SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 35
Descargar para leer sin conexión
Unit Penerbitan KIDU                                      http://kidu.edu.my



PAS DAN TAHALLUF SIASI DENGAN DAP




      “PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun

      berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita

       berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama

    menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama

                 berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat.


    Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam

komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal

mereka. Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS

  mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan.”


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 1 November, Kota

                                   Bharu

                                     1
Unit Penerbitan KIDU                                         http://kidu.edu.my



PAS BERPEGANG DENGAN PRINSIP


PAS bemula di zaman penubuhannya hingga ke saat ini tidak pernah

menggadaikan prinsip untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara

ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya

bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan

mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan

negara sebagaimana tercatat di dalam perlembagaan PAS fasal 5 (1) dan

(2) berkenaan dengan tujuan PAS.

Selain itu, PAS juga memberikan sepenuh komitmen untuk mengembeling

segenap usaha bagi memastikan tujuan dan matlamat PAS tercapai

sebagaimana yang tercatat di dalam fasal 6 perlembagaan PAS berkenaan

dengan usaha-usaha. Berikut adalah maklumat bagi usaha-usaha PAS:


           (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah

           RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

           (2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta

           menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta

           memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan

           keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan

                                      2
Unit Penerbitan KIDU                                           http://kidu.edu.my



           dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan

           pendidikan.

           (3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan

           ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan

           rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang

           sihat dan berkebajikan.

           (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-

           pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan

           memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup

           Islam.

           (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi

           memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk

           politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan

           umat Islam dan rakyat seluruhnya.

           (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-

           persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan

           tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya

           mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-

           undang negara.

                                       3
Unit Penerbitan KIDU                                           http://kidu.edu.my



           (7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi

           negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha

           mengembangkan bahasa al-Qur'an.

           (8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan

           nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

           (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara

           ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan

           terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab

           mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

           (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu

           dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan

           menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala

           macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di

           kalangan umat manusia.

           (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-

           batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai

           semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.




                                       4
Unit Penerbitan KIDU                                            http://kidu.edu.my



Maka, kerjasama dengan DAP adalah mencakupi maksud (6), (9) dan (11)

perlembagaan PAS. Maka, bukankah itu cukup untuk membuktikan

bahawasanya PAS tidak pernah melanggar prinsipnya?


PAS VS DAP DALAM ISU TAHALLUF




Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah berkali-kali menegaskan bahawasanya

PAS tidak akan mengubah pendiriannya untuk melaksanakan nilai-nilai

islam dalam undang-undang sekiranya diberi peluang untuk memerintah

suatu haru nanti. Hal ini boleh dilihat dalam banyak siri-siri kenyataan

beliau dalam isu ini.




                                      5
Unit Penerbitan KIDU                                                                      http://kidu.edu.my



         Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih

        rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju

        dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.1


        PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian

        lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti

        rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.2




Selain itu, para pimpinan juga telah memberi penjelasan yang konkrit

bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah pada perkara-

perkara yang disepakati dan akan saling bertolak ansur pada perkara yang

tidak disepakati.

Tuan Guru Presiden juga telah menegaskan perkara yang sama beberapa

kali. Perkara ini kembali ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

ketika menyampaikan ceramah di Alor Star dalam Konvensyen Pakatan

Rakyat ke-3 sebagaimana yang dilaporkanoleh akhbar rasmi Harakahdaily

bertarikh 14 Januari 2012:

1
 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-harap-hudud-dilaksana-jika-pakatan-terajui-
putrajaya/
2
    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47897&tid=92&cid=2

                                                       6
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my



            "Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan

            DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza

            yang boleh dimuafakati.

            "Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan

            bertasamud3,"


Berkenaan apakah perkara-perkara yang disepakati antara PAS dan

DAP,maka Tuan Guru telahpun memperjelaskannya di dalam Konvensyen

Pakatan Rakyat pada tahun 2010 yang lalu. Berikut adalah petikan

TuanGuru Presiden berkenaan perkara sedemikian:


          15.     Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih

          bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas

          prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan

          kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi

          kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas

          pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.4




3
    Bertasamuh (bukan bertasamud) yang bermaksud bertolak ansur
4
 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=290:ucapan-di-konvesnyen-
pakatan-rakyat&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

                                                      7
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.my



Pada 4 Disember 2011 sekali Tuan Guru Haji Hadi Awang sekali lagi

menyebut di Stadium Malawati, Shah Alam sewaktu majlis Rapat Rakyat

bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah di atas titik

kesamaan antara dua parti tersebut.


        Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP

        dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan

        menentang kezaliman.Ianya juga atas dasar mahu membina

        hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno

        BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.5

PAS VS KEADILAN DALAM ISU ISRAEL




5
 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=358:biarlah-pas-diperkuda-
dari-umno-diperlembu&catid=1:berita&Itemid=106

                                                    8
Unit Penerbitan KIDU                                         http://kidu.edu.my



PAS jelas dengan pendiriannya iaitu kita bersama-sama membantu dalam

perkara yang disepakati, namun akan bertolak ansur dalam perkara-

perkara yang dipersilisihkan tanpa mengenepikan prinsip.


Sebagai contoh satu kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ Seri

Anwar Ibrahim kononnya menyokong negara haram Israel, Mursyid ‘Am

PAS membuat satu kenyataan media menyatakan bantahan terhadap

kenyataan tersebut.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertarikh 13

Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan Harakahdaily memberikan

kenyataan seperti berikut:


       Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan

       dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara

       haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian

       di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong

       sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.


       Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan

       dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa

       Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti

                                     9
Unit Penerbitan KIDU                                                                       http://kidu.edu.my



           dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan

           secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan

           seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar

           Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan

           menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.6


Pada 22 Febuari 2012, setelah bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut, ini adalah

respon Tuan Guru Mursyid ‘am PAS:


           Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi

           pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ ,

           iaitu PAS sekali-kali tidak,mengiktiraf negara haram Israel. Maka

           PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang

           dihina      di     bumi      sendiri.       Terserahlah           kepada         Datuk          Seri

           Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.


           Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara

           haram         Israel merupakan                suatu        kezaliman,            tanpa          peri

           kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas

6
    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8087-israel-anwar-tarik-balik-kenyataan-atau-saman-wsj

                                                       10
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.my



        hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa

        Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat

        Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru,

        adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.


        Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak

        mengiktiraf negara               Israel         dan     menyokong              sepenuhnya

        perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS

        telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan

        Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat

        dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan

        tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.


        Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak

        Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.7


Lihat, PAS jelas tidak bersama dalam perkara yang bercanggah dengan

prinsip PAS.




7
  http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=760:datuk-seri-anwar-palestine-dan-
israel&catid=80:kenyataan-mursyidul-am-2011-2013&Itemid=500

                                                   11
Unit Penerbitan KIDU                                     http://kidu.edu.my



Begitu juga dalam konteks ini. PAS dan DAP sudah diketahui umum

mempunyai pusat ideologi yang berbeza, namun ia tidak sepatutnya

menjadi pokok perbincangan utama kerana persamaan antara kedua-

duanya lebih banyak berbanding dengan perbezaan.


DAP dan PAS sama-sama menentang:

   1. kezaliman,


   2. kronisme,


   3. penyalahgunaan kuasa dan sama-sama berjuang untuk mencapai:

   4. keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara

       menyeluruh,


   5. melakukan pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan

       legislatif,


   6. ketelusan,


   7. demokrasi yang telus dan tulen untuk

   8. memperkasakan ketuanan rakyat,


   9. memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan

                                   12
Unit Penerbitan KIDU                                                                      http://kidu.edu.my



      10. untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara

        adil dan


      11. hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-

        setara8.


    Yang berbeza hanyalah tentang status hukuman dalam Islam seperti

hudud, qisas dan ta’zir, adakah ia bercanggah dengan perlembagaan

Malaysia. Itu sahaja perbezaan yang paling ketara setakat ini.

Maka jelas, banyak sekali perkara yang disepakati berbanding perkara

yang tidak disepakati. Tuan Guru Presiden memberikan komen tentang

perkara ini pada 17 Ogos 2011:


        Kerjasama yang dibuat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang

        lain adalah berdasarkan kepada prinsip persefahaman yang

        saling menerima prinsip dan dasar perjuangan parti masing-

        masing.




8
 http://blog.drdzul.com/2012/01/14/tawaran-jingga-pakatan-rakyat-bersihkan-malaysia/. Dr Dzulkifli Ahmad ialah
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Buku Jingga.

                                                     13
Unit Penerbitan KIDU                                                                  http://kidu.edu.my



        "Ianya dibuat tanpa meruntuhkan dasar dan prinsip perbezaan

        ideologi untuk mengadakan kerjasama selain tidak mencetuskan

        perkara yang boleh membakar jambatan yang telah dibina.


        "Apa yang penting, semua pihak perlu memainkan peranan masing-

        masing bagi memastikan agenda untuk memartabatkan Islam serta

        memberi khidmat kepada rakyat terlaksana."9


Namun begitu, dalam isu-isu yang dipersilisihkan, kedua-dua pihak saling

bertolak ansur dalam menguruskannya.


Sebagai contoh dalam isu berkenaan Valentine Day. Sikap PAS yang

konsisten menolak dan mempromosi umat Islam untuk menolak sambutan

hari berkenaan mengundang kritikan pihak Presiden DAP.


Bertarikh 11 Febuari 2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh TheStar

Karpal Singh menggesa PAS agar mengubah pendirian berkenaan

Sambutan Hari Kekasih. Ini kerana menurut beliau menolak sambutan ini

bercanggah dengan hak kebebasan hak asasi manusia.



9
 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=110:pakatan-rakyat-pas-tidak-
akan-bakar-jambatan-yang-dibina&catid=1:berita&Itemid=106

                                                   14
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.my



           DAP chairman Karpal Singh hopes that PAS will review its stand

           which opposes Valentine's Day celebrations in the country.


           He told a press conference here that any attempt to stop activities

           related to the celebration "is an affront to human rights and

           freedom."10


Bagaimanapun hal ini dijawab oleh Presiden PAS sebagaimana yang

dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Febuari 2012 seperti

berikut:


           Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak

           DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam

           sahaja.


           "Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh

           ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab

           agama.11




10
     http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation
11
     http://www.sinarharian.com.my/nasional/hadi-pas-tetap-tentang-sambutan-hari-kekasih-1.23470

                                                      15
Unit Penerbitan KIDU                                                                       http://kidu.edu.my



Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

pada tarikh yang sama di akhbar yang sama memberikan komentar

berikut:


           Karpal Singh (perlu) belajar untuk menghormati agama lain dan tidak

           memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.12


Namun, yang penulis kesalkan ialah kenyataan pimpinan UMNO yang

sangat senada dengan bukan dalam perkara ini.


Pada 8 Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar New Straits

Time, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memberikan seperti

berikut:


           Pakatan Rakyat must direct Pas Youth to immediately retract their

           statement that Valentine's Day celebrations promote "immoral

           activities".


           "Pas Youth must stop their continuous insults over the years towards

           those celebrating Valentine's Day." He said there was nothing wrong

           for Pas Youth to discourage Muslims from celebrating Valentine's

12
     http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-nasihat-karpal-hormati-agama-lain-1.23451

                                                       16
Unit Penerbitan KIDU                                                                http://kidu.edu.my



           Day if it was against the teachings of Islam.

             "However, in doing so, they should not allege that Valentine's Day

           celebrations will promote immoral activities.

             "This implies that non-Muslim Malaysians who celebrate Valentine's

           Day will be involved in such activities."13


Berturutan daripada kenyataan berikut, pada 12 Febuari 2012, MCA pula

memberikan kenyataan yang sama. Kenyataan ini dikeluarkan oleh

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha sebagaimana yang

dilaporkan oleh akhbar TheStar:


           MCA has urged PAS to stop insulting Malaysians who want to

           celebrate Valentine’s Day and stop saying it is immoral to do so.14

Setelah itu pada keesokan harinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed

Nazri Abdul Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar New Straits

Times memberikan respon berikut:




13
     http://www.nst.com.my/latest/pas-youth-just-being-paranoid-1.43494
14
     http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation

                                                       17
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my



           The government was against any form of protest against

           Valentine's Day as all Malaysians were entitled to the right of

           freedom of expression.


             "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day

           event cause the moral values of Malaysians to go down?


