SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION

 FOR MATHEMATICAL SCIENCES

                 (SME 3023)

              SEM 2 2011/2012


        Mathematics Anxiety

          NAMA              NO MATRIK
   SULIMAR BINTI JAMIL     D20091035000
     JUISI ANAK BENIK      D20091035067




NAMA PENSYARAH : PROF DR MARZITA PUTEH
Isi Kandungan


                    Kandungan                      Muka surat

1.0   Pengenalan                                       1

2.0   Definisi                                         2

3.0   Ciri-ciri kebimbangan matematik                  2

4.0   Isu-isu

      4.1.0 Pelajar dengan kebimbangan matematik       3

      4.1.1 Faktor-faktor                              3

      4.1.2 Kesan                                      4

      4.1.3 Cara mengatasi                             5

      4.2.0 Guru dan kebimbangan matematik             6

      4.2.1 Persepsi guru di Malaysia                  7

      4.2.2 Faktor-faktor                              7

      4.2.3 kesan                                      8

      4.2.4 Cara mengatasi                             8

5.0   Cadangan                                         9

6.0   Kesimpulan                                      10
1.0    Pengenalan

       Dalam era globalisasi ini, kehidupan seharian kita sangat berhubungkait dengan
matematik. Dari membeli keperluan asas di kedai runcit, dan melihat jam kepada mengaplikasi
teknologi seperti telekomunikasi, arkitek dan bioteknologi, kita tidak dapat lari daripada
matematik dalam kehidupan kita.

       Isu pencapaian akademik pelajar menjadi fokus utama dan hangat diperkatakan dalam
kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat keseluruhannya. Ukuran kejayaan sesebuah organisasi
pendidikan adalah berdasarkan kepada pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Pencapaian
matematik selalunya dilihat sebagai faktor utama bagi memastikan kejayaan pelajar dalam sistem
persekolahan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Sehingga kini, pencapaian matematik
masih pada tahap yang tidak memberansangkan dan membanggakan.

       Pencapaian dasar 60:40 Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan 60% pelajar
dalam aliran Sains dan Teknologi di sekolah menengah atas masih pada tahap yang rendah. Pada
tahun 2004, pelajar aliran Sains dan Teknologi hanya 43.18% dan ini menunjukkan pelajar masih
gagal menguasai matematik dengan baik memandangkan syarat pemilihan ke aliran Sains dan
Teknologi memerlukan asas matematik yang baik (Hashim Yaakob, 2004, yang dipetik dalam
Arsaytham, 2006). Sebenarnya ilmu matematik memiliki ciri-ciri abstrak yang menyebabkan
ramai pelajar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia menganggap ia satu subjek yang
sukar dan menakutkan (Utusan Malaysia, 10 November 2006).

       Kebimbangan matematik memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang yang
mengalaminya. Tapia (2004) mendapati bahawa pelajar yang tiada kebimbangan matematik
mempunyai motivasi belajar yang tinggi berbanding pelajar yang mempunyai kebimbangan yang
tinggi dalam matematik. Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam kebimbangan matematik
menyebabkan penurunan dalam pencapaian.
2.0    Definisi

       Mathematics anxiety atau kebimbangan matematik ialah satu fenomena di mana
seseorang itu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan
nombor dan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Kebimbangan
matematik dikatakan menyebabkan seseorang berasa sangat takut dan sedaya upaya tidak mahu
apa-apa pun berkaitan dengan matematik.

Mathematics anxiety can be defined as an “irrational dread of mathematics that interferes with
manipulating numbers and solving mathematical problems within a variety of everyday life and
academic situations”

                                                                   Buckley and Ribordy, 1982




       Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut
yang berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam
pelbagai situasi akademik dan kehidupan seharian. Ini menyebabkan otak menghadkan
kemampuannya untuk bekerja dan menjejaskan keupayaannya menyelesaikan masalah
matematik.




3.0    Ciri-ciri kebimbangan matematik

Orang yang mengalami kebimbangan matematik akan hilang keyakinan diri apabila berhadapan
dengan nombor. Mereka akan berpeluh, sakit perut, panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya
apabila mereka diminta untuk menyelesaikan soalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan
yang paling asas. Mereka yang mengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan
otak mereka menjadi kosong sementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk
menyelesaikan soalan matematik. Kesan jangka panjang boleh menyebabkan fobia dan takut
terhadap matematik sampai ke tahap di mana mereka tidak mahu mengambil program yang
memerlukan kemahiran matematik yang tinggi.
4.0      Isu-isu



4.1      Pelajar dan kebimbangan matematik

      Pelajar di seluruh dunia takut kepada matematik. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk
mengelak nombor dan masalah matematik. Di sekolah, mereka mengelak dari matematik selama
yang boleh. Dan apabila diberi peluang, mereka memilih subjek yang menggunakan sedikit atau
tidak menggunakan matematik langsung.




4.1.1 Faktor-faktor

      Faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan matematik adalah personaliti guru dan
kaedah mengajar. Guru sering mengugut pelajar membuat soalan matematik sekiranya sesebuah
kelas itu nakal dan bising. Apabila pelajar diberi soalan secara spontan dan mesti dijawab pada
masa itu juga, mereka akan berasa tekanan yang sangat tinggi. Ini menunjukkan guru tidak
menanam minat pelajar untuk belajar matematik malah menakutkan pelajar. Situasi yang lain
pula, guru mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan tidak peduli sama ada pelajar
faham atau tidak. Apabila pelajar tidak tidak faham tentang subjek ini, mereka akan
menyalahkan pelajar itu sendiri padahal ini salah guru kerana tidak prihatin dengan pelajar.

