SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
PROFESIONALISME PERGURUAN
PROFESINOLSME GURU,PERANAN DAN CARA MENINGKATKANNYA
–

–

Sejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakin
rancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing
mengikut presfektif mereka. – Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995
Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan ditujukan
oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu „alaihi wassalam pula
menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. – YB
Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005
Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru,
mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika
dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang,
manakala menurut presfektif islam mengikut Ibnu Mas‟ud Radhiallahu „anhu katanya:
‫ل يس ال ع لن ب ك ثرة ال حذي ث، إن وا ال ع لن خ ش يت ا هلل‬
Maksudnya:
Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. –
Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185
PENGERTIAN GURU
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin
syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).
Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem
pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang
ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan
criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang
berkesan.
Guru atau pendidik ialah ‫ ىبرم ,بدؤم . ملعم‬atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan
yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan
hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 )
‫إن وا ي خ شى اهلل هن ع باده ال ع لواء‬
Maksudnya: “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak”
( Surah Fatir, ayat 28 )
SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU
Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai
pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran
tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh
masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk
menjadi seorang guru yang bertauliah.
Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar
menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam
pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa
terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai
2010 : m.s:5-6 )
Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan
peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan
kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus
mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh
badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.
1. Dari segi akal fikiran:
Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil
baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan
pelajaran yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca bukubuku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran
yang diajar olehnya.
2. Dari segi tubuh badan:
Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan
pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik
serta bergaya senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian
dan kekemasannya, tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam
lapangan olahraga kecuali jika hendak menjadi guru dalam lapangan.
3. Dari segi Akhlak:
Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka
mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya
kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika
membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan
tenang, tidak cepat marah, senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan,
pandai menggalakkan murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan
dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata
ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka.
(Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4 )
GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA
Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih
mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia
ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan
dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas
apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di
sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang
berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion
pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain.
Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan
membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti
kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan
seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru
mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )
Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah
negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak
membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar
dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan
kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian
pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi
masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah
pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al:
2009: m.s : 149 ).
Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu
diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet
Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), „ profesion‟ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding
sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan
pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar
sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21.
Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau
kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan
profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat
keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang
yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak
masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya,
malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion
keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku
dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa
keadaan sekalipun.
Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya
bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada
itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,
pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi
maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan
mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi
dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya
perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat
digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti
Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya
fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba
tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid
di dalam kelas.
Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu
semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan
sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )
CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang
professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta
pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut:
• Bersikap professional
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
• Kaya dengan ilmu
• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila
• Bermoral teguh
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa
• Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
• Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral,
berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ).
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi
• Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional.
Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat
dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi
dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat.
(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )
PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara
Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah
dan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit,
ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan
pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang
baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu
pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan
kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi .
Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid,
membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang
benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh,
membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan
baik, batil dan haq. Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi
pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan
peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002:
M.s: 2 )
Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan
peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar
atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan
akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat:
membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan
atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan.
Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu
penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa
sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat
guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari
dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang
sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang
guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga
mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang
bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang muridmurid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )
Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru
dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan
matlamat sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran
dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha
belajar secara individu atau berkumpulan.