            "What proof has Pas got to substantiate such claims? We should not

           pay attention to them ... they are a confused lot,"

           There was no statistics to show that celebrating Valentine's Day

           would create immoral values among the people.15

PERBEZAAN ANTARA DAP DAN MCA




Namun begitu, sekiranya dibuat perbandingan kenapa PAS memilih untuk

setuju bekerjasama dengan DAP berbanding MCA?
15
     http://www.nst.com.my/local/politics/don-t-politicise-valentine-s-day-1.45804

                                                         18
Unit Penerbitan KIDU                                       http://kidu.edu.my



Secara umumnya adalah kerana DAP lebih jelas lebih mirip dan

kecenderungan mereka kepada nilai Islam berbanding MCA.


Apa yang bakal penulis paparkan di sini adalah satu kenyataan sebenar

yang dibuat oleh pemimpin tersebut. Penulis tidak menaqalkan mana-mana

kenyataan pemimpin tersebut kecuali dari sumber yang autentik atau dari

sumber pakatan mereka.


PERBEZAAN 1




DAP menentang hudud kerana pada pandangan mereka ia

bertentangan dengan perlembagaan, manakala MCA secara terang-

terangan menghina dan merendah-rendahkan hudud.

Hal ini pembaca boleh amati dalam kenyataan-kenyataan berikut:




                                   19
Unit Penerbitan KIDU                                                                        http://kidu.edu.my



Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek pada 4 Disember 2012 di Wisma

MCA selepas merasmikan Forum Hudud berkata


           Investors will flee Malaysia if hudud is made federal law. This was

           because hudud was not fair to all, in particular women, and also

           prescribed cruel punishments for crimes, contrary to international

           convention.


           “When our record on human rights is not good and the punishment

           is perceived to be cruel, Malaysia’s international standing will

           drop.


           “Then we will have difficulty in attracting investment and even existing

           investors may pull out. the stock market will likely fall 10 to 20 per

           cent once the Islamic law was enacted and would hit the pockets of

           local investors as well.16


           “When all sectors of the economy are affected, all Malaysians

           regardless of religion... will be affected.17


16
  Boleh merujuk ke laman youtube.com dengan carian hudud dari kacamata chua soi lek (3 bahagian). Setakat
diakses pada 19 Disember 2012 jam 1.24 pagi.
17
     http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-bad-for-business-says-soi-lek/
                                                        20
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.my



Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee

Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada 7

Disember 2011:


        MCA’s position against hudud law remains unshaken all this

        while, and we will never negotiate with any parties. Malaysia is a

        multiracial country. Implementation of hudud law will definitely affect

        non-Muslims. As pointed out by the speakers at the MCA-organised

        public forum on Hudud and its Implications on non-Muslims in

        Malaysia, hudud law will be applied to all irrespective of religion,

        although the weight of the witnesses’ evidences differs between

        Muslims and non-Muslims. Hudud law divides and impacts

        negatively against the entire society. Therefore, it is not suitable to

        be implemented in Malaysia.18


Sekarang cuba para pembaca kenyataan pimpinan-pimpinan DAP

berkenaan SEBAB ketegasan mereka menentang hudud.




18
  http://www.mca.org.my/en/mca-will-not-budge-from-position-against-hudud-will-quit-bn-if-umno-implements-
hudud-mca-youth-to-terengganu-mb/

                                                   21
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.my



Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Oktober 2011 sepertimana yang

dilaporkan oleh Malay Mail menyebutkan seperti berikut:


         The country's constitution was the highest law and as such, state

         legislation should be aligned with the constitution and any law

         inconsistent with it would be declared as void.



         "DAP would not agree to any amendment to the constitution for the

         enactment of hudud law, including the proposal made by PAS in the

         Kelantan and Terengganu state assemblies in 1993 as it was not in

         line with the constitution.19


Selain itu, beliau juga mengulangi pendirian yang sama pada 11 Febuari

2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar TheStar:


         Karpal stressed that DAP is opposed to PAS' aspirations for the

         establishment of an Islamic state and implementation of hudud law as

         it is contradictory to the Federal Constitution.20



19
     http://www.mmail.com.my/content/83534-dap-wont-budge-hudud-issue
20
     http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation

                                                     22
Unit Penerbitan KIDU                                                                    http://kidu.edu.my



Timbalan Setiausaha Agung DAP, Zulkifli Mohd Noor sepertimana

dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2002 menyebutkan seperti

berikut:


         Zulkifli also urged non-Muslims to initiate legal action against

         Terengganu's hudud law as it contravenes the Federal

         Constitution.21


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011

sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah menyebut seperi berikut:


       Pada masa yang sama, mereka (PAS) juga menghormati pendirian DAP

       yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan

       dengan perlembagaan.


       "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan

       perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita

       mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN 22




21
     http://www.malaysiakini.com/news/12523
22
     http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5724-hudud-dap-tetap-bersama-pas-lawan-bn

                                                      23
Unit Penerbitan KIDU                                          http://kidu.edu.my



Exco Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagaimana yang dilaporkan oleh

akhbar Harakah pada 19 Disember 2011 menjelaskan perbezaan antara

dua perkara ini seperti berikut:


   While DAP based its argument on the legality of the Hudud

   enactments from its own understanding of the Constitution, the

   MCA and its president Dr Chua Soi Lek had been belittling the laws

   by claiming that Hudud would drive away investors and would lead

   to Malaysia's destruction.



   As such, Amar, who is also Kelantan's spokesman on matters related to

   the state's Hudud enactment, said MCA's opposition was rooted in its

   anti-Islam character and this explained why its leaders had been

   passing derogatory and unsubstantiated remarks about the Islamic

   deterrent punishments for serious crimes.

   “(Chua) Soi Lek goes on telling that investors would run away and the

   country will be destroyed if Hudud laws were implemented. In contrast,

   DAP leaders do not indulge in such vehement opposition, but argue their

   case based on their opinion that Hudud contradict the Constitution," he

   added.
                                     24
Unit Penerbitan KIDU                                                                   http://kidu.edu.my



     Amar said state government representatives from Kelantan had

     discussions with top Pakatan Rakyat leaders including DAP's Karpal

     Singh and PKR's Anwar Ibrahim to deliberate on the issue of Hudud

     enactment in Kelantan.23


PERBEZAAN 2




TUJUAN DAP melawan UMNO, dan TUJUAN MCA melawan PAS: yang

mana lebih mempunyai nilai keislaman?


