Dokumen tersebut merangkum model pendekatan sistematik Reiser dan Dick (1996) untuk perancangan pengajaran yang terdiri daripada 8 langkah, termasuk mengenalpasti matlamat, menganalisis pelajar, menetapkan objektif, merancang aktiviti, memilih media, membina alat penilaian, melaksanakan pengajaran, dan menyemak semula proses pengajaran. Contoh perancangan pengajaran mengenai sumber semula jadi Malaysia diberikan untuk topik K
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
Modeldick[1]
1. kpt6043
TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web
Model Reiser & Dick (1996)
Perancangan pengajaran :
Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)
1. Mengenalpasti matlamat pengajaran
• Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran
keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik
darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.
• Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang
penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari
perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.
2. Menganalisa pelajar
• Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai
pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina,
1
2. kpt6043
bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk
pengajaran.
• Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar juga
boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat membezakan kebolehan pelajar
yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berbeza.
• Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, Pelajar dianalisis melalui aktiviti yang
dijalankan didalam kelas seperti sesi soal jawab, perbincangan, pelaporan yang di
buat oleh pelajar dan juga daripada ujian yang dijalankan. Dengan ini, guru dapat
memastikan aras kefahaman setiap pelajar agar guru dapat menyesuaikan kaedah
pengajaran sesuai dengan kefahaman pelajar.
3. Mengenalpasti objektif
• Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat
pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif ialah
perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan
piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.
• Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Sumber Negara bagi matapelajaran
Kajian Tempatan tahun 6 adalah untuk memastikan murid- murid dapat memahami
apakah yang dimaksudkan dengan sumber Negara yang terdapat di Malaysia. Selain
itu guru juga menerapkan sikap menghargai alam sekitar disekeliling murid supaya
ianya tidak tercemar bagi menjamin sumber alam yang berguna kepada manusia
terpelihara.
4. Merancang aktiviti pengajaran
• Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam
pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil
pembelajaran.
• Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan
maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan.
• Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan
sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai,
berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan
rancangan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai
sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditentukan.
• Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
i. Set Induksi –
2
3. kpt6043
Guru menunjukkan 3 benda maujud kepada murid iaitu barang
kemas, rotan dan mutiara atau karangan laut.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang barangan sumber barangan
tersebut.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
http://www.nre.gov.my/EN/Pages/KoleksiVideo.aspx
http://www.youtube.com/watch?v=3CruB3rKjQo&feature=rec-LGOUT-
exp_stronger_r2-2r-4-HM
ii. Langkah 1 –
Guru meminta murid untuk membaca buku teks halaman 3 untuk
mencari maklumat tentang jenis sumber semulajadi di Negara kita.
Murid dipilih secara rawak untuk menamakan jenis sumber
semulajadi tersebut.
Guru mempamerkan kad imbasan tentang jenis sumber yang terdapat
dinegara kita.
Murid diminta menentukan tiga benda maujud berdasarkan jenis
sumber yang terdapat pada kad imbasan tersebut.
Guru menampal kad imbasan dihadapan dan menjelaskan dari mana
sumber-sumber itu diperolehi.
Guru turut menerangkan Negara kita kaya dengan sumber
semulajadi.
iii. Langkah 2 –
Guru mengedarkan kad gambar yang terdiri daripada nama jenis-
jenis sumber semulajadi kepada murid. Berdasarkan kad perkataan
tersebut, murid diminta membentuk 6 kumpulan mengikut warna kad
gambar yang diperolehi.
Setiap kumpulan diminta mengkaji dan mengumpul maklumat
berdasarkan nama pada kad perkataan tersebut.
Setiap kumpulan diminta merujuk buku teks laman 3-5 untuk
mencari maklumat dan menamakan sumber mineral, sumber hutan
dan sumber laut Negara kita.
Setiap kumpulan diminta menyediakan laporan dalam bentuk:
Kumpulan sumber mineral : Borang pengurusan grafik
Kumpulan hasil hutan : Peta minda
3
4. kpt6043
Kumpulan hasil laut : Laporan bergambar
Wakil kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.
Guru memantau perbentangan murid dan member penerangan lanjut
tentang perbentangan.
Ahli kumpulan diminta menamakan beberapa contoh lain bagi setiap
jenis sumber semulajadi.
Guru mengumpulkan dapatan kumpulan dan menampal di bawah kad
imbasan yang telah sedia terdapat di papan hijau.
iv. Langkah 3-
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk melayari internet bagi
menjawab soalan secara online berkaiatn dengan topic yang diajar.
Soalan boleh didapati di http://proprofs.com
v. Penutup –
guru melaksanakan sesi soal jawab dengan murid-murid mengenai
jenis-jenis sumber yang terdapat di Malaysia serta kegunaannya.
Guru membuat kesimpulan mengenai subtopic yang diajar.
5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)
• Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian
boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung
kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan
organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.
• Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah sebagai
alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang menyampaikan
pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran &
pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat
pembelajaran.
• Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran bagi tajuk
sumber Negara Kajian Tempatan Tahun 6, media yang digunakan guru merupakan
bahan BBM yang diolah dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan
seperti youtube.
6. Membina alat penilaian
4
5. kpt6043
• Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan
fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu
penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran.
• Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan kualiti
pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian juga
mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.
• Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah ujian yang
berbentuk objektif yang memerlukan murid untuk memahami keseluruhan topic yang
diajar.
7. Melaksanakan pengajaran
• Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran yang
berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di mana
pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran,
perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat
pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan kawalan/bimbingan guru yang
baik.
• Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Sumber Negara kajian Tempatan
tahun6 ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai
panduan bagi membantu guru menjayakannya.
8. Menyemak semula pengajaran
a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian /penilaian
guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan
langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan
dalam pembelajaran murid.
5