SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
KPF 6044
PENGURUSAN KURIKULUM
TUGASAN : KAJIAN KES
TAJUK : Buat satu kajian kes tentang dua orang guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan,
pengurusan kurikulum.
NAMA : .............................
NO.MATRIK : ………………………………
SEMESTER : SE…………………………..
NAMA PENSYARAH : PROF. ……………………………….
1
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
ABSTRAK
Kajian kes ini merupakan kajian kualitatif yang mengkaji tentang pemikiran dua orang guru yang mengajar tingkatan
enam. Guru Pertama mengajar subjek ekonomi manakala guru yang kedua mengajar subjek sejarah. Sejak
kebelakangan ini tingkatan enam mengalami perubahan drastik yang meyediakan pelajar selaras dengan pemikiran
abad ke 21. Pendidikan tingkatan enam merupakan satu saluran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti. Wujudnya pendidikan prauniversiti yang banyak di Malaysia
menyebabkan pendidikan tingkatan enam menghadapi persaingan sengit, dengan itu memberi kesan terhadap
bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran tingkatan enam semakin berkurangan. Berkaitan dengan hal itu, guru-
guru yang mengajar mata pelajaran merupakan pihak yang penting dalam membantu pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam memartabatkan pendidikan tingkatan enam Kajian ini ialah satu kajian kes tentang pemikiran
dua rang guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi dan Bahasa Melayu, berkaitan pengurusan kurikulum. Dalam
kajian kes ini dimuatkan persoalan usaha yang diambil oleh setiap guru berkenaan untuk memahami kehendak dan
permintaan kurikulum mata pelajaran yang terlibat dalam pengajaran masing-masing dan cara-cara setiap guru
berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik dalam mengupayakan proses pembelajaran dalam
kalangan pelajar masing-masing tentang; Kajian ini bertujuan menjawab tiga persoalan iaitu; pertama asas untuk
pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari. Kedua Justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran dan ketiga Cara dan kaedah guru berkenaan membuat penilaian dan pentaksiran formatif dan
menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran pada masa
depan.Dengan ada kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat terutama KPM dalam perancangan usaha-usaha
memartabatkan pendidikan tingkatan enam.
1.0 Latarbelakang Kajian
Persaingan yang hebat daripada pendidikan prauniversiti yang lain seperti program matrikulasi, diploma dan
program asas persediaan di universiti telah menyebabkan pendidikan tingkatan enam tidak mendapat sambutan
dikalangan pelajar lepasan SPM. Ekoran daripada perkara tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berusaha memartabatkan pendidikan tingkatan enam dengan mewujudkan satu garis panduan baru pengurusan
tingkatan enam yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2009) iaitu pengurusan tingkatan enam
dalam aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan penyelidikan. Melalui pengurusan baru tersebut
pengetua mengetuai dalam pengurusan tersebut dengan dibantu oleh penolong kanan tingkatan enam, guru
kokurikulum tingkatan enam, guru akademik tingkatan enam.
Perubahan pengurusan tingkatan enam mempunyai hubungkait dengan perubahan kurikulum dalam sistem
pendidikan. Menurut Oliver (1977) apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan pihak
yang menyokong kepada perubahan tersebut ialah guru, pelajar dan kurikulum itu sendiri, tetapi pihak yang paling
penting ialah guru. Dengan itu guru yang mengajar mata pelajaran tingkatan enam perlu ada satu perubahan
pemikiran untuk menerima perubahan supaya matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat
2
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, transformasikan
pentaksiran yang holistik, menyesuaikan pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran
mengurus diri secara berdikari. (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012).
Sejajar dengan perubahan pentaksiran dan penilaian ke atas pelajar tingkatan enam oleh MPM. Dengan itu
pemikiran guru yang mengajar tingkatan enam perlu berubah bersesuaian dengan pentaksiran baharu yang
diperkenalkan oleh MPM. Mengikut MPM (2012), sistem pentaksiran baharu STPM terbahagi kepada dua bentuk
iaitu berdasarkan kepada peperiksaan akhir dan penilaian berasaskan sekolah (PBS). Peperiksaan akhir dijalankan
sebanyak tiga penggal yang dikendalikan sepenuhnya oleh MPM dan PBS dimasukkan nilai wajaran dalam penentuan
pencapaian prestasi pelajar dalam peperiksaan. Tujuan utama perubahan pentaksiran dan penilaian ialah supaya
matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu
mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, mentransformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan
pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. (Majlis
Peperiksaan Malaysia, 2012; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Guru akademik mata pelajaran tingkatan
enam merupakan tenaga pengajar kelas tingkatan enam memainkan peranan penting dalam penyampaian
pengajaran. Guru tingkatan enam yang dilantik mampu menunjukkan kebolehan dalam menerima perubahan
pendidikan tingkatan enam kerana perlantikan guru adalah berdasarkan pengalaman dan kelulusan akademik.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Clark dan Yinger (1977) menyatakan apa yang dibuat oleh guru dipengaruhi oleh pemikiran mereka. Sikap
dan kefahaman guru terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam menentukan kejayaan
pelaksanaanya. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan diantara apa yang diamalkan di bilik darjah dengan apa
yang dikehendaki oleh kurikulum. Bagi pihak perancang dan penggubal kurikulum, mereka mempunyai budaya yang
lebih berorientasikan teori, abstrak, idealistik, berpandangan jauh dan akademik. Sebaliknya pelaksana iaitu guru
dipengaruhi oleh pelbagai budaya sekolah yang menghadapi masalah pengajaran di bilik darjah. Pertama guru tidak
bersedia untuk melaksanakan kurikulum baru yang menyebabkan realiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
jauh daripada apa yang bakal disaran oleh kurikulum berkenaan. Kedua tidak ada ruang untuk guru memberi
pendapat dan yang ketiga pengetahuan mengenai kurikulum baru diperoleh dari sumber kedua atau ketiga yang
secara tidak langsung mengurangkan kefahaman guru dalam melaksanakannya. Rumusannya kefahaman guru
tentang kurikulum amat penting bagi melihat kejayaannya.
Bagi tingkatan enam usaha telah diambil oleh KPM untuk memartabatkan pendidikan tingkatan enam
supaya dapat menarik minat pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian tingkatan enam sebelum menyambungkan
pengajian di peringkat lebih tinggi. Menurut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM (2011) ialah bilangan
pelajar yang meneruskan pengajian tingkatan enam semakin berkurangan daripada tahun 2007 hingga 2011. Pada
tahun 2007 pelajar yang berada di tingkatan 6 Atas ialah 105,796 pelajar dan merosot pada tahun 2011 dengan
3
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
bilangan pelajar 6 Atas ialah 48,143 pelajar. Kemerosotan bilangan pelajar ini membuktikan pelajar lepasan SPM
tidak menjadikan pendidikan tingkatan enam sebagai pilihan dalam melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti.
Kaedah pengajaran tingkatan enam tidak sama dengan kaedah pengajaran tingkatan lima ke bawah, ini
sesuai dengan pernyataan oleh Pascarella (2005) tentang pengajaran selepas pendidikan menengah menekankan
bagaimana pelajar belajar dan membangunkan intelektual dengan meluaskan penggunaan pendekatan pengajaran
inovatif. Guru yang mengajar tingkatan enam sewajarnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk membangunkan
intelek pelajar tingkatan enam sesuai dengan taraf pendidikan prauniversiti. Pendekatan pengajaran inovatif boleh
menarik perhatian pelajar seperti mana penekanan oleh Stodolsky dan Grossman (2000.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Mengenalpasti pemahaman guru terhadap kehendak dan permintaan kurikulum mata pelajaran
yang diajar.
ii. Mengenalpasti cara setiap guru berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik.
iii. Menjelaskan asas untuk pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari.