      Pelajar yang ingin lulus dalam subjek ini terdorong untuk belajar dan cuba memahami topik
tersebut, namun disebabkan kebimbangan mereka terhadap matematik menyebabkan mereka
sukar untuk memahami topik tersebut. Selain itu, guru matematik yang garang akan
menyebabkan pelajar takut terhadap guru dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian di
dalam kelas. Mereka tidak berani untuk bertanya soalan kepada guru sekiranya mereka tidak
faham. Oleh itu mereka tidak memahami apa yang diajar dan meningkatkan kebimbangan
mereka dalam matematik.

      Seterusnya adalah faktor tekanan menghadapi peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan
yang lepas walaupun mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh menyebabkan mereka takut
untuk menduduki peperiksaan matematik lagi. Pengalaman pahit ini mempengaruhi respon
mereka terhadap matematik. Oleh itu, usahkan menduduki peperiksaan awam, hendak menjawab
ujian biasa pun mereka dah takut disebabkan pengalaman silam yang negatif ini.

   Faktor yang terakhir adalah tekanan dari keluarga. Ibu bapa sering memaksa anak-anak
mereka supaya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat A dalam peperiksaan. Ini memberi
tekanan yang sangat tinggi terhadap pelajar. Mereka perlu lulus dalam subjek matematik bagi
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana matematik merupakan subjek
yang sangat penting dan kunci utama dalam bidang kejuruteraan, bidang saintifik dan teknologi.
Harapan keluarga yang terlalu tinggi menyebabkan pelajar bimbang dan takut kepada matematik.
Contohnya bapa pelajar tersebut seorang jurutera dan ingin anaknya mengikuti jejak langkah dia.
Akan tetapi pelajar tersebut lemah dalam subjek matematik dan bapanya mula memarahinya.
Dari sini bermulanya ketakutan pelajar tersebut terhadap matematik.




4.1.2 Kesan

       Pelajar yang mengalami kebimbangan matematik malu dan tidak yakin untuk menjawab
soalan di depan kelas. Ini kerana mereka takut jawapan mereka salah dan mereka dimalukan di
depan kelas. Tahap ketakutan yang terlalu tinggi boleh merosakkan prestasi pelajar dan
membawa kepada pencapaian akademik yang teruk. Kebimbangan terhadap matematik
menyebabkan prestasi pelajar menurun. Jika masalah ini tidak ditangani dengan awal, pelajar
akan menjadi fobia dengan matematik. Berikutan dengan itu, mereka tidak dapat meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Generasi muda yang berkualiti tidak dapat dihasilkan
bagi menerajui negara agar lebih maju setanding dengan maju yang lain.
4.1.3 Cara mengatasi

   Masalah kebimbangan matematik ini boleh diatasi. Sebagai guru matematik, adalah
tanggungjawab kita untuk menaikkan motivasi pelajar untuk belajar matematik. Guru perlu
menyedarkan pelajar akan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian dan berfikiran
positif terhadap subjek ini. Terdapat pelbagai cara yang guru boleh gunakan untuk menangani
masalah ini.

   Cara yang pertama ialah dengan mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik
darjah mereka dan mengubah amalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh
mengalami kejayaan matematik. Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar sebelum
guru menggunakan kaedah pengajaran mereka. Guru juga perlu mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang aktif yang menggalakkan interaksi antara guru dan pelajar.

   Salah satu kaedah yang boleh diamalkan ialah dengan menyediakan peluang untuk pelajar
meraikan kejayaan kecil agar mereka lebih yakin ketika menjawab latihan-latihan. Kajian
menunjukkan dengan memberi peluang pelajar merasai kejayaan-kejayaan kecil ketika dapat
menyelesaikan latihan-latihan matematik dapat mengatasi masalah kebimbangan matematik ini.
Saranan ini disokong oleh Edward Thorndike (1922), pengasas Teori Associationism , Hull
(1943) dengan Teori Behaviorism, Skinner (1938, 1954) dan Gagne (1965) yang melihat
pembelajaran sebagai timbunan respon kepada stimulus-stimulus (learning as the accumulation
of stimulus-response associations) yang perlu dikukuhkan di setiap peringkat.

   Guru juga haruslah menggalakkan pelajar melakukan kerja berkumpulan. Semasa merancang
pengajaran harian, guru boleh merancang satu aktiviti berkumpulan yang menarik untuk
dijalankan di dalam kelas. Aktiviti berkumpulan ini sangat sesuai dijalankan kerana pelajar lebih
selesa dengan rakan-rakan berbanding dengan guru. Mereka tidak malu untuk bertanya soalan
dalam kumpulan dan membuat penyelesaian soalan bersama-sama. Oleh itu, mereka lebih faham
sekiranya mereka membuat penyelesaian itu sendiri. Ini secara tidak lansung dapat meningkatkan
tahap kefahaman pelajar dan keyakinan mereka untuk menjawab soalan matematik.

   Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan dalam menangani kebimbangan matematik ini.
Semasa sesi perjumpaan dengan ibu bapa, guru boleh berbincang dengan ibu bapa agar memberi
dorongan dan semangat kepada anak-anak mereka. Ini mampu menaikkan motivasi pelajar untuk
belajar matematik. Tambahan pula, guru juga harus menyedarkan ibu bapa agar mendengar
masalah anak-anak mereka tentang matematik ini dan mereka tidak harus meletakkan harapan
terlalu tinggi untuk anak mereka mendapat semua jawapan betul dalam ujian matematik. Mereka
harus tahu akan tahap kecerdasan anak mereka. Seterusnya, mereka harus meyakinkan anak-anak
agar melakukan yang terbaik dan tidak memarahi mereka seandainya mereka gagal. Sebaliknya,
ibu bapa sepatutnya memberikan semangat atau motivasi agar anak-anak tidak berputus asa
terhadap matematik.

      Akhir sekali, guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti matematik di sekolah. Aktiviti
ini bertujuan untuk membudayakan matematik dalam kalangan pelajar dan hendaklah melibatkan
semua pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah minggu Matematik, bengkel
Matematik, Math Shopping, Minggu Origami, Eksplorasi Matematik dan Kuiz Matematik.
Kesemua aktiviti ini dapat menanam minat pelajar terhadap matematik. Aktiviti Math Shopping,
Minggu Origami dan Ekplorasi Matematik merupakan permainan matematik yang menarik dan
mampu menarik minat pelajar di samping mengaitkan matematik dalam kehidupan seharian kita.
Bengkel matematik pula bertujuan untuk menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik
dengan betul. Dengan ini, pelajar dapat memahami dan mampu menyelesaikan soalan matematik
sendiri. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan
matematik.




4.2      Guru pelatih dan kebimbangan matematik

Setiap individu mempunyai kebimbangan matematik. Bukan sahaja pelajar yang mengalami
kebimbangan matematik,malah guru pelatih juga mempunyai kebimbangan matematik.
kebimbangan matematik akan menyebabkan guru pelatih tidak bersemangat untuk mengajar
kerana sering memikirkan masalah yang mereka hadapi. Mereka tidak sanggup berhadapan
dengan pelajar-pelajar.
4.2.1 Persepsi guru di Malaysia

Menurut Marzita, (2005) terdapat beberapa persepsi matematik yang dinyatakan oleh guru-guru
pra-perkhidmatan di Malaysia antaranya ialah

   a) Matematik sekadar pengiraan, berkaitan dengan nombor, symbol serta memenatkan,
       bosan dan mengelirukan.
   b) Matematik adalah penyelesaian masalah.
   c) Matematik adalah sangat abstrak dan tidak berkaitan dengan kehidupan seharian.
   d) Matematik adalah kaedah-kaedah dan menghafal formula
   e) Matematik mengukur tahap IQ serta kreativiti
   f) Matematik perlu banyak latihan dan penumpuan, oleh itu, ia perlu bekerja keras.




4.2.2 Faktor-faktor

   Faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih adalah
tidak suka di cabar. Ramai guru pelatih menganggap matematik adalah salah satu subjek yang
mencabar keupayaan mental. Mereka bimbang, pelajar akan mengajukan soalan yang mencabar
untuk diselesaikan. Lebih-lebih lagi jika soalan yang di ajukan adalah soalan yang berayat
panjang.

   Selain itu, kurang berkeyakinan merupakan salah satu faktor yang sering dialami oleh guru
pelatih, terutamanya guru pelatih yang bukan opsyen matematik. mereka bimbang tidak dapat
menyelesaikan apa-apa jenis tugasan matematik yang diberika kepada mereka. Selain itu juga,
guru pelatih bimbang pelajar tidak memahami apa yang mereka cuba sampaikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini lebih ketara lagi, bila guru pelatih tersebut diberi
tugasan untuk mengajar kelas pertama. Guru pelatih bimbang pelajar mereka lebih pandai
daripada guru. Mereka juga bimbang pelajar akan mengajukan soalan-soalan yang agak sukar
dan memerlukan tahap IQ yang tinggi untuk menjawabnya. Justeru itu, sikap seperti ini akan
melahirkan kebimbangan dan ketakutan terhadap matematik dikalangan guru pelatih yang bukan
opsyen matematik.
Faktor seterusnya ialah guru pelatih yang kurang pengalaman. Mereka bimbang kaedah yang
disampaikan kurang menarik minat pelajar. selain itu, mereka bimbang isi pelajaran yang mereka
sampaikan tidak betul atau tersalah konsep.

   Faktor terakhir ialah mudah berputus asa. Disebabkan pencapaian guru pelatih yang kurang
memberangsangkan terhadap matapelajaran matematik semasa zaman persekolahan, mereka
akan mengaggap bahawa subjek tersebut sebagai satu cabaran yang besar. Apabila pengajaran
mereka tidak dapat diterima oleh pelajar, secara tidak langsung mereka akan mudah berputus asa
untuk memberi pengajaran yang terbaik.




4.2.3 Kesan

       Kebimbangan matematik akan memberi impak yang besar kepada guru pelatih. Guru
pelatih akan tertekan jika menghadapi situasi ini. Mereka merasakan yang mereka terpaksa
memikul satu beban yang besar. Kesan ini biasanya di alami oleh guru pelatih yang bukan
opsyen matematik diarahkan untuk mengajar matematik.




