SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
Descargar para leer sin conexión
ULASAN JURNAL : Jurnal Pendidikan 34(1)(2009):155-172. Kesedaran, Penilaian dan
 Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik (Rubiah Omar & Jamilah
 Hj.Ahmad).

 PENGENALAN


 Umumnya e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu
 kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan
 oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact
 Disc Read Only Memory (CD ROM). Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu
 (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan
 membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping
 membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran
 ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah,
 Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system
 data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan
 teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan
 menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya
 mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan
 kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran
 secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran
 di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan
 oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan
 mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin
 Mohaiadin, 2000).



PENYATAAN MASALAH
    a. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan,
       menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini.
    b. Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih
       lagi diragui.
    c. Tahap pelaksanaan E-Pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat
       seperti yang diharapkan.
    d. Pelaksanaan E-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang,
       berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik.


                                            1
e. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk melihat sejauh manakah
          kesediaan ahli akademik khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang
          menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang
          menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini.




OBJEKTIF KAJIAN
 Objektif kajian secara spesifik adalah untuk memantau e-pembelajaran daripada aspek
 berikut:
i.       Kesedaran    terhadap konsep    e-pembelajaran   dalam   sistem   pengajaran   dan
         pembelajaran.
ii.       Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-
         pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli
         akademik.
iii.     Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan
         pembelajaran.




METODOLOGI
 Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk tinjauan dan kaedah
 non-probability. Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan
 gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli
 akademik. Responden kajian yang dipilih terdiri daripada ahli akademik di semua pusat
 pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan
 pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli
 akademik di 15 pusat pengajian dan sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya
 dikumpulkan. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social
 sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar
 kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam
 soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti
 frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan
 Anova.




                                              2
DAPATAN KAJIAN
   a. Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu kesedaran terhadap lima konsep e-
       pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di USM, secara
       keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman responden berada
       pada tahap yang tinggi yang ditunjukkan oleh nilai-nilai min bermula dari 3.99 hingga
       min paling tinggi iaitu 4.52 (rujuk Jadual 2).
   b. Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian bagi objektif yang kedua iaitu kesediaan
       pembelajaran arahan kendiri responden di mana pengkaji mendapati bahawa ia
       hanya berada di tahap sederhana sahaja pada nilai min antara 3.13 hingga 3.26
       (rujuk Jadual 1).
   c. Dapatan kajian bagi objektif yang ketiga pula iaitu penerimaan penggunaan e-
       pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang
       menyenaraikan empat tanggungjawab, menunjukkan bahawa dua tanggungjawab
       berada pada tahap min tinggi iaitu 3.75 dan 3.99 sementara dua tanggungjawab lagi
       pada tahap min sederhana iaitu 3.51 dan 3.55 (rujuk Jadual 3).
   d. Pengkaji juga mendapati bahawa 12 faktor yang mempengaruhi ahli akademik di
       USM untuk melaksanakan e-pembelajaran dipersetujui oleh responden di mana nilai
       min berada di tahap 3.05 hingga 4.59 (rujuk Jadual 4).


IMPLIKASI KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal
kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM terhadap
e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik,
sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Terdapat
lima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Daripada kelima-lima
konsep ini, konsep kedua iaitu salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT
menunjukkan nilai min paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang
kepentingan ICT bagi memastikan mereka dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam
persekitaran pendidikan era baru. Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Ambigapathy
(2004) yang menyatakan bahawa majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT
dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Tahap min paling rendah pula
ditunjukkan pada konsep ketiga iaitu memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran
dan pembelajaran. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaran
memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Penemuan ini tidak
sejajar dengan hasil kajian oleh Norwati dan Zaini (2007) yang membuktikan bahawa faktor
komitmen pelajar dan ahli akademik adalah salah satu faktor dalam memastikan e-
                                                3
pembelajaran dapat dicapai. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan majoriti
ahli akademik USM bersetuju dan sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahap
sederhana. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-
pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer (Mohamed Noor, 2001)
dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik
sahaja. Terdapat ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer dan ICT. Ini
akan mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Hal
ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkemungkinan menggagalkan matlamat
universiti untuk mencapai visi dan misinya. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran
dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan.