3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak
penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai.
4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka.
Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
keluarga mereka.
5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu
mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.
6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.
Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid.
7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang
menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan
aktiviti sekolah.
9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan
peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti
kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah
dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi.
10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan,
merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis
surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain.
11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.
12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru
Besar.
13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak
sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )
Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka
membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu,
murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan
dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid
perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan
idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan
pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan
jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 )
Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa
sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak
harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus
pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).
Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru
seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan
mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan
dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic.
Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi,
kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum
di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian
masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai
fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang
dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru
semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas
mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap
kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang
tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan
besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata‟ala
berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah
terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008:
M.s: 9 & 11 )
GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan
Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh
orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan
ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya
melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.
Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai
Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan
dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan
kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah
Sallallahu „Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu
Wat‟ala.
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong
pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih
daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada
asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin
syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai
pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik
darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang
lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan
pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk
menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di
hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai
matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s:
207 ).
Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan
dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya.
Ini bermakna bukan setakat „qiadah‟ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan „qudwah‟ iaitu
ikutan dan juga contoh tauladan iaitu „uswah‟. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam
beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah
dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu
hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.
Allah Subhanahu Wata‟ala berfirman maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat‟ala, kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )
Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan
perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut.
Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara
perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap „double standard‟ adalah dikutuk oleh Allah
Subhanahu Wata‟ala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan
terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wata‟ala berfirman maksudnya:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri
kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata‟ala tidaklah kamu
berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).
Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan
memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa
yang dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan
mengamalkan apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu.
Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat
terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara‟,
berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur,
ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya,
mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan
sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata‟ala
sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat
yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )
GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah muridmuridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus
berperanan memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke syurga dan bahagia di
dunia dan akhirat.
Menurut Islam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu
tersebut sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. Ilmu ini bermakna ilmu
yang boleh mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan berpandangan jauh
yang mana ilmu tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan alam seluruhnya dan boleh
mendekatkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya.
Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan
Omar Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan membina Sekolahsekolah agama khas, disemua daerah di Negara ini, serta berkenan meninigkatkan taraf guruguru agama tempatan sebanding dengan guru-guru agama dari luar negeri iaitu, dengan
menubuhkan pusat latihan perguruan Ugama dinamakan sebagai Maktab Perguruan Ugama Seri
Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja
Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama
dalam buku „ Perkembangan Persekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari tahun 19561984‟ yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd. Daud )
Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada menjadi
sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan
juga agensi-agensi pengajian Islam, Jabatan Masjid, Pusat Da‟wah Islamiah dan Jabatan Mufti
disamping institusi-institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan matlamat yangh sama
dalam mendidik masyarakat Brunei. Ini bererti peluang untuk masyarakat mendapatkan didikan
agama adalah terbuka luas. ( Kertas Kerja Usataz Mazne Bin Hj Othman ).
Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar dan
mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-murid agar
berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul
sebelum ini.
Firman Allah Subhanahu Wataa‟la bermaksud:
“ Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan, dan
membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
Ayat di atas adalah doa Nabi Ibrahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan
penduduknya. Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataa‟ala mengutus dari kalangan
mereka seorang Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mengajar isi
kandungan Al-Quran, al-hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta mentazkiah diri mereka. (
Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 10 – 11 )
Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara sifatsifat harus dimiliki oleh guru ialah:
1. Sifat Zuhud
Sifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat
zuhud dalam dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan
kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah. Namun
demikian ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu tetapi,
kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan pencapaian
kebendaan, kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada
di bawah didikannya.
2. Kebersihan Diri.
Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu
mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak,
pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji.
3. Keikhlasan Dalam Bekerja.
Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah
kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan
yang perlu wujud dalam dirinya ialah:
i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.
ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.
iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.
iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.
v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.
Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusan
berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagai
murid yang sedang mencari kebenaran.
Dalam Islam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam
bidang keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini
terletak kepada kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak mengikatnya
dalam ruang dan batas yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi penghalang kepada
bidang-bidang yang lain.
4. Mempunyai Sifat Helem.
Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai diri
dan dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga tidak mudah
marah atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.
5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri.
Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. Ini boleh dilakukan dengan
menjaga peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang dalam
pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan
peribadi dan maruahnya, samada dari segi pakaian, perbuatan atau percakapan.
6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya.
Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada
anaknya sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat melayan
mereka dengan sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari keluarga yang
miskin. Dengan layanan sedemikian, sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa saying dan
hormat gulungan murid kepada guru. Kesemua ini akan memudahkan lagi bagi guru untuk
memberi pendidikan dan bimbingan kepada mereka kerana ikatan mesra telah terjalin erat.
7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya.
Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya. Dengan
berbuat demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian kepada
murid-murid malah dapat juga melayani mereka dengan sebaik-baiknya.
8. Kemampuan Dalam Keilmuan.
Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada
muridnya. Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan itu
tidak dirasakan beku atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-guru maka
akan lahirlah kepercayaan kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam
Perspektif Islam: 1997 : m.s: 6 – 12 )
CABARAN GURU- Inovasi dan perubahan dalam pendidikan – di dalam buku Guru dan
Cabaran Semasa
Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu
zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya
kadar literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer
yang semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai
pekerja hari ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih
spesifik berbanding dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin
rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan
dapat dikekalkan.
Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran
untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak
kepemimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan
penerimaaan dalam kalangan organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu
menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan
kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan
mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan
teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan
keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet
Wah, 2010,M.s: 111 )
Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan
semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka murid
yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa
dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini
memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran
berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 227 )
Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran
haruslah membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguan
dan harian. Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk
menyamoaikan ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya
suatu perubahan diri murid tersebut.
Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan pembelajaran.
Hasil pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama
ada perubahan dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid.
Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta
memudahkan guru memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek
perancangan ini akan membantu guru untuk memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran
yang bakal dilaksanakan kelak.
Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita
menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini.
Perubahan „ fesyen „ dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya
mengahadpi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran
untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran
dengan menggunakan strategi
Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha
untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad
Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 )
Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri
kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Drath dan Palus (
dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan
secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, ( dlm Yukl,
2002 ) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan,
dan membolehkan orang lain menyumbang kearah keberkesanan dan kejayaan organisasi.
Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni
atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya
mereka rela terlibat dan berusaha kearah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.
Namun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah setakat mana guru boleh bertindak
untuk mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbingan guru. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 )
Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran
mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan para
pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif
murid dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering
meluahkan kekecewaan atas sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan
bahawa murid juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan,
memahami gaya pembelajaran seseorang murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru
mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan murid tersebut.
Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator bagaimana
seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap
sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid
memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.
Dalam pembelajaran individu, Ingham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 ) mengesyorkan agar para
guru, murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran murid dan mengaggap perbezaan yang
ada pada diri seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan
keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan
sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang
begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan
program disesuaikan dengan gaya belajar murid, pencapaian akademik dan sikap murid akan
meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira
umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 )
menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan gaya belajar individu.
Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas
dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana
ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajaranya maka
perkataan seperti „ pengajaran cikgu membosankan‟ akan keluar dari mulut murid-murid yang
mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari
aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.
Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang
profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam
proses mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan
pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan
sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid.
Keseronokan belajar para murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi
seorang guru yang inovatif.
( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224-226 )
Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan ( multiple intelligence
theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik,
linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak
menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak
mengubah gaya pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi
pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 232 )
Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran
memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang
boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek
pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks,
peningkatan profesionalisme dan pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai
satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum
yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah
menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku
secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakkan guru di sekolah sering merungut
kerana terpaksa brhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu
mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. (
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 241 )
Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan „ rapport‟ bersama murid. Masalah ini
akan lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dengan murid di dalam bilik
darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan
mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini
memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat
percubaan guru untuk memasuki dunia murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin
mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid
khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu cabaran yang dihadapi oleh guru adalah
untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan semua guru dapat melaksanakannnya.
Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya dua pihak yang terlibat akan saling
bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 242-243 )
Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam
bidang pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada
perkembangan konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual
learning dan sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan
untuk keperluan perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan
profesionalisme dalam bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi
lebih produktif, professional dan memberi mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan
akan membawa manfaat kepada mereka khususnya dalam pengajaran. Penggunaan teknologi
seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 234 )
Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan serta
berkemahiran menggunakan ICT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk diaplikasikan di bilik darjah. Namun begitu Cuban ( 1995 ) pula
menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah sebab kurang penggunaan ICT di
sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk menggunakannya di dalam pengajaran mereka.
Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada
proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan,
kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 )
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara
berkumpulan. Ini dapat dijalankan denan menggunakan komputer melalui Arahan Program.
Murid boleh belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka., Ini adalah
penting supaya murid tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan
konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira
sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi
peluang terutamanya kepada golongan murid „lemah‟ untuk membaiki kelemahan dam
pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 :
M.s: 237 )
Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif
pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan
pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru
atau tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan
maklumat, mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid,
menganalisis maklum balas, memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan
sehingga murid dapat menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah
ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua
murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 238-239 )
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam
bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala
kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan
satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan
yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh
manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam
proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif,
seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang
berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 )
CARA MENINGKATKANNYA
Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus
meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras
bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap
pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. ( Syed
Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 141 )
Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran.
Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah
dipelajari pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan
pembelajaran ini ada yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan
pembelajaran yang bercorak positif berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi
dapat membantu atau memudahkan pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara
keseluruhan kepada orang perseorangan misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam
pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal
menganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya. Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia
mungkin menganggu pelajaran bahasa Inggeris.
Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan,
kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid
berfikir, berkomunikasi dan berinteraksi.
Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai
teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan
pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam
keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang
perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas,
mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara
optimum, menangani konflik dan menilai prestasi mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )
Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi,
mempunyai sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu
pengajaran tidak akan memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya
galakkan dari guru terhadap murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan,
kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan sebab-sebab yang lain. (( Guru, Ilmu dan
pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 19 – 20 )
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan
umat ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara
berkesan dan berhikmah harus diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapi
cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah dengan progresif dan inovatif. ( Kertas Kerja oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji
Ibrahim. M.s: 16 )
Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh
terhadap perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan
memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa
seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin
Miskon : Julai 2010 : M.s: 147 )
Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi
pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai
bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem
penilaian serta mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif ( perancangan isi pengajaran serta
memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa ( engaged time dan time on
task ). ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )
The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah
mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:
1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan
kepada pelajaranya.
3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.
4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari
daripada pengalaman masing-masing.
5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. ( Mohd
Yusof Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 )
KESIMPULAN.
Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahaa kekuatan falsafah pendidikan Negara kita adalah
kerana ia berpijak di bumi nyata berdasarkan reality kehidupan kita sebagai umat Islam yang
mendukung al-quran al-karim dan as-Sunnah dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Waljama‟ah
yang sederhana. Falsafah pendidikan Negara kita ini bukan tercipta di awing-awangasn atau di
alam khayalan, sebaliknya adalah pancaran dari perlembagaan Negara Brunei Darussalam, dari
Watiqah Permasyhuran Kemerdekaan Negara kita, dari falsafah Negara kita, dari sikap dan
pandangan raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah dan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien.
Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implemintasikan sepenuhnya insya allah
akan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang
anasir negative yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun
dalam segala bidang kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan,
pembinaan dan lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikitpun menghalang kemajuan duniawi
juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat
ada mnyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi
dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat
kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak
terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat
Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia dan
di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut menghadapi seberang
risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata itulah yang
membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain. ( Pendidikan & profesionalisme:
2006: m.s: 85-86 ).
Bagi kita pemimpin teragung contoh dan ikutan utama ialah Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi
Wassalam insan kamil, ulama dan pewaris mereka. Menjadikan Islam sebagai hidup dan Al-Din,
merupakan tuntutan syara‟ daripada itu kita hendaklah berusaha kea rah itu, dengan demikian
peranan ulama adalah penting dalam kepimpinan semua bidang.
Kelesuan dan kelemahan ulama untuk berfungsi seperti yang sewajarnya dan menjalankan tugas
mereka sebagai pewaris para Nabi dan Rasul adalah natijah daripada beberapa factor luaran dan
dalaman ummah dan ulama itu sendiri.
Kita hendaklah berusaha ke arah mengatasi kelemahan dan kelesuan ulama agar mereka
berfungsi dan berperanan seperti yang sewajarnya. Di antara cara berkesan untuk mengatasi
kelemahan tersebut ialah dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu, diantara
wahyu dengan akal, ilmu, iman dengan amal, rohani, akli, jasmani dengan akhlak, agama dengan
sains, ilmu Fardu Ain dengan ilmu Fardu Kifayah dan penekanan tugas manusia sebagai khalifah
dan dalam masa yang sama sebagai „ abd „ yang salih.
Penekanan kepada penguasaan bahasa Arab hendaklah dipentingkan untuk membolehkan ulama
merujuk kepada sumber asal dan asas Islam dan Islamisasi ilmu hendaklah dilakukan dengan
segera dan dengan lebih berkesan. ( Jejak-jejak ; 203: M.s; 105 )