4.2.4 Cara mengatasi

       Guru merupakan “role model” kepada pelajar. Peranan guru adalah mengajar dan
mendidik anak bangsa kerana guru mampu mencorakkan masa depan anak muda zaman
sekarang. Oleh itu, kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih haruslah ditangani.
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih. Cara
pertama untuk mengatsai kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih ialah sentiasa
bersedia. Sebagai guru kita haruslah sentiasa bersedia dalam apa jua keadah. Pelbagai cabaran
yang akan guru hadapi. Oleh itu, sebagai guru pelatih seharusnya bersedia menghadapi segala
cabaran semasa di sekolah.

       Selain itu, sebagai seorang guru pelatih haruslah mempunyai keyakinan tinggi. Ini dapat
mengelakkan daripada pelajar meragui apa yang guru cuba sampaikan. Dengan keyakinan ini
juga, guru mampu menyampaikan isi pengajar dengan baik.
Seterusnya, sebagai seorang guru prasangka negatif terhadap subjek matematik haruslah
dielekkan. Hal ini dapat menghalang perasaan bimbang terhadap matematik. secara tidak
langsung guru pelatih boleh berhadapan dengan subjek matematik. Akhir sekali ialah
menganggap subjek matematik adalah subjek asing yang mana guru pelatih mesti
mengamalkannya. Dengan menggunakan cara ini, guru pelatih tidak bimbang untuk berhadapan
dengan matematik.




5.0    Cadangan

       Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu untuk mengatasi kebimbangan
matematik dikalangan pelajar. Pertama adalah buat matematik setiap hari. Pelajar seharusnya
meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk membuat latihan. Ini dapat membantu
pelajar mengatasi kelemahan serta ketidak fahaman yang mereka terhadap matematik. Selain itu,
pelajar seharusnya belajar secara bijak. Pelajar digalakkan membaca maklumat tentang kaedah
belajar, pengurusan masa, mengambil nota dan membaca buku teks di laman web yang di
senaraikan.

       Seterusnya, pelajar hendaklah sentiasa menghadiri kelas mathematik. Walaupun mereka
tidak menyukai akan subjek matematik. Namun dengan melakukan kaedah ini, secara tidak
langsung dapat memupuk sikap pelajar suka akan matematik. Guru matematik akan memainkan
peranan dengan membantu pelajar yang mengalami kebimbangan matematik.

       Sebagai seorang pelajar,     mereka seharusnya perancangan yang teratur. Mereka
seharusnya menyediakan nota kelas yang bagus. Dalam nota tersebut, pelajar hendaklah
menyenaraikan istilah-istilah matematik, ciri-ciri, formula-formula, teorem serta kaedah-kaedah
yang terdapat dalam matematik. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam subjek
matematik.

       Selain itu juga, pelajar hendaklah menguji kemampuan diri mereka dalam matematik.
Mereka seharusnya menyedari apa yang mereka tahu dan tidak tahu tentang topik-topik yang
terdapat dalam matematik. Setelah itu, mereka perlulah menjawab soalan-soalan tambahan untuk
mengetahui sejauhmana kefahaman mereka terhadap subjek tersebut.
Bukan itu sahaja, pelajar perlulah mengubah persepsi mereka daripada persepsi negatif ke
persepsi positif. Persepsi negatif merupakan penghalang kepada pelajar untuk berjaya dalam
matematik. Mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan rakan sebaya mereka yang
menganggap matematik adalah subjek yang susah. Ini kerana, kemampuan pelajar adalah
berbeza.

       Akhir sekali, pelajar hendaklah mengunakan semua kemudahan yang ada yang dapat
membantu mereka mengatasi kelemahan mereka dalam matematik. Kemudahan tersebut adalah
seperti book teks, laman sosial, perisian-perisian matematik dan banyak lagi.




6.0    Kesimpulan

       Masalah kebimbangan matematik ini wujud dalam diri semua orang tidak kira tua atau
muda. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menangani masalah ini agar tidak mengganggu
kehidupan seharian kita. Apabila kita berjaya menangani masalah ini, kita tidak akan fobia lagi
terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, sekolah, ibu
bapa dan masyarakat perlu bertanggungjawab dan perlu berganding bahu untuk menghapuskan
masalah ini. Mereka juga perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dan
anak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti.
Rujukan

Arsaythamby Veloo and Shamsuddin Muhammad ( 2011). Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan
         Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Asia Pacific Journal of
         Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 15–32, 2011.

Buckley, P.A.,& Ribordy, S.C. (1982). Mathematics Anxiety and the Effects of Evaluation
         Instructions on Mathematics Performance. Pp.6-8, 1982.

Cynthia Arem (1992). Conquering Math Anxiety : a self-help workbook. United States of
         America. Brooks/ Cole Publishing Company. ISBN: 0-534-18876-1.

Kebimbangan        matematik      (5     Jun    2007).    Diambil   pada   14   Mei   2012   dari
         http://duniapelangi.multiply.com/journal/item/46/Kebimbangan_Matematik?&show_inter
         stitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Marzita Puteh (2011). Mathematics anxiety: The Need to Overcome It!. Universiti Pendidikan
         Sultan Idris.

Richardson, F. C., & Suinn, R. M. (1972). The mathematics anxiety rating scale: Psychometric
         data. Journal of Counseling Psychology, 19, 551–554.

Tapia, M. & Marsh G. E. (2004). The relationship of math anxiety and gender. Academic
         Exchange Quarterly, 8(2), 130–134.

