan Interpersonal
dan Intrapersonal iaitu kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut dan
malu mereka serta kebolehan individu memahami perasaan orang lain dan memberikan
motivasi kepada individu lain. Di samping itu, guru juga dapat mencungkil kebolehan pelajar
yang cekap dalam pengiraan.
        Aktiviti pembelajaran secara kuliah dan berkumpulan yang dijalankan pula dilihat
dapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar sesuai dengan Teori Kecerdasan
Interpersonal yang menitikberatkan kebolehan mereka memberi dan menerima pendapat
orang lain dalam sesuatu perbincangan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
dan setiap kumpulan diberikan beberapa set soalan. Setiap kumpulan dikehendaki
berbincang dan mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Kumpulan yang berjaya
menjawab kesemua soalan dengan betul akan diberi ganjaran sebagai peneguhan. Aktiviti
ini bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Logik-Matematik yang menekankan kebolehan
pelajar menggunakan nombor dengan berkesan termasuk memahami prinsip sebab dan
akibat yang amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
        Pada minggu berikutnya iaitu pada lingkaran yang ketiga, pengkaji sekali lagi
menggunakan aktiviti latih tubi untuk pengajaran. Kali ini pelajar diminta secara sukarela
menjawab soalan serta membuat penerangan di hadapan kelas. Didapati penglibatan
pelajar semakin memberansangkan. Tanpa perlu dipanggil, pelajar dengan sendirinya
menawarkan diri untuk menjawab soalan latih tubi tersebut. Peningkatan ini berlaku
disebabkan pelajar telah mula terdedah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jadi, perasaan takut, malu dan
kurang yakin semakin hilang. Keseronokan dan minat terhadap aktiviti yang dijalankan
mendorong pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas.
        Seterusnya, aktiviti silang kata Matematik dan juga kuiz Matematik dijalankan. Untuk
kedua-dua aktiviti ini, penglibatan daripada pelajar dilihat sangat tinggi, memberansangkan
dan menyeluruh. Bagi aktiviti silang kata Matematik, papan silangkata ditampal di papan
putih. Kemudian, guru menulis satu persatu soalan di papan putih. Pelajar yang paling cepat
mendapat jawapan dibenarkan menyelesaikan silang kata tersebut. Keadaan tersebut
diulang sehingga tamat soalan. Aktiviti ini dilihat dapat menguji kepantasan pelajar
menggunakan nombor, menjawab soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar di
samping menguji kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Kesemua
kemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan
Kinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal. Bagi kuiz Matematik pula, pelajar diberikan
satu set soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan kepantasan pelajar memberikan
jawapan. Daripada kuiz ini, guru dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam
subjek ini, juga pelajar yang lemah. Di sini Teori Kecerdasan Intrapersonal digunakan.
        Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji didapati
dapat menarik minat dan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Bahasa Melayu
                            Masalah Pendengaran (8 pelajar)

                                                    Penglibatan          Peratus
                                                   pelajar secara      Penglibatan
   Lingkaran      Minggu          Aktiviti
                                                     Suka rela        Pelajar secara
                                                                        Suka rela
                            Perbincangan dan
        1            2       pembentangan                 2                 25%
                                kumpulan
                            Melengkapkan peta
        2            4            minda                   4                 50%

                             Membentuk peta
                     8                                    6                 75%
                                    minda
                             Permainan “Teka
                     9                                    8                100%
                                silang Kata”
                              Kuiz – balingan
                            dadu dan pemilihan
                     10                                   8                100%
        3                      kertas soalan
                                  berwarna
                            Permainan „Mencari
                     11          perkataan                8                100%
                                tersembunyi

Berdasarkan data yang diperolehi daripada jadual di atas, dapat dilihat bahawa melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada minggu-minggu tersebut menunjukkan peningkatan
dari segi bilangan penglibatan pelajar secara suka rela. Pada lingkaran pertama, aktiviti
perbincangan dan pembentangan dijalankan untuk mengenal pasti isi-isi tersurat yang
terdapat dalam petikan. Pelajar dibentuk kepada tiga kumpulan dan dikehendaki melakukan
perbincangan antara ahli kumpulan. Pelajar dilihat tidak yakin dengan jawapan masing-
masing sehinggakan tidak berani untuk tampil ke hadapan secara suka rela apabila
diarahkan oleh guru. Hanya dua orang pelajar dilihat cuba untuk menyatakan jawapan
daripada hasil perbincangan.
         Pada lingkaran kedua, beberapa aktiviti dilakukan untuk memperkenalkan bentuk
peta minda kepada pelajar, antaranya pada minggu keempat, guru telah menyediakan satu
peta minda berbentuk himpunan belon-belon yang mengandungi gambaran ciri-ciri yang
terdapat pada sesuatu watak. Beberapa kad imbasan yang mengandungi watak-watak
ditunjukkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar dikehendaki melengkapkan peta minda
tersebut dengan watak-watak yang telah disediakan oleh guru. Dalam aktiviti ini, guru
mengaplikasikan Kecerdasan Verbal-Lingustik secara tidak langsung kepada pelajar. Pelajar
perlu menghubungkaitkan kad imbasan tersebut dengan ciri-ciri yang ditunjukkan dalam
peta minda tersebut. Guru meminta kepada pelajar yang suka rela untuk melengkapkan
peta minda tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa hanya empat orang belajar yang berani
untuk mencuba, selebihnya memerlukan galakan daripada guru untuk tampil ke hadapan.
Untuk minggu seterusnya pula, murid diuji dengan Kecerdasan Interpersonal dan
Intrapersonal apabila murid perlu bekerja dalam kumpulan untuk membentuk peta minda
mengikut kreativiti masing-masing. Pada minggu ini, dilihat terdapat peningkatan pada
penglibatan pelajar, apabila ada antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk melakar
bentuk minda dan membentangkannya di hadapan semua. Guru sentiasa memberi
dorongan kepada pelajar untuk menyatakan idea dan sedia membetulkan jawapan
sekiranya tidak tepat. Kreativiti dan usaha pelajar yang paling utama dinilai oleh guru.
         Seterusnya pada lingkaran ketiga, yakni dalam lingkungan minggu ke-9 hingga ke-
11, beberapa aktiviti seperti permainan teka silang kata, kuiz dan mencari perkataan
tersembunyi dilaksanakan dalam kelas. Penglibatan pelajar dilihat menyeluruh dan pelajar
cuba untuk menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan oleh guru walaupun masih
berasa keraguan pada jawapan. Namun begitu, pelajar kelihatan lebih yakin dan berani
terutama apabila rangsangan yang diberikan oleh guru seperti ganjaran token dan hadiah
kepada sesiapa yang mendapat markah yang tinggi. Usaha-usaha ini secara tidak langsung
telah memperlihatkan respon dan kesan yang positif kepada pelajar untuk berdaya saing
dan seterusnya bertindak dalam aktif dalam setiap aktiviti tersebut.


            Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Perdagangan
                              Aliran Perdana (42 pelajar)
Lingkaran      Minggu          Aktiviti         Penglibatan             Peratus
                                               pelajar secara         Penglibatan
                                                 Suka rela           Pelajar secara
                                                                       Suka rela
    1             2            Simulasi              0                     0%
                  4          Permainan               12                   29%
    2                        teka silang
                                  kata
                  8          Permainan               16                   38%
                               mencari
                              perkataan
                            tersembunyi
                  9         Pertandingan             32                   76%
    3                        peta minda
                                 kreatif
                            berkumpulan
                 10            Simulasi              33                   79%
                 11           Kuiz roda              33                   79%
                                impian