More Related Content

What's hot

Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 

What's hot (20)

Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 

Viewers also liked

Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...
Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...
Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...anis suraya
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme GuruArthur Jupong
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Norizan Hassan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 

Viewers also liked (9)

Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...
Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...
Pendidikan guru di_malaysia_perkembangan_dan_perubahan_kurikulum_ilmu_pendidi...
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 

Similar to Profesionalisme guru

Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Profesionalisme guru dalam islam
Profesionalisme guru dalam islamProfesionalisme guru dalam islam
Profesionalisme guru dalam islamAndi Hermanto Hz
 
Tugas filsafat tema 3.docx
Tugas filsafat tema 3.docxTugas filsafat tema 3.docx
Tugas filsafat tema 3.docxssuser7e718f
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajarSuci Lintiasri
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan AisAisyah
 
Etika pendidikan dalam islam.pdf
Etika pendidikan dalam islam.pdfEtika pendidikan dalam islam.pdf
Etika pendidikan dalam islam.pdfMuksal Mina
 
Hakikat Pendidik dalam Islam
Hakikat Pendidik dalam IslamHakikat Pendidik dalam Islam
Hakikat Pendidik dalam IslamRizkyAdeaulia
 

Similar to Profesionalisme guru (20)

Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
Tugas spte
Tugas spteTugas spte
Tugas spte
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Profesionalisme guru dalam islam
Profesionalisme guru dalam islamProfesionalisme guru dalam islam
Profesionalisme guru dalam islam
 
Tugas filsafat tema 3.docx
Tugas filsafat tema 3.docxTugas filsafat tema 3.docx
Tugas filsafat tema 3.docx
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan
 
BAB 1.pptx
BAB 1.pptxBAB 1.pptx
BAB 1.pptx
 
Eseiman 3108
Eseiman 3108Eseiman 3108
Eseiman 3108
 
Etika pendidikan dalam islam.pdf
Etika pendidikan dalam islam.pdfEtika pendidikan dalam islam.pdf
Etika pendidikan dalam islam.pdf
 
Hakikat Pendidik dalam Islam
Hakikat Pendidik dalam IslamHakikat Pendidik dalam Islam
Hakikat Pendidik dalam Islam
 
Makalah profesi keguruan 3
Makalah profesi keguruan 3Makalah profesi keguruan 3
Makalah profesi keguruan 3
 