RUMUSAN
Daripada dapatan keseluruhan kajian ini, pengkaji mendapati ahli akademik di USM
mempunyai kesedaran positif terhadap e-pembelajaran walaupun masih ada yang tidak
menyokongnya. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di
antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
pula, didapati berada pada tahap sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor
lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor memiliki kemudahan
komputer peribadi. Sementara dari segi penerimaan penggunaan e-pembelajaran pula,
didapati ianya diterima secara positif oleh ahli-ahli akademik. Penggunaan teknologi baru
sebagai alat dalam perlaksanaan e-pembelajaran membolehkan ahli akademik menjadi
fasilitator pembelajaran yang efektif dan mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar
lebih inovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahan-bahan kuliah dan tutorial serta
perlaksanaan pelbagai aplikasi pembelajaran yang berasaskan laman web, ahli akademik
juga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam perbincangan
akademik serta menyumbang ilmu di dunia siber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkan
bukan hanya graduan yang menjadi pekerja berilmu dan cerdik IT, tetapi juga berdikari dan
berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi dan globalisasi.



DISEDIAKAN OLEH:

JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAM

(NO.MATRIK: M2000111206)

                                             4

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Samsul Hamdan
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1iniaron
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 

La actualidad más candente (20)

Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 

Similar a Ulasan jurnal (kpt 6044)

Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]sammuechan
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaransammuechan
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Sue Said
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikSharifah Munirah
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalnorm80
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalGary Chew
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 

Similar a Ulasan jurnal (kpt 6044) (20)

Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Bab[09]
Bab[09]Bab[09]
Bab[09]
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
 
Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnal
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 

Más de Jeya Kumar

Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STAR
Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STARPerancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STAR
Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STARJeya Kumar
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Jeya Kumar
 
BAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapBAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapJeya Kumar
 
Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato BahamanBab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato BahamanJeya Kumar
 
Soalan kerja kursus sejarah pmr
Soalan kerja kursus sejarah pmrSoalan kerja kursus sejarah pmr
Soalan kerja kursus sejarah pmrJeya Kumar
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRJeya Kumar
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 
Sistem ekonomi (penggal 1)
Sistem ekonomi  (penggal 1)Sistem ekonomi  (penggal 1)
Sistem ekonomi (penggal 1)Jeya Kumar
 
Esei 2 (Kejutan AD-AS)
Esei 2 (Kejutan AD-AS)Esei 2 (Kejutan AD-AS)
Esei 2 (Kejutan AD-AS)Jeya Kumar
 
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Jeya Kumar
 
Latihan bab 10
Latihan bab 10Latihan bab 10
Latihan bab 10Jeya Kumar
 

Más de Jeya Kumar (20)

Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STAR
Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STARPerancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STAR
Perancangan kokurikulum Pusat tingkatan enam STAR
 
Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017Pengurusan tingkatan enam star_2017
Pengurusan tingkatan enam star_2017
 
BAB 7 : Rentap
BAB 7 : RentapBAB 7 : Rentap
BAB 7 : Rentap
 
Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato BahamanBab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman
 
Soalan kerja kursus sejarah pmr
Soalan kerja kursus sejarah pmrSoalan kerja kursus sejarah pmr
Soalan kerja kursus sejarah pmr
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 
Sistem ekonomi (penggal 1)
Sistem ekonomi  (penggal 1)Sistem ekonomi  (penggal 1)
Sistem ekonomi (penggal 1)
 
Esei 2 (Kejutan AD-AS)
Esei 2 (Kejutan AD-AS)Esei 2 (Kejutan AD-AS)
Esei 2 (Kejutan AD-AS)
 
Esei
EseiEsei
Esei
 
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
 
Latihan bab 10
Latihan bab 10Latihan bab 10
Latihan bab 10
 
Latihan bab 9
Latihan bab 9Latihan bab 9
Latihan bab 9
 
Latihan bab 8
Latihan bab 8Latihan bab 8
Latihan bab 8
 
Latihan bab 7
Latihan bab 7Latihan bab 7
Latihan bab 7
 
Latihan bab 6
Latihan bab 6Latihan bab 6
Latihan bab 6
 
Latihan bab 5
Latihan bab 5Latihan bab 5
Latihan bab 5
 
Latihan bab 4
Latihan bab 4Latihan bab 4
Latihan bab 4
 
Latihan bab 3
Latihan bab 3Latihan bab 3
Latihan bab 3
 
Latihan bab 2
Latihan bab 2Latihan bab 2
Latihan bab 2
 

Ulasan jurnal (kpt 6044)