Pada lingkaran pertama iaitu minggu kedua pengajaran dan pembelajaran, guru melihat
penglibatan pelajar sangat kurang aktif. Pada minggu kedua, guru telah menjalankan aktiviti
simulasi. Apabila pelajar diminta oleh guru secara sukarela ke hadapan untuk melakonkan
watak yang disediakan, tiada yang menawarkan diri. Apabila guru memanggil pelajar secara
rawak untuk ke hadapan, mereka kelihatan masih malu dan kurang keyakinan. Dua
daripada enam pelajar yang dipanggil ke hadapan dilihat menggigil sewaktu melakonkan
watak yang diberikan. Berdasarkan temu ramah tidak berstruktur yang dilakukan, keadaan
ini disebabkan pelajar kurang keyakinan diri dan juga kurang pendedahan dengan aktiviti-
aktiviti yang berpusatkan pelajar. Para pelajar sebelum ini lebih banyak didedahkan dengan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru.
         Pada lingkaran kedua, guru menjalankan aktiviti permainan silang kata dan mencari
perkataan tersembunyi. Dalam lingkaran kedua ini, guru mengaplikasikan Teori Kecerdasan
Pelbagai di mana Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan
membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan
pengajaran yang sesuai.Guru memberi galakan kepada pelajar untuk ke hadapan secara
sukarela. Galakan yang diberi oleh guru adalah dengan cara tidak melihat kepada betul atau
salah jawapan seseorang pelajar tetapi lebih tertumpu kepada keberanian pelajar untuk
menjawab soalan. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang salah, guru tidak akan
menghukum atau memberikan reaksi yang boleh merendahkan motivasi pelajar tetapi
memuji pelajar berkenaan kerana berani mencuba. Dari segi aktiviti pula, guru
mempelbagaikan cara penyampaian di mana guru membaca soalan-soalan dan dalam
masa yang sama juga mengedarkan kertas yang mengandungi soalan yang siap ditaip.Ini
kerana guru mengambil kira kecenderungan pelajar kerana menurut Gardner terdapat
individu yang lebih cenderung memahami sesuatu melalui pendengaran dan ada juga yang
cenderung memahami sesuatu melalui pembacaan.Daripada pemerhatian yang dibuat,
didapati bahawa dengan adanya galakan dan kepelbagaian dalam penyampaian, pelajar
menjadi lebih yakin dan berani untuk ke hadapan. Bagi aktiviti silang kata yang dijalankan
pada minggu ke empat, 12 orang pelajar yang sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
lalu kelihatan kurang berkeyakinan mula menunjukkan keaktifan di dalam kelas. Apabila
soalan dibaca mereka dengan sendirinya menawarkan diri untuk menjawab soalan. Bagi
aktiviti mencari perkataan tersembunyi yang dijalankan pada minggu ke lapan pula, bilangan
pelajar yang menunjukkan keaktifan adalah seramai 16 orang. Pada minggu ke lapan ini,
pelajar dilihat sudah mula terbiasa dengan aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar yang
dijalankan guru.
         Pada lingkaran ketiga, guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang menerapkan pelbagai
jenis kecerdasan. Pada minggu ke sembilan misalnya, guru mengadakan aktiviti melakar
peta minda kreatif secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan memperkembangkan
kecerdasan-kecerdasan pelajar, misalnya aktiviti melukis peta minda merujuk kepada
kecerdasan ruang, kerja berkumpulan merujuk kepada kecerdasan interpersonal dan
intrapersonal dan seterusnya pembentangan yang perlu dilakukan oleh pelajar dihadapan
kawan-kawan sekelas merujuk kepada kecerdasan bahasa. Kesemua kecerdasan-
kecerdasan ini digabungkan di dalam satu aktiviti untuk menggalakkan keaktifan pelajar.
Bagi aktiviti simulasi dan kuiz roda impian yang dijalankan pada minggu ke sepuluh dan
kesebelas juga, guru mempelbagaikan penyampaian permainan ini kepada pelajar. Sebagai
contoh, untuk aktiviti simulasi,guru tidak hanya memberikan dialog di atas kertas bersaiz
kecil kepada pemegang watak tetapi guru menulis skrip drama pada kad manila dan
menampal kad manila tersebut pada papan putih. Tujuan guru adalah supaya semua pelajar
dapat menghayati dialog melalui pembacaan dan pendengaran (melalui lakonan daripada
rakan pelajar) secara serentak. Menerusi aktiviti simulasi ini, guru menggabungkan
kecerdasan bahasa, ruang, kinestetik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi aktiviti
seterusnya iaitu kuiz berkumpulan roda impian pula, guru menggabungkan kecerdasan logik
matematik, visual ruang, kinestetik, intrapersonal dan interpersonal. Hasil pemerhatian,
selain galakan berterusan yang dilakukan oleh guru, gabungan beberapa kecerdasan yang
diterapkan di dalam satu-satu aktiviti telah menjadikan pelajar aktif sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini diperkukuhkan lagi dengan data yang
diperolehi hasil daripada pemerhatian pada minggu ke-9, 10 dan 11 di mana hampir satu
kelas iaitu seramai 32 orang pelajar (melakar peta minda) / 33 orang pelajar (simulas dan
roda impian) mula berani dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Pelajar dilihat sudah pandai mengenal pasti kebolehan diri mengikut
kecenderungan masing-masing hasil daripada pelaksanaan pelbagai aktiviti yang
dipelbagaikan mengikut Teori Kecerdasan Gardner (1983) sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.

PERBINCANGAN KAJIAN
Kajian ini mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sebuah kelas aliran
perdana dan dua buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran di mana pelajar
didapati masih kekok dan janggal dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pelajar
sukar memberikan kerjasama apabila diminta menjawab soalan secara sukarela dan
nampak kurang berkeyakinan dan takut apabila dipanggil kehadapan untuk terlibat dengan
aktiviti berpusatkan pelajar seperti pembentangan dan simulasi Bagi mengatasi masalah
pelajar, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di mana setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah
telah diubahsuai atau telah dijalankan dengan mengambil kira prisip Teori Kecerdasan
Pelbagai.
         Pengkaji telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai kerana Howard Gardner (1983)
menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan
(intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang
wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-
matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling
bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang
dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu
mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza
dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi
pendidikan, pengalaman dan persekitaran
         Kajian ini dijalankan mengikut prosedur berikut : pertama, setelah mengesan
masalah yang wujud dikalangan responden, pengkaji telah menyediakan satu aktiviti
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam aktiviti ini, guru tidak
mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang mana aktiviti yang diadakan tidak disertakan
atau diselitkan dengan galakan dan pengayaan. Guru memantau reaksi pelajar. Seterusnya
pada minggu berikutnya guru prinsip-prinsip yang terdapat pada Teori Kecerdasn Pelbagai
diaplikasikan dalam aktiviti yang dijalankan. Guru memberi galakan kepada pelajar untuk
terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga diubahsuai
agar dapat membantu pelajar mengembangkan dan meningkatkan potensi diri.
         Daripada hasil kajian yang diperolehi, dengan mengaplikasikan Teori Kecerdasan
Pelbagai, pelajar dilihat semakin berminat dan seronok melibatkan diri dengan aktiviti yang
disediakan oleh pengkaji. Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai dalam sesi pengajaran
mampu meningkatkan minat, keyakinan serta mencungkil kecenderungan dan kebolehan
pelajar dalam sesi pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu menarik perhatian dan fokus pelajar.
Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Implikasi Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi dapat dilihat dari perspektif
pelajar dan guru. Melalui strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah,
pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan, pengkaji mendapati ianya dapat membantu
meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatan
aktif mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
         Ini menunjukkan usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan Teori
Kecerdasan Pelbagai memberi kesan dan impak yang besar terhadap persepsi pelajar
tentang pembelajaran. Kaedah yang berpusatkan pelajar dan bahan bantu mengajar ini juga
secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan
kritis. Pelajar perlu meneroka sendiri apa yang ingin dipelajari dan guru hanya sebagai
pembimbing supaya pembelajaran pelajar tidak tersasar dari matlamat yang telah
ditetapkan.
         Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada
guru lain supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Ini kerana penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza dapat merangsang minda pelajar untuk
mengeluarkan idea-idea dan pendapat yang bernas. Pelajar juga lebih berkeyakinan dan
berani menyuarakan pendapat ketika berada di dalam kelas. Selain dapat meningkatkan
prestasi pelajar di dalam akademik, prestasi guru juga akan ditingkatkan.