iv. Menentukan justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
v. Menganalisis cara dan kaedah guru membuat penilaian dan pentaksiran formatif
vi. Menjelaskan bagaimana guru tersebut menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan
pembelajaran dan pengajaran pada masa depan.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian dilaksanakan bagi memahami bagaimana sebenarnya seseorang guru mengurus dan melaksanakan
kurikulum di bilik darjah. Tumpuan kajian ini ialah kepada pemikiran guru yang melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk
mengukuhkan dapatan kajian. Untuk itu penyelidik telah memilih dua orang guru yang mengajar tingkatan enam
sebagai responden dalam kajian ini. Soalan telah diberikan kepada guru tersebut dan dapatan itu dirumuskan oleh
guru.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Model Pemikiran dan Tindakan Guru oleh Clark & Peterson
Clark & Peterson (1986) menjalankan kajian berkaitan dengan proses pemikiran guru ialah untuk
meningkatkan kefahaman bagaimana dan mengapa proses dan aktiviti pengajaran berlaku. Dalam model pemikiran
dan tindakan guru terdapat penglibatan dua domain dalam proses pengajaran. Setiap domain pemikiran guru
digambarkan sebuah bulatan. Domain yang pertama ialah proses pemikiran guru dan domain kedua ialah tindakan
guru dan kesannya boleh diperhatikan. Proses pemikiran guru berlaku di dalam pemikiran minda seseorang guru dan
keadaan ini tidak boleh diperhatikan. Sebaliknya tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan skor pencapaian pelajar
4
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
boleh diperhatikan terhadap fenomena yang berlaku. Tiga katogeri utama proses pemikiran guru ditekankan dalam
domain : (a) perancangan guru (pemikiran pre aktif dan pos aktif), (b) pemikiran dan keputusan interaktif guru, dan
(c) teori dan kepercayaan guru. Fasa pengajaran guru yang berlaku secara kualitatif berbeza diantara pre aktif, inter
aktif dan pos aktif dengan bentuk-bentuk pemikiran guru sebelum dan selepas interkasi dalam bilik darjah. Teori dan
kepercayaan guru pula menggambarkan pengetahuan yang dimikili oleh guru akan memberi kesan kepada
perancangan dan interaktif pemikiran dan keputusan guru.
Model Keputusan Perancangan Guru oleh Myers (1995)
Myers dan Myers (1995) menyenaraikan enam komponen yang perlu ada dalam unit pengajaran iaitu (i)
tetapkan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan standard kandungan, guru-guru perlu
mewujudkan dan mengenalpasti satu pelan unit yang perlu dicapai oleh pelajar. Pelan ini termasuklah mengenal
pasti matlamat yang perlu pelajar menguasainya atau boleh dicapai setelah tamat unit (ii) kandungan yang perlu
dipelajari. Bekerja dalam satu unit, guru-guru perlu mengenal pasti semua kandungan yang perlu diajar (iii) strategi
pengajaran yang digunakan oleh guru. Guru akan mempertimbangan strategi pengajaran yang sesuai digunakan
untuk menyampaikan isi kandungan yang ditetapkan kepada pelajar. Pemilihan strategi pengajaran perlu mengambil
kira keperluan-keperluan tertentu berdasarkan kehendak pelajar di dalam kelas. Antara strategi pengajaran yang
boleh digunakan ialah pengajaran langsung, pengalaman pembelajaran koperatif, pembelajaran bersama dengan
rakan sebaya. Perancangan pengajaran perlu diambil kira kemampuan mencapai objektif pengajaran (iv) aktiviti
pembelajaran untuk pengalaman bagi pelajar. Pelajar perlu mempelajari kandungan yang diperlukan oleh akhir unit.
Aktiviti pembelajaran harus direka bentuk untuk bersesuaian dengan kekuatan pelajar dan menggunakan model
pengajaran tertentu untuk meningkatkan kefahaman pelajar (v) pengunaan sumber. Pastikan senarai bahan-bahan
yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit pengajaran. Perancangan awal yang dibuat oleh guru boleh
membantu guru dalam pengajaran serta mengelakkan guru tergesa-gesa mencari bahan dalam membantu aktiviti
pengajaran dan (vi) kaedah penilaian untuk menilai prestasi pelajar. Penilaian yang digunakan dapat menentukan
sama ada pelajar telah memenuhi objektif unit yang telah ditetapkan. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis
penilaian seperti ujian aneka pilihan, projek-projek individu atau kumpulan, kertas penyelidikan dan menjalankan
ujian.
Penyelidikan dan Keinovatifan Individu
Berkaitan dengan itu, Kauchak, D., & Eggen, P. (2011), kajian tindakan yang dilakukan oleh guru merupakan satu
langkah untuk memahami dan memeriksa secara kritikal adalah satu cara guru dapat meningkatkan pengetahuan
profesionalisme dengan membuat kajian tersebut di dalam bilik darjah. Semua guru pakar boleh melakukan kajian
tindakan secara berterusan untuk mencari jawapan tentang keberkesanan pengajaran. Kajian tindakan merupakan
satu proses secara formal, penyediaan struktur untuk percubaan guru meningkatkan amalan pengajaran. Secara
umumnya terdapat empat langkah yang dijadikan panduan guru mengendalikan kajian tindakan iaitu mengenalpasti
5
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
masalah, rancang dan kendalikan kajian tindakan, laksanakan penemuan dan gunakan keputusan untuk
generalisasikan kajian tambahan.
Keinovatifan individu yang dikemukakan oleh Mitchell, D (2004) menyatakan terdapat 20 ciri yang terdapat
pada seseorang individu yang inovatif iaitu cabaran kedudukan semasa, ingin tahu, motivasi sendiri, berwawasan,
meraikan sesuatu yang hebat, mengambil risiko, berkeliling, suka bermain/ kelucuan, penerimaan diri sendiri,
membuat hubungan baru, refleksi, mengiktiraf semua pola, menerima kekaburan, setuju untuk pembelajaran,
mengimbangi intuisi dan analisis, suasana kerjasama, mengucapkan secara jelas dengan rasmi, berdaya tahan, tabah,
dan fleksibel/adaptif. Untuk mewujudkan guru cemerlang, ciri-ciri pemikiran inovatif perlu diterapkan dalam proses
perancangan pengajaran supaya dijadikan sandaran dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
6.0 HASIL KAJIAN.
Kajian ini telah dijalankan terhadap dua orang guru yang mengajar tingkatan enam. Kes 1 ialah seorang guru
yang mengajar subjek ekonomi dan seorang guru lagi mengajar subjek sejarah. Kedua-dua guru ini berpengalaman
dalam subjek masing-masing. Pengkaji telah memilih dua orang guru tingkatan enam ini kerana hendak melihat
bagaimana teknik pengajaran di tingkatan enam dan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Di bawah adalah
profil guru masing-masing.
PROFIL GURU 1
NAMA :
Umur :
Sekolah: :
Pengalaman mengajar :
Opsyen : Geografi dan Ekonomi
Mata pelajaran diajar : Ekonomi
Universiti : USM
Kelulusan : B.A with education
M.A Geografi
Latar belakang perkhidmatan :
6
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
PROFIL GURU 2
NAMA :
Umur :
Sekolah :
Pengalaman mengajar : 15 tahun
Opsyen : Sejarah
Mata pelajaran diajar : Sejarah
Universiti : USM
Kelulusan : B.Ed(Sejar)ah
Latar belakang perkhidmatan :
6.1 ASAS UNTUK PEMILIHAN ISI KANDUNGAN YANG AKAN DIPELAJARI.
Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi
mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses penyediaan rancangan pengajaran,
beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru bagi menjamin objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Guru boleh memilih pelbagai isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun, guru harus
memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang disediakan oleh guru. Pemilihan isi kandungan
pengajaran yang dipilih haruslah bertepatan dengan suktan pelajaran yang ditetapkan oleh MPM. Isi kandungan
pelajaran mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan kerana tidak semua isi
kandungan pelajaran yang hendak disampaikan sesuai dengan sesuatu kaedah. Jika pemilihan sesuatu kaedah itu
tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan, ia boleh menyebabkan objektif pelajaran
yang hendak dicapai tidak tercapai. Misalnya dalam pengajaran sains yang memerlukan murid menjalankan
penyiasatan dalam sesuatu topik pelajaran, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan adalah sesuai digunakan
jika dibandingkan dengan kaedah hafalan. Beberapa dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa, jika tahap
pengetahuan pedagogi isi kandungan seseorang guru adalah lemah maka proses pengajaran dan pembelajaran akan
bersifat tradisional, iaitu guru hanya menyampaikan penjelasan berupa teori dan hafalan sahaja serta kurangnya
aktiviti yang berbentuk inkuiri (Carlsen, 1999; Geddis, 1993; Jong, 1992; Sharifah & Lewin, 1992).
