Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan
1. 1
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa
dan keturunan. Jadi integrasi nasional amat penting dalam menyatukan pelbagai
masyarakat yang terdapat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar
belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai
pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan adanya penyatuan
sedemikian akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum
di negara kita.
Integrasi nasional juga merupakan proses merapatkan hubungan masyarakat di
setiap negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia dan seterusnya mencapai
matlamat 1 Malaysia.
1.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA
Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang
terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala dalam bahasa Inggeris, budaya disebut
culture yang berasal daripada bahasa Latin colere yang bermaksud mengolah atau
mengerjakan.
Menurut Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai.
ʺThe way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned
but are too pervasive to be readily noticed from within.ʺ
Di samping itu, Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maksudnya kebudayaan perlulah dijelaskan
sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
2. 2
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya seperti yang
pertama membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua
pula memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok
dalam aspek cara pengendalian hidup. Oleh itu, menurut Mohd. Taib Osman 1988, budaya
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekililing. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa sama terdapat
perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan
berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang
dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi
kekosongan sebagai altenatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada.
Justeru peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya dinegara kita
adalah amat penting dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada
pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara.
Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu-padu, mempunyai nilai
moral yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang serta
adil. Jadi dalam memahami konsep kepelbagaian budaya ini, maka kita seharusnya terlebih
dahulu memahami konsep-konsep asas yang berkaitan dengan budaya serta kelompok
masyarakat yang ada di negara kita Malaysia pada hari ini.
3. 3
Papan Hitam
2.0 LAKARAN PELAN KASAR BILIK DARJAH.
Sudut Bacaan
MEJA GURU
PintuPintuTingkap
SudutBuletinMingguan
Meja
Murid
Meja
Murid
Meja
Murid
Meja
Murid
RAK BUKU
Meja
Murid
Meja
Murid
Perpustakaan Kelas &
tempat perbincangan
Meja
Komputer
Tong Sampah &
Peralatan Kebersihan
Meja maklumat
& Tempat Fail
4. 4
3.0 HURAIAN PELAN KASAR BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.
Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan
mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Maka dalam konteks ini,
persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat
dengan pacaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya,
sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan
kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan dan diserasikan untuk
mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Bilik darjah dikenali sebagai bilik
darjah apabila di dalamnya terdapat guru dan murid dan kedua-dua pihak ini melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pula dibantu
oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat
diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid dapat
melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang
dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Saya telah memilih pelan kasar bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana
terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah
mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil
kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelah lantai tersebut
murid dapat duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk
meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya
kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan
persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik.
Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan
kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk
guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama.
Selain itu, pelan bilik darjah ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang
pelbagai seperti sudut bacaan, sudut buletin mingguan, sudut maklumat, tempat letak fail,
rak buku, kemudahan komputer, perpustakaan kelas dan tempat perbincangan dapat
menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Kelas mestilah sentiasa kemas
5. 5
dan tersusun supaya murid berasa seronok dalam kelas dan dapat mengikuti pengajaran
guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas
sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut
peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian
budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu
sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik
darjah. Sudut ruang kerja iaitu tempat perbincangan disediakan membolehkan murid
bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang
bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian dan
tahap penglibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Murid juga dapat belajar
menggunakan komputer yang disediakan oleh guru dalam kelas tersebut. Ini secara tidak
langsung dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan komputer.
Dengan adanya perpustakaan kelas membolehkan murid mencari maklumat dan
membaca buku jika ada masa terluang ataupun semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan dapat memupuk sikap membaca dikalangan murid dalam kelas
tersebut. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat
kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka dari
semasa ke semasa.
Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam
mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus
menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa
yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk
menjaga disiplin serta bergaul mesra sesama sendiri dalam membina sahsiah yang
diinginkan oleh guru. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung
ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid
yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan
lantai bilik darjah yang mesra budaya perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya
akan mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.
6. 6
4.0 FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI KETIDAKSAMAAN PENDIDIKAN.
Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah
sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.Walau
bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai
peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik,
kelas sosial, kurikulum dan penempatan.Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan
bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.
Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan
kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang
pekerjaankerjaya dan sebagainya. Ada yang berpandangan bahawa ketidaksamaan
berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.
Ketidaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di mana akses kepada
pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu.
Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosio-ekonomi,
pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.
Menurut petikan ucapan YB DatoʺSeri Hishamuddin Tun Hussein yang ketika itu sebagai
Menteri Pelajaran Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2006“… merapatkan jurang
pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara
miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan
khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir daripada arus pembangunan
negara.”Berdasarkan petikan ucapan jelaslah terbukti bahawa terdapat jurang dalam
sistem pendidikan di negara kita. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang
menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang dalam bidang pendidikan tersebut.
Antaranya ialah kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan kumpulan murid berkeperluan
khas.
Faktor pertama yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan ialah kelas
sosial. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian
akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid
miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan
rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada
tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Bagi keluarga yang tidak
7. 7
berkemampuan dalam menyediakan peralatan akses Internet, perkara ini secara tidak
langsung akan menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang
pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat dengan begitu pantas dan
cepat.Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur
kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam
masyarakat.