Cadangan Kajian
Daripada kajian yang dijalankan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki
bagi tujuan penambahbaikan terhadap kajian ini. Antaranya ialah:
        1.    Aktiviti yang dijalankan oleh guru perlu menyeluruh iaitu sesuai dengan
              kebolehan dan tahap pencapaian pelajar.
        2.    Guru perlu memberikan lebih galakan kepada pelajar untuk lebih kuat
              berusaha dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.     Guru harus lebih kreatif mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada
              boleh didapati melalui pembacaan ataupun menggunakan aktiviti-aktiviti
              seperti yang lazimnya digunakan dalam latihan dalam kumpulan (LDK).
       4.     Guru perlu mencungkil dan meneroka bakat serta kebolehan yang ada dalam
              diri pelajar supaya dapat dimanfaatkan untuk masa depan mereka.
       5.     Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan dapat
              memberi tumpuan pada pengajaran guru


RUMUSAN
Secara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) secara konvensional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya
apabila digabungkan dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh kerana
kepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap pelajar
untuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak seiringan
dengan pengajaran tersebut. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehan
dan potensi yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Hal ini
perlu bagi membolehkan pelajar mempunyai inisiatif sendiri melibatkan diri dalam kelas
secara suka rela tanpa ada paksaan atau sebagainya. Dalam masa yang sama, penglibatan
ini membuahkan hasil dan kelebihan pada diri pelajar. Ini boleh dilihat apabila pelajar dapat
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ekoran daripada penglibatan aktif
pelajar dalam kelas. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jelas menunjukkan bahawa
perancangan strategi pengajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar dan bahan bantu
mengajar dapat bertindak dan berperanan sebagai usaha-usaha yang dapat meningkatkan
penglibatan pelajar dalam kelas. Perkara ini disokong lagi dengan pengaplikasian Teori
Kecerdasan Pelbagai untuk menjadikan suasana pengajaran yang lebih menyeronokkan.
Dengan ini, usaha-usaha tersebut dilihat mempunyai potensi yang baik dan perlu diteruskan
untuk manfaat pelajar. Segala penambahbaikan terhadap strategi pengajaran
sememangnya dialu-alukan dalam dunia pendidikan pada masa kini.
RUJUKAN

Bushro binti Ali & Halimah Badioze Zaman (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus
      Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-MathS).
      Retrieved from EbscoHost Database 5, 41-63.

Gan Teck Hock (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan
     kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran
     matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan
     Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Retrieved from www.scribd.com

Giam Kah How (1999). Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran
      dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jabatan Sains dan Matematik Maktab
      Perguruan Seri Kota, Jilid 2. Retrieved from apps.emoe.gov.my Bil 3. 57 – 63.

Jurulatih utama (2002). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
        Pembelajaran. Dicapai pada April 22, 2010, daripada www.docstoc.com.

Ng Choo Tang (1999). Teori pelbagai kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran
       nilai baik hati tahap 1 pendidikan moral KBSR – satu cadangan. Jurnal Pendidikan
Tigaenf . Retrieved from apps.emoe.gov.my.

Noran Fauziah Yaaku, Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias
      Rohani Ahmad Tarmizi (2006). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap
      prestasi pelajar dalam pendidikan perakaunan. Jurnal Pendidikan Universiti
      Malaya.Retreived from myais.fsktm.um.edu.my. 37 – 60.

Rizal Ariffin, Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan
       Pelbagai Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Psikologi. Retrieved from
       www.usm.my

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohmed Makki (2008). Faktor Kontribusi
        Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan,
        Retrieved from myais.fsktm.um.edu.my.

Teor Gok Hwa (2004). Masalah pembelajaran sejarah : satu kajian tindakan. Fakulti Sains
      Kognitif dan Pendidikan. Dicapai pada April 21, 2010 daripada www.psb1.uum.edu.my

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaranKamal Khalid
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerHamzah Salleh
 
Prinsip pembelejaran gagne (1985)
Prinsip pembelejaran gagne (1985)Prinsip pembelejaran gagne (1985)
Prinsip pembelejaran gagne (1985)Amirul Afif
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALErwina Masir
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 

La actualidad más candente (20)

15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaran
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
 
Prinsip pembelejaran gagne (1985)
Prinsip pembelejaran gagne (1985)Prinsip pembelejaran gagne (1985)
Prinsip pembelejaran gagne (1985)
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 

Destacado

Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaibibahfayyadh
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Norizan Hassan
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eqMohamad Fauzi
 
Rpt psv tin gkatan 1 2013
Rpt psv tin gkatan 1 2013Rpt psv tin gkatan 1 2013
Rpt psv tin gkatan 1 2013Nur Riena
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 
Analisa data kualitatif (2012 2013)
Analisa data kualitatif (2012 2013)Analisa data kualitatif (2012 2013)
Analisa data kualitatif (2012 2013)himae
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Durani Hanis
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPcik noorlyda
 
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kata
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kataData kualitatif adalah data yang berbentuk kata
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kataAshly Gon
 

Destacado (20)

Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple IntelligencesTeori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Jurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaruJurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaru
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
 
Rpt psv tin gkatan 1 2013
Rpt psv tin gkatan 1 2013Rpt psv tin gkatan 1 2013
Rpt psv tin gkatan 1 2013
 
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan PelbagaiTeori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
Analisa data kualitatif (2012 2013)
Analisa data kualitatif (2012 2013)Analisa data kualitatif (2012 2013)
Analisa data kualitatif (2012 2013)
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
 
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kata
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kataData kualitatif adalah data yang berbentuk kata
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kata
 
Pelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st centuryPelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st century
 

Similar a teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar

K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaJANGAN TENGOK
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docxridafarida14
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxridafarida14
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4shockgadof
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnalMohd Hilmi
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahMohamed Firdaus
 
Bab 12 pengurusan pelbagai upaya
Bab 12 pengurusan pelbagai upayaBab 12 pengurusan pelbagai upaya
Bab 12 pengurusan pelbagai upayaAsyikin4996
 
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaranAcf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajarandramajalansempit
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraianBukhary Ar
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 

Similar a teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar (20)

K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docx
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docx
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnal
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
 
Bab 12 pengurusan pelbagai upaya
Bab 12 pengurusan pelbagai upayaBab 12 pengurusan pelbagai upaya
Bab 12 pengurusan pelbagai upaya
 
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaranAcf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraian
 
Soal baru
Soal baruSoal baru
Soal baru
 
Untuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajarUntuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajar
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteriKecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Chapter 7
Chapter 7Chapter 7
Chapter 7
 
Chapter 7
Chapter 7Chapter 7
Chapter 7
 

Más de mat Ki

gambar seni
gambar senigambar seni
gambar senimat Ki
 
87443653 75101 2
87443653 75101 287443653 75101 2
87443653 75101 2mat Ki
 
87443653 75101
87443653 7510187443653 75101
87443653 75101mat Ki
 
71668245 5 a-hubungan-integriti
71668245 5 a-hubungan-integriti71668245 5 a-hubungan-integriti
71668245 5 a-hubungan-integritimat Ki
 
71667680 4 b-persepsi-masyarakat
71667680 4 b-persepsi-masyarakat71667680 4 b-persepsi-masyarakat
71667680 4 b-persepsi-masyarakatmat Ki
 
60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generikmat Ki
 
37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestarimat Ki
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3mat Ki
 

Más de mat Ki (8)

gambar seni
gambar senigambar seni
gambar seni
 
87443653 75101 2
87443653 75101 287443653 75101 2
87443653 75101 2
 
87443653 75101
87443653 7510187443653 75101
87443653 75101
 
71668245 5 a-hubungan-integriti
71668245 5 a-hubungan-integriti71668245 5 a-hubungan-integriti
71668245 5 a-hubungan-integriti
 
71667680 4 b-persepsi-masyarakat
71667680 4 b-persepsi-masyarakat71667680 4 b-persepsi-masyarakat
71667680 4 b-persepsi-masyarakat
 
60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik
 
37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3
 

Último

ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 

Último (20)

ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 

teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar

  • 1. TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi Guru Pelatih DPLI UKM Abstrak Kepelbagaian strategi pengajaran meliputi kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas. Satu kajian dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka proses meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa rendah diri serta rasa takut dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serta mencungkil potensi diri, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar yang mana meliputi 3 kelas yang berlainan iaitu 2 buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan sebuah kelas aliran perdana. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar pendidikan khas kelas Matematik tingkatan 1, 8 orang pelajar pendidikan khas kelas Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 42 orang pelajar aliran perdana kelas Perdagangan tingkatan 4. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama dalam satu kitaran. Kaedah temubual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian aktiviti dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendapatkan kesan yang lebih baik pada masa hadapan. PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987). Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dilihat bahawa pelajar amat sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat dan penglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untuk mengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yang diajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalam bilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajar dilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • 2. berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu verbal-linguistik yang mana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang bersesuaian dan membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas. Pengkaji berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihat memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji usaha bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai mengikut subjek yang diajar. Teori Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai “ An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings.” (Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal- Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
  • 3. muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak- kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen- stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu, pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran. Melalui pendekatan ini, para pengkaji menggunakan gabungan lima kecerdasan iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Interpersonal, Intrapersonal dan juga kecerdasan Kinestetik mengikut kesesuaian subjek, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kajian ini.
  • 4. Pernyataan Masalah Melalui pemerhatian dan refleksi pengkaji pada semasa menjalani latihan mengajar di sekolah, didapati penglibatan pelajar dalam kelas kurang memberangsangkan berdasarkan kepada reaksi mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Pengalaman pengkaji sendiri mendapati kebanyakan pelajar kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka dilihat kurang keyakinan diri, takut dan malas untuk melibatkan diri dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Ada juga dikalangan mereka sukar memahami, mengingati serta tidak mahu mengeluarkan idea atau pendapat ketika diminta. Kurangnya pendedahan awal kepada pendekatan berfikir merupakan salah satu kemungkinan mengapa permasalahan ini terjadi. Pembelajaran yang berlaku hanya melibatkan satu hala sahaja iaitu guru mengajar di hadapan manakala pelajar hanya mendengar di tempat duduk masing-masing tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Oleh kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran, maka guru kurang menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada pelajar mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kira tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas masing-masing. Justeru, kajian mengenai usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai dilakukan untuk menangani permasalahan yang berlaku. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :- 1. Meningkatkan keyakinan, rasa rendah diri dan juga rasa takut yang ada pada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2. Mendedahkan pelajar kepada proses berfikir dan penjanaan idea serta pendapat dalam aktiviti yang dilakukan. 3. Meneroka kelebihan, kebolehan, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. 4. Memupuk keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. KAJIAN KEPUSTAKAAN Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu
  • 5. benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau batasan, (iv) keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan. Menurutnya lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan terhadap ilmu itu sendiri, mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan yang sesuai dan wajar agar dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang yang memiliki ilmu. Berdasarkan penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Keadilan mesti dilaksanakan pada semua peringkat dan lapangan. Konsep keadilan dalam pendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal dan cara pembelajaran mereka. Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. (Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka beberapa domain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan iaitu domain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor. Domain kognitif merupakan pembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda, manakala domain afektif merupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan emosi sementara domain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan. Merujuk pada pemikiran L. Dee Fink dalam sebuah tulisannya yang berjudul Active Learning, di bawah ini akan diuraikan konsep dasar pembelajaran aktif. Menurut L. Dee Fink, pembelajaran aktif terdiri dari dua komponen utama yaitu: unsur pengalaman (experience), meliputi kegiatan melakukan (doing) dan pengamatan (observing) dan dialogue, meliputi dialog dengan diri sendiri (self) dan dialog dengan orang lain (others) Dialog dengan Diri (Dialogue with Self) : Dialog dengan diri adalah bentuk belajar dimana para pelajar melakukan berfikir reflektif mengenai suatu topik. Mereka bertanya pada diri sendiri, apa yang sedang atau harus difikirkan, apa yang mereka rasakan dari topik yang dipelajarinya. Mereka “memikirkan tentang pemikirannya sendiri, (thinking about my own thinking)”, dalam cakupan pertanyaan yang lebih luas, dan tidak hanya berkaitan dengan aspek kognitif semata.
  • 6. Dialog dengan orang lain (Dialogue with Others) : Dalam pembelajaran tradisional, ketika pelajar membaca buku teks atau mendengarkan ceramah, pada dasarnya mereka sedang berdialog dengan “mendengarkan” dari orang lain (guru, penulis buku), tetapi sifatnya sangat terbatas kerana di dalamnya tidak terjadi balikan dan pertukaran pemikiran. L. Dee Fink menyebutnya sebagai “partial dialogue“ Bentuk lain dari dialog yang lebih dinamis adalah dengan membahagikan pelajar ke dalam kelompok-kelompok kecil (small group), dimana para pelajar dapat berbincang mengenai topik-topik pelajaran secara intensif. Lebih dari itu., untuk melibatkan pelajar ke dalam situasi dialog tertentu, guru dapat mengembangkan cara-cara kreatif, misalnya mengajak pelajar untuk berdialog dengan praktisi, ahli, dan sebagainya, baik yang berlangsung di dalam kelas mahupun di luar kelas, melalui interaksi langsung atau secara bertulis. Mengamati (Observing) : Kegiatan ini terjadi di mana para pelajar melihat dan mendengarkan ketika orang lain “melakukan sesuatu (doing something)” , terkait dengan apa yang sedang dipelajarinya. Misalnya, mengamati guru sedang melakukan sesuatu. Guru olah raga yang sedang memperagakan cara menendang bola yang baik, guru komputer yang sedang melayari internet dan sebagainya. Selain mengamati pelakuan yang ditampilkan gurunya, pelajar juga dapat diajak untuk mendengarkan dan melihat dari orang lain, misalnya menyaksikan penampilan bagaimana cara kerja seorang doktor ketika sedang mengubati pesakitnya, menyaksikan seorang ahli muzik sedang memperagakan kemahirannya dalam memainkan alat muziknya. Begitu juga pelajar dapat diajak untuk mengamati fenomena-fenomena lain, terkait dengan topik yang sedang dipelajari, misalnya fenomena alam, sosial, atau budaya. Tindakan mengamati dapat dilakukan secara “langsung” atau “tidak langsung”. Pengamatan langsung ertinya pelajar diajak mengamati kegiatan atau situasi nyata secara langsung. Misalnya, untuk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar boleh dibawa mengunjungi bank-bank yang ada di daerahnya. Sedangkan pengamatan tidak langsung, pelajar diajak melakukan pengamatan terhadap situasi atau kegiatan melalui simulasi dari situasi nyata, kajian kes atau diajak menonton filem (video). Misalnya unruk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar dapat diajak menyaksikan video tentang budaya kerja di sebuah bank. Melakukan (Doing): Kegiatan ini menunjuk pada proses pembelajaran di mana pelajar benar-benar melakukan sesuatu secara nyata. Misalnya, pelajar melakukan eksperimen (bidang ilmu-ilmu alam dan sosial), menyelidiki sumber-sumber sejarah tempatan (sejarah), membuat pembentangan lisan, membuat cerpen dan puisi (bidang bahasa) dan sebagainya. Sama halnya dengan mengamati (observing), kegiatan “melakukan” dapat dilaksanakan secara langsung atau tidak langsung. Terkait dengan kebolehan mengimplementasikan konsep di atas, L. Dee Fink menyampaikan 3 (tiga) saranan, sebagai berikut: 1. Memperluas jenis pengalaman belajar.  Bentuk kelompok-kelompok kecil pelajar dan meminta mereka membuat keputusan atau menjawab sebuah pertanyaan tertentu secara berkala.  Temukan cara agar pelajar dapat terlibat dalam berbagai dialog dengan orang lain, selain teman-teman sekelasnya (di website, melalui email, atau dalam kehidupan nyata).  Dorong pelajar untuk membuat jurnal pembelajaran atau portofolio belajar. Guru boleh meminta para pelajar untuk menuliskan tentang apa yang mereka pelajari, bagaimana mereka belajar, apa peranan pengetahuan yang dipelajarinya untuk kehidupan mereka sendiri, bagaimana hal ini membuat mereka merasa, dan sebagainya.