GURU EKONOMI
(a) Pemilihan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan oleh MPM (Majlis Peperiksaan
Malaysia).
(b) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan juga berdasarkan objektif / hasil pembelajaran, bermaksud pada
akhir pembelajaran setiap isi kandungan pelajar berupaya menterjemahkan apa dipelajari dalam kehidupan
harian, mahupun mengaplikasikan dalam soalan-soalan peperiksaan.
7
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
(c) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan keupayaan pelajar dalam mempelajari setiap topik. Hasil
pembelajaran ditentukan berdasarkan kepada tahap pemahaman pelajar/aras kefahaman pelajar.
(d) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, di mana guru
akan mengenal pasti teknik P&P yang sesuai berdasarkan setiap sub topik supaya pada akhirnya mencapai
hasil pembelajaran.
(e) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan kepada alat membantu mengajar. Isi kandungan akan disesuaikan
dengan alat membantu mengajar dan pemilihan alat membantu mengajar.
GURU SEJARAH
(a) memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru.
(b) Memudahkan aspek pengetahuan isi kandungan pelajaran dan senang dipelajari.
(c) Mengelaskan dan memudahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan pengurusan grafik dan
penyoalan.
6.2 JUSTIFIKASI UNTUK PEMILIHAN KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN.
Faktor kesediaan pelajar atau murid juga mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran
oleh guru. Dalam hal ini, guru harus memastikan tahap kesediaan pelajarnya untuk mengikuti proses pembelajaran
yang akan datang. Justeru itu, guru harus bijak memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
berdasarkan tahap kesediaan pelajar. Jika tahap kesediaan pelajar tidak diambil peduli oleh guru, kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dipilih tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung,
ia akan mewujudkan pelbagai kekangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di dalam
bilik darjah.
Pemilihan media yang sesuai dapat memastikan maklumat dipersembahkan dengan cara yang paling efektif
dan efisien. Pemilihan media perlu menekankan aspek mengenali ciri-ciri media itu terlebih dahulu daripada terus
memilih atau menentukan peralatan dan bahan yang hendak digunakan. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan
media yang sesuai ialah objektif pengajaran dan pembelajaran, ciri-ciri pelajar, kaedah pengajaran dan faktor-faktor
lain yang praktikal.
Model ASSURE menyarankan tiga aspek pemilihan media berdasarkan ciri-ciri pelajar iaitu pertama ciri-ciri
umum pelajar seperti umur dan latar belakang sosio-ekonomi. Kedua, keperluan khusus pelajar seperti pengetahuan
sedia ada tentang tajuk yang akan dipelajari dan ketiga berkenaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Sesuatu media
pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Jadi adalah
penting untuk mengenal pasti objektif sebelum memilih media. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber
pengajaran dan pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip, internet bagi memenuhi
keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. Pemilihan media ini adalah bergantung kepada
kemahiran psikomoto, afektif dan kognitif. Dalam dunia pendidikan yang kian berubah penggunaan teknologi dalam
p&p amat digalakkan. Ini selaras dengan kehendak kementerian pendidikan Malaysia yang mewar-warkan tentang
pendididkan abad ke 21.
8
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al.
1997). Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran ekonomi ialah kaedah memberi
penerangan, kerja kumpulan, kuiz, dan kerja kursus. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar
yang menganalisis data, kompeten, kritis, kreatif dan inovatif. Juga berkebolehan memimpin bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini masih lagi dibelenggu oleh buku teks yang
berpusat kepada guru semata-mata. Guru harus mengubah kaedah pengajaran daripada berpusatkan guru kepada
murid. Murid - murid harus diberi lebih banyak peluang untuk mencari maklumat dan memproses maklumat
tersebut. Murid juga boleh menganalisis data yang diperolehi supaya hasilnya adalah hasil murid bukan hasil guru.
Guru harus bertindak sebagai fasilitator untuk mendapatkan maklumat. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam
pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan
seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik
merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan.
GURU EKONOMI
(a) Pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan hasil pembelajaran. Bagi hasil
pembelajaran yang tinggi guru akan memilih kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah
seperti perbincangan dalam kumpulan kecil dan aktiviti brainstorming telah digunakan untuk memastikan
pelajar memahami topik aras tinggi.
(b) guru juga menggunakan aktiviti simulasi dan pendekatan inkuiri bagi topik yang memerlukan pelajar
menyelesaikan masalah.
(c) Kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif akan digunakan untuk topik berkaitan pengiraan supaya
pelajar yang pandai dalam sebuah kumpulan dapat menjadi fasilitator dan mentor bagi membantu pelajar
yang lemah dalam pengiraan.
(d) Pelajar juga diberikan tugasan harian secara individu dan perlu diselesaikan sewaktu PdP dengan
menerangkan tugasan kepada pelajar lain.
9
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
(e) selain itu, bagi topik yang mudah kaedah pembelajaran berpusatkan guru akan digunakan supaya penerangan
diberikan oleh guru dalam jangka masa pendek supaya guru dan pelajar menggunakan masa yang panjang
untuk membincangkan topik yang lebih sukar.
(f) kaedah pembelajaran berpusatkan bahan juga penting di sini bagi membantu pelajar-pelajar supaya dapat
membuat ulang kaji secara berterusan bagi menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa pendek. Bahan
modul yang berbentuk cetak dan modul dalam bentuk perisian digunakan supaya pelajar dapat membuat
ulang kaji dan bersedia untuk peperiksaan.
(g) Di samping itu, guru juga akan menggunakan power points slaid bagi melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta membantu proses ulang kaji.
(h) Ada masanya, guru akan menggunakan bahan internet terutamanya dalam membantu pelajar bagi
melaksanakan kerja kursus STPM. Data-data daripada internet terutamanya data Bank negara Malaysia akan
digunakan untuk menganalisis prestasi makroekonomi bagi negara Malaysia. Ini dapat mendedahkan kepada
pelajar tentang data sebenar tentang ekonomi Malaysia.
GURU SEJARAH
(a) Guru sejarah menggunakan kaedah pengajaran ala kuliah di mana pelajar akan diberikan input yang
secukupnya tentang perjalanan sejarah tentang topik yang diajar.
(b) Pelajar perlu mendengar apa yang disampaikan oleh guru dan menjawab soalan guru secara lisan semasa P&P
dijalankan.
(c) Guru memberikan bahan pengajaran dalam bentuk modul pengajaran semasa P&P. Pelajar akan melihat dan
mengikuti pengjaran berdasarkan modul tersebut.
(d) Guru juga menyediakan bahan dalam bentuk I think untuk menyenangkan pelajar menghubungkait peristiwa-
peristiwa yang berlaku dan kesannya.
(e) Guru juga menggunakan powerpoint semasa pengajaran dan pembelajaran.
6.3 PENILAIAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN MENGGUNAKAN DAPATAN PENTAKSIRAN.
Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod, menganalisis serta
menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlenetal.1992). Menentukan penilaian pembelajaran
merupakan langkah yang terakhir dalam model Tyler dan juga merupakan langkah terpenting. Ini kerana langkah
penilaian ini menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapai ataupun tidak.
Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan pendidikan
yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu
seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang
pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran
pada hari itu samada pengajaran dan pembelajaran hari itu berjaya mencapai objektif atau sebaliknya.