DAP melawan UMNO (melayu Muslim) kerana UMNO mempertahankan

rasuah, ketirisan dan kronisme, manakala MCA melawan PAS (pada



23
  http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4017-the-difference-between-mca-and-dap-on-opposition-
to-hudud.html

                                                    25
Unit Penerbitan KIDU                                            http://kidu.edu.my



pandangan mereka) adalah kerana kelemahan dalam pentadbiran

seperti kelembapan ekonomi dan peluang pekerjaan terhad.


Secara perbandingan, yang manakah lebih ‘syari’e’ dalam pertembungan

ini? Penulis mengirakan pembaca amat bijak untuk membuat perbandingan

ini. Kenyataan-kenyataan berikut adalah buktinya.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011 antaranya

menyebutkan seperti berikut:


            "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak

            setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno

            tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

            "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih

            banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama

            lawan kebatilan, sama-sama lawan BN.24


Beliau juga sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 10

Oktober 2011 menyebut seperti berikut:




24
     ibid

                                         26
Unit Penerbitan KIDU                                                                           http://kidu.edu.my



           “Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang

           dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah25, lawan penyalahgunaan

           kuasa, lawan BN.26


Sekarang, sila bandingkan pula tujuan MCA menentang PAS.


Apa yang penulis paparkan di sini adalah perkataan sebenar yang

diungkapkan oleh pemimpin terbabit sebagaimana dilaporkan. Ini tidak

bermakna penulis bersetuju dengan pandangan mereka. Ini kerana apa

yang disebut oleh pemimpin di bawah adalah retorika politik mereka yang

tidak bersandarkan fakta atau bersandarkan fakta separuh masak.




25
  Hal ini boleh dilihat dalam pengakuan yang dibuat oleh Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), bekas
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan bekas
Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999), bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999) dan bekas
Menteri Penerangan (2004), yang juga sekarang menjawat jawatan Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah
Merdeka (Amanah)Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Harakah bertarikh 5 Januari 2012
seperti berikut:

       Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik
       kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

       "Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua
       tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

       "Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah.” Sepatutnya, SPRM sudah
       boleh membuat penyiasatan atas pengakuan beliau ini. Tetapi setakat artikel ini ditulis, belum ada tindakan
       dibuat atas kenyataan beliau ini.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil
26
     http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPulangiamaran/Article

                                                          27
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.my



Sila pembaca bandingkan adakah tujuan MCA melawan PAS kerana

penyelewengan, ketirisan, kronisme dan penyalahgunaan kuasa

sepertimana tujuan DAP menentang UMNO dan Barisan Nasional?


Pengerusi MCA Kelantan Datuk Dr Fong Chan Onn pada 5 Mac 2004

seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:

        Isu pembangunan lembab ekonomi Kelantan di bawah

        pemerintahan 14 tahun kerajaan PAS, merupakan antara beberapa

        isu yang akan diketengahkan MCA pada kempen pilihan raya umum

        kali ini. Isu lain yang akan diketengahkan MCA ialah mengenai dasar

        kerajaan PAS yang menyekat kebebasan masyarakat Cina

        termasuk dalam aktiviti kebudayaan dan sosial.27



Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy pada 10 Mei 2007

seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:

        MCA Kelantan akan menggunakan isu kegagalan ekonomi kerajaan

        Pas negeri dalam kempen pilihan raya umum akan datang. Sehingga

27
  http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=71337&tid=60&cid=2. Selain itu pembaca boleh melihat kenyataan
yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA terdahulu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik pada 21 Jun 2002 di
alamat ini http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74509&tid=58&cid=2. Selain itu pembaca boleh merujuk
kenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting seperti yang dilaporkan oleh
Utusan Malaysia bertarikh 27 November 2004.


                                                     28
Unit Penerbitan KIDU                                               http://kidu.edu.my



           kini Pas gagal membangunkan negeri sehingga ramai anak Kelantan

           yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi gagal mendapat

           pekerjaan ...kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.28



Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting pada 3 Ogos 2007 seperti yang

dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:

           Selepas 17 tahun Pas mentadbir negeri Kelantan, nasib kaum Cina

           dan kaum minoriti yang lain di negeri itu masih tercicir dalam

           bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.29


PERBEZAAN 3




28
     http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=59908&tid=63&cid=2
29
     http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47034&tid=63&cid=2

                                                      29
Unit Penerbitan KIDU                                                                http://kidu.edu.my



DAP tidak menentang PAS menguatkuasakan syariah tetapi MCA

menentang.


KES 1: Perjudian


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 7 Mac 2011 menyebutkan

seperti berikut:


           As such, Dr Chua said the party would encourage its central

           committee member Datuk Ti Lian Ker, also a lawyer by training,

           to haul PAS to court for banning gambling in Kelantan.


           “PAS, by banning gambling, is imposing Islamic values on non-

           Muslims.30


Hal ini diperkuatkan lagi dengan laporan berita berikut:


         KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan

         saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri

         Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-




30
     http://www.mca.org.my/en/soi-lek-mca-to-haul-pas-to-court-over-gambling-ban/

                                                       30
Unit Penerbitan KIDU                                                                     http://kidu.edu.my



      undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti

      perjudian dan loteri.


      Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit,

      47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han

      Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di

      Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.


      Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks

      Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA,

      Dato’ Ti Lian Ker31.


KES 2: Syi’ar


Selain itu, dalam isu yang lain, MCA menentang hasrat kerajaan negeri

yang diperintah PAS untuk meningkatkan syiar Islam di negeri itu dengan

menyemarakkan tulisan jawi di papan tanda dan pemidang kain.




31
  Beliau merupakan ahli jawatankuasa pusat MCA merangkap ketua biro perhubungan NGO MCA. Sila rujuk
http://www.mca.org.my/en/press-statement-by-mca-ngo-liaison-bureau-chairman-datuk-ti-lian-ker-flailing-the-
instruction-by-the-selangor-pakatan-rakyat-government-to-ban-all-symbols-and-logos-related-with-the-1malaysia/
dan ahli jawatankuasa biro MCA pusat http://www.mca.org.my/en/about-us/about-mca/personnel/mca-
leadership/mca-bureaus/

                                                     31
Unit Penerbitan KIDU                                               http://kidu.edu.my



Hal ini boleh dilihat dalam laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Oktober

2001 seperti berikut:


         MCA Kelantan membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu

         (MPKB) yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan

         tanda dan pemidang kain di bandar ini. MPKB pada mesyuaratnya

         Khamis lepas mewajibkan penggunaan tulisan jawi itu di setiap papan

         tanda dan pemidang kain, malahan kedudukan tulisan itu perlu lebih

         besar dari tulisan bahasa lain.

         Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Leong Su

         Siang berharap MPKB mengkaji semula arahan itu kerana jika

         tidak MCA akan mengambil tindakan undang-undang.32



Selain itu, Dr Chua Soi Lek juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan

berikut kepada News Strait Times bertarikh 2 Mei 2011:

         The MCA is not opposing any possible cooperation between Umno

         and Pas for the sake of Malay-Muslim unity.

         However, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Pas had to

         first set aside its agenda to turn the country into an Islamic state
32
     http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=56802&tid=57&cid=2

                                                      32
Unit Penerbitan KIDU                                                 http://kidu.edu.my



         before it could sit down and talk with Umno about any possible

         return to the Barisan Nasional fold.

         "The prime minister is fully aware of our stand on the matter of Pas

         rejoining BN."33



PERBEZAAN 4

DAP lebih dekat dengan nilai syariat Islam berbanding MCA.



Hal ini boleh dilihat dalam sikap DAP terhadap beberapa perkara

antaranya berkenaan isu pengharaman judi.

DAP jelas meletakan prinsip mengharamkan judi. Berikut adalah intipati

kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Eng sebagaimana dilaporkan oleh akhbar harakahdaily:

           Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi

           bola', Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab

           itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya.

           Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak

           rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya),

33
     http://e.nst.com.my/nst/articles/8cua/Article/art_print

                                                          33
Unit Penerbitan KIDU                                          http://kidu.edu.my



       dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri

       Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk

       orang Cina.

       Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau'

       (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang

       bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini

       berjudi sebagai budaya.

       Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya

       masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi

       bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak

       cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang

       Cina....(ketawa).

       Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi

       kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu

       kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima.

       Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang

       pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi

       macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga



                                     34
Unit Penerbitan KIDU                                                                 http://kidu.edu.my



        nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini

        semua sudah terbalik. 34

RUMUSAN

Nah, sekarang semoga pembaca jelas berkenaan betapa ‘haramnya’

kerjasama antara PAS dan DAP, dan betapa ‘islamiknya’ kerjasama antara

UMNO dan MCA sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa

individu kebelakangan ini.

Duhai golongan agamawan, jujurlah dengan ilmumu.

Amanahlah.




34
  http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28529:umno-takut-kerana-saya-
banyak-bantu-melayu-islam-guan-eng&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128



                                                   35

Más contenido relacionado

Similar a PAS dan tahalluf siasi dengan DAP

Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Habibi Syamsuddin
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Aminah Ibrahim
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
043799
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
Kevin Vin
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
mothy
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Rosli Dol Haji
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
ismakie
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Zarina Zam
 

Similar a PAS dan tahalluf siasi dengan DAP (20)

Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
 
Nota temuduga
Nota temuduga Nota temuduga
Nota temuduga
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1nota SPP Bab 1
nota SPP Bab 1
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 

Más de Kaizan Nazlan

Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kaizan Nazlan
 

Más de Kaizan Nazlan (10)

TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANGTRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
 
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan GembiraEnergizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
 
3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem
 
Financial Statement
Financial StatementFinancial Statement
Financial Statement
 
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
 
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
 
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
 
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang MuslimMahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
 
Art of presentation e book
Art of presentation e bookArt of presentation e book
Art of presentation e book
 