  • 7. Temukan cara untuk membantu pelajar agar dapat mengamati sesuatu yang ingin dipelajarinya, baik secara langsung mahupun tidak langsung.  Temukan cara yang memungkinkan pelajar untuk benar-benar melakukan sesuatu yang dipelajarinya, baik secara langsung maupun tidak langsung. 2. Mengambil manfaat dari “Power of Interaction.” Dari keempat bentuk belajar di atas, masing-masing memiliki nilai tersendiri, tetapi apabila keempat bentuk belajar tersebut (Dialogue with Self, Dialogue with Others, Observing, dan Doing) dikombinasikan secara tepat, maka akan dapat memberikan kesan belajar yang lebih bermakna kepada pelajar. Para pendukung Problem-Based Learning menyarankan kepada para guru untuk mengawalinya dengan kegiatan “Doing”, di mana guru terlebih dahulu mengajukan berbagai masalah nyata (real problem) untuk diselesaikan oleh pelajarnya. Kemudian, pelajar diminta untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelilingnya (Dialogue with Others) untuk menemukan cara-cara terbaik untuk digunakan bagi memecahkan masalah nyata yang telah diajukan. Setelah para pelajar saling berkomunikasi dan berbincang, selanjutnya para pelajar akan melakukan berbagai macam bentuk belajar sesuai dengan pilihannya, termasuk di dalamnya melakukan Dialogue with Self dan Observing. 3. Membuat dialektika antara pengalaman dan dialog. Melalui pengalaman (baik melalui doing dan observing) pelajar memperoleh perspektif baru tentang apa yang benar (keyakinan) dan apa yang baik (nilai). Sementara melalui dialog dapat membantu pelajar untuk membina berbagai makna dan pemahamannya. Untuk menyempurnakan prinsip interaksi sebagaimana dijelaskan di atas iaitu dengan melakukan dialektika antara kedua komponen tersebut. Dalam hal ini, secara kreatif guru dapat mengkonfigurasi dialektika antara pengalaman baru yang kaya dan mendalam dengan dialog yang bermakna, sehingga pada akhirnya pelajar benar-benar dapat memperoleh pengalaman belajar yang signifikan dan bermakna. Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosio-ekonomi dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya. Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran; terdapat juga pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif; ada juga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesa belajar secara perseorangan (Felder, 1996). Walaupun seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yang berpusatkan guru seperti syarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalangan guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkin berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untuk mengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar dalam proses pembelajaran. Charmer (1988) telah menyenaraikan beberapa faktor penyebab berkenaan dengan lepasan sekolah atau universiti yang tidak diterima bekerja oleh majikan. Di antara faktor- faktor penyebabnya adalah tahap pencapaian akademik dan gred yang rendah, tiada motivasi untuk bertindak, tiada inisiatif untuk membuat keputusan yang drastik, kekurangan
  • 8. 'soft skills' (bahasa, komunikasi, kemahiran), kekurangan tahap kematangan dan tiada potensi untuk bertindak sebagai pemimpin. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan kecerdasan mental yang melibatkan skala prestasi. Abelson (1977), pelajar tidak akan menjadi seorang pelajar yang berkesan, fleksibel atau mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan sekiranya mereka tidak berupaya mengawal dan mengarahkan proses kognitif mereka. Habibah (1978), telah menjalankan kajian berkenaan dengan motivasi pencapaian dengan prestasi pelajar tahun lima. Seramai 90 orang subjek murid darjah enam daripada 40 buah sekolah rendah di Selangor dan Wilayah Perseketuan telah diujikaji dengan menggunakan alat ujian kecerdasan ' Raven's Standard Progressive Matrices'. Kajian mendapati terdapatnya hubungan yang tinggi diantara kecerdasan dengan pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Korelasi yang didapati di antara kecerdasan dengan pencapaian adalah 0.839. Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. Seawal tahun 1904, Charles Spearman telah mengeluarkan Teori Dua-Faktor bahawa kesemua kebolehan kecerdasan manusia mempunyai pertindihan yang dipanggil faktor „g‟ (general). Selain itu, setiap kebolehan kecerdasan tersebut juga mempunyai faktor „s‟(specific) sebagai pelengkap kecerdasan. Teori tersebut dihasilkan melalui analisis faktor terhadap beberapa ujian kecerdasan. Sebagai lanjutan daripada teori tersebut, Gardner (1983) memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan menyenaraikan dua domain sebagai faktor „g‟ iaitu kecerdasan VL dan LM, dan enam domain lain sebagai faktor „s‟. Terdapat Beberapa kajian di luar dan dalam negara yang telah membuktikan kebenaran teori tersebut. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Malm (2001) yang mendapati kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal adalah dominan dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Schirduan (2001), Franzen (1999) dan Harms (1998) membuktikan kecerdasan naturalis paling dominan dalam kalangan pelajar sekolah berbanding pelajar yang telah meninggalkan sekolah. Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah mengkaji kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dalam konteks pendidik sekolah di Malaysia. Ia juga membincangkan keperluan KP dalam sukatan kurikulum, pedagogi dan sistem penilaian dalam konteks pendidikan di negara ini. KP yang dicipta oleh Howard Gardner (1983) adalah satu set kemahiran yang membolehkan seseorang menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Terdapat lapan konstruk kecerdasan yang dikenalpasti dalam alat ujian KP iaitu visual-linguistik, logic-matematik, spatial, kinestetik badan, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Kajian menunjukkan bahawa kelas-kelas yang mengamalkan KP dalam pengajaran dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan pembelajaran, skor pencapaian yang meningkat dan perubahan harga diri dan moral sekolah ke arah yang lebih positif. Kerangka Teorikal Secara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan strategi pengajaran dan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan ini guru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang agak pasif dalam kelas untuk melibatkannya bergerak aktif dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan P & P di bilik darjah. Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi pengajaran khususnya dari segi kaedah dan aktiviti yang dirancang dan seterusnya dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kerangka kerja konseptual dalam Rajah 1 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti
  • 9. penggunaan permainan, kaedah simulasi, latih tubi bertindak sebagai pemboleh ubah bebas untuk menguji kecerdasan pelajar. Hal ini disokong dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, yang mengakui bahawa setiap pelajar memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang pelajar berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan dengan seorang murid yang lain. Terdapat lima daripada lapan jenis kecerdasan yang telah dikenal pasti oleh pengkaji untuk melibatkan kecenderungan potensi pelajar dalam bentuk verbal linguistik, logik-matematik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Seterusnya, gabungan antara strategi pengajaran yang dirancang guru bersama-sama dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai ini dilihat sama ada berjaya atau tidak untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas. Strategi pengajaran Meningkatkan Penerapan Teori penglibatan Kecerdasan Kepelbagaian aktiviti pelajar Pelbagai dalam kaedah pengajaran -Pelajar aktif Verbal linguistik Rajah 1 -Tidak malu bertanya Logik – Matematik -Berani menyatakan Kinestetik pendapat Interpersonal -Kreativiti Intrapersonal Rajah 1: Kerangka Teoritikal
  • 10. METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin (1947) yang telah diadaptasikan daripada model asal ditunjukkan seperti rajah berikut : Identifying a general or initial idea  Mengenal pasti isu dan masalah kajian Reconnaissance or fact finding  Menganalisis masalah  Tinjauan pada kajian lepas Take first action step Planning  Pelaksanaan tindakan  Pembentukan pelan tindakan  Mengutip data dan penetapan aktiviti Evaluate  Refleksi dan penilaian Planning  Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti Take second action step  Pelaksanaan tindakan  Mengutip data Rajah 2 : Model Kurt Lewin Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu ( dalam lingkungan bulan Februari hingga April, 2010) melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. Lima tahap utama dalam suatu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu dan masalah kajian sebagai permulaan kajian. Kemudian diikuti dengan penganalisisan masalah yang didapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Setelah itu pelan dibentuk untuk