Kajian     GC      54    (   21        June    2011).    Diambil    pada   15   Mei   2012   dari
http://akusukaaddmat.blogspot.com/2011/06/kajian-gc-54.html

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
Adilah Yahaya
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
Habibah Abdullah
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
Nur Izzati Bt Ramli
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
Haryati Ismail
 
25022013 siska ryane mpmt
25022013 siska ryane mpmt25022013 siska ryane mpmt
25022013 siska ryane mpmt
siskaryane
 

La actualidad más candente (20)

KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabTeknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirJURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
 
Contoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian TindakanContoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian Tindakan
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
 
25022013 siska ryane mpmt
25022013 siska ryane mpmt25022013 siska ryane mpmt
25022013 siska ryane mpmt
 
Tesis pmri bab i
Tesis pmri bab iTesis pmri bab i
Tesis pmri bab i
 

Similar a mathematics anxiety

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
moshi89
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasna
moshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
izwan_ismail
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
moshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Afaf CyNofa
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
moshi89
 
Skillful problem solving
Skillful problem solvingSkillful problem solving
Skillful problem solving
access2011
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
guestf6b63af
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Teacher Nasrah
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01
Habibah Abdullah
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
Alina Margono
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
TukanARYS
 
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdfLK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
AbiHasan9
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
Novriheriyani
 

Similar a mathematics anxiety (20)

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IXProblematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
 
Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasna
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Skillful problem solving
Skillful problem solvingSkillful problem solving
Skillful problem solving
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
Hbmt 4303 v2
Hbmt 4303 v2Hbmt 4303 v2
Hbmt 4303 v2
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
 
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdfLK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
 
matematik
matematikmatematik
matematik
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 