Hukuman hudud
Hukuman hududHukuman hudud
Hukuman hudud
 

PAS dan tahalluf siasi dengan DAP

  • 1. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my PAS DAN TAHALLUF SIASI DENGAN DAP “PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat. Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka. Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan.” Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 1 November, Kota Bharu 1
  • 2. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my PAS BERPEGANG DENGAN PRINSIP PAS bemula di zaman penubuhannya hingga ke saat ini tidak pernah menggadaikan prinsip untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sebagaimana tercatat di dalam perlembagaan PAS fasal 5 (1) dan (2) berkenaan dengan tujuan PAS. Selain itu, PAS juga memberikan sepenuh komitmen untuk mengembeling segenap usaha bagi memastikan tujuan dan matlamat PAS tercapai sebagaimana yang tercatat di dalam fasal 6 perlembagaan PAS berkenaan dengan usaha-usaha. Berikut adalah maklumat bagi usaha-usaha PAS: (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. (2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan 2
  • 3. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. (3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan- pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan- persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang- undang negara. 3
  • 4. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my (7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an. (8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas- batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar. 4
  • 5. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Maka, kerjasama dengan DAP adalah mencakupi maksud (6), (9) dan (11) perlembagaan PAS. Maka, bukankah itu cukup untuk membuktikan bahawasanya PAS tidak pernah melanggar prinsipnya? PAS VS DAP DALAM ISU TAHALLUF Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah berkali-kali menegaskan bahawasanya PAS tidak akan mengubah pendiriannya untuk melaksanakan nilai-nilai islam dalam undang-undang sekiranya diberi peluang untuk memerintah suatu haru nanti. Hal ini boleh dilihat dalam banyak siri-siri kenyataan beliau dalam isu ini. 5
  • 6. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.1 PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.2 Selain itu, para pimpinan juga telah memberi penjelasan yang konkrit bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah pada perkara- perkara yang disepakati dan akan saling bertolak ansur pada perkara yang tidak disepakati. Tuan Guru Presiden juga telah menegaskan perkara yang sama beberapa kali. Perkara ini kembali ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Alor Star dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 sebagaimana yang dilaporkanoleh akhbar rasmi Harakahdaily bertarikh 14 Januari 2012: 1 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-harap-hudud-dilaksana-jika-pakatan-terajui- putrajaya/ 2 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47897&tid=92&cid=2 6
  • 7. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my "Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati. "Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud3," Berkenaan apakah perkara-perkara yang disepakati antara PAS dan DAP,maka Tuan Guru telahpun memperjelaskannya di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada tahun 2010 yang lalu. Berikut adalah petikan TuanGuru Presiden berkenaan perkara sedemikian: 15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.4 3 Bertasamuh (bukan bertasamud) yang bermaksud bertolak ansur 4 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=290:ucapan-di-konvesnyen- pakatan-rakyat&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56 7
  • 8. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Pada 4 Disember 2011 sekali Tuan Guru Haji Hadi Awang sekali lagi menyebut di Stadium Malawati, Shah Alam sewaktu majlis Rapat Rakyat bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah di atas titik kesamaan antara dua parti tersebut. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.Ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.5 PAS VS KEADILAN DALAM ISU ISRAEL 5 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=358:biarlah-pas-diperkuda- dari-umno-diperlembu&catid=1:berita&Itemid=106 8
  • 9. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my PAS jelas dengan pendiriannya iaitu kita bersama-sama membantu dalam perkara yang disepakati, namun akan bertolak ansur dalam perkara- perkara yang dipersilisihkan tanpa mengenepikan prinsip. Sebagai contoh satu kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya menyokong negara haram Israel, Mursyid ‘Am PAS membuat satu kenyataan media menyatakan bantahan terhadap kenyataan tersebut. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertarikh 13 Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan Harakahdaily memberikan kenyataan seperti berikut: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti 9
  • 10. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.6 Pada 22 Febuari 2012, setelah bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut, ini adalah respon Tuan Guru Mursyid ‘am PAS: Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak,mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas 6 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8087-israel-anwar-tarik-balik-kenyataan-atau-saman-wsj 10
  • 11. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.7 Lihat, PAS jelas tidak bersama dalam perkara yang bercanggah dengan prinsip PAS. 7 http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=760:datuk-seri-anwar-palestine-dan- israel&catid=80:kenyataan-mursyidul-am-2011-2013&Itemid=500 11
  • 12. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Begitu juga dalam konteks ini. PAS dan DAP sudah diketahui umum mempunyai pusat ideologi yang berbeza, namun ia tidak sepatutnya menjadi pokok perbincangan utama kerana persamaan antara kedua- duanya lebih banyak berbanding dengan perbezaan. DAP dan PAS sama-sama menentang: 1. kezaliman, 2. kronisme, 3. penyalahgunaan kuasa dan sama-sama berjuang untuk mencapai: 4. keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh, 5. melakukan pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan legislatif, 6. ketelusan, 7. demokrasi yang telus dan tulen untuk 8. memperkasakan ketuanan rakyat, 9. memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan 12
  • 13. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my 10. untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil dan 11. hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara8. Yang berbeza hanyalah tentang status hukuman dalam Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir, adakah ia bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Itu sahaja perbezaan yang paling ketara setakat ini. Maka jelas, banyak sekali perkara yang disepakati berbanding perkara yang tidak disepakati. Tuan Guru Presiden memberikan komen tentang perkara ini pada 17 Ogos 2011: Kerjasama yang dibuat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain adalah berdasarkan kepada prinsip persefahaman yang saling menerima prinsip dan dasar perjuangan parti masing- masing. 8 http://blog.drdzul.com/2012/01/14/tawaran-jingga-pakatan-rakyat-bersihkan-malaysia/. Dr Dzulkifli Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Buku Jingga. 13
  • 14. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my "Ianya dibuat tanpa meruntuhkan dasar dan prinsip perbezaan ideologi untuk mengadakan kerjasama selain tidak mencetuskan perkara yang boleh membakar jambatan yang telah dibina. "Apa yang penting, semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing bagi memastikan agenda untuk memartabatkan Islam serta memberi khidmat kepada rakyat terlaksana."9 Namun begitu, dalam isu-isu yang dipersilisihkan, kedua-dua pihak saling bertolak ansur dalam menguruskannya. Sebagai contoh dalam isu berkenaan Valentine Day. Sikap PAS yang konsisten menolak dan mempromosi umat Islam untuk menolak sambutan hari berkenaan mengundang kritikan pihak Presiden DAP. Bertarikh 11 Febuari 2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh TheStar Karpal Singh menggesa PAS agar mengubah pendirian berkenaan Sambutan Hari Kekasih. Ini kerana menurut beliau menolak sambutan ini bercanggah dengan hak kebebasan hak asasi manusia. 9 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=110:pakatan-rakyat-pas-tidak- akan-bakar-jambatan-yang-dibina&catid=1:berita&Itemid=106 14