  • 11. merancang dan menetapkan aktiviti yang bersesuai dengan pengajaran. Seterusnya melalui pelan terhadap aktiviti yang telah dirancang itu, pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar pada aktiviti berkenaan. Pada akhir lingkaran, refleksi dan penilaian akan dilakukan. Permasalahan kajian akan dinilai semula dan proses kajian akan dijalankan pada lingkaran seterusnya. Kajian ini dilaksanakan secara kajian tindakan kolaboratif antara 3 orang guru pelatih yang berperanan sebagai pengkaji dalam penyelidikan ini. Kajian dijalankan dalam tempoh 6 minggu pada masa pengajaran dan pembelajaran bagi 3 mata pelajaran yang berbeza di 3 kelas yang berlainan. Dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, perancangan pada strategi pengajaran khususnya yang melibatkan kaedah dan kepelbagaian aktiviti diperlukan bagi membolehkan pelajar aktif dan turut bersama-sama dalam sesi P & P. Secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa pelajar itu sendiri dan bahan pelajaran yang sesuai berperanan untuk „menghidupkan‟ bilik darjah melalui penglibatan aktif mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas 3 kelas berlainan di mana 2 daripadanya adalah daripada kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan 1 daripadanya adalah daripada kelas aliran perdana. Keseluruhannya, kajian ini melibatkan 60 orang pelajar. Hal ini diperincikan seperti berikut : Kelas Aliran Khas Kelas Mata Pelajaran Bilangan Pelajar Tingkatan 1 Matematik 10 Tingkatan 4 Bahasa Melayu 8 Kelas Aliran Perdana Tingkatan 4 Perdagangan 42 Jumlah 60 Kajian ini keseluruhannya melibatkan pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah meliputi pemerhatian dan temu bual dengan pelajar serta refleksi pengkaji. Teknik pemerhatian digunakan sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Antara beberapa perkara yang menjadi perhatian pengkaji adalah penglibatan dan keaktifan pelajar kepada setiap aktiviti dan kaedah pengajaran yang digunakan. Maklum balas dan respon ini dilihat melalui perubahan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan seperti penglibatan aktif pelajar menyatakan pendapat, menumpukan perhatian terhadap pengajaran serta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan seterusnya direkod dalam borang pemerhatian. Selain daripada pemerhatian, pengkaji turut menjalankan temu bual dengan beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada tiga kelas yang berasingan. Temu bual dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi atau pendapat pelajar itu sendiri terhadap beberapa aktiviti yang digabungjalinkan dalam kaedah pengajaran semasa proses P & P dijalankan dalam kelas tersebut. Temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur dan soalan yang diajukan berbentuk tidak formal bagi membolehkan pelajar menyatakan pendapatnya dengan selesa dan bebas. Seterusnya pengkaji membuat refleksi ke atas intervensi yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, berdasarkan model Kurt Lewin yang ditunjukkan dalam Rajah 2, menunjukkan terdapat lingkaran yang melibatkan prosedur atau langkah yang dilalui oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini. Proses atau langkah kajian melibatkan tahap-tahap seperti berikut : 1. Mengenal pasti isu dan masalah kajian 2. Menganalisis masalah dan tinjauan pada kajian-kajian lepas 3. Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti 4. Pelaksanaan tindakan dan kutipan data 5. Refleksi dan penilaian
  • 12. Proses-proses ini dijalankan mengikut lingkaran khususnya pada lingkaran pertama, namun begitu proses ketiga yakni pembentukan pelan dan penetapan aktiviti akan berperanan sebagai permulaan sebagai lingkaran kedua dan lingkaran seterusnya bagi kajian ini sekiranya terdapat perubahan dalam proses tersebut. Pengulangan pada lingkaran ini akan dilakukan sehinggalah pengkaji menemui jawapan bagi menangani permasalahan yang dihadapi pelajar. Prosedur kajian ini diperkuatkan lagi melalui penerangan pada suatu proses perancangan seperti berikut : Tahap Prosedur Penerangan prosedur i) Mengenal pasti isu Pada permulaan, pengkaji membuat pemerhatian awal untuk dan masalah kajian mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung khususnya di kelas-kelas yang dijadikan sampel kajian. Pemerhatian ditumpukan terhadap respon pelajar dalam kelas serta tingkah laku yang merupakan sebahagian dalam pengajaran guru setelah diterapkan teori kecerdasan pelbagai pada sesuatu aktiviti pengajaran. Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji mendapati pelajar kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan hanya bergantung kepada guru sekiranya berlangsung sesi soal jawab berkenaan dengan suatu pengajaran dan juga hanya mendengar penerangan guru serta hanya melakukan latihan seperti yang diarahkan. Dengan kata lain, pelajar kelihatan kurang aktif dalam kelas khususnya untuk menyatakan pendapat dan sumbangsaran. Pengkaji merasakan suatu perubahan yang berterusan perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar. ii) Menganalisis Melalui permasalahan dan isu yang telah dikenal pasti oleh masalah dan pengkaji, maka tinjauan terhadap kajian-kajian oleh pengkaji tinjauan pada terdahulu dilakukan untuk melihat sama ada permasalahan kajian-kajian lepas yang sama atau lebih kurang pernah dialami oleh pelajar di sesebuah sekolah atau institusi tertentu, dan sekiranya ada, apakah cara yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu bagi mengatasi masalah tersebut. Seterusnya dapat dijadikan rujukan kepada kajian ini. iii) Pembentukan pelan Setelah pemerhatian awal dan tinjauan pada kajian lepas tindakan dan dijalankan, pelan untuk membuatkan pelajar aktif melibatkan penetapan aktiviti diri dalam pengajaran dirancang sepanjang tempoh kajian ini. Peringkat ini memainkan peranan penting kerana perancangan pada aktiviti dan kaedah pengajaran untuk pelajar berperanan untuk melihat perubahan pada penglibatan pelajar dalam kelas. iv) Pelaksanaan Seterusnya, melalui pelan tindakan yang dirancang, maka tindakan dan aktiviti dilaksanakan dalam kelas pada satu masa pengajaran kutipan data di setiap minggu persekolahan. Aktiviti ini sememangnya digunakan oleh guru bagi mengumpan pelajar memberi tumpuan pada pengajaran dan seterusnya terlibat aktif pada aktiviti berkenaan. Dalam masa yang sama, Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar bagi sesuatu mata pelajaran. Ekoran daripada penglibatan pelajar, maka data dikumpul melalui pemerhatian yang berperanan sebagai instrumen utama kajian ini.
  • 13. Tahap Prosedur Penerangan prosedur v) Refleksi dan Tahap ini melibatkan penilaian, penganalisisan, penjelasan penilaian dan kesimpulan. Penilaian dilakukan dengan berdasarkan pemerhatian yang direkod pada borang pemerhatian yang disediakan untuk menilai sama ada aktiviti yang digunakan dalam kelas pengajaran mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, refleksi memandang hasil yang telah dicapai sebagai akibat daripada tindakan yang telah dilakukan pada pelajar dalam kelas-kelas tersebut. Tahap ini amat penting untuk mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bertindak sebagai suatu usaha yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas. DAPATAN KAJIAN Merujuk data yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan, didapati peratusan penglibatan pelajar semakin meningkat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati penglibatan, tingkah laku, keyakinan dan minat pelajar terhadap pembelajaran juga turut meningkat. Bilangan pelajar yang pasif pula semakin menurun. Jadual 1: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Matematik Masalah Pendengaran (10 pelajar) Peratus Penglibatan Lingkaran Penglibatan Minggu Aktiviti pelajar secara Pelajar secara Suka rela Suka rela Aktiviti 1 2 Menyusun dan 2 20% Suai Padan Latih Tubi di 4 Papan Putih 2 20% (Rawak) 2 Kuliah dan 8 Perbincangan 4 40% Kumpulan Latih Tubi di 9 Papan Putih 5 50% (Sukarela) 3 Silang Kata 10 9 90% Matematik 11 Kuiz Matematik 10 100% Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan oleh guru dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui lingkaran pertama iaitu pada minggu kedua, aktiviti menyusun dan menyuaipadan yang digunakan dalam subjek matematik dilihat mula mendapat perhatian daripada pelajar. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru mengenai cara-cara ia dilaksanakan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar keluar ke hadapan kelas dan menyusun jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepada pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapaian tinggi