mathematics anxiety

  • 1. TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023) SEM 2 2011/2012 Mathematics Anxiety NAMA NO MATRIK SULIMAR BINTI JAMIL D20091035000 JUISI ANAK BENIK D20091035067 NAMA PENSYARAH : PROF DR MARZITA PUTEH
  • 2. Isi Kandungan Kandungan Muka surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Definisi 2 3.0 Ciri-ciri kebimbangan matematik 2 4.0 Isu-isu 4.1.0 Pelajar dengan kebimbangan matematik 3 4.1.1 Faktor-faktor 3 4.1.2 Kesan 4 4.1.3 Cara mengatasi 5 4.2.0 Guru dan kebimbangan matematik 6 4.2.1 Persepsi guru di Malaysia 7 4.2.2 Faktor-faktor 7 4.2.3 kesan 8 4.2.4 Cara mengatasi 8 5.0 Cadangan 9 6.0 Kesimpulan 10
  • 3. 1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi ini, kehidupan seharian kita sangat berhubungkait dengan matematik. Dari membeli keperluan asas di kedai runcit, dan melihat jam kepada mengaplikasi teknologi seperti telekomunikasi, arkitek dan bioteknologi, kita tidak dapat lari daripada matematik dalam kehidupan kita. Isu pencapaian akademik pelajar menjadi fokus utama dan hangat diperkatakan dalam kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat keseluruhannya. Ukuran kejayaan sesebuah organisasi pendidikan adalah berdasarkan kepada pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Pencapaian matematik selalunya dilihat sebagai faktor utama bagi memastikan kejayaan pelajar dalam sistem persekolahan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Sehingga kini, pencapaian matematik masih pada tahap yang tidak memberansangkan dan membanggakan. Pencapaian dasar 60:40 Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan 60% pelajar dalam aliran Sains dan Teknologi di sekolah menengah atas masih pada tahap yang rendah. Pada tahun 2004, pelajar aliran Sains dan Teknologi hanya 43.18% dan ini menunjukkan pelajar masih gagal menguasai matematik dengan baik memandangkan syarat pemilihan ke aliran Sains dan Teknologi memerlukan asas matematik yang baik (Hashim Yaakob, 2004, yang dipetik dalam Arsaytham, 2006). Sebenarnya ilmu matematik memiliki ciri-ciri abstrak yang menyebabkan ramai pelajar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia menganggap ia satu subjek yang sukar dan menakutkan (Utusan Malaysia, 10 November 2006). Kebimbangan matematik memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang yang mengalaminya. Tapia (2004) mendapati bahawa pelajar yang tiada kebimbangan matematik mempunyai motivasi belajar yang tinggi berbanding pelajar yang mempunyai kebimbangan yang tinggi dalam matematik. Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam kebimbangan matematik menyebabkan penurunan dalam pencapaian.
  • 4. 2.0 Definisi Mathematics anxiety atau kebimbangan matematik ialah satu fenomena di mana seseorang itu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan nombor dan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Kebimbangan matematik dikatakan menyebabkan seseorang berasa sangat takut dan sedaya upaya tidak mahu apa-apa pun berkaitan dengan matematik. Mathematics anxiety can be defined as an “irrational dread of mathematics that interferes with manipulating numbers and solving mathematical problems within a variety of everyday life and academic situations” Buckley and Ribordy, 1982 Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yang berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai situasi akademik dan kehidupan seharian. Ini menyebabkan otak menghadkan kemampuannya untuk bekerja dan menjejaskan keupayaannya menyelesaikan masalah matematik. 3.0 Ciri-ciri kebimbangan matematik Orang yang mengalami kebimbangan matematik akan hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan nombor. Mereka akan berpeluh, sakit perut, panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya apabila mereka diminta untuk menyelesaikan soalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan yang paling asas. Mereka yang mengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan otak mereka menjadi kosong sementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk menyelesaikan soalan matematik. Kesan jangka panjang boleh menyebabkan fobia dan takut terhadap matematik sampai ke tahap di mana mereka tidak mahu mengambil program yang memerlukan kemahiran matematik yang tinggi.
  • 5. 4.0 Isu-isu 4.1 Pelajar dan kebimbangan matematik Pelajar di seluruh dunia takut kepada matematik. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengelak nombor dan masalah matematik. Di sekolah, mereka mengelak dari matematik selama yang boleh. Dan apabila diberi peluang, mereka memilih subjek yang menggunakan sedikit atau tidak menggunakan matematik langsung. 4.1.1 Faktor-faktor Faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan matematik adalah personaliti guru dan kaedah mengajar. Guru sering mengugut pelajar membuat soalan matematik sekiranya sesebuah kelas itu nakal dan bising. Apabila pelajar diberi soalan secara spontan dan mesti dijawab pada masa itu juga, mereka akan berasa tekanan yang sangat tinggi. Ini menunjukkan guru tidak menanam minat pelajar untuk belajar matematik malah menakutkan pelajar. Situasi yang lain pula, guru mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan tidak peduli sama ada pelajar faham atau tidak. Apabila pelajar tidak tidak faham tentang subjek ini, mereka akan menyalahkan pelajar itu sendiri padahal ini salah guru kerana tidak prihatin dengan pelajar. Pelajar yang ingin lulus dalam subjek ini terdorong untuk belajar dan cuba memahami topik tersebut, namun disebabkan kebimbangan mereka terhadap matematik menyebabkan mereka sukar untuk memahami topik tersebut. Selain itu, guru matematik yang garang akan menyebabkan pelajar takut terhadap guru dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Mereka tidak berani untuk bertanya soalan kepada guru sekiranya mereka tidak faham. Oleh itu mereka tidak memahami apa yang diajar dan meningkatkan kebimbangan mereka dalam matematik. Seterusnya adalah faktor tekanan menghadapi peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan yang lepas walaupun mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh menyebabkan mereka takut