  • 15. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my DAP chairman Karpal Singh hopes that PAS will review its stand which opposes Valentine's Day celebrations in the country. He told a press conference here that any attempt to stop activities related to the celebration "is an affront to human rights and freedom."10 Bagaimanapun hal ini dijawab oleh Presiden PAS sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Febuari 2012 seperti berikut: Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja. "Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.11 10 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation 11 http://www.sinarharian.com.my/nasional/hadi-pas-tetap-tentang-sambutan-hari-kekasih-1.23470 15
  • 16. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada tarikh yang sama di akhbar yang sama memberikan komentar berikut: Karpal Singh (perlu) belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.12 Namun, yang penulis kesalkan ialah kenyataan pimpinan UMNO yang sangat senada dengan bukan dalam perkara ini. Pada 8 Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar New Straits Time, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memberikan seperti berikut: Pakatan Rakyat must direct Pas Youth to immediately retract their statement that Valentine's Day celebrations promote "immoral activities". "Pas Youth must stop their continuous insults over the years towards those celebrating Valentine's Day." He said there was nothing wrong for Pas Youth to discourage Muslims from celebrating Valentine's 12 http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-nasihat-karpal-hormati-agama-lain-1.23451 16
  • 17. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Day if it was against the teachings of Islam. "However, in doing so, they should not allege that Valentine's Day celebrations will promote immoral activities. "This implies that non-Muslim Malaysians who celebrate Valentine's Day will be involved in such activities."13 Berturutan daripada kenyataan berikut, pada 12 Febuari 2012, MCA pula memberikan kenyataan yang sama. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar TheStar: MCA has urged PAS to stop insulting Malaysians who want to celebrate Valentine’s Day and stop saying it is immoral to do so.14 Setelah itu pada keesokan harinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar New Straits Times memberikan respon berikut: 13 http://www.nst.com.my/latest/pas-youth-just-being-paranoid-1.43494 14 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation 17
  • 18. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my The government was against any form of protest against Valentine's Day as all Malaysians were entitled to the right of freedom of expression. "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down? "What proof has Pas got to substantiate such claims? We should not pay attention to them ... they are a confused lot," There was no statistics to show that celebrating Valentine's Day would create immoral values among the people.15 PERBEZAAN ANTARA DAP DAN MCA Namun begitu, sekiranya dibuat perbandingan kenapa PAS memilih untuk setuju bekerjasama dengan DAP berbanding MCA? 15 http://www.nst.com.my/local/politics/don-t-politicise-valentine-s-day-1.45804 18
  • 19. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Secara umumnya adalah kerana DAP lebih jelas lebih mirip dan kecenderungan mereka kepada nilai Islam berbanding MCA. Apa yang bakal penulis paparkan di sini adalah satu kenyataan sebenar yang dibuat oleh pemimpin tersebut. Penulis tidak menaqalkan mana-mana kenyataan pemimpin tersebut kecuali dari sumber yang autentik atau dari sumber pakatan mereka. PERBEZAAN 1 DAP menentang hudud kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan perlembagaan, manakala MCA secara terang- terangan menghina dan merendah-rendahkan hudud. Hal ini pembaca boleh amati dalam kenyataan-kenyataan berikut: 19
  • 20. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek pada 4 Disember 2012 di Wisma MCA selepas merasmikan Forum Hudud berkata Investors will flee Malaysia if hudud is made federal law. This was because hudud was not fair to all, in particular women, and also prescribed cruel punishments for crimes, contrary to international convention. “When our record on human rights is not good and the punishment is perceived to be cruel, Malaysia’s international standing will drop. “Then we will have difficulty in attracting investment and even existing investors may pull out. the stock market will likely fall 10 to 20 per cent once the Islamic law was enacted and would hit the pockets of local investors as well.16 “When all sectors of the economy are affected, all Malaysians regardless of religion... will be affected.17 16 Boleh merujuk ke laman youtube.com dengan carian hudud dari kacamata chua soi lek (3 bahagian). Setakat diakses pada 19 Disember 2012 jam 1.24 pagi. 17 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-bad-for-business-says-soi-lek/ 20
  • 21. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada 7 Disember 2011: MCA’s position against hudud law remains unshaken all this while, and we will never negotiate with any parties. Malaysia is a multiracial country. Implementation of hudud law will definitely affect non-Muslims. As pointed out by the speakers at the MCA-organised public forum on Hudud and its Implications on non-Muslims in Malaysia, hudud law will be applied to all irrespective of religion, although the weight of the witnesses’ evidences differs between Muslims and non-Muslims. Hudud law divides and impacts negatively against the entire society. Therefore, it is not suitable to be implemented in Malaysia.18 Sekarang cuba para pembaca kenyataan pimpinan-pimpinan DAP berkenaan SEBAB ketegasan mereka menentang hudud. 18 http://www.mca.org.my/en/mca-will-not-budge-from-position-against-hudud-will-quit-bn-if-umno-implements- hudud-mca-youth-to-terengganu-mb/ 21
  • 22. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Oktober 2011 sepertimana yang dilaporkan oleh Malay Mail menyebutkan seperti berikut: The country's constitution was the highest law and as such, state legislation should be aligned with the constitution and any law inconsistent with it would be declared as void. "DAP would not agree to any amendment to the constitution for the enactment of hudud law, including the proposal made by PAS in the Kelantan and Terengganu state assemblies in 1993 as it was not in line with the constitution.19 Selain itu, beliau juga mengulangi pendirian yang sama pada 11 Febuari 2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar TheStar: Karpal stressed that DAP is opposed to PAS' aspirations for the establishment of an Islamic state and implementation of hudud law as it is contradictory to the Federal Constitution.20 19 http://www.mmail.com.my/content/83534-dap-wont-budge-hudud-issue 20 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation 22
  • 23. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Timbalan Setiausaha Agung DAP, Zulkifli Mohd Noor sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2002 menyebutkan seperti berikut: Zulkifli also urged non-Muslims to initiate legal action against Terengganu's hudud law as it contravenes the Federal Constitution.21 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah menyebut seperi berikut: Pada masa yang sama, mereka (PAS) juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan. "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN 22 21 http://www.malaysiakini.com/news/12523 22 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5724-hudud-dap-tetap-bersama-pas-lawan-bn 23
  • 24. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Exco Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Harakah pada 19 Disember 2011 menjelaskan perbezaan antara dua perkara ini seperti berikut: While DAP based its argument on the legality of the Hudud enactments from its own understanding of the Constitution, the MCA and its president Dr Chua Soi Lek had been belittling the laws by claiming that Hudud would drive away investors and would lead to Malaysia's destruction. As such, Amar, who is also Kelantan's spokesman on matters related to the state's Hudud enactment, said MCA's opposition was rooted in its anti-Islam character and this explained why its leaders had been passing derogatory and unsubstantiated remarks about the Islamic deterrent punishments for serious crimes. “(Chua) Soi Lek goes on telling that investors would run away and the country will be destroyed if Hudud laws were implemented. In contrast, DAP leaders do not indulge in such vehement opposition, but argue their case based on their opinion that Hudud contradict the Constitution," he added. 24
  • 25. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Amar said state government representatives from Kelantan had discussions with top Pakatan Rakyat leaders including DAP's Karpal Singh and PKR's Anwar Ibrahim to deliberate on the issue of Hudud enactment in Kelantan.23 PERBEZAAN 2 TUJUAN DAP melawan UMNO, dan TUJUAN MCA melawan PAS: yang mana lebih mempunyai nilai keislaman? DAP melawan UMNO (melayu Muslim) kerana UMNO mempertahankan rasuah, ketirisan dan kronisme, manakala MCA melawan PAS (pada 23 http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4017-the-difference-between-mca-and-dap-on-opposition- to-hudud.html 25