  • 14. akan dapat bertindak dengan pantas manakala pelajar yang berpencapaian rendah akan lebih tertumpu kepada perbincangan bersama rakan dan penerangan guru. Langkah- langkah ini melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik, Kinestetik dan Interpersonal yang mana ianya menguji kemahiran bertindak, menyelesaikan masalah dan keaktifan pelajar. Permulaannya, pelajar kelihatan takut, kurang yakin dan tidak mahu keluar ke hadapan kelas untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Namun, setelah diberikan sedikit motivasi oleh guru, pelajar cuba melakukannya dan akhirnya berjaya. Untuk minggu seterusnya, iaitu pada lingkaran kedua, aktiviti latih tubi dijalankan. Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan kelas untuk membina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar kelihatan malu dan segan untuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah. Namun, lama-kelamaan perasaan tersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan motivasi yang diberikan oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal iaitu kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut dan malu mereka serta kebolehan individu memahami perasaan orang lain dan memberikan motivasi kepada individu lain. Di samping itu, guru juga dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam pengiraan. Aktiviti pembelajaran secara kuliah dan berkumpulan yang dijalankan pula dilihat dapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar sesuai dengan Teori Kecerdasan Interpersonal yang menitikberatkan kebolehan mereka memberi dan menerima pendapat orang lain dalam sesuatu perbincangan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa set soalan. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Kumpulan yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul akan diberi ganjaran sebagai peneguhan. Aktiviti ini bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Logik-Matematik yang menekankan kebolehan pelajar menggunakan nombor dengan berkesan termasuk memahami prinsip sebab dan akibat yang amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada minggu berikutnya iaitu pada lingkaran yang ketiga, pengkaji sekali lagi menggunakan aktiviti latih tubi untuk pengajaran. Kali ini pelajar diminta secara sukarela menjawab soalan serta membuat penerangan di hadapan kelas. Didapati penglibatan pelajar semakin memberansangkan. Tanpa perlu dipanggil, pelajar dengan sendirinya menawarkan diri untuk menjawab soalan latih tubi tersebut. Peningkatan ini berlaku disebabkan pelajar telah mula terdedah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jadi, perasaan takut, malu dan kurang yakin semakin hilang. Keseronokan dan minat terhadap aktiviti yang dijalankan mendorong pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas. Seterusnya, aktiviti silang kata Matematik dan juga kuiz Matematik dijalankan. Untuk kedua-dua aktiviti ini, penglibatan daripada pelajar dilihat sangat tinggi, memberansangkan dan menyeluruh. Bagi aktiviti silang kata Matematik, papan silangkata ditampal di papan putih. Kemudian, guru menulis satu persatu soalan di papan putih. Pelajar yang paling cepat mendapat jawapan dibenarkan menyelesaikan silang kata tersebut. Keadaan tersebut diulang sehingga tamat soalan. Aktiviti ini dilihat dapat menguji kepantasan pelajar menggunakan nombor, menjawab soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar di samping menguji kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Kesemua kemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Kinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal. Bagi kuiz Matematik pula, pelajar diberikan satu set soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan kepantasan pelajar memberikan jawapan. Daripada kuiz ini, guru dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam subjek ini, juga pelajar yang lemah. Di sini Teori Kecerdasan Intrapersonal digunakan. Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji didapati dapat menarik minat dan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 15. Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Bahasa Melayu Masalah Pendengaran (8 pelajar) Penglibatan Peratus pelajar secara Penglibatan Lingkaran Minggu Aktiviti Suka rela Pelajar secara Suka rela Perbincangan dan 1 2 pembentangan 2 25% kumpulan Melengkapkan peta 2 4 minda 4 50% Membentuk peta 8 6 75% minda Permainan “Teka 9 8 100% silang Kata” Kuiz – balingan dadu dan pemilihan 10 8 100% 3 kertas soalan berwarna Permainan „Mencari 11 perkataan 8 100% tersembunyi Berdasarkan data yang diperolehi daripada jadual di atas, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada minggu-minggu tersebut menunjukkan peningkatan dari segi bilangan penglibatan pelajar secara suka rela. Pada lingkaran pertama, aktiviti perbincangan dan pembentangan dijalankan untuk mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat dalam petikan. Pelajar dibentuk kepada tiga kumpulan dan dikehendaki melakukan perbincangan antara ahli kumpulan. Pelajar dilihat tidak yakin dengan jawapan masing- masing sehinggakan tidak berani untuk tampil ke hadapan secara suka rela apabila diarahkan oleh guru. Hanya dua orang pelajar dilihat cuba untuk menyatakan jawapan daripada hasil perbincangan. Pada lingkaran kedua, beberapa aktiviti dilakukan untuk memperkenalkan bentuk peta minda kepada pelajar, antaranya pada minggu keempat, guru telah menyediakan satu peta minda berbentuk himpunan belon-belon yang mengandungi gambaran ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu watak. Beberapa kad imbasan yang mengandungi watak-watak ditunjukkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar dikehendaki melengkapkan peta minda tersebut dengan watak-watak yang telah disediakan oleh guru. Dalam aktiviti ini, guru mengaplikasikan Kecerdasan Verbal-Lingustik secara tidak langsung kepada pelajar. Pelajar perlu menghubungkaitkan kad imbasan tersebut dengan ciri-ciri yang ditunjukkan dalam peta minda tersebut. Guru meminta kepada pelajar yang suka rela untuk melengkapkan peta minda tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa hanya empat orang belajar yang berani untuk mencuba, selebihnya memerlukan galakan daripada guru untuk tampil ke hadapan. Untuk minggu seterusnya pula, murid diuji dengan Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal apabila murid perlu bekerja dalam kumpulan untuk membentuk peta minda mengikut kreativiti masing-masing. Pada minggu ini, dilihat terdapat peningkatan pada penglibatan pelajar, apabila ada antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk melakar bentuk minda dan membentangkannya di hadapan semua. Guru sentiasa memberi dorongan kepada pelajar untuk menyatakan idea dan sedia membetulkan jawapan sekiranya tidak tepat. Kreativiti dan usaha pelajar yang paling utama dinilai oleh guru. Seterusnya pada lingkaran ketiga, yakni dalam lingkungan minggu ke-9 hingga ke- 11, beberapa aktiviti seperti permainan teka silang kata, kuiz dan mencari perkataan
  • 16. tersembunyi dilaksanakan dalam kelas. Penglibatan pelajar dilihat menyeluruh dan pelajar cuba untuk menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan oleh guru walaupun masih berasa keraguan pada jawapan. Namun begitu, pelajar kelihatan lebih yakin dan berani terutama apabila rangsangan yang diberikan oleh guru seperti ganjaran token dan hadiah kepada sesiapa yang mendapat markah yang tinggi. Usaha-usaha ini secara tidak langsung telah memperlihatkan respon dan kesan yang positif kepada pelajar untuk berdaya saing dan seterusnya bertindak dalam aktif dalam setiap aktiviti tersebut. Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Perdagangan Aliran Perdana (42 pelajar) Lingkaran Minggu Aktiviti Penglibatan Peratus pelajar secara Penglibatan Suka rela Pelajar secara Suka rela 1 2 Simulasi 0 0% 4 Permainan 12 29% 2 teka silang kata 8 Permainan 16 38% mencari perkataan tersembunyi 9 Pertandingan 32 76% 3 peta minda kreatif berkumpulan 10 Simulasi 33 79% 11 Kuiz roda 33 79% impian Pada lingkaran pertama iaitu minggu kedua pengajaran dan pembelajaran, guru melihat penglibatan pelajar sangat kurang aktif. Pada minggu kedua, guru telah menjalankan aktiviti simulasi. Apabila pelajar diminta oleh guru secara sukarela ke hadapan untuk melakonkan watak yang disediakan, tiada yang menawarkan diri. Apabila guru memanggil pelajar secara rawak untuk ke hadapan, mereka kelihatan masih malu dan kurang keyakinan. Dua daripada enam pelajar yang dipanggil ke hadapan dilihat menggigil sewaktu melakonkan watak yang diberikan. Berdasarkan temu ramah tidak berstruktur yang dilakukan, keadaan ini disebabkan pelajar kurang keyakinan diri dan juga kurang pendedahan dengan aktiviti- aktiviti yang berpusatkan pelajar. Para pelajar sebelum ini lebih banyak didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Pada lingkaran kedua, guru menjalankan aktiviti permainan silang kata dan mencari perkataan tersembunyi. Dalam lingkaran kedua ini, guru mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di mana Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.Guru memberi galakan kepada pelajar untuk ke hadapan secara sukarela. Galakan yang diberi oleh guru adalah dengan cara tidak melihat kepada betul atau salah jawapan seseorang pelajar tetapi lebih tertumpu kepada keberanian pelajar untuk menjawab soalan. Sekiranya pelajar memberikan jawapan yang salah, guru tidak akan menghukum atau memberikan reaksi yang boleh merendahkan motivasi pelajar tetapi memuji pelajar berkenaan kerana berani mencuba. Dari segi aktiviti pula, guru mempelbagaikan cara penyampaian di mana guru membaca soalan-soalan dan dalam masa yang sama juga mengedarkan kertas yang mengandungi soalan yang siap ditaip.Ini kerana guru mengambil kira kecenderungan pelajar kerana menurut Gardner terdapat