Profesionalisme guru

  • 1. PROFESIONALISME PERGURUAN PROFESINOLSME GURU,PERANAN DAN CARA MENINGKATKANNYA – – Sejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakin rancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing mengikut presfektif mereka. – Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995 Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan ditujukan oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu „alaihi wassalam pula menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. – YB Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005 Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru, mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, manakala menurut presfektif islam mengikut Ibnu Mas‟ud Radhiallahu „anhu katanya: ‫ل يس ال ع لن ب ك ثرة ال حذي ث، إن وا ال ع لن خ ش يت ا هلل‬ Maksudnya: Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. – Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185 PENGERTIAN GURU Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ). Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. Guru atau pendidik ialah ‫ ىبرم ,بدؤم . ملعم‬atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 )
  • 2. ‫إن وا ي خ شى اهلل هن ع باده ال ع لواء‬ Maksudnya: “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak” ( Surah Fatir, ayat 28 ) SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 ) Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti. 1. Dari segi akal fikiran: Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan pelajaran yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca bukubuku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya. 2. Dari segi tubuh badan: Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya, tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika hendak menjadi guru dalam lapangan. 3. Dari segi Akhlak: Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka
  • 3. mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan tenang, tidak cepat marah, senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4 ) GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ). Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 ) Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ). Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan
  • 4. hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ). Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), „ profesion‟ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21. Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4) Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu: i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti
  • 5. Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas. Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 ) CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut: • Bersikap professional • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori • Kaya dengan ilmu • Bertindak atas landasan etika dan tatasusila • Bermoral teguh • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa • Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas • Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ). • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya • Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi • Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )
  • 6. PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah dan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi . Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 ) Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan. Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang muridmurid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 ) Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah: 1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. 2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. 3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak
  • 7. penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. 5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat. 6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid. 7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. 8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti sekolah. 9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. 10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. 11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran. 12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar. 13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 ) Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 ) Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ). Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan
  • 8. dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 ) Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah. Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata‟ala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 ) GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya. Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat‟ala. Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang
  • 9. lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 ) Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ). Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat „qiadah‟ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan „qudwah‟ iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu „uswah‟. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah. Allah Subhanahu Wata‟ala berfirman maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat‟ala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 ) Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap „double standard‟ adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata‟ala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wata‟ala berfirman maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata‟ala tidaklah kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ). Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu. Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara‟, berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata‟ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )
  • 10. GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah muridmuridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus berperanan memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke syurga dan bahagia di dunia dan akhirat. Menurut Islam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu tersebut sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. Ilmu ini bermakna ilmu yang boleh mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan berpandangan jauh yang mana ilmu tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan alam seluruhnya dan boleh mendekatkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya. Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan membina Sekolahsekolah agama khas, disemua daerah di Negara ini, serta berkenan meninigkatkan taraf guruguru agama tempatan sebanding dengan guru-guru agama dari luar negeri iaitu, dengan menubuhkan pusat latihan perguruan Ugama dinamakan sebagai Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama dalam buku „ Perkembangan Persekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari tahun 19561984‟ yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd. Daud ) Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada menjadi sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan juga agensi-agensi pengajian Islam, Jabatan Masjid, Pusat Da‟wah Islamiah dan Jabatan Mufti disamping institusi-institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan matlamat yangh sama dalam mendidik masyarakat Brunei. Ini bererti peluang untuk masyarakat mendapatkan didikan agama adalah terbuka luas. ( Kertas Kerja Usataz Mazne Bin Hj Othman ). Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar dan mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-murid agar berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum ini. Firman Allah Subhanahu Wataa‟la bermaksud: “ Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” Ayat di atas adalah doa Nabi Ibrahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan penduduknya. Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataa‟ala mengutus dari kalangan
  • 11. mereka seorang Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mengajar isi kandungan Al-Quran, al-hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta mentazkiah diri mereka. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 10 – 11 ) Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara sifatsifat harus dimiliki oleh guru ialah: 1. Sifat Zuhud Sifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah. Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat zuhud dalam dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah. Namun demikian ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu tetapi, kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan, kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya. 2. Kebersihan Diri. Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji. 3. Keikhlasan Dalam Bekerja. Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang perlu wujud dalam dirinya ialah: i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat. ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar. iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa. iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya. v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya. Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusan berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagai murid yang sedang mencari kebenaran. Dalam Islam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam bidang keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini terletak kepada kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak mengikatnya dalam ruang dan batas yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi penghalang kepada bidang-bidang yang lain. 4. Mempunyai Sifat Helem. Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai diri dan dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga tidak mudah marah atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.