10
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
Menurut Farrel (2003) penilaian umum lebih banyak tertumpu kearah penilaian penjumlahan, misalnya
keperluan bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan wajib. Bagi semua murid, kepentingan penilaian
formatif adalah dengan menyediakan soalan yang teliti oleh guru. Dalam pembinaan ujian langkah pertama yang
perlu dilakukan ialah menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan yang jelas maka tugasan menyediakan jadual
spesifikasi ujian berdasarkan aras kesukaran dapat disediakan. Ujian formatif diberi dari semasa ke semasa
bertujuan untuk mengukur kemajuan murid serta memberikan maklumat balik kepada murid-murid dan guru. Ujian
diagnostik pula bertujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid. Lazimnya pendidik menggunakan
Taksonomi Bloom sebagai panduan membentuk soalan. Taksonomi secara mudahnya adalah pengkelasan. Oleh itu
sesuatu taksonomi bagi menentukan objektif pembelajaran merupakan satu percubaan untuk mengkelaskan bentuk-
bentuk pembelajaran (Atherton 2002).Taksonomi Bloom mengenalpasti tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Ketiga-tiganya mempunyai pengkelasan tersendiri, yang mana aras bawah merupakan pra-syarat bagi
penguasaan aras yang lebih tinggi. Taksonomi Bloom yang paling kerap digunakan sewaktu menilai dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah domain kognitif. Menurut Bloom taksonomi tersebut merangkumi enam tahap
iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru
dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul
kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu
berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah
seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif
1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan
11
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
Kata Tugas
Tahap Penilaian Bentuk Soalan
Pengetahuan Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan
Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Analisis
Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan,
Tentukan,Buktikan
Sintesis Selesaikan
Penilaian Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan
GURU EKONOMI
(a) Disebabkan pelajar tingkatan enam akan menghadapi 3 kali peperiksaan STPM iaitu pada penggal 1, penggal 2
dan penggal 3. Maka guru akan mengadakan ujian formatif dan ujian sumatif supaya pelajar boleh
menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan yang akan muncul selang 4 ½ bulan.
(b) Ujian formatif akan diberikan setelah selesai satu-satu topik pada akhir topik untuk memastikan pelajar
menguasai setiap topik yang diajar. Ini juga penting bagi memastikan kaedah digunakan bersesuaian, jika tidak
guru akan menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan pelajar menguasai
satu-satu topik.
(c) Ujian sumatif akan diadakan sebanyak dua kali dalam satu penggal yang dikenali ujian kompetensi 1 dan 2
untuk memastikan pelajar menguasai beberapa topik dan bersedia untuk peperiksaan.
(d) Soalan yang diberi adalah dip[ilih daripada soalan tahun lepas. Latihan objektif, esei dan latihan kuantitatif.
Latihan kurang diberi tetapi penilaian lisan dilakukan dalam kelas iaitu meminta pelajar menjawab soalan di
papan hitam. Guru ini berpendapat apabila guru dapat menerangkan kandungan dengan jelas dan murid
faham maka tidak ada masalah menjawab soalan. Kaedah power point yang digunakan sangat berkesan dan
pelajar dapat memahami kandungan hari itu. Ini didapati daripada jawapan pelajar secara lisan.
GURU SEJARAH
(a) Guru ini menilai pelajar berdasarkan soalan lisan dalam kelas.
(b) Pelajar juga diberi latihan berbentuk mengisi tempat kosong. Ini dilakukan semasa P&P. Sambil pengajaran
dilakukan pelajar akan menulis jawapan dan ini juga merupakan satu penilaian secara spontan yang dilakukan
oleh guru.
(c) Disamping itu pihak sekolah dibawah unit penilaian dan peperiksaan menyediakan jadual ujian kompetensi.
Ujian kompetensi akan diadakan sekali dan ujian percubaab akan diakan sekali sebelum menduduk
peperiksaan.
(d) Ujian kompetensi Sejarah telah diadakan pada bulan Februari yang berbentuk formatif dan percubaan pada
bulan April yang berbentuk sumatif dan bulan Mei adalah peperiksaan STPM penggal kedua.
12
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
(e) Guru ini menyatakan bahawa menghadapi kekangan masa. Apabila banyak diberikan latihan maka guru akan
menghadapi masalah menghabiskan sukatan pelajaran.
(f) Namun begitu guru dapat menilai tahap pembelajaran setiap orang murid memandangkan guru hanya
mengajar dua kelas sahaja dan bilangan pelajar adalah sekitar 20 orang setiap kelas.
7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Dapat disimpulkan di sini bahawa kedua-dua guru dilihat berupaya menghasilkan pembelajaran yang
berkesan kerana menggunakan kaedah, strategi dan aktiviti yang menarik. Peranan guru melaksana pengajaran
berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek(Falsafah pendidikan Negara). Pengajaran yang dilaksanakan dilihat menghasilkan
pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan
tingkah laku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil
dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkah laku positif yang dapat menunjukkan
murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu. Selain itu, guru melakukan penilaian yang
berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera
mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Post mortem dilaksanakan
oleh pihak sekolah dibawah panitia matapelajaranuntuk mengesan kelemahan dan punca masalah serta mengambil
tindakan penyelesaian masalah. Kenalpasti punca masalah telah memudahkan penyelesaian masalah. Post mortem
selepas ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan membolehkan guru berkongsi idea dengan
guru lain dalam P&P dan hasil post mortem dijadikan asas untuk tindakan seterusnya.
Penggunaan media pembelajaran yang lebih moden berbanding hanya menggunakan kertas sebagai bahan
edaran juga dialu-alukan. Penggunaan teknologi seperti internet dan lain-lain dapat memberi kesan pembelajaran
yang lebih berkesan selaras dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke 21. Penggunaan FROG VLE dan
Telegram sepatutnya dimanfaatkan oleh guru dan murid dengan baik. Untuk memastikan teknologi digunakan di
dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana
persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan
keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi sebagai bahan
bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen dan lebih menarik.
Guru ini menggunakan suatu pendekatan yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman beliau. Guru
lebih proaktif dan berkeupayaan menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006,
1977). Guru ini juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan
organisasi atau institusi (Wong et al 2000). Beliau yang mempunyai pemikiran terbuka dan lebih komited terhadap
pencapaian matlamat iaitu menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran daripada memikirkan tentang
isu-isu sosial, masalah akhlak, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). Guru selalu menyalahkan
pelajar-pelajar daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri. Guru tidak mempunyai masa yang mencukupi dan
13
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
beban tugas menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha inovasi, duduk berbincang dengan rakan
sejawat dan membuat refleksi. Namun begitu guru ini boleh mengadaptasikan teknologi maklumat terkini iaitu
dengan melayari laman web berkaitan uuntuk mencari bahan P&P. Peta minda ialah lagi satu kaedah guru ini
menggunakan dalam pengajaran dan didapati pelajar mahir menggunakan kaedah peta minda untuk mencatat nota.
Guru lebih tumpukan untuk memberi fakta daripada menggunakan kaedah KBBK. Pelajar disediakan untuk periksa.
Guru menyatakan bahawa tidak ada masa untuk menggunakan kaedah –kaedah kerana ia akan menyukarkan pelajar
memandangkan penandaan menggunakan skima yang menghadkan pemikiran pelajar.
RUMUSAN
Perbincangan hasil dapatan dari kajian memberi fokus kepada aspek teori, model yang berkaitan dengan
kerangka kajian. Teori dan model yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi domain
pemikiran guru mata pelajaran tingkatan enam dalam pengajaran. Tinjauan literatur yang dimuatkan ini ialah faktor
kecemerlangan guru dan latar belakang guru termasuklah faktor persenoliti guru itu sendiri. Selain itu kajian ini
dapat meninjau aspek guru yang berkesan dalam pengajaran. Semua aspek yang dibincangkan boleh dijadikan satu
model guru mata pelajaran tingkatan enam.
KESIMPULAN
1. Kedua-dua guru telah memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru.
keupayaan meliputi isi kandungan kursus dan berusaha wujudkan suasana pembelajaran yang ceria, tidak
tegang, humor.
2. Guru dapat memberi penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan
rasional: jimat masa.
3. Seterusnya, Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan
kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai melalui refleksi. Selain daripada menyiapkan Rancangan
Pengajaran, kedua-dua guru telah menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mengupayakan proses pengajaran tersebut. Didapati kedua-dua guru tahu
apa yang perlu diajar pada hari itu. Kelemahan pelajar untuk menguasai ilmu menjadi halangan kepada guru-
guru walaupun telah melakukan kaedah pembelajaran yang pelbagai. Jika asasnya lemah maka adalah sukar
untuk guru-guru peringkat tinggi untuk menyampaiakn ilmu.
4. Guru ini berpendapat tenaga pengajar sebagai penerima kurikulum dan melaksanakan tugas mengajar yang
telah ditetapkan dalam sukatan.
5. Beri penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan rasional: jimat masa.
6. Didapati kedua-dua guru ini lebih menumpukan kepada penyediaan pelajar untuk peperiksaan STPM sahaja.
Kerana disitulah akan dilakukan penilaian oleh pengetua tentang keberkesana pengajaran guru.