  • 17. individu yang lebih cenderung memahami sesuatu melalui pendengaran dan ada juga yang cenderung memahami sesuatu melalui pembacaan.Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa dengan adanya galakan dan kepelbagaian dalam penyampaian, pelajar menjadi lebih yakin dan berani untuk ke hadapan. Bagi aktiviti silang kata yang dijalankan pada minggu ke empat, 12 orang pelajar yang sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran lalu kelihatan kurang berkeyakinan mula menunjukkan keaktifan di dalam kelas. Apabila soalan dibaca mereka dengan sendirinya menawarkan diri untuk menjawab soalan. Bagi aktiviti mencari perkataan tersembunyi yang dijalankan pada minggu ke lapan pula, bilangan pelajar yang menunjukkan keaktifan adalah seramai 16 orang. Pada minggu ke lapan ini, pelajar dilihat sudah mula terbiasa dengan aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar yang dijalankan guru. Pada lingkaran ketiga, guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang menerapkan pelbagai jenis kecerdasan. Pada minggu ke sembilan misalnya, guru mengadakan aktiviti melakar peta minda kreatif secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan memperkembangkan kecerdasan-kecerdasan pelajar, misalnya aktiviti melukis peta minda merujuk kepada kecerdasan ruang, kerja berkumpulan merujuk kepada kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dan seterusnya pembentangan yang perlu dilakukan oleh pelajar dihadapan kawan-kawan sekelas merujuk kepada kecerdasan bahasa. Kesemua kecerdasan- kecerdasan ini digabungkan di dalam satu aktiviti untuk menggalakkan keaktifan pelajar. Bagi aktiviti simulasi dan kuiz roda impian yang dijalankan pada minggu ke sepuluh dan kesebelas juga, guru mempelbagaikan penyampaian permainan ini kepada pelajar. Sebagai contoh, untuk aktiviti simulasi,guru tidak hanya memberikan dialog di atas kertas bersaiz kecil kepada pemegang watak tetapi guru menulis skrip drama pada kad manila dan menampal kad manila tersebut pada papan putih. Tujuan guru adalah supaya semua pelajar dapat menghayati dialog melalui pembacaan dan pendengaran (melalui lakonan daripada rakan pelajar) secara serentak. Menerusi aktiviti simulasi ini, guru menggabungkan kecerdasan bahasa, ruang, kinestetik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi aktiviti seterusnya iaitu kuiz berkumpulan roda impian pula, guru menggabungkan kecerdasan logik matematik, visual ruang, kinestetik, intrapersonal dan interpersonal. Hasil pemerhatian, selain galakan berterusan yang dilakukan oleh guru, gabungan beberapa kecerdasan yang diterapkan di dalam satu-satu aktiviti telah menjadikan pelajar aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini diperkukuhkan lagi dengan data yang diperolehi hasil daripada pemerhatian pada minggu ke-9, 10 dan 11 di mana hampir satu kelas iaitu seramai 32 orang pelajar (melakar peta minda) / 33 orang pelajar (simulas dan roda impian) mula berani dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Pelajar dilihat sudah pandai mengenal pasti kebolehan diri mengikut kecenderungan masing-masing hasil daripada pelaksanaan pelbagai aktiviti yang dipelbagaikan mengikut Teori Kecerdasan Gardner (1983) sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. PERBINCANGAN KAJIAN Kajian ini mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sebuah kelas aliran perdana dan dua buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran di mana pelajar didapati masih kekok dan janggal dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pelajar sukar memberikan kerjasama apabila diminta menjawab soalan secara sukarela dan nampak kurang berkeyakinan dan takut apabila dipanggil kehadapan untuk terlibat dengan aktiviti berpusatkan pelajar seperti pembentangan dan simulasi Bagi mengatasi masalah pelajar, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah telah diubahsuai atau telah dijalankan dengan mengambil kira prisip Teori Kecerdasan Pelbagai. Pengkaji telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai kerana Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-
  • 18. matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran Kajian ini dijalankan mengikut prosedur berikut : pertama, setelah mengesan masalah yang wujud dikalangan responden, pengkaji telah menyediakan satu aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam aktiviti ini, guru tidak mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang mana aktiviti yang diadakan tidak disertakan atau diselitkan dengan galakan dan pengayaan. Guru memantau reaksi pelajar. Seterusnya pada minggu berikutnya guru prinsip-prinsip yang terdapat pada Teori Kecerdasn Pelbagai diaplikasikan dalam aktiviti yang dijalankan. Guru memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga diubahsuai agar dapat membantu pelajar mengembangkan dan meningkatkan potensi diri. Daripada hasil kajian yang diperolehi, dengan mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai, pelajar dilihat semakin berminat dan seronok melibatkan diri dengan aktiviti yang disediakan oleh pengkaji. Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai dalam sesi pengajaran mampu meningkatkan minat, keyakinan serta mencungkil kecenderungan dan kebolehan pelajar dalam sesi pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu menarik perhatian dan fokus pelajar. Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Implikasi Kajian Melalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi dapat dilihat dari perspektif pelajar dan guru. Melalui strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan, pengkaji mendapati ianya dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatan aktif mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan Teori Kecerdasan Pelbagai memberi kesan dan impak yang besar terhadap persepsi pelajar tentang pembelajaran. Kaedah yang berpusatkan pelajar dan bahan bantu mengajar ini juga secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan kritis. Pelajar perlu meneroka sendiri apa yang ingin dipelajari dan guru hanya sebagai pembimbing supaya pembelajaran pelajar tidak tersasar dari matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada guru lain supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza dapat merangsang minda pelajar untuk mengeluarkan idea-idea dan pendapat yang bernas. Pelajar juga lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan pendapat ketika berada di dalam kelas. Selain dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam akademik, prestasi guru juga akan ditingkatkan. Cadangan Kajian Daripada kajian yang dijalankan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi tujuan penambahbaikan terhadap kajian ini. Antaranya ialah: 1. Aktiviti yang dijalankan oleh guru perlu menyeluruh iaitu sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar. 2. Guru perlu memberikan lebih galakan kepada pelajar untuk lebih kuat berusaha dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 19. 3. Guru harus lebih kreatif mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada boleh didapati melalui pembacaan ataupun menggunakan aktiviti-aktiviti seperti yang lazimnya digunakan dalam latihan dalam kumpulan (LDK). 4. Guru perlu mencungkil dan meneroka bakat serta kebolehan yang ada dalam diri pelajar supaya dapat dimanfaatkan untuk masa depan mereka. 5. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan dapat memberi tumpuan pada pengajaran guru RUMUSAN Secara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara konvensional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya apabila digabungkan dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh kerana kepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap pelajar untuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak seiringan dengan pengajaran tersebut. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehan dan potensi yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Hal ini perlu bagi membolehkan pelajar mempunyai inisiatif sendiri melibatkan diri dalam kelas secara suka rela tanpa ada paksaan atau sebagainya. Dalam masa yang sama, penglibatan ini membuahkan hasil dan kelebihan pada diri pelajar. Ini boleh dilihat apabila pelajar dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ekoran daripada penglibatan aktif pelajar dalam kelas. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jelas menunjukkan bahawa perancangan strategi pengajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar dan bahan bantu mengajar dapat bertindak dan berperanan sebagai usaha-usaha yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas. Perkara ini disokong lagi dengan pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai untuk menjadikan suasana pengajaran yang lebih menyeronokkan. Dengan ini, usaha-usaha tersebut dilihat mempunyai potensi yang baik dan perlu diteruskan untuk manfaat pelajar. Segala penambahbaikan terhadap strategi pengajaran sememangnya dialu-alukan dalam dunia pendidikan pada masa kini.
  • 20. RUJUKAN Bushro binti Ali & Halimah Badioze Zaman (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-MathS). Retrieved from EbscoHost Database 5, 41-63. Gan Teck Hock (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Retrieved from www.scribd.com Giam Kah How (1999). Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jabatan Sains dan Matematik Maktab Perguruan Seri Kota, Jilid 2. Retrieved from apps.emoe.gov.my Bil 3. 57 – 63. Jurulatih utama (2002). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada April 22, 2010, daripada www.docstoc.com. Ng Choo Tang (1999). Teori pelbagai kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai baik hati tahap 1 pendidikan moral KBSR – satu cadangan. Jurnal Pendidikan Tigaenf . Retrieved from apps.emoe.gov.my. Noran Fauziah Yaaku, Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias Rohani Ahmad Tarmizi (2006). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam pendidikan perakaunan. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya.Retreived from myais.fsktm.um.edu.my. 37 – 60. Rizal Ariffin, Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Psikologi. Retrieved from www.usm.my Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohmed Makki (2008). Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan, Retrieved from myais.fsktm.um.edu.my. Teor Gok Hwa (2004). Masalah pembelajaran sejarah : satu kajian tindakan. Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Dicapai pada April 21, 2010 daripada www.psb1.uum.edu.my