  • 26. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my pandangan mereka) adalah kerana kelemahan dalam pentadbiran seperti kelembapan ekonomi dan peluang pekerjaan terhad. Secara perbandingan, yang manakah lebih ‘syari’e’ dalam pertembungan ini? Penulis mengirakan pembaca amat bijak untuk membuat perbandingan ini. Kenyataan-kenyataan berikut adalah buktinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011 antaranya menyebutkan seperti berikut: "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama. "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN.24 Beliau juga sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 10 Oktober 2011 menyebut seperti berikut: 24 ibid 26
  • 27. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my “Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah25, lawan penyalahgunaan kuasa, lawan BN.26 Sekarang, sila bandingkan pula tujuan MCA menentang PAS. Apa yang penulis paparkan di sini adalah perkataan sebenar yang diungkapkan oleh pemimpin terbabit sebagaimana dilaporkan. Ini tidak bermakna penulis bersetuju dengan pandangan mereka. Ini kerana apa yang disebut oleh pemimpin di bawah adalah retorika politik mereka yang tidak bersandarkan fakta atau bersandarkan fakta separuh masak. 25 Hal ini boleh dilihat dalam pengakuan yang dibuat oleh Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999), bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999) dan bekas Menteri Penerangan (2004), yang juga sekarang menjawat jawatan Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Harakah bertarikh 5 Januari 2012 seperti berikut: Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi. "Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran. "Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah.” Sepatutnya, SPRM sudah boleh membuat penyiasatan atas pengakuan beliau ini. Tetapi setakat artikel ini ditulis, belum ada tindakan dibuat atas kenyataan beliau ini. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil 26 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPulangiamaran/Article 27
  • 28. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Sila pembaca bandingkan adakah tujuan MCA melawan PAS kerana penyelewengan, ketirisan, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sepertimana tujuan DAP menentang UMNO dan Barisan Nasional? Pengerusi MCA Kelantan Datuk Dr Fong Chan Onn pada 5 Mac 2004 seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: Isu pembangunan lembab ekonomi Kelantan di bawah pemerintahan 14 tahun kerajaan PAS, merupakan antara beberapa isu yang akan diketengahkan MCA pada kempen pilihan raya umum kali ini. Isu lain yang akan diketengahkan MCA ialah mengenai dasar kerajaan PAS yang menyekat kebebasan masyarakat Cina termasuk dalam aktiviti kebudayaan dan sosial.27 Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy pada 10 Mei 2007 seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: MCA Kelantan akan menggunakan isu kegagalan ekonomi kerajaan Pas negeri dalam kempen pilihan raya umum akan datang. Sehingga 27 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=71337&tid=60&cid=2. Selain itu pembaca boleh melihat kenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA terdahulu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik pada 21 Jun 2002 di alamat ini http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74509&tid=58&cid=2. Selain itu pembaca boleh merujuk kenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 27 November 2004. 28
  • 29. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my kini Pas gagal membangunkan negeri sehingga ramai anak Kelantan yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi gagal mendapat pekerjaan ...kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.28 Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting pada 3 Ogos 2007 seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut: Selepas 17 tahun Pas mentadbir negeri Kelantan, nasib kaum Cina dan kaum minoriti yang lain di negeri itu masih tercicir dalam bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.29 PERBEZAAN 3 28 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=59908&tid=63&cid=2 29 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47034&tid=63&cid=2 29
  • 30. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my DAP tidak menentang PAS menguatkuasakan syariah tetapi MCA menentang. KES 1: Perjudian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 7 Mac 2011 menyebutkan seperti berikut: As such, Dr Chua said the party would encourage its central committee member Datuk Ti Lian Ker, also a lawyer by training, to haul PAS to court for banning gambling in Kelantan. “PAS, by banning gambling, is imposing Islamic values on non- Muslims.30 Hal ini diperkuatkan lagi dengan laporan berita berikut: KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang- 30 http://www.mca.org.my/en/soi-lek-mca-to-haul-pas-to-court-over-gambling-ban/ 30
  • 31. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri. Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu. Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Dato’ Ti Lian Ker31. KES 2: Syi’ar Selain itu, dalam isu yang lain, MCA menentang hasrat kerajaan negeri yang diperintah PAS untuk meningkatkan syiar Islam di negeri itu dengan menyemarakkan tulisan jawi di papan tanda dan pemidang kain. 31 Beliau merupakan ahli jawatankuasa pusat MCA merangkap ketua biro perhubungan NGO MCA. Sila rujuk http://www.mca.org.my/en/press-statement-by-mca-ngo-liaison-bureau-chairman-datuk-ti-lian-ker-flailing-the- instruction-by-the-selangor-pakatan-rakyat-government-to-ban-all-symbols-and-logos-related-with-the-1malaysia/ dan ahli jawatankuasa biro MCA pusat http://www.mca.org.my/en/about-us/about-mca/personnel/mca- leadership/mca-bureaus/ 31
  • 32. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my Hal ini boleh dilihat dalam laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Oktober 2001 seperti berikut: MCA Kelantan membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda dan pemidang kain di bandar ini. MPKB pada mesyuaratnya Khamis lepas mewajibkan penggunaan tulisan jawi itu di setiap papan tanda dan pemidang kain, malahan kedudukan tulisan itu perlu lebih besar dari tulisan bahasa lain. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Leong Su Siang berharap MPKB mengkaji semula arahan itu kerana jika tidak MCA akan mengambil tindakan undang-undang.32 Selain itu, Dr Chua Soi Lek juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut kepada News Strait Times bertarikh 2 Mei 2011: The MCA is not opposing any possible cooperation between Umno and Pas for the sake of Malay-Muslim unity. However, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Pas had to first set aside its agenda to turn the country into an Islamic state 32 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=56802&tid=57&cid=2 32
  • 33. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold. "The prime minister is fully aware of our stand on the matter of Pas rejoining BN."33 PERBEZAAN 4 DAP lebih dekat dengan nilai syariat Islam berbanding MCA. Hal ini boleh dilihat dalam sikap DAP terhadap beberapa perkara antaranya berkenaan isu pengharaman judi. DAP jelas meletakan prinsip mengharamkan judi. Berikut adalah intipati kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Eng sebagaimana dilaporkan oleh akhbar harakahdaily: Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi bola', Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya), 33 http://e.nst.com.my/nst/articles/8cua/Article/art_print 33
  • 34. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk orang Cina. Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau' (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini berjudi sebagai budaya. Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang Cina....(ketawa). Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima. Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga 34
  • 35. Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini semua sudah terbalik. 34 RUMUSAN Nah, sekarang semoga pembaca jelas berkenaan betapa ‘haramnya’ kerjasama antara PAS dan DAP, dan betapa ‘islamiknya’ kerjasama antara UMNO dan MCA sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa individu kebelakangan ini. Duhai golongan agamawan, jujurlah dengan ilmumu. Amanahlah. 34 http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28529:umno-takut-kerana-saya- banyak-bantu-melayu-islam-guan-eng&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128 35