Manakala faktor kedua pula dari segi aspek jantina, ketidaksamaan peluang
pendidikan agak ketara. Perkara ini wujud sejak zaman penjajahan dahulu lagi iaitu
peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki sahaja. Hal ini terbukti
apabila kemasukan pelajar ke sekolah bagi sesetengah negara dimonopoli oleh kaum
lelaki. Namun begitu, berbeza pula dengan negara kita iaitu bilangan bagi pelajar lelaki
yang bersekolah di sekolah menengah kurang jika dibandingkan dengan pelajar
perempuan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan daripada mereka menamatkan
pengajian formal mereka terlebih awal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung
pendapatan keluarga. Perbezaan ini juga dapat dilihat di Institut Pengajian Tinggi Awan
(IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melahirkan lebih ramai graduan-
graduan dari kalangan wanita berbanding dengan graduan-graduan lelaki. Begitu juga
dalam bidang perguruan, ketidaksamaan jantina sudah lama wujud kerana bidang ini
mempunyai bilangan wanita yang lebih ramai berbanding kumpulan lelaki. Oleh yang
demikian, tidak hairanlah jika kuota kemasukan bagi golongan lelaki ke pusat pengajian
tinggi ataupun menceburi bidang perguruan sangat terbuka luas jika dibandingkan dengan
golongan wanita yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagi memasuki Institut Pengajian
Tinggi Kerajaan ataupun Swasta.
Di samping itu juga faktor ketiga kumpulan minoriti turut mempengaruhi faktor
ketidaksamaan peluang pendidikan ini. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga,
kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan,
agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya
berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Di Malaysia, kaum Melayu dikatakan
kumpulan majoriti manakala kumpulan minoriti pula termasuklah kaum Cina, India, dan
kumpulan-kumpulan etnik yang lain termasuklah orang Asli.
Isu ketidaksamaan peluang pendidikan timbul bagi kumpulan minoriti disebabkan
oleh kedudukan sebahagian daripada mereka yang agak pedalaman dan terpencil
terutamanya golongan orang Asli dan juga kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak yang
menyebabkan mereka terpinggir dalam pelbagai perkara. Tambahan pula, kelainan ciri
8. 8
dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka
terus ketinggalan dalam arus kemodenan negara. Malah, mereka juga turut kekurangan
dari segi perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan
kelengkapan sekolah. Ini kerana bentuk muka bumi kawasan mereka agak berbukit-
bukau dan dipisahkan oleh laut serta sungai yang menyebabkan bantuan dan kemudahan
sukar untuk disalurkan.
Faktor ketidaksamaan peluang pendidikan seterusnya ialah kumpulan berkeperluan
khas. Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka
ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud
ketidaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu. Sebelum
tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut hanya
pada peringkat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sebelum kemerdekaan negara, kerajaan
tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan sebarang kemudahan
pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh pertubuhan sukarela. Namun pada
hari ini kumpulan ini telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari sekolah
rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti.
Wujudnya beberapa isu utama yang berkaitan ketidaksamaan peluang pendidikan
di Malaysia ialah seperti aspek pembangunan.Aspek pembangunan pendidikan di
Malaysia lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan
pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama, peluang pendidikan di kawasan
luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan
wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan tentang isu
keciciran pelajar dimana seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat meneruskan
persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati puncanya adalah daripada
masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta kesukaran ibu bapa di pedalaman
untuk menghantar anak ke sekolah. Wujudnya ketidaksamarataan diantara bandar dan
luar bandar dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah
orang Asli dan pedalaman. Perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi serta jurang perbezaan tahap pencapaian murid dalam
menguasai 3 M antara murid bandar dan luar bandar antara isu kepada ketidaksamaan
peluang pendidikan ini.
9. 9
Terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya iaitu masyarakat
indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah
peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh
itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai
peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan dibezakan dari segi kawasan
tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya..Mereka ini dikatakan masih taksub dengan
kehidupan sistem masyarakat mereka. KetIdaksamaan peluang pendidikan dikatakan
berlaku di kalangan masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan yang berkembang
di Malaysia masih belum menyentuh sistem belajar asli masyakat tradisional. Masalah ini
juga dikaitkan dengan sikap masyarakat indigenous yang masih belum bersedia sebarang
perubahan dalam dunia pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional
mereka.
. Masalah ketidaksamaan peluang pendidikan dari segi kekurangan tenaga
pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian
menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.Kesannya, murid tidak
berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman
terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa
pertuturan kaum mereka sendiri. Jadi guru tersebut perlu belajar menguasai bahasa
pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik
minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.
Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara
langsung atau tidak langsung kepada golongan sasaran. Isu ketidaksamaan peluang
pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat
dan negara. Dari segi implikasinya kepada individu umumnya, semestinya ketidaksamaan
peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian
pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang lemah
pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman
serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang
pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara,
hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu didada.
Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana
individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini
10. 10
mungkin membuatkan mereka akan lebih berusaha untuk setaraf denganh pelajar lain
atau sekurangnya-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.