  • 12. 5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri. Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. Ini boleh dilakukan dengan menjaga peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, samada dari segi pakaian, perbuatan atau percakapan. 6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya. Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada anaknya sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat melayan mereka dengan sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari keluarga yang miskin. Dengan layanan sedemikian, sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa saying dan hormat gulungan murid kepada guru. Kesemua ini akan memudahkan lagi bagi guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada mereka kerana ikatan mesra telah terjalin erat. 7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya. Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya. Dengan berbuat demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian kepada murid-murid malah dapat juga melayani mereka dengan sebaik-baiknya. 8. Kemampuan Dalam Keilmuan. Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada muridnya. Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan itu tidak dirasakan beku atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-guru maka akan lahirlah kepercayaan kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 6 – 12 ) CABARAN GURU- Inovasi dan perubahan dalam pendidikan – di dalam buku Guru dan Cabaran Semasa Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya kadar literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer yang semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih spesifik berbanding dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan. Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak kepemimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaaan dalam kalangan organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan
  • 13. keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 111 ) Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka murid yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 227 ) Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran haruslah membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguan dan harian. Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyamoaikan ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri murid tersebut. Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada perubahan dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru untuk memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan kelak. Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini. Perubahan „ fesyen „ dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya mengahadpi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strategi Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 ) Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Drath dan Palus ( dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, ( dlm Yukl, 2002 ) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang kearah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha kearah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.
  • 14. Namun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah setakat mana guru boleh bertindak untuk mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh mudah terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbingan guru. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 ) Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan murid tersebut. Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran. Dalam pembelajaran individu, Ingham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 ) mengesyorkan agar para guru, murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran murid dan mengaggap perbezaan yang ada pada diri seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya belajar murid, pencapaian akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 ) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan gaya belajar individu. Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajaranya maka perkataan seperti „ pengajaran cikgu membosankan‟ akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian. Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar para murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224-226 )
  • 15. Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan ( multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 232 ) Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa brhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 241 ) Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan „ rapport‟ bersama murid. Masalah ini akan lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan semua guru dapat melaksanakannnya. Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya dua pihak yang terlibat akan saling bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 242-243 ) Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada perkembangan konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning dan sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan profesionalisme dalam bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, professional dan memberi mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka khususnya dalam pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 234 )
  • 16. Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan serta berkemahiran menggunakan ICT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan di bilik darjah. Namun begitu Cuban ( 1995 ) pula menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah sebab kurang penggunaan ICT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk menggunakannya di dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 ) Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan denan menggunakan komputer melalui Arahan Program. Murid boleh belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka., Ini adalah penting supaya murid tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan murid „lemah‟ untuk membaiki kelemahan dam pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 237 ) Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas, memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 238-239 ) Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 ) CARA MENINGKATKANNYA
  • 17. Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 141 ) Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran. Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah dipelajari pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan pembelajaran ini ada yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal menganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya. Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin menganggu pelajaran bahasa Inggeris. Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan, kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid berfikir, berkomunikasi dan berinteraksi. Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai prestasi mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 ) Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu pengajaran tidak akan memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya galakkan dari guru terhadap murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan sebab-sebab yang lain. (( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 19 – 20 ) Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan umat ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara berkesan dan berhikmah harus diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif. ( Kertas Kerja oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji Ibrahim. M.s: 16 )
  • 18. Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 147 ) Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif ( perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa ( engaged time dan time on task ). ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 ) The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu: 1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada pelajaranya. 3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya. 4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada pengalaman masing-masing. 5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. ( Mohd Yusof Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 ) KESIMPULAN. Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahaa kekuatan falsafah pendidikan Negara kita adalah kerana ia berpijak di bumi nyata berdasarkan reality kehidupan kita sebagai umat Islam yang mendukung al-quran al-karim dan as-Sunnah dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Waljama‟ah yang sederhana. Falsafah pendidikan Negara kita ini bukan tercipta di awing-awangasn atau di alam khayalan, sebaliknya adalah pancaran dari perlembagaan Negara Brunei Darussalam, dari Watiqah Permasyhuran Kemerdekaan Negara kita, dari falsafah Negara kita, dari sikap dan pandangan raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien. Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implemintasikan sepenuhnya insya allah akan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negative yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikitpun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada mnyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat
  • 19. Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain. ( Pendidikan & profesionalisme: 2006: m.s: 85-86 ). Bagi kita pemimpin teragung contoh dan ikutan utama ialah Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam insan kamil, ulama dan pewaris mereka. Menjadikan Islam sebagai hidup dan Al-Din, merupakan tuntutan syara‟ daripada itu kita hendaklah berusaha kea rah itu, dengan demikian peranan ulama adalah penting dalam kepimpinan semua bidang. Kelesuan dan kelemahan ulama untuk berfungsi seperti yang sewajarnya dan menjalankan tugas mereka sebagai pewaris para Nabi dan Rasul adalah natijah daripada beberapa factor luaran dan dalaman ummah dan ulama itu sendiri. Kita hendaklah berusaha ke arah mengatasi kelemahan dan kelesuan ulama agar mereka berfungsi dan berperanan seperti yang sewajarnya. Di antara cara berkesan untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu, diantara wahyu dengan akal, ilmu, iman dengan amal, rohani, akli, jasmani dengan akhlak, agama dengan sains, ilmu Fardu Ain dengan ilmu Fardu Kifayah dan penekanan tugas manusia sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai „ abd „ yang salih. Penekanan kepada penguasaan bahasa Arab hendaklah dipentingkan untuk membolehkan ulama merujuk kepada sumber asal dan asas Islam dan Islamisasi ilmu hendaklah dilakukan dengan segera dan dengan lebih berkesan. ( Jejak-jejak ; 203: M.s; 105 )