  • 1. ULASAN JURNAL : Jurnal Pendidikan 34(1)(2009):155-172. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik (Rubiah Omar & Jamilah Hj.Ahmad). PENGENALAN Umumnya e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). PENYATAAN MASALAH a. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. b. Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih lagi diragui. c. Tahap pelaksanaan E-Pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat seperti yang diharapkan. d. Pelaksanaan E-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang, berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik. 1
  • 2. e. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk melihat sejauh manakah kesediaan ahli akademik khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian secara spesifik adalah untuk memantau e-pembelajaran daripada aspek berikut: i. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. ii. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e- pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. iii. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. METODOLOGI Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk tinjauan dan kaedah non-probability. Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian yang dipilih terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian dan sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. 2
  • 3. DAPATAN KAJIAN a. Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu kesedaran terhadap lima konsep e- pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di USM, secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman responden berada pada tahap yang tinggi yang ditunjukkan oleh nilai-nilai min bermula dari 3.99 hingga min paling tinggi iaitu 4.52 (rujuk Jadual 2). b. Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian bagi objektif yang kedua iaitu kesediaan pembelajaran arahan kendiri responden di mana pengkaji mendapati bahawa ia hanya berada di tahap sederhana sahaja pada nilai min antara 3.13 hingga 3.26 (rujuk Jadual 1). c. Dapatan kajian bagi objektif yang ketiga pula iaitu penerimaan penggunaan e- pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang menyenaraikan empat tanggungjawab, menunjukkan bahawa dua tanggungjawab berada pada tahap min tinggi iaitu 3.75 dan 3.99 sementara dua tanggungjawab lagi pada tahap min sederhana iaitu 3.51 dan 3.55 (rujuk Jadual 3). d. Pengkaji juga mendapati bahawa 12 faktor yang mempengaruhi ahli akademik di USM untuk melaksanakan e-pembelajaran dipersetujui oleh responden di mana nilai min berada di tahap 3.05 hingga 4.59 (rujuk Jadual 4). IMPLIKASI KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM terhadap e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik, sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Terdapat lima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Daripada kelima-lima konsep ini, konsep kedua iaitu salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT menunjukkan nilai min paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang kepentingan ICT bagi memastikan mereka dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan era baru. Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Ambigapathy (2004) yang menyatakan bahawa majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Tahap min paling rendah pula ditunjukkan pada konsep ketiga iaitu memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Penemuan ini tidak sejajar dengan hasil kajian oleh Norwati dan Zaini (2007) yang membuktikan bahawa faktor komitmen pelajar dan ahli akademik adalah salah satu faktor dalam memastikan e- 3
  • 4. pembelajaran dapat dicapai. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan majoriti ahli akademik USM bersetuju dan sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahap sederhana. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e- pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer (Mohamed Noor, 2001) dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Terdapat ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer dan ICT. Ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkemungkinan menggagalkan matlamat universiti untuk mencapai visi dan misinya. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan. RUMUSAN Daripada dapatan keseluruhan kajian ini, pengkaji mendapati ahli akademik di USM mempunyai kesedaran positif terhadap e-pembelajaran walaupun masih ada yang tidak menyokongnya. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor memiliki kemudahan komputer peribadi. Sementara dari segi penerimaan penggunaan e-pembelajaran pula, didapati ianya diterima secara positif oleh ahli-ahli akademik. Penggunaan teknologi baru sebagai alat dalam perlaksanaan e-pembelajaran membolehkan ahli akademik menjadi fasilitator pembelajaran yang efektif dan mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih inovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahan-bahan kuliah dan tutorial serta perlaksanaan pelbagai aplikasi pembelajaran yang berasaskan laman web, ahli akademik juga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam perbincangan akademik serta menyumbang ilmu di dunia siber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkan bukan hanya graduan yang menjadi pekerja berilmu dan cerdik IT, tetapi juga berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi dan globalisasi. DISEDIAKAN OLEH: JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAM (NO.MATRIK: M2000111206) 4