14
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
7. Guru tidak dapat menyerap kehendak kurikulum secara keseluruhannya kerana kekangan masa. Namun
pelajar telah diberi maklumat yang secukupnya tentang isi kandungan disamping mengaitkan dengan senario
semasa.
8. Didapati pelajar lebih seronok belajar kedua-dua matapelajaran. Cuma kurang tentang kejendak kurikulum
secara keseluruhannya.
LAMPIRAN
Suasana pembelajaran mata pelajaran ekonomi(penggal 2)
15
Tugasan Individu
Pengurusan Kurikulum (KPF 6044)
16

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaranTugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Adzeilla Yaacob
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
firo HAR
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Powerful Gurlz
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
cik noorlyda
 

La actualidad más candente (20)

Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu Profesion
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaranTugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 

Similar a Pengurusan kurikulum

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Ikhram Johari
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
Ummi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Ummi Azilla
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Nur Ashikin Ismahun
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
gieyahya
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
chummyk
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
hazwaniAM
 

Similar a Pengurusan kurikulum (20)

Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
Isu kualiti-guru
Isu kualiti-guruIsu kualiti-guru
Isu kualiti-guru
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
slaid viva.pptx
slaid viva.pptxslaid viva.pptx
slaid viva.pptx
 
Cth mythesis
Cth mythesisCth mythesis
Cth mythesis
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 

Pengurusan kurikulum

  • 1. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) KPF 6044 PENGURUSAN KURIKULUM TUGASAN : KAJIAN KES TAJUK : Buat satu kajian kes tentang dua orang guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan, pengurusan kurikulum. NAMA : ............................. NO.MATRIK : ……………………………… SEMESTER : SE………………………….. NAMA PENSYARAH : PROF. ………………………………. 1
  • 2. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) ABSTRAK Kajian kes ini merupakan kajian kualitatif yang mengkaji tentang pemikiran dua orang guru yang mengajar tingkatan enam. Guru Pertama mengajar subjek ekonomi manakala guru yang kedua mengajar subjek sejarah. Sejak kebelakangan ini tingkatan enam mengalami perubahan drastik yang meyediakan pelajar selaras dengan pemikiran abad ke 21. Pendidikan tingkatan enam merupakan satu saluran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti. Wujudnya pendidikan prauniversiti yang banyak di Malaysia menyebabkan pendidikan tingkatan enam menghadapi persaingan sengit, dengan itu memberi kesan terhadap bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran tingkatan enam semakin berkurangan. Berkaitan dengan hal itu, guru- guru yang mengajar mata pelajaran merupakan pihak yang penting dalam membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memartabatkan pendidikan tingkatan enam Kajian ini ialah satu kajian kes tentang pemikiran dua rang guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi dan Bahasa Melayu, berkaitan pengurusan kurikulum. Dalam kajian kes ini dimuatkan persoalan usaha yang diambil oleh setiap guru berkenaan untuk memahami kehendak dan permintaan kurikulum mata pelajaran yang terlibat dalam pengajaran masing-masing dan cara-cara setiap guru berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik dalam mengupayakan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar masing-masing tentang; Kajian ini bertujuan menjawab tiga persoalan iaitu; pertama asas untuk pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari. Kedua Justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan ketiga Cara dan kaedah guru berkenaan membuat penilaian dan pentaksiran formatif dan menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran pada masa depan.Dengan ada kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat terutama KPM dalam perancangan usaha-usaha memartabatkan pendidikan tingkatan enam. 1.0 Latarbelakang Kajian Persaingan yang hebat daripada pendidikan prauniversiti yang lain seperti program matrikulasi, diploma dan program asas persediaan di universiti telah menyebabkan pendidikan tingkatan enam tidak mendapat sambutan dikalangan pelajar lepasan SPM. Ekoran daripada perkara tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha memartabatkan pendidikan tingkatan enam dengan mewujudkan satu garis panduan baru pengurusan tingkatan enam yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2009) iaitu pengurusan tingkatan enam dalam aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan penyelidikan. Melalui pengurusan baru tersebut pengetua mengetuai dalam pengurusan tersebut dengan dibantu oleh penolong kanan tingkatan enam, guru kokurikulum tingkatan enam, guru akademik tingkatan enam. Perubahan pengurusan tingkatan enam mempunyai hubungkait dengan perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan. Menurut Oliver (1977) apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan pihak yang menyokong kepada perubahan tersebut ialah guru, pelajar dan kurikulum itu sendiri, tetapi pihak yang paling penting ialah guru. Dengan itu guru yang mengajar mata pelajaran tingkatan enam perlu ada satu perubahan pemikiran untuk menerima perubahan supaya matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat 2
  • 3. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, transformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012). Sejajar dengan perubahan pentaksiran dan penilaian ke atas pelajar tingkatan enam oleh MPM. Dengan itu pemikiran guru yang mengajar tingkatan enam perlu berubah bersesuaian dengan pentaksiran baharu yang diperkenalkan oleh MPM. Mengikut MPM (2012), sistem pentaksiran baharu STPM terbahagi kepada dua bentuk iaitu berdasarkan kepada peperiksaan akhir dan penilaian berasaskan sekolah (PBS). Peperiksaan akhir dijalankan sebanyak tiga penggal yang dikendalikan sepenuhnya oleh MPM dan PBS dimasukkan nilai wajaran dalam penentuan pencapaian prestasi pelajar dalam peperiksaan. Tujuan utama perubahan pentaksiran dan penilaian ialah supaya matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, mentransformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Guru akademik mata pelajaran tingkatan enam merupakan tenaga pengajar kelas tingkatan enam memainkan peranan penting dalam penyampaian pengajaran. Guru tingkatan enam yang dilantik mampu menunjukkan kebolehan dalam menerima perubahan pendidikan tingkatan enam kerana perlantikan guru adalah berdasarkan pengalaman dan kelulusan akademik. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Clark dan Yinger (1977) menyatakan apa yang dibuat oleh guru dipengaruhi oleh pemikiran mereka. Sikap dan kefahaman guru terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaanya. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan diantara apa yang diamalkan di bilik darjah dengan apa yang dikehendaki oleh kurikulum. Bagi pihak perancang dan penggubal kurikulum, mereka mempunyai budaya yang lebih berorientasikan teori, abstrak, idealistik, berpandangan jauh dan akademik. Sebaliknya pelaksana iaitu guru dipengaruhi oleh pelbagai budaya sekolah yang menghadapi masalah pengajaran di bilik darjah. Pertama guru tidak bersedia untuk melaksanakan kurikulum baru yang menyebabkan realiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah jauh daripada apa yang bakal disaran oleh kurikulum berkenaan. Kedua tidak ada ruang untuk guru memberi pendapat dan yang ketiga pengetahuan mengenai kurikulum baru diperoleh dari sumber kedua atau ketiga yang secara tidak langsung mengurangkan kefahaman guru dalam melaksanakannya. Rumusannya kefahaman guru tentang kurikulum amat penting bagi melihat kejayaannya. Bagi tingkatan enam usaha telah diambil oleh KPM untuk memartabatkan pendidikan tingkatan enam supaya dapat menarik minat pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian tingkatan enam sebelum menyambungkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Menurut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM (2011) ialah bilangan pelajar yang meneruskan pengajian tingkatan enam semakin berkurangan daripada tahun 2007 hingga 2011. Pada tahun 2007 pelajar yang berada di tingkatan 6 Atas ialah 105,796 pelajar dan merosot pada tahun 2011 dengan 3