  • 6. untuk menduduki peperiksaan matematik lagi. Pengalaman pahit ini mempengaruhi respon mereka terhadap matematik. Oleh itu, usahkan menduduki peperiksaan awam, hendak menjawab ujian biasa pun mereka dah takut disebabkan pengalaman silam yang negatif ini. Faktor yang terakhir adalah tekanan dari keluarga. Ibu bapa sering memaksa anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat A dalam peperiksaan. Ini memberi tekanan yang sangat tinggi terhadap pelajar. Mereka perlu lulus dalam subjek matematik bagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana matematik merupakan subjek yang sangat penting dan kunci utama dalam bidang kejuruteraan, bidang saintifik dan teknologi. Harapan keluarga yang terlalu tinggi menyebabkan pelajar bimbang dan takut kepada matematik. Contohnya bapa pelajar tersebut seorang jurutera dan ingin anaknya mengikuti jejak langkah dia. Akan tetapi pelajar tersebut lemah dalam subjek matematik dan bapanya mula memarahinya. Dari sini bermulanya ketakutan pelajar tersebut terhadap matematik. 4.1.2 Kesan Pelajar yang mengalami kebimbangan matematik malu dan tidak yakin untuk menjawab soalan di depan kelas. Ini kerana mereka takut jawapan mereka salah dan mereka dimalukan di depan kelas. Tahap ketakutan yang terlalu tinggi boleh merosakkan prestasi pelajar dan membawa kepada pencapaian akademik yang teruk. Kebimbangan terhadap matematik menyebabkan prestasi pelajar menurun. Jika masalah ini tidak ditangani dengan awal, pelajar akan menjadi fobia dengan matematik. Berikutan dengan itu, mereka tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Generasi muda yang berkualiti tidak dapat dihasilkan bagi menerajui negara agar lebih maju setanding dengan maju yang lain.
  • 7. 4.1.3 Cara mengatasi Masalah kebimbangan matematik ini boleh diatasi. Sebagai guru matematik, adalah tanggungjawab kita untuk menaikkan motivasi pelajar untuk belajar matematik. Guru perlu menyedarkan pelajar akan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian dan berfikiran positif terhadap subjek ini. Terdapat pelbagai cara yang guru boleh gunakan untuk menangani masalah ini. Cara yang pertama ialah dengan mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka dan mengubah amalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh mengalami kejayaan matematik. Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar sebelum guru menggunakan kaedah pengajaran mereka. Guru juga perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang aktif yang menggalakkan interaksi antara guru dan pelajar. Salah satu kaedah yang boleh diamalkan ialah dengan menyediakan peluang untuk pelajar meraikan kejayaan kecil agar mereka lebih yakin ketika menjawab latihan-latihan. Kajian menunjukkan dengan memberi peluang pelajar merasai kejayaan-kejayaan kecil ketika dapat menyelesaikan latihan-latihan matematik dapat mengatasi masalah kebimbangan matematik ini. Saranan ini disokong oleh Edward Thorndike (1922), pengasas Teori Associationism , Hull (1943) dengan Teori Behaviorism, Skinner (1938, 1954) dan Gagne (1965) yang melihat pembelajaran sebagai timbunan respon kepada stimulus-stimulus (learning as the accumulation of stimulus-response associations) yang perlu dikukuhkan di setiap peringkat. Guru juga haruslah menggalakkan pelajar melakukan kerja berkumpulan. Semasa merancang pengajaran harian, guru boleh merancang satu aktiviti berkumpulan yang menarik untuk dijalankan di dalam kelas. Aktiviti berkumpulan ini sangat sesuai dijalankan kerana pelajar lebih selesa dengan rakan-rakan berbanding dengan guru. Mereka tidak malu untuk bertanya soalan dalam kumpulan dan membuat penyelesaian soalan bersama-sama. Oleh itu, mereka lebih faham sekiranya mereka membuat penyelesaian itu sendiri. Ini secara tidak lansung dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan keyakinan mereka untuk menjawab soalan matematik. Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan dalam menangani kebimbangan matematik ini. Semasa sesi perjumpaan dengan ibu bapa, guru boleh berbincang dengan ibu bapa agar memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak mereka. Ini mampu menaikkan motivasi pelajar untuk
  • 8. belajar matematik. Tambahan pula, guru juga harus menyedarkan ibu bapa agar mendengar masalah anak-anak mereka tentang matematik ini dan mereka tidak harus meletakkan harapan terlalu tinggi untuk anak mereka mendapat semua jawapan betul dalam ujian matematik. Mereka harus tahu akan tahap kecerdasan anak mereka. Seterusnya, mereka harus meyakinkan anak-anak agar melakukan yang terbaik dan tidak memarahi mereka seandainya mereka gagal. Sebaliknya, ibu bapa sepatutnya memberikan semangat atau motivasi agar anak-anak tidak berputus asa terhadap matematik. Akhir sekali, guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti matematik di sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk membudayakan matematik dalam kalangan pelajar dan hendaklah melibatkan semua pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah minggu Matematik, bengkel Matematik, Math Shopping, Minggu Origami, Eksplorasi Matematik dan Kuiz Matematik. Kesemua aktiviti ini dapat menanam minat pelajar terhadap matematik. Aktiviti Math Shopping, Minggu Origami dan Ekplorasi Matematik merupakan permainan matematik yang menarik dan mampu menarik minat pelajar di samping mengaitkan matematik dalam kehidupan seharian kita. Bengkel matematik pula bertujuan untuk menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik dengan betul. Dengan ini, pelajar dapat memahami dan mampu menyelesaikan soalan matematik sendiri. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan matematik. 4.2 Guru pelatih dan kebimbangan matematik Setiap individu mempunyai kebimbangan matematik. Bukan sahaja pelajar yang mengalami kebimbangan matematik,malah guru pelatih juga mempunyai kebimbangan matematik. kebimbangan matematik akan menyebabkan guru pelatih tidak bersemangat untuk mengajar kerana sering memikirkan masalah yang mereka hadapi. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan pelajar-pelajar.
  • 9. 4.2.1 Persepsi guru di Malaysia Menurut Marzita, (2005) terdapat beberapa persepsi matematik yang dinyatakan oleh guru-guru pra-perkhidmatan di Malaysia antaranya ialah a) Matematik sekadar pengiraan, berkaitan dengan nombor, symbol serta memenatkan, bosan dan mengelirukan. b) Matematik adalah penyelesaian masalah. c) Matematik adalah sangat abstrak dan tidak berkaitan dengan kehidupan seharian. d) Matematik adalah kaedah-kaedah dan menghafal formula e) Matematik mengukur tahap IQ serta kreativiti f) Matematik perlu banyak latihan dan penumpuan, oleh itu, ia perlu bekerja keras. 4.2.2 Faktor-faktor Faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih adalah tidak suka di cabar. Ramai guru pelatih menganggap matematik adalah salah satu subjek yang mencabar keupayaan mental. Mereka bimbang, pelajar akan mengajukan soalan yang mencabar untuk diselesaikan. Lebih-lebih lagi jika soalan yang di ajukan adalah soalan yang berayat panjang. Selain itu, kurang berkeyakinan merupakan salah satu faktor yang sering dialami oleh guru pelatih, terutamanya guru pelatih yang bukan opsyen matematik. mereka bimbang tidak dapat menyelesaikan apa-apa jenis tugasan matematik yang diberika kepada mereka. Selain itu juga, guru pelatih bimbang pelajar tidak memahami apa yang mereka cuba sampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini lebih ketara lagi, bila guru pelatih tersebut diberi tugasan untuk mengajar kelas pertama. Guru pelatih bimbang pelajar mereka lebih pandai daripada guru. Mereka juga bimbang pelajar akan mengajukan soalan-soalan yang agak sukar dan memerlukan tahap IQ yang tinggi untuk menjawabnya. Justeru itu, sikap seperti ini akan melahirkan kebimbangan dan ketakutan terhadap matematik dikalangan guru pelatih yang bukan opsyen matematik.