Implikasinya kepada keluarga pula, dimana seperti yang kita ketahui bahawa
pendidikan mampu mengubah nasib sesebuah keluarga itu. Jika jurang ketidaksamaan
peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada
tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang
mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya
mereka lebih senang tinggal dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang
sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.
Manakala implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripada implikasi
kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu
komuniti, sudah mesti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifnya, mundur
dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin
daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak
diambil peduli oleh masyarakat lain.
Sesebuah negara perlu bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya.
Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di
samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-
dasar yang telah digubal pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kekurangan ini
menyebabkan modal insan yang dibentuk tidak seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak
mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan
dicabul. Imej negara akan menjadi lebih buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian
negatif bakal terjadi.
. Ketidaksamaan peluang pendidikan telah memberi kesan negatif kepada sistem
pendidikan negara .Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang
merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Aspek bilik darjah
yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang
membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan
kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga
penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu
bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
11. 11
penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah
mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas.
Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum
mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid
mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja.
Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina
yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk
berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak
membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum –
kaum lain.
Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru
harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas
sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang
dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid –murid untuk
bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai
murni didalam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid
dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta
meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.
Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan
kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau
mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu
mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang
mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya
mereka tidak tersinggung.
Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan,
guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana
dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan
mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan
semua kepercayaan, nilai, dan agama murid.Guru harus bijak bertindak sekiranya
berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham
antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau
berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut
pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik
12. 12
menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan
dan pembelajaran di sekolah.
Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah
menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat keputusan
berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika menanggani
permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati terutama di
kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial.
Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar
didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid
yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan
jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka
peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami
penggunaan bahasa murid.
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang
melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru
perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana
akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari
melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud
ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran
berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih
banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar
perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.
13. 13
5.0 REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, kerana atas berkatnya, saya
Ronny anak Unan berjaya menyiapkan tugasan yang sebelumnya dianggap susah
ataupun sukar untuk disiapkan ini sebelum tempoh penyerahannya kepada pensyarah.
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, sememangnya banyak orang yang menjadi
„Tulang Belakang‟ untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kehendak tugasan serta
format-format tugasan ini.
Sememangnya banyak perkara dan cabaran yang saya pelajari setelah membuat
tugasan ini.Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya
untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang
berkaitan melalui internet dan membeli beberapa buah buku dikedai buku yang
berhampiran. Beberapa buah buku yang saya beli menggunakan baucer 1Malaysia seperti
buku Hubungan Etnik di Malaysia dan Malaysia Melangkah ke Hadapan banyak
membantu sebagai bahan rujukan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Perkara yang
paling membangggakan diri saya ialah, saya dapat menimba ilmu pengetahuan dengan
lebih mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan budaya dan pembelajaran ini.
Saya juga dapat menjelaskan tentang konsepbudaya dan kepelbagaian kelompok di
Malaysia, menjelaskan beberapa faktor ketidaksamaan peluang pendidikandan
melakarkan sendiri pelan kasar bilik darjah mengikut idea saya sendiri dan sebagainya .
Tugasan yang diberikan ini juga telah menyedarkan diri saya bahawa betapa pentingnya
pengetahuan tentang konsep budaya dan kepelbagaian kelompok yang terdapat di
Malaysia. Melalui tugasan ini juga saya dapat merancang idea saya sendiri untuk melakar
pelan bilik darjah mengikut idea saya dan disini saya dapat memahami beberapa faktor
yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.
Tambahan pula, setelah membuat tugasan ini, saya juga dapat mempelajari
bagaimana untuk menghasilkan satu laporan yang lengkap tentang pelan kasar bilik
darjah, menjelaskan tentang faktor-faktor ketidaksamaan peluang pendidikan dan
menyatakan dalam laporan tersebut tentang implikasinya kepada individu, keluarga,
masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga dapat membiasakan diri untuk mencari
maklumat dengan menggunakan sumber-sumber atau kemudahan yang ada dan
ditambah lagi dengan bebanan kerja sebagai pendidik di sekolah saya bertugas.. Segala
masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini pula telah mengajar saya
bagaimana untuk menghadapi segala masalah yang timbul walaupun saya sedar yang
14. 14
tugas saya sebagai pendidik amat mencabar semasa saya menyiapkan kerja kursus ini.
Saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaik-baiknya antara bidang kerja saya
dengan tugasan saya ini. Saya juga selalu membuat perbincangan secara kumpulan
sesama guru yang belajar dalam pengajian ini untuk membantu saya mengatasi masalah
yang di hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini.
Saya sungguh berbangga kerana dapat membuktikan kepada diri sendiri
bahawa saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini walaupun pada mulanya berasa
risau seakan-akan tidak mampu untuk menyiapkannya. Saya amat berharap agar apa
yang saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat saya praktikkan kelak
semasa saya bertugas di sekolah saya nanti.
Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
Pensyarah mata pelajaran untuk Budaya dan Pembelajaran (EDU) iaitu, En. Adrian Luat
kerana telah memberikan tugasan yang amat memberi pengajaran dan berfaedah kepada
saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya yang banyak
membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dan tak lupa kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam saya menyiapkan kerja
kursus ini.