  • 4. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) bilangan pelajar 6 Atas ialah 48,143 pelajar. Kemerosotan bilangan pelajar ini membuktikan pelajar lepasan SPM tidak menjadikan pendidikan tingkatan enam sebagai pilihan dalam melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti. Kaedah pengajaran tingkatan enam tidak sama dengan kaedah pengajaran tingkatan lima ke bawah, ini sesuai dengan pernyataan oleh Pascarella (2005) tentang pengajaran selepas pendidikan menengah menekankan bagaimana pelajar belajar dan membangunkan intelektual dengan meluaskan penggunaan pendekatan pengajaran inovatif. Guru yang mengajar tingkatan enam sewajarnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk membangunkan intelek pelajar tingkatan enam sesuai dengan taraf pendidikan prauniversiti. Pendekatan pengajaran inovatif boleh menarik perhatian pelajar seperti mana penekanan oleh Stodolsky dan Grossman (2000. 3.0 PERSOALAN KAJIAN i. Mengenalpasti pemahaman guru terhadap kehendak dan permintaan kurikulum mata pelajaran yang diajar. ii. Mengenalpasti cara setiap guru berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik. iii. Menjelaskan asas untuk pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari. iv. Menentukan justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. v. Menganalisis cara dan kaedah guru membuat penilaian dan pentaksiran formatif vi. Menjelaskan bagaimana guru tersebut menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran pada masa depan. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian dilaksanakan bagi memahami bagaimana sebenarnya seseorang guru mengurus dan melaksanakan kurikulum di bilik darjah. Tumpuan kajian ini ialah kepada pemikiran guru yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk mengukuhkan dapatan kajian. Untuk itu penyelidik telah memilih dua orang guru yang mengajar tingkatan enam sebagai responden dalam kajian ini. Soalan telah diberikan kepada guru tersebut dan dapatan itu dirumuskan oleh guru. 5.0 TINJAUAN LITERATUR Model Pemikiran dan Tindakan Guru oleh Clark & Peterson Clark & Peterson (1986) menjalankan kajian berkaitan dengan proses pemikiran guru ialah untuk meningkatkan kefahaman bagaimana dan mengapa proses dan aktiviti pengajaran berlaku. Dalam model pemikiran dan tindakan guru terdapat penglibatan dua domain dalam proses pengajaran. Setiap domain pemikiran guru digambarkan sebuah bulatan. Domain yang pertama ialah proses pemikiran guru dan domain kedua ialah tindakan guru dan kesannya boleh diperhatikan. Proses pemikiran guru berlaku di dalam pemikiran minda seseorang guru dan keadaan ini tidak boleh diperhatikan. Sebaliknya tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan skor pencapaian pelajar 4
  • 5. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) boleh diperhatikan terhadap fenomena yang berlaku. Tiga katogeri utama proses pemikiran guru ditekankan dalam domain : (a) perancangan guru (pemikiran pre aktif dan pos aktif), (b) pemikiran dan keputusan interaktif guru, dan (c) teori dan kepercayaan guru. Fasa pengajaran guru yang berlaku secara kualitatif berbeza diantara pre aktif, inter aktif dan pos aktif dengan bentuk-bentuk pemikiran guru sebelum dan selepas interkasi dalam bilik darjah. Teori dan kepercayaan guru pula menggambarkan pengetahuan yang dimikili oleh guru akan memberi kesan kepada perancangan dan interaktif pemikiran dan keputusan guru. Model Keputusan Perancangan Guru oleh Myers (1995) Myers dan Myers (1995) menyenaraikan enam komponen yang perlu ada dalam unit pengajaran iaitu (i) tetapkan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan standard kandungan, guru-guru perlu mewujudkan dan mengenalpasti satu pelan unit yang perlu dicapai oleh pelajar. Pelan ini termasuklah mengenal pasti matlamat yang perlu pelajar menguasainya atau boleh dicapai setelah tamat unit (ii) kandungan yang perlu dipelajari. Bekerja dalam satu unit, guru-guru perlu mengenal pasti semua kandungan yang perlu diajar (iii) strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Guru akan mempertimbangan strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk menyampaikan isi kandungan yang ditetapkan kepada pelajar. Pemilihan strategi pengajaran perlu mengambil kira keperluan-keperluan tertentu berdasarkan kehendak pelajar di dalam kelas. Antara strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah pengajaran langsung, pengalaman pembelajaran koperatif, pembelajaran bersama dengan rakan sebaya. Perancangan pengajaran perlu diambil kira kemampuan mencapai objektif pengajaran (iv) aktiviti pembelajaran untuk pengalaman bagi pelajar. Pelajar perlu mempelajari kandungan yang diperlukan oleh akhir unit. Aktiviti pembelajaran harus direka bentuk untuk bersesuaian dengan kekuatan pelajar dan menggunakan model pengajaran tertentu untuk meningkatkan kefahaman pelajar (v) pengunaan sumber. Pastikan senarai bahan-bahan yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit pengajaran. Perancangan awal yang dibuat oleh guru boleh membantu guru dalam pengajaran serta mengelakkan guru tergesa-gesa mencari bahan dalam membantu aktiviti pengajaran dan (vi) kaedah penilaian untuk menilai prestasi pelajar. Penilaian yang digunakan dapat menentukan sama ada pelajar telah memenuhi objektif unit yang telah ditetapkan. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis penilaian seperti ujian aneka pilihan, projek-projek individu atau kumpulan, kertas penyelidikan dan menjalankan ujian. Penyelidikan dan Keinovatifan Individu Berkaitan dengan itu, Kauchak, D., & Eggen, P. (2011), kajian tindakan yang dilakukan oleh guru merupakan satu langkah untuk memahami dan memeriksa secara kritikal adalah satu cara guru dapat meningkatkan pengetahuan profesionalisme dengan membuat kajian tersebut di dalam bilik darjah. Semua guru pakar boleh melakukan kajian tindakan secara berterusan untuk mencari jawapan tentang keberkesanan pengajaran. Kajian tindakan merupakan satu proses secara formal, penyediaan struktur untuk percubaan guru meningkatkan amalan pengajaran. Secara umumnya terdapat empat langkah yang dijadikan panduan guru mengendalikan kajian tindakan iaitu mengenalpasti 5
  • 6. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) masalah, rancang dan kendalikan kajian tindakan, laksanakan penemuan dan gunakan keputusan untuk generalisasikan kajian tambahan. Keinovatifan individu yang dikemukakan oleh Mitchell, D (2004) menyatakan terdapat 20 ciri yang terdapat pada seseorang individu yang inovatif iaitu cabaran kedudukan semasa, ingin tahu, motivasi sendiri, berwawasan, meraikan sesuatu yang hebat, mengambil risiko, berkeliling, suka bermain/ kelucuan, penerimaan diri sendiri, membuat hubungan baru, refleksi, mengiktiraf semua pola, menerima kekaburan, setuju untuk pembelajaran, mengimbangi intuisi dan analisis, suasana kerjasama, mengucapkan secara jelas dengan rasmi, berdaya tahan, tabah, dan fleksibel/adaptif. Untuk mewujudkan guru cemerlang, ciri-ciri pemikiran inovatif perlu diterapkan dalam proses perancangan pengajaran supaya dijadikan sandaran dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. 6.0 HASIL KAJIAN. Kajian ini telah dijalankan terhadap dua orang guru yang mengajar tingkatan enam. Kes 1 ialah seorang guru yang mengajar subjek ekonomi dan seorang guru lagi mengajar subjek sejarah. Kedua-dua guru ini berpengalaman dalam subjek masing-masing. Pengkaji telah memilih dua orang guru tingkatan enam ini kerana hendak melihat bagaimana teknik pengajaran di tingkatan enam dan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Di bawah adalah profil guru masing-masing. PROFIL GURU 1 NAMA : Umur : Sekolah: : Pengalaman mengajar : Opsyen : Geografi dan Ekonomi Mata pelajaran diajar : Ekonomi Universiti : USM Kelulusan : B.A with education M.A Geografi Latar belakang perkhidmatan : 6
  • 7. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) PROFIL GURU 2 NAMA : Umur : Sekolah : Pengalaman mengajar : 15 tahun Opsyen : Sejarah Mata pelajaran diajar : Sejarah Universiti : USM Kelulusan : B.Ed(Sejar)ah Latar belakang perkhidmatan : 6.1 ASAS UNTUK PEMILIHAN ISI KANDUNGAN YANG AKAN DIPELAJARI. Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses penyediaan rancangan pengajaran, beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru bagi menjamin objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru boleh memilih pelbagai isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun, guru harus memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang disediakan oleh guru. Pemilihan isi kandungan pengajaran yang dipilih haruslah bertepatan dengan suktan pelajaran yang ditetapkan oleh MPM. Isi kandungan pelajaran mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan kerana tidak semua isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan sesuai dengan sesuatu kaedah. Jika pemilihan sesuatu kaedah itu tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan, ia boleh menyebabkan objektif pelajaran yang hendak dicapai tidak tercapai. Misalnya dalam pengajaran sains yang memerlukan murid menjalankan penyiasatan dalam sesuatu topik pelajaran, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan adalah sesuai digunakan jika dibandingkan dengan kaedah hafalan. Beberapa dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa, jika tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan seseorang guru adalah lemah maka proses pengajaran dan pembelajaran akan bersifat tradisional, iaitu guru hanya menyampaikan penjelasan berupa teori dan hafalan sahaja serta kurangnya aktiviti yang berbentuk inkuiri (Carlsen, 1999; Geddis, 1993; Jong, 1992; Sharifah & Lewin, 1992). GURU EKONOMI (a) Pemilihan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan oleh MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia). (b) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan juga berdasarkan objektif / hasil pembelajaran, bermaksud pada akhir pembelajaran setiap isi kandungan pelajar berupaya menterjemahkan apa dipelajari dalam kehidupan harian, mahupun mengaplikasikan dalam soalan-soalan peperiksaan. 7