  • 10. Faktor seterusnya ialah guru pelatih yang kurang pengalaman. Mereka bimbang kaedah yang disampaikan kurang menarik minat pelajar. selain itu, mereka bimbang isi pelajaran yang mereka sampaikan tidak betul atau tersalah konsep. Faktor terakhir ialah mudah berputus asa. Disebabkan pencapaian guru pelatih yang kurang memberangsangkan terhadap matapelajaran matematik semasa zaman persekolahan, mereka akan mengaggap bahawa subjek tersebut sebagai satu cabaran yang besar. Apabila pengajaran mereka tidak dapat diterima oleh pelajar, secara tidak langsung mereka akan mudah berputus asa untuk memberi pengajaran yang terbaik. 4.2.3 Kesan Kebimbangan matematik akan memberi impak yang besar kepada guru pelatih. Guru pelatih akan tertekan jika menghadapi situasi ini. Mereka merasakan yang mereka terpaksa memikul satu beban yang besar. Kesan ini biasanya di alami oleh guru pelatih yang bukan opsyen matematik diarahkan untuk mengajar matematik. 4.2.4 Cara mengatasi Guru merupakan “role model” kepada pelajar. Peranan guru adalah mengajar dan mendidik anak bangsa kerana guru mampu mencorakkan masa depan anak muda zaman sekarang. Oleh itu, kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih haruslah ditangani. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih. Cara pertama untuk mengatsai kebimbangan matematik dikalangan guru pelatih ialah sentiasa bersedia. Sebagai guru kita haruslah sentiasa bersedia dalam apa jua keadah. Pelbagai cabaran yang akan guru hadapi. Oleh itu, sebagai guru pelatih seharusnya bersedia menghadapi segala cabaran semasa di sekolah. Selain itu, sebagai seorang guru pelatih haruslah mempunyai keyakinan tinggi. Ini dapat mengelakkan daripada pelajar meragui apa yang guru cuba sampaikan. Dengan keyakinan ini juga, guru mampu menyampaikan isi pengajar dengan baik.
  • 11. Seterusnya, sebagai seorang guru prasangka negatif terhadap subjek matematik haruslah dielekkan. Hal ini dapat menghalang perasaan bimbang terhadap matematik. secara tidak langsung guru pelatih boleh berhadapan dengan subjek matematik. Akhir sekali ialah menganggap subjek matematik adalah subjek asing yang mana guru pelatih mesti mengamalkannya. Dengan menggunakan cara ini, guru pelatih tidak bimbang untuk berhadapan dengan matematik. 5.0 Cadangan Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu untuk mengatasi kebimbangan matematik dikalangan pelajar. Pertama adalah buat matematik setiap hari. Pelajar seharusnya meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk membuat latihan. Ini dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan serta ketidak fahaman yang mereka terhadap matematik. Selain itu, pelajar seharusnya belajar secara bijak. Pelajar digalakkan membaca maklumat tentang kaedah belajar, pengurusan masa, mengambil nota dan membaca buku teks di laman web yang di senaraikan. Seterusnya, pelajar hendaklah sentiasa menghadiri kelas mathematik. Walaupun mereka tidak menyukai akan subjek matematik. Namun dengan melakukan kaedah ini, secara tidak langsung dapat memupuk sikap pelajar suka akan matematik. Guru matematik akan memainkan peranan dengan membantu pelajar yang mengalami kebimbangan matematik. Sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya perancangan yang teratur. Mereka seharusnya menyediakan nota kelas yang bagus. Dalam nota tersebut, pelajar hendaklah menyenaraikan istilah-istilah matematik, ciri-ciri, formula-formula, teorem serta kaedah-kaedah yang terdapat dalam matematik. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam subjek matematik. Selain itu juga, pelajar hendaklah menguji kemampuan diri mereka dalam matematik. Mereka seharusnya menyedari apa yang mereka tahu dan tidak tahu tentang topik-topik yang terdapat dalam matematik. Setelah itu, mereka perlulah menjawab soalan-soalan tambahan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman mereka terhadap subjek tersebut.
  • 12. Bukan itu sahaja, pelajar perlulah mengubah persepsi mereka daripada persepsi negatif ke persepsi positif. Persepsi negatif merupakan penghalang kepada pelajar untuk berjaya dalam matematik. Mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan rakan sebaya mereka yang menganggap matematik adalah subjek yang susah. Ini kerana, kemampuan pelajar adalah berbeza. Akhir sekali, pelajar hendaklah mengunakan semua kemudahan yang ada yang dapat membantu mereka mengatasi kelemahan mereka dalam matematik. Kemudahan tersebut adalah seperti book teks, laman sosial, perisian-perisian matematik dan banyak lagi. 6.0 Kesimpulan Masalah kebimbangan matematik ini wujud dalam diri semua orang tidak kira tua atau muda. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menangani masalah ini agar tidak mengganggu kehidupan seharian kita. Apabila kita berjaya menangani masalah ini, kita tidak akan fobia lagi terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu bertanggungjawab dan perlu berganding bahu untuk menghapuskan masalah ini. Mereka juga perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dan anak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti.
  • 13. Rujukan Arsaythamby Veloo and Shamsuddin Muhammad ( 2011). Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 15–32, 2011. Buckley, P.A.,& Ribordy, S.C. (1982). Mathematics Anxiety and the Effects of Evaluation Instructions on Mathematics Performance. Pp.6-8, 1982. Cynthia Arem (1992). Conquering Math Anxiety : a self-help workbook. United States of America. Brooks/ Cole Publishing Company. ISBN: 0-534-18876-1. Kebimbangan matematik (5 Jun 2007). Diambil pada 14 Mei 2012 dari http://duniapelangi.multiply.com/journal/item/46/Kebimbangan_Matematik?&show_inter stitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem Marzita Puteh (2011). Mathematics anxiety: The Need to Overcome It!. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Richardson, F. C., & Suinn, R. M. (1972). The mathematics anxiety rating scale: Psychometric data. Journal of Counseling Psychology, 19, 551–554. Tapia, M. & Marsh G. E. (2004). The relationship of math anxiety and gender. Academic Exchange Quarterly, 8(2), 130–134. Kajian GC 54 ( 21 June 2011). Diambil pada 15 Mei 2012 dari http://akusukaaddmat.blogspot.com/2011/06/kajian-gc-54.html