1. TUGASAN 2
SOALAN: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia. Berikan pendapat anda.
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak
dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum
kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor
mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.
Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi
menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan
ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal
seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau
dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.
Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara
kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling
berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga
komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima
bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan
dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri
dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman
kemiskinan dan kemunduran.
Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan
dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan
negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui
pendekatan dan pembaharuan.
Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI ,
Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung
tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program,
insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di
negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini, kita dapat meningkatkan
pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang
menguntungkan.
Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini
berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan
menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.
Sumber: Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Kegiatan Ekonomi Tradisional | melvister.com