  • 8. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) (c) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan keupayaan pelajar dalam mempelajari setiap topik. Hasil pembelajaran ditentukan berdasarkan kepada tahap pemahaman pelajar/aras kefahaman pelajar. (d) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, di mana guru akan mengenal pasti teknik P&P yang sesuai berdasarkan setiap sub topik supaya pada akhirnya mencapai hasil pembelajaran. (e) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan kepada alat membantu mengajar. Isi kandungan akan disesuaikan dengan alat membantu mengajar dan pemilihan alat membantu mengajar. GURU SEJARAH (a) memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru. (b) Memudahkan aspek pengetahuan isi kandungan pelajaran dan senang dipelajari. (c) Mengelaskan dan memudahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan pengurusan grafik dan penyoalan. 6.2 JUSTIFIKASI UNTUK PEMILIHAN KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN. Faktor kesediaan pelajar atau murid juga mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Dalam hal ini, guru harus memastikan tahap kesediaan pelajarnya untuk mengikuti proses pembelajaran yang akan datang. Justeru itu, guru harus bijak memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan tahap kesediaan pelajar. Jika tahap kesediaan pelajar tidak diambil peduli oleh guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan pelbagai kekangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di dalam bilik darjah. Pemilihan media yang sesuai dapat memastikan maklumat dipersembahkan dengan cara yang paling efektif dan efisien. Pemilihan media perlu menekankan aspek mengenali ciri-ciri media itu terlebih dahulu daripada terus memilih atau menentukan peralatan dan bahan yang hendak digunakan. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan media yang sesuai ialah objektif pengajaran dan pembelajaran, ciri-ciri pelajar, kaedah pengajaran dan faktor-faktor lain yang praktikal. Model ASSURE menyarankan tiga aspek pemilihan media berdasarkan ciri-ciri pelajar iaitu pertama ciri-ciri umum pelajar seperti umur dan latar belakang sosio-ekonomi. Kedua, keperluan khusus pelajar seperti pengetahuan sedia ada tentang tajuk yang akan dipelajari dan ketiga berkenaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Jadi adalah penting untuk mengenal pasti objektif sebelum memilih media. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran dan pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip, internet bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. Pemilihan media ini adalah bergantung kepada kemahiran psikomoto, afektif dan kognitif. Dalam dunia pendidikan yang kian berubah penggunaan teknologi dalam p&p amat digalakkan. Ini selaras dengan kehendak kementerian pendidikan Malaysia yang mewar-warkan tentang pendididkan abad ke 21. 8
  • 9. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997). Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran ekonomi ialah kaedah memberi penerangan, kerja kumpulan, kuiz, dan kerja kursus. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang menganalisis data, kompeten, kritis, kreatif dan inovatif. Juga berkebolehan memimpin bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini masih lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Guru harus mengubah kaedah pengajaran daripada berpusatkan guru kepada murid. Murid - murid harus diberi lebih banyak peluang untuk mencari maklumat dan memproses maklumat tersebut. Murid juga boleh menganalisis data yang diperolehi supaya hasilnya adalah hasil murid bukan hasil guru. Guru harus bertindak sebagai fasilitator untuk mendapatkan maklumat. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan. GURU EKONOMI (a) Pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan hasil pembelajaran. Bagi hasil pembelajaran yang tinggi guru akan memilih kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah seperti perbincangan dalam kumpulan kecil dan aktiviti brainstorming telah digunakan untuk memastikan pelajar memahami topik aras tinggi. (b) guru juga menggunakan aktiviti simulasi dan pendekatan inkuiri bagi topik yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah. (c) Kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif akan digunakan untuk topik berkaitan pengiraan supaya pelajar yang pandai dalam sebuah kumpulan dapat menjadi fasilitator dan mentor bagi membantu pelajar yang lemah dalam pengiraan. (d) Pelajar juga diberikan tugasan harian secara individu dan perlu diselesaikan sewaktu PdP dengan menerangkan tugasan kepada pelajar lain. 9
  • 10. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) (e) selain itu, bagi topik yang mudah kaedah pembelajaran berpusatkan guru akan digunakan supaya penerangan diberikan oleh guru dalam jangka masa pendek supaya guru dan pelajar menggunakan masa yang panjang untuk membincangkan topik yang lebih sukar. (f) kaedah pembelajaran berpusatkan bahan juga penting di sini bagi membantu pelajar-pelajar supaya dapat membuat ulang kaji secara berterusan bagi menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa pendek. Bahan modul yang berbentuk cetak dan modul dalam bentuk perisian digunakan supaya pelajar dapat membuat ulang kaji dan bersedia untuk peperiksaan. (g) Di samping itu, guru juga akan menggunakan power points slaid bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu proses ulang kaji. (h) Ada masanya, guru akan menggunakan bahan internet terutamanya dalam membantu pelajar bagi melaksanakan kerja kursus STPM. Data-data daripada internet terutamanya data Bank negara Malaysia akan digunakan untuk menganalisis prestasi makroekonomi bagi negara Malaysia. Ini dapat mendedahkan kepada pelajar tentang data sebenar tentang ekonomi Malaysia. GURU SEJARAH (a) Guru sejarah menggunakan kaedah pengajaran ala kuliah di mana pelajar akan diberikan input yang secukupnya tentang perjalanan sejarah tentang topik yang diajar. (b) Pelajar perlu mendengar apa yang disampaikan oleh guru dan menjawab soalan guru secara lisan semasa P&P dijalankan. (c) Guru memberikan bahan pengajaran dalam bentuk modul pengajaran semasa P&P. Pelajar akan melihat dan mengikuti pengjaran berdasarkan modul tersebut. (d) Guru juga menyediakan bahan dalam bentuk I think untuk menyenangkan pelajar menghubungkait peristiwa- peristiwa yang berlaku dan kesannya. (e) Guru juga menggunakan powerpoint semasa pengajaran dan pembelajaran. 6.3 PENILAIAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN MENGGUNAKAN DAPATAN PENTAKSIRAN. Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod, menganalisis serta menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlenetal.1992). Menentukan penilaian pembelajaran merupakan langkah yang terakhir dalam model Tyler dan juga merupakan langkah terpenting. Ini kerana langkah penilaian ini menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapai ataupun tidak. Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan pendidikan yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran pada hari itu samada pengajaran dan pembelajaran hari itu berjaya mencapai objektif atau sebaliknya. 10
  • 11. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) Menurut Farrel (2003) penilaian umum lebih banyak tertumpu kearah penilaian penjumlahan, misalnya keperluan bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan wajib. Bagi semua murid, kepentingan penilaian formatif adalah dengan menyediakan soalan yang teliti oleh guru. Dalam pembinaan ujian langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan yang jelas maka tugasan menyediakan jadual spesifikasi ujian berdasarkan aras kesukaran dapat disediakan. Ujian formatif diberi dari semasa ke semasa bertujuan untuk mengukur kemajuan murid serta memberikan maklumat balik kepada murid-murid dan guru. Ujian diagnostik pula bertujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid. Lazimnya pendidik menggunakan Taksonomi Bloom sebagai panduan membentuk soalan. Taksonomi secara mudahnya adalah pengkelasan. Oleh itu sesuatu taksonomi bagi menentukan objektif pembelajaran merupakan satu percubaan untuk mengkelaskan bentuk- bentuk pembelajaran (Atherton 2002).Taksonomi Bloom mengenalpasti tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiganya mempunyai pengkelasan tersendiri, yang mana aras bawah merupakan pra-syarat bagi penguasaan aras yang lebih tinggi. Taksonomi Bloom yang paling kerap digunakan sewaktu menilai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah domain kognitif. Menurut Bloom taksonomi tersebut merangkumi enam tahap iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar. Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif 1. Menentukan Tajuk Pengajaran 2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan 3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk 4. Membina Soalan Ujian 5. Mencadangkan Tindakan Susulan 11
  • 12. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) Kata Tugas Tahap Penilaian Bentuk Soalan Pengetahuan Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih Analisis Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan Sintesis Selesaikan Penilaian Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan GURU EKONOMI (a) Disebabkan pelajar tingkatan enam akan menghadapi 3 kali peperiksaan STPM iaitu pada penggal 1, penggal 2 dan penggal 3. Maka guru akan mengadakan ujian formatif dan ujian sumatif supaya pelajar boleh menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan yang akan muncul selang 4 ½ bulan. (b) Ujian formatif akan diberikan setelah selesai satu-satu topik pada akhir topik untuk memastikan pelajar menguasai setiap topik yang diajar. Ini juga penting bagi memastikan kaedah digunakan bersesuaian, jika tidak guru akan menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan pelajar menguasai satu-satu topik. (c) Ujian sumatif akan diadakan sebanyak dua kali dalam satu penggal yang dikenali ujian kompetensi 1 dan 2 untuk memastikan pelajar menguasai beberapa topik dan bersedia untuk peperiksaan. (d) Soalan yang diberi adalah dip[ilih daripada soalan tahun lepas. Latihan objektif, esei dan latihan kuantitatif. Latihan kurang diberi tetapi penilaian lisan dilakukan dalam kelas iaitu meminta pelajar menjawab soalan di papan hitam. Guru ini berpendapat apabila guru dapat menerangkan kandungan dengan jelas dan murid faham maka tidak ada masalah menjawab soalan. Kaedah power point yang digunakan sangat berkesan dan pelajar dapat memahami kandungan hari itu. Ini didapati daripada jawapan pelajar secara lisan. GURU SEJARAH (a) Guru ini menilai pelajar berdasarkan soalan lisan dalam kelas. (b) Pelajar juga diberi latihan berbentuk mengisi tempat kosong. Ini dilakukan semasa P&P. Sambil pengajaran dilakukan pelajar akan menulis jawapan dan ini juga merupakan satu penilaian secara spontan yang dilakukan oleh guru. (c) Disamping itu pihak sekolah dibawah unit penilaian dan peperiksaan menyediakan jadual ujian kompetensi. Ujian kompetensi akan diadakan sekali dan ujian percubaab akan diakan sekali sebelum menduduk peperiksaan. (d) Ujian kompetensi Sejarah telah diadakan pada bulan Februari yang berbentuk formatif dan percubaan pada bulan April yang berbentuk sumatif dan bulan Mei adalah peperiksaan STPM penggal kedua. 12
  • 13. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) (e) Guru ini menyatakan bahawa menghadapi kekangan masa. Apabila banyak diberikan latihan maka guru akan menghadapi masalah menghabiskan sukatan pelajaran. (f) Namun begitu guru dapat menilai tahap pembelajaran setiap orang murid memandangkan guru hanya mengajar dua kelas sahaja dan bilangan pelajar adalah sekitar 20 orang setiap kelas. 7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Dapat disimpulkan di sini bahawa kedua-dua guru dilihat berupaya menghasilkan pembelajaran yang berkesan kerana menggunakan kaedah, strategi dan aktiviti yang menarik. Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek(Falsafah pendidikan Negara). Pengajaran yang dilaksanakan dilihat menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkah laku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkah laku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu. Selain itu, guru melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Post mortem dilaksanakan oleh pihak sekolah dibawah panitia matapelajaranuntuk mengesan kelemahan dan punca masalah serta mengambil tindakan penyelesaian masalah. Kenalpasti punca masalah telah memudahkan penyelesaian masalah. Post mortem selepas ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan membolehkan guru berkongsi idea dengan guru lain dalam P&P dan hasil post mortem dijadikan asas untuk tindakan seterusnya. Penggunaan media pembelajaran yang lebih moden berbanding hanya menggunakan kertas sebagai bahan edaran juga dialu-alukan. Penggunaan teknologi seperti internet dan lain-lain dapat memberi kesan pembelajaran yang lebih berkesan selaras dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke 21. Penggunaan FROG VLE dan Telegram sepatutnya dimanfaatkan oleh guru dan murid dengan baik. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen dan lebih menarik. Guru ini menggunakan suatu pendekatan yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman beliau. Guru lebih proaktif dan berkeupayaan menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). Guru ini juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan organisasi atau institusi (Wong et al 2000). Beliau yang mempunyai pemikiran terbuka dan lebih komited terhadap pencapaian matlamat iaitu menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran daripada memikirkan tentang isu-isu sosial, masalah akhlak, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). Guru selalu menyalahkan pelajar-pelajar daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri. Guru tidak mempunyai masa yang mencukupi dan 13
  • 14. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) beban tugas menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha inovasi, duduk berbincang dengan rakan sejawat dan membuat refleksi. Namun begitu guru ini boleh mengadaptasikan teknologi maklumat terkini iaitu dengan melayari laman web berkaitan uuntuk mencari bahan P&P. Peta minda ialah lagi satu kaedah guru ini menggunakan dalam pengajaran dan didapati pelajar mahir menggunakan kaedah peta minda untuk mencatat nota. Guru lebih tumpukan untuk memberi fakta daripada menggunakan kaedah KBBK. Pelajar disediakan untuk periksa. Guru menyatakan bahawa tidak ada masa untuk menggunakan kaedah –kaedah kerana ia akan menyukarkan pelajar memandangkan penandaan menggunakan skima yang menghadkan pemikiran pelajar. RUMUSAN Perbincangan hasil dapatan dari kajian memberi fokus kepada aspek teori, model yang berkaitan dengan kerangka kajian. Teori dan model yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi domain pemikiran guru mata pelajaran tingkatan enam dalam pengajaran. Tinjauan literatur yang dimuatkan ini ialah faktor kecemerlangan guru dan latar belakang guru termasuklah faktor persenoliti guru itu sendiri. Selain itu kajian ini dapat meninjau aspek guru yang berkesan dalam pengajaran. Semua aspek yang dibincangkan boleh dijadikan satu model guru mata pelajaran tingkatan enam. KESIMPULAN 1. Kedua-dua guru telah memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru. keupayaan meliputi isi kandungan kursus dan berusaha wujudkan suasana pembelajaran yang ceria, tidak tegang, humor. 2. Guru dapat memberi penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan rasional: jimat masa. 3. Seterusnya, Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai melalui refleksi. Selain daripada menyiapkan Rancangan Pengajaran, kedua-dua guru telah menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengupayakan proses pengajaran tersebut. Didapati kedua-dua guru tahu apa yang perlu diajar pada hari itu. Kelemahan pelajar untuk menguasai ilmu menjadi halangan kepada guru- guru walaupun telah melakukan kaedah pembelajaran yang pelbagai. Jika asasnya lemah maka adalah sukar untuk guru-guru peringkat tinggi untuk menyampaiakn ilmu. 4. Guru ini berpendapat tenaga pengajar sebagai penerima kurikulum dan melaksanakan tugas mengajar yang telah ditetapkan dalam sukatan. 5. Beri penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan rasional: jimat masa. 6. Didapati kedua-dua guru ini lebih menumpukan kepada penyediaan pelajar untuk peperiksaan STPM sahaja. Kerana disitulah akan dilakukan penilaian oleh pengetua tentang keberkesana pengajaran guru. 14
  • 15. Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) 7. Guru tidak dapat menyerap kehendak kurikulum secara keseluruhannya kerana kekangan masa. Namun pelajar telah diberi maklumat yang secukupnya tentang isi kandungan disamping mengaitkan dengan senario semasa. 8. Didapati pelajar lebih seronok belajar kedua-dua matapelajaran. Cuma kurang tentang kejendak kurikulum secara keseluruhannya. LAMPIRAN Suasana pembelajaran mata pelajaran ekonomi(penggal 2) 15